KISAH DI SEBALIK LAGU DENDANG PERANTAU
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee segak bergaya dengan baju Melayu beserta sampin (foto warna)
"Apabila umat Islam menyambut hari raya bererti menyambut hari lahir saya juga," demikian seloroh P.Ramlee berkata kepada seorang wartawan dalam satu temubual di rumahnya di Jalan Dedap, Kuala Lumpur.
Dendang Perantau - P. Ramlee Original Version Piring Hitam
Secara umum mengetahui P.Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929. Tetapi berlaku sedikit kesilapan dan ketidak tepatan jika tarikh itu dipadankan dengan tarikh 1 Syawal pada tahun itu mengikut kalendar Islam. Ini kerana P.Ramlee pernah mendakwa bahawa beliau dilahirkan pada pagi 1 Syawal ketika umat Islam sedang bertakbir hari raya. Apabila diselidik maka benarlah tarikh 1 Syawal 1346 itu jatuh pada hari Jumaat, 23 Mac 1928.
Dendang Perantau rakaman semula oleh P. Ramlee bersama-sama dengan Kugiran The Veterans
Siapa yang boleh lupa dengan lagu Dendang Perantau nyanyian dan ciptaan P.Ramlee yang akan berkumandang setiap kali Aidilfitri menjelang pada setiap tahun. P.Ramlee telah sebati menjadi sebahagian daripada suasana hari raya di tanah air kita sehingga kini. Suasana hari raya rasanya tidak lengkap tanpa berkumandangnya lagu Dendang Perantau nyanyian P.Ramlee. Lagu itu dicipta oleh P.Ramlee dalam tahun 1950-an manakala liriknya dikarang oleh S.Sudarmaji.
P. Ramlee - Suara Takbir
Tetapi tahukah anda lagu Dendang Perantau sebenarnya mempunyai dua versi. Versi pertama dinyanyikan oleh P.Ramlee dengan iringan okestra dan telah dirakamkan ke piring hitam 78rpm. Pada tahun 1966 P.Ramlee merakamkan semula lagu berkenaan dan memberi nafas baharu dengan menyuntik sedikit elemen Pop Yeh Yeh dalam lagu tersebut kemudian telah dirakamkan dalam bentuk EP 45rpm.
Ahmad Jais - Selamat Hari Raya
P.Ramlee mempunyai tiga buah lagi lagu hari raya hasil ciptaannya iaitu Suara Takbir dan Selamat Hari Raya yang dipopularkan oleh Ahmad Jais. Manusia Miskin Kaya merupakan lagu hari raya pertama ciptaan P.Ramlee yang dinyanyikan oleh Nona Asiah pada awal tahun 1950-an.
Nona Asiah - Manusia Miskin Kaya (Lirik)
Teks : HAR
Sumber :
- Gagak Di-Rimba - Abdullah Hussain
- Erti Yang Sakti - Tun Ahmad Sarji
- Tiada Kata Secantik Bahasa - Jamil Sulong
29 Mei 2021 : Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
No comments:
Post a Comment