Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 29 May 2020

29 Mei 1973

Pemergian Allahyarham P. Ramlee buat selamanya



Al-fatihah (dengan bacaan)
Gambar : Tan Sri Datuk Amar Dr Teuku Zakaria Bin Teuku Puteh (P. Ramlee) 29 Mei 1973 


P Ramlee - Kisah Hidup Seniman Agung Negara

https://www.youtube.com/watch?v=d661w5938oo

P.RAMLEE MENINGGAL DUNIA

Hari ini 29 Mei 2021 bersamaan dengan 17 Syawal 1442 hijrah, genaplah 48 tahun seorang seniman agung dalam dunia Melayu, Allahyarham Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh atau Tan Sri P.Ramlee kembali menemui Maha Pencipta-Nya. 

Pada pagi Selasa, 29 Mei 1973, P.Ramlee yang menjadi pujaan ramai rakyat seluruh Nusantara telah pergi buat selama-lamanya. Berita kematiannya dengan pantas tersebar menerusi corong-corong radio pada pagi 29 Mei itu. Ramai yang tidak percaya apabila menerima berita pemergian P.Ramlee pada pagi itu. Rakan-rakan seperjuangannya masing-masing kebingungan dan bertanya sesama sendiri adakah ini berita nyata atau hanya sebuah naratif di dalam filem arahan beliau. 

Ya, memang P.Ramlee sudah tiada lagi. P.Ramlee sudah pergi meninggalkan dunia ini menemui Tuhan-Nya seawal waktu Subuh pada pagi itu. Pemergian P.Ramlee diratapi oleh masyarakat dan peminat-peminatnya dari seluruh negara termasuk Singapura, Indonesia dan Brunei. Malah pada pagi yang hening itu ada orang yang sanggup terjun melalui tingkap ataupun jendela, semata-mata ingin memberi tahu rakan-rakan bahawa P.Ramlee sudah meninggal dunia. Bukan rumah itu tidak ada pintu, tetapi oleh kerana seluruh perasaan diselebungi kesedihan sehingga tingkap atau jendela terbuka luas itu disangka pintu. Begitulah betapa besarnya pengaruh P.Ramlee kepada masyarakat pada ketika itu. 

Suasana rumah P.Ramlee di Jalan Dedap juga sudah mula dipenuhi oleh rakan-rakan dan orang ramai. Lapisan masyarakat dari pelbagai agama dan bangsa seperti rakyat biasa, wartawan, sasterawan, bintang filem, orang politik, ahli perniagaan, menteri kabinet, sudah mula berhimpun di halaman rumahnya walaupun pada waktu itu sudah mula memperlihatkan tanda-tanda hujan akan turun. Tetapi mereka tetap tidak berganjak demi untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah P.Ramlee. 

Jenazah P.Ramlee tiba di Jalan Dedap dari Hospital Kuala Lumpur pada pukul 11.30 pagi dan disambut oleh hampir 500 orang ramai yang setia menanti di halaman rumahnya. Dalam perjalanan dari Hospital ke Jalan Dedap hujan renyai sudah mulai turun. Di sepanjang jalan masuk ke rumah P.Ramlee, orang berjalan berduyun-duyun tidak putus-putus mengiringi jenazahnya. 

Jenazah P.Ramlee dibawa ke Masjid Jamek, Kampung Baru untuk dimandi dan dikafan serta disembahyangkan selepas waktu Zohor. Hampir 200 buah kereta mengiringi jenazahnya yang turut diketuai oleh anggota Polis bermotor. Apabila tiba di Masjid beribu-ribu masyarakat sudah menanti jenazah P.Ramlee untuk bersama-sama menyertai solat jenazah. Kira-kira jam 5 petang jenazah P.Ramlee tiba di tanah perkuburan Islam, Jalan Ampang. Tanah perkuburan juga sudah menjadi lautan manusia menyambut jenazah seniman agung itu. Semua yang hadir di tanah perkuburan tetap setia berdiri dan menanti walaupun hujan renyai mengiringi jenazah. Orang ramai berasak-asak dan tolak menolak mahu ke hadapan mendekati liang lahat sehinggakan tempat meletakkan jenazah sudah tidak kelihatan. Pihak Polis juga terpaksa mengawal keadaan bagi melancarkan urusan pengkebumian. 

Pada waktu talkin dibaca itulah buat kali pertama masyarakat mengetahui bahawa nama sebenar P.Ramlee ialah Teuku Zakaria. Apa yang lebih menarik taklin itu telah dibacakan oleh Mohamad Rajoli bin Mohamed Zain (Allahyarham) atau lebih dikenali dengan nama M.Rajoli yang pada ketika itu berusia 28 tahun sedang berkhidmat sebagai salah seorang Imam besar di Masjid Jamek, Kampung Baru. 

Begitulah sedikit coretan dan perkongsian dari saya sempena memperingati tarikh pemergian seorang manusia biasa yang sangat luar biasa anugerah dari Allah buat kita semua sebagai rakyat Malaysia khususnya dan bangsa Melayu amnya. Semoga ianya bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan dan pengetahuan baru kepada yang sudi. 

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, gagak di rimba yang masih kekal bertakhta di belantara seni. 

Al Fatihah...  

HAR
29 Mei 2021
7.20 pagi


Gambar : Pusara P. Ramlee


Pesanan P Ramlee untuk Penggiat Seni di Malaysia


1. Koleksi gambar-gambar pada 29 Mei 1973 :-


Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin (Allahyarham), antara yang paling awal tiba apabila mendapat tahu P.Ramlee telah pun meninggal dunia.


Antara para artis yang hadir ketika itu untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee


Sewaktu jenazah Allahyarham P. Ramlee di solatkan buat kali yang terakhir sebelum dikebumikan selepas waktu Asar

2. Antara koleksi-koleksi gambar yang meninggalkan kesan kepada kita semua sehingga kini 


 Antara kata-kata hikmat P. Ramlee, "When I die, I will live for a thousand years."


 Petikan daripada suratkhabar, "Tidak mungkin akan lahir seorang lagi P. Ramlee"


Tajuk dari Akhbar Utusan Malaysia, "Padamnya Sebuah Pelita"


"Pagi 29 Mei yang mengejutkan"

Koleksi-koleksi video daripada Saluran YouTube :-





LAGU TERAKHIR ALLAHYARHAM P.RAMLEE - AIR MATA DI KUALA LUMPUR


Since 33 years P. Ramlee passed away, the aura and charisma of the legendary entertainer is still as strong as ever. In his short, colourful career in the entertainment industry, Tan Sri P. Ramlee directed 54 films, acted in 62 films, wrote 359 songs and sang more than 200 of them. He started in the industry in 1948 and continued till he died of a heart attack on May 29, 1973. He was 44 years old. The last song recorded was Air Mata di Kuala Lumpur, sung by his wife Saloma in 1972. She passed away at the age of 48 on April 25, 1983. Legions of fans continue to pay tribute to the great artiste and his wife. Many performed or re-recorded their songs, and held special occasions in their memory. P. Ramlee's memorabilia, including records and pictures, adorn the homes of many fans. The authorities too, have put P. Ramlee's name on the tourism map. These include Rumah P. Ramlee in Penang (restored to almost its original state) and Pustaka Peringatan P. Ramlee and Jalan P. Ramlee in Kuala Lumpur. Then there are privately-owned restaurants dedicated to P. Ramlee and Saloma. (The End)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel-artikel lain yang menarik dan berkaitan :-

SELAMAT HARI BURUH!!


KISAH DI SEBALIK LAGU DENDANG PERANTAU


Rungutan segelintir pihak di sini...


PUNCA SEBENAR P RAMLEE JATUH MISKIN SEBELUM MENINGGAL DUNIA


29 Mei 1973 : P.Ramlee telah meninggalkan kita untuk selama-lamanya...Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...