P.Ramlee telah meninggalkan kita untuk selama-lamanya...Al-Fatihah
Assalamualaikum, semua. Selamat pagi !
Semalam hari Jumaat, tak sempat nak 'update status'. Hari ini baru rasa nak menaip status. huhu...
29 Mei 2015, adalah merupakan hari Seniman Negara. Pada tarikh itu juga, 29 Mei 1973, selama 42 tahun juga, Allahyarham P.Ramlee telah meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Akan tetapi, walaupun dia meninggal dalam keadaan daif dan miskin, tanpa meninggalkan apa2 harga untuk anak-anak, dan isteri beliau, namun, hartanya yang paling besar iaitu dari sudut seni begitu banyak legasi yang ditinggalkan.
Beliau boleh dianggap sebagai lagenda seniman dalam seni perfileman melayu dalam banyak menghasilkan filem, gubahan lagu dan juga pelbagai nasihat dan panduan untuk generasi akan datang. Dari sudut kreatif sebegitu, boleh juga dikatakan beliau masih hidup mungkin seribu tahun lagi. Hidup melalui hasil karya-karya beliau.
Tindakan masyarakat, wartawan dan juga keadaan yang wujud sewaktu akhir hayat beliau memang tidak boleh dimaafkan, dimana beliau dipulaukan sehingga menyebabkan beliau tidak boleh mencari rezeki setelah berpindah ke Malaysia dari Singapura, memalukan rakyat Malaysia. Rujuk di sini, https://www.youtube.com/watch?v=CJXFZlb0ZSU
Dari Allah s.w.t. kita datang, dan kepada Allah jua kita dikembalikan. Nasihat dari sahabat karib beliau, iaitu Allahyarham Dato' Aziz Sattar, "biarlah seribu orang membenci kau, Ramlee, janji Allah s.w.t. tetap sayang pada kau seorang" adalah kata-kata semangat dan azimat yang boleh dijadikan sebagai motivasi untuk meneruskan kehidupan.
Idea penubuhan Universiti P.Ramlee, masih lagi jadi tanda tanya. Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) adalah sebuah institusi yang sesuai untuk dijenamakan semula dengan menaik taraf sebagai Universiti serta sesuai dijadikan Universiti P.Ramlee hanya tinggal idea dan cadangan sahaja.
Sempena 42 tahun pemergian beliau, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.
Al-Fatihah (dengan bacaan) buat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
LAGU TERAKHIR ALLAHYARHAM .RAMLEE - AIR MATA DI KUALA LUMPUR
Since 33 years P. Ramlee passed away, the aura and charisma of the legendary entertainer is still as strong as ever.
In his short, colourful career in the entertainment industry, Tan Sri P. Ramlee directed 54 films, acted in 62 films, wrote 359 songs and sang more than 200 of them.
He started in the industry in 1948 and continued till he died of a heart attack on May 29, 1973. He was 44 years old.
Legions of fans continue to pay tribute to the great artiste and his wife. Many performed or re-recorded their songs, and held special occasions in their memory. P. Ramlee's memorabilia, including records and pictures, adorn the homes of many fans.
The last song recorded was Air Mata di Kuala Lumpur, sung by his wife Saloma in 1972. She passed away at the age of 48 on April 25, 1983.
The authorities too, have put P. Ramlee's name on the tourism map. These include Rumah P. Ramlee in Penang (restored to almost its original state) and Pustaka Peringatan P. Ramlee and Jalan P. Ramlee in Kuala Lumpur. Then there are privately-owned restaurants dedicated to P. Ramlee and Saloma.
No comments:
Post a Comment