Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label ilmuan islam. Show all posts
Showing posts with label ilmuan islam. Show all posts

Sunday, 10 April 2022

al-Muqaddimah Taghyir al-Munkar

Arkib : 2 Julai 2021 Sebuah Pendedahan Rahsia Daripada Ilmuan Islam

 

Sebuah Tugu Peringatan Ibn Khaldun

IBN KHALDUN DAN KEBANGKITAN RAKYAT

Himan Fikri Azman

Kebangkitan rakyat dalam menolak penguasa bukanlah fenomena baru dalam sejarah Islam. Sedari kurun pertama Hijrah lagi penolakan telah dizahirkan oleh kelompok Khawarij yang mengingkari rundingan Tahkim Ali bersama Muawiyah. Disusuli setelah itu dengan beberapa siri kebangkitan, yang sebahagiannya menumbangkan dinasti-dinasti besar seperti Khilafah Umayyah dan ‘Abbasiyyah.

Tulisan ringkas ini menyingkap beberapa intipati utama dalam karya agung filasuf sejarah pada abad ke-14 bernama ‘Abd al-Rahman Ibn Khaldun berjudul “al-Muqaddimah.” Tidak begitu ramai ulama pada hari ini yang mencermati al-Muqaddimah dalam menafsirkan fenomena kebangkitan rakyat, barangkali kerana dianggap tidak setaraf dengan karya sejarawan terkemuka seperti al-Tabari, al-Mas’udi dan al-Ya’qubi yang cenderung kepada metodologi sanad. Ini yang diperhatikan oleh Syed Farid Alatas.

Namun karya ini mendapat tempat dalam kalangan sejarawan Barat yang tidak terpasung dalam kerangka Eurosentisme dan Orientalisme. Karya ini misalannya telah membuka mata Ortega y Gasset, pemikir dari Sepanyol terhadap tahap keilmuan di Afrika Utara pada zaman itu, yang beliau paparkan dalam makalahnya yang berjudul “Abenjaldún nos revela el secreto: pensamientos sobre Africa Menor” (Pendedahan Rahsia oleh Ibn Khaldun kepada Kita: Catatan mengenai Afrika Utara).

Tidak ketinggalan para pemikir dan sejarawan seperti Alfred von Kremer, Robert Flint, Ludwig Gumplowicz, René Maunier, Franz Oppenheimer dan Howard Becker yang turut menyanjung tinggi al-Muqaddimah. Ortega bahkan memuji Ibn Khaldun kerana menjadi penulis pertama yang membicarakan mengenai falsafah sejarah dan bidang sosiologi.

Sudah tentu karya utama Ibn Khaldun ini sarat dengan pelbagai mauduk, namun yang ingin dikupas dalam ruang yang terbatas ini adalah tentang teori kebangkitannya, atau islah, yang berpangkal pada konsep taghyir al-munkar, yakni semangat untuk merubah kemungkaran dan kebobrokan.

Sejarah membuktikan, apabila mula sahaja keselesaan menyelubungi kaum elit penguasa, bererti mereka sudah terpesong dari tujuan sebenar sebuah pemerintahan. Keghairahan menumpuk harta berbanding meringankan beban rakyat, dan lalai serta berfoya-foya ketimbang tumpu usaha merungkai kemelut kesihatan dan ekonomi – amaran Ibn Khaldun ini amat wajar diambil iktibar.

Kemungkaran ini justeru akan mengundang rasa kecewa rakyat yang miskin dan susah pada awalnya, sebelum ia bertukar menjadi kemarahan rakyat keseluruhannya atas dasar empati. Amarah yang tidak terbendung ini kemudiannya akan menyatu menjadi suatu suara raksasa, mendesak agar kebobrokan pemimpin ini segera ditamatkan. Jika terus ditekan, rakyat sudah hampir pasti akan bangkit dan menghumban para penguasa keluar dari mahligai mereka.

Desakan rakyat ini sememangnya bukan sekadar ikut-ikutan, tetapi ada asasnya yang terbit dari hati nurani yang mahukan keadilan. Tatkala rakyat menderita kerana kelemahan dan ketidakcekapan pengurusan, para penguasa pula bermaharajalela dengan kesenangan, hampir tidak menghiraukan rintihan dan nasihat yang diberikan. Singgung Ibn Khaldun lagi, para penguasa juga lunak dan bermudah-mudah dengan undang-undang. Tatkala rakyat di bawah dihukum semahunya, undang-undang tidak berani menyentuh jubah penguasa.

Pertembungan ini, yang diungkapkan Ibn Khaldun sebagai antara al-‘umrān al-badawī (kelompok miskin yang mewakili rakyat) dan al-‘umrān al-ḥaḍarī (kelompok penguasa yang senang dan selesa) dalam hubungan dialektik kemasyarakatan, telah melahirkan negara dan peradaban. Andaikan perubahan pimpinan telah dilakukan, tegas Ibn Khaldun, kebobrokan yang sama akan menjengah kembali, jika budaya yang sama diteruskan, dan tiada kesedaran serta islah diikhtiar dari dalam untuk menamatkannya.

Maka al-‘umrān al-badawī yang asalnya menderita akan menjelma sebagai al-‘umrān al-ḥaḍarī yang angkuh, sebelum ditumbangkan semula oleh gerakan islah baru yang bencikan kebobrokan dan kezaliman.

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Zaman Kegemilangan Andalusia

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/02/zaman-kegemilangan-andalusia.html

Monday, 7 February 2022

Zaman Kegemilangan Andalusia

#PNS Arkib : 10 Disember 2021

Kenali 4 Cendekiawan Islam Dari Zaman Kegemilangan Andalusia

Era Kegemilangan Islam Tercapai Ketika Zaman Kerajaan Islam Di Andalusia

SEMPENA ketibaan Maal Hijrah 1443H, kami ceritakan antara ilmuwan Islam yang pemikiran mereka masih diguna pakai sehingga ke zaman sekarang.

Semasa zaman kegemilangan Kerajaan Islam di Andalusia, ramai cendekiawan yang lahir di dalam pelbagai bidang termasuk sains, matematik, kesusasteraan, geografi, sejarah, falsafah, perubatan dan banyak lagi.

Kerana galakan yang diberikan oleh pemerintah ketika itu maka lahirlah anak-­anak tempatan dari bumi Sepanyol yang mahir di dalam pelbagai bidang yang meninggalkan kesan dalam perkembangan pelbagai cabang ilmu.

Ada banyak nama cendekiawan Islam yang tercatat dalam sejarah. Antaranya ialah empat tokoh ini.

1. Abu Bakr Muhammad – Ibnu Thufail

Dilahirkan di Asya, Granada, Ibnu Thufail menguasai kepakaran di dalam bidang falsafah, perubatan, politik dan penulis novel yang hebat.

Kalau berbicara tentang ahli falsafah terhebat dunia, selalu yang disebut hanya tokoh Yunani seperti Plato dan Aristotles. Pengajian psikologi di universiti kebanyakannya mengambil pemikiran dua tokoh Yunani itu. Jarang yang membincangkan tentang kehebatan ahli falsafah Islam seperti Ibnu Thufail.

Zaman kegemilangan kerajaan Islam sebenarnya telah banyak melahirkan ahli falsafah ternama tapi dipandang remeh dalam sejarah pemikiran manusia.

Dalam banyak perkara, Ibnu Thufail lebih dikenali sebagai ahli politik yang handal dan pernah berkhidmat sebagai gabenor di Sabtah dan Tonjah, Maghribi.

Beliau juga pernah menjadi doktor peribadi kepada Abu Yakub Yusuf, pemerintah di zaman Dinasti al­Muwahidin. Selain kehebatannya di dalam bidang perubatan dan kepetahannya berpolitik, beliau juga seorang penulis yang pintar. Banyak menggunakan falsafah di dalam tulisannya.

Di dalam novel terkenalnya Hayy ibn Yaqzan, gaya bahasanya cukup indah membuai jiwa yang membacanya. Menyelitkan falsafah yang mendalam dan tinggi pengertiannya selain bijak menggunakan imaginasi yang indah untuk menyampaikan mesej.

Ibn Tufayl's Hayy Ibn Yaqzan : A Philosophical Tale

Hingga ke hari ini karyanya masih terus dibaca dan telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa dunia untuk tatapan umum. Walaupun novelnya sudah berusia lebih 900 tahun namun ia tetap menghiburkan dan masih terus dicari untuk mendalami falsafahnya.

2. Abu Abadallah Muhammad Al-Idrisi (1099-1166)

Seorang ahli geografi yang terkenal kurun ke­ 12 hingga ke hari ini. Hasil kajiannya menjadi asas kepada penemuan baru.

Menariknya tentang Al­-Idrisi, kegigihannya menghasilkan buku nuzhah al Musytaq fi Istiraq al Afaq (kenikmatan pada keinginan untuk menjelajah iklim) atau di dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Roger’s Book.

Ia merupakan sebuah ensiklopedia geografi yang mengandungi maklumat lengkap tentang peta dunia dan segala maklumat tentang negara di seluruh dunia.

Betapa bijaknya Al­-Idrisi ketika itu, tanpa satelit dan bantuan komputer, beliau mampu mencipta glob perak seberat 400 paun untuk Raja Roger 11, Sicily.

Glob Perak Al-Idrisi

Di dalam glob itu lengkap dengan negara­-negara di dunia, laluan perdagangan, teluk, lautan, tasik, sungai, bandar-­bandar besar, bukit, lembah, hutan, gunung­ ganang dan juga pembahagian dunia kepada tujuh iklim. Setiap jarak dan ketinggian sesuatu tempat dapat diukur oleh Al-­Idrisi dengan tepat.

Al­-Idrisi amat gemar mengembara dan dari pengalaman itulah dia mencipta petanya. Sama seperti Marco Polo, Al­-Idrisi juga mencatatkan setiap yang dilihatnya sewaktu mengembara untuk tatapan generasi sekarang. Malah, Al-­Idrisi jauh lebih ke depan kerana mencatatkan setiap tumbuhan yang ditemui serta kegunaannya di dalam perubatan dan dikaitkan dengan penyelidikan sains.

Kecerdikan Al-­Idrisi memang tidak ada tandingannya apabila beliau boleh menerangkan tentang budaya, perihal masyarakat, kerajaan dan cuaca-­cuaca setiap negara yang terdapat pada petanya.

Selama beberapa abad, peta hasil rekaannya digunakan secara meluas oleh orang Eropah dan seluruh dunia. Dengan peta yang sama atau peta Al-­Idrisi, Christopher Columbus dan Vasco Da Gama mengelilingi dunia melalui jalan laut.

Tidak kurang juga yang menggunakan peta Al-­Idrisi untuk jalan yang tidak baik. Misalnya, Barbary Corsaira yang juga dikenali sebagai Ottoman Corsairs atau Babary Pirates, yang terkenal sebagai lanun Muslim, lanun terkenal di sekitar kurun ke 11 hingga ke 19 menggunakan laluan peta Al­-Idrisi untuk misinya.

Sehingga hari ini peta Al-­Idrisi masih lagi digunakan di seluruh dunia.

3. Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh – Ibnu Bajjah (1082-1138)

Ibnu Bajjah seorang yang hafiz al­-Quran dan merupakan doktor perubatan yang hebat pernah dilahirkan oleh kerajaan Islam Andalusia. Kepakarannya di dalam sains, matematik, astronomi, falsafah, sastera, ahli bahasa dan pemuzik.

Walaupun kehebatannya terserlah di dalam bidang perubatan, namun beliau juga seorang yang pintar berpolitik. Pernah dilantik menjadi menteri semasa Abu Bakr Ibrahim berkuasa di Saragossa. Selain itu beliau juga ahli muzik dan pemain gambus yang handal.

Masyarakat Barat mengenalinya dengan nama Avermpace. Kebijaksanaannya melampau zaman dan boleh menguasai pelbagai bidang ilmu dari sains hingga ke sastera.

Ibnu Bajjah meletakkan ilmu di tempat paling atas mengatasi segala-­galanya. Menerusi ilmu dan akal manusia boleh mengenali segala kewujudan benda mahupun Tuhan.

Kerana pemikirannya yang berbeza dengan masyarakat Granada ketika itu telah menyebabkan dia ditangkap dan dituduh murtad lantaran menyebarkan bidaah.

Memang jelas pemikirannya melampaui jangkauan zaman ketika itu. Misalnya beliau menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial sebelum para sarjana Barat menggunakannya.

Kejadian itu menjadi titik tolak Ibnu Bajjah berpindah ke Fez di Morocco. Di sana beliau mendapat pengiktirafan dan disanjung tinggi masyarakat hingga dilantik menjadi menteri.

Sanjungan yang diterima telah menimbulkan perasaan iri hati dari banyak pihak. Sudah suratan hidupnya, beliau meninggal dunia akibat diracun oleh seorang doktor bernama Abu al­ Ala Ibnu Zuhri pada bulan Ramadhan 533 hijrah atau 1123 Masihi.

Walaupun sudah lama meninggal, sumbangannya masih lagi dikenang dan karyanya telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa. Antara karyanya yang paling hebat ialah Risalah al­ Wida yang menceritakan tentang ketuhanan, kewujudan manusia, alam dan bidang perubatan.

Kemudian di dalam risalah Tadbir al-Mutawahhid, adalah pandangan beliau tentang bidang politik dan falsafah. Beliau lebih menekankan kehidupan individu dalam masyarakat yang dikenali sebagai Mutawahhid. Karyanya itu telah diterjemahkan di dalam bahasa Sepanyol.

Selain itu, kitab yang paling terkenal, an ­Nafs (Jiwa) pula menerangkan persoalan berkaitan dengan jiwa yang banyak dipengaruhi oleh falsafah Aristotle, Galenos, Al­ Farabi dan Ar­ Razi.

Ibn Bajjah's "Ilm-Al-Nafs"

Sebenarnya banyak lagi karya Ibnu Bajjah yang tidak diketahui kerana karyanya banyak dimusnahkan dan yang tinggal hanya sebahagian kecil dokumen yang masih tersimpan di perpustakaan Berlin dan Bodlein.

Walaupun yang tinggal hanya sedikit, namun ia telah memberikan asas yang kukuh pada perkembangan ilmu di dunia Islam dan Barat.

4. Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad – Ibnu Rusyd (1126-1198)

Ibnu Rusyd banyak menghabiskan masanya sebagai hakim dan pernah dilantik menjadi hakim di Sevilla dan Cordova. Beliau meninggalkan bidang kehakiman setelah dilantik menjadi doktor diraja oleh kerajaan Andalusia pada tahun 1182.

Pelantikannya menyebabkan ramai yang iri hati. Ditambah pula dengan caranya berfikir, kebijaksanaannya dan idea­-ideanya yang bernas menjangkau zaman, menyebabkan dia dikatakan sebagai orang Yahudi.

Atas desakan dan tekanan pihak tertentu, beliau telah dilucutkan jawatan dan di buang daerah ke Alaisano.

Banyak karyanya yang telah dimusnahkan kerana ideanya yang tidak boleh diterima oleh ilmuwan ketika itu.

Selepas tamat tempoh buangan, beliau kembali semula ke Cardova. Namun kehadirannya tidak dialu-alukan. Malah, masyarakat menyisihkannya. Pelbagai penghinaan dilemparkan kepadanya. Bagi Al-Rusyd, semua itu tidak pernah menutup pintu hatinya dari terus menghasilkan karya yang bermanfaat kepada manusia hari ini.

Setelah sekian lama, barulah Khalifah Al­-Mansor Al­-Muwahhidi menyedari kesilapannya dan mengembalikan penghormatan dan pengiktirafan kepada Al-­Rusyd. Namun, semuanya sudah terlambat kerana Al-­Rusyd meninggal dunia sebelum sempat menikmati semua itu.

Beliau pergi tanpa meninggalkan sebarang harta kecuali tulisannya. Antaranya Al-Kulliyat Fi L-Tibb, Mabadil Falsafah, Tafsir Urjuza, Taslul, Kasyful Adillah, Tahafatul Falaisafat dan Muwafaqatil hikmah Wal Syariía. Kebanyakan bukunya menyentuh hal perubatan, falsafah, agama dan tauhid.

Kitab Al-Kulliyyat Fi L-Tibb

Karyanya yang paling agung dan masih digunakan sebagai rujukan utama di universiti Eropah ialah Kulliyah fith ­Thibb (encyclopaedia of Medicine) yang terdiri dari 16 jilid.

Di dalam bidng perubatan, beliau banyak memberi penekanan di dalam hal penjagaan kesihatan, pembedahan dan fungsi organ.

Al-Rusyd adalah orang pertama yang mengeluarkan pendapat bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja, sehingga hari ini fakta itu terus diguna pakai.

Hospital Les Quinze ­Vingt merupakan hospital pertama yang dibina di Paris oleh Raja Louis IX, meniru bulat-­bulat hospital Sultan Nuruddin di Damsyik. Kaedah perubatan yang digunakan di dalam hospital itu juga datangnya dari idea Ibnu Rusyd.

Doktrin Ibnu Rusyd juga banyak mempengaruhi pemikiran Voltaire Jean Jaques Rousseau dan Maimonides yang mencetuskan era pembaharuan atau revolusi kepada benua Eropah. Sesungguhnya dunia banyak terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya.

Sumber : mastika.online

#PeristiwaNSejarah

https://www.facebook.com/groups/539960930554145/permalink/585169769366594/ 

Info Tambahan :-

Ini adalah kaca mata pertama dalam sejarah Kota Andalusia hasil dari rekaan Ulama Andalusia iaitu Abbas ibnu Firnas. Yang uniknya di sini ia tersimpan dalam Muzium British dalam Halaman Ilmu Kaca mata di bawah tajuk Khazanah Bumi Andalusia

Wallahu a'lam

Kredit : Che Pai

https://www.facebook.com/groups/539960930554145/permalink/638962170654020/

Pautan artikel lain yang berkaitan di sini :-

Penakluk Andalusia

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/02/penakluk-andalusia.html

Monday, 29 March 2021

13 famous scientists converted to Islam

Archive : Apr 3, 2020 3:28 PM

See reasons why 13 famous scientists converted to Islam and what they found


1) Keith L. Moore - Professor Emeritus, Department of Anatomy and Cell Biology, University of Toronto.

He was amazed by the accuracy of the statements about embryology made in the Quran in the 7th Century, before anyone knew anything about it. These statements in the Quran could not be based on scientific knowledge of the time so it must have come from God.

2) E. Marshall Johnson - Professor and Chairman of the Department of Anatomy and Developmental Biology, and Director of the Daniel Baugh Institute, Thomas Jefferson University, Philadelphia, Pennsylvania, USA.

He also talked about embryology in the Quran. He said that Prophet Muhammad must have got this information from some source and that he has no issues that it came from God.

3) T.V.N. Persaud - Professor of Anatomy, and Professor of Paediatrics and Child Health, University of Manitoba, Winnipeg, Manitoba, Canada.

He said for a man to make such profound statements about science in the Seventh Century is amazing. He said it could not be mere chance.

4) Joe Leigh Simpson - Professor and Chairman of the Department of Obstetrics and Gynaecology, Baylor College of Medicine, Houston, Texas, USA.

He said he sees no conflict between genetics and Islam. He said Islam could guide science. He said the knowledge in the Quran is from God.

5) Gerald C. Goeringer - Professor and Co-ordinator of Medical Embryology in the Department of Cell Biology, School of Medicine, Georgetown University, Washington DC, USA.

He said the Qur'an described human development and commingling of the gametes through organogenesis. He said nothing in history has seen such a feat besides current day science.

6) Alfred Kroner - Professor of the Department of Geosciences, University of Mainz, Germany.

He talked about the origin of the universe and how it would be impossible for a man like Prophet Muhammad to know about this from his own mind. He said science today proves what the Prophet said 1,400 years ago.

7) Yushidi Kusan - Director of the Tokyo Observatory, Tokyo, Japan.

He talks about astronomy and using telescopes. He said that the Qur'an has true facts about astronomy.

8) Professor Armstrong - Professor Armstrong works for NASA and is also Professor of Astronomy, University of Kansas, Lawrence, Kansas, USA.

He was amazed by what the Qur'an says about astronomy and how the ancient writing of the Qur'an agrees with modern science today.

9) William Hay - Professor of Oceanography, University of Colorado, Boulder, Colorado, USA.

He was very interested in how this information in the Qur'an could have this science in it and that it must be from God.

10) Durja Rao - Professor of Marine Geology teaching at King Abdulaziz University, Jeddah, Saudi Arabia.

He said that the Qur'an could not be simple human knowledge and must be from a Supernatural Force.

11) Professor Siaveda - Professor of Marine Geology, Japan.

He said the Qur'an is almost unbelievable and a very remarkable book.

12) Tejatat Tejasen - Chairman of the Department of Anatomy and is the former Dean of the Faculty of Medicine, University of Chiang Mai, Chiang Mai, Thailand.

He said all the facts of science in the Qur'an can be scientifically proven today.

13) Dr. Maurice Bucaille - Born in 1920, former Chief of the Surgical Clinic, University of Paris, has for a long time been deeply interested in the correspondences between the teachings of the Holy Scriptures and modern secular knowledge.

He said it is impossible to explain how a book produced at the time of Prophet Muhammad could contain ideas that have only been discovered today. How could a man know these facts without the slightest of error?

Source : https://news-af.feednews.com/news/detail/f7fa9839105d469431fcbf089972ca4f?client=news

May Allah SWT guide us aright.

Saturday, 20 September 2014

Al-Khwarizmi Ilmuan Matematik Islam : Pengenalan (algebra)

khwarizmii

Al-Khwarizmi – Pengenalan

Al-Khwarizmi, atau nama sebenarnya Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi yang berketurunan Parsi berasal dari kawasanKhwarizm, di kawasan Aral Sea yang hari ini sebahagian daripada Uzbekistan dan Turkmenistan.

Al-Khwarizmi adalah salah seorang ilmuan matematik di Bait al-Hikmah (House of Wisdom) yang diasaskan oleh Khalifah al-Ma’mun pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam Abbasiyyah. Dilahirkan disekitar tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun sekitar 850 Masihi. Selain sebagai ahli matematik, beliau juga adalah ahli astronomi dan juga ahli geografi di Bait al-Hikmah.

Sumbangan

Sumbangan terbesar beliau adalah dalam bidang matematik, astronomi, astrologi, geografi, dan cartography (tentang peta) serta pengasas kepada perkembangan dalam ilmu algebradan juga trigonometri. Perkataan Algorithm berasal daripada nama latin al-khwarizmi iaitu algoritmi, manakala istilahAlgebra berasal daripada perkataan Al-Jabr dan Al-Muqaabalah yang bermaksud penyempurnaan danpenyeimbangan (pembandingan).

image-al-kitab_al-mue1b8abtae1b9a3ar_fi_e1b8a5isab_al-gabr_wa-l-muqabala
Matematik

Al-Khwarizmi melebih dikenali kepakarannya dalam bidang matematik. Walaupun sejarawan dan ahli matematik berselisih pendapat tentang asal usul Algebra. Namun yang pasti jika pun al-Khwarizmi bukanlah orang yang mengasaskan Algebra, tapi jelas beliau adalah pengembang ilmu Algebra. Beliau menghasil sebuah kitab yang berkaitan dengan algebra iaitu“Al-Kitaab Al-Muhtasar fi hisaab al-jabr wa al-muqaabalah” (Buku keterangan ringkas tentang pengiraan menggunakan Al-Jabr dan Al-muqaabalah (penyempurnaan dan penyeimbangan)) yang menjadi rujukan terkenal dan juga pemula perkembangan ilmu algerba. Pendekatan secara sistematik dan logik beliau dalam menyelesaikan masalah quadratik dan linear memberi acuan baru dalam disiplin ilmu algebra.
Selain daripada algebra, Al-Khwarizmi juga pengembang sistem nombor yang dikenali sebagai Sistem pernomboran Arab dan India yang diguna pakai diseluruh dunia hari ini. Beliau juga antara orang pertama yang menyertakan angka sifar ‘0’ sebagai salah satu digit dalam sistem pernomboran dan memberi nilai kepada angka ‘0’. Beliau juga mengembangkan dan memperkenalkan sistem titik perpuluhan yang ada pada hari ini. Selain beberapa sumbangan lain dalam ilmu matematik.

Astronomi

Beliau adalah salah seorang ahli falak (astronomi) dan menulis sekurang-kurangnya dua buah zij iaitu buku yang mengandungi jadual parameter nilai yang digunakan untuk menentukan kedudukan matahari, bulan, bintang dan planet-planet. Zij penting dalam perkembangan ilmu astronomi hari ini. Zij al-Sindhind (jadual astronomi Sind dan Hind) adalah zij yang dihasilkan oleh Al-Khwarizmi yang berdasarkan keadah astronomi India yang dikaji beliau.

Geografi

Selain Algebra, al-Khwarizmi juga menghasil beberapa kertas kerja tentang ilmu geografi dan menghasilkan tulisan yang bertajuk Kitaab surat al-Ard (Buku tentang rupa muka bumi). Buku ini adalah rujukan dan versi pembetulan kertas kerja Ptolemy tentang Georgafi.

Rumusan

Al-Khwarizmi adalah seorang ahli matematik muslim yang terkenal dan wajar kita jadikan contoh. Sumbangan besar beliau kepada perkembangan ilmu perlu kita jadikan sebagai muhasabah kepada diri kita kerana  satu ketika dahulu umat islam adalah pendominasi ilmu pengetahuan. Mereka berlumba-lumba menimba ilmu atas dasar keimanan kepada Allah. Hari ini budaya ilmu kurang menjadi budaya umat islam dan agak jauh terkebelakang dari segi ilmu pengetahuan. Oleh itu janganlah diculaskan diri, sama-sama kita budayakan semula ilmu pengetahuan dalam hidup kita atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

p/s: Mungkin terdapat kesalahan fakta dalam entri ini, dan pembetulan membina amat dihargai.

Rujukan: A History Of Mathematics: An Introduction, Victor J.Katz, The Algebra of Mohammed Ben Musa (english translation).

Syumulislam
1.02pm 5 Jamadil akhir 1430, Sheffield

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...