Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Neraka. Show all posts
Showing posts with label Neraka. Show all posts

Thursday, 12 February 2026

SYED SHAH IQMAL SYED MOHD SHAIFUL


Gambar dan Kisah Da'i Syed

BIODATA RINGKAS SUMBER GEMINI AI

Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful (lahir 1995), atau lebih dikenali sebagai Da'i Syed, ialah seorang penceramah bebas, pengacara, dan pelakon Malaysia yang dicungkil menerusi program realiti Da'i Pendakwah Nusantara (musim ke-4). Pada Januari 2026, beliau diperintah menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas sabitan kes rogol.
Ringkasan Kes dan Biodata:
  • Nama Popular: Da'i Syed
  • Tarikh Lahir: 21 Oktober 1995
  • Sabitan Kes: Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan kerana merogol seorang wanita pada tahun 2019.
  • Status Terkini: Dihantar ke penjara serta-merta pada 23 Januari 2026 selepas rayuan ditolak.
  • Keluarga: Berkahwin dengan Nurul Hanafi Ismail (2022) dan dikurniakan anak.
Sebelum ini, Mahkamah Sesyen telah melepaskan beliau pada April 2023, namun diperintah membela diri semula selepas rayuan pihak pendakwaan, dan akhirnya didapati bersalah. Beliau sebelum ini pernah dibebaskan sementara pada September 2024 sebelum sabitan dikekalkan pada awal 2026.

𝙇𝙀𝘽𝘼𝙄 𝘿𝘼𝙍𝙄 𝙉𝙀𝙍𝘼𝙆𝘼

Baru tadi baca semua dokumen 77 muka surat berkenaan kes rogol Da'ie Syed. Sebelum ni, aku ada juga rasa kasihan padanya. Pada pendapat aku secara peribadi, aku rasa mungkin hujah pembelaan dia valid iaitu wanita itu yang menggoda dan mempenegaruhi Syed untuk lakukan hubungan seks.

Sebab banyak kes yang berlaku suka sama suka dan akhirnya dikatakan rogol. Kelebihan banyak kepada wanita dalam kes mahkamah. Tapi lepas baca habis dokumen berkenaan, aku rasa Hakim buat keputusan tepat.

Kronologi kes

Kes ini bermula secara senyap, tanpa liputan besar media. Seorang wanita tampil membuat laporan polis, mendakwa dirinya telah dirogol oleh seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai Da’i Syed. Pada ketika itu, nama tersebut dikenali masyarakat sebagai figura agama, sering muncul di pentas dakwah dan media.

Dakwaan tersebut membuka satu siasatan jenayah. Polis menjalankan siasatan, rakaman keterangan diambil, dan kes akhirnya dibawa ke mahkamah. Da’i Syed kemudiannya didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan berlangsung dalam tempoh yang panjang. Mahkamah mendengar keterangan pengadu, hujah pihak pendakwaan, serta pembelaan tertuduh. Setiap butiran, percanggahan dan fakta dinilai secara terperinci oleh hakim perbicaraan.

Selepas meneliti keseluruhan kes, Mahkamah Sesyen mendapati tertuduh bersalah. Mahkamah seterusnya menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan. Sabitan ini mengejutkan masyarakat dan mencetuskan perdebatan besar antara soal keadilan untuk mangsa, dan kejutan terhadap imej seseorang yang dikenali sebagai pendakwah.

Namun, kes ini tidak tamat di situ.

Pihak pembelaan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi, dengan alasan wujud kesilapan dalam penilaian keterangan dan keputusan Mahkamah Sesyen. Rayuan ini menjadi tumpuan ramai kerana ia bakal menentukan sama ada sabitan tersebut kekal atau diketepikan.

Pada hari ini, Mahkamah Tinggi setelah meneliti keseluruhan rekod rayuan, menolak rayuan tertuduh. Mahkamah memutuskan bahawa sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen adalah selamat dan berasas, serta tidak wujud keraguan munasabah yang boleh membatalkan keputusan asal.

Dengan keputusan itu, hukuman penjara dan sebatan dikekalkan, dan tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara serta-merta.
Keputusan ini sekali lagi menggemparkan masyarakat. Ada yang melihatnya sebagai kemenangan sistem keadilan, ada yang terkesan secara emosi, dan ada juga yang mengambilnya sebagai peringatan besar bahawa imej agama, populariti, atau pengaruh tidak meletakkan sesiapa di atas undang-undang.

Kes ini meninggalkan beberapa pengajaran besar :
  1. Keadilan di mahkamah bergantung pada bukti dan keterangan, bukan persepsi awam.
  2. Mangsa jenayah seksual berdepan laluan yang panjang dan berat untuk mendapatkan keadilan.
  3. Gelaran, imej dan dakwah tidak boleh dijadikan perisai daripada pertanggungjawaban undang-undang.
  4. Dan proses perbicaraan wujud untuk memastikan keputusan dibuat melalui saluran yang sah, bukan emosi atau tekanan masyarakat.
Kes Dai Syed kini tercatat sebagai antara kes berprofil tinggi yang menjadi rujukan tentang amanah, kuasa, keadilan, dan tanggungjawab moral, khususnya apabila seseorang tampil membawa imej agama di ruang awam.

Undang-undang telah berjalan. Mahkamah telah membuat keputusan. Dan sejarah kes ini akan terus menjadi peringatan kepada semua.

Nak baca dokumen penuh boleh dibuka dalam Google Drive di sini ⬇️untuk maklumat lanjut  

Sumber rujukan bacaa asal di sini https://www.facebook.com/share/p/1ATnPW7vhm/

Posting sebelum ini yang berkaitan : https://normanhafizi.blogspot.com/2026/01/isi-neraka.html

Thursday, 22 January 2026

ISI NERAKA

𝗜𝗹𝗹𝘂𝘀𝗶 𝗗𝗶𝘁𝗲𝗹𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗺𝗶: 𝗞𝗲𝗮𝗷𝗮𝗶𝗯𝗮𝗻 𝗩𝗶𝘀𝘂𝗮𝗹 𝗙𝗶𝗹𝗲𝗺 𝗜𝘀𝗶 𝗡𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮

Aku masih mengingati dengan jelas pertama kali menonton filem Isi Neraka ketika masih kanak-kanak. Adegan di mana watak lakonan hebat 𝗦𝗮𝗹𝗹𝗲𝗵 𝗞𝗮𝗺𝗶𝗹 ditelan bumi hidup-hidup benar-benar meninggalkan kesan, terasa begitu realistik dan menggerunkan.

Kekaguman terhadap teknik visual babak tersebut kekal hingga dewasa. Suatu ketika, ketika berbual dengan Pak 𝗞𝗮𝘀𝘀𝗶𝗺 𝗠𝗮𝘀𝗱𝗼𝗿, yang kebetulan bertugas sebagai continuity clerk bagi filem ini, aku mengambil kesempatan bertanya tentang bagaimana adegan itu direalisasikan. Menurut beliau, “tanah” yang kelihatan dalam babak tersebut sebenarnya merupakan tanah buatan (artificial ground) yang dibina terbahagi kepada dua bahagian, dengan ruang tersembunyi di tengah untuk membolehkan pelakon “masuk” ke dalamnya.

Bagi aku, keupayaan kru filem pada era itu, tanpa bantuan CGI seperti hari ini, namun tetap berjaya mencipta adegan kemuncak yang begitu tragis dan berkesan, lengkap dengan bunyi guruh dan kilat, benar-benar menakjubkan. Ia membuktikan bahawa kreativiti, kepakaran teknikal dan imaginasi mampu melahirkan ilusi yang kuat dan meyakinkan, walaupun dengan peralatan yang terhad.

𝗡𝗼𝘁𝗮: 𝙎𝙖𝙢𝙗𝙪𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙞𝙢𝙚𝙟 𝙖𝙙𝙚𝙜𝙖𝙣 𝙎𝙖𝙡𝙡𝙚𝙝 𝙆𝙖𝙢𝙞𝙡 “𝙙𝙞𝙩𝙚𝙡𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙢𝙞” 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞𝙥𝙖𝙥𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙖𝙣𝙙𝙖𝙞𝙖𝙣 𝙫𝙞𝙨𝙪𝙖𝙡 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙩𝙖-𝙢𝙖𝙩𝙖, 𝙙𝙖𝙣 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙢𝙖𝙠𝙨𝙪𝙙 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙜𝙖𝙢𝙗𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧 𝙗𝙖𝙗𝙖𝙠 𝙖𝙨𝙖𝙡.

Friday, 5 June 2020

COVID-19...?

Arkib : 25 Mac 2020

Covid-19 Dan Dajjal?

Hari ini aku nak kongsi sikit keadaan persamaan antara COVID-19 dan Dajjal. Terlalu banyak persamaan. Gambaran ini hanya 1% saja. Ini penting, sila baca sampai habis.

Allah dah bagi ‘hint’ siap-siap. Baiknya Allah, sebelum dilepaskan Dajjal, diberi kita bersedia dalam menghadapi situasi yang sebegini sukar.

Orang bijak akan ambil ibrah, orang jahil akan terus menyalah-nyalah.

Masih fikir nak shopping baju baru?
Masih fikir nak ke Saloon & Spa?

Dah rindu kopi Starbuck?
Dah rindu burger McD?

Setakat hari ini lebih 6 ribu kematian di Itali dan hampir 1 juta orang kehilangan pekerjaan di Australia -
Al-Jazeera.

Kita masih nak ‘bermanja-manja’ lagi. Masih nak fikir benda-benda yang tak penting dan tak mendatangkan faedah. Masih nak benci membenci, masih nak memaki hamun.

Fikir lagi nak ke sana ke mari. Boleh siap rindu nak keluar dating dengan balak/awek. Boleh layan movie porno di Netflix di kala orang susah hati dan bersedih dengan wabak COVID-19 yang membunuh ini.

Ini bukan posting kecaman. Ini posting mengajak orang berfikir. Apa guna kita hidup tak saling mengingatkan.

Ketika mana Dajjal muncul, masing-masing akan kelam kabut. Suami akan kehilangan isteri. Isteri tak sabar dengan dugaan kesusahan, diikutnya Dajjal yang mampu beri nikmat kemewahan.

Ini bukan aku cakap. Ini dah disabdakan oleh Nabi saw. Kaum paling ramai menjadi pengikut Dajjal adalah kaum wanita.

Kaum yang mudah tewas dengan nafsu. Sebab itu Nabi suruh ikat dan tambat anak isteri di tiang-tiang rumah.

Waktu itu orang tak fikir nak berjimak, tak fikir nak tergoda dengan perempuan kiri kanan. Masing-masing cuma fikir nak survive hidup, lindungi ahli keluarga dan makan.

Makanan umat Islam ketika itu hanya zikir. Kalau kita fikirkan logik akal, memang tak akan kenyang. Tapi Islam ni tak boleh kita fikir dengan logik akal. Kalau Allah berkehendak, dengan zikir boleh mengenyangkan.

Masih buta ke kita dengan apa yang jadi di sekeliling kita hari ini? Masjid kosong, orang terhalang dari mengerjakan Umrah. Kemungkinan tak boleh mengerjakan Haji.

Nabi s.a.w pernah bersabda satu hari umatku akan terhalang dari menunaikan Haji dan Umrah. Kalau nak kepastian boleh search.  Banyak hadis yang berkaitan.

Tak akan terjadinya kiamat selagi mana pintu-pintu Masjid masih dibuka. Tanda Dajjal tu semakin hampir kemunculannya apabila masjid-masjid semua kosong. Masih tak nampak lagikah kita apa dah jadi hari ini?

Okay mungkin belum cukup jelas lagi gambaran itu.

Cuba perhatikan Danau Tiberias. Airnya semakin mengering. Apa tandanya itu? Itu tanda besar bahawa Dajjal itu tak lama lagi akan muncul.

Kita perhatikan Kebun Kurma Baisan. Pohonnya 100% sudah tidak berbuah. Sekarang kering kontang. Itu tandanya apa? Dajjal semakin hampir.

Ini bukan aku dengar khabar angin. Ini Hadis Nabi s.a.w dan hadis ini adalah hadis sahih.

Kita saksikan bangunan tinggi-tinggi dibina. Masing-masing berlumba-lumba membangunkan gedung-gedung yang mewah.

Nabi s.a.w pernah bersabda,

“Dan bila engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian, fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi.” (HR. Muslim).

Sekarang petanda itu dah jelas depan mata. Menara jam, Burj Khalifah dan Kingdom Tower. Mereka semua dari keturunan Arab yang dahulunya fakir dan pengembala kambing.

Tanah Arab sekarang dah mula menghijau. Kalau dulu cuma ada padang pasir. Jauh sekali nak dihujani salji. Tapi hari ini? Salji dah mula turun di tanah Arab.

Tak lama lagi tanah Arab akan subur dengan pohon-pohon dan rumput-rumput yang menghijau. Itu tanda Dajjal itu akan muncul sangatlah dekat.

Apa persediaan kita dalam menghadapi Dajjal?

Kalau ditakdirkan Dajjal itu muncul dalam masa terdekat ni, jangan sesekali jumpa dan bertentangan mata dengan dia. Kalau boleh elak sedaya yang mungkin.

Dia akan pukau kita sehingga kita ikut dan sembah dia. Hebatnya sihir Dajjal ini.

Tak kisah iman kita setaraf wali macamana sekali pun, kalau berdepan dengan Dajjal, kita akan tewas.

Macamana rupa Dajjal?

Rasulullah S.A.W bersabda dalam satu hadis riwayat Muslim: “Dajal ialah orang yang rosak sebelah matanya dan di antara dua dahinya tertulis ‘kafir’...”

Perkataan ‘Kafir’ ini hanya boleh dilihat oleh orang-orang mukmin saja. Orang kafir, munafik dan fasik, tak akan nampak perkataan ini.

Jadi, elak dari bersua muka dengan Dajjal. Suami-suami wajib ikat anak isteri ketat-ketat di rumah.

Sebab waktu Dajjal muncul, Dajjal akan masuk ke setiap penjuru kampung, bandar, taman-taman, lembah-lembah dan tak akan ada satu tempat pun yang tak akan dijejaki oleh Dajjal.

Kenapa perlu ikat anak bini? Sebab bila Dajjal tiba di tempat kita, Dajjal akan menghentakkan kakinya sehingga menyebabkan orang-orang yang berada di dalam rumah akan memberontak keluar untuk bertemu dengan Dajjal.

Kalau ditakdirkan bersua muka dengan Dajjal, pilihlah tangan kirinya. Tangan kanannya menggenggam syurga, tangan kirinya menggenggam neraka.

Pilihlah Neraka, kerana fitnah Dajjal Syurga itu Neraka, Neraka itu Syurga.

Amalkan surah Al-Khafi 10 ayat awal dan 10 ayat akhir. Hafal surah ni, sebab waktu kemunculan Dajjal, surah-surah dalam Al-Quran akan hilang dari kitab-kitab, dinding-dinding dan di mana-mana ada tertulisnya kalam-kalam Allah ini.

Abu Darda mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barangsiapa telah membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi maka ia telah terjaga dari fitnah Dajjal". (HR An-Nasai)

Siapa yang baca surah ini ketika Dajjal muncul, Dajjal tak akan nampak orang itu walau berada di depan matanya sendiri. Jadi, kita akan terselamat dari dipengaruhi oleh si makhluk terlaknat ini.

Amalkan ayat ini selepas tasyahhud,

Allaahumma inni a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wa min ‘adzaabinnaari jahannama wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal.

Ertinya, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah Dajjal. ” (HR. Muttafaq ‘alaih)

Sewaktu Dajjal tiba di setiap negara, negeri, bandar, taman-taman, kampung-kampung dan lembah-lembah, kalau penduduk di kawasan itu sembah Dajjal, maka tempat itu akan subur dan diberikan kemewahan oleh Dajjal.

Tapi kalau penduduk di kawasan itu ingkar dengan arahan Dajjal, maka tempat itu akan jadi padang jarak padang terkukur. Kering kontang tak ada air, tak ada makanan, haiwan mati, tanah tandus, orang-orang akan kebuluran yang amat sangat.

Jadi apa kaitan dengan COVID-19?

Ramai duduk rumah, di zaman Dajjal nanti  ramai juga duduk rumah. Tapi golongan yang faham agama.

Macam kes sekaranglah. Semua yang duduk rumah, jenis yang faham bahasa. Jenis tak faham bahasa, semua duk merayap ke sana ke mari.

Kalau beginilah sikap kita, kalau Dajjal muncul, kita mungkin salah seorang boleh jadi pengikut Dajjal.

Arahan kerajaan pun kita ingkar, apatah lagi arahan Nabi s.a.w.

Masjid kosong. Sekarang semua masjid kosong. Seolah-olah Allah dah bagi hint. Esok Dajjal muncul, semua masjid akan lengang. Bukan saja kosong, azan pun tak akan berkumandang.

Panic buying. Kalau COVID-19 ni, orang panic berebut-rebut nak beli barang dapur. Semua risau kelaparan takut tak dapat makan.

Kalau Dajjal muncul, semua orang ‘Panic buying’ juga. Masing-masing panik berebut-rebut nak dapatkan bekalan makanan dari Dajjal. Maka semua dari mereka tercabutlah iman masing-masing.

Terpisah keluarga. Kalau COVID-19, salah sorang ahli keluarga dijangkiti virus, ahli keluarga tak akan dapat bersua muka lagi. Kalau ada rezeki jumpa, tak ada rezeki, hanya memandang dari jauh jenazah ahli keluarga dikebumikan.

Kalau Dajjal muncul, ramai akan kehilangan ahli keluarga. Ada ahli keluarga yang lemah imannya akan jadi pengikut-pengikut Dajjal.

Frontliner bertungkus-lumus. Kalau COVID-19, masing-masing berusaha sehabis keringat untuk tangani virus ini.

Kalau Dajjal muncul, ketua keluarga merangkap frontliner berusaha bertungkus lumus menghalang ahli keluarganya dari menjadi pengikut Dajjal.

Sebab itulah, kita amat dituntut belajar agama. Supaya kita faham akan hakikat hidup ini. Semua ini bakal berlaku dan kita lebih bersedia.

Pentingnya kita memilih pasangan yang faham agama. Supaya dia boleh selalu mengingatkan kita tentang kecaman-kecaman ini dan terus mengajak kita ke arah kebaikan serta menambah amalan.

Bagi orang lelaki, tambah ilmu agama. Perlu faham untuk fahamkan ahli keluarga. Sebagai ketua keluarga, ini tanggungjawab kalian.

Bagi orang perempuan, ini bukan zaman nak ‘bermanja dan menggedik’ fikirkan nak bercantik-cantik 24 jam. Cantikkan otak dulu sebelum cantikkan fizikal.

Kalau Dajjal keluar, dia takda pilih-pilih kau cantik ke hodoh. Paling penting iman kau roboh.

Jadi, tiba masa kita sedar diri. Tambah ilmu dan terus bersedia. Kerana orang bijak adalah orang yang sentiasa bersedia.

Pakat muhasabah.
Semoga bermanfaat

 Kredit Yatt Hayati
#COVID19

Wednesday, 26 October 2016

Sifat api neraka dan ahlinya

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Api neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga gelap bagaikan malam yang kelam."

Diriwayatkan bahawa Yazid bin Martsad selalu menangis sehingga tidak pernah kering air matanya dan ketika ditanya, maka dijawabnya: Andaikata Allah s.w.t. mengancam akan memanjarakan aku didalam bilik mandi selama seribu tahun. nescaya sudah selayaknya air mataku tidak berhenti maka bagaimana sedang kini telah mengancam akan memasukkan aku dalam api neraka yang telah dinyalakan selama tiga ribu tahu."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari mujahid berkata: "Sesungguhnya dijahannam ada beberapa perigi berisi ular-ular sebesar leher unta dan kala sebesar kaldai, maka larilah orang-orang ahli neraka keular itu, maka bila tersentuh oleh bibirnya langsung terkelupas rambut, kulit dan kuku dan mereka tidak dapat selamat dari gigitan itu kecuali jika lari kedalam neraka."

Abdullah bin Jubair meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bahawa didalam neraka ada ular-ular sebesar leher unta, jika menggigit maka rasa redih bisanya tetap terasa hingga empat puluh tahun. Juga didalam neraka ada kala sebesar kaldai, jika menggigit maka akan terasa pedih bisanya selama empat puluh tahun."

Al-a'masy dari Yasid bin Wahab dari Ibn Mas'ud berkata: "Sesungguhnya apimu ini sebahagian dari tujuh puluh bagian dari api neraka, dan andaikan tidak didinginkan dalam laut dua kali nescaya kamu tidak dapat mempergunakannya."

Mujahid berkata: "Sesungguhnya apimu ini berlindung kepada Allah s.w.t. dari neraka jahannam." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka iaitu seorang yang berkasutkan dari api nerka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah ditelinganya ada api, dan giginya berapi dan dibibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli neraka."


Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr r.a. berkata: "Orang-orang neraka memanggil Malaikat Malik tetapi tidak dijawab selama empat puluh tahun, kemudian dijawabnya: "Bahawa kamu tetap tinggal dalam neraka." Kemudian mereka berdoa (memanggil) Tuhan: "Ya Tuhan, keluarkanlah kami dari neraka ini, maka bila kami mengulangi perbuatan-perbuatan kami yang lalu itu bererti kami zalim." Maka tidak dijawab selama umur dunia ini dua kali, kemudian dijawab: "Hina dinalah kamu didalam neraka dan jangan berkata-kata."

Demi Allah setelah itu tidak ada yang dapat berkata-kata walau satu kalimah, sedang yang terdengar hanya nafas keluhan dan tangis rintihan yang suara mereka hampir menyamai suara himar (kaldai).

http://detikislam.blogspot.my/2013/12/sifat-api-neraka-dan-ahlinya.html

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...