Some write for money. Some write to share.
I write to share for your knowledge. Religions, Politics and Conspiracy Theories, these are my fields of interests.
I am not a perfect person. Please correct me if you saw my mistakes so that I will learn from it…
Silat Lincah adalah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia dengan nama PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA. Sesuai sebagai pertubuhan silat yang bukan sahaja mengutamakan gerak langkah dan semangat tempur Hang Jebat, ahli-ahli juga disisipkan amalan-amalan diri sebagai menguatkan pendirian ahlinya. Pertubuhan yang dipimpin oleh Allahyarham TAN SRI DATUK WIRA HAJI OMARDIN BIN MAUJU ini yang bergerak aktif sejak dari tahun 1963 dengan 5 anak murid (didaftarkan pada tahun 1969), bukan sahaja dikenali di Malaysia sebaliknya berjaya mengembangkan sayap ke beberapa negara luar termasuk :-
England,
Belgium,
New Zealand,
Holland,
Perancis,
Madagascar dan yang terbaru di
Korea Selatan, sehingga kini mencapai 30,000 keahlian di luar negara.
Dengan keunggulan kepimpinan Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin, kini PSSLM sudah pun mempunyai keanggotaannya seramai lebih kurang dari 1,000,000 orang ahli di seluruh dunia dan tercatat dalam buku Malaysia Book Of Record terbitan tahun 1998 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohammad (kini Tun) pada Disember 1998, sebagai sebuah pertubuhan ilmu mempertahankan diri yang mempunyai Keanggotaan Terbanyak dan Terunggul.
Silat Lincah terus mencipta sejarah. Sejak tahun 1963, dengan lima orang anak muridnya yang asal, Omardin membuka beberapa gelanggang di sekitar Kampung Puah, Selangor dan sekitar Wilayah Persekutuan dan dari masa ke semasa, Silat Lincah terus berkembang di seluruh pelusuk tanah air sehinggalah pada tahun 1969, perguruan Silat Lincah yang sebelumnya di kenali dengan nama Silat Tarah didaftarkan di Negeri Selangor dengan menjadi sebuah pertubuhan ilmu mempertahankan diri yang sah atas nama Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.
Mahaguru Haji Omardin juga mengadakan beberapa siri persembahan Silat Lincah di luar negara termasuk di :-
Indonesia,
Singapura,
Thailand,
Filipina,
Brunei,
Hong Kong,
Jepun,
Korea Selatan,
Pakistan,
India dan
Mekah.
Walaupun Silat Lincah telah mencipta nama, jiwanya tidak pernah merasa puas. Agenda perjuangannya tidak pernah ada penghujungnya, apatah lagi melihat ratusan perguruan silat yang bertaburan di seluruh pelusuk tanah air hidup segan mati tak mahu, terbiar seperti melukut di tepi gantang, tidak boleh ditoleh dan tidak disilau tanpa pembelaan.
Atas kesedaran ini, pada 1hb Mac 1975, dengan usaha dan perbelanjaan sendiri, satu pertemuan dengan semua guru di seluruh pelusuk tanah air telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur serta disaksikan oleh beberapa perwakilan dari :-
Indonesia,
Thailand,
Singapura,
Filipina dan
Brunei.
Dalam pertemuan ini telah tercipta satu lagi sejarah gemilang perjuangan Omardin di mana badan-badan silat perlu berada dalam sebuah badan gabungan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Malah dengan idea dan susah payahnya juga, akhirnya terbinalah Majlis Silat Negara yang kini dikenali sebagai persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), yang mana menjadi tunjang kepada semua pergerakan seni silat di Malaysia.
Di sebalik kejayaannya itu, Omardin melalui idea dan pandangannya berjaya menarik beberapa buah badan gabungan silat untuk bergabung di Peringkat Rantau ASEAN. Tidak cukup dengan itu, usaha beliau untuk menubuhkan gabungan silat di peringkat antarabangsa juga turut menjadi kenyataan dengan tertubuhnya Federasi Silat Antarabangsa yang kini dikenali Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT), bertanggungjawab bukan sahaja terhadap badan-badan silat di Negara Asean malah badan-badan silat di seluruh dunia.
Usaha Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bukan setakat itu sahaja malah dengan menggunakan perbelanjaan sendiri yang begitu banyak, kemuncak kejayaan beliau adalah menghimpunkan Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri dari seluruh dunia melalui Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri Peringkat Dunia Pertama yang diadakan pada 04hb Disember 1976 bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur, dirasmikan oleh DYMM Sultan Haji Ahmad Shah, Timbalan Yang DiPertuan Agong pada ketika itu, telah disertai oleh 42 pesilat dari negara-negara Asean, Timur Jauh dan Timur Tengah.
Silat Lincah terus menggegarkan dunia pesilatan melayu ketika itu dengan sekali lagi mencipta nama apabila Mahaguru Haji Omardin dan ratusan anak muridnya terbabit menjayakan, Filem Dokumentari ONE STEP TO THE BEYOND atau SELANGKAH KE ALAM BATIN yang bukan sahaja ditayangkan mengenai Dunia Silat Melayu, malah kegemilangan Silat Lincah akhirnya mengangkat Omardin sebagai Pejuang Silat Melayu.
Amalan yang diijazahkan kepada ahli-ahli Lincah di sempurnakan sendiri oleh Mahaguru Haji Omardin berdasarkan keistimewaan dan kesanggupan dari segi persilatan dan perjuangan setiap ahli. Amalan ini diperakui tidak akan membawa sebarang penyelewengan dari apa-apa aspek.
Pertubuhan ini juga mewajibkan setiap ahlinya mempunyai disiplin yang tinggi di semua peringkat sama ada ahli biasa, jurulatih atau pegawai-pegawainya. Antara saling menghormati satu sama lain, Mahaguru dan guru-gurunya dan tidak penderhaka kepada kedua ibu bapa.
Soal keagamaan juga di titik beratkan dalam PSSLM. Ahli-ahli sentiasa dinasihatkan mengingati Allah dengan mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah. Justeru itu, ahli-ahli dilatih bersopan santun kerana itu adalah amalan Silat Lincah yang paling utama.
Berdasarkan semua kepercayaan ini, Silat Lincah akan terus menjadi pertubuhan silat yang dihormati di semua peringkat dan dalam masa yang sama ia dapat memainkan pelbagai peranan menjayakan aktiviti persilatan di negara ini mahupun di peringkat antarabangsa.
PSSLM berjaya mengadakan perhimpunan terbesar pada perhimpunan di Pulau Pinang 1975, ia telah menarik seramai 100,000 penonton menyaksikan perhimpunan dan demonstrasi kebatinan yang amat mendebarkan.
Bagi merealisasikan peranan yang boleh dimainkan oleh ahli-ahli seni beladiri di dalam mempastikan kedaulatan dan kemakmuran negara dipertahankan maka satu pertemuan yang amat bersejarah telah diadakan pada 10hb Mac 2001 bersama Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada ketika itu di Seri Perdana, Putrajaya, sewaktu negara didesas-desuskan mengalami krisis di antara kaum. Pertemuan yang diusahakan dan diketuai oleh Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bersama-sama dengan 53 orang guru-guru Seni Beladiri Malaysia telah menyatakan ikrar taat setia bersama kepimpinan negara seperti yang terkandung di dalam Memorandum yang telah dipersetujui bersama dan seterusnya diserahkan kepada YAB. Perdana Menteri. Ia bertujuan menunjukkan kesetiaan dan mahu mengekalkan perpaduan antara kaum yang terjalin sekian lama serta mahu menghapuskan anasir-anasir yang tidak baik dari terus menghantui masyarakat ketika itu. Ternyata usaha Omardin itu sesuatu yang dinantikan oleh pemimpin kerajaan dan memang begitu diharapkan untuk mencapai matlamat negara yang aman dan makmur.
Warisan Pahlawan Melayu, akan berkongsi bersama anda semua berkaitan sejarah pahlawan Melayu Nusantara, sejarah silat-Melayu, dan lain-lain inshaAllah, sekadar masa yang kami mampu usahakan.. sila subscribe you tube Channel kami ya, Terima Kasih
Pada hari Jumaat, 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran seketika (tidak dapat dipastikan surah apa) dan kemudiannya arwah mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Setelah pengumuman, Mat Kilau dibawa pulang ke rumahnya semula di Batu 5 Jalan Gambang, Kuantan. Ketika itu, kedengaran pula di Peramu, Kuantan ada seorang tua yang bergelar Tok Guru Peramu. Ketika itu menantu yang juga adalah Murid Mat Kilau (Haji Abu Bakar) bertanya siapakah sebenarnya gerangan Tok Guru Peramu itu.
Mat Kilau menjawab itu "Orang Hanyut". Maksud sebenar Mat Kilau Orang Hanyut adalah "Orang dari Hulu Semantan yang ke Hilir Ke Kuantan". Bermakna Tok Guru Peramu adalah Dato' Bahaman. Mat Kilau meminta Haji Abu Bakar menemaninya ke Rumah Tok Guru Peramu @ Dato' Bahaman.
Haji Abu Bakar pun pergi bersama Mat Kilau berjumpa Tok Guru Peramu. Apabila sampai sahaja di hadapan rumah Tok Guru Peramu, tiba-tiba Tok Guru Peramu Peramu menuding jarinya ke arah Mat Kilau dengan mengatakan Mat Kilau 'orang jahat mulut' yang bermaksud Mat Kilau telah membuka rahsia dirinya.
Selepas itu mereka berdua berpelukan dengan begitu erat untuk beberapa seketika. Pelukan itu jelas adalah pelukan yang siapa memandangnya juga akan merasa sebak. Kerana Tok Guru Peramu tahu Mat Kilau akan menemui ajal tidak lama lagi.
Mereka berdua tahu akan petanda ajal, kerana mereka bersama bersumpah bersama sahabat perjuangan yang lain dan pantang Sumpah Para Pahlawan itu adalah dilarang mendedahkan identiti sebenar mereka, sepertimana yang dilakukan Mat Kilau kerana telah mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau Anak Tok Gajah.
Jika seorang pahlawan yang engkar dan melanggar sumpah itu, maka pahlawan itu akan menemui ajalnya dalam masa yang terdekat iaitu dalam beberapa hari. Ini mungkin kedengaran mengarut bagi yang tidak percaya, akan tetapi terpulang kepada diri anda masing-masing. Tidak ada paksaan kepada anda untuk percayakannya.
Sebelum Mat Kilau datang berjumpa Tok Guru Peramu, Tok Guru Peramu pernah berkata,
"Kalau Mat Kilau hidup dia tak selamat dan kalau selamat dia tak hidup"
Ada juga beberapa orang yang bertandang ke rumah Tok Guru Peramu yang bertanyakan soal Mat Kilau. Jawapan Tok Guru Peramu lain-lain tetapi maksudnya tetap berkaitan ajal, seperti "Agaknya Mat Kilau itu nak pendek umur."
Semasa Mat Kilau muncul dan belum isytiharkan dirinya, Mat Kilau masih sihat dan boleh berjalan seperti biasa. Tetapi selepas saja pengakuan itu dibuat, Mat Kilau jatuh sakit. Kakinya bengkak dan mulutnya menjadi herot dan senget. (Mungkin Mat Kilau telah dapat petanda besar mengenai ajalnya). Ilmu Allah itu luas.
Ada satu lagi kisah pada akhir hayat Mat Kilau berjumpa dengan beberapa orang. Orang itu adalah Mat Kelubi. Walaupun mengikut cerita sebenarnya, Mat Kelubi telah mati ditembak dan dipenggal kepalanya di sungai. Akan tetapi Mat Kelubi tetap hadir menziarahi Mat Kilau. Orangnya kecil sahaja tidak sampai 5 kaki.
Selain itu, menurut menantu Mat Kilau iaitu Haji Abu Bakar, pada suatu malam seorang yang tidak dikenali diiringi oleh dua orang yang lengkap berpakaian seperti hulubalang zaman dahulu telah datang menziarahi Mat Kilau.
Pada waktu itu, Haji Abu Bakar agak letih. Orang itu mengucapkan terima kasih kepada Haji Abu Bakar kerana telah menjaga Mat Kilau. Mereka meminta izin untuk pulang dan terus ghaib dari pandangan mata kasar.
Wajah lelaki yang dikatakan Mat Kilau setelah muncul kembali pada tahun 1969
TRIVIA TOKOH : KEMUNCULAN SEMULA “MAT KILAU” DI TANAH MELAYU
Foto Mat Kilau selepas kemunculan semula pada Disember 1969. Foto dirakamkan oleh jurufoto, Allahyarham Haji Wan Musa Wan Omar di Kuantan, Pahang. Sejurus kemunculan seorang lelaki yang mendakwa dirinya Mat Kilau, Kerajaan Pahang menubuhkan Jawatankuasa Menyiasat Munculnya Mat Kilau pada 8 Januari 1970.
Jawatankuasa itu kemudian mengisytiharkan lelaki itu ialah Mat Kilau. Selepas kemunculannya, lelaki berkenaan kemudian menghembuskan nafasnya yang terakhir. Menurut anak jurufoto berkenaan, Wan Rafiqah Wan Musa foto itu diambil ayah mereka ketika mengusahakan BP Foto di Kuantan.
Di belakang foto berkenaan tercatat nota bertulis tangan kemunculan semula Mat Kilau dan tarikh beliau meninggalkan dunia buat selama-lamanya, iaitu pada 16 Ogos 1970 bersamaan 14 Jamadilawal 1390 H.
Al- Fatihah
Sumber : Pertiwi & Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin
Lokasi persembunyian, anak isteri dan sebab Mat Kilau tukar nama
DALAM wawancara pertama selepas kemunculan semula Mat Kilau, beliau mendedahkan pelbagai kisah sepanjang persembunyiannya.
Tempoh lebih tujuh dekad bukan sekejap. Dalam tempoh tersebut, Tanah Melayu sendiri melalui pelbagai peristiwa bersejarah. Dari pemerintahan British, kemasukan tentera Jepun, 14 hari pemerintahan komunis, darurat, penubuhan Malayan Union, kemerdekaan sehingga nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia.
Menurut Mat Kilau, selepas diusir Hugh Clifford, beliau merantau sehingga ke Kampung Penar dan Kampung Jambu di Pattani, Thailand, menjadi guru silat di sana. Beliau kemudiannya berpindah ke Kelantan selama tiga tahun dan ke Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Terengganu selama tujuh tahun. Di Terengganu, beliau tinggal bersama ayahnya, Imam Rasu atau lebih dikenali sebagai Tok Gajah.
“Ayah meninggal dunia di hadapan mata Aki di Pasir Nering. Aki kemudiannya membuat keputusan untuk ke Pahang,” kata Mat Kilau kepada dua wartawan Utusan Malaysia yang mewawancaranya, Nordin Mohammad dan Haji Alang Ahmad.
Janji dengan Sultan
Mat Kilau tinggal di Kampung Tanjung Medang, Pekan Pahang sehingga berlakunya banjir besar di negeri itu pada 1926. Kemudian, atas titah Almarhum Sultan Abdullah, beliau berpindah ke Kampung Batu Lima, Jalan Maran, Kuantan pada 1927.
Dalam pertemuannya bersama Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Yahya Mohd. Seh dan beberapa ahli sejarah, tiga hari selepas mendedahkan identiti di Kampung Pulau Tawar, Mat Kilau mendedahkan punca beliau menyembunyikan diri.
Kata beliau, persembunyian itu merupakan janji antara dirinya dengan Sultan Abdullah yang turut menitahkan supaya beliau menukar nama kepada Mat Siam. Ini kerana Mat Kilau telah menjadi buruan British selepas melakukan pemberontakan bersama beberapa rakan yang lain.
Pahlawan Mat Kilau (tengah) ditemu bual ketika muncul di Kampung Kedondong, Pulau Tawar,Jerantut, Pahang pada 26 Disember 1969. Usia beliau ketika itu kira-kira 122 tahun
KERATAN laporan Utusan Malaysia tentang kemunculan semua Mat Kilau pada 29 Disember 1969. Hubungi Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd. untuk maklumat berkenaan laporan terdahulu Utusan Malaysia. Hubungi 03-74556428 atau emel infocenter@mediamulia.com.my.
Bilangan isteri dan anak-anak
Di Kampung Batu Lima, Mat Kilau telah berkahwin dengan Che Ajrah Abu Bakar dan mempunyai enam orang anak. Sebelum persembunyiannya, Mat Kilau berkahwin dengan Yang Shik Daud dan dikurniakan empat orang anak. Dua anak daripada perkahwinan pertamanya, Omar dan Khadijah masih hidup pada 1969.
Pada tahun itu juga, semua adik-beradiknya seramai empat orang telah meninggal dunia.
Dua wartawan Utusan Malaysia itu juga berjaya menemui dan menemu bual Che Ajrah. Menurut Che Ajrah, dia bertemu dengan Mat Kilau yang ketika itu menggunakan nama Mat Siam di rumah saudaranya di Kampung Batu Lima. Mat Kilau menumpang di sana.
“Dengan perantaraan saudara-mara sebelah saya, kami telah mendirikan rumah tangga dan mendapat enam orang anak,” kata Che Ajrah.
Anak sendiri tidak tahu Mat Siam itu Mat Kilau
Dalam satu laporan pada 30 Disember 1969, dua orang anak Mat Kilau dalam perkahwinan dengan Che Ajrah berkata mereka terkejut apabila mendapat tahu ayahnya yang dikenali sebagai Mat Siam itu sebenarnya pahlawan terbilang.
Anak sulungnya, Minah dan anak bongsunya, Abu Bakar berkata, ayahnya tidak pernah bercerita bahawa dia sebenarnya Mat Kilau, pahlawan Pahang yang masyhur kerana keberaniannya menentang British.
“Kami tidak pernah percaya cerita-cerita ayah mengenai perjuangan pahlawan-pahlawan zaman dahulu kerana kami menganggap ayah sudah nyanyuk,” kata Abu Bakar.
Dalam laporan berasingan pada 31 Disember 1969, cucu Mat Kilau yang tidak dinamakan berkata, dia mendapat ilham untuk mencari Mat Kilau selepas didatangi moyangnya, Tok Gajah dalam mimpi. Dalam mimpi itu, Tok Gajah yang menyuruhnya mencari Mat Kilau.
Anak Mat Kilau, Omar pula bercerita, sebuah busut timbul di bawah tangga rumahnya sejak 30 tahun sebelum itu. Katanya, dia cuba membuang busut itu sebanyak 20 kali tetapi ia tetap tumbuh kembali.
“Setelah rumah lama diruntuhkan dan dibuat rumah baharu yang bersimen, busut itu tumbuh lagi, bersetentang di bawah tangga naik ke loteng,” katanya. Dia kemudiannya didatangi seorang tua berjubah hijau dalam mimpinya, yang meminta supaya tidak mengusik busut tersebut kerana ia tidak meminta makan dan ia akan membawa rahmat.
Omar juga berkata, dia tidak pernah mengesyaki bahawa Mat Siam yang dia kenali selama ini ialah ayahnya sendiri, iaitu Mat Kilau. – RELEVAN
"Orang Melayu tak akan mulia hanya dengan adat, budaya dan kesultanan, tetapi kita mulia dengan agama dan Allah. Untuk kekal mulia carilah Allah." #MatKilau
Nampaknya filem² Malaysia semakin meriah dengan seni pertahanan diri orang² Melayu . Filem "SIKU 12" diterbitkan oleh Power Team Entertaiment Sdn Bhd dan bakal ditayangkan di pawagam 22 Oktober 2022 . Filem ini dilakonkan oleh Syafiq Kyle dan Zahiril Adzim serta lainnya.
Mungkin ada yang segelintir yang tak tahu apa yang dimaksudkan dengan "Siku 12" kenapa nama filem ni Siku 12 .. ? Baik mari kita bercerita mengenai Siku 12 .
Saya tidaklah tahu sangat mengenainya, tetapi kalau nak cerita serba sedikit tu boleh lah . Nama Siku 12 ni adalah sebuah seni pertahanan diri ataupun ilmu tempur orang Melayu kita, khususnya di Pulau Pinang.
Seni ini diasaskan oleh Allahyarham Sheikh Ghulam Meah bin Syeikh Ahmad Meah. Beliau dilahirkan sekitar awal tahun 1905, berdarah campuran Melayu, Arab dan Pashtun. Beliau dikenali dengan nama "Mamu Dada"
Beliau seorang yang sangat meminati seni pertahanan diri dan telah mempelajari pelbagai jenis ilmu pertahanan diri termasuklah beberapa ilmu seni persilatan. Disebabkan minat beliau pada ilmu pertahanan diri. Beliau belajar sambil mengkaji teknik dan pukulan yang lebih efektif.
Maka dari sini terciptalah satu sistem atau kaedah beladiri yang berasaskan dari senaman yang pada ketika itu beliau menamakannya dengan nama Senaman Siku. Ia juga boleh dikenali dengan nama Silat Pelaga dan Silat Halalintar/Petir. Manakala nama "Siku 12" hanyalah muncul selepas beliau meninggal dunia.
Pada asasnya, Seni Siku 12 merangkumi seluruh tubuh sebagai senjata serangan. Sama seperti seni beladiri yang lain. Hanya senaman dan senjata anggota tubuhnya lebih kepada penekanan penggunaan siku sebagai senjata utama.
Seni ini mengutamakan tempur jarak dekat. Apabila bertembung atau berlaga secara berhadapan bagi mengalahkan musuh, ia memfokuskan kepada tiga sasaran. Sama ada mencederakan lawan, mematahkan tulang anggota lawan atau memukul dengan pukulan maut.
Falsafah Mamu Dada @ Sheikh Ghulam mudah saja . "Siapa yang cepat dia yang dapat"
Mamu Dada dikatakan sering terlibat dalam beberapa pertarungan dengan beberapa orang yang mahir dalam senibeladiri. Dari situ beliau sering membuat kajian dan ujikaji mengenai teknik, serang bela dan pukulan yang lebih efektif dan sesuai untuk beliau gunakan sebagai ‘pakaian’ diri.
Untuk memahirkan diri dengan seni ini, seseorang itu memerlukan latihan sekurang-kurangnya dua tahun hanya untuk kefahaman dan kemahiran dalam peringkat ‘Senaman 12’ sahaja.
Bagaimanapun, hanya dengan menamatkan Senaman 12 saja sudah cukup memadai untuk digunakan sebagai ilmu seni mempertahankan diri.
Dari sinilah pecahan tiap anggota tubuh diajar sebagai senjata dan juga kaedah pecahan tapak. Mengikut cerita dari orang-orang lama termasuk dari guru-guru Siku 12 tidak ramai yang meneruskan kesinambungan Senaman Siku 12 ke peringkat seterusnya. Kebanyakannya akan berhenti setakat Senaman 12 sahaja.
Mamu Dada diketahui mempunyai ramai anak murid baik sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua. Bagaimanapun, diceritakan terdapat 6 orang murid yang mana 5 darinya yang paling terkenal. Antaranya :
Pak Mat Hamden atau lebih terkenal dengan nama Pak Mat Hamdan
Pak Sahak atau dikenali dengan nama Pak Sahak Kastam.
Pak Bidin.
Pak Ibrahim atau dikenali dengan panggilan Ibrahim Body
Haji Yahya atau dikenali dengan panggilan Pak Ya Botak
Lukman Hakim
Apa yang menariknya, kesemua mereka diberi pelajaran yang berbeza antara satu sama lain tetapi masih berasaskan kepada pelajaran asalnya iaitu Senaman Siku. Selepas kematian Mamu Dada, lima muridnya telah membentuk jurusan masing-masing berdasarkan pelajaran yang diterima dari Mamu Dada.
Allahyarham Mamu Dada meninggal dunia ketika berusia 42 tahun pada tanggal 6 Jun 1947 Ketika hayatnya Allahyarham telah mencipta sejenis senaman yang akhirnya mampu diaplikasikan sebagai sejenis seni mempertahankan diri yang diiktiraf oleh masyarakat ketika itu sebagai Silat Kelahiran Pulau Pinang.
Silat ini juga pernah didaftarkan atas nama ‘Seni Silat Petir Negeri Pulau Pinang’ pada tahun 1976 di Tanjong Tokong, Pulau Pinang.
Siku 12 sejak awal kemunculannya dan selepas kematian Allahyarham Mamu Dada hanya berpusat di bahagian pulau sahaja iaitu di kawasan Bayan Lepas hingga ke Teluk Bahang. Kini penyebaran Siku 12 ke tanah besar Seberang Perai hingga sejauh Pulau Langkawi, Negeri Sembilan dan Johor.
‘Siku 12’ menjadi kebanggaan generasi lama Pulau Pinang. Bak kata orang lama “Cek, jangan berani mengaku anak Pulau Pinang kalau tak belajaq Siku 12”. Ini membuktikan bahawa Siku 12 pernah menjadi kebanggaan masyarakat Pulau Pinang satu ketika dulu hingga kini tanpa menidakkan kehebatan seni beladiri yang lain.
Sebelum terjadinya rusuhan kaum terbesar di negara kita selepas Perang Dunia ke 2 pada 13 Mei 1969, beberapa rusuhan kaum juga pernah berlaku di beberapa buah negeri di Tanah Melayu termasuklah Negeri Sembilan.
Dikatakan rusuhan kaum yang telah berlaku di Padang Lebar, Negeri Sembilan adalah antara peristiwa paling buruk yang pernah diceritakan.
Rusuhan kaum yang tercetus akibat daripada peristiwa amuk di Padang Lebar berdekatan Pekan Batu Kikir, Negeri Sembilan terjadi 23 tahun sebelum peristiwa 13 Mei iaitu pada tarikh 6 November 1946.
Peristiwa rusuhan di Padang Lebar, Negeri Sembilan ini bukanlah memberi kesinambungan kepada peristiwa 13 Mei yang melanda negara kita, tetapi ia punyai kaitan yang cukup rapat dengan perang di Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Kisahnya waktu itu Tanah Melayu dikuasai oleh komunis dan peraturan-peraturan serta larangan-larangan yang dikenakan oleh ahli Bintang Tiga secara tidak sengaja telah mengakibatkan tercetusnya perang Batu Kikir.
Dalam peristiwa rusuhan kaum di Padang Lebar, orang kampung telah membunuh hampir semua penduduk yang berketurunan Cina di pekan Padang Lebar. Peristiwa itu berlaku berpunca daripada akibat rasa tertekan orang Melayu dengan kezaliman pemerintahan Bintang Tiga yang majoritinya orang cina.
Kebanyakan ahli Bintang Tiga berpengkalan di dalam hutan, tempat memecah batu berhampiran Kampung Serting. Pada waktu itu, pekan Simpang Pertang (Pekan Batu Kikir) adalah markas besar buat Bintang Tiga. Mereka menjadikan gua-gua di hutan berhampiran sebagai tempat persembunyian.
Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, ahli-ahli pasukan Bintang Tiga mula keluar dari hutan. Mereka mula bertindak ganas ke atas orang Melayu dan menganggap mereka telah menjadi tali barut Jepun. Kesempatan ini diambil oleh orang-orang cina di Padang Lebar untuk menganiaya orang Melayu.
Ahli-ahli Bintang Tiga menangkap dan menghukum ramai orang Melayu walaupun atas kesalahan paling kecil seperti mempertikai harga ikan yang mahal yang dijual orang Cina. Kesalahan itu dijadikan isu bagi mereka sehinggakan si pembeli dikenakan hukuman mati.
Selain itu ada juga didenda dengan jumlah yang tidak munasabah. Antaranya dikenakan denda dengan membayar satu pikul daging kambing, wang enam puluh ribu ringgit, dua tahil emas dan sebatang pen Parker.
Denda yang tidak munasabah ini bertujuan untuk menghukum orang tersebut dengan lebih berat memandangkan mereka tidak mampu membayar denda yang dikenakan. Sejak Bintang Tiga berkuasa, boleh dikatakan ramai orang Melayu telah dihukum dan dibunuh.
Dalam pada masa yang sama ahli Bintang Tiga teruskan keganasan mereka dengan pergi dari satu rumah ke satu rumah orang melayu hanya kerana untuk mencari kesalahan orang melayu.
Oleh yang demikian, kemarahan orang melayu memuncak apabila terdapat berita dari Pekan Lebar yang mana ahli Bintang Tiga telah menangkap 40 orang melayu dalam masa 2 minggu.
Orang melayu mula bersepakat dan merancang untuk menghapuskan kesemua orang cina di pekan Padang Lebar. Maka tercetuslah peristiwa amuk Padang Lebar yang amat gerun dan tidak dapat dilupakan sehingga ke hari ini.
Antara orang yang bertanggungjawab mengetuai amukan tersebut adalah Haji Dollah. Beliau bersama-sama dengan penduduk setempat telah melakukan persediaan yang rapi bagi menghadapi amukan ini antaranya bertemu dengan Kiai Selamat (seorang yang alim dan arif dalam ilmu persilatan) di Kampung Lonek untuk menuntut ilmu persilatan.
Haji Dollah dan orang-orang kampung mula berhimpun di pekan Padang Lebar untuk memulakan rancangan mereka. Mereka berpecah dan berkumpul berasingan di sepanjang jalan di pekan kecil itu.
Dikatakan amukan dimulakan oleh Datuk Nara Sutin Bin Daim yang merupakan seorang guru dan diikuti oleh anak-anak muridnya. Maka ramailah orang Cina dibunuh oleh orang melayu dalam peristiwa berdarah itu.
Kebanyakan mereka yang terbunuh telah dipenggal kepalanya oleh orang melayu yang melakukan amukan tersebut. Akibat dendam kesumat terhadap mereka, dikatakan tidak ada satu orang cina pun yang hidup melainkan seorang sahaja yang bernama See Kun.
See Kun dikatakan telah berjaya melarikan diri walaupun mengalami kecederaan di bahagian perut dan terselamat selepas mendapat rawatan di pekan Kuala Pilah.
Dia adalah merupakan saksi utama dalam peristiwa amukan tersebut. Mangsa-mangsa yang dibunuh, kebanyakannya dibunuh oleh mereka yang berdendam atas kematian ahli keluarga mereka.
Kejadian tersebut akhirnya telah sampai ke pengetahuan pihak atasan Bintang Tiga. Satu pasukan Bintang Tiga telah dihantar ke pekan Padang Lebar dengan bertujuan untuk melawan dan menuntut bela.
Semasa dalam perjalanan, mereka telah dihalang oleh satu pasukan tentera Gurkha yang telah diarahkan supaya melindungi orang-orang Melayu di sekitar pekan Padang Lebar.
Oleh sebab hampa dihalang memasuki kawasan pekan Padang Lebar, mereka sempat membunuh seorang Melayu yang kebetulan berada di situ. Ekoran daripada peristiwa amukan itu, pihak berkuasa telah menahan 11 orang melayu penduduk tempatan dan dijatuhkan hukuman gantung.
Walau bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu hukuman gantung telah digantikan dengan hukuman penjara. Pihak berkuasa pada ketika itu telah mengeluarkan perintah melarang orang ramai membawa senjata tajam apabila keluar ke pekan.
Pihak Bintang Tiga turut membantu memastikan semua penduduk mematuhi perintah tersebut. Larangan tersebut telah membawa padah pada pihak berkuasa kerana ia menjadi alasan berlakunya pertumpahan darah bagi kali kedua.
Kali ini pertumpahan darah berlaku di pekan Batu Kikir. Peristiwa ini terjadi tidak sampai seminggu daripada peristiwa di pekan Padang Lebar.
Walaubagaimanapun, peristiwa hitam ini perlu diteliti kerana ianya memberi pengajaran tentang kehidupan yang harmoni datang dari kepercayaan dari satu kaum kepada satu kaum yang lain untuk tinggal bersama di dalam satu tempat.
_______
Kredit : Freddie Aziz Jasbindar
Sumber artikel : Legasi Pemikir [LEKIR] oleh PeristiwaNSejarah
Almarhum Dato' Meor Abdul Rahman Bin Daeng Uda Md. Hashim
Sejarah seni silat gayong.
Pengasas perguruan Silat Seni Gayong Malaysia adalah Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim, cucu kepada Daeng Kuning. Daeng Kuning atau lebih dikenali dengan gelaran Panglima Hitam adalah salah satu daripada lima adik-beradik anak raja Bugis yang mendarat di Tanah Melayu bagi mencari tempat untuk memulakan penghidupan baru. Tempat pendaratan mereka pada ketika itu disebut sebagai Pengkalan Aur yang mana kini lebih dikenali sebagai Air Kuning, Taiping. Baginda terus menetap di situ sementara yang lainnya meneruskan pengembaraan mereka. Daeng Kuning mangkat di Taiping dalam tahun 1875.
Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim, waris keturunan Daeng Kuning telah dilahirkan di Taiping pada 17hb Ogos 1915. Beliau mula mempelajari ilmu persilatan ketika berusia 12 tahun daripada datuknya, Syed Zainal Abidin Al-Attas. Syed Zainal atau Tuk Jenai pada ketika itu adalah seorang penghulu di Pekan merupakan seorang pendekar Pahang yang terkenal dengan perjuangannya menentang penjajahan Inggeris bersama-sama Allahyarham Mat Kilau, Dato’ Bahaman (orang Kaya Semantan) dan rakan-rakannya. Beliau telah berundur dan berkeluarga di Taiping hinggalah dikurniakan beberapa orang anak, diantaranya Syarifah Alauyah iaitu ibu kepada Dato’ Mahaguru Meor Abdul Rahman.
Setelah ilmu persilatannya dikhatamkan, Dato’ Meor Abdul Rahman mula dikenali ramai. Ketika berumur 19 tahun, beliau telah dipanggil menunjukkan kebolehannya di hadapan Paduka Seri Sultan Perak, Almarhum Sultan Alang Iskandar di Istana Bukit Chandan dan diberi gelaran Panglima Sendo Perak (The Invincible Warrior of Perak) dan tinggal di istana buat beberapa ketika sehingga baginda mangkat pada tahun 1938.
Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dalam bidang persilatan turut menyerlahkan dirinya ketika berhijrah ke Singapura pada tahun 1938. Beliau merupakan anak Melayu pertama ditugaskan sebagai jurulatih seni mempertahankan diri kepada Signal Corps dibawah pemerintahan Lt. Kol Pope di Gullman Barrack, Singapura. Kerana tidak mahu dirinya dijajah, beliau berundur ke Pulau Sudong, 12 km dari Singapura dalam tahun 1941 apabila tentera Jepun menyerang Singapura. Disinilah kali pertama Silat Seni Gayong mula diperkenalkan kepada sekumpulan tujuh orang belia, iaitu pada 17hb Februari 1942 jam 11.00 pagi. Di pulau tersebut dan pulau-pulau sekitarnya, beliau telah membuktikan kepintaran dan keberaniannya memperdaya, menewaskan tentera Jepun serta melindungi penduduk di pulau tersebut.
Atas kegigihan beliau, maka merebaklah pengaruhnya hingga Silat Seni Gayong berkembang ke pulau-pulau Indonesia, Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu. Diatas jasanya yang cemerlang ketika bertugas di cawangan jenayah serta sumbangannya kepada Kerajaan British ketika menentang pendudukan Jepun di Singapura dan Malaya, beliau telah dikurniakan pingat King George V oleh baginda Ratu Elizabeth yang mana pada ketika itu Dato’ Meor Abdul Rahman telah pun menjadi anggota polis di Jabatan Siasatan Jenayah, Singapura.
Dato’ Meor Abdul Rahman terus gigih mengembangkan Silat Seni Gayong ke seluruh Tanah Melayu dan Singapura bermula dari tahun 1948. Setelah bersara dari pasukan polis, beliau telah menubuhkan Seni Gayong School di Woodland, Singapura pada 3 Disember 1960.
Pada tahun 1959, Allahyarham Dato’ Onn bin Jaafar, pengasas UMNO dan penentang Malayan Union telah masuk menjadi ahli Silat Seni Gayong. Memandangkan sambutan terhadap seni silat ini begitu menggalakkan, beliau mencadangkan supaya ianya didaftarkan. Hasil usaha nasionalis Melayu ini serta Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri, seni silat ini telah berjaya didaftarkan di Johor bahru pada 22hb Oktober, 1963 (No. Pendaftaran 361) atas nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Ianya merupakan pertubuhan silat yang pertama sekali berdaftar dan kini merupakan perguruan silat terbesar di Malaysia.
Silat Seni Gayong terus berkembang pesat di Semenanjung Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Meor Abdul Rahman. Usaha dan pengorbanannya mengembangkan seni silat ini telah dirakam oleh Paduka Seri Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Idris dengan pengurniaan pingat Darjah Paduka Cula Si Manja Kini (DPCM) yang membawa kepada gelaran Dato’. Almarhum Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md. Hashim mangkat di Taiping pada 23hb Jun 1991 ketika berusia 76 tahun.
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG
Antara koleksi gambar-gambar Dato' Meor sewaktu lanjut usianya
Yim Wing Chun adalah Guru Perempuan Dalam Sejarah Seni Beladiri Kungfu dari tanah besar China.
Penulis memilih seni beladiri ini kerana terdapat beberapa persamaan di dalam bentuk persilatan "PERTAHANAN MENYERANG" yang menjadi intisari bentuk seni bela diri tersebut yang mirip dengan bentuk Seni Silat dan Seni Tempur Melayu; juga tiada sombong dan tiada angkuh seperti seni beladiri Tae Kwon Do atau Karate Do.
...
[1] WING CHUN :
Mandarin : 詠春; pinyin: yǒng chūn;
Secara harfiah berarti "nyanyian musim semi (semai padi)".
Mandarin : 永春; secara harfiah berarti "musim semi abadi", juga dieja sebagai "Ving Tsun" atau "Wing Tsun" adalah seni beladiri China dan bentuk bela diri yang mengkombinasikan penyerangan dan pergelutan dengan pengkhususan pertarungan jarak dekat.
...
TOKOH BERSEJARAH :
The Five Elders (五祖) ;
Yim Wingchun/Yan Yongchun (嚴詠春);
Hung Heigun/Hong Xiguan (洪熙官) ;
Fong Saiyuk (方世玉) ;
Dong Haichuan (董海川) ;
Yang Luchan (楊露禪) ;
Wu Quanyou (吳全佑) ;
Ten Tigers of Canton (廣東十虎) ;
Chen Fake (陈发科) ;
Chan Heung/Chen Xiang (陳享) ;
Wong Fei-Hung (黃飛鴻) ;
Sun Lutang (孫祿堂) ;
Huo Yuanjian Hua (霍元甲) ;
Ip Man/Ye Wen (葉問) ;
Bruce Lee/Li Xiaolong (李小龍) ;
...
[2] SEJARAH WINGCHUN :
Sejarah Wing Chun lebih banyak diceritakan turun temurun dari guru ke murid, tidak ada catatan rasmi atau prasasti mengenai siapa dan bila ia diciptakan.
Menurut versi Ip Man, Wingchun dicipta oleh Pendeta Wanita "Ng Mui" pada masa pemerintahan Maharaja Yung Cheng I, yang berkuasa (1723 M-1736 M), Dinasti Qing.
NOTA Penulis :
[Zamannya Siti Zubaidah beserta 3 Srikandi Puteri menyerang China untuk membela dan membebaskan suaminya Sultan Zainal Abidin dari 7 Puteri Kungfu China adalah tahun 1360 M - 1390 M, iaitu lebih awal dari sejarah Wingchun.
Mungkinkah Neneknda Puan Siti Zubaidah sempat menurunkan Seni Silat Melayu ketika menawan 7 Puteri Kungfu Tanah Besar China?
Kerana Adab & Adat seni persilatan zaman dahulu, yang kalah lazimnya akan berguru kepada yang menang...]
Setelah terjadi peristiwa dibakar dan dihancurkan "Biara Shaolin" di Fujian oleh pasukan tentera Dinasti Qing, ramailah pengikut Shao Lin yang mati terbakar. Beberapa "disciple" berhasil melepaskan diri dari peristiwa ini, antaranya adalah Pendeta Ng Mui (Sifu perempuan) dan juga beberapa orang murid, yang paling terkenal seperti,
Hung Hay Kwun (Hung Si Kuan);
Fong Sai Yuk (Fang Se Yu);
Luk Ah Choy;
~ dan satu lainnya, tidak dikenali.
Kelima-lima "Sifu" ini adalah lima guru yang mewakili lima gaya Kungfu Shao Lin, berhasil melarikan diri dan di antaranya Ng Mui (Sifu perempuan) yang lari berlindung ke Gunung Daliang (大涼山) di perbatasan antara Yunnan dan Si Chuan.
Suatu hari, dia melihat pertarungan antara ular dan burung bangau, kemudian Ng Mui mengambil pelajaran dari mengamati pertarungan antara kedua haiwan itu dan merekacipta kombinasi pertarungan tersebut dengan kungfu Shaolin kemudian menciptakan kungfu dengan gaya baru.
Ng Mui sering membeli tauhu dari seorang tukang tauhu bernama Yim Yee (嚴二). Yim Yee mempunyai seorang anak perempuan bernama "Yim Wing Chun" (嚴詠春) yang dipaksa menikah dengan General Militari setempat yang bernama "General Wong". Ng Mui telah mengajar Yim Wing Chun ilmu kungfu gayabaru yang diciptanya untuk menyingkirkan General Wong itu untuk selamanya dan akhirnya berhasil.
Yim Wing Chun akhirnya menikah dengan tunangannya "Leung Bok Chao". Ia berhasil menurunkan teknik yang dipelajarinya dari Ng Mui ini kepada suaminya. Leung Bok Chao sendiri pernah mempelajari seni bela diri dan rajin berlatih di waktu senggangnya. Setelah pernikahan mereka, Yim Wing Chun sering berdiskusi dengan suaminya tentang teknik-teknik pertarungan.
Awalnya Bok Chao meremehkan Yim Wing Chun, karena menganggap Yim Wing Chun adalah seorang wanita yang biasa dan lemah, tetapi Yim Wing Chun berhasil memperoleh kesempatan untuk berlatih dengan suaminya dan berhasil mengalahkannya setiap kali mereka berlatih.
Leung Bok Chao pun akhirnya sedar bahawa Wing Chun bukanlah seorang wanita lemah, tetapi seorang ahli seni bela diri. Sejak saat itu ia mengagumi teknik isterinya dan sering berlatih berdua. Ia menyebut teknik ini dengan nama "Wing Chun Kuen" untuk menghormati isterinya. Dari namanya ini lah maka seni beladiri ini dikenali dengan nama KungFu "Wing Chun".
Ada juga beberapa kalangan dalam seni silat Melayu yang mendakwa bahawa Yim Wing Chun adalah seorang Mukmin yang berilmu dan warak.
Wallahu alam.
...
[3] BENTUK SENI WINGCHUN :
Wing Chun adalah sebuah bentuk seni beladiri yang sangat unik, khusus kepada pertarungan jarak dekat, memakai pukulan cepat dan tendangan dengan pertahanan yang ketat serta ketangkasan gerak kaki untuk mempercepat gerak maju.
Wing Chun yang efektif dapat dicapai dengan kordinasi antara serangan dan pertahanan yang serentak dengan serangan balas. Yakni serangan balas dilakukan serentak ketika diserang, mirip dengan bentuk pertahanan Seni Silat Melayu, iaitu "Pertahanan Menyerang" atau "Offensive Defense".
Pelatih Wing Chun harus belajar untuk melontarkan jumlah tenaga yang tepat dengan keadaan santai dan lembut. Guru Wing Chun yang baik akan mengajarkan muridnya untuk mengatasi serangan dengan mengatur posisi dan struktur tubuh mengiring daripada menghadapi langsung bersetentang.
...
Rujukan :
1] Wikipedia: Wingchun;
2] Chu, Robert; Ritchie, Rene; & Wu,
Y. (1998). "Complete Wing Chun:
Definitive Guide to Wing Chun's
History and Traditions".
Boston : Tuttle Publishing.
ISBN 0-8048-3141-6.
3] 永春 in usage: "Leung Ting, Roots
and Branches of Wing Tsun;
4] Robert Chu, Rene Ritchie, Y. Wu,
"Complete Wing Chun : Definitive
Guide to Wing Chun's History and
Traditions";
5] "Deklarasi berdirinya Asosiasi
Bela Diri WingChun Indonesia"
6] Kang Sin Sin Homepage;
"Preserving the Wing Chun KungFu
of Ip Man".
7] Samuel Kwok Homepage;
"Preserving the Wing Chun KungFu
of Ip Man".
...
"Bangau dan Ular, dua haiwan yang sering dijadikan lambang perguruan Wing Chun, merepresentasikan dua haiwan Shaolin yang dominan dalam teknik Wing Chun".
1. "Di Tanah Melayu, ada seni yang seakan-akan 'Wing Chun' dikenali dengan nama, "Lian Padukan". Mungkin admin boleh kaji asal usul silat lain padukan ni nanti insha Allah. Kita mohon "Disciple" atau Guru Seni Silat Lian Padukan kongsikan. Kita belajar silat kampongan jer ..."
Mohd Hilme Ibrahim
2. "Mungkinkah Neneknda Siti Zubaidah sempat menurunkan Seni Silat Melayu ketika menawan 7 Puteri Kungfu Tanah Besar China?"
Ilmu Tempur Parang Terbang Bahagian Kedua : Ilmu Seni Bela Diri Warisan Panglima Kiyai Haji Salleh (Selempang Merah)
Gambar : Illustrasi Parang Pejuang Selempang Merah
19 Mac 2020
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Kini tibalah masanya untuk kita mendalaminya serba sedikit berkenaan dengan ilmu-ilmu perang seperti yang pernah diamalkan oleh para pejuang Islam kita. Ilmu-ilmu perang ini sebenarnya, telah pun mula diamalkan nenek moyang kita satu ketika dahulu walaupun ketika itu bangsa kita belum lagi memeluk Agama Islam. Akan tetapi selepas kedatangan Islam di Tanah Melayu (sewaktu perkembangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka) maka, ilmu-ilmu perang tersebut semakin berkembang luas mengikut peredaran zaman dan keperluan semasa sehingga ke hari ini.
Sila abaikan dahulu buat sementara waktu pengetahuan anda mengenai sejarah berkaitan dengan kekalahan Kota Melaka di tangan Portugis yang seperti yang pernah kita pelajari di bangku sekolah. Ini adalah kerana dalam sejarah tersebut dicatatkan bahawa kekalahan utama Empayar Kesultanan Melayu Melaka ini adalah disebabkan oleh kekurangan teknologi seperti peperangan menggunakan keris dan tombak sahaja selain menggunakan teknik seni silat sahaja untuk mengalahkan musuh. Untuk pengetahuan anda semua, isu-isu ini masih lagi menjadi perdebatan di kalangan para pakar sejarah sama ada di dalam ataupun di luar negara. Kekurangan sumber-sumber bacaan tambahan untuk menyokong bahawa Bangsa Melayu Islam dari Timur ini adalah Bangsa yang telah menjangkau usia ribuan tahun dan merupakan bangsa yang bertamadun (sejak peristiwa banjir besar Nabi Nuh a.s.) sehinggalah ke hari ini, kita masih memerlukan penyelidikan yang menyeluruh dan bersepadu untuk menjayakan penggalian bahan-bahan sejarah untuk tatapan generasi masa hadapan.
Justeru itu, untuk ilmu perang ini ianya lebih berkait rapat dengan seni bela diri iaitu silat. Silat adalah merupakan seni bela diri bagi anak-anak bangsa keturunan Melayu di Nusantara. Walaupun berbeza-beza istilah penggunaan jenis seni silat ini di antara Malaysia dengan Indonesia, mahupun di rantau kepulauan Melayu ini, namun rumpun bangsa kita masih mengekalkan identiti seni silat itu sendiri. Perkara ini akan dibangkitkan semula dalam perbincangan khas di kemudian hari untuk memberikan laluan perkongsian maklumat mengenai ilmu-ilmu perang khusus untuk para pembaca di dalam kumpulan ini.
Anda haruslah ingat bahawa, jika kita tidak mewarisi peninggalan ini, maka kita akan ketinggalan dan hilangnya jati diri kita sebagai Umat Bangsa Melayu Islam di Nusantara. Semoga perkongsian di sini akan membangkitkan semangat kita untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh warisan nenek moyang kita dahulu untuk terus berjuang mempertahankan jati diri bagi sebuah bangsa yang pernah hilang satu ketika dahulu akibat robohnya Kota Melaka dilanggar oleh Bangsa Feringgi (Portugis).
Siri ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama ilmu perang yang diamalkan oleh Pejuang Melayu zaman British iaitu Mat Kilau. Manakala pada bahagian yang kedua pula adalah berkenaan dengan ilmu perang Kiyai Haji Salleh ataupun lebih dikenali sebagai Ilmu Tempur Parang Terbang.
Sila ikuti perkongsian maklumat ini dari siri awal sehinggalah yang terakhir supaya anda tidak ketinggalan.
P/S : Peringatan! Ilmu-ilmu perang dan persilatan ini bukanlah untuk diamalkan, akan tetapi lebih kepada pengkajian bahan-bahan sejarah. Sekiranya masih ada yang berminat untuk mendalaminya ilmu-ilmu tersebut, seharusnya anda mencari guru-guru yang pakar dari segi seni silatnya (gerakan) dan juga bagus dari segi amalan-amalan ilmu isim (batin).
Part 3 (continue)
#info #pendapat #pengenalan #prakata
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Arkib : 13 April 2020
Kata-kata Aluan / Prakata
Video mengenai Ilmu Tempur Parang Terbang ini bukanlah untuk diamalkan. Ilmu ini adalah amalan berat dan akan berat juga dugaannya nanti bermula daripada diri sendiri (dalaman) dan seterusnya dugaan luaran setelah terjadi penyucian hati sehingga berlaku mukasyafah/musyahadah. Oleh itu, haruslah mencari guru pembimbing untuk mengamalkannya.
Sejarah Amalan Ilmu Ini di Malaysia dan juga di Indonesia
• Di Tanah Melayu, amalan ini selalu dikaitkan dengan penentangan terhadap komunis semasa Zaman Darurat seperti yang pernah berlaku dahulu di Sungai Manik, Perak dan di Batu Pahat, Johor. Nama pahlawan yang selalu disebut-sebut ialah Panglima Kiyai Salleh. Sementara itu, di Seberang (Indonesia) pula berkaitan dengan kejadian penentangan terhadap Belanda. Antara lokasi-lokasi yang dikenalpasti ialah di Kuala Tungkal, Jambi, Sumatera. Panglima yang disebut-sebut di sini ialah Panglima Adul dan lain-lain. Mereka ini juga digelar Angkatan Selempang Merah/Parang Terbang/Tentera Sabil.
Amalan Utama Ilmu Tempur Parang Terbang
• Versi di dalam video ini telah menjadikan Ayat 4 sebagai asasnya manakala amalan-amalan tambahan yang lain pula menggunakan ayat-ayat seperti Ayat Hulubalang, Persediaan senjata-senjata pilihan (Senjata Sabil), Selempang/Selendang Merah, Air Yaasin, Kota Badan/Jabat Diri dan disertai pelbagai ayat-ayat Pemula Gerak juga bersama-sama Wirid Kekal (1 daripada 99 Asma'ul Husna) semasa bertempur.
• Ini adalah merupakan satu amalan menggunakan Ayat 4 sebagai "kunci utama" amalannya. Ayat 4 juga digelar dengan pelbagai nama-nama lain mengikut perguruan/daerah masing-masing. Ada di antaranya dikenali sebagai Ayat Sabil, Ayat Parang Terbang, Ayat Selendang Merah, Ayat Perang, Ayat Tempur dan lain-lain.
Versi Asal Dari Seberang (Indonesia)
• Amalan di sini adalah versi asal Kalimantan (Kepulauan Borneo), tentu sedikit berbeza daripada di Tanah Melayu (Malaysia) dan Sumatera (Jambi). Namun masih mengekalkan bacaan/wirid/ "kunci amalan" yang sama seperti asasnya tadi iaitu Ayat 4. Untuk amalan-amalan tambahan yang lainnya pula, ianya terpulang kepada guru/perguruan/daerah masing-masing. Semoga kita semua berlapang dada dengan perbezaan masing-masing kerana jalan utama yang dtuju adalah sama (fisabilillah).
Peringkat Dan Tahap-tahap Amalan
• Amalan ini mempunyai 4 tahap dan setiap satu tahap itu ada amalan-amalan khusus di dalamnya. Sudah tentu ia sedikit berbeza daripada perguruan/daerah/guru yang lain-lain. Namun ianya masih "benar" untuk guru-guru memahaminya dan mengajarkannya kerana mereka lebih mengetahui proses amalan yang benar itu tadi. Amalan-amalan ini mungkin menjadi lebih singkat dan mungkin juga menjadi lebih panjang. Terpulang kepada budi bicara pengamalnya masing-masing.
Part 1 (continue)
#info #pengenalan #prakata #intro
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ilmu Tempur Parang Terbang Bukan Amalan Syirik
• Amalan ini bukan seperti menggunakan makhluk-makhluk luar seperti jin, khodam, saka atau lain-lain. Asas utama ilmu ini ialah amalan dengan menggunakan 3 tenaga asal (zahir, nafas, ruh). Malahan pengamal itu sendiri yang dimajukan sepanjang beramal hasil kepekaan pengamal kerana disuci bersihnya hati oleh amalan/istiqomah itu sehingga berlaku mukasyafah (kasyaf tersingkap) dan musyahadah (penyaksian zahir batin). Itulah yang bakal berlakunya penguasaan seseorang selanjutnya sehingga meningkatnya peningkatan ruh seseorang.
• Ini bukan amalan berkhodam seperti jin atau lain-lain tenaga-tenaga luar. Namun, di luar sana telah di dapati ada amalan yang "nampak" seperti serupa. Malah ada di antaranya itu (telah menggunakan tenaga-tenaga jin/khodam/dan lain-lain seperti yang disebutkan tadi). Ilmu seperti ini lebih dikenali sebagai "ilmu bangkit" (penggerak senjata) dan dari jenis yang tertentu. Maka, sudah tentu ia "nampak" serupa namun ianya tidak sama ya teman-teman.
Niat Utama Adalah Menuju Ke Jalan Fisabilillah
• Amalan-amalan "syirik" (menduakan/menyekutukan Allah) akan dilihat pada "niat"/tujuan pengamalnya walaupun amalan ini 100% menggunakan ayat-ayat/wirid-wirid/bacaan-bacaan dari Al Quran. Maka, oleh sebab itu "niat" tadi haruslah dipelihara agar tidak tersasar jauh daripada tujuan Fisabilillah. Anda haruslah dalami terlebih dahulu tauhid/usul agar anda lebih mengetahui lagi tentang perkara-perkara syirik supaya anda dijauhkan daripada risiko gejala syirik tadi.
Penutup
•Terpulanglah kepada masing-masing menilainya untuk amalan ini. Berdasarkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan mendalamnya ilmu tauhid anda masing-masing akan meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. In shaa Allah aamiin
Penulisan prakata asal pendahuluan mukadimah daripada Seni Wirawan (pemilik Ilmu Tempur Parang Terbang versi rakaman dari YouTube) untuk rujukan tambahan buat semua.
Tulisan ini ditaip tanpa diolah buat kali kedua (seperti sebelum ini) dan sebagai tujuan agar maksudnya tidak disalah ertikan oleh pembaca. Oleh itu, ini boleh membantu anda agar memahaminya dengan lebih baik melalui gaya penyampaian asal yang telah dibuat oleh penulis sebelum ini pada 13 Disember 2019.
Sila rujuk kepada maklumat yang dikongsikan seperti di bawah ini :-
video ini bukan utk diamalkan, ia adalah amalan berat dan akan berat juga dugaannya nanti bermula dr diri sendiri (dalaman) seterusnya dugaan luaran setelah terjadi penyucian hati sehingga berlaku mukasyafah/musyahadah. harus mencari guru pembimbing utk mengamalkannya. -ini merupakan sebuah amalan menggunakan Ayat 4 sebagai "kunci amalan"nya. Ayat 4 juga digelar dgn berbagai nama2 lain mengikut perguruan/daerah masing2.. di antaranya Ayat Sabil, Ayat Parang Terbang, Ayat Selendang Merah, Ayat Perang, Ayat Tempur dan lain2. -di Tanah Melayu, amalan ini selalu dikaitkan dgn penentangan terhadap komunis semasa Zaman Darurat.. di Sungai Manik, Johor dan Perak dan Panglima Kiyai Salleh selalu disebut. sementara di seberang pula berkaitan kejadian penentangan terhadap Belanda di Kuala Tungkal, Jambi, Sumatera oleh Panglima Adul dan lain2. mereka digelar Angkatan Selempang Merah/Parang Terbang/tentera Sabil. -amalan di atas adalah versi asal Kalimantan, tentu sedikit berbeza daripada di Tanah Melayu dan Sumatera (Jambi). namun masih mengekalkan bacaan/wirid/ "kunci amalan" yg sama tadi iaitu Ayat 4. sedang amalan2 tambahannya pula terpulang guru/perguruan/daerah masing2. semoga Kita berlapang dada dengan perbezaan masing2 kerana jalan yg dtuju adalah sama (fisabilillah). -versi d atas menjadikan Ayat 4 sebagai asasnya sedang amalan2 tambahan pula menggunakan Ayat Hulubalang, persediaan senjata2 pilihan (senjata Sabil), Selempang/Selendang Merah, air Yaasin, kota badan/jabat diri, disertai pelbagai ayat2 pemula gerak.. bersama wirid kekal (1 dpd 99 Asma'ul Husna) semasa bertempur. -amalan ini mempunyai 4 tahap dan setiapnya ada amalan2 khusus d dalamnya. ia tentu sedikit berbeza dr perguruan/daerah/guru yg lain.. namun masih "benar".. guru2 memahami ini kerana mereka tahu proses amalan yg benar itu tadi.. mungkin menjadi lebih singkat, mungkin menjadi lebih panjang.. terpulang. -amalan ini bukan menggunakan makhluk2 luar seperti jin, khodam, saka atau lain2.. ia adalah amalan menggunakan 3 tenaga asal (zahir, nafas, ruh) pengamal itu sendiri yg dimajukan sepanjang beramal hasil kepekaan pengamal kerana disuci bersihnya hati oleh amalan/istiqomah sehingga berlaku mukasyafah (kasyaf tersingkap) & musyahadah (penyaksian zahir batin).. itulah yg memulakan penguasaan selanjutnya sehingga meningkatnya tingkatan ruh seseorg. -ini bukan amalan berkhodam, Jin atau lain2 tenaga2 luar.. namun, di luar sana ddapati ada amalan yg "nampak" serupa. ada di antaranya begitu (menggunakan tenaga2 jin/khodam/dll tadi).. lebih dikenal sebagai "ilmu bangkit" (penggerak senjata).. dr jenis tertentu. ia "nampak" serupa namun tidak sama ya teman2. -"syirik" (menduakan/menyekutukan Allah) dilihat pada "niat"/tujuan pengamalnya walaupun amalan ini 100% menggunakan ayat2/wirid2/bacaan2 dr Al Quran. dari itu "niat" td harus terpelihara jangan tersasar. dalami tauhid/usul agar mengetahui perkara2 yg merisikokan tersasar td. -terpulang masing2 yg menilai amalan di atas. berdasarkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan mendalamnya tauhid masing2. semoga bermanfaat. wassalam.
Anjang Adi
WhatsApp : 012-8487841
SMS : 011-25000633
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ KOLEKSI SENI WIRAWAN
19 Kitab Pendekar
Sebuah Saluran di YouTube yang mempunyai pelbagai jenis video yang mengandungi pelbagai jenis dan cabang ilmu.
Sebaik-baiknya menuntut ilmu ialah berguru dengan guru yang sebenar dan tidak mengamalkan ilmu ini sembarangan.
Perkongsian hanya untuk bacaan untuk dan pengetahuan buat semua kerana ilmu ini tiada dalam rekod yang disimpan dalam mana-mana arkib mahupun muzium.
Maka, kebanyakannya ilmu ini disimpan dengan rapi oleh guru-guru silat di dalam diri mereka tanpa meninggalkan dalam mana-mana catatan. Hanya murid-murid yang terpilih dan yang telah dianugerahkan ijazah dan keizinan daripada guru tersebut membenarkan ilmu itu disampaikan secara berhadapan dan tidak secara dalam talian ataupun secara jarak jauh.
Perkongsian hanya bertumpu kepada Ilmu Tempur Parang Terbang sahaja kerana ianya berkaitan dengan sejarah perjuangan nusa dan bangsa yang berlokasi di sekitar Nusantara serta Gugusan Kepulauan Melayu.
Sila rujuk kepada maklumat yang dikongsikan di sini.
Bersambung...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Arkib : 27 April 2020
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum kepada teman-teman yang menonton video ini. Tajuk video pada hari ini (13 Disember 2019) adalah: "Ilmu Tempur Parang Terbang"
Apakah sebenarnya amalan ini dan bagaimanakah ia dilakukan? Sila lihat video ini selanjutnya.
Pengenalan
Jika dilihat pada tajuk video ini, "Parang Terbang" selalu dikaitkan dengan penentangan terhadap Parti Komunis semasa Zaman Darurat di Tanah Melayu. Iaitu setelah kekalahan Jepun, Parti Komunis cuba mengambil alih. Di situlah berlakunya kebangkitan pahlawan-pahlawan Melayu dalam menentang kekejaman komunis yang lengkap bersenjata.
Tentera Sabil, Kumpulan Parang Terbang, Angkatan Selempang Merah dan Panglima Kiyai Salleh sering disebut-sebut terkait perkara ini. Sehingga kini, masih lagi terdapat perguruan-perguruan dan orang-orang perseorangan yang mewariskan amalan ini. Berbeza-beza versinya kerana berbeza-beza sanad, nasab atau pewaris asalnya dari mana ilmu itu diterima seterusnya untuk diwariskan. Namun, masih mengekalkan amalan yang sama pada "kunci amalan" ilmu tersebut.
Kalau di Tanah Melayu, Kumpulan Parang Terbang selalu dikaitkan dengan Panglima Kiyai Salleh di Batu Pahat, Johor. Di seberang (Indonesia) pula dikaitkan dengan Panglima Adul, Haji Saman dan lain-lain di Kuala Tungkal, Jambi. Tidak seperti di Tanah Melayu di mana musuh adalah Pihak Komunis yang cuba mengambil alih secara kejam, di Kuala Tungkal pula Tentera Belanda menjadi tentangan. Semoga roh-roh mereka yang gugur atas jalan Allah (Fisabilillah) ini dicucuri rahmat dan menjadi pengajaran kepada generasi-generasi muda selepas mereka. Al-fatihah!
Peringatan !
Sebelum melanjutkan bicara, bahawa video ini bukanlah untuk diamalkan atau dilakukan. Amalan ini bukanlah amalan biasa-biasa. Ia sejenis amalan berat termasuklah dalam kategori ilmu-ilmu ruhaniyah (batin makrifat). Semakin menguasai maka semakin besar pula dugaan mendatang nantinya.
Video ini cumalah perkongsian agar anak-anak muda di luar sana terbuka minda mereka tentang adanya amalan-amalan serupa ini. Mudah-mudahan terbuka hati mereka untuk mencari guru-guru tua di sekitar agar mendalami. Lebih-lebih lagi kita berada di ambang akhir zaman.
Imbasan dari kisah silam saya pada sekitar awal tahun 90an. Menamatkan sebuah seni silat kampung bersama rakan-rakan yang lain. Namun, 3 daripada kami telah dipanggil oleh Allahyarham guru agar mencari saudaranya di Kalimantan untuk menambah ilmu. Seorang daripada kami bertiga merupakan anak kandung si guru tadi. Menjadi mudah urusan kami untuk mencari beliau (saudara seperguruan tadi) yang berada di Kalimantan itu. "Ilmu Tempur Parang Terbang", itulah amalan yang disampaikan oleh beliau. Tentu agak berbeza versinya dari tempat-tempat lain seperti di Tanah Melayu atau Sumatera. Ini kerana berbeza sanad, nasab atau pewaris asal dari mana ilmu itu diterima tadi. Namun, masih mengekalkan amalan yang sama pada "kunci amalan" ilmu tersebut. Mudah-mudahan kita berlapang dada terhadap begitu luasnya ilmu-ilmu Allah tadi.
Fasa-fasa dan bahagian ilmu ini
Video ini saya jelaskan melalui 2 bahagian utama iaitu Fasa Pengisian dan Fasa Penggunaan.
Fasa Pengisian terbahagi kepada 4 tahap, sementara Fasa Penggunaan kepada 2 jalan atau cara iaitu secara bersemuka (dikenali sebagai Parang Panjang) dan secara tidak bersemuka (dikenali sebagai Parang Pendek). Saya mulakan dengan Fasa Pengisian.
Fasa Pengisian
Ia terbahagi kepada 4 tahap semuanya dan setiap tahap terdapat amalan-amalan tertentu yang harus dilakukan bersama dengan bacaan wirid. 4 tahap dalam Fasa Pengisian amalan ini adalah seperti berikut:
• Tahap 1 : Gerak Zahir • Tahap 2 : Olah Nafas • Tahap 3 : Isim Ruhaniyah • Tahap 4 : Isim Keramat
Setiap manusia yang dilahirkan memiliki 3 tenaga asal dalam diri sendiri. Itulah sebenarnya dipanggil "tenaga-tenaga dalaman". Segala kemampuan, kemahiran atau skill yang dikuasai akan terlihat hasilnya nanti terpulang pada tahap mana dimajukan tenaga-tenaga tersebut tadi. Dalaman manusia itu sendiri. Berbeza pula dengan ilmu-ilmu berkhodam atau bergimbar yang secara umum bersifat "mendamping" pengamalnya. Kemampuan atau tenaga bukanlah datang dari dalaman manusia itu sendiri secara umumnya. Amalan ini (Ilmu Parang Tempur Parang Terbang) bukan cabang dari amalan berkhodam.
Pada tahap pertama ini, pengamal belum lagi mempunyai kemahiran untuk memajukan tenaga-tenaga lain yang ada pada dirinya. Kerana itu kemampuan dan pencapaian hanya menumpu terhadap "zahir yang nyata". Itulah yang dimaksudkan dengan "Tahap 1 : Gerak Zahir" tadi. Walaupun begitu, berkat amalan dan cara yang istiqomah, maka terjadi juga sesuatu terhadap pengamalnya. Di antaranya adalah seperti berikut :
1. Wibawa pengamalnya akan meningkat di mata masyarakat. Dihormati oleh orang-orang di sekeliling. Tutur katanya di dengar dan mudah diterima. Terserlah aura seseorang pemimpin pada dirinya bagi yang memandang.
2. Wajah dan tubuh badan pengamalnya akan bercahaya di mata masyarakat. Tenang dan sejuk hati apabila memandang, mudah disenangi. Setiap orang akan merasa senang apabila berdekatan.
3. Tertolak oleh Allah segala kemudaratan dan musibah berkat wirid yang diamalkan olehnya. Amalannya menjadi seakan pakaian bagi dirinya dari sebarang sesuatu yang memudaratkan.
4. Rezeki akan menjadi lancar dan mudah. Ada sahaja rezeki-rezeki yang datang tidak di sangka-sangka, baik secara nampak atau tidak nampak.
5. Menjadi rajin, ringan tulang, ringan tangan, ringan langkah dalam melakukan apa-apa kerja atau perkara fizikal yang berfaedah baik untuk dirinya sendiri, keluarga atau orang lain.
6. Menjadi rajin dan bertahan lama pula dalam sesuatu pekerjaan yang melibatkan minda dan fikiran. Mudah menyelesaikan sesuatu yang rumit menjadi pintar secara umumnya. Mudah mentafsir sesuatu keadaan atau perkara.
7. Mungkin umur telah meningkat, namun tenaga tetap di situ (baik fizikal, fikiran atau batiniah). Dalaman atau luaran. Tidak ketara bagi orang-orang di sekeliling, namun amat terasa bagi pengamal itu sendiri. Akan dipermudahkan segala sesuatu. In Shaa Allah !
Begitulah beberapa contoh yang bakal berlaku pada pengamal "Ilmu Tempur Parang Terbang" ini sekiranya menguasai "Tahap 1 : Gerak Zahir" tadi. Banyak perkara akan menjadi mudah, ringan dan berkat (zahir, batin, minda, mentaliti, emosi dan lain-lain) dengan izinNya. Namun masih juga menumpu terhadap "zahir yang nyata" tadi. Itulah yang terlihat pada orang-orang sekeliling terhadap pengamalnya. Perkara-perkara di atas tadi adalah awalannya, akan berkembang maju selepas itu. Lanjutkan ke tahap yang kedua.
Pada tahap kedua ini, segala perkara yang terjadi pada Tahap Pertama tetap juga di situ, malah dipertingkatkan lagi. Perubahan akan berlaku dari dalaman diri pengamal. Ia terkait dengan fokus tenaga yang mana lebih dimanipulasikan.
Pada Tahap Pertama sebelumnya, pengamal masih berlegar-legar pada "zahir yang nyata", sedang perubahan tetap juga berlaku (seperti contoh-contoh yang disebutkan pada Tahap Pertama tadi). Ia terjadi kerana istiqamahnya beramal sehingga beransur-ansur terbangkit tenaga-tenaga dalaman yang ada pada pengamal itu. Ia adalah zahir, nafas dan ruh (3 tenaga asal). Masing-masing mempunyai kemahiran atau skill kelebihan dan kekurangan, boleh diperbaiki, diperkembangkan dan dimajukan, malah boleh dimanipulasikan satu-satu atau gabungannya secara sengaja atau tidak sengaja (dalam keadaan-keadaan tertentu).
Peningkatan dan pembangkitan tenaga-tenaga tadi akan berlaku secara beransur-ansur. Ia menjadi semakin mudah sekiranya latihan-latihan khusus tertentu turut dilakukan. Di antara kesannya adalah fikiran menjadi tajam, tafsiran semakin halus, deria dan pancaindera menjadi bertambah peka, dapat merasa, sensitiviti meningkat, gerak hati dan naluri menjadi tajam, "mata hati" akan terbuka secara beransur-ansur.
Jika Tahap Pertama tadi penggunaan tenaga zahir cenderung berlebihan. Pada Tahap Kedua ini pula "nafas" (tenaga kedua) menjadi lebih menyerlah berbanding "zahir" (tenaga pertama). Apa sebenarnya "nafas" (tenaga kedua) yang dimaksudkan? "Zahir" adalah sesuatu yang nampak jelas nyata di mata dan boleh dibuktikan. Sedang "ruh" adalah sesuatu yang tiada nampak jelas nyata di mata dan tidak boleh dibuktikan. "Nafas" terletak di antara kedua-duanya.
Cuba bayangkan begini : Kita melihat seseorang yang sedang bernafas. Hampir tidak ketara perbuatannya menarik dan menghembus, namun tetap ada tindakan itu. Sedang "udara" yang merupakan unsur utama dalam tindakan bernafas itu tadi adalah sesuatu yang tidak nampak di mata. Tentu dipertikaikan kewujudannya pada mulanya sehinggalah dibuktikan oleh penemuan-penemuan atau kajian-kajian yang dilakukan pada zaman-zaman selepas itu. Ringkasnya, ia ("nafas" tadi) merujuk pada teknikal cara yang benar dan lebih berkesan dalam melakukan sesuatu agar pencapaian menjadi lebih baik lagi.
Sesuatu yang baru akan terjadi pada pengamal sekiranya berjaya pada Tahap Kedua ini. Di antaranya adalah seperti berikut :
1. Tubuh badan menjadi ringan terasa berbanding sebelumnya. Pergerakan dan langkah menjadi mudah dan pantas. Ia akan menjadi ketara dari masa ke semasa.
2. Mudah mengimbangi diri, keseimbangan dapat diolah kerana kita telah faham ada caranya. Dengan itu berlaku penjimatan terhadap "zahir". Akan sekadarnya digunakan dan tiada pergantungan seperti sebelumnya.
3. Tindakbalas yang cepat, baik dari segi pergerakan, langkah, kewaspadaan, sensitiviti, gerak hati dan lain-lain. Sedikit pun berlaku perubahan di persekitaran sama ada baik atau buruk mudah diketahui. Refleks dan auto gerak pada tubuh badan semakin ketara pada tahap ini.
4. Emosi dan fikiran menjadi tenang. Tidak mudah panik dan terkejut. Hati menjadi tenang, nafas menjadi tenang juga. Debaran-debaran pada jantung sekiranya sesuatu mencemaskan berlaku, sukar berlaku. Akan berlaku, namun terlebih dahulu di rasa dan diketahui.
5. Lanjutan dari kesemua di atas tadi, boleh berlaku sesuatu yang agak menarik pada diri sendiri. Contohnya seperti berikut.
1. Gerak langkah menjadi pantas, kurang meletihkan.
2. Mudah mempelajari gerak-gerak yang diajarkan di dalam silat (sekiranya melibatkan diri).
3. Mudah mengapungkan diri di atas batang-batang pokok yang hanyut.
4. Mudah memanjat dan terasa ringan. Tidak seperti sebelumnya.
5. Dahan-dahan di hujung-hujung pokok tidak mudah patah apabila dijadikan tempat berpijak.
6. Kawalan keseimbangan menjadi lebih baik seperti semasa membawa motorsikal, basikal, perahu atau lain-lain.
7. Tempoh masa menyelesaikan sesuatu tugas menjadi singkat berbanding biasa. Serba dipermudahkan dan seumpamanya.
Perkara-perkara di atas tadi akan menjadi bertambah maju selepas itu. Lanjutkan ke tahap yang ketiga.
• Tahap 3 : Isim Ruhaniyah (13:57/19:15)
Pada Tahap Pertama amalan ini (Tahap 1 : Gerak Zahir), tumpuan masih berlegar-legar pada "zahir yang nyata". Namun berkat amalan dan cara, maka akan terjadi juga sesuatu terhadap pengamalnya. Ada contoh telah saya sebutkan pada tahap ini sebelumnya.
Pada Tahap Kedua (Tahap 2 : Olah Nafas) pula, tumpuan akan beralih pada teknikal cara yang benar dan manipulasi tenaga yang lebih baik. Kepekaan hati akan memicu (triggered) kewujudannya. Peralihan berlaku (terhadap tumpuan penggunaan tenaga tadi), namun tetap terkait dengan "zahir yang nyata". Cuma penggunaannya disesuaikan, dioptimumkan, digunakan sekadarnya. Sekadar yang perlu. Sesuatu yang baru pula akan terjadi pada pengamalnya sekiranya berjaya pada tahap ini. Ada contoh juga telah saya sebutkan pada tahap ini sebelumnya.
"Tahap 3 : Isim Ruhaniyah" merujuk tenaga ketiga dalaman pengamal iaitu "ruh".
Surah Al-Isra' ayat 85 bermaksud :
"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah : Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan tentangnya melainkan sedikit sahaja". (Rujuk Gambar 5)
Ringkasnya, ruh adalah urusan Allah. Namun, tidak bermakna kita tidak boleh mendalaminya. Kitab Ar-Ruh karangan Ibnu Qayyim Al-Jawziyah banyak membicarakan tentangnya (ruh tadi). Rajin-rajinlah membaca kitab ini. (Rujuk Gambar 6)
Pada tahap ini, tumpuan akan beralih pada kemahiran-kemahiran atau skill-skill yang ada pada ruh pengamalnya. Ruh merupakan sesuatu yang tidak nampak, sukar dijelaskan dan complicated, berbeza dengan zahir yang nyata (pada Tahap Pertama tadi). Perkara-perkara yang berlaku pada pengamalnya berlegar-legar di sekitar itu (skill-skill ruh tadi).
Saya pernah membuat sebuah video yang bertajuk "Ilmu Meraga Sukma". (Rujuk Gambar 7). Ia merupakan salah satu daripada banyak-banyak kemahiran ruh tadi. Silalah rujuk video tersebut agar ada gambaran umum tentang satu daripada kemahirannya dan mudah-mudahan kita dapat mengaitkannya dengan Tahap Tiga amalan ini (Tahap 3 : Isim Ruhaniyah).
Pada langkah terakhir (Langkah 11) amalan (Ilmu Meraga Sukma) tersebut, ada saya sebutkan agar "kuasai lebih lagi dan majukan kemahiran tersebut". Ia berkaitan dengan kemahiran atau skill pada ruh tadi. Menunjukkan bahawa banyak lagi rahsia-rahsia tentangnya yang tidak diketahui oleh manusia. Mempelajari, mengalaminya sendiri, melihat potensinya, mengembangkan dan memajukannya. Dengan kerajinan seperti itu, akan tersingkaplah rahsia-rahsianya (sesuatu perkara) secara beransur-ansur.
Fokus Tahap Ketiga ini adalah pada kemahiran atau skill-skill yang ada pada ruh pengamalnya. Tetap berasal dari dalaman diri pengamal itu sendiri. Tenaga Ketiga iaitu "ruh". Dua tenaga lain (zahir dan nafas) tetap terkait, namun digunakan sekadarnya.
Seseorang yang ingin menguasai Tahap Ketiga ini haruslah dapat memanipulasi tenaga "ruh" itu tadi melalui amalan dan latihan yang betul. Seterusnya meletakkan ia (ruh tadi) lebih utama berbanding zahir (tenaga pertama) dan nafas (tenaga kedua) namun masih boleh kait-mengaitkan antara kesemuanya, sekadar yang perlu (secara berpatutan). Itulah peranan akal (minda atau fikiran) untuk melakukannya dengan hati yang tenang. "Hati yang tenang" maksudnya "ketenangan" diperlukan untuk melakukannya. Dengan itu, fikiran dapat fokus nantinya.
Pada Tahap Ketiga ini sesuatu akan terjadi susulan penyucian hati oleh amalan. Ia dipanggil "mukasyafah" dan "musyahadah". Tersingkapnya kasyaf dan penyaksian zahir dan batin. Kepekaan pengamal akan meningkat susulan pengalaman baru ini. Kepekaan yang dialami berkaitan dengan hati. Hati adalah satu pancaindera yang selalu diabaikan oleh banyak buku yang cenderung saintifik dan sekularisme. Hati pengamalnya akan disuci bersihkan pada tahap ini. Dengan itu, kewujudan tenaga "ruh" tadi akan dirasai dan boleh dimajukan. Sekiranya berjaya pada Tahap Ketiga ini, akan terjadi sesuatu pada pengamalnya.
1. Apa jua yang berlaku pada tahap-tahap sebelumnya masih juga ada di situ, malah dipertingkatkan lagi. Juga boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian keadaan (berkaitan dengan fokus penggunaan tenaga-tenaga tadi).
2. Musuh menjadi gerun apabila melihat pengamalnya. Semangat musuh akan menjadi lemah dan boleh menjadi terbungkam seolah-olah terpukau. Sekiranya musuh membawa senjata, senjatanya itu akan jatuh ke tanah dengan izin Allah.
3. Pergerakan pengamalnya menjadi sangat pantas di mata musuh. Hampir tidak kelihatan. Apalagi jika serangan dilakukan, musuh tidak akan mampu berbuat apa-apa walaupun mungkin pengamalnya cuma bersenjatakan parang, keris atau lain-lain senjata tajam (tidak senjata api).
4. Pandangan musuh menjadi tidak jelas. Pergerakan pengamalnya akan tidak terlihat jelas pada musuh tadi. Musuh akan keliru dan mudah untuk dikalahkan. Pengamalnya boleh menjadi "hilang" pada pandangan mereka.
5. Boleh berlaku halusinasi dan khayalan di fikiran-fikiran musuh dan khayalan tersebut boleh berbagai-bagai. Contohnya seperti pengamalnya boleh menjadi tinggi lampai setinggi pokok di pandangan musuh, boleh kelihatan seperti gergasi pada musuh, boleh kelihatan seperti asap dan seumpamanya. Semuanya terjadi dengan izin Allah berkat amalannya tadi. Musuh bertambah gerun dan ketakutan akan menguasai minda mereka.
6. Musuh tidak dapat melihat wujud jasad pengamalnya (menjadi "hilang" pada pandangan musuh). Apa yang terlihat cumalah senjata mereka sama ada parang, keris, tombak atau lain-lain. Keadaan inilah yang dipanggil "parang terbang". Sedangkan apa yang terjadi adalah penglihatan musuh telah ditutup dengan izinNya berkat amalan tadi.
Begitulah beberapa contoh yang saya berikan pada seseorang pengamal yang mampu mencapai "Tahap 3 : Isim Ruhaniyah" dalam amalan "Ilmu Tempur Parang Terbang" ini. Sememangnya tidak logik pada pandangan manusia kerana ruh itu sendiri (tenaga yang digunakan pada tahap ini) juga adalah tidak logik, tidak dapat dibuktikan. Namun penggunaan tenaga ruh itu tadi masih juga terkait dengan 2 tenaga yang lain iaitu zahir dan nafas pengamalnya. Ini kerana ketiga-tiganya masih tetap berasal dan berada di dalam diri pengamal itu sendiri. Sebabnya adalah pengamal itu merupakan seorang manusia yang masih hidup di dunia nyata. Tentu ketiga-tiganya (tenaga-tenaga asal itu) masih menjadi milik pengamal itu sendiri. Saya lanjutkan dengan tahap yang seterusnya.
Pada Tahap Keempat ini, segala apa yang terjadi pada tahap-tahap sebelumnya masih tetap ada (dalam diri pengamalnya), malah dipertingkatkan lagi. Jika kita lihat pada Tahap Keempat ini, terkait perkataan "keramat" di situ. Saya pernah membuat video-video yang bertajuk "Ilmu Indera Keramat" atau "Ilmu Lipat Bumi (Ajian Saipi Angin)" (Rujuk Gambar 9). Jika anda rujuk video-video tersebut tadi, tentu anda dapat melihat ada perkaitan tentangnya.
Pada Tahap Keempat ini, ia juga berkaitan dengan "ruh" manusia. Ia berkaitan dengan ruh manusia yang menjadi 7 tingkat nafsu-nafsi setelah ditiupkan ke dalam jasad manusia.
7 tingkat nafsu-nafsi pada manusia adalah seperti berikut:
1. NAFSU AMARAH (RUH AMARAH)
Nafsu yang rendah dan jahat. Berani melakukan kejahatan serta sukar mengambil iktibar. Kebanyakan manusia berada pada tingkat ini.
2. NAFSU LAUWAMAH (RUH SEDAR)
Nafsu yang sudah sedar namun masih lemah. Sering terdorong dengan dorongan kejahatan dan dosa.
3. NAFSU MULHAMAH (RUH LEMAH)
Nafsu yang tidak tetap pendiriannya. Sekejap terdorong ke arah kebaikan, sekejap terdorong ke arah kejahatan.
4. NAFSU MUTMAINAH (RUH TENANG)
Nafsu yang tenang, jinak dan tunduk. Terdorong ke arah kebaikan tanpa paksaan. Mereka dijamin syurga oleh Allah. Doa mereka menjadi makbul dan amalan mereka menjadi mustajab.
5. NAFSU RADHIAH (RUH MENERIMA/REDHA)
Nafsu yang redha, menerima dengan rela hati apa juga ketetapan daripada Allah. Pada tahap inilah bermulanya karomah (tanda kemuliaan). Mereka juga digelar wali-wali kecil.
6. NAFSU MARDHIAH (RUH DIREDHAI/RADIALLAH)
Nafsu yang redha-meredhai. Allah redha ke atas mereka dan mereka juga redha kepada Allah. Pada tahap inilah berlakunya karomah besar. Mereka adalah wali-wali Allah (kekasih Allah).
7. NAFSU KAMILAH (RUH SEMPURNA)
Nafsu yang sempurna, keinginan hanya kepada Allah semata-mata. Nafsu ini hanya dimiliki oleh para Rasul dan Nabi. Pada tahap inilah berlakunya mukjizat bagi para Rasul dan Nabi tersebut.
Kalau kita lihat tentang penjelasan tentang tingkat-tingkat nafsu-nafsi yang berasal ruh manusia tadi, perkataan "karomah" (keramat) ada pada tingkat 5 (pada tingkat Nafsu Radhiah/Ruh Menerima/Redha). Pada tingkat inilah bermulanya karomah (tanda kemuliaan).
Dalam soal amalan yang khusus ini (Ilmu Tempur Parang Terbang, Tahap 4 : Isim Keramat) pula, ia boleh terjadi pada tingkat ini juga. Ia adalah karomah jenis yang dipelajari. Tiada mustahil asal saja pengamal mampu mencapainya (tingkat 5 ruh manusia). Apalagi jika pencapaian ruh meningkat sehingga ke tingkat 6 (Ruh Diredhai/Radiallah/Nafsu Mardhiah) tentu penguasaan menjadi lebih mudah lagi.
Pada tahap 4 amalan ini, akan terjadi sesuatu pada pengamalnya.
1. Apa juga yang berlaku pada tahap-tahap sebelumnya masih juga ada di situ, malah dipertingkatkan lagi.
2. Pengamalnya akan mampu menyerang musuh pada jarak yang jauh tanpa melihatnya, tanpa berganjak dari kedudukannya semasa melakukan amalan dengan izinNya.
3. Pengamalnya akan mampu menggerakkan senjata (parang, keris, tombak atau lain-lain), melayangkannya sehingga menemui musuh yang dicari-cari dari jarak yang jauh juga tanpa melihatnya, tanpa berganjak dari kedudukannya semasa melakukan amalan dengan izinNya. Kenapakah ia boleh terjadi? Kerana pengamalnya telah mencapai tahap 4 amalan ini (iaitu Isim Keramat, Ilmu Tempur Parang Terbang). Melihatkah ada perkataan "keramat" (karomah) di situ? (jenis yang dipelajari atau tanpa dipelajari). Bagaimanakah ia mungkin terjadi? Kerana jalan, cara atau kaedah melakukannya telah berubah dari kebiasaan. Bukan lagi sama seperti pada tahap 1 hingga 3 amalan ini, namun telah berubah kepada cara yang lain. Cara itu dinamakan "niat berkaedah" sehingga berlaku "kun fayakun" dengan izin Allah.
Saya lanjutkan saja dengan Fasa Pengisian amalan ini.
Terdapat 6 perkara (latihan) asas yang perlu dilakukan di sepanjang Fasa Pengisian amalan Ilmu Tempur Parang Terbang ini. 6 perkara (latihan) tersebut adalah seperti berikut :
1. Mulakan setiap sesuatu dengan mengucapkan "Bismillahirrahmanirrahim".
2. Jangan pernah mengeluh, cepat-cepat beristighfar (mengucapkan "Astaghfirullahal adzim") jika tidak sengaja apalagi kalau sengaja.
3. Jangan pernah marah, cepat-cepat beristighfar (mengucapkan "Astaghfirullahal adzim") jika tidak sengaja apalagi kalau sengaja. Sikap pemarah akan mensia-siakan amalan ini tadi dan jika berterusan tanpa kita dapat bersabar dan mengawalnya, berhenti saja dari meneruskan amalan ini. Kegagalan untuk mengubah sikap pemarah itu tadi menandakan bahawa orang itu masih lagi berlegar-legar pada tingkat terendah ruh manusia (Ruh Nafsu Amarah). Sedangkan melalui amalan ini diharapkan pengamalnya beransur-ansur mencapai ke tingkat 5 ruh manusia (Ruh Redha/Menerima/Nafsu Radhiah). Dengan itu, barulah kejayaan dapat dicapai nantinya.
4. Lakukan segala suruhan Allah yang wajib seperti sembahyang 5 waktu, membayar zakat fitrah, berpuasa Ramadhan dan lain-lain.
5. Tinggalkan segala larangan yang haram seperti meminum minuman keras, berzina, membuat aniaya, mencuri dan lain-lain.
6. Rutinkan amalan ibadah yang sunat seperti berzikir, bersedekah, melakukan sembahyang- sembahyang sunat dan lain-lain. Diringkaskan ia menjadi begini :
6 PERKARA (LATIHAN) ASAS :
1. Mulakan sesuatu dengan bismillah.
2. Jangan pernah mengeluh, cepat-cepat istighfar.
3. Jangan pernah marah, cepat-cepat istighfar.
4. Lakukan suruhan wajib.
5. Tinggalkan larangan haram.
6. Rutinkan amalan ibadah sunat.
Ilmu Tempur Parang Terbang ini mempunyai 4 tahap penguasaannya dan setiap tahap terdapat amalan khusus di dalamnya. Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut mengikut tahap-tahapannya, sila hafal dahulu bacaan di bawah ini.
Ayat 4 : Bismillahirrahmanirrahim
1. Laailahaillah anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin.
2. Wallahu ghalibun ‘ala amrih.
3. Ya hayyu ya qayyum ya ilaahana wa ilaha kulli syai-in ilaahau waahida laailaha illa anta.
4. Ya zal jalaali wal ikram.
Maksudnya :
1. Tiada Tuhan melainkanMu, Maha SuciMu (Ya Allah), sesungguh aku termasuk di dalam golongan orang-orang yang zalim.
2. Sesungguhnya Allah berkuasa penuh ke atas setiap urusanNya.
3. Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri, Wahai Tuhan kami, Tuhan segala setiap sesuatu, Tuhan Yang Esa, Tiada Tuhan MelainkanMu (Ya Allah).
4. Wahai Tuhan yang memiliki segala keagungan dan kemuliaan.
Di atas tadi adalah bunyi bacaan dan maksudnya jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Ada beberapa gelaran lain pada Ayat 4 ini. Di antaranya adalah Wirid 4, Ayat Perang, Ayat Tempur, Ayat Sabil, Ayat Parang Terbang dan lain-lain. Ia terdiri daripada 4 ayat (wirid) yang berbeza iaitu :
• Ayat pertama merupakan Tasbih Nabi Yunus a.s. (semasa di dalam perut ikan Nun).
• Ayat kedua merupakan Zikir Saidina Ali Karamallahu wajhah.
• Ayat ketiga merupakan Doa Basif Bin Barkhiya (seorang wali Allah di zaman Nabi Sulaiman a.s. yang mampu mengalihkan istana Ratu Balqis dalam sekelip mata sahaja) dan
• Ayat keempat merupakan 1 daripada 99 Asma’ul Husna yang merupakan Zikir Imam Ghazali. (Gambar 12)
Sebelum memulakan pengisian amalan ini, niatkan di dalam hati agar diampunkan segala dosa. Mudah-mudahan diredhai, direstui dan diberkati olehNya. Kemudian bacakan 3 bacaan ini, iaitu :
1. Surah Al-Fatihah 1 kali.
2. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
3. Selawat Nabi 3 kali.
(Allahumma solli ‘ala saiyidina Muhammad wa ‘ala aali saiyidina Muhammad).
Dan setiap bacaan di atas niatkan disedekahkan kepada :
1. Nabi Muhammad s.a.w.
2. Nabi Yunus a.s.
3. Saiyidina Ali a.s.
4. Wali Allah Asif Bin Barkhiya.
5. Imam Ghazali.
6. Guru yang mengijazahkan amalan ini kepada kita.
Seterusnya saya akan menjelaskan bagaimana cara pengisian Ayat 4 ini dilakukan mengikut tahapannya.
Pengisian dilakukan selama 40 hari berturut-turut (pada tahap pertama ini) melalui amalan-amalan khusus seperti di bawah :
1. Zikirkan Ayat 4 (sekaligus) di lidah atau di hati sebanyak-banyaknya waktu terluang.
2. Setiap selepas sembahyang fardhu yang 5, bacakan :
SELEPAS SEMBAHYANG FARDHU :
1. Ayat 1 (Tasbih Nabi Yunus a.s) 33 kali.
2. Ayat 2 (Zikir Saiyidina Ali r.a.) 33 kali.
3. Ayat 3 (Doa Asif Bin Barkhiya) 33 kali.
4. Ayat 4 (Zikir Imam Ghazali) 100 kali.
3. Setiap kali selepas bertahajjud (setiap malam), bacakan :
SELEPAS TAHAJJUD :
1. Ayat 1 (Tasbih Nabi Yunus a.s) 99 kali.
2. Ayat 2 (Zikir Saiyidina Ali r.a.) 99 kali.
3. Ayat 3 (Doa Asif Bin Barkhiya) 99 kali.
4. Ayat 4 (Zikir Imam Ghazali) 300 kali.
Lakukan ia selama 40 hari dan 40 malam berturut-turut. Setelah tamat tahap pertama ini, lanjutkan lagi dengan tahap yang kedua.
TAHAP 2 : OLAH NAFAS [34:17/36:22]
Pengisian dilakukan selama 40 hari berturut-turut (pada tahap kedua ini) melalui amalan-amalan khusus seperti di bawah :
1. Berpuasa daripada memakan benda-benda bernyawa seperti ikan, daging dan lain-lain (termasuk telur, susu serta hasil daripadanya).
2. Berpuasa selang (Puasa Nabi Daud). Niatkan sebagai berpuasa sunat. Pastikan tidak kena pada hari-hari haram berpuasa seperti Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal), Hari Raya Haji (10 Zulhijjah), Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dan lain-lain.
3. Zikirkan Ayat 4 (sekaligus) di lidah atau di hati sebanyak-banyaknya waktu terluang.
4. Setiap selepas sembahyang fardhu yang 5, bacakan :
SELEPAS SEMBAHYANG FARDHU :
1. Ayat 1 (Tasbih Nabi Yunus a.s) 33 kali.
2. Ayat 2 (Zikir Saiyidina Ali r.a.) 33 kali.
3. Ayat 3 (Doa Asif Bin Barkhiya) 33 kali.
4. Ayat 4 (Zikir Imam Ghazali) 100 kali.
5. Setiap kali selepas bertahajjud (setiap malam), bacakan :
SELEPAS TAHAJJUD :
1. Ayat 1 (Tasbih Nabi Yunus a.s) 99 kali.
2. Ayat 2 (Zikir Saiyidina Ali r.a.) 99 kali.
3. Ayat 3 (Doa Asif Bin Barkhiya) 99 kali.
4. Ayat 4 (Zikir Imam Ghazali) 300 kali.
Lakukan ia selama 40 hari dan 40 malam berturut-turut. Setelah tamat tahap kedua ini, lanjutkan lagi dengan tahap yang ketiga.
TAHAP 3 : ISIM RUHAINIYAH [36:23/38:25]
Pengisian dilakukan selama 40 hari berturut-turut (pada tahap ketiga ini) melalui amalan-amalan khusus seperti di bawah :
1. Berpuasa daripada memakan benda-benda bernyawa seperti ikan, daging dan lain-lain (termasuk telur, susu serta hasil daripadanya).
2. Berpuasa (seperti Puasa Ramadhan) selama 40 hari berturut-turut. Niatkan sebagai berpuasa sunat. Pastikan tidak kena pada hari-hari haram berpuasa seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji, Hari-hari Tasyrik dan lain-lain.
3. Zikirkan Ayat 4 (sekaligus) di lidah atau di hati sebanyak-banyaknya waktu terluang.
4. Setiap selepas sembahyang fardhu yang 5, bacakan :
SELEPAS SEMBAHYANG FARDHU :
1. Ayat 1 (Tasbih Nabi Yunus a.s) 33 kali.
2. Ayat 2 (Zikir Saiyidina Ali r.a.) 33 kali.
3. Ayat 3 (Doa Asif Bin Barkhiya) 33 kali.
4. Ayat 4 (Zikir Imam Ghazali) 100 kali.
5. Setiap kali selepas bertahajjud (setiap malam), bacakan :
SELEPAS TAHAJJUD :
1. Ayat 1 (Tasbih Nabi Yunus a.s) 99 kali.
2. Ayat 2 (Zikir Saiyidina Ali r.a.) 99 kali.
3. Ayat 3 (Doa Asif Bin Barkhiya) 99 kali.
4. Ayat 4 (Zikir Imam Ghazali) 300 kali.
Lakukan ia selama 40 hari dan 40 malam berturut-turut. Setelah tamat tahap ketiga ini, lanjutkan lagi dengan tahap yang keempat.
Pengisian juga dilakukan selama 40 hari berturut-turut (pada tahap keempat ini) melalui amalan-amalan khusus (yang sama seperti tahap ketiga) seperti di bawah :
1. Berpuasa daripada memakan benda-benda bernyawa seperti ikan, daging dan lain-lain (termasuk telur, susu serta hasil daripadanya).
2. Berpuasa (seperti Puasa Ramadhan) selama 40 hari berturut-turut. Niatkan sebagai berpuasa sunat. Pastikan tidak kena pada hari-hari haram berpuasa seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji, Hari-hari Tasyrik dan lain-lain.
3. Zikirkan Ayat 4 (sekaligus) di lidah atau di hati sebanyak-banyaknya waktu terluang.
4. Setiap selepas sembahyang fardhu yang 5, bacakan :
SELEPAS SEMBAHYANG FARDHU :
1. Ayat 1 (Tasbih Nabi Yunus a.s) 33 kali.
2. Ayat 2 (Zikir Saiyidina Ali r.a.) 33 kali.
3. Ayat 3 (Doa Asif Bin Barkhiya) 33 kali.
4. Ayat 4 (Zikir Imam Ghazali) 100 kali.
5. Setiap kali selepas bertahajjud (setiap malam), bacakan :
SELEPAS TAHAJJUD :
1. Ayat 1 (Tasbih Nabi Yunus a.s) 99 kali.
2. Ayat 2 (Zikir Saiyidina Ali r.a.) 99 kali.
3. Ayat 3 (Doa Asif Bin Barkhiya) 99 kali.
4. Ayat 4 (Zikir Imam Ghazali) 300 kali.
Lakukan ia selama 40 hari dan 40 malam berturut-turut. Setelah tamat tahap keempat ini, maka lengkaplah Fasa Pengisian amalan "Ilmu Tempur Parang Terbang" ini. Tahniah !
Anda telah pun khatam pengisian amalan ini.
Setelah menamatkan amalan ini (sehingga Tahap Keempat tadi), terdapat amalan-amalan yang harus dilakukan secara berterusan setiap hari (istiqomah). Amalan itu adalah seperti berikut:
1. Ayat 4 : Dibacakan setiap selepas sembahyang fardhu yang 5: (rujuk Gambar 11)
ISTIQOMAH LEPAS SEMBAHYANG FARDHU :
1. Ayat 1 (Tasbih Nabi Yunus a.s) 11 kali.
2. Ayat 2 (Zikir Saiyidina Ali r.a.) 11 kali.
3. Ayat 3 (Doa Asif Bin Barkhiya) 11 kali.
4. Ayat 4 (Zikir Imam Ghazali) 33 kali.
2. Ayat Hulubalang : Ia terdiri daripada 5 ayat iaitu : (Rujuk Gambar 17 hingga 22)
i. Surah Al-Anaam, ayat 103: (Gambar 17) Bismillahirrahmanirrahim.
Maknanya : Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan dan Dialah yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui. Surah Al-Anaam, ayat 103.
ii. Surah Al-Baqarah, ayat 249 : (Gambar 18) Bismillahirrahmanirrahim.
Kam min fiatin qaliilatin ghalabat fi atan kathiratan bi iznillahi wallahu ma'ash-shobirin.
Maknanya : Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah beserta orang-orang yang sabar. Surah Al-Baqarah, ayat 249.
iii. Kalimat Hauqolah : (Gambar 19) Bismillahirrahmanirrahim.
Wa bihaqqi : La haula wala quwata illa billahil 'aliyil 'adzim.
Maknanya : Dan dengan kebenaran : Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
iv. 3 Huruf Nuraniyah : (Gambar 20-21) Bismillahirrahmanirrahim.
v. Surah Al-Baqarah, ayat 165: (Gambar 22) Bismillahirrahmanirrahim.
Yuhibbu nahum kahub billah wallazi na amanu asyaddu hubba lillah.
Maknanya : Mereka mencintai (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah, sedang orang-orang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Surah Al-Baqarah, ayat 165.
Ayat Hulubalang tadi dibacakan setiap selepas sembahyang Maghrib (sebagai tambahan kepada Ayat 4 tadi). Caranya begini :
Kini saya akan menerangkan Fasa Penggunaan amalan ini. Ia terbahagi kepada 2 cara atau jalan iaitu :
I. Secara bersemuka (dikenali sebagai Parang Panjang).
II. Secara tidak bersemuka (dikenali sebagai Parang Pendek).
I. Tempur secara bersemuka dengan musuh (amalan Parang Panjang):
A. Berikut adalah beberapa persediaan sebelum melangkah menuju ke medan tempur :
1. Persediaan Senjata Sabil : Senjata Sabil adalah senjata pilihan yang akan dibawa bersama. Pedang atau parang panjang adalah pilihan terbaik. Seorang guru yang layak (telah mencapai "Tahap 4: Isim Keramat, Ilmu Tempur Parang Terbang" ini) akan mengukir Syahadah Ilahiyah pada senjata tersebut. Syahadah Ilahiyah (Gambar 23) adalah seperti ini : "Laailahaillallah".
Maknanya : Tiada tuhan selain Allah.
Semasa mengukir, Ayat 4 (Ayat Sabil) akan dibacakan berulang-ulang sehingga selesai.
2. Persediaan Selempang Merah : Ia bertujuan menyuntik semangat ke dalam Anggota Fisabilillah (Tentera Sabil). Kerana itu warna merah dipilih. Seorang guru yang layak (telah mencapai "Tahap 4 : Isim Keramat, Ilmu Tempur Parang Terbang" ini) akan menulis 2 Kalimah Syahadah (Gambar 24) pada Selempang Merah tersebut. 2 Kalimah Syahadah adalah seperti ini :
"Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah"
Maknanya : Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah.
Semasa menulis, ayat-ayat berikut dibacakan :
i. Surah At-Taubah, ayat 128 dan 129 (dibacakan 7 kali) : Bismillahirrahmanirrahim.
Laqad ja-akum rasulum min anfusikum 'aziizun 'alaihi maa 'anittum hariishun 'alaikum bil mu' miniina ra'uufur rahiim. Fa in tawallau faqul hasbi allahu laailaha illa huwa 'alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul 'arsyil 'aziim.
Maknanya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.) yang menjadi berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, dia pula melimpahkan perasaan belas serta kasih sayang kepada orang yang beriman. Kemudian jika mereka ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memelihara aku), tiada Tuhan melainkan Dia, kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar". Surah At-Taubah ayat 128-129.
ii. Ayat Kursi (dibacakan 7 kali).
iii. Surah Al-Qadr (dibacakan 7 kali).
iv. Surah Al-Kauthar (dibacakan 7 kali).
Sebelum menyarungkan selempang tersebut, haruslah dibacakan :
i. Surah Huud, ayat 41 (dibacakan 3 kali) : Bismillahirrahmanirrahim.
Bismillahi majraahaa wa mursaahaa.
Maksudnya : Dengan nama Allah di waktu belayar dan berlabuh. Surah Huud, ayat 41.
ii. Surah As-Shoffat, ayat 79 (dibacakan 3 kali) : Bismillahirrahmanirrahim.
Salaamun 'ala nuuhin fil 'aalamiin.
Maknanya : Kesejahteraan (Kami limpahkan) ke atas Nuh di seluruh alam. Surah As-Shoffat, ayat 79.
iii. Surah Yassin, ayat 58 (dibacakan 3 kali) : Bismillahirrahmanirrahim.
Salaamun qaulam mir rabbur rahiim.
Maknanya : (Kepada mereka dikatakan) "Salam", sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang Maha Penyayang. Surah Yaasin, ayat 58.
iv. Surah Al-Qasas, ayat 85 (dibacakan 3 kali) : Bismillahirrahmanirrahim.
Innallazi farada 'alaikal qur 'ana laradduka Ila ma'ad.
Maknanya : Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad), sudah tentu menyampaikan kepadamu lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai. Surah Al-Qasas, ayat 85.
3. Persediaan air Yaasin :
Dibacakan berjemaah Surah Yaasin - 1 kali, Ayat 4 - 3 kali dan Ayat Hulubalang - 3 kali dan ditiupkan ke air tersebut untuk diminum.
Jika Anggota Sabil ramai, letakkan air tersebut di sebuah takungan yang besar seperti tempayan atau lain-lain.
Sambungan Ilmu Tempur Parang Terbang [49:15/54:17]
4. Persediaan Kota Badan atau Jabat Diri : Sebagai Kota Badan, lakukan begini :
i. Makrifatkan kalimah "Allah" di dahi.
ii. Makrifatkan kalimah "Allah" di dada. (Gambar 33)
iii. Makrifatkan kalimah "Hu" di perut. (Gambar 34)
iv. Makrifatkan kalimah "Laailahaillallah":
"Laa" di bahu kanan. - "ilaha" di belakang tengkuk. - "illa" di bahu kiri. - "Allah" di leher hadapan. (Gambar 35)
v. Makrifatkan kalimah "Muhammadur Rasulullah" di sekeliling tubuh paras atas pinggang. (Gambar 36)
B. Berikut pula adalah bacaan-bacaan semasa mula melangkah menuju ke medan tempur :
1. Ayat 4 atau Ayat Sabil : (Gambar 11)
Bacakan 1 kali dan tiup ke depan. Bacakan 1 kali dan tiup ke kanan. Bacakan 1 kali dan tiup ke kiri. Bacakan 1 kali dan tiup ke belakang. Bacakan 1 kali dan tiup ke diri sendiri.
5. Semasa memegang senjata : Bacakan Surah Al-Anbiaa, ayat 93 - 1 kali. (Gambar 37)
Bismillahirrahmanirrahim.
Wa taqath-tha'uu amrahum bainahum kullun ilaina raaji'un.
Maksudnya : Kebanyakan manusia masih berselisihan dan berpecah-belah dalam urusan agama mereka, (ingatlah) mereka semua akan kembali kepada Kami (untuk menerima balasan). Surah Al-Anbiaa, ayat 93.
6. Ketika mengeluarkan senjata : Bacakan Surah An-Namlu, ayat 85 - 1 kali : (Gambar 38)
Maksudnya : Dan jatuhlah hukuman ke atas mereka (dengan azab) disebabkan kezaliman mereka (berlaku kufur dan ingkar), lalu mereka diam membisu. Surah An-Namlu, ayat 85.
7. Ketika sedang bertempur : Bacakan Asma Allah ini sebagai zikir berterusan : Ya zal jalali wal ikram. (Gambar 39)
Maksudnya : Wahai Tuhan yang memiliki segala keagungan dan kemuliaan.
II. Tempur secara tidak bersemuka dengan musuh (amalan Parang Pendek):
Amalan ini hanya boleh dilakukan oleh pengamal-pengamal yang telah menguasai kemahiran-kemahiran Ruhaniyah (Tahap 3 atau 4, Ilmu Tempur Parang Terbang ini). Ia dilakukan melalui amalan-amalan serangan jarak jauh yang khusus seperti "Senjata-senjata Fakir", "Ilmu-ilmu Gayong" jarak jauh (tanpa melihat musuh) atau seumpamanya.
Diringkaskan, amalan-amalan begini adalah amalan-amalan yang berasingan namun boleh menyusul pada pengamal-pengamal yang telah melepasi persyaratannya (mencapai Tahap 3 atau 4, Ilmu Tempur Parang Terbang ini). Saya akan menjelaskannya pada video-video yang lain pula nanti. Jika kita lihat pada keseluruhan Ilmu Tempur Parang Terbang ini, nampaknya amalan asasnya adalah Ayat 4 (Ayat Sabil) tadi, sedang amalan-amalan tambahannya terpulang pada penguasaan guru-guru yang terlibat. Tidak hairanlah terdapat perbezaannya di situ. Berdasarkan perguruan atau daerah masing-masing, sedang namanya juga boleh sahaja berubah-ubah. Walaupun begitu, ia masih juga mengekalkan "kunci amalan" yang sama iaitu menggunakan Ayat 4 atau Ayat Sabil tadi. Moga sahaja kita berlapang dada menerima perbezaan masing-masing kerana jalan yang dituju adalah sama..."Fisabilillah".
Begitu sahajalah perkongsian saya tentang sebuah amalan yang dinamakan "Ilmu Tempur Parang Terbang" tadi. Jika suka dengan video ini, silakan subscribe, like dan komen. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda bagi menambah ilmu pengetahuan dan pemahaman tentang amalan-amalan yang semakin dilupakan seperti ini. Ilmu-ilmu yang semakin pudar ditelan zaman. Sekian sahaja, saya akhiri dengan assalamu'alaikum. (End)
• Media sosial bagi rakan-rakan yang berminat untuk mengetahui isu-isu semasa yang terkini di Malaysia 🇲🇾.
Nota : Anda dilarang untuk membuat sebarang provokasi di BiP Group Malaysia Berdaulat 🇲🇾. Sekiranya berlaku, pentadbir akan keluarkan anda tanpa sebarang amaran. Sekian, harap maklum.