Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 30 August 2020

Menyingkap Sejarah Hitam Negara

👺 (Menyingkap Sejarah Hitam) ðŸ‘º

🇲🇾 31 OGOS 2020 : MENJELANG HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-63 ðŸ‡²ðŸ‡¾

ANTARA Mangsa Kezaliman Komunis Seperti Yang Di Ceritakan Sendiri Oleh Anak Mangsa, Profesor Dr. Amat Juhari Moain...

"Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan di takik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.."

"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala. Amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi mengeluarkan getahnya...."

Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM)...

Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat, Johor...

Mengimbas kembali kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah2 baru berlaku semalam...

Dr. Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka di datangi beberapa penduduk yang meminta bantuan...

Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan komunis...

"Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan di temani oleh Hassan."

"Sehingga lewat tengah malam, ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita tentang mereka bertiga, sama ada masih hidup atau mati..."

"Pada malam yang sama, terdapat seorang Cina bersenjata mundar mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan..."

"Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran rumah bagi mengelak perkara tidak di ingini berlaku," katanya.

Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan ditemui di dalam hutan...

Sementara itu Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 orang komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah di tolak...

Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka...

"Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami, apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati," jelasnya....

--- By Muhammad Izwan Ishak.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...