Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 1 September 2020

Your move..

Minggu lepas, bank-bank utama Malaysia umum keuntungan bagi tempoh suku tahun kedua (April hingga Jun) tahun 2020.

Maybank - RM942 juta (suku sama tahun lepas: RM1.94b)
CIMB - RM277 juta (RM1.51b)
RHB Bank - RM400 juta (RM615 juta)
Public Bank - RM1 bilion (RM1.33b)
Alliance Bank - RM104 juta (RM77 juta)
Hong Leong Bank - RM525 juta (RM469 juta)
Ambank - RM365 juta (RM391 juta)
Affin Bank RM67 juta (RM156 juta)
Bank Islam RM153 juta (RM195 juta)

Kesemua bank masih catat keuntungan walaupun ini adalah tempoh 3 bulan paling susah di mana bank diarahkan untuk memberi moratorium pinjaman serta operasi bank terganggu akibat tempoh PKP yang paling ketat.

Malah ada dua bank (Alliance dan Hong Leong Bank) umum keuntungan lebih tinggi.

Ini bermakna bank masih mampu bertahan dan dalam keuntungan walaupun diancam krisis Covid dan diarahkan untuk memberi moratorium pinjaman.

Sebab itu, saya seru bank untuk melanjutkan moratorium pinjaman untuk 6 bulan secara automatik kerana krisis Covid dunia masih belum berakhir dan dijangka bertambah teruk sebelum ianya memulih.

Namun peminjam yang business atau pendapatan telah pulih dan mampu bayar, teruskan untuk bayar. Kena jujur dan jangan ambil kesempatan.

Masa baik, kita jaga bank.

Masa susah, bank jaga kita.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bulan Jun lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor serta-merta jika perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat negeri itu terus berlaku.

Bila DUN Johor bubar, saya rasa ianya lebih elok parlimen juga dibubarkan supaya kita boleh laksanakan pilihanraya serentak dengan PRN Johor.

Ada peluang boleh dilaksanakan serentak dengan PRN Sabah juga.

Negeri-negeri lain turut ikut.

Ini bermakna jika PH Plus masih tegas untuk merebut kuasa di Johor, akibatnya ialah Pilihan Raya Umum (PRU) seluruh negara mungkin akan berlangsung.

Masa itu, kekanda akan kalah.

Mahfuz akan pencen.

Anak PM7 pun akan tumbang di Kedah.

Ramai lagi geng Amanah dan PH bakal hilang kerja.

Jika PH Plus nak lawan amaran Sultan dan teramat ingin Pilihanraya Umum berlangsung serta merta, sila teruskan untuk merebut kuasa di Johor.

Kita di pihak BN tak sabar nak lawan pokok petai sekali lagi.

Your move, PH Plus.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...