Some write for money. Some write to share.
I write to share for your knowledge. Religions, Politics and Conspiracy Theories, these are my fields of interests.
I am not a perfect person. Please correct me if you saw my mistakes so that I will learn from it…
Syeikh Ahmad Yassin yang merupakan pengasas Pergerakan Palestin Hamas telah syahid ketika beliau dalam perjalanan pulang dari masjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. ðŸ˜
Zionis melancarkan tiga buah roket ke atas beliau yang lumpuh itu lalu mengorbankan dirinya dan empat yang lain termasuk anaknya.
‼️ Seorang yang lumpuh dan hanya mampu bergerak dengan kerusi roda ini telah membangkitkan semangat jihad seluruh umat Islam untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa dan menentang penjajahan Zionis
🤲 Semoga syurga Allah kurniakan buat beliau dan semoga kita serta keturunan kita akan mengikut jejak langkah beliau.. Aaminnn
Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya) [Al-Ahzab:23]
#AmanPalestin #BangkitBerjuangBersama
Gambar 2 : Mengenang 17 Tahun Syahidnya Syeikh Ahmad Yassin
Beliau adalah mujahid, ulama, ayah, guru yang meski hampir tak bisa menggerakkan anggota tubuhnya sendiri, namun ternyata Allah beri kemampuan untuk menggerakkan jiwa raga jutaan orang di seluruh dunia.
Laa quwwata illa billah..
Semoga Allah merahmati beliau dengan rahmat-Nya yang luas. Membalas seluruh khidmahnya, jihadnya dan jasanya untuk umat Islam. Serta menempatkan beliau dalam kenikmatan dan keabadian surga-Nya. Aamiin.
Nak kongsi satu gambar lama yang ditangkap jurukamera British dulu era 1830an. Lihat gambar di bawah ini sebagai rujukan dan renungan buat kita semua umat Islam di Malaysia dan di serata dunia...
Di wilayah Afghanistan. Solat Jumaat di kawasan lapang yg dihadiri lebih kurang 150,000 penduduk Muslim seluruh wilayah Asia Tengah. Jumlah mungkin lebih dari itu.
Menurut laporan jurukamera dan pasukan ekspedisi menangis sangat terharu melihat pemandangan ini yang pertama kali dilihat mereka.Seluas mata memandang para lelaki Muslim dari kalangan pelbagai etnik bangsa berbeza mampu bersatu beribadat menyembah Yang Esa.
"Such a beauty elegant scenery, pure majestic!" ucap salah seorang krew penjelajah tersebut. Gambar inilah yang membuatkan Gerakan Zionisme Dunia menghuru-harakan Afganistan beratus tahun dulu sehingga sekarang.
Dipecahkan dengan pelbagai mazhab supaya sibuk bergaduh sesama sendiri. Mereka yahudi Zionis dan Kafirun mempergunakan British, Soviet, India, Pakistan, Amerika, Iran, Saudi dan CIS untuk huru harakan Afganistan supaya tidak akan ada lagi kesatuan Muslim yang kuat disana.
Bayangkan. Solat Jumaat yg dijemaahkan 150,000 lelaki Muslim. Tiada pernah berlaku macan itu lagi kecuali di Makkah al Mukaramah. Malangnya sekarang Afganistan bukan sahaja rosak dengan perang saudara tak sudah sudah, malah menjadi pusat tanaman daun popi dadah heroin terbesar didunia.
Sampai begitu keji sekali gerakan halus musuh musuh Islam. Kita masih leka dan bergasak sesama seaqidah sedangkan puak al kafirun mendada bertepuk tangan....
Ketika dunia sedang hangat dengan kekejaman Rejim Zionis di Gaza, Malaysia jugak tidak terkecuali dengan isu hangat “Boikot Produk Israel”.
Boikot adalah satu cara untuk menunjukkan kemarahan ke atas Rejim Zionis. Ya, memang betul boikot adalah satu usaha murni yang boleh dilakukan oleh kita sebagai rakyat Malaysia tetapi “Bila Melayu Tunjuk Pandai” maka boikot ini seolah-olah tidak berkesan dan mencalarkan imej Islam.
Di mana selalunya Melayu tunjuk pandai? Ok. Kali ini saya ingin menyenaraikan beberapa ayat yang boleh memahamkan kita semua.
Bila tak boikot:
Kau kerja McD ibarat bekerja dengan pembunuh rakyat Palestin.
Kau ni tak ada perikemanusiaan ke? Orang sibuk boikot kau sibuk pergi McD.
Haram gaji yang kau dapat dari kerja McD.
Makan McD ibarat meratah saudara seIslam sendiri di Gaza.
Burger McD ibarat peluru-peluru yang membunuh rakyat Palestin.
Bila dah boikot:
Apa yang kau boleh lepas buat demo boikot depan McD tu?
Tindakan boikot tidak melambangkan imej Islam.
Kalaulah seramai ni solat subuh berjemaah Israel pasti takut.
Nampak semangat sangat boikot, tapi bila McD bagi burger percuma kau ambik jugak. Kata boikot….
Jangan boikot kalau tak tahu cara guna dengan betul, Boikot level expert. Jangan tutup akaun HSBC, biarkan je aktif tapi keluarkan duit semua dan tinggalkan semua. Mereka akan terus keluarkan kos untuk akaun yang tak tutup itu. Jangan lupakan McD, jika anda nak guna tandas boleh singgah McD guna tandas mereka. Kos air dapat tingkatkan kos McD. McD nak bagi makan free makan je rezeki jangan ditolak benda halal bukan duit kita. Habiskan lagi duit mereka. Tapi jangan beli!. Jangan boikot intel, komputer/smartphone tanpa processor intel kita tidak dapat buka komputer untuk buka facebook dan sebarkan kekejaman zionis dan bantu menyebarkan perkara baik.
[Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya]
Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.
1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.
2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti ‘Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..’ Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.
3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.
4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.
5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.
6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.
7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang pengguna.
Wallahua’lam.
Kempen boikot, McD terutamanya, dilihat semakin melampaui batas sehingga ada pemboikot yang sengaja masuk ke kedai lalu memaki dan meludah pekerja McD.
Kempen yang pada mulanya dianggap ibadah dan jihad akhirnya menjadi medan penambah dosa apabila disertai caci maki dan tindakan yang mendatangkan kesakitan serta menjatuhkan maruah orang lain yang ‘dilihat’ tidak memboikot. Itulah masalah apabila kita buat kebaikan, kita rasa kita jauh lebih baik dari orang yang kita lihat ‘tak buat apa-apa’.
Dalam kesibukan berusaha memboikot produk yang ada kaitan dengan negara haram yahudi di Palestin, ramai pula yang terlupa memboikot ‘sikap dan gaya hidup’ yahudi dari dalam diri masing-masing.
P/S:Sebenarnya ramai di antara kita “Mencari Salah Orang Lain” tanpa melakukan apa-apa. Orang buat itu salah, orang buat ini salah. Apa sumbangan kita kepada mereka (rakyat Palestin)?
Arkib : 13 Julai 2014. Kenapa Boikot McDonald's Malaysia?
Gambar 1 : Logo M untuk McDonald's dengan label, i'm lovin' it
Boikot McDonald's Corporation Timbul Apabila Berlaku Konflik Palestin-Israel
McDonald's Corporation Sumbang Dana kepada Jewish United Fund
Menurut Chicago Jewish Community Online (laman web rasmi Jewish United Fund [JUF] of Metropolitan Chicago), McDonald’s Corporation adalah rakan kongsi korporat JUF dan Jewish Federation.
Melalui Israel Commission, JUF berusaha untuk mengekalkan kuasa ketenteraan Amerika, ekonomi dan hubungan diplomatik dengan Israel, menyelia dan jika perlu menjawab kepada media isu-isu berkaitan Israel.
Melalui program “Partnership to Israel”, JUF menyumbang sebanyak USD1.3 juta setahun untuk membangunkan Kiryat Gat, sebuah kawasan penempatan haram yang dibangunkan selepas pembersihan etnik pada 1949 yang bertentangan dengan konvensyen undang-undang antarabangsa.
Kebanyakkan program-program yang ditaja McDonalds adalah berbentuk pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat untuk membersihkan nama Israel, dan demi memastikan dunia merasakan bahawa Israel tidak bersalah. Pengarahnya, Simon Silberg telah memenangi anugerah Goldsmith atas kapasiti beliau menjayakan program “Israel Solidarity Day”.
Yang seronoknya apabila di Arab Saudi, terdapat lebih 83 cawangan termasuk 4 di Madinah dan 4 di Tanah Suci Mekah, termasuk yang terbaru di pusat membeli belah Abraj al-Bait (Towers of the House) hanya beberapa meter daripada Kaabah, dengan Putera Mishaal bin Khaled Al Saud adalah pemegang lesen. -table4three
Tahukah Anda?
Para pelanggan McDonald's di Malaysia menyumbangkan 10% kepada McDonald's USA. 5% promotion fees & 5% royalti. Ingat, 10% daripada gross sale, bukan profit. McDonald's USA seterusnya menyumbang kepada Jewish United Fund, satu dana yang menyokong usaha ketenteraan Zionis Israel.
Ini berita tahun 2013. Setiap bulan McDonald's Malaysia terima 12 juta orang pelanggan, bersamaan 400,000 orang sehari. 250+ outlet McDonald's di seluruh Malaysia. Andaikan setiap pelanggan ambil set paling murah, McValue Meal @ RM 5.90 400,000 x RM 5.90 = RM 2,360,000 sehari gross sale. Maka jika sumbangan 10% daripada gross sale, RM 2,360,000 x 10% = RM 236,000 sehari dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish United Fund.
Sebulan ? RM 236,000 x 30 hari = RM 7,080,000 sebulan dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish United Fund.
Setahun ? RM 7,080,000 x 12 bulan = RM 84,960,000 setahun dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish United Fund.
Ini baru sumbangan anda melalui McDonald's. Starbucks ? Coca Cola ? Danone ? Nestle ? Lagi, dan lagi, dan lagi...
Jadi, saya nak tanya, berapa RM yang anda mahu sumbang untuk Zionis ? Berapa RM yang anda mahu sumbang untuk membeli peluru dan bom yang membunuh rakyat Palestin ? Kalau tak terasa apa-apa, I don't know what to say anymore.
I rest my case. Teruskan makan, teruskan menyumbang... Untuk zionis... Sekian & terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca sampai habis.
PS : Feel free to tag yourself or to share or whatever. PS : Kalau ada silap fakta @ silap kira, mohon maklumkan kepada saya. - Khalid Abd
Kenapa Boikot McDonald’s Sahaja? – Penjelasan Dr. Hafidzi Mohd Nor
Ramai yang masih mempersoalkan kenapa kita hanya memfokuskan untuk boikot mcDonald’s. Berikut adalah pencerahan dari Dr. Hafidzi Mohd Nor. Mohon buka telinga, buka mata dan buka hati luas – luas kenapa pentingnya kempen boikot ini. huhu..
“Boycott adalah satu ‘peperangan’. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dengan mengatakan kami ‘cawangan tempatan’ dan kami hanya membayar cukai kepada kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kepada ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Jika semua negara membuat pengisytiharan seperti ini dan semua warga dunia terpedaya dengan seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD seberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai Israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kepada Zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.
Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah ‘yang masuk akal’ untuk menggagalkan strategi boikot” - Aqsa Syarif
Ada yang kata McDonalds Malaysia TIDAK MENYUMBANG kepada tabung ISRAHELL, Betul kah?? Sejauh Mana Anda KENAL BUSINESS Mereka?? Ayuh sama sama kita BONGKAR!
HI GREAT peoples!! Please click Button Subscribe kalau belum, lepastu tekan Button Bell tu, Dont forget untuk Hit LIKE! and please support this channel for future content. Thank You for being here! Feel free to share and Comment anytime.
For Collaboration, Advertisement slots, Reviews please email me at: alif.saifuddin1989@gmail.com
IG Alif: https://www.instagram.com/alif.sharif...
Gear Used:
Main production camera:
Gopro Hero 7 Black
Sony A99
Lens:
- Minolta 28mm F2.8
- Ziess 24-20mm f2.8 ZA
- Sony 50mm f1.8
- Sigma 70-200mm f2.8
- Sigma 150-400mm f4
Vlog:
Sony RX100 mkii
Gopro Hero 7 Black
Bag:
Tenba Messenger
Lowepro Computrekker AW
#MarjansTV
Fakta Penafian Daripada McDonald's Malaysia
Gambar 2 : Isu sokong Israel, McDonald's Malaysia bertindak
KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia menafikan pihaknya menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restorannya untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia ini.
"Tiada kebenaran dalam sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya," menurut kenyataan restoran rantaian makanan segera daripada Amerika Syarikat itu dalam laman webnya www.mcdonalds.com.my.
Kenyataan McDonald's Malaysia itu dibuat berikutan pengamal laman sosial di negara ini mendakwa pengurusan tertinggi syarikat tersebut di Amerika Syarikat didalangi seorang Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel.
Menurut kenyataan McDonald Malaysia yang mempunyai lebih dari 200 restoran francais di negara ini, Greenberg tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat dan telah meninggalkan organisasi ini lebih 10 tahun lalu.
"Salah satu daripada nilai utama kami ialah kami menjalankan perniagaan secara beretika, dan kami berpegang teguh kepada prinsip ini," menurutnya.
"Di Malaysia kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada komuniti setempat yang menawarkan peluang perniagaan kepada francaisi tempatan dan pekerjaan kepada lebih 12,000 rakyat Malaysia, di samping menyokong program bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik," kata McDonald's.
Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat Mcdonald's Malaysia di talian 03–78433388, menurutnya.
Isu ini ditimbul berikutan tindakan Israel melancar serangan ke atas Gaza dalam 'Operasi Perlindungan Sempadan' sejak Selasa lepas.
Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim terhadap Gaza.
Tidak ada niat nak membela McDonald's.
Niat saya hendak mengajar dan mengajak kepada satu falsafah Islam, iaitu tidak puas hati dengan satu pihak perlu berjumpa dengan pihak tersebut sebelum menuduh.
Jika fakta ini salah maafkan saya, jujur pelik bila ada yang boikot McD konon bantu Isreal, viral kecam kereta beratur drive thru McD kononnya kutuk israel tapi hulur duit kat israel 😅, Semoga ini dapat membantu yer.
Hasil pertemuan dengan Gerbang Alaf Restaurants (McDonald's Sdn. Bhd.).
Jawapan dari McDonald's mengenai status mereka.
1- McD Malaysia, Singapura dan Arab Saudi adalah milik muslim 100%.
2- Owner McD Malaysia adalah Lionhorn Pte. Ltd. syarikat bawah Reeza Group (Arab Saudi). Jadi dia adalah milik muslim sepenuhnya (100%)
Kedudukan McD di Malaysia hari ni sama kedudukan KFC Malaysia yang dimiliki oleh JCORP.
3- Maknanya McD Malaysia bukan milik McDonald’s Corporation. Yakni bukan milik US.
4- McDonald’s Corporation adalah pemilik asal McD satu dunia.
5- Lionhorn membeli seluruh share yang dimiliki oleh McDonald Corporation di Arab Saudi, Malaysia dan Singapura.
6- Memang dahulu McD Malaysia melalui Golden Arches Restaurants adalah milik McDonald's Corporation. Tetapi tahun 2016 sudah dibeli oleh Reeza Group melalui Lionhorn dan dijadikan sebagai milikan penuh mereka 100%.
7- Di Malaysia McD diuruskan oleh Gerbang Alaf Restaurants anak syarikat Lionhorn.
8- Adakah McDonald's Malaysia bayar royalti pada McDonald’s Corporation? Ye ada tetapi bayaran kerana memakai brand McDonald's. Keadaan ini sama seperti KFC, A&W dan sebagainya yang memang kena bayar untuk lesen jenama.
9- Jangan sesiapa kata KFC tidak bayar royalti penggunakan brand kepada KFC US. Kerana memang ada bayaran itu melalui Yum Brand Inc. (yang menguruskan KFC US). Boleh rujuk
10- Adakah McD bantu Israel. Setakat ini belum ada fakta dan bukti yang benar yang tunjuk bahawa McD bayar secara kewangan syarikat kepada israel di US. Di Malaysia lagilah tidak ada penglibatan dengan Israel.
11- Sumbangan peribadi pekerja McDonald's kepada dana Israel tidak boleh dinamakan sumbangan McDonald's kepada israel.
12- Lagipun sumbangan itu tidak pernah direkodkan, tidak ada dalam catatan. So itu termasuk dalam (zann) yang tidak boleh dijadikan hujah.
13- Jumlah pekerja McDonald's Malaysia seramai 12k. Pekerja muslim adalah 80%.
14- Pekerja Muslim McDonald's ini terselamat dari serve arak dan benda haram lain. Anak orang Islam kita tidak terselamat dari serve arak di 7 Eleven, KK Mart dan lain lagi syarikat yang terlibat dengan arak.
15- Mereka dibenarkan dan digalakkan solat. Tidak seperti syarikat lain yang tidak patuh syariah, tidak membenarkan pekerja muslim mereka solat, tutup aurat bahkan solat Jumaat.
16- Polisi McDonald's mengikut Jakim yang mengalakkan pekerja Islam melaksanakan tuntutan agama - menutup aurat, solat dan solat Jumaat diwajibkan kepada pekerja lelaki.
17- McDonald's Malaysia bayar zakat perniagaan.
18- Mengenai sumbangan McD US kepada JUF (Jewish United Fund) sila rujuk link video di bawah.
20- Kesimpulannya ada lima persoalan besar di sini:
a- Adakah McDonald's Malaysia milik McD US?
Jawapannya tidak. Ia sudah dimiliki sepenuhnya oleh Muslim.
b- Adakah McD Malaysia bayar royalti untuk gunakan brand McDonald's?
Jawapannya ya ada, sama seperti KFC, Burger King, A&W dan lain-lain yang membayar kepada syarikat induk mereka untuk guna brand mereka.
c- Adakah pernah mereka yang terbabit dengan McDonald's memberi duit kepada israel?
Jawapannya ya, tetapi bukan sumbangan syarikat tetapi sumbangan secara individu yang tidak menggunakan langsung dana McDonald's. Sumbangn adalah dari wang poket pekerja itu sendiri. Sumbangan secara individu tidak patut dinamakan sumbangan McDonald's kerana kenyataan demikian tidak adil. Seperti kenyatan Melayu pemalas. Kenyatan ini tidak adil sedangkan bukan semua Melayu malas.
Lagipun individu itu sudah tidak lagi menjadi pekerja McD.
d- Adakah McDonald's milik yahudi?
Jawapannya tidak. McD adalah syarikat public listed. Yang dimiliki oleh shareholder yang ramai. McDonald's dimilki oleh 1.8 juta orang shareholder yang membeli saham-saham McDonald's. So segala aktiviti kewangan melalui audit yang ketat dan mustahil boleh melarikan wang itu untuk Israel tanpa melalui audit dan pengetahuan shareholder.
e- Adakah McDonald's ada buka restorannya di israel?
Jawapannya ya, ada dan itu di luar kawalan McDonald's Malaysia. Perkara itu susah untuk diambil sebagai kayu ukur. Kerana semua jenama dunia ada di Israel. BMW, Mercedes, Volkswagen, Iphone, Samsung, Hyundai dan lain-lain lagi. Kalau itu alasan boikot maka kena boikot semua produk brand itu juga.
Ini hasil pertemuan dengan Gerbang Alaf Restaurants pada selasa 19/12/2017.
Tidak ada niat nak membela McDonald's.
Niat saya hendak mengajar dan mengajak kepada satu falsafah Islam, iaitu tidak puas hati dengan satu pihak perlu berjumpa dengan pihak tersebut sebelum menuduh.
Kami bertanya pihak McDonald's. Kalau ada orang yang ingin berjumpa mereka bagi menyelesaikan kekeliruan, mereka menyatakan kesediaan bila-bila masa saja untuk berjumpa.
Itu yang kami perolehi dari McDonald's Malaysia. Jika ada yang hendak menyanggahi fakta-fakta di atas sila bawakan fakta-fakta yang boleh disandarkan kepada pihak yang sanggup bertanggungjawab atas fakta itu.
Insyaallah saya akan pergi berjumpa pulak pihak yang mengeluarkan fakta yang menyanggahi McDonald's ini.
Ustaz Zul Pandan tak mahu bergaduh cuma hendakkan perdamaian dan kebenaran.
Gambar 3 : Struktur Pemilikan McDonald's Malaysia (Sumber Ihsan Harian Metro)
Bila isu Palestin naik, isu boikot Mcd and Starbucks pon akan muncul kembali. So marilah kita perbetulkan faktanya.
Siapa shareholder Mcd ?
10 Shareholder terbesar Mcdonald - Vanguard Group, SsgA Fund Management, Blackrock, Wellington Management, Geode Capital, Northern Trust Investment, Norges Bank, T.Rows Price Associate, JP Morgan dan Morgan Stanley.
Siapa shareholder Starbucks ?
10 Shareholder terbesar Starbucks - Vanguard, Blackrock, Ssga fund management, Magellan Asset Management, Geode Capital, Northern trust investment, Fidelity, Loomis, Sayles and co, Polen Capital Management, Norges Bank.
So dari list shareholder itu, top 10 biggest shareholder hampir kesemuanya asset management company or mudah cerita company unittrust.
McDonald's Di Persempadanan Israel
McDonald's memang membuat keputusan untuk tidak membuka sebarang cawangan di kawasan Palestin yang dijajah Israel. Memang polisi mereka untuk tidak membuka cawangan di Israel yang merentas sempadan yang ditetapkan pada tahun 1967. Orang Israel marah sehinggakan pernah ada movement untuk boikot McDonald's oleh orang Israel sendiri.
Persoalan kedua, adakah benar mereka menyumbang kepada tentera Israel ?
Berkenaan Starbucks tidak benar. Surat yang viral mengatakan CEO dia support Israel tu surat fake yang ditulis oleh Andrew Winkler. Dia sendiri dah mengaku yang surat tu hanyalah troll sahaja.
Tahukah anda dekat US Starbucks kena boikot juga sebab kononnya Starbucks tidak support US military. Benda ni juga fake sebab orang sebarkan email palsu.
So both side of the party condemn Starbucks. Satu kata konon sokong yahudi, satu lagi kata konon tak sokong US. Dua-dua fake. Kebenaranya ialah Starbucks tidak menyokong sebarang political movement, dia meniaga kopi sahaja.
*Starbucks ada buat sumbang 25 sen untuk setiap cawan kopi untuk mental health for veteran tentera. Itu sahaja sumbangan yang dia ada buat.
Mcdonald pula macam mana ? Mcdonald memang terang-terang tidak menyokong agenda zionist. Mcdonald Israel tak nak buka branch dia dekat settlements. Tempat lain dia buka tapi dekat kawasan yang Palestin nak claim macam tebing barat dia tak nak buka branch.
Mcdonald even remind Israel untuk tak masuk dalam kawasan di mana palestin ada authority. Benda ini menyebabkan veteran tentera Israel lancarkan gerakkan boycott Mcdonald.
----------------------------------------------
Anyway dua-dua saham ini best untuk kita beli. Starbucks traded at higher PE and benda itu justify the valuation sebab Starbucks jual premium product, tiada competition dan Starbucks make money.
Mcdonald pun best, traded at average PE tapi yang best sebab dia pegang market share and earning senang nak naik.
Nota : Perkongsian di sini adalah sebagai penilaian untuk kita sebagai Umat Islam majoriti di Malaysia. Segala keputusan baik dan buruk yang kita ambil adalah kata putus yang telah kita muktamadkan. 'Tepuk dada, tanyalah selera'. Dunia pada akhir zaman ini segala-gala jenis teknologi dan dunia perniagaan sudah tentu telah dikuasai sepenuhnya oleh pemilik-pemilik perusahaan daripada tokoh-tokoh perniagaan Yahudi Zionis. Kita seharusnya sama-sama dapat menjauhi produk-produk yang berunsurkan syubhah. Adalah lebih jelas sekiranya kita dapat menjauhi produk-produk sebegini kerana kini sudah ramai pengusaha usahawan dan perniagaan tempatan terdiri daripada kalangan Muslim. Sebagai contoh, sekiranya anda berhajat untuk membeli juga makan seperti burger, kita boleh dapatkan daripada gerai-gerai peniaga jalanan yang menggunakan produk makanan seperti jenama Ramly, Saudi dan Al-Baity. Apabila kita membeli makanan daripada peniaga-peniaga kecil seperti ini sudah tentu mendatangkan pendapatan kepada mereka untuk teruskan kehidupan yang mencabar pada zaman wabak Covid-19 yang melanda negara kita Malaysia ini. Semoga segala usaha dan kebaikan yang kita lakukan mendapat imbuhan dan ganjaran daripada Allah s.w.t. In Shaa Allah. Aamiin Ya Robbal'alamiin
Lihatlah video ini untuk penerangan didepan mata, perhatikan jaringan yang berlaku di sekeliling anda dan hadis-hadis Baginda Muhammad SAW dan juga kata-kata Ulama Mujtahid Ahlussunnah Waljamaah...
Sabda Baginda SAW ;
"Ketahuilah ia (Dajjal) berada di lau syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan Baginda) .."
[Riwayat Muslim].
Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a , sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN. " [Riwayat al-Tirmizi ].
Daripada Anas bin Malik r. a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"].
Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al -Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim].
ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.
1. Al-Imam ‘Amir Asy-Sya ’bi berkata: “Aku tidak pernah melihat kaum yang lebih dungu dari Syi ’ah. ” (As-Sunnah , 2/ 549, karya Abdullah bin Al-Imam Ahmad)
2. Al-Imam Sufyan Ats-Tsauri ketika ditanya tentang seorang yang mencela Abu Bakr dan ‘Umar, beliau berkata: “Ia telah kafir kepada Allah.” Kemudian ditanya: “Apakah kita menshalatinya (bila meninggal
dunia) ?” Beliau berkata: “Tidak , tiada kehormatan (baginya) … .” (Siyar A’ lamin Nubala, 7/253 )
3. Al-Imam Malik ketika ditanya
tentang mereka (Syiah Rafidhah) beliau berkata: “Jangan kamu berbincang dengan mereka dan jangan pula meriwayatkan dari mereka, karena sungguh mereka itu selalu berdusta. ” (Mizanul I’ tidal, 2/ 27-28, karya Al-Imam Adz-Dzahabi)
4. Al-Imam Asy-Syafi ’i berkata: “Aku belum pernah tahu ada yang melebihi Rafidhah dalam persaksian palsu.” (Mizanul I’ tidal, 2/ 27-28, karya Al-Imam Adz-Dzahabi)
5. Al-Buwaitiy (murid Imam Syafi'i) bertanya kepada Imam Syafi'i, “ Bolehkah aku shalat di belakang orang Syiah?” Imam Syafi'i berkata, “Jangan shalat di belakang orang Syi'ah, orang Qadariyyah, dan orang Murji'ah” Lalu Al-Buwaitiy bertanya tentang sifat-sifat mereka, Lalu Imam Syafi'i menyifatkan, “Siapa saja yang mengatakan Abu Bakr dan Umar bukan imam, maka dia Syi'ah ”. (Siyar A’ lam Al-Nubala 10/31)
6. Al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku tidak melihat dia (orang yang mencela Abu Bakr, ‘Umar, dan ‘Aisyah ) itu orang Islam.” (As- Sunnah, 1/493 , karya Al-Khallal)
7. Al-Imam Al-Bukhari berkata: “ Bagiku sama saja apakah aku shalat di belakang Jahmi, dan Rafidhi atau di belakang Yahudi dan Nashara (yakni sama- sama tidak boleh -red). Mereka tidak boleh diberi salam, tidak dikunjungi ketika sakit, tidak dinikahkan, tidak dijadikan saksi, dan tidak dimakan sembelihan mereka.” (Khalqu Af’ alil ‘Ibad, hal. 125)
8. Al-Imam Abu Zur’ah Ar- Razi berkata: “Jika engkau melihat orang yang mencela salah satu dari shahabat Rasulullah, maka ketahuilah bahwa ia seorang zindiq. Yang demikian itu karena Rasul bagi kita haq, dan Al Qur ’an haq, dan sesungguhnya yang menyampaikan Al Qur’an dan As Sunnah adalah para
shahabat Rasulullah. Sungguh mereka mencela para saksi kita (para shahabat) dengan tujuan
untuk meniadakan Al Qur ’an dan As Sunnah. Mereka (Rafidhah) lebih pantas untuk dicela dan mereka adalah zanadiqah. ” (Al-Kifayah, hal. 49, karya Al-Khathib Al-Baghdad)
JASAD ARIEL SHARON (BEKAS PERDANA MENTERI ISRAEL) TAK DITERIMA BUMI.
Sharon, Pemimpin zalim!
1. Bayangkan Sharon mengambil seorang bayi daripada ibunya dan dilempar bayi itu ke dinding.
2. Bayangkan seorang gadis berusia 10 tahun yang dirogol dengan kejam dan akhirnya matanya telah diambil.
3. Bayangkan sekumpulan keluarga, di suruh beratur depan rumah dan ditembak.
4. Bayangkan wanita hamil, dirogol, dengan kaki terbuka luas, dan akhirnya perut wanita dihiris, meninggalkan perempuan ini ke dalam kematian berdarah bersama kandungannya.
Kesemua mangsa itu adalah umat Islam Palestin yang ditindas Pemimpin Zionis, Ariel Sharon.
Lihatlah betapa zalimnya Yahudi
Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya. Anak-anak kecil Palestin perlu mengenal erti keganasan, peperangan kerana sikap binatang Ariel Sharon. Hari ini (2012), Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 4 tahun koma. Sehinggakan…….
Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk menerbitkan gambar-gambar keadaan Ariel Sharon yang ada pada hari ini. Tiada yang mustahil. Mungkin inilah yang harus “ditelan” oleh Ariel Sharon di atas ribuan nyawa dan kezaliman yang dilakukan selama ini ke atas rakyat Palestin.
Kini Ariel Sharon yang berusia 81 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun. Wallahualam..