Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 22 November 2018

"Such A Beauty Elegant Scenery, Pure Majestic!"

Nak kongsi satu gambar lama yang ditangkap jurukamera British dulu era 1830an. Lihat gambar di bawah ini sebagai rujukan dan renungan buat kita semua umat Islam di Malaysia dan di serata dunia... 


Di wilayah Afghanistan. Solat Jumaat di kawasan lapang yg dihadiri lebih kurang 150,000 penduduk Muslim seluruh wilayah Asia Tengah. Jumlah mungkin lebih dari itu. 

Menurut laporan jurukamera dan pasukan ekspedisi menangis sangat terharu melihat pemandangan ini yang pertama kali dilihat mereka.Seluas mata memandang para lelaki Muslim dari kalangan pelbagai etnik bangsa berbeza mampu bersatu beribadat menyembah Yang Esa. 

"Such a beauty elegant scenery, pure majestic!" ucap salah seorang krew penjelajah tersebut. Gambar inilah yang membuatkan Gerakan Zionisme Dunia menghuru-harakan Afganistan beratus tahun dulu sehingga sekarang. 

Dipecahkan dengan pelbagai mazhab supaya sibuk bergaduh sesama sendiri. Mereka yahudi Zionis dan Kafirun mempergunakan British, Soviet, India, Pakistan, Amerika, Iran, Saudi dan CIS untuk huru harakan Afganistan supaya tidak akan ada lagi kesatuan Muslim yang kuat disana.

Bayangkan. Solat Jumaat yg dijemaahkan 150,000 lelaki Muslim. Tiada pernah berlaku macan itu lagi kecuali di Makkah al Mukaramah. Malangnya sekarang Afganistan bukan sahaja rosak dengan perang saudara tak sudah sudah, malah menjadi pusat tanaman daun popi dadah heroin terbesar didunia. 

Sampai begitu keji sekali gerakan halus musuh musuh Islam. Kita masih leka dan bergasak sesama seaqidah sedangkan puak al kafirun mendada bertepuk tangan....

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...