Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Arai Ezzra. Show all posts
Showing posts with label Arai Ezzra. Show all posts

Saturday, 11 March 2017

Kepakaran Anak Malaysia Dalam #DinarDirham #Bitcoin #BlockChain Diiktiraf Kerajaan Dubai!!!! @AraiEzzra @NajibRazak


Malaysia sebenarnya adalah negara contoh kepada kebanyakan negara lain di dunia terutamanya negara dunia ketiga seperti Afrika dan negara-negara baru membangun terutama dari segi pengurusan ekonomi. SILA KLIK SINI Antara negara Islam lain yang mula mengagumi sistem pengurusan ekonomi negara adalah Dubai. Ekonomi Dubai dicatatkan bernilai US$46 million sahaja pada tahun 2006. Kini nilai ekonomi Dubai berkembang pesat hingga mencecah billion dollar. Kenyataannya, ekonomi Dubai bukan hanya dibangunkan dengan latarbelakang industri minyak sahaja, Kota Dubai memiliki sebuah perdagangan bebas dalam bentuk emas dan hingga 1990 merupakan hub bagi "penyeludupan" emas.

Kali ini Dubai menterjemah pengiktirafan dalam sistem atau konsep kewangan baru iaitu Cryptocurrencies dan BlockChain dengan menjemput Arai Ezzra, Co Founder DinarDirham sebagai Advisor oleh kerajaan Dubai untuk berkongsi kepakaran dalam bidang teknologi blockchain di Keynote 2017, World Blockchain Forum yang berlangsung di Burj Al-Arab, Dubai pada 6 Mac 2017. Kesungguhan Dubai terhadap konseo ekonomi baru ini jelas memperlihatkan keseriusan Dubai mahu menjadi peneraju dalam dunia kewangan baru BlockChain ini. SILA KLIK SINI 



Dalam forum ini bukan sahaja delegasi dari Dubai bahkan dari negara arab sekitarnya yang juga hadir bagi mendengar pembentangan berkenaan BlockChain, Bitcoin dan DinarDirham dari beliau. Bukan mudah bagi seseorang untuk memberi penerangan di hadapan hadirin terutama pemain kewangan dan ekonomi dari luar negara yang jauh lebih "advance". Namun, peluang dan ruang serta satu pengiktirafan buat anak Malaysia berjaya memukau para hadirin dengan penerangan dan penjelasan yang padat dan mudah difahami.


Keynote 2017, World Blockchain Forum turut dihadiri oleh Mohammed Shael Al Saadi, CEO of Strategic Affairs at Department of Economic Development dan Wesam Lootah, CEO at Smart Dubai Government.




DinarDirham juga sudah mula dijadikan contoh dan rujukan kepada syarikat-syarikat antarabangsa seperti Digix Global, Code Tract and UK Royal Mint - rujuk laporan ETHNews : KLIK SINI

"Turning physical assets into digital ones is where companies like Digix Global, CodeTract, and DinarDirham have had to get creative. By purchasing gold through Digix Global, for example, you’d be creating a Digix Gold Token (DGX) that represents the specific gold bullion you bought, that will be kept safe in a special, securitized vault. If you were to buy gold through CodeTract’s Gold Token (GCT) or DinarDirham’s Dinarcoin (DNC) you would also be purchasing actual gold that’s being kept somewhere in the world.
All these gold-based token assets are secured by blockchain technology. Through a blockchain-based distributed ledger, the provenance of your gold is immutably tracked. Once you own it, it’s yours; even if the company goes bankrupt, your gold is recorded independently of their books. Keeping track of how much gold you own via the blockchain allows you to buy and sell your gold in token form, managing it with more ease, speed, and confidence than ever before."



P/S : kepada mereka-mereka yang skeptikal di luar sana yang menuduh DinarDirham sebagai PENIPU atau SCAMMER mana mungkin DinarDirham dijemput untuk hadir sebagai "speaker" jauh sekali sebagai "ADVISOR" kepada Dubai Keynote 2017 satu platform bertaraf antarabangsa. Lu Pikir La Sendiri.........

Wednesday, 8 March 2017

#DINARDIRHAM : ANAK MALAYSIA BERKONGSI KEPAKARAN TEKNOLOGI BLOCKCHAIN DENGAN KERAJAAN DUBAI


Dubai antara hab perdagangan terbesar dunia yang merekodkan jumlah dagangan bukan minyak berjumlah USD176 bilion untuk separuh pertama tahun 2016. 

Sebelum ini saya terbaca satu laporan Reuters mengenai kerajaan Dubai melancarkan satu skim menggunakan teknologi blockchain untuk memproses transaksi dan menjejaki barangan yang dihantar. 

Menurut laporan tersebut, kerajaan Dubai bekerjasama dengan IBM dan dua bank di negara itu telah pun menggunakan teknologi blockchain bagi traksaksi pembiayaan perdagangan. Rujuk keratan akhbar di  bawah :


Malah Dubai menyasarkan untuk menjadi negara pertama menerokai sepenuhnya teknologi blockchain menjelang tahun 2020 berbanding Malaysia yang meletakkan sasaran untuk menggunakan teknologi blockchain menjelang tahun 2025. 

Boleh rujuk dari laporan The Cointelegraph.

Apa yang membanggakan adalah, rakyat Malaysia yang juga Co Founder DinarDirham, Arai Ezzra dijemput oleh kerajaan Dubai untuk berkongsi kepakaran beliau dalam bidang teknologi blockchain melalui Keynote 2017, World Blockchain Forum yang berlangsung di Burj, Al Arab, Dubai pada 6 Mac lalu yang turut dihadiri Mohammed Shael Al Saadi, CEO of Strategic Affairs at Department of Economic Development dan Wesam Lootah, CEO at Smart Dubai Government.

Mohammed Shael Al Saadi,
CEO of Strategic Affairs at Department of Economic Development 
Berikut sedikit gambar dari Keynote 2017, World Blockchain Forum yang berlangsung 6 Mac tempoh hari di mana DinarDirham merupakan Supporting Partners bersama dengan Bitcoin.


Arai Ezzra ketika pembentangan mengenai The Blockchain & Gold.



Ironinya, di sebalik kejayaan Arai Ezzra dalam bidang teknologi Fintech di luar negara, melalui DinarDirham yang dibangunkan beliau yang turut menjadi contoh kepada beberapa syarikat antarabangsa seperti Digix Global, Code Tract and UK Royal Mint seperti dilaporkan Jim Manning ETHnews - masih ada tanggapan negatif terhadap beliau di Malaysia gara-gara tuduhan liar yang dibuat ke atasnya melalui laman-laman Facebook.

Bagi saya kerajaan patut mengambil inisiatif dengan mengiktiraf peranan Arai Ezzra yang telah meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara luar dalam bidang teknologi blockchain kerana kepakaran beliau diiktiraf di peringkat global.

Adios..!

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...