Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label fenomena. Show all posts
Showing posts with label fenomena. Show all posts

Friday, 8 July 2022

SAMBUTAN LUAR BIASA

 

SEMBANG FILEM : KARYA ATAU PRODUK SENI “MELAYU-ISLAM/ISLAMIK" DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA

Jangan pandang rendah dgn produk seni dengan “sentimen” melayu-islam/“islamik” ini di Malaysia. Berikut antara produk seni yang berjaya “buat sales” luar jangkaan sepanjang kurang lebih 25 tahun ni.

1. Album Puji-Pujian Raihan (1996)
Terjual lebih 800k ribu Unit (Estimate around 1.5 juta in total) dan tertinggi dalam sejarah penjualan album di Malaysia. Tiada lagi album lain boleh beat. Tiada siapa sangka, dengan pelbagai fenomena muzik rock kapak, dangdut dan sebagainya, album Nasyid juga paling laku. Sebagai perbandingan, average album kumpulan rock dan penyanyi lain yang lebih popular adalah 300-400k ribu unit sahaja. Even penyanyi No.1 Malaysia pun terpaksa duduk di bawah carta ini dari segi penjualan album.

2. Fenomena Tsumawi (2005)
Siapa sangka anak felda, bakal bilal, pandai baca quran & menyanyi boleh “tarik duit” untuk orang undi sampai nilainya RM12.6juta (estimate nilai undian SMS dari laporan akhbar).  Laporan akhbar juga turut kata ada yang sanggup berbelanja hingga RM1500 seorang untuk undi AFUNDI MAWI! Mungkin ketika itu, Mawi adalah ikon dan idola yang rakyat Malaysia (terutamanya Melayu-Islam) perlukan. Tapi tak siapa boleh nafikan, Mawi merupakan satu “produk seni” dgn “sentimen” melayu-islam yang paling boleh buat sales. Mawi World!

3. “Islamic” Horror Genre by Skop Production - Khurafat (2011), 8 Juta, Munafik (2016), 17 Juta, dan Munafik 2 (2018), 48 Juta. Ternyata Skop Production sedar “genre” ni memang buat duit. Semua filem Syamsul Yusof ni memang ternyata jadi “magnet” untuk tarik orang yang tak menonton film pun datang panggung siap tarik bawa family lagi. Pak Ustaz dan Ahli politik (terutama dari parti-parti “sentimen” melayu-islam/“islamik”) yang tak pernah menonton filem di pawagam pun terjebak beli tiket wayang untuk review dan post gambar bersama poster filem di socmed masing-masing.

4. Terbaru, Filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan (2022) yang mencanak naik box office nya. Jelas sebagai produk seni “sentimen” Melayu-Islam, filem ni memang keluar tepat pada waktunya. Ketika pawagam sendu selepas pandemik, Mat Kilau steady je memintas filem-filem kutipan Hollywood. Sebagai perbandingan, Dr Strange : M.O.M. dapat 36 Juta dalam 2 minggu tayangan, Mat Kilau kini 47 Juta. Sudah Syamsul buktikan, filem arahannya adalah “taste” orang Malaysia. Lebih hebat lagi, kali ni dia boleh seret pelbagai golongan dari sampai Pak Cik Surau hinggalah ke Sultan. Semua tak nak ketinggalan jadi “sarjana filem” dengan “mengkritik” filem arahannya, tak kisah baik dan buruk. Tapi bak kata beliau, “majoriti” menghargai filem Mat Kilau ini.

Apa keadaan pun, kejayaan Mat Kilau akan tetap akan jadi sejarah buat Sinema Malaysia. Tahniah Team Mat Kilau dan Syamsul Yusof.

Disclaimer : Ini hanya pemerhatian kasar saya sebagai peminat seni dan lapangan hiburan di Malaysia. Kalau ada yang saya terlepas, boleh tambah-tambahkan. Kalau ada info yang salah, boleh betul-betulkan.

Sumber : Aliff Ihsan Rahman

#SembangFilemBraderFilem


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

ANTARA KARYA TANAH AIR & HOLLYWOOD


Wednesday, 24 March 2021

Salji menyelimuti Masjid Al Aqsa

Arkib : February 20, 2021 10:00 AM

Kanak-kanak gembira bermain bola salji di luar Masjid Al Aqsa. (Gambar Reuters)

Penduduk Jerusalem bangun pada pagi Khamis (18/2) melihat limpahan salji menutupi jalan raya dan kanak-kanak bermain bola salji di kota yang diselimuti lapisan putih setelah salji turun semalaman.

Sekali lagi Masjid Al Aqsa diliputi salji pada Rabu (16/2) malam menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup jalan raya utama ke Jerusalem.

Namun, kota itu dibuka setelah keadaan kembali reda. Lalu ramai penduduk sekitar keluar dari rumah masing-masing untuk menikmati pemandangan yang jarang berlaku itu.

“Kami datang dari Tel Aviv untuk bermain salji yang jarang turun di Jerusalem, kali terakhir pada 2013,” kata salah seorang penduduk.

Menurut laporan, Syria, Lebanon dan Jordan turut diliputi salji pada Rabu yang mana daerah-daerah itu sudah bertahun tidak dituruni salji.

Keadaan itu turut mengganggu lalu lintas serta menunda proses vaksinasi Covid-19 serta banyak aktiviti terpaksa dibatalkan.

Salji pernah turun untuk pertama kalinya dalam beberapa tahun di Marjaayoun, sebuah bandar di selatan Lebanon, dan di Bayda di timur Libya.

Angin kencang telah mengakibatkan gangguan kuasa elektrik di sebahagian besar wilayah Lebanon, memaksa banyak penduduk, yang sudah terbiasa dengan gangguan elektrik, bergantung pada generator selama berjam-jam.

Menurut National News Agency, pasukan penyelamat menyelamatkan empat orang yang terperangkap di dalam kenderaan mereka.

Namun begitu, salji pertama musim sejuk di Damascus, ibu kota Syria ini tidak menghalang perlawanan bola sepak Liga Premier berlangsung, ketika Army Sports Club dan Al-Karamah sedang beraksi.

Di pergunungan wilayah As Suwayda, Syria, salji tercatat setinggi 15cm, lapor berita rasminya.

Jalan di beberapa wilayah ditutup. Di pusat wilayah Hama, jentolak menyodok salji untuk membuka jalan sementara banyak kenderaan tergelincir di atas ais, menyebabkan gangguan lalu lintas.

Universiti Damascus membatalkan ujian pertengahan semester yang dijadualkan pada Rabu dan Khamis di semua cawangannya sekitar Syria kerana kondisi cuaca yang melampau.

Walau begitu, pelabuhan negara tetap dibuka. Kemudian, pihak berkuasa tempatan di wilayah Sweida, Quneitra, Daraa dan Tartus menutup sekolah pada Khamis kerana hujan salji yang lebat.

Di barat Syria yang dikuasai puak penentang, pasukan pertahanan awam telah membangunkan timbunan tanah sejak Selasa di sekitar kem pelarian untuk mencegah hujan dari membanjiri kawasan tersebut.

Hampir 3 juta orang tinggal di sana, sebahagian besar di khemah dan tempat perlindungan sementara.

Hujan lebat bulan lalu merosakkan lebih dari 190 lokasi perlindungan, menghancur dan merosakkan lebih dari 10 ribu khemah.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/fmt-ohsem/ohsem-nak-ke-mana/2021/02/20/salji-menyelimuti-masjid-al-aqsa/

Wednesday, 22 August 2018

Fenomena Hantu Kak Limah: Filem 'simple' juga berintelek



Info Berita Ringkas :-


Baru 13 hari ditayangkan, filem Hantu Kak Limah sudah mencatatkan tiga rekod, termasuk menempa sejarah sebagai filem Melayu pertama mencecah kutipan RM20 juta, membuktikan hasil arahan Mamat Khalid itu bukan calang-calang.
Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.
Visit http://www.astroawani.com for more news.
Subscibe to NJOI AWANI https://www.youtube.com/njoiawani
Follow us on Twitter https://twitter.com/501Awani
Follow us on Instagram https://www.instagram.com/501awani



Monday, 23 July 2018

FENOMENA-FENOMENA YANG BERLAKU TANPA KITA MENYEDARI DUNIA SUDAH SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA

1. Ramai memiliki rumah besar tetapi anggota keluarga semakin kecil.

2. Anak-anak ramai semakin bijak tetapi akhlak semakin rendah.

3. Perubatan semakin canggih tetapi penyakit semakin banyak.

4. Melancong keliling dunia tetapi tidak kenal tetangga berdekatan.

5. Pendapatan semakin meningkat tetapi ketenteraman jiwa semakin kurang.

6.  Kualiti ilmu semakin tinggi tetapi kualiti emosi semakin rendah

7. Manusia semakin banyak tetapi rasa kemanusiaan semakin menipis.

8. Pengetahuan semakin luas tetapi adab semakin tidak terkawal.

9. Ramai kawan di dunia maya tetapi tidak mempunyai teman sejati.

10. Minuman semakin banyak jenisnya tetapi air bersih semakin kurang.

11. Jam tangan pelbagai jenama tetapi tidak pernah tepati masa.

12. Ilmu semakin tersebar tetapi fikiran semakin sempit.

13. Pembelajaran semakin mudah tetapi guru tidak lagi dihargai.

14. Teknologi dan informasi semakin canggih tetapi fitnah dan aib semakin berleluasa.

15. Orang yang rendah ilmunya banyak bicara tetapi yang tinggi ilmunya banyak terdiam.

Renung-renungkanlah...

(Dipetik daripada majlis ilmu)

Sunday, 15 July 2018

Fenomena Istiwa A'zam (gambar)

Fenomena Istwa A'zam
16 Julai 2018 - 3 Zulkaedah 1439H
Isnin - 5:28 p.m.

Istiwa A'zam
Kedudukan Matahari berada di titik Zenith ketika istiwa'.  Nilai sudut istiwa Matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah di mana Kaabah terletak.

Semakan Arah Kiblat
Tepat pada waktu kejadian ilihatlah kepada bayang-bayang yang terhasil.  Bayang-bayang yang menghala ke arah matahari menunjukkan arah kiblat yang tepat.

Pengesahan Arah Kiblat

Info
  • Matahari akan berada tepat di atas bandar Mekah di mana terletaknya Kaabah iaitu kiblat umat Islam di seluruh dunia.
  • Bayang-bayang sinaran Matahri bagi semua objek yang ada di permukaan Bumi pada ketika itu akan menghala ke arah Kaabah dan boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat secara semulajadi.
  • Orang ramai perlu mencari objek yang berdiri tegak dan dapat menunjukkan bayang-bayangnya apabila terkena sinaran matahari.

Wednesday, 9 May 2012

Cool : Keindahan Bulan 'Supermoon' Di Seluruh Dunia Pada 5 Mei 2012

Keindahan Bulan 'Supermoon' Di Seluruh Dunia Pada 5 Mei 2012.

Ada tak anda perasan keindahan bulan semalam?  Bulan yang terang lagi menawan yang jarang kita nampak.  Mari lihat gambar yang diambil dari seluruh dunia.  Memang indah ciptaanNya.

















Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...