Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 8 July 2022

SAMBUTAN LUAR BIASA

 

SEMBANG FILEM : KARYA ATAU PRODUK SENI “MELAYU-ISLAM/ISLAMIK" DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA

Jangan pandang rendah dgn produk seni dengan “sentimen” melayu-islam/“islamik” ini di Malaysia. Berikut antara produk seni yang berjaya “buat sales” luar jangkaan sepanjang kurang lebih 25 tahun ni.

1. Album Puji-Pujian Raihan (1996)
Terjual lebih 800k ribu Unit (Estimate around 1.5 juta in total) dan tertinggi dalam sejarah penjualan album di Malaysia. Tiada lagi album lain boleh beat. Tiada siapa sangka, dengan pelbagai fenomena muzik rock kapak, dangdut dan sebagainya, album Nasyid juga paling laku. Sebagai perbandingan, average album kumpulan rock dan penyanyi lain yang lebih popular adalah 300-400k ribu unit sahaja. Even penyanyi No.1 Malaysia pun terpaksa duduk di bawah carta ini dari segi penjualan album.

2. Fenomena Tsumawi (2005)
Siapa sangka anak felda, bakal bilal, pandai baca quran & menyanyi boleh “tarik duit” untuk orang undi sampai nilainya RM12.6juta (estimate nilai undian SMS dari laporan akhbar).  Laporan akhbar juga turut kata ada yang sanggup berbelanja hingga RM1500 seorang untuk undi AFUNDI MAWI! Mungkin ketika itu, Mawi adalah ikon dan idola yang rakyat Malaysia (terutamanya Melayu-Islam) perlukan. Tapi tak siapa boleh nafikan, Mawi merupakan satu “produk seni” dgn “sentimen” melayu-islam yang paling boleh buat sales. Mawi World!

3. “Islamic” Horror Genre by Skop Production - Khurafat (2011), 8 Juta, Munafik (2016), 17 Juta, dan Munafik 2 (2018), 48 Juta. Ternyata Skop Production sedar “genre” ni memang buat duit. Semua filem Syamsul Yusof ni memang ternyata jadi “magnet” untuk tarik orang yang tak menonton film pun datang panggung siap tarik bawa family lagi. Pak Ustaz dan Ahli politik (terutama dari parti-parti “sentimen” melayu-islam/“islamik”) yang tak pernah menonton filem di pawagam pun terjebak beli tiket wayang untuk review dan post gambar bersama poster filem di socmed masing-masing.

4. Terbaru, Filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan (2022) yang mencanak naik box office nya. Jelas sebagai produk seni “sentimen” Melayu-Islam, filem ni memang keluar tepat pada waktunya. Ketika pawagam sendu selepas pandemik, Mat Kilau steady je memintas filem-filem kutipan Hollywood. Sebagai perbandingan, Dr Strange : M.O.M. dapat 36 Juta dalam 2 minggu tayangan, Mat Kilau kini 47 Juta. Sudah Syamsul buktikan, filem arahannya adalah “taste” orang Malaysia. Lebih hebat lagi, kali ni dia boleh seret pelbagai golongan dari sampai Pak Cik Surau hinggalah ke Sultan. Semua tak nak ketinggalan jadi “sarjana filem” dengan “mengkritik” filem arahannya, tak kisah baik dan buruk. Tapi bak kata beliau, “majoriti” menghargai filem Mat Kilau ini.

Apa keadaan pun, kejayaan Mat Kilau akan tetap akan jadi sejarah buat Sinema Malaysia. Tahniah Team Mat Kilau dan Syamsul Yusof.

Disclaimer : Ini hanya pemerhatian kasar saya sebagai peminat seni dan lapangan hiburan di Malaysia. Kalau ada yang saya terlepas, boleh tambah-tambahkan. Kalau ada info yang salah, boleh betul-betulkan.

Sumber : Aliff Ihsan Rahman

#SembangFilemBraderFilem


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

ANTARA KARYA TANAH AIR & HOLLYWOOD


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...