Kes kelar bini dan anak kemudian merayau naik motor dalam keadaan berbogel: I tulis panjang sikit la. Boleh korang late night reading.*
Bila kes macam ni keluarkan, ada je pihak claim dan mengaku kamcing dengan suspect. Kawan sekolah la, dah kenal 10 tahun lah, macam-macam lah.
I pelik juga, sebabkan kalau kita ni baik macam mana pun dengan orang, kita TAK AKAN boleh KENAL orang tu 100%. Dalam kajian pun menunjukan untuk suami atau isteri kenal dengan pasangan masing², at least ambil masa 3 tahun kahwin. Itu pun tidur sekatil, mandi sama, makan sama, borak sama, tidur sama, keluar sama² dan lain-lain baru la pasangan tu tunjuk perangai.
Tak kira la kau kawan sekolah ke, kau baik ke, Kita jangan perasan atau rasa kita dah kenal orang tu 100%. People only show what they want others to see. (and most people are good at hiding things).
- Pernah dengar kes cabul cucu tak?
- Pernah dengar kes bapa cabul anak?
Mesti pernah, kan? So tak kan dah kahwin dengan pasangan tapi tak nampak pasangan tu ada nafsu kuda? Itu dah kahwin berpuluh tahun kot tapi still tak boleh baca gerak geri pasangan, Apatah lagi kita ini yang hanya sekadar kenalan atau kawan sekolah.
_
Kalau dah betul confident kenal 100%, better buat cover report la, then boleh minta untuk jadi saksi atau pun nanti dalam court kau boleh masuk kandang untuk kasi testimoni tentang defendant sewaktu bicara nanti.
ISSUE MENTAL :
Secara logic, bunuh anak dan bini kemudian keluar merayau naik motor dalam keadaan bogel bukan satu benda waras. (Ini semua orang boleh fikir).
TAPI:
Ada terdapat case (banyak) di mana suspect atau tertuduh bila dah buat jenayah mereka akan pura² gila untuk mengelakkan hukuman, (general case berdasarkan kes lain). Dan dalam kes kelar anak bini ni, Court akan minta pakar (psychiatrist/forensic psychiatrist) bertauliah untuk check sama ada tertuduh ni waras atau tidak, Sama ada tertuduh boleh atau cukup waras untuk dibicara atau pun tidak.
Depends pada siasatan pihak polis juga. Kalau polis tengok dia macam tak betul, Polis boleh unsurkan benda ni kat court. Kalau hasil siasatan polis kata dia waras, Berkemungkinan BESAR court akan tetap campak suspect/tertuduh kepada shrinks untuk psychological evaluation.
Kalau Tertuduh Waras : Of course boleh kena hukuman gantung.
Kalau Tertuduh Tidak Waras:
Dalam masa kejadian itu dia waras atau tidak? atau faham atas kesan dia membunuh atau tidak? Kalau dia faham, dan waras di waktu kejadian dia tetap boleh dikenakan hukuman gantung.
Contoh: Kalau orang tu dah gila selama 100 tahun sekali pun tapi masa dia bunuh orang tu dia waras, ada posibilities yang dia boleh kena hukum gantung, (IF the person are fit to stand trail).
Kalau dia memang tak waras, Declared oleh doctor:
Dia tetap "kena penjara seumur hidup", Masuk ward gila which is LEBIH TERUK dari masuk penjara, Tau? Get in mental ward is much worse than going in prison itself. Most people are naive to think Mental facilities is better than the prisons.
Kalau dia memang gila/tak waras kemudian bila dah jatuh hukum, dia kembali jadi waras (extremely rare case): Dia akan stay dalam penjara orang gila atau dia akan kena transfer penjara seumur hidup (kalau tak dapat pengampunan).
DEPRESSION :
Depression BUKAN alasan atau "escape ticket" untuk kita lari dari hukuman, Pesakit depression masih boleh berfikir dengan waras, dan untuk severe depression seperti MDD. Adalah AMAT JARANG, atau rare cases untuk mereka mengambil nyawa pasangan yang mereka sayang, Selalunya mereka akan mengambil nyawa sendiri sambil tinggal sekeping nota atau sight yang menunjukkan mereka ingin pergi. Atau pun jika mereka dah ambil nyawa orang, mereka juga akan turut mengambil nyawa sendiri.
Ambil nyawa anak bini then naik motor dengan berbogel. Pada i ini memang symptoms orang mental (kalau dia tak abuse apa² jenis dadah atau substance) Tapi kita tak boleh diagnose dari seketul video atau sekeping posting je. Doctor akan monitor suspect/tertuduh dalam waktu tertentu, ada mental dan physical exam dan berberapa lagi complex diagnosis untuk menentukan seseorang tu punya kewarasan.
Ok lah, Itu je i nak tulis. Thanks for reading.
https://www.facebook.com/100011055183083/posts/pfbid0SFvGx79gjzBHRwhat6mConXksF2SM1cXkrNBytx3modvKNRPhN7btNd3pAenwzqql/
--------------------------------------------------------------
#JohorBahru Perintah reman itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan polis, pagi ini.
https://www.hmetro.com.my/utama/2022/07/858495/suspek-bunuh-isteri-bayi-direman-tujuh-hari
https://www.facebook.com/211591442051/posts/pfbid0TJe7E2RUkrNpHRkVgouDSim5MJLftHyvqpJm6pHGNNin2t8CjmPyDJ8SpJxtfLeql/
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
World Mental Health Day
https://normanhafizi.blogspot.com/2021/10/world-mental-health-day.html
No comments:
Post a Comment