Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label usahawan. Show all posts
Showing posts with label usahawan. Show all posts

Friday, 29 May 2026

ADAPT TO CHANGE & LISTEN TO THE CUSTOMER

 

1. Syarikat Amerika yang mencipta 7 Eleven akhirnya muflis. Ironinya, francaisi Jepun membeli syarikat induk itu.

2. Tahun 1973, Toshifumi Suzuki ambil risiko yang dianggap mustahil oleh ramai pakar runcit Jepun.

3. Dia mahu membawa 7 Eleven, kedai serbaneka Amerika, masuk ke Tokyo.

4. Semua orang kata ia akan gagal. Jepun sudah penuh dengan kedai runcit kecil di setiap sudut.

5. Mereka kata tiada ruang untuk salinan model Amerika.

6. Suzuki tidak peduli. Dia teruskan juga.

7. Pada 1974, cawangan pertama 7 Eleven dibuka di Tokyo.

8. Namun Suzuki tidak meniru 100% model Amerika. Dia membinanya semula dari awal.

9. Dia mengkaji apa pelanggan beli, bila mereka beli, dan bagaimana mereka membeli.

10. Data menjadi senjatanya. Inventori dikawal lebih baik daripada mana mana peruncit lain ketika itu.

11. Rak diisi makanan segar dan siap dimakan, sesuai dengan kehidupan keluarga Jepun.

12. Menjelang 1978, Suzuki menjadi Presiden 7 Eleven Japan.

13. Kedai itu menjadi sebahagian kehidupan harian rakyat Jepun.

14. Mereka membeli sarapan di sana. Bayar bil di sana. Ambil makan malam selepas kerja di sana.

15. Tiada pesaing mampu menghampiri mereka.

16. Namun di Amerika, Southland Corporation, pencipta asal 7 Eleven, sedang tenggelam.

17. Pengambilalihan berhutang besar membebankan syarikat dengan hutang yang melampau.

18. Dan hutang melakukan apa yang selalu hutang lakukan. Ia mencekik syarikat itu perlahan lahan.

19. Southland akhirnya memfailkan muflis.

20. Syarikat yang mencipta 7 Eleven gagal menyelamatkan ciptaannya sendiri.

21. Di sinilah sejarah berubah.

22. Suzuki melakukan sesuatu yang hampir tidak pernah berlaku.

23. Francaisi Jepun membeli pegangan majoriti dalam syarikat induk Amerika yang muflis itu.

24. Ibarat seorang pelajar membeli sekolahnya sendiri.

25. Operator menyelamatkan pemilik asal.

26. Suzuki membuktikan satu hakikat keras. Mencipta sesuatu tidak bermaksud kita benar benar memahaminya.

27. Southland mencipta 7 Eleven namun kehilangannya.

28. Suzuki memahami 7 Eleven lalu membina empayar daripadanya.

29. Hari ini, 7 Eleven mempunyai lebih 80,000 cawangan di seluruh dunia.

30. Ia menjadi rangkaian kedai serbaneka terbesar di bumi.

31. Semalam, 25 Mei 2026, Seven and i Holdings mengumumkan Toshifumi Suzuki telah meninggal dunia.

32. Beliau meninggal akibat kegagalan jantung pada 18 Mei di rumahnya di Tokyo. Umurnya 93 tahun.

33. Sepanjang hidupnya, beliau sentiasa mengajar dua perkara kepada stafnya.

34. Adapt to change. Listen to the customer.

35. Itu sahaja strateginya. Mudah, namun luar biasa berkesan.

36. Kisah ini mengajar kita bahawa hutang membunuh lebih banyak syarikat hebat berbanding pesaing.

37. Dan disiplin sentiasa mengalahkan idea, setiap kali.

38. Suzuki tidak mencipta kedai serbaneka. Dia cuma enggan menguruskannya secara cuai.

39. Dia melihat data, mendengar pelanggan, mengelak hutang berbahaya, lalu membina empayar global.

40. Cari sesuatu yang orang lain urus sambil lewa. Jalankannya dengan disiplin. Milikinya. Dan bertahan lebih lama daripada semua yang pernah meraguinya.

https://www.facebook.com/share/p/1CEoJf2QVG/

Friday, 16 December 2022

TIPS BUAT DUIT POKET DARI TANAM SAYUR KELILING RUMAH

Tip Macamana Isteri Buat Duit Poket Dari Tanam Sayur Keliling Rumah

Saya ada satu cerita.

Saya tinggal di kampung di Muar, Jobor. 178km dari bandaraya Kuala Lumpur. Isteri saya berasal dari Klang. Dibesarkan di bandar. 

Tetapi dia ni berjiwa kampung. Satu masa dulu masa baru kahwin saya pernah lihat dia duduk sendiri di satu sudut. Rupanya dia sedang asik tengok semut dan siput babi berjalan. Di kampung perkara itu biasa. Tapi bagi dia satu perkara yang luar biasa. 

Hari ini setelah lebih 20 tahun kami bersama. Cintanya pada kampung makin mendalam. Sebenarnya dia seorang guru, baru kerja setahun ikut saya ke UK. Balik dari UK dia jaga arwah mak saya yang perlu pemerhatian kesihatannya. Itu sebab dia tak kerja. Lagipun anak kami sembilan orang. 14 kali satu hari berulang alik hantar anak pergi balik sekolah. 

Sebenarnya orang perempuan ni lebih cekap dari lelaki. Saya bukakan dia bisnes catering. Boleh tahan juga banyak job kerja kahwin bila cuti. Tapi semua dah pekerja buat sebab dah 7 tahun kami buka. Bukanlah besar tapi cukuplah pusing gaji pekerja. Setiap minggu masakan 2K-3K untuk 3 event. Kami memang tak ambil banyak-banyak. 

Hari ni bukan saya cerita nak puji. Tapi saya fikir saya harus berkongsi. Ketika ramai yang bermasalah dengan ekonomi yang makin mencabar. Saya kongsikan tip bagi wanita di luar sana yang boleh buat duit dari tanam sayur tepi rumah. Lebih lagi kalau duduk kampung. Boleh juga bantu suami untuk keperluan keluarga. 

Tip buat duit dari tanam sayur.
  1. Pertamanya perlu ada kehendak dan kemahuan. Sistem fertigasi tak sesusah mana.  ianya boleh dijalankan oleh seorang wanita. Tak ada perkara yang berat-berat. Sambil ambil anak dari sekolah dan memasak boleh ada projek fertigasi sendiri. Mulanya isteri buat dari suka-suka sekarang sudah menjadi hobi. 
  2. Pada mulanya isteri saya menanam sayur hanyalah untuk riadah. Rasa relax bila melihat sayur menghijau. Niatnya bila ada sayur boleh sedekah kat jiran-jiran dan guna sendiri sebab sayur kami tak ada bahan kimia. Sihat untuk dimakan anak-anak. 
  3. Jadi aktiviti kami anak beranak. Pagi-pagi pergi kebun dapatkan peluh. Anak-anak tolong bersihkan kebun bila hari cuti sekolah. 
  4. Kini isteri saya menanam lebih 10 jenis sayuran di kebun kecilnya. Ada timun, timun jepun, petola, cili besar, cili padi, terung, cemur, tomato, sawi, kangkung, bendi dan lain-lain yang diselang selikan. 
  5. Hampir 3 tahun kami menanam. Pembekal berebut nak ambil sayur kami kerana segar dan kurang menggunakan racun kimia dan banyak menggunakan racun organik. Itu tanggungjawab kita supaya yang membelinya lebih sihat. 
  6. Buat wanita di luar sana. Jika serious mungkin setengah ekar je tanah anda boleh menjana sama dengan gaji cikgu gred 48 hanya berkebun part time. Boleh cari duit jajan. Sayur boleh petik petang atau pun pagi. 
Apa tidaknya sekali hantar sayur dapat RM300. Sebulan dah berapa. Dah ada duit sikit boleh panggil kawan-kawan kampung tak ada kerja upah petik cili dan lain-lain kerja. Kalau dah OK, suami pun boleh bersara awal fokus berkebun.

Saya bukanlah sifu dalam pertanian. Tapi bolehlah berkongsi macam mana pasang sistem fertigasi. 1000 polybeg kalau buat sendiri modal cuma 3-4K je. Masalahnya macam mana nak buat sendiri. Sebenarnya senang. Asal tahu konsep boleh je minta tolong abang, adik, jiran buatkan. 

Jangan suka lagi

Jangan kata semua tu tak ada modal. Tentu ada modalnya, tapi terpulang masing-masing macam mana nak pusing-pusing. Jangan buat banyak dulu. Buat 500 polybeg je dah cukup. Dah pandai jaga pokok boleh buat besar lagi. 

Sebenarnya baik kalau boleh jumpa dan ajar macam mana nak buat sistem fertigasi juga tanam sayur. Tapi saya faham masalahnya masa dan jarak ke Muar jauh. Lebih lagi masa ni  Saya percaya ramai yang minat bertani walaupun kecil-kecilan kat belakang rumah. Dari semak baik diusahakan. 

Dari hobi sebenarnya boleh jadikan pendapatan.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

KENAPA SAYA BERKEBUN ?


https://normanhafizi.blogspot.com/2022/12/kenapa-saya-berkebun.html

Friday, 25 November 2022

GAME DAGING

 

Game Daging

Selain dari menjadikan D'impian Agro Farm sebagai ladang sunnah membela pelbagai kambing, lembu, ayam, itik dan biri-biri.  Aku jadikan tempat ni tempat melatih anak muda dan tempat research. 

Aku hairan bin ajaib kenapa malaysian ni terkenal satu dunia panjat gunung tertinggi lah, pergi ke bulan lah, buat bangunan setinggi KLCC, boleh buat jembatan, boleh cari minyak sedalam 10 km di dasar bumi. Tapi paling basic makanan haiwan macam dedak pun tak boleh selesai. 

Ya lah.. aku ingat tak ramai yang berminat berniaga bidang ternakan. Tak ramai anak muda yang masuk bidang pertanian. Tak glamor. Orang kampung ni miskin. Berpanas dan berhujan. Main kotor. Hello itu dululah.. sekarang tanam pokok pakai fertigasi lah. Baja pakai dron je. Zaman ni zaman kereta terbang. 

Kepincangan hari ni bermula 25 tahun lalu. 

Sebenarnya hari ni tak ada yang salah. Pemimpin hari ini tak salah sebab mereka baru je jadi pemimpin. Kalau kau jadi ketua pengarah kat jabatan. Bukan salah kau apa yang terjadi hari ni. Sebab bukan sebab kau yang semua ni terjadi. 

25 tahun lagi apa kesannya. 

Kita yang salah kalau kita tak berubah. Kita yang salah kalau kita masih ingat ada orang yang perduli dengan anak-anak kita masa depan. Kau yang salah kalau jadi KP tapi kau tak mengubah apa-apa dengan kuasa yang kau ada. 

Jangan cari salah siapa-siapa. Kita lakukan dari usaha kecil kita. Bila kita buat yang terbaik untuk perkara kecil-kecil kita adalah yng terhebat. 

Inilah Negara Ku, Tanah Tumpah Darah ku. 

Masa aku berada di UK 20 tahun lalu. Aku dapat offer kerja kat sana dengan bergaji 6 kali ganda dari gaji di Malaysia. Tapi aku tolak sedangkan ramai kawan-kawan mengambil peluang itu. Entah mengapa aku rasa perlu berkhidmat untuk negara. 

Kita kena berubah untuk masa depan. Mungkin kita sudah tiada tetapi anak cucu kita akan berkata, "nasib baik lah atok aku dulu fikir tentang kita semua". Macam Felda sekarang, kalau pemimpin dulu tak memperkasakan felda 40 tahun dulu, mungkin tak ada dah lagi tanah milik bangsa ku.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

RAHSIA PETANI KAYA VS. PETANI MISKIN


Friday, 4 November 2022

Nor Zila Aminuddin Kini Bergelar Usahawan Berjaya

 

Sejak dua menjak ini penyanyi lagu Sembilu ini sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Kini dalam diam-diam Ella telah melebarkan sayap perniẫgaannya dengan menjadi pengusaha cili bersama suaminya.

Nama ratṳ rock Ella, tidak asing lagi buat peminat muzik tanahair 80-90an. Memiliki suara unik ‘serak-serak basah’ dan lantang membuat penyanyi yang sudah menjangkẫu ke usia 50 ini masih kekal rɛlevan sehingga ke hari ini.

“Niat saya hendak mendidik masyarakat dan menjadi inspirasi kepada anak muda,” kata ratu rock tanah air, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin.

“Sudah sampai masanya untuk saya berbẫkti pada tanah di negara sendiri yang boleh menghasilkan pelbagai jenis tanaman.

Menurutnya, dia dan suaminya, Azhar Ghazali mengusahakan tanaman fertigasi cili sejak dua tahun lalu dengan modal pusingan RM150,000 membabitkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar.

“Setahun kami dapat menghasilkan dua musim di mana setiap musim dari peringkat semaian hingga menuai mengambil masa selama enam bulan. Kami menggunakan benih cili kulai 461 yang terbukti berkualiti dan baik,” katanya yang ditemui di ladangnya di Puncak Alam.

“Alhamdulillah, tanaman ini sudah masuk musim keenam di mana setiap ladang mampu menghasilkan pengeluaran cili lapan tan.

Ella berkata, setiap ladang mempunyai keluasan 0.4 hektar yang mampu menanam kira-kira 5,000 pokok cili menggunakan beg semaian di mana setiap pokok dapat menghasilkan sehingga dua kilogram (kg) cili dengan panjang mencɛcah lima hingga enam inci.

“Sebelum berkecimpung dalam bḭdang ini, saya dan suami banyak membuat penyelidikan dan mendapatkan maklumat mengenai tanaman fertigasi cili termasuk mengikuti kursus asas pertanian.

“Sejak kecil saya suka bercucuk tanam pokok bunga di keliling rumah. Mungkin sudah ditakdirkan jodoh dengan suami mempunyai minat yang sama dalam pertanian walaupun kami tiada asas pertanian.

Ditanya mengenai bidang nyanyian yang diceburi sejak 34 tahun lalu, Ella berkata, dia menjadikan bidang nyanyian dan pertanian sebagai kerjaya utama kerana meminati industri berkenaan.

“Saya yakin potensi perniagaan pertanian ini mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

“Saya menggalakkan lebih ramai golongan muda berkecimpung dalam bidang pertanian kerana ia menjanjikan masa depan yang baik, sekali gus mengurangkan cili import,” katanya.

“Saya akan terus menyanyi kerana minat sejak kecil dan pada masa sama akan memantau perkembangan ladang cili supaya ia tidak dilakukan separuh jalan.

“Kecanggihan teknologi masa kini membolehkan bidang pertanian makin berkembang pesat dan berupaya mengurangkan kos serta sumber manusia di samping meningkatkan kecekapan dalam menangani cabaran dan isu pertanian.

Sementara itu, Azhar berkata, bagi tanaman musim kali ini, dia menggunakan sistem perladangan pintar menerusi aplikasi Internet of Things (IoT) yang mana parameternya dipantau menerusi komputer dan telefon pintar.

“Lebih menarik semua parameternya dipantau menerusi komputer dan telefon pintar. Ia membolehkan IoT membawa manfaat kepada fertigasi cili khususnya dalam proses penjagaan berjalan dengan lebih bermaklumat.

Menurutnya, selain mengelak pembaziran dan mengurangkan kos operasi, hasil pertanian yang dikeluarkan juga lebih berkualiti kerana mendapat bekalan air dan baja dalam kuantiti yang diperlukan termasuk kandungan Omega 3.

“Ia mudah dipantau. Penderia untuk suhu, kelembapan udara dipasang di kawasan fertigasi cili manakala penderia kelembapan tanah pula diletakkan dalam sabut kelapa di pangkal pokok cili yang secara langsung berperanan sebagai masukan kepada aplikasi sistem IoT ini,” katanya.

“Hasil pengeluaran cili ini akan dipasarkan ke pasar raya, kedai runcit, Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat dan restoran makanan.

“Dengan menggunakan kaedah IoT, ia dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga tiga kg bagi satu pokok cili selain dapat memenuhi permintaan pasaran cili tempatan yang kurang mengandungi bahan kimia berbanding cili import,” katanya.

“Kami turut mengadakan khidmat nasihat kepada usahawan yang mahu menjalankan aktiviti pertanian fertigasi cili,” katanya

“Dalam perancangan masa depan, kami akan memasarkan sendiri cili ini dan menambah ladang di kawasan berhampiran.

Sektor pertanian kini tidak lagi boleh dipandang remeh. Kalau dulu pertanian dianggap sara diri dan hanya untuk diri sendiri dan keluarga, tetapi hari ini ianya dianggap sebagai sebuah perniẫgaan. 

Kena dengan cara dan diusahakan dengan ilmu serta kesungguhan akan mampu menjẫna pṳlangan yang lṳmayan.

Sumber: imuslimnetwork.com

Semoga Bermanfaat

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

***


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

RAHSIA PETANI KAYA VS. PETANI MISKIN


Thursday, 29 September 2022

RAHSIA PETANI KAYA VS. PETANI MISKIN

Arkib : 26 Mei 2022

 

Kebun Pisang

Rahsia Petani kaya vs petani miskin

"Aku tanam pisang tapi aku tak jual pisang. Aku jual kerepek pisang. Baru boleh beli kebun berekar-ekar" Itu yang wak tu cerita dengan saya.

Saya tinggal di kampung 178 km dari bandar kota Kuala Lumpur. Kampung saya di Muar. Datang Muar pagi-pagi boleh makan satey dan mee rebus. Tengah hari boleh cuba asam pedas parit jawa atau belangkas masak lemak. Malam korang cari ikan bakar tepi sungai Muar.

Hari ni saya nak cerita sikit. Saya terinspirasi cerita seorang sahabat saya panggil Wak Reng. Masa mudanya dia kerja di Kuala Lumpur sebagai tukang rumah. Pada umur 40an dia balik ke kampung semula. Dia mulakan berkebun kecil-kecilan. Dia pajak dulu tanah orang tumpang tanam pisang dan setelah 5 tahun diserahkan balik pada tuannya bila anak sawit dah besar. 

Banyak saya belajar dengan wak. Walaupun orang kampung tapi ilmunya tinggi. Dia boleh beli kebun berekar-ekar kerana pisang tanduk sahaja.

"Tanam pisang lebih baik dari melabur ASB"

Itu Wak Reng yang cakap. Jangan marah dulu baca apa yang saya nak tulis. 

Formula tanam pisang tanduk :-

  • Satu ekar 43500 kakipersegi.
  • Pisang tanduk ditanam dengan jarak 7 kaki x 7 kaki
  • Satu ekar dapat 850 pokok. 
  • Pisang tanduk berbuah antara 9-12 bulan. Senang cerita setahunlah.

Satu tandan pisang bergantung pada penjagaan. Dapat antara 10kg-15kg. Kalau kurang penjagaannya dapat 5 kg je. Jangan amalkan 7T (Tanam, Tak Tengok-Tengok, Tinggal...Tunggu Tuai). Panjagaan kena serious. 

OK jom kita kira

  • 850 pokok x purata berat 10kg sepokok
  • 8.5 ton dijual secara borong kepada pembekal RM5 sekilo
  • Semusim RM42,500 / ekar

Kalau dibuat kerepek bagaimana kiranya ?

  • 1 kg kerepek pisang tanduk perlukan 3kg pisang.
  • 8500kg/3 = 2800kg kerepek
  • 1kg kerepek dijual borang dengan harga RM30 = RM84,990

Jadinya kalau tanam 5 ekar berapa 

RM424,950 !

Banyak sangat tu, tipulah.  Kalau dapat RM200K pun dah banyak kan.  

"Cukup ke tanam 5 ekar untuk order tiap-tiap hari? "

wak jawab "Aku sekarang ada 30 ekar. itu pun tak cukup. aku perlukan 5 ton seminggu. Itu pun akak ko je yang buat. kalau ada pekerja memang pisang tak cukup"

Kesimpulan

  1. Saya nasihatkan jangan tengok sangat kiraan kat atas kertas. Tapi perlu ada asas. Jika tidak bagaimana wak ni boleh beli kebun berekar-ekar. Relax je mengeteh tiap hari.
  2. Semua perkara ada masalahnya sendiri, ada risiko. Takut monyet, takut orang curi, takut penyakit pisang. Kita tawakal dan usaha sungguh-sungguh. 
  3. Nak jadi petani kaya kena maksimumkan pendapatan. Buat jadi produk. Belajar buat marketing. Selagi Malaysia ni ada manusia tak pindah plenet lain. Sumber makan pertanian ni mesti laku. 
  4. Percaya boleh tak percaya pun boleh. Ini semua cerita atas kertas. Belum kira banjir, ribut, orang curi, pokok mati layu atau sekarang nak goreng kerepek beli minyak pun tak dapat. Saya cuma ceritakan je. Duduk diam je pun masalah. 
  5. Saya juga penjual kerepek. Kalau ke Muar berhentilah beli kerepek saya di Dimpian Agro Farm.

Coach Bahar

#PetaniKampung #BertindakBeranganTakBawaAndaKemanaSila


Buah Pisang yang telah siap dipetik daripada kebun


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

Kekayaan Yang Harus Ditinggalkan

Saturday, 25 June 2022

Kekayaan Yang Harus Ditinggalkan

Arkib : 30 April 2022

Penemuan kekayaan baru yang kini harus ditinggalkan 

  1. Tahun 70an, Malaysia yang ketika itu baru menerima kemerdekaan telah menemui kekayaan baru. Kekayaan baru yang saya maksudkan adalah penemuan minyak yang memberi hasil utama kepada negara.
  2. Bukan sahaja di Malaysia tetapi terjadi di banyak negara termasuk di Afrika, yang menemui emas. Mereka ketawa terbahak-bahak. 
  3. Kerajaan tidak perlu bersusah payah dan negara menjadi negara yang banyak duit dari hasil penemuan kekayaan baru itu. Apa tidaknya tak perlu buat apa-apa cuma sedut je minyak dari tanah, diproses dan dijual semula. Ketika itu kita bangga dengan kekayaan baru tersebut.
  4. Pertanian dan penternakan yang satu ketika dulu menjadi asas kepada negara disepikan sedikit demi sedikit. Negara tidak lagi fokus mengeluarkan hasil pertanian dan penternakan kerana alpa dengan kekayaan-kekayaan baru. 
  5. Nikmat yang Allah beri di bumi Malaysia ini selama ini tidak dihargai sepenuhnya. Kekayaan negara tidak difokuskan dengan membangunkan asas makanan rakyat. Duit menjadi murah. Pemimpin berfikir, sayur, buah dan daging boleh beli dengan murah dari luar. Tak perlu dibangunkan. Lebih baik memikirkan dan menumpukan kepada negara industri. Buat kereta, buat kapal selam, nak jadi angkasawan pergi ke bulan. Kaji itu dan ini sedangkan apa yang depan mata tidak diuruskan dengan baik. 
  6. Industri petanian menjadi industri yang terkebelakang dan tidak selari dengan kemajuan negara yang nak buka kilang kereta terbang. 90% sumber makanan di import dari luar negara. Anak-anak muda di kampung lari ke bandar malu berkebun di belakang rumah, kotor, kolot dan dipandang kelas rendah.
  7. Setiap kali raya korban, lembu tak cukup ambil dari Thailand. Sayur datang dari negara jiran. Sampai kita tak mampu nak bela kambing sendiri. Kambing akikah pun kita import dari Australia berkontena sampai sekarang. 
  8. Bila dah senang, idea-idea cepat kaya timbul. Baik tanah di kampung ditanamkan sawit. Sekarang mereka tebang sawit dan tanam Musang King. Lepas ni tak tahu mereka tanam apa lagi cepat kaya, ganja kot boleh (wallahualam).
  9. Kajian demi kajian dari universiti dan agensi jadi kajian atas kertas yang tidak turun ke masyarakat. Jadi rahsia mereka dan berbangga dengan kertas kerja dan thesis setebal batu bata tetapi langsung tidak boleh digunakan dibawah. 
  10. Yang lepas jangan dikenang. Jangan disalahkan sesiapa lagi. Kini kita sudah di zaman 'kebiasaan yang baru'. Kita perlu banyak bekerja dari banyak bercakap. 
  11. Hasil pertanian dan penternakan negara penting. #WabakCovid19 memberi kita pengertian sebenar yang kini kita perlu menjaga diri kita. #KitaJagaKita. Kita perlu keluarkan hasil penternakan dan pertanian yang maksimum untuk negara kita dan rakyatnya. Kita perlu merancang dan melaksanakan sebaik mungkin. Kita perlu gunakan kajian yang tersimpan berpuluh tahun dalam peti besi. Dibongkar dan digunakan. 
  12. Turun ke bawah, ajarkan petani kita bagaimana menghasilkan hasil pertanian yang tinggi. Tingkatkan mereka dengan ilmu. Beri mereka dron untuk pantau dan membaja. Hentikan peruntukan buat reban, beri baka lembu, beri anak pokok, beri baja sabsidi. Itu cara 100 tahun dulu. 
  13. Galakan orang kampung buat pertanian berkelompok. Buat satu kampung satu pertanian atau satu penternakan. Aturkan orang ni buat makanan lembu, orang ni jaga anak lembu, orang ni gemukan lembu. Buat rantaian industri pertanian. Baru boleh jadi. Beri orang kampung teknologi dan dalam masa yang sama kawal harga kebun, harga pemborong. Jangan ada orang tengah yang jadi penyangak. Beli cili sekilo RM6 dari pekebun jual RM20 sekilo dipasar.
  14. Tamatkan penyelewengan. Ini bukan nasihat. Ini cuma luahan dari seorang anak kampung. Bukanlah pandai sangat tapi kerajaan perlu mengambil berat dengan masa depan. jadilah dan hiduplah dalam realiti. Jika kekayaan-kekayaan itu satu harinya nanti habis seperti bijih timah, bijih besi yang dulu menjadi hasil bumi utama kita. Tidak mustahil minyak yang kita gali ini lama-lamanya juga habis.
  15. Rakyat di suruh susah, kerajaan juga perlu berfikir 'kita di zaman susah'. Hentikan pembaziran yang mengarut. Nak import ini dan itu. Apa yang depan mata kita pun kita belum habis buat secara maksimum. 

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Matmatik Kebun


Wednesday, 13 April 2022

Matmatik Kebun


Coach Bahar bersama ternakan kambing-kambingnya

Matmatik Kebun 

Ramai juga yang nak balik kampung jadi petani. Saya ucapkan tahniah. Tapi saya nasihatkan untuk kira-kira dulu. Jangan terjun labu je. 

Dalam satu group wasap pertanian ada yang menghentam saya terang - terang kononnya saya menulis cerita dogeng dan hanya untuk lakukan ebook, video dan seminar - seminar saya. Mereka kata mereka sudah berpuluh tahun menjadi penternak dan pekebun. Tak kaya juga. Saya diamkan sahaja. Saya juga tak mahu membuktikan apa-apa. 

Saya bermula kerjaya saya sebagai seorang  pensyarah. Selepas itu saya jadi reseacher dan masuk dunia korperat dan pernah duduk di meja pengurusan semasa berkerja gomen dulu. Saya tak pernah belajar bidang pertanian tetapi saya minat. 

Semasa saya kecil dulu, saya ikut ayah menoreh getah, tebang hutan buka tanah, tanam sayur, ke sawah, tanam keladi, keledek, bela lembu, kambing. Kehidupan kampung memang macam tu. Tidaklah pelik sangat. Sebab itu minat dengan pertanian sangat mendalam. 

Ingat lagi, satu hari duduk dengan arwah abah di kebun. Arwah abah bercerita dengan saya "Esok bila awak dah besar, belajarlah pandai-pandai sampai masuk universiti. Belajar pandai jangan kerja dengan orang. Cipta kerja sendiri. Balik kampung dan usahakan tanah yang ada. Sekarang tanah kita kat kampung semua dijual. Anak - anak kampung tak mahu ke kebun. Mereka semua lari ke Singapura dan bandar kuala lumpur cari kerja. Awak balik jadi orang jutawan dan buktikan jadi petani bukan orang miskin". 

Kalau nak gagal bukan bidang agro je gagal. Nak berniaga, rugi dah pasti untung je belum tahu. Jadinya kenapa marah sangat bila saya menulis jadi petani boleh kaya?. Mereka kata jangan saya memberi harapan palsu kepada anak muda. Nanti rugi sahaja berkebun. Baik berkerja dibandar dapat duit dan bergaji lumaian. 

Jadinya macam ni. Saya cuma menulis dari pengalaman saya sahaja. Saya fikir kita kalau nak masuk bidang pertanian jangan semata-mata tunggu hasil dari sayur atau pokok yang kita tanam sahaja. Kena ada multi-income. 

Kebun kita pastikan ada hasil harian, hasil mingguan, hasil bulanan dan hasil tahunan. Macam mana strategi kita nak buat itu terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing. 

Korang jangan tanam sayur lepas tu berharap pemborong beli. Kena usaha macam mana naikan pendapatan dari hasil yang kita tanam. Macam mana kita tanam cili tapi jual sambal. Macam mana kita tanam pisang jualnya kerepek. Macam mana kita bela kambing tapi ada restoran nasi arab kambing. Mungkin bukan sekarang tapi kita ada target. 

Saya cuba mendalami hati petani. Saya cuba jadi petani dengan berpanas dan berhujan. Saya asalnya tak ada tanah. Saya bangun sendiri. Hingga 4 tahun tak pernah ada pinjaman atau dapat bantuan agensi kerajaan. Memang saya tak mintak. 

Pertanian adalah kekayaan yang ditinggalkan. 

Banyak formula pertanian tidak dihurai secara jelas. Rakyat tak tahu, petani tak nampak. Thesis PhD yang tebal-tebal di rak-rak Universiti lebih syok sendiri merungkai bagaimana manusia boleh terbang ke bulan. Bukan menyesaikan masalah asas.

Peliknya. Jambatan kita boleh buat. Lebuh raya boleh kita buat. KLCC boleh kita buat. Banyak cerdik pandai. Tapi sampai sekarang dedak perkara paling asas pun belum boleh kita selesaikan.

Majukan pertanian setempat 

Berhentikan salahkan sesiapa. 20 tahun lagi anak-anak kita yang akan menyalahkan kita yang tidak bertindak untuk mereka. Tak perlu teori panjang lebar. Uruskan kestabilan daerah.

Ayam kampung

Galakan semula ternakan ayam kampung. Dari 50 ekor induk selepas 3 tahun punya 5000 ekor induk. Bayangkan kalau banyak rumah-rumah ada sistem ayam kampung yang betul. Anak ayam tak payah beli, dedak kurang dan tak kecoh kurang ayam. 

Input Ruminan

Pelepah sawit, jerami padi itu asasnya yang kita nampak tidak diurus dengan baik. Buat research dan lakukan sekarang. Bangunkan makanan ternakan setempat. Murahkan makanan ruminan. Penternak jangan pula tamak. Beri daging dengan harga rakyat.

Malas nak tulis panjang lagi. Bukan ada yang baca. Banyak menulis banyak yang mengata. Kita ni bukan sesiapa. Duduk kampung, kalau jadi ahli politik lain lah. Jadi pembangkang lagi best.. cakap formula sana sini macam pandai tapi bukan buat pun... kosong kosong kosong..

Monday, 5 July 2021

Emas Fareha

Labur RM10j buka Emas Fareha


NURUL Fareha dan Mohd Yusri di hadapan Kedai Emas Fareha, di Bandar Saujana Putra.

Emas Fareha Sdn. Bhd melabur RM10 juta bagi membuka rangkaian kedai emas pertamanya, Emas Fareha di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat Selangor.

Pengasas dan Pengarahnya, Nurul Fareha Anuar berkata, pihaknya yakin dengan pembukaan Emas Fareha itu dapat menawarkan barang kemas berkualiti dan reakaan tersendiri pada harga terbaik untuk pelanggannya.

Katanya, walaupun sudah membina empayar dalam perniagaan tudung menerusi jenama Fareha by Cikfa, bidang baharu (kedai emas) ini dapat mempelbagaikan lagi cabang perniagaannya.

Nurul Fareha berkata, idea membuka kedai emas itu tercetus apabila melihat perniagaan tudungnya mampu beroperasi sepenuhnya di bawah seliaan kakitangannya.

"Apabila perniagaan tudung sudah boleh diuruskan oleh pekerja, saya berpendapat tiba masanya untuk mengembangkan cabang perniagaan dan fokus kepada perniagaan yang sentiasa menambat hati pelanggan wanita iaitu emas.

"Bagi saya, emas adalah cinta hati wanita. Selain sukakan pakaian, wanita juga sangat menyukai emas. Justeru, saya memberanikan diri membuka Emas Fareha ini," katanya pada majlis pembukaan Emas Fareha di sini.

Bermodalkan RM10 juta, Nurul Fareha sedar ia jumlah yang besar, namun yakin emas sentiasa mempunyai permintaan tinggi selain percaya semua perniagaan mempunyai risiko tersendiri.

"Risiko dalam perniagaan itu memang ada. Berniaga tudung pun ada risikonya. Tapi, kalau takut kepada risiko, sampai bila-bila kita tidak boleh berjaya.

"Jadi, sebagai peniaga, kita perlu cuba mengatasi apa juga risiko dan dugaan dalam perniagaan ini", katanya.

Menyedari persaingan hebat dalam perniagaan emas, Nurul Fareha berkata, pihaknya sentiasa memberikan kualiti, rekaan dan harga terbaik buat pelanggannya.

"Di Emas Fareha, kami begitu menitikberatkkan soal kualiti dan layanan kakitangan kita yang mesra.

"Selain itu, rekaan emas di sini juga memenuhi cita rasa pelanggan serta harga ditawarkan kepada pelanggan juga lebih rendah.

"Maksudnya di sini, harga kita memang mengikut harga semasa, tetapi kita beri lagi diskaun," katanya yang menyasar jualan RM2.5 juta sebulan.

Menurutnya, syarikat itu juga akan mempelbagaikan kaedah pemasaran dengan memberi fokus material atau gambar berkualiti bagi tujuan pemasaran, harga emas sentiasa lebih rendah dan menggunakan pelbagai platform jualan.

"Selepas Aidilfitri ini, kami akan menjalankan sistem ejen. Bagaimanapun, ia hanya dibuka kepada 250 orang dan peluang ini diberikan kepada ejen tudung Fareha by Cikfa sahaja," katanya.

Walaupun masih baru dalam perniagaan emas ini, Nurul Fareha yakin dan berharap dengan bantuan suaminya yang juga Pengarah Urusan Emas Fareha, Mohd Yusri Mohd Yusof perniagaanya itu akan terus berkembang maju.

"Untuk perancangan masa hadapan, saya berhasrat membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara selain mengeluarkan rekaan emas sendiri yang eksklusif dalam tempoh lima tahun ini.

"Saya juga berharap Emas Fareha ini akan semaju perniagaan tudung bahkan memberikan keuntungan yang berganda serta perniagaan ini berpanjangan sehingga boleh diwarisi kepada anak-anak kelas," katanya.

Monday, 21 June 2021

BEBIMORA

Siapakah PENGASAS PRODUK PAMPERS (Bebimora) KELUARAN MUSLIM PERTAMA DI MALAYSIA?? 



Gambar : Puan Hajah Intan Maziah
  • Puan Hajah Intan Maziah merupakan salah seorang pelajar Malaysia yang telah terpilih dalam program “Dasar Pandang Ke Timur” pada tahun 1996.
  • Kecemerlangan beliau dalam subjek kimia dan sains sepanjang program persediaan, menyebabkan beliau ditawarkan untuk menyambung pelajaran dalam kejuruteraan kimia di pusat pengajian tinggi Tokyo Japan.
  • Beliau juga dikenali sebagai pelajar cemerlang ketika di Jepun di mana sering menjadi tempat rujukan bagi pelajar Jepun sendiri.
  • Setahun sebelum tamat pengajian beliau telah dilamar oleh syarikat Jepun sebagai QC Engineer dan bekerja di sana untuk seketika sebelum di hantar ke anak syarikat di Malaysia.
  • Beliau juga berpengalaman sebagai Chemical Engineer di beberapa syarikat dan kemudiannya ditawarkan bekerja semula di Jepun sebagai R&D Engineer.
  • Sebagai R&D Engineer beliau terlibat dengan pembentangan kaji selidik setiap bulan di Tokyo bersama sama dengan kumpulan penyelidik dari pelbagai syarikat lain. Salah satu hasil penyelidikan beliau telah diguna pakai oleh syarikat Cleaning Semiconductor di Malaysia dan Singapura.
  • Selepas merasakan sudah tiba masanya untuk beliau fokuskan diri kepada keluarga, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan menceburkan diri dalam bidang usahawan. Namun beliau inginkan sesuatu yang tidak jauh dari anak-anaknya, maka tertubuhlah Rangkaian Tadika Khalifah Genius yang beroperasi di beberapa buah negeri.
  • Selepas 11 tahun bergelumang dalam bidang perniagaan, sebagai seorang Muslim Bumiputera kini beliau terpanggil untuk menunaikan fardhu kifayah untuk menggunakan kemahiran dan pengetahuannya di dalam bidang kimia dan kaji selidik dengan menghasilkan sendiri produk bayi miliknya. Proses R&D ini telah mengambil masa hampir 6 bulan dengan kerjasama makmal.
  • Akhirnya terhasillah produk bayi BEBIMORA yang dirumuskan dari bahan semulajadi Organik, khas mengikut kesesuaian kulit bayi .
  • Mengapakah beliau memilih produk bayi?
  • Ini adalah kerana ketandusan product bayi di Malaysia yang dimiliki oleh syarikat Muslim, selain kerana minat beliau dalam niche dunia kanak-kanak itu sendiri.
  • "Bebimora" produk keluaran Syarikat Caliph Global (M)  Sdn Bhd. Untuk maklumat lebih lanjut; layari laman sesawang Bebimora https://www.bebimora.com/about/ 

Monday, 14 June 2021

FATIHAH

Jenama : Fatihah - Adunan Resepi Tradisional / Traditional Home Recipe

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah yang pernah dilalui Fatihah Anis Ibrahim pada tahun 1998, semuanya gara-gara kegawatan ekonomi yang melanda negara. Sudahlah bergelar ibu tunggal beranak tiga, malah pada masa yang sama perniagaannya juga gagal, seperti kata pepatah `disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’.


Fatihah Anis Ibrahim bersama-sama dengan produk-produk keluaran syarikatnya

Namun, wanita gigih kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini tidak pernah menjadikan status ibu tunggal dan kegagalan dalam perniagaan sebagai titik noktah dalam meneruskan kehidupan apalagi status itu sering dipandang rendah oleh segelintir masyarakat.
Menjadi wanita pertama di Malaysia yang terlibat dalam industri makanan sejuk beku dan mula menggunakan mesin automation dalam pemprosesan produk. Kejayaan dalam hidup dan perniagaannya telah memberi inspirasi kepada banyak ibu tunggal di Malaysia untuk berjaya dalam kehidupan.
Dari usaha dan doanya yang berterusan, jenama FATIHAH kini mempunyai pengiktirafan Halal JAKIM, GMP. Syarikat kami juga mempunyai sijil HACCP di mana ia menunjukkan bahawa produk, proses dan sistem kami mengikuti peraturan dan standard kebangsaan dan antarabangsa. Dengan memperolehi sijil-sijil ini, kami dapat memberi jaminan bahawa produk kami bebas-risiko.
__________________________
Dialu alukan kepada peniaga peniaga yg ade chiller utk masukkan brand fatihah di tempat anda,blh hubungi puan zatie utk p.i.c seterusnya www.wasap.my/60126313105
Rangkaian produk Fatihah Frozen Food boleh didapati di LuLu, Giant, Tesco, TF Valuemart. Ikhwan Sg Buloh, Az zain, dan Super seven Bangi & Cheras Jaya. Untuk lebih banyak informasi terkini, jom like facebook Fatihah Frozen Food https://www.facebook.com/FatihahFrozenFoodMalaysia/


Roti Boom Malaysian Pancake


Royale Paratha Durian


Royale Paratha Original


Royale Paratha Garlic


Roti Canai


Ais Krim Goreng


Produk-produk keluaran Fatihah Frozen Food

Tuesday, 1 June 2021

79 Arowana

“Zaman berseronok dah berlalu, jangan terkejvt nampak saya dengan but “Phua Chu Kang” – Dato Jamal Abdillah



Siapa sangka, Raja Pop Negara, Dato Jamal Abdillah rupanya kini mengusahakan penternakan ikan arowana yang terletak di Bukit Merah, Perak.

Segalanya bermula apabila isterinya, Datin Zai Izzati berpantang di banglo milik mereka di Tambun yang dibina sejak lebih tiga tahun lalu selepas melahirkan anak kedua mereka.

Jamal kemudiannya memutuskan untuk terus ‘menetap’ di Ipoh dan kemudian telah membeli tanah seluas 3 1/4 ekar dan membina 20 kolam menternak ikan Arowana.


Dalam setiap kolam mempunyai 20 ekor ibu ikan dan kini mempunyai 400 ekor ibu ikan.

Setiap ekor anak ikan Arowana (Kelisa) superrate berukuran 2 inci dan empt inci boleh dijual kepada para pemborong dengan harga berbeza dan menguntungkan bagi kedua belah pihak.


“Jangan terkejut kalau terserempak saya berkulit sawo matang dengan but kuning macam Phua Chu Kang,” kata Jamal Abdillah.

Selain menjual anak ikan, kolam ikan milik pelakon filem Azura ini turut menjual telur ikan kepada mereka yang baru mula belajar menternak ikan tersebut dengan harga berbeza dan mampu menjana keuntungan untuk seorang pengusaha baharu.

Kebanyakan ikan Arowana dari kolam milik Jamal Abdillah kini menjadi pilihan para peraih yang mempunyai lesen untuk diekspot ke luar negara.

“Sebenarnya untuk bisnes ni pelaburannya sangat banyak dan saya tidak mendvga hobi sembilan tahun lalu kini memberi pendapatan yang cukup baik buat saya dan keluarga.

“Apabila Covid-19 menyerag seluruh dunia, ia memberi kesan yang amat mencabar buat semua. Begitu juga saya dan saya amat bersyukur kerana minat saya itu telah membolehkan saya membuka perniaagaan sendiri selain menyanyi.

“Mula-mula dahulu saya sekadar melawat seminggu sekali kolam ikan saya. Tetapi sejak membeli tanah dan mengusahakan kolam ini, saya memang benar-benar serius untuk berjaya demi untuk keluarga,” kata Jamal Abdillah sambil tidak henti bersyukur kerana usahanya itu mendapat perhatian Jabatan Perikanan Malaysia yang akan memberi bantuan dan perhatian terhadap kolam ikan Arowana miliknya.

Menurut Jamal, mungkin ada yang terkejut apabila terserempak dengan beliau di kolam ikannya itu.

Betapa tidak jika selama ini peminat melihat Datuk Jamal Abdillah sebagai Raja Pop yang sentiasa menjaga penampilan yang menarik, kemas dan bergaya tetapi sebagai pengusaha kolam ikan beliau memang berlainan.

“Sebagai Raja Pop bernama Jamal Abdillah saya sentiasa menjaga penampilan saya ketika di pentas kerana itu adalah kerja saya.

“Tetapi jangan terkejut kalau anda terserempak saya berkulit sawo matang dengan but kuning setinggi paras lutut seperti yang dipakai oleh pelakon siri komedi ‘Phua Chu Kang’, kerana ini juga kerja saya.

Saya tidak takut pada matahari yang penting saya tidak lepaskan tanggungjawab itu kepada para pekerja,” kata Jamal Abdillah.

Bagi Jamal, biar mungkin ada peminat yang akan hairan dengan penampilannya ketika di kolam namun bagi ayah kepada empat orang cahayamata ini tanggungjawab pada keluarga lebih diutamakan.

“Zaman berseronok dan keluar setiap malam telah lama saya tinggalkan. Itu semua menjadi sejarah silam yang saya simpan kemas dalam ingatan saya.

“Sejak berkahwin dengan Zai Izzati, dia banyak mempeng4ruhi hidup saya untuk menjadi seorang suami dan ayah yang terbaik untuk anak-anak saya.

“Kita memang tidak boleh memadam sejarah hidup kita tetapi insyaa-Allah kita mampu membina sebuah keluarga bahagia dengan kasih sayang seorang isteri dan kehadiran anak-anak sebagai lambang kasih sayang.”

Apabila bertanya tentang impiannya, ujar Datuk Jamal Abdillah;

“Jika diizinkan Allah dan ada rezeki saya mahu seorang lagi anak perempuan. Yang pasti nama anak perempuan itu pasti ada nama Yamani kerana ia bagaikan trademark anak-anak Jamal Abdillah.”

Sumber: Bebasnews via teh tarik kaw

https://sinetronmalaya.com/2021/05/02/zaman-berseronok-dah-berlalu-jangan-terkejvt-nampak-saya-dengan-but-phua-chu-kang-dato-jamal-abdillah/

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...