Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 13 April 2022

Matmatik Kebun


Coach Bahar bersama ternakan kambing-kambingnya

Matmatik Kebun 

Ramai juga yang nak balik kampung jadi petani. Saya ucapkan tahniah. Tapi saya nasihatkan untuk kira-kira dulu. Jangan terjun labu je. 

Dalam satu group wasap pertanian ada yang menghentam saya terang - terang kononnya saya menulis cerita dogeng dan hanya untuk lakukan ebook, video dan seminar - seminar saya. Mereka kata mereka sudah berpuluh tahun menjadi penternak dan pekebun. Tak kaya juga. Saya diamkan sahaja. Saya juga tak mahu membuktikan apa-apa. 

Saya bermula kerjaya saya sebagai seorang  pensyarah. Selepas itu saya jadi reseacher dan masuk dunia korperat dan pernah duduk di meja pengurusan semasa berkerja gomen dulu. Saya tak pernah belajar bidang pertanian tetapi saya minat. 

Semasa saya kecil dulu, saya ikut ayah menoreh getah, tebang hutan buka tanah, tanam sayur, ke sawah, tanam keladi, keledek, bela lembu, kambing. Kehidupan kampung memang macam tu. Tidaklah pelik sangat. Sebab itu minat dengan pertanian sangat mendalam. 

Ingat lagi, satu hari duduk dengan arwah abah di kebun. Arwah abah bercerita dengan saya "Esok bila awak dah besar, belajarlah pandai-pandai sampai masuk universiti. Belajar pandai jangan kerja dengan orang. Cipta kerja sendiri. Balik kampung dan usahakan tanah yang ada. Sekarang tanah kita kat kampung semua dijual. Anak - anak kampung tak mahu ke kebun. Mereka semua lari ke Singapura dan bandar kuala lumpur cari kerja. Awak balik jadi orang jutawan dan buktikan jadi petani bukan orang miskin". 

Kalau nak gagal bukan bidang agro je gagal. Nak berniaga, rugi dah pasti untung je belum tahu. Jadinya kenapa marah sangat bila saya menulis jadi petani boleh kaya?. Mereka kata jangan saya memberi harapan palsu kepada anak muda. Nanti rugi sahaja berkebun. Baik berkerja dibandar dapat duit dan bergaji lumaian. 

Jadinya macam ni. Saya cuma menulis dari pengalaman saya sahaja. Saya fikir kita kalau nak masuk bidang pertanian jangan semata-mata tunggu hasil dari sayur atau pokok yang kita tanam sahaja. Kena ada multi-income

Kebun kita pastikan ada hasil harian, hasil mingguan, hasil bulanan dan hasil tahunan. Macam mana strategi kita nak buat itu terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing. 

Korang jangan tanam sayur lepas tu berharap pemborong beli. Kena usaha macam mana naikan pendapatan dari hasil yang kita tanam. Macam mana kita tanam cili tapi jual sambal. Macam mana kita tanam pisang jualnya kerepek. Macam mana kita bela kambing tapi ada restoran nasi arab kambing. Mungkin bukan sekarang tapi kita ada target

Saya cuba mendalami hati petani. Saya cuba jadi petani dengan berpanas dan berhujan. Saya asalnya tak ada tanah. Saya bangun sendiri. Hingga 4 tahun tak pernah ada pinjaman atau dapat bantuan agensi kerajaan. Memang saya tak mintak. 

Pertanian adalah kekayaan yang ditinggalkan. 

Banyak formula pertanian tidak dihurai secara jelas. Rakyat tak tahu, petani tak nampak. Thesis PhD yang tebal-tebal di rak-rak Universiti lebih syok sendiri merungkai bagaimana manusia boleh terbang ke bulan. Bukan menyesaikan masalah asas.

Peliknya. Jambatan kita boleh buat. Lebuh raya boleh kita buat. KLCC boleh kita buat. Banyak cerdik pandai. Tapi sampai sekarang dedak perkara paling asas pun belum boleh kita selesaikan.

Majukan pertanian setempat 

Berhentikan salahkan sesiapa. 20 tahun lagi anak-anak kita yang akan menyalahkan kita yang tidak bertindak untuk mereka. Tak perlu teori panjang lebar. Uruskan kestabilan daerah.

Ayam kampung

Galakan semula ternakan ayam kampung. Dari 50 ekor induk selepas 3 tahun punya 5000 ekor induk. Bayangkan kalau banyak rumah-rumah ada sistem ayam kampung yang betul. Anak ayam tak payah beli, dedak kurang dan tak kecoh kurang ayam. 

Input Ruminan

Pelepah sawit, jerami padi itu asasnya yang kita nampak tidak diurus dengan baik. Buat research dan lakukan sekarang. Bangunkan makanan ternakan setempat. Murahkan makanan ruminan. Penternak jangan pula tamak. Beri daging dengan harga rakyat.

Malas nak tulis panjang lagi. Bukan ada yang baca. Banyak menulis banyak yang mengata. Kita ni bukan sesiapa. Duduk kampung, kalau jadi ahli politik lain lah. Jadi pembangkang lagi best.. cakap formula sana sini macam pandai tapi bukan buat pun... kosong kosong kosong..

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...