Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 13 April 2022

13 APRIL 1983

Peristiwa 13 April 1983

Hari ini 39 tahun yang lalu, larangan terhadap orang Islam Malaysia untuk memasuki kasino di Genting Highlands dikuatkuasakan.

Dengan berkuatkuasanya undang-undang baharu oleh kerajaan Malaysia itu, pengawal keselamatan hotel diarah untuk menjalankan pemeriksaan kad pengenalan di pintu masuk terhadap setiap pengunjung yang mahu memasuki pusat perjudian tersebut.

Pada peringkat awal penguatkuasaan larangan ini, hanya orang Islam warganegara Malaysia sahaja yang diharamkan daripada memasuki pusat perjudian tanah tinggi tersebut, memandangkan sukar untuk mengenal pasti warganegara asing beragama Islam.

Larangan tersebut adalah antara langkah awal susulan keputusan kerajaan untuk mengawal & mengurangkan aktiviti perjudian serta sebagai usaha menghalang penglibatan orang Islam dalam kegiatan yang ditegah agama itu.

Pusat perjudian di Genting Highlands mendapat lesen pengoperasiannya pada 1969, tahun yang sama selepas batu asas pembinaan hotel tanah tinggi itu diletakkan. Hotel pertama di Genting Highlands itu, diberi nama Highlands Hotel, siap pada 1971.

Pusat perjudian di Genting Highlands adalah satu-satunya kasino yang sah di negara ini. Di dalamnya ada 2 cawangan kasino utama, Genting Casino (di Genting Grand Complex) & SkyCasino (di SkyAvenue Mall).

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Genting, Hulutrip

#PeristiwaHariIni

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...