Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Monday 18 April 2022

18 APRIL 2022

Arkib : 20 Mac 2022


Sesi bergambar di dalam Zoo Taiping ketika lawatan Night Safari

Dugaan pada hari ini. Sempat cuti bersama-sama. Semalam tengok yang si Kecik ini Noraini (tudung merah) sampai demam-demam semalaman. Belikan ubat demam. Hari ini nampak dah ok sikit. Tapi tergerak hati nak semak untuk Covid-19 test. Keputusan mengecewakan walaupun si kecik dah baik demam tapi dah disahkan positif Covid-19. 

Semoga Allah berikan kekuatan untuk hadapi dugaan ini. Aamiin Ya Robbal'alamiin 


16 April 2022


Sempat bergambar di kawasan lapang dalam Hospital Anson Bay Medical Centre


Ramai yang sudah mendaftar sedang mengambil nombor giliran masing-masing untuk menerima vaksin bagi kanak-kanak di sini

Nombor giliran  220 untuk Ahmad Aminuddin (kanan) dan 221 untuk Noraini (kiri)

 

Dos vaksin pertama untuk Ahmad Aminuddin


Dos vaksin pertama untuk Noraini

Sejak 20 Mac 2022, saya terus pasangkan tekad untuk terus ambil vaksin untuk kedua-dua orang anak-anak saya ini, iaitu Ahmad Aminuddin dan juga Noraini. Anak saya yang kedua iaitu, Noraini telah pun dijangkiti virus Covid-19. Saya pada ketika itu bercuti di Lumut bersama-sama dengan ayah dan ibu serta isteri dan anak-anak saya. Pada fikiran saya, sewaktu anak saya ini dijangkiti penyakit, saya hanya fikirkan dia hanya terkena demam biasa sahaja. Akan tetapi selepas pulang daripada bercuti dari Lumut, ibu dan bapa saya terkena batuk. Kami ketika itu hanya beli ubat batuk dan juga demam. Alhamdulillah, aamiin. Anak saya Noraini yang terkena demam panas itu telah pun kebah demamnya selepas makan ubat demam sehari selepas itu. Manakala bapa saya masih belum hilang batuknya.

Sebelum itu, memang saya dan anak-anak saya (kecuali isteri saya) pergi bercuti bersama-sama dengan kakak kandung saya dan juga anak saudara saya yang sebaya dengan Noraini. Pulang sahaja bercuti dari Taiping, kakak saya mengesahkan dia telah pun dijangkiti Covid-19. Apabila mendapat tahu tentang berita tersebut, maka ibu dan bapa saya terus dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk ujian Covid-19. Pada pukul 8 malam, doktor telah pun mengesahkan kedua ibu bapa saya adalah positif Covid-19. Kami syaki dijangkiti Covid-19 daripada sebuah Restoran Nasi Kerabu di mana pengusaha restoran tersebut mengalami batuk-batuk dan juga dia tidak memakai pelitup muka apabila bersembang dengan kakak dan ibu bapa saya. (Para pelanggan seharusnya mengambil tahu dan peduli soal ini kerana ianya melibatkan S.O.P iaitu jika pengusaha restoran tidak memakai pelitup muka apabila berurusan dengan pelanggan).

Akhir sekali, saya pula terus dengan tindakan untuk buat ujian Covid-19 untuk kedua-dua anak saya dan juga diri saya sendiri. Saya menggunakan Test kit Covid-19 untuk melakukan ujian ini kerana ianya mudah didapati di Speedmart 99. Keputusan telah menunjukkan bahawa anak kedua saya ini, Noraini telah pun positif Covid-19. Oleh itu, pada minggu pertama persekolahan untuk mereka berdua terpaksa ditangguhkan dan saya telah pun mengambil keputusan untuk terus vaksin kedua-duanya selepas tamat tempoh kuarantin. In Shaa Allah, aamiin.

----------------------------------------------------------------------------------
Arkib : 18 Jun 2022


"Selepas 16 April 2022 yang lepas, anak-anak saya telah pun menerima dos yang pertama.

Berpandukan kepada temujanji sebelum ini, bagi dos kedua, anak-anak saya perlu dapatkan dos ini pada tarikh 04 Jun 2022 yang lepas iaitu pada Hari Kelahiran saya. Akan tetapi, berlaku sedikit masalah untuk hadir pada tarikh tersebut, maka dos kedua anak-anak saya ditangguhkan pada tarikh yang lain. 

Maka, pada 18 Jun 2022, alhamdulillah aamiin 🤲 mereka telah pun terima dos kedua di hospital yang sama di Anson Bay Medical Center. 

Keadaan dan tahap kesihatan anak-anak saya, saya ambil berat dan perhatikan bermula daripada dos yang pertama lagi. Perkara ini menjadi fokus utama saya agar tiada tanda-tanda terkena lagi simptom jangkitan Covid-19.

Sehingga ke hari ini, 18 Julai 2022, tiada sebarang gejala yang teruk seperti yang pernah terjadi sebelum ini kepada anak perempuan saya, Noraini. Cuma ada sedikit batuk-batuk kecil, sakit tekak dan selesema kepada kedua-dua anak-anak saya. Simptom-simptom ini sebenarnya dapat diatasi dengan memakan ubat-ubatan di farmasi.

Akhir sekali, saya berdoa agar selepas ini tiada lagi jangkitan Covid-19 berlaku sama ada dalam keluarga saya ataupun adik-beradik saya serta kedua ibu bapa saya. Saya berdoa agar kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Lindungan daripada Allah s.w.t. Semoga selepas ini virus Covid-19 terus terhapus dengan izin Allah s.w.t. Aamiin Ya Robbal'alamiin".

Sekian

----------------------------------------------------------------------------------

Lebih 200,000 kanak-kanak lengkap dos kedua vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR: Seramai 270,282 atau 7.6 peratus populasi kanak-kanak berusia lima sehingga 11 tahun menerima dos kedua di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat kelmarin.

Data daripada laman sesawang COVIDNOW itu, menunjukkan seramai 1,380,661 kanak-kanak bagi kumpulan umur sama memperoleh sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan vaksin yang diberikan adalah sebanyak 1,650,943 dos.

Bagi kelmarin sahaja, sebanyak 46,476 dos diberikan untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dengan 7,490 adalah dos pertama dan 38,986 dos kedua menerusi PICKids.

Berdasarkan data di laman sesawang sama, ia menunjukkan seramai 2,867,600 atau 92.2 peratus populasi kanak-kanak dan remaja berusia 12 dan 17 tahun di negara ini, menerima suntikan dua dos vaksin COVID-19 sehingga kelmarin.

Daripada 5,837,412 keseluruhan dos, ia merangkumi 2,969,812 individu atau 95.5 peratus kumpulan umur sama menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 15,959,507 individu dewasa menerima dos penggalak daripada keseluruhan 61,943,215 dos yang dilancarkan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula Februari tahun lalu.

Daripada angka itu, seramai 22,959,889 individu dewasa atau 97.6 peratus lengkap dua dos, manakala 23,236,544 (98.8 peratus) menerima satu dos.

Setakat ini, bagi populasi keseluruhan, seramai 26,097,771 individu atau 79.9 peratus menerima dua dos suntikan vaksin daripada 69,431,570 kesemua dos yang diberikan sejak PICK bermula.

Ia bermakna sebanyak 84.5 peratus populasi negara ini menerima sekurang-kurangnya satu dos dengan ia membabitkan 27,587,017 orang.

Sementara itu, kadar penggunaan katil seluruh negara adalah 60.8 peratus dan kadar penggunaan katil unit rawatan rapi adalah 51.1 peratus yang mana peratus kedua-duanya merangkumi kes bukan COVID-19.

Bagi penggunaan alat bantuan pernafasan pula, kadar keseluruhannya adalah 33.2 peratus yang juga merangkumi pesakit bukan COVID-19.

Penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) pula mencatatkan 6.2 peratus.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...