Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Monday 18 April 2022

23 Mac 2019 : Misteri Kehilangan Acap

Misteri Alam Dunia : Kehilangan Acap
 

Kelmarin, genap 3 tahun kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019 iaitu saudara Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Acap. 

Setiap kali tiba tarikh 23 Mac, timbul sekelumit perasaan ingin tahu dalam kalangan netizen yang mengikuti detik peristiwa ini tentang apa sebenarnya yang terjadi dan di manakah keberadaan Acap.

Rasa macam baru lagi, pejam celik dah 3 tahun. Semoga terjawab misteri kehilangan Acap satu hari nanti.

Kredit : VIRAL PERAK

Gambar penuh di sini : https://www.facebook.com/101698394887552/posts/500752834982104/

------------------------------------------------------------------------

Arkib : 30 Mac 2022 Ziarah Terakhir Sebelum  Ramadhan

Dalam 3 tahun ni banyak sungguh kisah yang keluar mengenai acap. Ironinya masyarakat lebih gemar cerita buruk dari yang sohih. Ada yang kata dia lari ada yang kata dia berkahwin bunian dan tak nak balik ada pula yang kata ditangkap jin kerana mencuri batu makan siput dan macam² lagi. Semua ini berpunca dari content² nakal youtuber dan influence yang ketandusan modal ide sengaja mengetengahkan isu² hoax rekaan supaya rating video mereka naik dan mendapat imbalan dan juga hasil. Yang jadi ustaz sepatutnya menegur.  Ini pun sama.. buat sebar cerita reka. Tidak memberi sebarang hasil dlm usaha pencarian.

Sedarkah Anda.. Di sebalik imbalan hasil yang ampa dapat tu ada ibu yang sedang berduka .. ada keluarga yang sedang bersedih ada anak kecil yang kehilangan Ayah.

Dikeberkatan bulan ramadhan yang bakal tiba sebagai abang sulung dalam keluarga nak kata pada semua sudah sudah lah.. Kitaran hidup kita ni pendek je.. musibah sebegini boleh terjadi pada siapa sahaja. Jika tidak kepada diri sendiri mungkin boleh terkena pada anak isteri atau nasab keturunan. Semoga kita dilindungi Allah terhindar dari segala bencana.. Allahumma Aamiin

1001 kisah pencari

Kisah seorang perawat yang cuba merancang satu serangan ambush ke kubu ghaib

Bersambung....

P/s. Sesiapa yg berjaya menemui adik saya Acap sebelum raya saya akan hadiahkan wang tunai sebanyak 12k.

Gambar penuh di sini : https://www.facebook.com/100001346185010/posts/4931600953561395/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...