Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label ICERD. Show all posts
Showing posts with label ICERD. Show all posts

Monday, 7 December 2020

DEMI PENYATUAN UMMAH

Himpunan Aman Daulat 0812 (08 Disember 2018)

Inilah bukti PAS dan UMNO saling memerlukan.. Lihatlah mereka yang berhimpun di dataran merdeka terdiri dari ahli UMNO dan PAS...Bersemangat bersatu dan padu.. Musuh ingin memisahkan kita..harap pemimpin UMNO PAS ambil cakna...kami rindukan suasana begini.. Waktu ini BERSATU masih di dalam PH..


Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3


Gambar 4


Gambar 5


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Arkib : Linda Salim, Disember 8, 2018 19:08 MYT

Ada apa dengan Himpunan 812? 



Perhimpunan yang dihadiri oleh ratusan ribu rakyat Malaysia itu pada awalnya sebagai satu bentuk bantahan kepada kerajaan apabila isu ICERD mula dibangkitkan.

HIMPUNAN 812 yang disebut sebagai perhimpunan aman kesyukuran kerajaan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) berlangsung di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018.
Perhimpunan yang dihadiri oleh puluhan ribu rakyat Malaysia itu pada awalnya sebagai satu bentuk bantahan kepada kerajaan apabila isu ICERD mula dibangkitkan.
Bagaimanapun pada 23 November lalu Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media secara jelas telah menyatakan pendiriannya di mana kerajaan tidak akan meratifikasikan ICERD

Perhimpunan yang dijadualkan itu masih diteruskan namun agendanya ditukar menjadi 'perhimpunan kesyukuran kerajaan tolak ICERD'.
Susulan kenyataan media tersebut, perhimpunan yang dijadualkan itu masih diteruskan namun agendanya ditukar menjadi 'perhimpunan kesyukuran kerajaan tolak ICERD'.
Antara reaksi yang diterima apabila penganjur tetap mahu meneruskan perhimpunan adalah reaksi Menteri di JPN (Agama), Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dan juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang:

Ini pula reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.


Ini reaksi Veteran DAP, Lim Kit Siang.

Persoalannya, mengapa ICERD menimbulkan satu pendebatan yang cukup hebat di negara berbilang kaum ini walhal ICERD secara terangnya menolak segala bentuk diskriminasi kaum?
Bangsa Melayu yang merupakan majoriti penduduk Malaysia mempersoalkan ICERD dengan melihat perkara terrmaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan di mana dengan secara jelas menyebut mengenai 'melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak' atau dalam erti kata lain golongan bumiputera.
Perlu diingatkan di sini, perkara ini telah dipersetujui oleh semua kaum semasa pembentukan Malaysia.
Kata kunci di sini adalah 'kedudukan istimewa'. Kalau berdasarkan kepada dokumen ICERD (konvensyen antarabangsa yang tidak spesifik dan sekadar bersifat universal), tiada tempat bagi sebarang 'kedudukan istimewa' mana-mana kaum.
Jadi, apabila kerajaan dengan secara jelas menyatakan pendirian tidak akan meratifikasikan ICERD, perkara ini nyata disambut baik oleh pelbagai pihak.
Para pemimpin pembangkang seperti bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man antara nama pemimpin yang hadir dalam perhimpunan kesyukuran tersebut.
Kerajaan pula bersetuju perhimpunan diteruskan asalkan tidak menggugat keselamatan awam.

Ini pula reaksi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Suara-suara jelas mempertahankan agama Islam dan bangsa Melayu dilaungkan sepanjang perhimpunan berlangsung. Ini antara yang diutarakan oleh beberapa tokoh yang hadir:


Ini reaksi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Ini reaksi Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Maka, inilah kali pertama sebuah himpunan yang lain daripada yang lain. Himpunan 812 menjadi satu peristiwa yang agak 'janggal' dalam lipatan sejarah negara selepas kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional pada 9 Mei 2018.
Janggalnya apabila himpunan tersebut menjadi satu rapat umum besar-besaran yang dihadiri pemimpin pembangkang, bersetuju dengan keputusan kerajaan.
Walaupun Malaysia seolah-olah terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang turun berhimpun dan golongan yang tidak turut serta, hakikatnya tidakkah kedua-dua kelompok ini mempertahankan perkara yang sama?
Adakah perkembangan ini merugikan rakyat Malaysia terutama sekali bangsa Melayu atau sebaliknya? Terserah kepada rakyat untuk menilai.
Sebagai kesimpulan, sama-sama kita hayati titah ucapan Timbalan Yang Di Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizuddin Shah pada 7 Disember 2018:


Ini reaksi Timbalan Yang Di Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

*Artikel merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Astro AWANI


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Koleksi Senarai Video-video Kompilasi Himpunan Aman 0812

Montaj Himpunan 812 Bantah ICERD


Imbau Himpunan Daulat 812: Kronologi Isu ICERD


Sedikit maklumat : FORUM MENYINGKAP HIMPUNAN 812

Esok, Selasa 8hb Disember 2020, menandakan ulangtahun kedua berlakunya perhimpunan raksasa Himpunan 812: Bantah ICERD.

Perhimpunan yang berjaya mengumpulkab lebih 600,000 rakyat jelata itu berjalan dengan aman dan teratur, jauh melangkaui gosip-gosip dan khabar angin yang berlegar di media sosial sebelumnya, yang rata-ratanya menyatakan perhimpunan ini akan bertukar ganas apabila "pejuang-pejuang Melayu" dan "pak-pak lebai" berkumpul beramai-ramai.
Sangkaan mereka meleset. Bukan sahaja perhimpunannya aman lagi teratur, ia juga perhimpunan yang bersih, baik aspek kelakuan mahupun keadaan sekitar, serta berjaya dalam mencapai objektif utama iaitu menghentikan sebarang ratifikasi konvensyen dan triti antarabangsa yang ingin ditandatangani kerajaan ketika itu.
Selain itu perhimpunan ini juga merupakan titik tolak kepada bermulanya sebuah lembaran baru kepada kesatuan NGO-NGO Melayu Islam yang langsung menebas laluan kepada penyatuan 2 parti terbesar Melayu Islam iaitu PAS dan UMNO melalui platform Penyatuan Ummah.

Perhimpunan ini juga merupakan antara titik tolak bermulanya kempen Buy Muslim First (Dahulukan Produk Muslim) yang menjadi antara kempen kesedaran paling berjaya dalam senarai kempen kesedaran hak pengguna. Jika ada kegagalan atau penangguhan daripada tuntutan perhimpunan ini, ia adalah keadilan yang dituntut buat arwah Adib, wira negara yang terkorban ketika menjalankan tugasnya menjaga keselamatan rakyat ketika rusuhan pada 17hb November 2018.
Sebuah forum atas talian, Menyingkap Himpunan 812 akan ke udara esok jam 8:30 malam hingga 10:30 malam khusus untuk kita kembali menelusuri perhimpunan ini dan melihat kembali apa yang telah dicapai kita bersama hari ini.

Apa pun sudah hampir 2 tahun semua ini berlalu. Ia sudah menjadi antara peristiwa dalam lipatan sejarah negara yang tidak boleh dilupakan.

Adakah kita masih teguh bersatu seperti hari-hari yang membawa kepada perhimpunan raksasa ini?
Adakah kempen-kempen yang dilancarkan masih kuat bergerak seperti dahulu?
Bersama panel-panel yang antaranya menjadi penggerak utama Himpunan 812: Bantah ICERD, kita kupas persoalan ini satu-persatu.

Adakah suara-suara umat Melayu Islam masih kukuh seperti dahulu? RSVP Di Sini :
https://www.facebook.com/events/68896...

Himpunan Bantah ICERD


Hasrat Malaysia untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) terus mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan NGO.
Beberapa perhimpunan aman bagi membantah ICERD diadakan di beberapa negeri, selepas solat Jumaat, siang tadi.

Dapatkan berita-berita terkini yang tepat lagi sahih dengan SUBSCRIBE Youtube kami di Buletin TV3. Juga di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram dengan carian Buletin TV3.



Sebarkan: Himpunan Bantah ICERD 8 Disember 2018

https://www.youtube.com/watch?v=xAYHcmWxeIA

Koleksi Arkib : 5 Disember 2018

BAGI tujuan perhubungan ketika berlaku kecemasan pada hari Himpunan 812 tersebut, dua nombor telefon berikut turut disediakan oleh firma Apandi Ali & Co untuk sebarang pertanyaan peserta iaitu 03-40506606 atau 03-40507606. Peserta diminta memakai baju warna putih sebagai tema himpunan. Beberapa garis panduan awal berikut untuk dipatuhi supaya semua peserta tahu hak undang-undang mereka: LAKUKAN:
SILA maklumkan seseorang bahawa anda menyertai perhimpunan SILA bawa pen dan buku nota – untuk catat nama polis dan nombor IDnya dan soalan ditanya jika ditahan SILA bawa pengenalan diri (Kad Pengenalan/Lesen Memandu) dengan anda setiap masa SILA pakai topi dan kasut yang selesa SILA gunakan pengangkutan awam – jalan ke tempat perhimpunan berkemungkinan telah tutup SILA ikut arahan pihak penganjur SILA berhimpun dalam keadaan tenang SILA berkelakuan sivik dan berdisiplin SILA bergerak di dalam bentuk kumpulan SILA abaikan sebarang ejekan dan/atau gangguan daripada orang awam SILA berkelakuan sopan sepanjang masa SILA ajukan sebarang persoalan media kepada jurucakap. Ingat, tidak ada apa-apa yang “off the record” SILA lapor sebarang perbalahan, tingkah laku tidak teratur atau ingkar undang-undang kepada Pihak Berkuasa SILA kekal tenang sekiranya apa-apa perbalahan atau lain-lain gangguan berlaku SILA beredar dari kawasan perhimpunan segera setelah tamat perhimpunan DILARANG: JANGAN bawa pisau ataupun apa-apa objek yang boleh dianggap sebagai senjata JANGAN menakutkan, mengancam atau menghina sesiapa JANGAN guna ayat berbaur penghinaan perkauman JANGAN buat gangguan ketenteraman awam JANGAN terlibat dalam pertengkaran atau dilihat sebagai ancaman terhadap orang awam JANGAN buang sampah sekitar tapak perhimpunan JANGAN cacatkan ataupun memusnahkan harta benda peribadi ataupun awam

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

DEMI PENYATUAN UMMAH : 

NASIHAT UNTUK UMNO, BERSATU DAN PAS DARIPADA PROF MOHD RIDHUAN TEE

  • NASIHAT UNTUK UMNO

“UMNO janganlah nampak terdesak sangat sehingga sanggup bekerjasama dengan ultra kiasu DAP (PH). Takkan nak jilat ludah balik. UMNO akan hilang sokongan Melayu, jika itu berlaku. Sudah tertutup semua pintu perbincangan dengan Perikatan Nasional (PN)? Suka atau tidak, PN tidak boleh ditinggalkan.”

  • NASIHAT UNTUK BERSATU

“BERSATU jangan bawa perangai lama. Uruskan ego, walaupun hari ini, mungkin kamu berkuasa. Esok lusa bila berlaku PRU15, keadaan mungkin berbeza. Perkukuhkan parti sendiri. Pastikan ia ada identiti sendiri, lain sedikit daripada UMNO dan PAS.”

  • NASIHAT UNTUK PAS

“Kepada PAS pula, dahulu kamu susah. Sudah mengajar kamu erti ikhlas dalam berjuang. Kini, mungkin dah senang sikit sebab berada dalam kerajaan. Teruskan berjuang dengan ikhlas. Damaikanlah UMNO dan BERSATU.”

Bacaan lanjut di sini di bawah ini :

UMNO akan hilang sokongan Melayu jika bekerjasama dengan DAP

Jaga ego serta pastikan luka lama tidak berdarah kembali

SAYA mengikuti secara dekat perkembangan politik negeri Perak, tanah tumpah darahku, walaupun agak membosankan, dengan isu perebutan kuasa, yang tidak sepatutnya berlaku, ketika negara dilanda pandemik COVID-19. Rakyat sedang susah, jangan disusahkan lagi. Sebaik-baiknya, berilah khabar gembira.

Semua parti ada yang salah. Setiap parti politik (manusia) ada kelemahan, tidak ada yang sempurna dalam dunia ini. Apa yang penting sekarang ini adalah untuk mengurus ego masing-masing, agar perpecahan tidak terus melebar.

UMNO, jangan tinggal PAS dan PPBM, kerana di situlah kekuatan UMNO selaku ‘big brother’ sebenarnya untuk kembali berkuasa. Tidak ada parti yang boleh berkuasa bersendirian.

UMNO janganlah nampak terdesak sangat sehingga sanggup bekerjasama dengan ultra kiasu DAP (PH). Takkan nak jilat ludah balik. UMNO akan hilang sokongan Melayu, jika itu berlaku.

Sudah tertutup semua pintu perbincangan dengan Perikatan Nasional (PN)? Suka atau tidak, PN tidak boleh ditinggalkan.

Jika berebut negeri Selangor, berbaloi juga, negeri kaya. Ini negeri Perak sahaja. Dahulu memang kaya, sekarang tidak sekaya dahulu. Perak hanya sebuah negeri, banyak negeri lain lagi.

Penyatuan UMNO, PAS dan PPBM amat penting kepada survival politik negara bertuah ini daripada jatuh ke tangan musuh. Tidak ada parti yang boleh memerintah secara bersendirian.

Saling perlu-memerlukan. Jangan biarkan keseorangan. Hati-hatilah bila mengeluarkan kata-kata, kerana kadangkala ianya mengguris dan melukakan. Luka di tangan nampak berdarah, masalah luka hati. Menyimpan lama. Akhirnya, meletup di negeri Perak.

UMNO, PAS, PPBM adalah majoritinya ‘parti sebangsa, seagama’. Takkan lebih teruk daripada ultra kiasu?

Ini belum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sudah bergaduh bagai nak rak. Bayang menjelang PRU15 nanti. Isu paling besar, soal pembahagian kerusi, contoh paling pahit ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Jika sekarang tidak boleh bersetuju untuk tidak bersetuju, dan duduk semeja, bayangkan nanti.

Jika dalam keadaan hayat Muafakat Nasional (MN) dan PN yang baharu setahun jagung sudah berantakan, bagaimana nak merancang untuk 100 tahun.

Adakah MN dan PN wujud hanya untuk kepentingan politik menang pilihan raya atau ada wawasan lebih jauh daripada itu? Fikirkan kepentingan anak bangsa dan agama untuk jangka panjang.

Jika merancang sekadar menang pilihan raya, nampak singkat sangat pemikiran kita.

Jangka panjang, jauh lebih penting daripada jangka pendek. Masa depan lebih penting daripada masa kini.

Saya merayu kepada UMNO, yang dilabelkan sebagai ‘big brother’, pastikan label ‘big brother’ itu mematangkan. Bukan melebarkan lagi ego. Tugas besar UMNO adalah perkukuhkan PN, walaupun pahit berhadapan dengan PPBM.

PPBM perlu ingat, kamu datangnya daripada UMNO. Luka UMNO bertambah dalam apabila kamu melompat. Memang sukar untuk UMNO menerima, tetapi itulah realiti.

UMNO tidak perlu lagilah ulang-ulang menyeru PPBM kembali kepada UMNO. Sukar untuk berlaku dalam jangka masa pendek ini. Bila hati telah retak. Teruskan usaha untuk perkukuhkan UMNO, sebab dalam UMNO sendiri, ramai tidak berperangai seperti UMNO dahulu.

PPBM jangan bawa perangai lama. Uruskan ego, walaupun hari ini, mungkin kamu berkuasa. Esok lusa bila berlaku PRU15, keadaan mungkin berbeza. Perkukuhkan parti sendiri. Pastikan ia ada identiti sendiri, lain sedikit daripada UMNO dan PAS.

Kepada PAS pula, dahulu kamu susah. Sudah mengajar kamu erti ikhlas dalam berjuang. Kini, mungkin dah senang sikit sebab berada dalam kerajaan. Teruskan berjuang dengan ikhlas. Damaikanlah UMNO dan PPBM.

Jangan termakan dengan hasutan musuh. Dalam laman media sosial hari ini, musuh-musuh sedang menghasut, untuk mempercepatkan terkuburnya hayat MN dan PN, agar mereka dapat berkuasa kembali. Adakah ini yang kita mahu?

Membina mengambil masa lama, meruntuh sekelip masa sahaja.

PAS mesti terus kuat berusaha untuk terus menyatukan UMNO dan PPBM.

Permusuhan antara keduanya memang tidak dapat dielakkan selepas kemelut negeri Perak ini.

Saya amat memahami kedudukan UMNO selaku parti yang mendapat kerusi yang terbanyak, tetapi terpaksa mengalah dalam banyak perkara disebabkan oleh kesilapan yang dilakukan pada masa lalu.

Ramai dalam kalangan kita marah kepada UMNO, kenapa sanggup jatuhkan Menteri Besar Perak? Kenapa sanggup tikam belakang? Apakah erti muafakat? Apa makna persaudaraan dan berbagai lagi persoalan dilontarkan.

Andainya kita berada di tempat UMNO, agak-agaknyalah, apa yang kita akan lakukan.

Parti yang paling banyak merusi, tetapi seolah-olah ‘tersisih’.

Benar, semuanya berpunca daripada UMNO (BN) yang telah memerintah lebih 60 tahun. Berbaloikah untuk mengorek semua cerita lama itu? Mari semua kita ‘move on’.

Jangan biarkan semua parti ini bersendirian, seperti PAS nampak sendirian dalam isu kuil di Kedah. UMNO buat senyap sahaja. Sedangkan lambakan kuil haram ini semuanya pada zaman UMNO (BN) lagi.

UMNO, PAS dan PPBM perlu kuat, dengan gabungan parti-parti Bumiputera ke Sabah dan Sarawak.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

https://ismaweb.net/2020/12/07/umno-akan-hilang-sokongan-melayu-jika-bekerjasama-dengan-dap/

Tuesday, 28 July 2020

28 Julai 2018

Hari ini dalam sejarah : 28 Julai 2018

Mungkin ramai yang tidak ingat, hari ini merupakan ulang tahun (28 Julai 2018) Himpunan Kebangkitan Ummah yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman oleh NGO-NGO Islam dan disertai oleh ribuan rakyat.

Ini merupakan himpunan pertama selepas kejatuhan Barisan Nasional dan merupakan detik paling awal penyatuan UMNO dan PAS. Malah, ada juga pemimpin BERSATU yang turun walaupun mendapat kritikan. Pendekatan inilah sumbangan NGO-NGO Melayu/Islam kepada agenda Perpaduan Ummah.

Peristiwa bersejarah ini berlaku tatkala parti-parti politik Melayu masih murung dan bersedih. Malah, parti-parti komponen mereka seperti MCA dan MIC sudah mula menekan mereka untuk menendang UMNO keluar dari Barisan Nasional. Tatkala ini jugalah tekanan demi tekanan terutamanya dari DAP dan PH semakin kuat  Maka, dari sinilah kami, NGO-NGO bangkit untuk menyatukan ummah termasuk parti-parti politik.

Walaupun pada peringkat awalnya ini, terdapat keraguan di kalangan ahli politik terhadap himpunan ini dan agenda penyatuan ummah, kami tetap meneruskannya juga walaupun teruk dikritik. Malah, sebelum itu mereka masih segan-segan dan saling menafikan mereka akan bekerjasama dan bersatu. Namun, mereka perlu akui bahawa himpunan inilah yang mencetuskan semangat dan momentum penyatuan ummah di kalangan rakyat dan para pemimpin, sehinggalah apa yang kita nikmati sekarang. Alhamdulillah.

Ketika itu, kami sangatlah daif. Kami hanya berbekalkan tulang empat kerat dan belanja poket masing-masing untuk menganjurkan himpunan ini. Kelab Sultan Sulaiman sekali lagi menjadi saksi kepada sejarah kebangkitan ummah sebagaimana Kongres Melayu Pertama 1946, iaitu perhimpunan anjuran persatuan-persatuan Melayu seluruh Tanah Melayu yang resolusinya ialah penubuhan UMNO itu sendiri untuk menuntut kemerdekaan.

Objektif perhimpunan pada 2 tahun lalu itu pada asalnya bertujuan untuk menyatupadukan orang Melayu dan alhamdulillah pemimpin-pemimpin pelbagai parti politik Melayu juga turut hadir.

Kepenatan menguruskan himpunan ini masih kian terasa. Cuma agak sedih mengenangkan ada rakan kami yang telah kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lalu. Namun, kesedihan ini terubat jua apabila melihat ada rakan-rakan seperjuangan yang lain sudah berada dalam kerajaan.

Saya mendoakan kepada yang sudah pergi ini agar diredhai Allah dan diterima segala amal, perit jerih perjuangan kita selama ini.

Kepada rakan-rakan yang sudah memegang tampuk kuasa, saya nasihatkan supaya ingatlah saat-saat kita berjuang dahulu. Sentiasa ingat apa yang kita benar-benar perjuangkan selama ini. Jangan persiakan segala peluang yang Allah berikan ink. Kalian akan dipertanggungjawabkan kelak oleh Allah, dan juga oleh generasi hadapan jika kalian gagal memanfaatkan kuasa yang ada di tangan.

Jangan angkuh dan lupa daratan kerana kuasa itu hanyalah sementara, tetapi sebaliknya binalah jati diri ummah dan perkasakanlah agama Islam yang tercinta.

Jangan lupa saat kalian susah dulu, dan siapa setia bersama kalian menghadapi kesusahan tersebut.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
28 Julai 2020

#MembangunUmatBeragenda
#MengangkatSuaraUmat
____


Friday, 23 November 2018

Keputusan Petisyen Bantahan Ratifikasi Konvenyen Antarabangsa ICERD

Keputusan Petisyen Bantahan Ratifikasi Konvenyen Antarabangsa ICERD - 209k penyokong bantahan

Syabas Saudara Sekelian

Pendokong Perlembagaan

23 NOV 2018 — 

Saudaraku,

Saya ingin maklum bahawa kerajaan telah mengumumkan yang mereka tidak akan meratifikasi ICERD. Lebih dari itu kerajaan akan mempertahankan perlembagaan dan menghormati kontrak sosial kita. 

Saya berasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT. Atas keberkatannya, doa kita dimakbulkan.

Dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi2 tahniah dan terima kasih kepada kerajaan PH dan Tun Mahathir. Tahniah tidak terhingga juga kepada pemimpin PPBM dan PAN yang telah tampil kehadapan menolak ICERD.

Tetapi yang paling utama yang saya hendak ucapkan tahniah adalah kepada saudara2 yang “stand and be counted”/ berdiri dan kehadapan. Kepada 208,000 yang kehadapan menandatangani petisyen membantah ICERD kerana bercanggah dengan perlembagaan. Yang datang ke demonstrasi luar biasa di seluruh negara baik di Kuala Lumpur, Kuantan, Alor Setar, penang dan pelbagai tempat. Dan yang tidak terhingga kepada mereka yang berhempas pulas menerangkan dan membawa naratif ICERD ini. Terima kasih tidak terkira kepada Patriots, MACSA, UMNO (terutama Pemudanya), PAS, PPMM, MLC, Sekretariat Daulat, MTEM, CLJ, Pembina dan ramai lagi yang telah membantu mempertahankan perlembagaan dan mengadakan demo. Termasuk juga penulisan dari Tun Abd Hamid ke saudara Yusfarizal ke Dr Yazid dan ramai lagi.  Sebenarnya banyak lagi organisasi yang menyokong dan saya minta maaf tidak dapat menamakan semua. Terima kasih tidak terhingga kepada semua.

Pada mulanya ia bermula dari beratus sahaja. Kemudiaannya kepada 20,000 ke 200,000 dan akhirnya menjadi satu gerakan akar umbi yang cukup besar di pelusuk negara. Pelbagai tohmahan dilontarkan kepada kita dari tidak memahami perlembagaan kepada melabel dengan kasar sebagai “rasis”. Tetapi akhirnya Alhamdulillah ramai memilih pendirian untuk mempertahankan perlembagaan kita. 

Kesemua ini berjaya dilakukan hanya atas satu sebab sahaja. Ia tidak lain dan tidak bukan kerana semua samada dari pihak kerajaan, pembangkang dan “bebas/neutral” telah “stand and be counted”. Termasuk juga sokongan dari pernyataan Raja-raja secara tidak langsung.

Saya percaya selepas ini mereka yang pro ICERD yang mengawal media akan terus bergerak menentang keputusan kerajaan ini. Jika ini berlaku kita akan stand and be counted lagi. Mereka tidak pernah berputus asa. Kita pun juga.

Wabillahitaufik Wal hidayah

Wassalamualaikum wbt,

Lukman S Alias
Pendokong Perlembagaan.


KENYATAAN AKHBAR UNTUK SIARAN SEGERA : ICERD


UNTUK SIARAN SEGERA

Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination - ICERD)

Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination - ICERD). Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua wakil kaum semasa pembentukan negara ini

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
23 NOVEMBER 2018

Luahan Rakyat :

Kerajaan 'Pakatan Harapan'.

Bila nak 'Kerajaan Malaysia'? Shouldn't it be Kerajaan Malaysia by now?

Tak aku bukan nak bring up stupid issues.

Aku betul betul tanya je. I'm unsure.




Monday, 19 November 2018

INILAH DALANG DAN PENCETUS HURU HARA YANG MEMBAWA ISU ICERD KE KABINET...

Image may contain: 6 people, beard and suit

Siapakah Waytha ini sebenarnya? Mari kita lihat sedikit latar belakang beliau.
Nama Waytha tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia secara umum kerana beliau merupakan salah seorang daripada 6 orang peguam yang bertanggungjawab menganjurkan demonstrasi secara besar-besaran pada 25 November, 2007 dimana berpuluhan ribu kaum India turun merusuh ke jalanraya menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan pemerintah pada masa itu, iaitu Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Image may contain: one or more people, crowd and outdoor

Rusuhan Hindraf pada 25 November, 2007

Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Selepas demonstrasi tersebut 5 orang peguam telah ditangkap di bawah akta ISA termasuk abang beliau P. Uthayakumar pada 13 Disember, 2007.
Waytha bagaimanapun sempat melarikan diri ke London dan mendapat perlindungan politik atau ‘Political Asylum’ dari kerajaan British.
Hindraf diistyiharkan sebagai pertubuhan haram di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) oleh Menteri dalam Negeri pada masa itu Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga ianya diharamkan.
Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.
Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.
Pertubuhan tersebut yang di pimpin oleh Waytha, telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.
Semasa berada di London, Waytha juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan-tuntutan mereka.

Kegiatan dan aktiviti Waytha telah memberi kesan buruk pada imej Negara.
Waytha yang kemudiannya kembali ke Malaysia pada 1 ogos, 2012 mengambil pendirian untuk beralih angin dengan menyokong BN pada PRU13 pimpinan Dato Seri Najib Razak.
Setelah BN menang PRU 13, Najib telah melantik beliau sebagai senator dan memberinya jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Tetapi, selepas Sembilan bulan, Waytha meletak jawatan sebagai senator dan timbalan menteri pada 10 February, 2014 dan menuduh Najib kononnya beliau tidak berhasrat untuk membantu menaik taraf kehidupan kaum India di Malaysia.
Tuduhan ini memang tidak berasas kerana fakta membuktikan Najib ialah satu-satunya perdana menteri yang banyak membantu kaum India.
Selepas perletakan jawatan, Waytha mula menyuarakan isu-isu membabitkan perkauman.
Antaranya ialah isu pendakwah bebas Islam Dr Zakir Naik.

Pendakwah bebas Dr Zakir Naik

Malah, Waytha yang mengetuai 18 yang lain untuk memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa ia melindungi pendakwah tersebut.

Tindakkan Waytha jelas menunjukkan beliau mencabar penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam malah, agama rasmi Malaysia juga adalah agama islam.
Tidakkah tindakan ini akan menggugat keharmonian masyarakat majmuk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama?
Bukan itu saja, Waytha juga telah mewakili beberapa kes penukaran agama (murtad) tetapi semuanya telah gagal.
Berbalik kepada perlantikkan beliau yang dicadang Tun Dr Mahathir Mohamad, apakah rancangan Mahathir sebenarnya?
Tidakkah Mahathir sebagai seorang yang berpengalaman harus tahu dan faham dengan keadaan semasa serta kehendak rakyat yang majoritinya yang beragama Islam?
Harap Mahathir sedar dengan apa yang sedang berlaku sekarang.

https://www.facebook.com/LongkaiVI/posts/2169230166440748?__tn__=K-R


Orang Melayu tidak faham intipati ICERD. Mereka hanya tahu, Hak Melayu akan diganggu, tetapi mereka terlalu kuat perkauman. Kami hanya menuntut hak sama rata, adakah itu salah?



P. Waytha Moorthy menipu, memfitnah dan memburukkan Malaysia di mata dunia

17 NOVEMBER 2018
   
Tuduhan dan fitnah Senator P. Waytha Moorthy terhadap Kerajaan Malaysia yang beragama Islam:
  1. Orang India dinafikan haknya di Malaysia.
  2. Orang Hindu dipaksa memeluk agama Islam jika mahu bekerja di sektor kerajaan.
  3. Orang Hindu dipaksa memeluk agama Islam jika mahu mendapatkan penajaan pelajaran.
  4. 90% kemasukan universiti adalah untuk orang Melayu semata-mata.
  5. 10,000 ribu kuil Hindu telah dihancurkan, 23,000 lagi kuil dalam risiko.
  6. Berbillion telah dibelanjakan hanya untuk orang menaikkan ekonomi Melayu semata-mata.
Persoalan yang patut anda fikirkan:
  1. Adakah orang sebegini boleh diletakkan kepercayaan untuk menjamin keluhuran perkara 153 di dalam isu ratifikasi ICERD?
  2. Adakah orang sebegini boleh diletakkan kepercayaan untuk menjaga kesucian agama Islam?
  3. Jika Waytha Moorthy boleh menipu satu dunia denagn kenyataan yang tidak betul tentang Malaysia, apakah jaminan orang sebegini tidak menipu rakyat Malaysia dalam kata-katanya hari ini?
  4. Mengapa orang sebegini begitu terdesak mahu meluluskan ICERD? Apa muslihatnya?
  5. Di manakah "KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA" di saat Waytha Moorthy menipu, memfitnah dan memburukkan negara sendiri?
  6. Mengapa orang yang jelas menipu dan tiada integriti sebegini dilantik menjadi senator? Layakkah dia?
  7. Berapa banyak kali lagi anda mahu ditipu?
© P. Waytha Moorthy menipu, memfitnah dan memburukkan Malaysia di mata dunia - Abu Leman
  • P. Waytha Moorthy menipu, memfitnah dan memburukkan Malaysia di mata dunia


Rakyat Bangkit ! Rakyat Tuntut Waytha Dipecat Dan Lucutkan Kerakyatan Dia !

Sumber-sumber lain dan artikel yang berkaitan berhubung dengan isu yang dibangkitkan :-
  • Waytha Moorthy pengkhianat - Maza
  • Tanya Moorthy, jangan tanya saya – Guan Eng
  • Pemuda UMNO desak Waytha Moorthy letak jawatan
  • Dakwa Morrthy bawah SOSMA – PPBM
  • Pecat, dakwa, gugur kerakyatan Waytha Moorthy – PAS
  • Perkasa desak Tun M pecat Moorthy
  • ICERD : Mufti Pahang mahu Waytha Moorthy disiasat
  • Gesaan desak Waytha Moorthy letak jawatan meningkat
  • Netizen sambung 'serang' Moorthy di FB



Luahan Rakyat : 

W. Moorthy dan DAP dulu complain macam-macam tentang Malaysia.  Lepas tengok video ni, saya rasa solusi nak sedarkan depa ni betapa bersyukur dapat duduk Malaysia selepas zaman Mahathir dulu sebenarnya senang je.  Hantar je depa duduk Singapore!


UNTUK SIARAN SEGERA

Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination - ICERD)

Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination - ICERD). Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua wakil kaum semasa pembentukan negara ini

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
23 NOVEMBER 2018

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...