Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 23 November 2018

Keputusan Petisyen Bantahan Ratifikasi Konvenyen Antarabangsa ICERD

Keputusan Petisyen Bantahan Ratifikasi Konvenyen Antarabangsa ICERD - 209k penyokong bantahan

Syabas Saudara Sekelian

Pendokong Perlembagaan

23 NOV 2018 — 

Saudaraku,

Saya ingin maklum bahawa kerajaan telah mengumumkan yang mereka tidak akan meratifikasi ICERD. Lebih dari itu kerajaan akan mempertahankan perlembagaan dan menghormati kontrak sosial kita. 

Saya berasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT. Atas keberkatannya, doa kita dimakbulkan.

Dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi2 tahniah dan terima kasih kepada kerajaan PH dan Tun Mahathir. Tahniah tidak terhingga juga kepada pemimpin PPBM dan PAN yang telah tampil kehadapan menolak ICERD.

Tetapi yang paling utama yang saya hendak ucapkan tahniah adalah kepada saudara2 yang “stand and be counted”/ berdiri dan kehadapan. Kepada 208,000 yang kehadapan menandatangani petisyen membantah ICERD kerana bercanggah dengan perlembagaan. Yang datang ke demonstrasi luar biasa di seluruh negara baik di Kuala Lumpur, Kuantan, Alor Setar, penang dan pelbagai tempat. Dan yang tidak terhingga kepada mereka yang berhempas pulas menerangkan dan membawa naratif ICERD ini. Terima kasih tidak terkira kepada Patriots, MACSA, UMNO (terutama Pemudanya), PAS, PPMM, MLC, Sekretariat Daulat, MTEM, CLJ, Pembina dan ramai lagi yang telah membantu mempertahankan perlembagaan dan mengadakan demo. Termasuk juga penulisan dari Tun Abd Hamid ke saudara Yusfarizal ke Dr Yazid dan ramai lagi.  Sebenarnya banyak lagi organisasi yang menyokong dan saya minta maaf tidak dapat menamakan semua. Terima kasih tidak terhingga kepada semua.

Pada mulanya ia bermula dari beratus sahaja. Kemudiaannya kepada 20,000 ke 200,000 dan akhirnya menjadi satu gerakan akar umbi yang cukup besar di pelusuk negara. Pelbagai tohmahan dilontarkan kepada kita dari tidak memahami perlembagaan kepada melabel dengan kasar sebagai “rasis”. Tetapi akhirnya Alhamdulillah ramai memilih pendirian untuk mempertahankan perlembagaan kita. 

Kesemua ini berjaya dilakukan hanya atas satu sebab sahaja. Ia tidak lain dan tidak bukan kerana semua samada dari pihak kerajaan, pembangkang dan “bebas/neutral” telah “stand and be counted”. Termasuk juga sokongan dari pernyataan Raja-raja secara tidak langsung.

Saya percaya selepas ini mereka yang pro ICERD yang mengawal media akan terus bergerak menentang keputusan kerajaan ini. Jika ini berlaku kita akan stand and be counted lagi. Mereka tidak pernah berputus asa. Kita pun juga.

Wabillahitaufik Wal hidayah

Wassalamualaikum wbt,

Lukman S Alias
Pendokong Perlembagaan.


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...