Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Andalusia. Show all posts
Showing posts with label Andalusia. Show all posts

Sunday, 10 April 2022

al-Muqaddimah Taghyir al-Munkar

Arkib : 2 Julai 2021 Sebuah Pendedahan Rahsia Daripada Ilmuan Islam

 

Sebuah Tugu Peringatan Ibn Khaldun

IBN KHALDUN DAN KEBANGKITAN RAKYAT

Himan Fikri Azman

Kebangkitan rakyat dalam menolak penguasa bukanlah fenomena baru dalam sejarah Islam. Sedari kurun pertama Hijrah lagi penolakan telah dizahirkan oleh kelompok Khawarij yang mengingkari rundingan Tahkim Ali bersama Muawiyah. Disusuli setelah itu dengan beberapa siri kebangkitan, yang sebahagiannya menumbangkan dinasti-dinasti besar seperti Khilafah Umayyah dan ‘Abbasiyyah.

Tulisan ringkas ini menyingkap beberapa intipati utama dalam karya agung filasuf sejarah pada abad ke-14 bernama ‘Abd al-Rahman Ibn Khaldun berjudul “al-Muqaddimah.” Tidak begitu ramai ulama pada hari ini yang mencermati al-Muqaddimah dalam menafsirkan fenomena kebangkitan rakyat, barangkali kerana dianggap tidak setaraf dengan karya sejarawan terkemuka seperti al-Tabari, al-Mas’udi dan al-Ya’qubi yang cenderung kepada metodologi sanad. Ini yang diperhatikan oleh Syed Farid Alatas.

Namun karya ini mendapat tempat dalam kalangan sejarawan Barat yang tidak terpasung dalam kerangka Eurosentisme dan Orientalisme. Karya ini misalannya telah membuka mata Ortega y Gasset, pemikir dari Sepanyol terhadap tahap keilmuan di Afrika Utara pada zaman itu, yang beliau paparkan dalam makalahnya yang berjudul “Abenjaldún nos revela el secreto: pensamientos sobre Africa Menor” (Pendedahan Rahsia oleh Ibn Khaldun kepada Kita: Catatan mengenai Afrika Utara).

Tidak ketinggalan para pemikir dan sejarawan seperti Alfred von Kremer, Robert Flint, Ludwig Gumplowicz, René Maunier, Franz Oppenheimer dan Howard Becker yang turut menyanjung tinggi al-Muqaddimah. Ortega bahkan memuji Ibn Khaldun kerana menjadi penulis pertama yang membicarakan mengenai falsafah sejarah dan bidang sosiologi.

Sudah tentu karya utama Ibn Khaldun ini sarat dengan pelbagai mauduk, namun yang ingin dikupas dalam ruang yang terbatas ini adalah tentang teori kebangkitannya, atau islah, yang berpangkal pada konsep taghyir al-munkar, yakni semangat untuk merubah kemungkaran dan kebobrokan.

Sejarah membuktikan, apabila mula sahaja keselesaan menyelubungi kaum elit penguasa, bererti mereka sudah terpesong dari tujuan sebenar sebuah pemerintahan. Keghairahan menumpuk harta berbanding meringankan beban rakyat, dan lalai serta berfoya-foya ketimbang tumpu usaha merungkai kemelut kesihatan dan ekonomi – amaran Ibn Khaldun ini amat wajar diambil iktibar.

Kemungkaran ini justeru akan mengundang rasa kecewa rakyat yang miskin dan susah pada awalnya, sebelum ia bertukar menjadi kemarahan rakyat keseluruhannya atas dasar empati. Amarah yang tidak terbendung ini kemudiannya akan menyatu menjadi suatu suara raksasa, mendesak agar kebobrokan pemimpin ini segera ditamatkan. Jika terus ditekan, rakyat sudah hampir pasti akan bangkit dan menghumban para penguasa keluar dari mahligai mereka.

Desakan rakyat ini sememangnya bukan sekadar ikut-ikutan, tetapi ada asasnya yang terbit dari hati nurani yang mahukan keadilan. Tatkala rakyat menderita kerana kelemahan dan ketidakcekapan pengurusan, para penguasa pula bermaharajalela dengan kesenangan, hampir tidak menghiraukan rintihan dan nasihat yang diberikan. Singgung Ibn Khaldun lagi, para penguasa juga lunak dan bermudah-mudah dengan undang-undang. Tatkala rakyat di bawah dihukum semahunya, undang-undang tidak berani menyentuh jubah penguasa.

Pertembungan ini, yang diungkapkan Ibn Khaldun sebagai antara al-‘umrān al-badawī (kelompok miskin yang mewakili rakyat) dan al-‘umrān al-ḥaḍarī (kelompok penguasa yang senang dan selesa) dalam hubungan dialektik kemasyarakatan, telah melahirkan negara dan peradaban. Andaikan perubahan pimpinan telah dilakukan, tegas Ibn Khaldun, kebobrokan yang sama akan menjengah kembali, jika budaya yang sama diteruskan, dan tiada kesedaran serta islah diikhtiar dari dalam untuk menamatkannya.

Maka al-‘umrān al-badawī yang asalnya menderita akan menjelma sebagai al-‘umrān al-ḥaḍarī yang angkuh, sebelum ditumbangkan semula oleh gerakan islah baru yang bencikan kebobrokan dan kezaliman.

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Zaman Kegemilangan Andalusia

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/02/zaman-kegemilangan-andalusia.html

Tuesday, 5 April 2022

03 Ramadan 350H

Peristiwa 3 Ramadan 350H

 

*Gambar monumen Al-Hakam II di Plaza Campo Santo de los Mártires, Cordoba.

Hari ini 1,093 tahun Hijrah yang lalu, Al-Hakam II naik takhta sebagai Khalifah Cordoba.

Beliau menjadi Emir ke-9 Empayar Umayyah & Khalifah ke-2 Cordoba menggantikan ayahnya, Abdurrahman III. Al-Hakam II memerintah selama 16 tahun dari 350H hingga 366H, tempoh yang dianggap sebagai zaman gemilang keilmuan Islam di Sepanyol.

Beliau amat mencintai ilmu & sastera, membangunkan perpustakaan awam yang terbesar di Eropah pada ketika itu. Dikatakan beliau memiliki lebih 400,000 buku & katalog buku di perpustakaan diraja sahaja sepanjang 44 jilid & sekitar 500 orang bekerja di situ.

Beliau juga menggerakkan usaha penterjemahan buku-buku Latin & Greek ke bahasa Arab secara besar-besaran, membentuk jawatankuasa bersama yang dianggotai orang Islam Muwallad dengan Kristian Mozarab Iberia untuk usaha itu.

Selain cintakan buku & mahir dalam beberapa bidang ilmu seperti sains & sastera, Al-Hakam II juga amat memberi penekanan terhadap kepentingan sejarah. Malah beliau sendiri menulis sebuah buku tentang sejarah kerajaan Islam Al-Andalus.

Al-Hakam juga II dikenang sebagai pemimpin terbilang dengan kemahiran diplomasinya. Beliau berjaya menyelesaikan pertikaian antara negeri-negeri kecil Sepanyol bawah kekuasaannya, juga mengikat hubungan baik dengan kerajaan Katolik di utara semenanjung Iberia.

Bawah pimpinan panglima Ghalib Abd al-Rahman, kerajaan Islam Cordoba berjaya mengesahkan kekuasaan ke atas wilayah Afrika Utara selepas empat tahun berperang dengan kerajaan Syiah Fatimiah di Maghribi.

Al-Hakam II meninggal dunia pada usia 61 tahun, menyerahkan takhta kepada anaknya Hisham II yang berusia 11 tahun.

Sumber: Al Arabiya, Republika ID, Britannica, Encyclopedia

#PeristiwaHariIni 
#IlhamRamadan
#RamadanSLK


Pautan artikel yang berkaitan :-

Zaman Kegemilangan Andalusia


Monday, 7 February 2022

Zaman Kegemilangan Andalusia

#PNS Arkib : 10 Disember 2021

Kenali 4 Cendekiawan Islam Dari Zaman Kegemilangan Andalusia

Era Kegemilangan Islam Tercapai Ketika Zaman Kerajaan Islam Di Andalusia

SEMPENA ketibaan Maal Hijrah 1443H, kami ceritakan antara ilmuwan Islam yang pemikiran mereka masih diguna pakai sehingga ke zaman sekarang.

Semasa zaman kegemilangan Kerajaan Islam di Andalusia, ramai cendekiawan yang lahir di dalam pelbagai bidang termasuk sains, matematik, kesusasteraan, geografi, sejarah, falsafah, perubatan dan banyak lagi.

Kerana galakan yang diberikan oleh pemerintah ketika itu maka lahirlah anak-­anak tempatan dari bumi Sepanyol yang mahir di dalam pelbagai bidang yang meninggalkan kesan dalam perkembangan pelbagai cabang ilmu.

Ada banyak nama cendekiawan Islam yang tercatat dalam sejarah. Antaranya ialah empat tokoh ini.

1. Abu Bakr Muhammad – Ibnu Thufail

Dilahirkan di Asya, Granada, Ibnu Thufail menguasai kepakaran di dalam bidang falsafah, perubatan, politik dan penulis novel yang hebat.

Kalau berbicara tentang ahli falsafah terhebat dunia, selalu yang disebut hanya tokoh Yunani seperti Plato dan Aristotles. Pengajian psikologi di universiti kebanyakannya mengambil pemikiran dua tokoh Yunani itu. Jarang yang membincangkan tentang kehebatan ahli falsafah Islam seperti Ibnu Thufail.

Zaman kegemilangan kerajaan Islam sebenarnya telah banyak melahirkan ahli falsafah ternama tapi dipandang remeh dalam sejarah pemikiran manusia.

Dalam banyak perkara, Ibnu Thufail lebih dikenali sebagai ahli politik yang handal dan pernah berkhidmat sebagai gabenor di Sabtah dan Tonjah, Maghribi.

Beliau juga pernah menjadi doktor peribadi kepada Abu Yakub Yusuf, pemerintah di zaman Dinasti al­Muwahidin. Selain kehebatannya di dalam bidang perubatan dan kepetahannya berpolitik, beliau juga seorang penulis yang pintar. Banyak menggunakan falsafah di dalam tulisannya.

Di dalam novel terkenalnya Hayy ibn Yaqzan, gaya bahasanya cukup indah membuai jiwa yang membacanya. Menyelitkan falsafah yang mendalam dan tinggi pengertiannya selain bijak menggunakan imaginasi yang indah untuk menyampaikan mesej.

Ibn Tufayl's Hayy Ibn Yaqzan : A Philosophical Tale

Hingga ke hari ini karyanya masih terus dibaca dan telah diterjemahkan di dalam banyak bahasa dunia untuk tatapan umum. Walaupun novelnya sudah berusia lebih 900 tahun namun ia tetap menghiburkan dan masih terus dicari untuk mendalami falsafahnya.

2. Abu Abadallah Muhammad Al-Idrisi (1099-1166)

Seorang ahli geografi yang terkenal kurun ke­ 12 hingga ke hari ini. Hasil kajiannya menjadi asas kepada penemuan baru.

Menariknya tentang Al­-Idrisi, kegigihannya menghasilkan buku nuzhah al Musytaq fi Istiraq al Afaq (kenikmatan pada keinginan untuk menjelajah iklim) atau di dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Roger’s Book.

Ia merupakan sebuah ensiklopedia geografi yang mengandungi maklumat lengkap tentang peta dunia dan segala maklumat tentang negara di seluruh dunia.

Betapa bijaknya Al­-Idrisi ketika itu, tanpa satelit dan bantuan komputer, beliau mampu mencipta glob perak seberat 400 paun untuk Raja Roger 11, Sicily.

Glob Perak Al-Idrisi

Di dalam glob itu lengkap dengan negara­-negara di dunia, laluan perdagangan, teluk, lautan, tasik, sungai, bandar-­bandar besar, bukit, lembah, hutan, gunung­ ganang dan juga pembahagian dunia kepada tujuh iklim. Setiap jarak dan ketinggian sesuatu tempat dapat diukur oleh Al-­Idrisi dengan tepat.

Al­-Idrisi amat gemar mengembara dan dari pengalaman itulah dia mencipta petanya. Sama seperti Marco Polo, Al­-Idrisi juga mencatatkan setiap yang dilihatnya sewaktu mengembara untuk tatapan generasi sekarang. Malah, Al-­Idrisi jauh lebih ke depan kerana mencatatkan setiap tumbuhan yang ditemui serta kegunaannya di dalam perubatan dan dikaitkan dengan penyelidikan sains.

Kecerdikan Al-­Idrisi memang tidak ada tandingannya apabila beliau boleh menerangkan tentang budaya, perihal masyarakat, kerajaan dan cuaca-­cuaca setiap negara yang terdapat pada petanya.

Selama beberapa abad, peta hasil rekaannya digunakan secara meluas oleh orang Eropah dan seluruh dunia. Dengan peta yang sama atau peta Al-­Idrisi, Christopher Columbus dan Vasco Da Gama mengelilingi dunia melalui jalan laut.

Tidak kurang juga yang menggunakan peta Al-­Idrisi untuk jalan yang tidak baik. Misalnya, Barbary Corsaira yang juga dikenali sebagai Ottoman Corsairs atau Babary Pirates, yang terkenal sebagai lanun Muslim, lanun terkenal di sekitar kurun ke 11 hingga ke 19 menggunakan laluan peta Al­-Idrisi untuk misinya.

Sehingga hari ini peta Al-­Idrisi masih lagi digunakan di seluruh dunia.

3. Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh – Ibnu Bajjah (1082-1138)

Ibnu Bajjah seorang yang hafiz al­-Quran dan merupakan doktor perubatan yang hebat pernah dilahirkan oleh kerajaan Islam Andalusia. Kepakarannya di dalam sains, matematik, astronomi, falsafah, sastera, ahli bahasa dan pemuzik.

Walaupun kehebatannya terserlah di dalam bidang perubatan, namun beliau juga seorang yang pintar berpolitik. Pernah dilantik menjadi menteri semasa Abu Bakr Ibrahim berkuasa di Saragossa. Selain itu beliau juga ahli muzik dan pemain gambus yang handal.

Masyarakat Barat mengenalinya dengan nama Avermpace. Kebijaksanaannya melampau zaman dan boleh menguasai pelbagai bidang ilmu dari sains hingga ke sastera.

Ibnu Bajjah meletakkan ilmu di tempat paling atas mengatasi segala-­galanya. Menerusi ilmu dan akal manusia boleh mengenali segala kewujudan benda mahupun Tuhan.

Kerana pemikirannya yang berbeza dengan masyarakat Granada ketika itu telah menyebabkan dia ditangkap dan dituduh murtad lantaran menyebarkan bidaah.

Memang jelas pemikirannya melampaui jangkauan zaman ketika itu. Misalnya beliau menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial sebelum para sarjana Barat menggunakannya.

Kejadian itu menjadi titik tolak Ibnu Bajjah berpindah ke Fez di Morocco. Di sana beliau mendapat pengiktirafan dan disanjung tinggi masyarakat hingga dilantik menjadi menteri.

Sanjungan yang diterima telah menimbulkan perasaan iri hati dari banyak pihak. Sudah suratan hidupnya, beliau meninggal dunia akibat diracun oleh seorang doktor bernama Abu al­ Ala Ibnu Zuhri pada bulan Ramadhan 533 hijrah atau 1123 Masihi.

Walaupun sudah lama meninggal, sumbangannya masih lagi dikenang dan karyanya telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa. Antara karyanya yang paling hebat ialah Risalah al­ Wida yang menceritakan tentang ketuhanan, kewujudan manusia, alam dan bidang perubatan.

Kemudian di dalam risalah Tadbir al-Mutawahhid, adalah pandangan beliau tentang bidang politik dan falsafah. Beliau lebih menekankan kehidupan individu dalam masyarakat yang dikenali sebagai Mutawahhid. Karyanya itu telah diterjemahkan di dalam bahasa Sepanyol.

Selain itu, kitab yang paling terkenal, an ­Nafs (Jiwa) pula menerangkan persoalan berkaitan dengan jiwa yang banyak dipengaruhi oleh falsafah Aristotle, Galenos, Al­ Farabi dan Ar­ Razi.

Ibn Bajjah's "Ilm-Al-Nafs"

Sebenarnya banyak lagi karya Ibnu Bajjah yang tidak diketahui kerana karyanya banyak dimusnahkan dan yang tinggal hanya sebahagian kecil dokumen yang masih tersimpan di perpustakaan Berlin dan Bodlein.

Walaupun yang tinggal hanya sedikit, namun ia telah memberikan asas yang kukuh pada perkembangan ilmu di dunia Islam dan Barat.

4. Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad – Ibnu Rusyd (1126-1198)

Ibnu Rusyd banyak menghabiskan masanya sebagai hakim dan pernah dilantik menjadi hakim di Sevilla dan Cordova. Beliau meninggalkan bidang kehakiman setelah dilantik menjadi doktor diraja oleh kerajaan Andalusia pada tahun 1182.

Pelantikannya menyebabkan ramai yang iri hati. Ditambah pula dengan caranya berfikir, kebijaksanaannya dan idea­-ideanya yang bernas menjangkau zaman, menyebabkan dia dikatakan sebagai orang Yahudi.

Atas desakan dan tekanan pihak tertentu, beliau telah dilucutkan jawatan dan di buang daerah ke Alaisano.

Banyak karyanya yang telah dimusnahkan kerana ideanya yang tidak boleh diterima oleh ilmuwan ketika itu.

Selepas tamat tempoh buangan, beliau kembali semula ke Cardova. Namun kehadirannya tidak dialu-alukan. Malah, masyarakat menyisihkannya. Pelbagai penghinaan dilemparkan kepadanya. Bagi Al-Rusyd, semua itu tidak pernah menutup pintu hatinya dari terus menghasilkan karya yang bermanfaat kepada manusia hari ini.

Setelah sekian lama, barulah Khalifah Al­-Mansor Al­-Muwahhidi menyedari kesilapannya dan mengembalikan penghormatan dan pengiktirafan kepada Al-­Rusyd. Namun, semuanya sudah terlambat kerana Al-­Rusyd meninggal dunia sebelum sempat menikmati semua itu.

Beliau pergi tanpa meninggalkan sebarang harta kecuali tulisannya. Antaranya Al-Kulliyat Fi L-Tibb, Mabadil Falsafah, Tafsir Urjuza, Taslul, Kasyful Adillah, Tahafatul Falaisafat dan Muwafaqatil hikmah Wal Syariía. Kebanyakan bukunya menyentuh hal perubatan, falsafah, agama dan tauhid.

Kitab Al-Kulliyyat Fi L-Tibb

Karyanya yang paling agung dan masih digunakan sebagai rujukan utama di universiti Eropah ialah Kulliyah fith ­Thibb (encyclopaedia of Medicine) yang terdiri dari 16 jilid.

Di dalam bidng perubatan, beliau banyak memberi penekanan di dalam hal penjagaan kesihatan, pembedahan dan fungsi organ.

Al-Rusyd adalah orang pertama yang mengeluarkan pendapat bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja, sehingga hari ini fakta itu terus diguna pakai.

Hospital Les Quinze ­Vingt merupakan hospital pertama yang dibina di Paris oleh Raja Louis IX, meniru bulat-­bulat hospital Sultan Nuruddin di Damsyik. Kaedah perubatan yang digunakan di dalam hospital itu juga datangnya dari idea Ibnu Rusyd.

Doktrin Ibnu Rusyd juga banyak mempengaruhi pemikiran Voltaire Jean Jaques Rousseau dan Maimonides yang mencetuskan era pembaharuan atau revolusi kepada benua Eropah. Sesungguhnya dunia banyak terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya.

Sumber : mastika.online

#PeristiwaNSejarah

https://www.facebook.com/groups/539960930554145/permalink/585169769366594/ 

Info Tambahan :-

Ini adalah kaca mata pertama dalam sejarah Kota Andalusia hasil dari rekaan Ulama Andalusia iaitu Abbas ibnu Firnas. Yang uniknya di sini ia tersimpan dalam Muzium British dalam Halaman Ilmu Kaca mata di bawah tajuk Khazanah Bumi Andalusia

Wallahu a'lam

Kredit : Che Pai

https://www.facebook.com/groups/539960930554145/permalink/638962170654020/

Pautan artikel lain yang berkaitan di sini :-

Penakluk Andalusia

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/02/penakluk-andalusia.html

Sunday, 6 February 2022

Penakluk Andalusia

Thariq bin Ziyad: Panglima Penakluk Andalusia

SIAPAKAH THARIQ BIN ZIYAD?

Mengenai asal-usul dan sejarah hidupnya, sangat sedikit buku sejarah yang menceritakannya. Thariq bin Ziyad berasal dari bangsa Barbar, mengenai sukunya, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada beliau dari suku Nafza atau suku Zanata. Dia merupakan bekas seorang budak yang kemudian dimerdekakan oleh Musa bin Nushair, Gabenor Islam di Afrika Utara dan di tangan Musa inilah Thariq memeluk Islam bersama orang-orang Barbar yang lainnya yang tunduk di bawah kekuasaannya setelah penaklukkan daerah Tanja. Dikisahkan bahawa setelah masuk Islam, mereka menjalankan agama Islam dengan baik. Oleh kerana itu, sebelum Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar mereka Al-Qur’an dan ajaran-ajaran Islam. Setelah itu Musa mengangkat Thariq, yang merupakan perajurit Musa yang terkuat untuk menjadi penguasa daerah Tanja, hujung Maroko dengan kekuatan 19,000 tentara dari bangsa Barbar, lengkap dengan persenjataannya. Apa yang pasti, Thariq merupakan antara kerlipan bintang yang bersinar setelah kewafatan Rasulullah s.a.w dan slps zaman Khilafah Ar-Rasyidin.

BERMULANYA PENAKLUKAN KE ATAS ANDALUSIA

Ini bertepatan dengan mendung hitam yang melanda Sepanyol dengan kekejaman penjajah Eropah yang pada ketika itu dikuasai oleh Raja Bangsa Gothik yang kejam bernama Raja Roderick. Wanita merasa terancam kesuciannya, petani dikenakan pajak tanah yang tinggi, dan banyak lagi penindasan yang tak berperikemanausiaan. Raja dan kroni-nya bersuka ria dalam kemewahan sedang rakyat merintih dalam kesengsaraan. Sebahagian besar penduduk yang beragama Kristian danYahudi, berhijrah ke Afrika untuk mendapat ketenangan yang lebih menjanjikan. Pada saat itu, Afrika adalah sebuah daerah yang makmur dan mempunyai toleransi yang tinggi kerana berada di bawah naungan pemerintahan Islam.

Satu dari jutaan penghijrah itu adalah Julian, Gabenor Ceuta yang puterinya Florinda telah dinodai oleh Roderick. Mereka memohon pada Musa bin Nusair, Raja Muda Islam di Afrika untuk memerdekakan negeri mereka dari penindasan raja yang zalim itu. Setelah mendapat persetujuan Khalifah, Musa melakukan pengintaian ke atas pantai selatan Sepanyol.

Akhirnya, pada bulan Rejab tahun 97 H (bersamaan Julai 711 M), Musa bin Nushair memerintahkan pembantunya Thariq bin Ziyad untuk menyerang Semenanjung Sepanyol dengan memimpin 12,000 tentera Muslim menyeberangi selat antara Afrika dan daratan Eropah yang dipisahkan oleh Lautan Mediterranean sejauh 13 batu ini dengan kapal-kapal pemberian Julian, Gabenor Ceuta.

PEPERANGAN MENENTANG NASRANI DI ANDALUSIA

Setelah mendarat di pantai karang, Thariq dan pasukannya berhadapan dengan 100,000 tentera Visigoth di bawah pimpinan Roderick. Kedatangan pasukan Thariq ini menimbulkan kehairanan kepada Tudmir, penguasa setempat yang berada di bawah kekuasaan Raja Roderick, kerana tentera Islam datang dari arah yang tidak diduga-duga, iaitu dari arah laut.

Pada mulanya, bilangan tentera Kristian yang besar ini menggerunkan tentera kaum Muslimin. Namun, Thariq dengan pantasnya mengumpulkan tentera Muslimin di atas sebuah bukit karang, dan Thariq berucap memberi dorongan jihad di atas bukit itu. Bukit itu kini dikenali sebagai Jabal Thariq (bukit Thariq) yang kemudiannya ditukar kepada Gibraltar.

Di atas bukit karang setinggi 425m di pantai Tenggara Sepanyol inilah Thariq memerintahkan pembakaran semua kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka. Tentu saja perintah ini membuat tentera kaum Muslimin kehairanan. “Kenapa anda melakukan ini?” tanya mereka. “Bagaimana kita akan kembali nanti?” tanya yang lain.

Namun Thariq tenang dan tetap pada pendiriannya. Dengan gagah berani Thariq berseru,

”Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan, menaklukkan negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid”.

Keberanian dan perkataannya yang luar biasa menggugah Iqbal, seorang penyair Persia, untuk menggubahnya dalam sebuah syair berjudul ”Piyam-i Mashriq” :

“Tatkala Thariq membakar kapal-kapalnya di pantai Andalusia (Sepanyol), Perajurit-perajurit mengatakan bahawa, tindakannya itu tidak bijaksana. Bagaimana mungkin mereka kembali ke negeri asal, dan peralatan peperangan adalah bertentangan dengan hukum Islam. Malahan kekuatan bilangan tentera musuh melebihi ribuan dari tentera kaum Muslimin. Mendengar itu semua, Thariq menghunus pedangnya, dan menyatakan bahawa setiap negeri kepunyaan Allah adalah kampung halaman kita.”

Bulatan merah merupakan tempat bukit karang Thariq berucap.

Kata-kata Thariq itu bagaikan mencabut cambuk yang meledakkan semangat tentera Muslimin yang dipimpinnya. Bala tentara Muslimin yang berjumlah 12,000 orang mara melawan tentara Gothik yang berkekuatan 100,000 tentara. Pasukan Kristian jauh lebih unggul baik dalam jumlah maupun persenjataan. Namun semua itu tak mengecutkan hati pasukan muslim setelah mendengarkan pidato dari Thariq yang menggentarkan jiwa mereka untuk memburu syahid Allah.

Tanggal 19 Julai 711 M, pasukan tentera Muslimin dan Nasrani bertemu dan bertempur dekat muara sungai Barbate. Thariq memecahkan pasukannya menjadi 4 kelompok, dan menyebarkan mereka ke Cordoba, Malaga, dan Granada. Sedangkan dia sendiri bersama pasukan utamanya menuju ke Toledo, ibukota Sepanyol. Semua kota-kota itu menyerah tanpa perlawanan sukar. Kecepatan gerak dan kehebatan pasukan Thariq ini berhasil melumpuhkan pasukan tentera bangsa Gothik. Bahkan Raja Roderick sendiri awal-awal telah tewas di sungai Barbate. Kemenangan Thariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentara Islam secara terbuka.

Dalam kitab Tarikh al-Andalus, disebutkan bahawa sebelum meraih kemenangan ini, Thariq telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w bersama keempat-empat Khalifah Khulafa’ Ar-Rasyidin berjalan di atas air hingga menjumpainya, lalu Rasulullah s.a.w memberitakan khabar gembira bahawa dia akan berhasil menaklukkan Andalusia. Rasulullah s.a.w menyuruhnya untuk selalu bersama kaum Muslimin dan menepati janji.

SELEPAS PENAKLUKAN ISLAM KE ATAS SEPANYOL


Al-Andalus sewaktu penguasaan Kerajaan Islam di Sepanyol suatu ketika dahulu

Rakyat Sepanyol yang telah sekian lama tertindas dengan penjajahan bangsa Gothik, mengalu-alukan kedatangan tentera Muslimin. Selain itu, perilaku & akhlak Thariq dan orang-orang Islam begitu mulia menyebabkan disayangi oleh bangsa-bangsa yang ditaklukkannya.

Salah satu pertempuran paling hebat terjadi di Ecija, yang membawa kemenangan bagi pasukan Thariq. Dalam pertempuran ini, Gabenor Musa bin Nusair telah bergabung dengan Thariq untuk mengalahkan tentera Nasrani.

Selanjutnya, kedua general itu bergerak mara terus berdampingan dan dalam kurun waktu kurang dari 2 tahun seluruh Semenanjung Sepanyol telah jatuh ke tangan Islam. Portugis kemudiannya turut ditakluk pula beberapa tahun kemudian. Ketika inilah nama Sepanyol telah ditukar kepada Andalusia.

Philip K.Hitti, pemerhati berbangsa Eropah telah menulis :

"Ini merupakan perjuangan utama yang terakhir dan paling sensasional bagi bangsa Arab itu. Penaklukan ini membawa masuknya wilayah Eropah yang paling luas yang belum pernah mereka (tentera Islam) peroleh sebelumnya ke dalam kekuasaan Islam. Kecepatan pelaksanaan dan kesempurnaan operasi ke Sepanyol ini telah mendapat tempat yang unik di dalam sejarah peperangan abad pertengahan."

Penaklukkan Sepanyol oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui. Ketidak toleransi dan penganiayaan yang biasa dilakukan orang-orang Kristian dan bangsa Eropah telah digantikan oleh toleransi yang tinggi dan kebaikan hati yang luar biasa.

Keadilan ditegakkan tanpa pandang bulu, sehingga jika tentera Islam yang melakukan kekerasan akan dikenakan hukuman berat. Tidak ada harta benda atau tanah milik rakyat yang disita. Orang-orang Islam memperkenalkan sistem perpajakan yang sangat jitu yang dengan cepat membawa kemakmuran di semenanjung itu dan menjadikan negeri teladan di Barat. Orang-orang Kristian dibiarkan memiliki hakim sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka.

Semua komunitas mendapat kesempatan yang sama dalam pelayanan umum.

Pemerintahan Islam yang baik dan bijaksana ini membawa kesan luar biasa. Orang-orang Kristian termasuk pendeta-pendetanya yang pada mulanya meninggalkan rumah mereka dalam keadaan ketakutan, kembali pulang dan menjalani hidup yang bahagia dan makmur.

Seorang penulis Kristian terkenal menulis :

"Muslim-muslim Arab itu mentadbir kerajaan Cordoba dengan baik dan ia merupakan sebuah keajaiban Abad Pertengahan, mereka mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan kepada dunia Barat. sedangkan saat itu bangsa Eropah sedang dalam situasi pergolakan dan kebodohan yang biadab."

Thariq berhajat melakukan penaklukkan ke atas seluruh Eropah, tapi Allah menentukan lainnya. Saat merencanakan penyerbuan ke negara-negara Eropah, telah datang panggilan dari Khalifah untuk pergi ke Damaskus. Dengan disiplin dan kepatuhan tinggi, Thariq memenuhi panggilan Khalifah dan berusaha tiba seawal mungkin di Damaskus. Tak lama kemudian, Thariq wafat di sana. Budak Barbar, penakluk Sepanyol, wilayah Islam terbesar di Eropah yang selama delapan abad di bawah kekuasaan Islam telah memenuhi panggilan Rabbnya. Semoga Allah merahmatinya dan menerima ruh Thariq bin Ziyad ini.

"Lautan ada di belakang kalian, sedangkan musuh ada di hadapan kalian dan tidak ada yang tertinggal pada diri kalian kecuali kebenaran dan kesabaran." 

kata-kata hikmat daripada Thariq Bin Ziyad 

(Panglima Perang Kaum Muslimin Di Andalusia)

https://www.facebook.com/groups/1458495667785236/permalink/1633988316902636/

Ringkasan :-

Panglima Perang Islam "Thariq Bin Ziyad" Yang Digelarkan Sebagai "Penakluk Andalusia (Sepanyol)". Beliau Berjaya Menakluk Andalusia Pada 711 Masihi Dengan Memimpin 12,000 Tentera Islam Menentang Musuh Seramai 100,000 orang. Bayangkan ! Sedikit Pun Beliau Tidak Gentar....Beliau Membakar Semua Kapal Yang Mereka Naiki Dan Berkata Pada Tenteranya :

"Wahai Pahlawanku ! Ke mana Kalian Dapat Melarikan Diri ? Lautan Ada Di Belakang Kalian, Sedangkan Musuh Ada Di Hadapan Kalian Dan Tidak Ada Yang Tertinggal Pada Diri Kalian Kecuali Kebenaran, Keberanian Dan Kesabaran, Hanya Ada 2 Pilihan Menang Atau Syahid, Tidak Ada Kehendak Lain Melainkan Supaya Kalam Allah Dijunjung Di Tanah Bertuah Ini Dan Agama Allah Disebarkan Disini...Demi Allah Jika Kalian Mengikutiku, Nescaya Kemenangan Buat Kita."

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Nota Ringkas : Jabal Al Tariq a.k.a. Gibraltar. Farhad Masjid, ini dibina di atas tapak di mana beliau dan Tentera-tentera Islam mendarat suatu ketika dahulu dan kemudian membakar kapal-kapalnya.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=219051949311300&id=100036194880014

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Capitulation of Granada

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/01/capitulation-of-granada.html

02 Januari 1492 M : Battle of Las Navas de Tolosa

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/01/02-januari-1492-m-battle-of-las-navas.html

Sunday, 30 January 2022

Capitulation of Granada

Arkib : 28 Disember 2019. Perang Granada : Sumber Dr Pamela D. Toler.

#PNS 

Sejarah Umat Islam Di Khianati Kerajaan Sepanyol

Pada tahun 1482, berlaku satu perang antara Kerajaan Islam Sepanyol dan Ratu Isabella yang mengetuai pasukan tentera Perancis, England dan Ireland. Perang 10 tahun ini berakhir selepas Granada yang menjadi tanah terakhir umat Islam di Eropah dikepung selama 9 bulan.

Bagi menyelamatkan umat Islam di Granada, Sultan Abu Abdullah Muhammad XII membuat satu perjanjian bersama Ratu Isabella dan Raja Ferdinand. Granada akan diserahkan kepada kerajaan Katolik Sepanyol, tetapi umat Islam yang masih tinggal di sana akan dibenarkan untuk terus bebas mengamalkan agama mereka

Perjanjian ini ditandatangani dan dinamakan “Capitulation of Granada”.

Tetapi menurut Dr Pamela, tidak seperti pemerintah Muslim yang meraikan hak beribadat non muslim sebelum ini, kedua-dua Isabella dan Ferdinand tidak menghormati perjanjian yang mereka berdua sendiri tandatangani.

Malah, mereka berusaha memurtadkan umat Islam dalam tempoh 10 tahun pertama selepas penaklukan Granada. Tindakan ini menyebabkan umat Islam memberontak.

Apabila gerakan pemberontak ditumpaskan, Isabella memberi dua pilihan kepada umat Islam. Murtad atau keluar sehelai sepinggang. Majoriti memilih untuk menyelamatkan akidah walaupun kehilangan harta benda. Sebahagian lagi memilih untuk dibaptiskan dan kekal di Sepanyol.

Muslim yang murtad ini kemudiannya dikenali sebagai Moriscos atau Little Moors.

Tetapi, walaupun sudah murtad, kelompok ini masih dilayan seperti kelas kedua. Bermula tahun 1530, kerajaan Sepanyol telah menangkap ribuan Moriscos dan menyita harta benda mereka. Mereka terdedah kepada penderaan awam, seksaan, sebatan dan hukuman bunuh.

Pada 1609, Philip II yang memerintah Sepanyol ketika itu mengarahkan agar semua Moriscos ini dihalau keluar daripada seluruh tanah Andalusia. Sekurang-kurangnya 300 ribu Moriscos menjadi pelarian dalam tempoh 5 tahun.

Bagi pelarian yang memilih untuk meminta perlindungan di Empayar Islam, mereka dipaksa meninggalkan zuriat mereka yang berusia kurang 7 tahun supaya kanak-kanak ini dapat dibesarkan di Sepanyol sebagai Kristian dan seterusnya ‘diselamatkan’. [2]

Ini adalah tulisan sejarawan Barat tentang isu kemanusiaan Granada selepas nasib umat Islam diserahkan secara mutlak kepada pemerintah bukan Islam. Saya tidak menambah apa-apa.

Kerana jika saya mengambil kisah ini daripada sumber sejarawan Islam, maka setiap dari kita akan mempersoalkan tahap iman dirinya sendiri.

Semoga memberi manfaat.

----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

sumber: thepatriots

#PeristiwaNSejarah


Rujukan:

[1] https://www.malaysiakini.com/news/494780

[2] The History Of All Of Us Mankind, Dr Pamela D. Toler, Running Press Book Publishers, 2012, ms 201 - 204



Pautan Artikel Lain Yang Berkaitan :-

02 Januari 1492 M : Battle of Las Navas de Tolosa



Monday, 24 January 2022

02 Januari 1492 M : Battle of Las Navas de Tolosa

 

📜 Tahukah anda apa yang ada di gambar ini?

Itu adalah panji Tentara Islam di Andalusia pada hari Pertempuran "Uqab" (Battle of Las Navas de Tolosa).

Pertempuran di mana kaum Muslim kalah dan Tentara Salib mengalahkan panji itu .. !!

Mereka masih menyimpannya sampai hari ini .. !!

Sejak hari itu ... dan mereka merayakan kenangan itu kerana itu adalah awal dari akhir Andalusia.

Dalam gambar ... tentara dan perwira Spanyol sedang berjalan, membawa bendera Muslim untuk mengenang hari pertempuran di mana Islam dikalahkan .. !!

Kita telah melupakan .. akan tetapi orang Sepanyol tidak lupa .. !! Mereka merayakan kekalahan kita ... dan kita merayakan kemenangan Barcelona dan Madrid ... !!

Jika kita tidak belajar dari sejarah kita, kita pantas mendapatkan penghinaan dan penghinaan .. !!



Inilah Sejarah Kita : Memperingati 523 tahun Kejatuhan Kerajaan Islam Andalus (02 Januari 1492 M)

Setiap tahun masyarakat Kristian Sepanyol merayakan  "Fiestas de Moros y Cristianos" iaitu festival memperingati kekalahan Muslimin di tangan tentera Kristian, lihatlah bendera yang dibawa itu adalah panji tentera Muslimin yang berjaya dirampas sewaktu peperangan terakhir sebelum kekalahan...Sesungguhnya mereka sentiasa mengingatinya, malangnya umat Islam melupainya...

Allahu, baru teringat tarikh hari ni (02 Januari 2015) adalah ulang tahun ke 526 kejatuhan Empayar Islam di Andalusia dengan berlakunya 'serah kunci' dari pemerintah Islam terakhir Granada, Sultan Abu Abdallah Muhammad XII kepada King Ferdinand dan Queen Isabella.

Setelah itu beliau dan keluarganya berjalan meninggalkan Granada dengan hati yang hiba. Di tengah perjalanan, beliau menoleh semula melihat ke Kota Alhambra. Semena-mena beliau menangis yang amat sangat, teresak-esak kesedihan.

Lalu ibunya yang melihat kelakuannya itu berkata, "tidak perlu engkau menangis seperti seorang perempuan, kerana engkau tidak pernah pertahankan kota itu seperti seorang lelaki...."

Bermula tarikh 2 Januari 1492, berakhirnya pemerintahan Islam selama 800 tahun di Andalusia. Satu tempoh panjang yang merakamkan kisah sejarah yang tragis. Masuk dengan megah, keluar dengan hina.

Sejarah Islam di Andalusia sangat menarik untuk kita baca dan ambil ibrah. Saya dah ke sana 8 kali membawa trip, dan saya akui ziarah ke sana banyak mengubah cara fikir dan pandang saya terhadap isu-isu yang melanda umat Islam.

Kesimpulan berakhirnya pemerintahan Islam di sana, sama sekali bukan sebab kekuatan musuh, tetapi disebabkan oleh sikap tamak dan saling bermusuhan semasa umat Islam.

-fb mohd azrul azuan

#sejarah2januari #empayarandalusia #sayashareTuan

https://www.facebook.com/groups/1458495667785236/permalink/2757145341253589/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Capitulation of Granada

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/01/capitulation-of-granada.html

Penakluk Andalusia

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/02/penakluk-andalusia.html

Wednesday, 19 October 2016

9 jenis terapi warisan kedoktoran islam

Aromaterapi
Aromaterapi merupakan salah satu jenis perubatan alternatif yang menggunakan bahan cecair tanaman yang mudah menguap, dikenali sebagai minyak esensial, dan sebatian aromatik lain dari tumbuhan yang bertujuan untuk mempengaruhi suasana hati atau kesihatan seseorang.

Stanley Finger dalam karyanya bertajuk Origins of Neuroscience: A History of Explorations Into Brain Function, mendedahkan, penyulingan wap air pertama kali ditemui doktor Muslim bernama Ibnu Sina (980 M - 1037 M). Ibnu Sina menggunakan penyulingan wap air itu untuk membuat minyak esensial yang digunakan untuk mengubati pesakitnya. Kaedah rawatan ini disebut aromaterapi.

''Ibnu Sina pun digelar sebagai orang pertama yang mengenalkan aromaterapi,'' ungkap Finger.

Terapi Kanser
Patricia Skinner dalam bukunya Unani-tibbi, Encyclopedia of Alternative Medicine, mendedahkan, doktor pertama yang berjaya melakukan terapi kanser adalah Ibnu Sina alias Avicenna. Dalam Canon of Medicine, Ibnu Sina mendedahkan, salah satu kaedah bedah yang disertai pemotongan atau pembersihan saluran darah.

Prof Nil Sari dari Universiti Istanbul, Cerrahpasha Medical School dalam tulisannya berjudul "Hindiba: A Drug for Cancer Treatment'', menuturkan, pada abad ke-12 M, ilmuwan Muslim bernama Ibnu al-Baitar mencari ramuan ubat kanser atau tumor bernama" Hindiba " . Ubat kanser warisan peradaban Islam itu dipatenkan oleh Prof Nil sari pada 1997.

Kemoterapi
Kemoterapi adalah kaedah rawatan penyakit dengan menggunakan bahan kimia. Dalam penggunaan moden, istilah ini hampir merujuk secara eksklusif kepada ubat sitostatik yang digunakan untuk merawat kanser. Dalam tulisan bertajuk The Valuable Contribution of al-Razi (Rhazes) to the History of Pharmacy, disebutkan bahawa kemoterapi pertama kali diperkenalkan seorang doktor Muslim legenda bernama al-Razi alias Rhazes (865 M-925 M) pada abad ke-10 M.

Al-Razi merupakan doktor yang pertama kali memperkenalkan penggunaan bahan-bahan kimia dan ubat-ubatan dalam rawatan. Zat-zat kimia meliputi belerang, tembaga, merkuri dan garam arsenik, sal ammoniac, gold Scoria, zat kapur, tanah liat, karang, mutiara, ter, aspal dan alkohol.

Kromoterapi
Kromoterapi merupakan kaedah rawatan penyakit dengan menggunakan warna-warna. Terapi ini merupakan terapi sokongan yang boleh menyokong terapi utama. Menurut pengamal kromoterapi, penyebab dari beberapa penyakit dapat diketahui dari pengurangan warna-warna tertentu dari sistem dalam manusia.

Terapi ini ternyata juga dibangunkan Ibnu Sina. Avicenna sudah mampu menggunakan warna sebagai salah satu bahagian yang paling penting dalam mendiagnosis dan rawatan. Dalam The Canon of Medicine, Ibnu Sina mendedahkan bahawa "Warna merupakan gejala yang nampak dalam penyakit".

Ia juga telah berjaya membangunkan grafik hubungan antara warna dengan suhu badan dan keadaan fizikal tubuh. Bahkan, Avicenna lebih lanjut membincangkan kekayaan warna untuk menyembuhkan dan pertama untuk membuktikan bahawa warna yang salah yang dicadangkan untuk terapi boleh menyebabkan tidak ada respons dalam penyakit yang khusus.

Hirudoterapi
Hirudoterapi merupakan terapi penyembuhan penyakit dengan menggunakan pacat / lintah sebagai ubat untuk tujuan perubatan, yang diperkenalkan Avicenna dalam karyanya The Canon of Medicine. Ibnu Sina juga mengenalkan penggunaan lintah sebagai rawatan untuk penyakit kulit. Terapi Lintah menjadi salah satu kaedah yang disukai masyarakat Eropah pada abad pertengahan.

Dalam era lebih maju, rawatan dengan lntah diperkenalkan oleh Abd-el-latif pada abad ke-12 M, yang menulis bahawa lintah boleh digunakan untuk membersihkan rangkaian penyakit selepas pembedahan pembedahan. Dia melakukannya, walaupun ia memahami risiko menggunakan lintah. Ia memberikan cadangan untuk pesakit bahawa lintah perlu dibersihkan sebelum digunakan, dan kotoran dan debu "yang melekat pada lintah harus dihilangkan" sebelum penggunaan.

"Dia selanjutnya menulis bahawa selepas lintah menghisap darah keluar, garam harus" dititiskan dibahagian tubuh manusia, "jelas Nurdeen Deuraseh, dalam karyanya bertajuk" Ahadith of the Prophet on Healing in Three Things (al-Shifa 'fi thalatha): An Interpretational ", journal of the International Society for the History of Islamic Medicine.

Fisioterapi
Fisioterapi kaedah penyembuhan yang menitikberatkan untuk menstabilkan atau membaiki gangguan fungsi alat gerak atau fungsi tubuh yang terganggu yang kemudian diikuti dengan proses / kaedah terapi gerak.

Doktor Muslim membangunkan kaedah terapi bermula dengan diet. Jika usaha itu tidak bekerja pada pesakit, doktor akan memberi ubat dan rawatan. Namun, jika masih tidak bekerja, doktor akan melakukan pembedahan. Fisioterapi ditentukan oleh doktor Muslim selalu mancakup latihan fizikal dan mandi.

Doktor Muslim Arab membangunkan sistem diet secara terperinci, yang terdiri daripada kesedaran defisiensi makanan, dan gizi yang sesuai adalah item yang penting dalam rawatan. Ezzat Abouleish, dalam bukunya Contributions of Islam to Medicine, menjelaskan bahawa ubat-ubatan dibahagikan dalam dua kumpulan, iaitu ubat perseorangan / sederhana dan ubat jamak / campuran.

"Mereka mengetahui interaksi antara ubat-ubatan, mereka pertama menggunakan ubat perseorangan, jika gagal, kemudian ubat campuran digunakan yang dibuat dari dua atau lebih campuran, dan jika kaedah konservatif gagal, kemudian pembedahan diambil sebagai langkah terakhir," jelasnya.

Psikoterapi
Siri kaedah berdasarkan ilmu-ilmu psikologi yang digunakan untuk mengatasi gangguan kejiwaan atau mental seseorang. Doktor Muslim yang melaksanakan psikoterapi adalah Al-Razi dan Ibnu Sina. Psikoterapi merupakan salah satu cabang ilmu terapi dari psikologi Islam. Psikologi Islam menunjuk kepada ilmu nafs atau kejiwaan pada dunia Islam, khususnya selama era keemasan islam (Abad 8 M - 15 M) hingga abad moden (abad ke-20 M-21 M), dan berkaitan ke psikologi, psikiatri dan Neurosciences.

Fitoterapi
Terapi yang menggunakan tumbuh-tumbuhan dan ekstrak tumbuh-tumbuhan untuk tujuan perubatan. Dalam fitoterapi, Avicenna memperkenalkan perubatan menggunakan Taxus baccata L. dalam karayanya The Canon of Medicine. Dia menyebut ramuan ubat ini sebagai "Zarnab" yang digunakan untuk menyembuhkan sakit jantung.

"Ini pertama kali diketahui menggunakan saluran kalsium penghalang ubat, yang belum digunakan di dunia barat Hingga tahun 1960,''papar Yalcin Tekol dalam karyanya" The Medieval Physician Avicenna Used an Herbal Calcium Channel blocker, Taxus baccata L.

Urologi
Doktor Muslim dari dunia Islam membuat banyak kemajuan dalam bidang urologi. "Muhammad ibnu Zakariya Razi memperkenalkan kaedah-kaedah rawatan saluran air kencing,''tutur jelas Rafik Berjak dan Muzaffar Iqbal, dalam karyanya Ibn Sina - Al-Biruni correspondence", Islam & Science.

Saat doktor lain berhadapan dengan pengurusan perubatan dan rawatan batu ginjal, radang, jangkitan, dan gangguan seksual. Mereka merupakan yang baru bermul kemajuan pembedahan mendekati untuk rawatan kencing batu sebagai seperti masalah penile dan scrotal, dengan menggunakan teknik yang masih digunakan oleh ahli fizik / doktor moden. "Mereka juga orang pertama yang menghasilkan ubat penguji untuk rawatan pelbagai penyakitsaluran kencing," jelas Al Dayel dalam karyanya "Urology in Islamic medicine".

Litotomi
Abdul Nasser Kaadan PhD, dalam karyanya "Albucasis and Extraction of Bladder Stone" menjelaskan dalam lithotomi, Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas Al-Zahrawi atau dikenali barat sebagai Abulcasis (936 M-1013M), merupakan orang yang pertama yang berjaya melakukan pencabutan saluran kencing dan batu karang dari saluran air kencing menggunakan instrumen / peralatan baru

- sumber dari republika.co.id

Thursday, 5 June 2014

Belajar dari sejarah Andalusia

andalusiamap.jpg
Arkib : 06 Jun 2014

RAMAI maklum betapa hebatnya kerajaan Islam Andalusia yang menguasai separuh benua Eropah hampir 800 tahun. Penguasaan bermula pada tahun 711 apabila Panglima Islam Tariq bin Ziyad mengepalai 7,000 tentera Islam memasuki daerah Sepanyol, Gibraltar dari Morocco.

Sejak penaklukan itu, kerajaan Islam berjaya membina tamadun yang cukup disegani di Eropah dengan nama-nama besar pelopor pelbagai disiplin ilmu seperti Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ibnu al-Khatib, Ibnu al-Firnas, Ibnu Khaldun.

Namun kehebatan tamadun Islam Andalusia akhirnya hancur apabila satu persatu daerah jajahan jatuh ke tangan Kristian sehinggalah daerah terakhir Granada diserahkan secara rasmi pada kerajaan Kristian dikepalai Raja Ferdinand dan Ratu Isabella pada 6 Januari 1492.

Menariknya rakyat di kalangan umat Islam masih dibenarkan tinggal dan mengamalkan agama mereka oleh Raja Ferdinand yang menandatangani perjanjian rahsia dengan Raja Mohammed XII.

Hanya selepas 118 tahun iaitu pada 1609 Raja Philip III menandatangani satu Titah Diraja memberi kata dua kepada 350,000 umat Islam yang masih tinggal di Sepanyol, sama ada menukar agama kepada Kristian atau dihalau dari Sepanyol.

Ramai di kalangan mereka yang dirogol, dihalau dari rumah bahkan dibunuh oleh kerajaan Kristian waktu itu.

Jika diperhalusi sejarah Tamadun Islam Andalusia, kita akan dapati, punca utama kejatuhan kerajaan tidak lain dan tidak bukan lantaran kerakusan umat kepada kuasa dan harta hingga sanggup berkonspirasi dengan bukan Islam untuk jatuhkan satu sama lain.

Lebih menyedihkan apabila pembesar-pembesar daerah yang tergamak berkompromi dengan puak-puak Kristian yang kononnya bersedia membantu mengukuhkan kedudukan masing-masing sehinggalah akhirnya satu persatu daerah dijajah Kristian.

Mereka lupa amaran ALLAH dalam al-Quran: “Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.
Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) daripada ALLAH dalam sesuatu apa pun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu).

Dan ALLAH perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada ALLAH jualah tempat kembali”. (Ali-Imran:28)

Hakikatnya sejarah Andalusia mempunyai seribu satu pengajaran buat kita di Malaysia hari ini. Tampak ketika ini juga umat Islam tidak bersedia berkompromi sesama sendiri sehinggakan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan mereka.

Seribu satu alasan diberikan untuk tidak bersatu dan bermuafakat sesama sendiri, sedangkan cukup hanya satu alasan untuk bersama dengan puak bukan Islam yang masih disangsikan keikhlasan mereka menerima Islam.

Lebih merisaukan bagaimana sesetengah pihak dulunya tegar dan keras dalam mempertahankan prinsip Islam kini dilihat makin lunak dan bersedia kompromi dengan pendirian yang dipegang mereka selama ini.

Teringat hujah yang diberikan oleh pemimpin sebuah parti politik apabila ditanya apakah kelompok yang dulunya terang-terang menolak Islam hari ini sudah bersedia menerima Islam. Dijawabnya, “Oh, mereka sudah mulai jinak kepada Islam dan tidak lagi keras mendukung fahaman menolak konsep negara Islam”.

Persoalannya, benarkah kelompok yang dikenali keras mempertahankan perjuangan untuk mewujudkan negara sekular dan menentang konsep negara Islam sudah berlembut dalam pendirian mereka? Atau apakah yang mulai berkompromi dan berlembut dalam mempertahankan pendirian hari ini adalah di kalangan orang Islam sendiri yang dilihat ghairah untuk berkuasa.

Hakikatnya ALLAH turut menjelaskan dalam Surah Al-Qalam ayat 8 hingga 9:

Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah iaitu di kalangan orang kafir).

Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).

Menurut Syed Qutb dalam tafsirnya Fi Zilaalil Quran, maksud ayat di atas yang ditujukan kepada umat Islam agar mewaspadai kelompok kafir yang sentiasa berusaha menjatuhkan umat Islam walaupun terpaksa menzahirkan kelembutan mereka kepada pendirian asal. Namun hakikatnya mereka adalah pendusta.

Mudah-mudahan kita mengambil iktibar daripada sejarah kejatuhan Andalusia.

Sumber daripada 

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...