Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label SEFA. Show all posts
Showing posts with label SEFA. Show all posts

Thursday, 10 October 2024

BATMAN : THREE JOKERS

 

INI BUKAN ULASAN FILEM DARIPADA SAYA

2024年10月4日 - Selesai menonton filem ini, saya fikir ia adalah masterpiece ‘parody’ yang sebenar-benar parodi. Jenuh juga saya fikir mengapa bajet yang hampir 200 million USD ni akhirnya terkehel di beberapa elemen. Mungkin aliran dramanya yang tersekat dan tidak bersinergi dengan momen-momen lagu dinyanyikan, atau mungkin pembinaan watak yang kurang menjadi antara Gaga dan Phoenix seperti yang didambakan peminat DC.

Apa-apa pun saya fikir ia mungkin jenaka yang terbesar tahun ni. Dan kita semua telah tertipu meski tarikhnya melepas 1 April. Konsepnya ada, cuma perlaksanaannya yang kurang jitu menyebabkan kita keluar dari panggung terpinga-pinga tentang itu dan ini.

Walaubagaimanapun, tepat sekali nuansa yang ingin dibawa filem ini dengan pendekatan tentang persoalan identiti ‘The Joker’ seperti yang dibawa oleh Geoff Johns dalam terbitan novel grafik ‘Batman: Three Jokers’. Namun mungkin sebahagian besar penonton tak dapat melihatnya, maka persoalan mereka juga sama seperti persoalan yang dibawa kebanyakan watak babak akhir cerita ini.

“Ketuk, ketuk, siapa tu?”

https://www.facebook.com/share/aYhF3Gb5Za3kiiEV/

P/S : Ada juga yang kaitkan filem baru ini dengan komik Joker : The Killing Joke. Ada juga yang kata watak Joker itu macam satu wabak pandemik yang berlaku di Kota Gotham. Jadi tak pasti yang mana satu bakal jadi seteru Batman sebab tak ada asal usul sebenar watak Joker yang lawan dengan Batman seperti lakonan Mendiang Heath Ledger itu 


JOKER : FOLIE à DEUX

The Various Pictures Collection Of Joker

#info #archive #collection #pictures #myreels

INI ADALAH ULASAN FILEM DARIPADA SAYA

Tema filem mengenai kesihatan mental adalah sebuah tema filem yang baru selepas diwujudkan tarikh 10 Oktober setiap tahun di seluruh dunia. Perjalanan hidup seorang pesakit mental adalah perjalanan yang penuh ranjau dan berliku apabila mereka sukar untuk membezakan di antara kehidupan realiti dan fantasi.

Filem Joker yang diterbitkan oleh WB Studio pada tahun 2019 yang lalu, telah membuka mata masyarakat dunia betapa pentingnya masalah pesakit mental ini perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Mereka tidak seharusnya disisihkan kerana mereka sentiasa perlukan bantuan, harapan dan juga sokongan daripada masyarakat sekeliling agar mereka dapat kembali pulih dan hidup seperti manusia biasa dan normal seperti insan lain.

[DISCLAIMER]

Saya tak beberapa minat untuk ulas lebih lanjut lagi tentang aspek-aspek kekurangan dalam filem ini (sekiranya ada) kerana rata-rata penonton yang sudah menonton filem ini sudah mahir tentang isu tersebut. Saya menulis di sini sebab tertarik dengan faktor-faktor seperti :-

  1. Filem ini adalah sebuah filem mengenai pesakit mental yang sedang dihadapi oleh watak Arthur Fleck.
  2. Kisah seorang pesakit mental ini boleh dikategorikan sebagai sebuah filem yang berdiri dengan sendirinya walaupun dibayangi suasana sebuah tempat berlatarbelangkankan Kota Metropolitan Gotham.
  3. Lanjutan daripada kes pembunuhan seorang personaliti televisyen, telah membuatkan Arthur Fleck kini dibicarakan di mahkamah untuk kes bunuh yang berlaku secara siaran langsung di televisyen.
  4. Perjalanan cerita ini agak perlahan pada permulaan cerita dan latarbelakang suasana diambil hanya di dalam sebuah penjara besar di Arkham Asylum Kota Gotham.
  5. Perubahan penceritaaan berlaku apabila Arthur Fleck bertemu dengan wanita yang bernama Harley Quinnzel. Di sinilah bermulanya bahagian nyanyian untuk filem ini dan boleh dikategorikan sebagai Filem Muzikal.
  6. Bagi menghayati penuh filem muzikal ini, perkara yang anda perlu tahu ialah babak nyanyian hanya berlaku apabila melibatkan perasaan romantik di antara Arthur dengan Lee (Harley Quinn), ataupun apabila berlaku pelbagai perasaan yang bercampur baur dalam diri Arthur yang kesunyian apabila dia berada di dalam penjara.
  7. Watak Arthur yang diselubungi dengan identiti lain sebagai Joker ini semakin terserlah apabila dia mengambil keputusan untuk menjadi peguam dan membela dirinya sendiri. Peguambela pada awalnya yang dilantik untuk mewakilinya telah dipecat secara langsung di dalam televisyen. [Spoiler!]
  8. Arthur mengalami semula krisis keyakinan diri apabila kisah sebenar telah diceritakan oleh Sophie (saksi kes jenayah serta jiran Arthur) mengenai ibu Arthur yang tidak pernah diketahui oleh Arthur sepanjang hidupnya. [Kena tonton babak ini untuk lebih faham].
  9. Filem ini tidak sesuai untuk penonton yang berminat untuk tonton watak Joker. Akan tetapi sesuai untuk ditonton oleh mereka yang berminat untuk ketahui perjalanan kehidupan Arthur dalam sekuel ini. Pandangan peribadi saya, filem ini telah berjaya mengangkat kisah pesakit mental dan sebenarnya pembikinan filem ini adalah lebih baik daripada yang pertama. Ini adalah kerana filem ini juga mengangkat kisah seorang penjenayah yang telah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan. Tema untuk mengangkat watak penjahat sebagai ikon ataupun model ikutan tidak sesuai dipaparkan dalam filem ini.

Sebagai penutup, saya berharap agar filem yang berkaitan dengan kesihatan mental ini haruslah diterbitkan bagi mendidik masyarakat tentang pentingnya masalah ini untuk dibendung sejak dari awal supaya tidak menjadi bertambah rumit dan sulit kepada pesakit di kemudian hari.

P/S : Terima kasih sudi baca tulisan saya ini. Oleh kerana pengakhiran cerita ini agak sedih, saya cuma mampu untuk berikan rating sebanyak 8.5/10 (sebab sepatutnya pesakit mental pun berhak untuk mendapatkan kebahagiaan mereka seperti manusia biasa).

Posting lain yang berkaitan di sini : https://normanhafizi.blogspot.com/2021/10/joker-killing-joke.html

JOKER : THE KILLING JOKE

Friday, 26 August 2022

06th AUGUST 2022 LATE POST FOR HIROSHIMA

(Late Post - baru ada masa nak menulis) 


Nik Yusof, Syed Omar & Abdul Razak

6 August 2022 - Kouzenji Temple, Itsukaichi, Hiroshima. 

Memorial Service for Nik Yusof Nik Ali, a Malaysian student who died during the atomic bomb attack in Hiroshima, 77 years ago. He was only 20 years old.

Nik Yusof arrived in Tokyo in 1943 and later attended the Hiroshima University of Literature and Science, now known as Hiroshima University. He was among those selected as a member of the special Southeast Asian students to go to Japan. These students were considered to posses leadership potential and were enrolled in Japanese schools to learn about Japanese policies. 

The intensity of World War 2 gradually got worse and the effects were felt by everyone, including the the foreign students in Japan. Food supply was low but there were special distributions of meat for students. 

On that fateful day, August 6th at 8:15 am, the first atomic bomb used in human history was dropped in the city of Hiroshima. 

An estimated 140,000 lives were lost, including Nik Yusof and his friend, Syed Omar Al Sagoff. Nik Yusof succumbed to his injuries and died the next day. Syed Omar left Hiroshima for Tokyo, but he got sick and was hospitalized in Kyoto. Though many people helped to nurse him, he died on September 3, 1945. He is buried in Enko-ji in Kyoto. 

The only known Malaysian survivor of the atomic bomb attack is, Abdul Razak. Abdul Razak is the late father of Tan Sri Dzulkifki Abdul Razak, the current rector of International Islamic University Malaysia (IIUM). 

Every year, Hiroshima University invites current Malaysian students at Hiroshima University to attend the Memorial Service for Nik Yusof. This memorial service is organized by the priest of Kenzouji temple along with Japanese and Malaysian volunteers. 

I try to attend this Memorial Service every year to pay my respects. It is a painful reminder of the detriments of war and innocent lives lost. 

[Information Source: Remembering Nik. (2020). 

Written by Keiko Aoki, Artwork by Yumie Aoki, English translation by William R. Nelson.]

https://www.facebook.com/667184939/posts/pfbid0foVQxbW1qf1NpnE1dUnEUWCLcHYHN1SfqwdeHGAtSAtVt315hyAiYV3SFvkM6Ckrl/

Previous related interesting articles :-

2022年8月6日 MANGSA-MANGSA PENGEBOMAN DI HIROSHIMA

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/08/202286-mangsa-mangsa-pengeboman-di.html

Friday, 12 August 2022

2022年8月6日 MANGSA-MANGSA PENGEBOMAN DI HIROSHIMA

2022年8月6日 - HARI MEMPERINGATI MANGSA-MANGSA PENGEBOMAN HIROSHIMA (KALI KE 77)

Alhamdulillah seperti biasa, saya ke pusara arwah Nik Yusof Nik Ali yang terkorban akibat pengeboman Hiroshima tanggal 6 Ogos 1945. 

Bersama-sama kali ini beberapa rakan dari Malaysia iaitu saudara Aiman Hafiz, Aaron Denison, isteri saya, AP Dr Nurhaizal Azam Arif yang juga mengepalai bacaan tahlil ringkas serta dua orang warga Malaysia lagi iaitu Prof. Dato’ Dr Zaliha Omar dan suami.

Selain dari sedikit pameran sebelah petangnya juga ada program penerangan mengenai Nik Yusof dan Syed Omar Alsagoff, dua orang mangsa pengeboman Hiroshima asal Malaysia, juga diselang-seli dengan kisah Razak sensei yang terselamat dari menjadi korban tragedi ini.

Dengan kemajuan teknologi harini serta pengajaran dari pandemik yang masik melanda, kita sedang bayangkan semua manusia bersatu hati dan belajar menghormati. Namun perang Ukraine - Russia, masalah politik China - Taiwan menunjukkan kehodohan sisi manusia yang kita tidak mahu alami. Namun 77 tahun sudah, itulah yang terjadi dan mengorbankan sekitar 129,000 - 226,000 orang di Hiroshima dan Nagasaki. Sejarah yang kita tidak harus ulangi.

Sebagai rakyat Malaysia kita harus mengenali dan mengingati arwah Nik Yusof dan Syed Omar Alsagoff agar kita turut bersama warga dunia dalam menggesa kuasa-kuasa besar dunia supaya tidak menggunakan senjata nuklear dalam skala apa pun demi generasi yang lebih sejahtera.

Kesan dan trauma bom nuklear masih lagi dirasai hari ini. Namun manusia masih lagi menyimpan hampir 13,000 buah bom nuklear yang bukan sekadar mampu diperalatkan demi kepentingan politik, malah mengakibatkan lebih banyak kesengsaraan bagi rakyat yang tidak berdosa.

Kesan radiasi sudah hilang dari tapak pengeboman di Hiroshima.

Namun pengajarannya jangan kita lupa sampai bila-bila.

Gambar penuh di sini :-

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02qd1s2hWRd6BXLKpv5HQ8vQWNsLK99NxRSsnCtNipmgrXsWdwJU2b3Ze7bKFPCZ73l&id=1245616488

---------------------------------------------------------

Forgotten Malaysian victims of Hiroshima atomic bombing

The grave of Nik Yusof Nik Ali, one of two Malaysians who died in the atomic bombing of Hiroshima. (Aaron Denison pic)

GEORGE TOWN: Every year, when the world mourns the victims of the atomic bombing of Hiroshima, Japan, on Aug 6, 1945, only a few people remember the three Malaysian victims of the attack.

Two of them lie buried in Japan. A third survived. The survivor, Abdul Razak Abdul Hamid, is briefly mentioned in a Form 4 history textbook, but there is no mention of Nik Yusof Nik Ali and Syed Omar Syed Mohammad Alsagoff, says Aaron Denison, currently a post-graduate student at Hiroshima University.

“Nik Yusof and Syed Omar should be added to the history textbook in Malaysia,” he said in an interview with FMT. “Also, the Malaysian government should organise a memorial in Malaysia to recognise all three as war victims.”

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Syafiq Faliq Alfan.

Syafiq Faliq Alfan, an assistant language teacher currently based in Kaita, Hiroshima, agreed. He too said that Malaysian victims of the Hiroshima bombing deserved to be better known.

Nik Yusof and Syed Omar were both 17, and Razak, 19, when they were sent to Japan two years earlier under a Japanese programme for people in occupied Southeast Asia.

The three were among 12 young people from Malaya chosen by the occupation authorities. All three, with 17 other foreign students, were enrolled at Hiroshima University to study education after preparatory training in Tokyo.

When the US dropped the atomic bomb on Hiroshima, in the world’s first use of nuclear weapons, the blast levelled the city and killed more than 150,000 people. On Aug 9, 1945, another bomb was dropped on Nagasaki, killing more than 220,000 people. Japan surrendered six days later.

Nik Yusof and Syed Omar died from the blast radiation while attempting to leave their campus, which was just 1.5km from Ground Zero, said Denison, citing a book that was written about Nik Yusof.

Malaysian and Japanese volunteers at the grave of Nik Yusof at the Kozenji Temple. (Aaron Denison pic)

He said Nik Yusof was cremated after his body was found near Itsukaichi City and a Buddhist priest later volunteered to bury his remains in an Islamic ceremony at Kozenji Temple.

Syed Omar died in Kyoto Hospital and his remains were buried at Enkoji Temple in Kyoto.

Aaron Denison (left) with Keiko Aoki, author of the book ‘Remembering Nik’. (Aaron Denison pic)

Denison said the book, entitled “Remembering Nik”, was written by a Hiroshima peace volunteer, Keiko Aoki, in which she recounted that a doctor named Hamajima donated his blood to the gravely injured Syed Omar.

Hamajima asked Syed Omar whether he hated the Japanese for the tragedy that befell him and his response was: “Why should I hate you? You and I are brothers because you gave me your blood to try and save my life.”

Memorial services

Aaron Denison.

Denison said Nik Yusof’s grave was the only Muslim one at the temple. A memorial service is held there every year by the temple and a group of volunteers.

Syafiq said Hiroshima University also helped organise the service and would notify Malaysian students and provide transport to the temple, a 90-minute drive away.

He said Nurhaizal Azam Arif, a Malaysian associate professor at Hiroshima City University, would usually assist in the service.

Syafiq said the temple organised an official memorial ceremony in 1964, when the embassy and family members of Nik Yusof were invited.

“This year’s memorial ceremony was interesting since Nurhaizal himself did a presentation on the life of Nik Yusof,” he told FMT.

Memorial services for Syed Omar are carried out by Japanese volunteers at his grave in Enkoji Temple.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/08/14/forgotten-malaysian-victims-of-hiroshima-atomic-bombing/

Pautan artikel-artikel lain yang berkaitan :-

06 OGOS & 09 OGOS 1945 (WWII) 

PERISTIWA PALING DAHSYAT DALAM PERANG DUNIA KEDUA

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/08/06-ogos-09-ogos-1945-wwii.html

06 OGOS 1945 DEBU HIROSHIMA

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/08/06-ogos-1945.html

Sunday, 24 October 2021

2021年10月24日 MERAIKAN KARYA-KARYA MAMAT KHALID


Mohamad Bin Mohamad Khalid @ Mamat Khalid

2021年10月24日 - 

Innalillahiwainnailaihirajiuun. Negara kita kehilangan seorang lagi pembikin filem, pencinta seni yang saya kira antara paling true dekat Malaysia sebab one day out of the blue tanpa apa-apa sebab dia hantarkan mesej begini kepada one unknown mime artist yang tak pernah orang kenal dalam arus media perdana beberapa tahun lepas. Ini mungkin kali pertama dan terakhir kami berkomunikasi secara peribadi dan saya sangat hargai sedikit appresiasi dan kata-kata semangat yang diberikan sepanjang membikin kerja-kerja mime dalam sedekad lebih ni.


"Salam syafiq. Tahniah for being an arden mime performer yang rare di rantau ini. Harap dapat menarik minat ramai lagi untuk bersama melakukan this important basis of art form di kalangan pengkarya seni."

Gambar 1 : Tangkapan skrin daripada perbualan bersama Mamat Khalid

Terima kasih juga atas karya dan setiap momen yang bikin saya ketawa menonton filem di panggung sampai pecah perut. 

Satu-satunya, abang Mamat Khalid.


"Yeah, noticed that. I wish more appreciation from art organisations to foresee this unique style of performance. Will try to bring it out on my next film. Hope so."

Gambar 2 : Tangkapan skrin daripada perbualan bersama Mamat Khalid

Selamat berlayar ke daerah abadi, bang. Terima kasih atas semuanya. Moga syurga dan segala yang baik-baik didoakan buat abang kat sana.

❤️🤲😢

https://www.facebook.com/1245616488/posts/10226928826107069/


Poster Filem, Lebuhraya Ke Neraka

2021年10月24日 - Waktu menonton filem ‘Lebuhraya ke Neraka’ (2017), aku agak terkejut sebab tiba-tiba watak Tyson lakonan Khir Rahman buat movement mime dalam filem itu. 

Aku duduk fikir mungkin sebab dia pernah menonton persembahan mime aku sekitar 2014-2015 masa event new year di Kota Damansara untuk sebuah kedai pengedar ‘superbike’. Yang mengundangnya pun Pekin Ibrahim, juga salah seorang pelakon dalam filem ini.

Sekarang aku faham connection dia dengan mesej bang Mamat Khalid yang masuk ke dalam inbox hujung tahun 2016, beberapa bulan sebelum filem itu ditayangkan.

Mungkin ini bakal jadi satu-satunya filem arus perdana yang memuatkan unsur mime.

Terima kasih, bang Mamat. Istirehatlah dalam abadi.

https://www.facebook.com/1245616488/posts/10226931542934988/

MERAIKAN KARYA-KARYA MAMAT KHALID

Kehilangan seorang pembikin filem bukan lah sesuatu yang mudah bagi peminat mereka. Mungkin cara yang lebih baik selain dari mendoakan kerahmatan dan keampunan buat roh arwah, kita juga boleh menonton karya-karya beliau sebagai satu apresiasi retrospektif sumbangan kesenimanan beliau dalam industri filem dan televisyen Malaysia. 

Kepada yang berminat untuk menonton telefilem beliau yang lepas, boleh ke saluran YouTube rasmi beliau di pautan bawah.

Saya mula menonton karya beliau menerusi telefilem ‘Pukul 2 Petang’ yang diterajui arwah Hani Mohsin. Mungkin anda yang tidak pernah menonton telefilem ini, boleh pergi ke pautan dan usha. 👍

Rujukan karya Mamat Khalid https://m.youtube.com/c/MamatKhalidIdiotBox/videos

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10226932365075541&id=1245616488

-------------------------------------------------------------------------------------

PENGARAH MAMAT KHALID MENINGGAL DUNIA

Oleh ALIFF FADLI BIN MOHD SORI

24 OKTOBER 2021, 1:23 AM

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah tersohor, Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 pagi tadi.

Khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah kepada Utusan Malaysia.

Menurut Hafiz, Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

“Allahyarham pengsan di Sarang Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

“Maklumat awal yang kami dapat, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Ipoh esok,” katanya.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di tangga usia 58 tahun dan meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.

Penerbit dan pengarah hebat itu pernah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.

Allahyarham cukup disegani dalam dunia perfileman negara dan karya-karyanya sering pecah panggung serta memberi kesan cukup hebat kepada penonton.

Antara karya hebat pengarah tersohor itu adalah Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Rock, 16 Puasa dan Hantu Kak Limah.

Allahyarham yang pertama kali mengarah telefilem yang turut menggenggam trofi pengarah baru terbaik yang berjudul 'Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel' pada tahun 1998 banyak menghasilkan filem yang 'pecah panggung' serta kisah budaya masyarakat Malaysia seperti 'ESTET' dan BILUT...

Moga RUH Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sisi ALLAH SWT...

AL FATIHAH..

(https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/mamat-khalid-meninggal-dunia/)

--------------------------------------------------------------------------------------------------


BERITA FILEM : MAMAT KHALID MENINGGAL DUNIA

Innalillahhiwainnahirrajiun....

Dapat perkhabaran abang Mamat Khalid telah meninggal dunia. Dikhabarkan akibat serangan jantung. Secara peribadi, Brader kerap berhubung dengan beliau pada tahun lepas untuk bertanya mengenai penulisan skrip. Beliau adalah seorang pengarah filem yang sangat humble dan baik hati. Pemergian beliau, amat dirasai.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang - orang yang dikasihi oleh Allah. Aamiin.

Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga dipermudahkan urusan. 

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham bang Mamat Khalid.

#BeritaFilemBraderFilem

https://www.facebook.com/2010663642589517/posts/3099907100331827/

SELEBRITI FILEM : "MAMAT KHALID" SEORANG PENGARAH YANG BERKALIBER, BERKARISMA & BERJIWA BESAR

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Bin Mohd Khalid, dilahirkan di Ipoh, Perak pada 16 April 1963 adalah seorang pengarah dan penulis skrip filem tempatan. Karya beliau lebih menjurus kepada filem yang bergenre komedi.

Sebelum melibatkan diri dalam dunia perfileman, Mamat Khalid merupakan seorang kerani disebuah institusi kerajaan. Filem pertama arahan beliau ialah Lang Buana, sebuah filem komedi sejarah pada tahun 2003.

Antara filem beliau yang lain pula ialah :-

  • Trilogi filem Rock iaitu Rock (2005), Rock Ooo (2013) dan Rock Bro (2016). 
  • Man Laksa (2006), 
  • Zombi Kampung Pisang (2007), 
  • Kala Malam Bulan Mengambang (2008), 
  • Estet (2010), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2011), 
  • Husin, Mon & Jin Pakai Toncet (2014), 
  • Apokalips X (2014), 
  • Lebuhraya Ke Neraka (2017), 
  • Manap Karaoke (2019), 
  • Rock 4 (2020) dan 
  • 18 Puasa Di Kampong Pisang (2021).

Malah Mamat Khalid juga adalah pengarah bersama Saw Teong Hin bagi filem berskala besar iaitu Puteri Gunung Ledang pada tahun 2005. Mamat Khalid pernah menerima dua kali anugerah sebagai sebagai pengarah terbaik. 

Iaitu pada Festivel Filem Malaysia Ke 18 dan 21. Menerusi Puteri Gunung Ledang (2005) dan Kala Malam Bulan Mengambang (2008). Kini beliau mencapai kejayaan besar melalui filem terbaru beliau iaitu Hantu Kak Limah.

Sememangnya, filem-filem Mamat Khalid penuh dengan mesej nasihat, sindiran dan kritikan masyarakat disebalik komedi yang dipaparkan. Tanpa mengenal putus asa disebalik jatuh bangun dalam pembikinan filem. Akhirnya filem beliau berjaya memenangi hati sebahagian besar peminat filem Malaysia.

Pemergiannya dijemput Ilahi pada hari ini, adalah suatu kehilangan besar buat industri filem tanah air. Al Fatihah.

#SelebritiPilihanBraderFilem

https://www.facebook.com/2010663642589517/posts/3100085920313945/

----------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Kelahiran Abang Mamat Khalid 06 April 1963

Pada waktu ini bang Mamat kata :

"Gerhana, kamu duduk sini jap tengok Journey To Stardom abang. Ni amen buat ni. Abang nak tanya pendapat kamu cemana ok tak ni. Sebab nak finalkan dan nak hantar ke Astro esok lusa ni."

Kemudian mata dia terpandang2 3 potret berbingkai emas, belah kanan, atas dinding tu - arwah Pak Jabit, arwah Pak uda, arwah Yeh sekupang - dan tetiba berkata :

" ..Diorang dah takda dah. Kat tempat lain. Sampai masa, kita pulak ke sana... "

Dia pandang balik ke monitor, dan berkata :

" Amacam, genius tak? Hahaha. Kamu kena kekal Genius, Gerhana "

Gambar dan Kejadian ni berlaku beberapa minggu sebelum dia meninggal. Ini juga antara kali terakhir saya bersama dia.

Pada 24 September 2021, bang mamat Meninggal Dunia.

Hari ini, 6 April adalah harijadi Bang Mamat.

Hepi Bday Bang.

Al Fatihah kepada Allahyarham Abg Mamat Khalid 

Terima Kasih atas segala Peluang & Tunjuk Ajar.

https://www.facebook.com/110031020712550/posts/508461060869542/

----------------------------------------------------------------------------------------------


Kuala Kangsar, 26 Disember 2020. Terima kasih Abang Mamat Khalid.

"Jika generasi ini gagal, generasi seterusnya akan berjuang dan begitulah sampai bila-bila. Kita mesti ajar anak bangsa kita jangan pernah putus asa. Satu masa mereka akan kenang perbuatan kita" - MHR

We born, We Fight, We Die. But the war will continue!. So long bro. May Allah bless you and put you in the highest heaven and protect you from all hell. Aamiin!

https://www.facebook.com/109599693752630/posts/639385810774013/

Babak dalam filem Zombie Kilang Biskut. Arwah Mamat Khalid nyanyi ramai-ramai bawah pokok dengan geng-geng lepak dia 😊

Bahan bacaan tambahan : 

Peja, Awie Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mamat Khalid

https://gempak.com/berita-terkini/peja-awie-beri-penghormatan-terakhir-kepada-mamat-khalid-67501

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

DAKWAH DALAM KOMEDI

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/04/dakwah-dalam-komedi.html

Monday, 6 September 2021

Mind, Self and Society - From The Standpoint of a Social Behaviorist

HUBUNGAN ANTARA MINDA, RESPON DAN PERSEKITARAN  

(Di ambil dari 'Mind, Self and Society - From The Standpoint of a Social Behaviorist oleh George Herbert Mead - 1934)

George Herbert Mead adalah pemikir dan juga ahli psikologi tabiat manusia yang melihat psikologi serta hubungannya dengan persekitaran termasuk antara manusia dalam kelompok komuniti mereka.

Dalam pentakrifan dan hujah mengenai makna, Mead lebih selesa melihat makna sebagai respon individu melalui sifat dan kecenderungan 'tersusun' manusia (organized attitude) dan hubungannya dengan elemen waktu.

Tabiat respon dalam individu ini lantas menciptakan sifat umum (universality/universals). Walaupun rangsangan boleh jadi berbeza, sifat umum ini memberi kesan pada tabiat dalam persoalan identiti pemberi respon.

Mead melihat respon sebagai satu hal yang umum manakala rangsangan adalah hal yang spesifik dalam hubungan rangsangan - respon.

Hubungan ini membuka ruang pemahaman baru terhadap ciri-ciri bahan (substance) dan sifat (attributes). Beliau memberi contoh bahan yang kita kenali sebagai rumah. Konsep rumah difahami secara umum oleh manusia dari segi maknanya. Ia dapat dibezakan dengan elemen asas lain yang membina konsep bahan tersebut seperti batu kerikil, simen, bata, kayu atau apa-apa sahaja bahan binaan sebuah rumah. Ini membezakan kita dengan haiwan kerana kita dapat membezakan konsep bahan (substance) yang kita gelar sebagai rumah, walhal haiwan cuma melihat objek sebagai elemen yang penting untuk kemandirian mereka dalam hidup. Dan perkaitan bahan ini pula dapat dikaitkan dengan sifatnya yang lain seperti warna dan ini merangsang kita untuk memberikan respon setelak elemen-elemen ini dapat kita bezakan satu persatu melalui sistem saraf.

Maka dalam memikirkan respon, terdapat pelbagai pilihan untuk kita fikirkan dan ia tergantung antara satu sama yang lain. Maka Mead tidak berminat untuk menyelesaikan masalah makna dan permaknaan dalam konteks metafizikal (abstrak) namun lebih pragmatik untuk beliau fikirkan makna sebagai konteks untuk mengawal dalam memahami perlakuan si pelaku menurut kacamata seorang ahli psikologi.

Dunia sekeliling kita terbuka hijabnya satu persatu apabila kita belajar untuk memberikan satu respon kemudian respon yang lainnya, sebelum ia membentuk peribadi kita melalui pengalaman ini. Mead melihat makna dan permaknaan objek di dalam dunia ini sebagai hubungan reaksi antara organisme dan alam sekeliling mereka. Keduanya saling terkait dan tidak terlepas dari kesan yang mereka bawa antara satu sama lain.

Makna dan permaknaan dalam konteks alam sosial pula tergantung pada aktiviti sosial oleh komuniti sosial yang memberikan makna tersebut. Maka proses sosial dan alamnya bagi Mead adalah analogi kepada organisme serta hubungannya dengan alam fisio-biologi mereka.

Apa yang membezakan manusia dengan binatang adalah kebolehan kita untuk mengaitkan objek sebagai satu hal fikiran dan minda. Ini membolehkan kita memikirkan beberapa pilihan respon terhadap hal-hal minda mengenai objek tersebut untuk membezakaan makna yang berlainan seperti konsep rumah dan perbezaan dengan bahan buatan rumah seperti pasir, batu kerikil, dan sebagainya.

Maka minda terwujud apabila organisme tersebut mampu menerangkan makna pada dirinya atau organisme yang lain. Manusia pula mempunyai kebolehan untuk membina satu mekanisme bagai mengawal hubungan antaara dirinya dengan alam persekitaran.

Di sinilah komunikasi memainkan peranan penting yang akhirnya membuahkan satu kebolehan lain iaitu bahasa. Bahasa bagi Mead adalah simbol kepada wujudnya minda dan kepintaran. Minda bagi Mead adalah fenomena sosial dan bukannya fenomena yang terhasil secara individu.

Sifat refleksif manusia pula adalah ciri yang penting dalaam proses perkembangan minda ini kerana setelah wujudnya kesedaran perihal minda dalam individu, organisme individu ini kemudiannya memberikan respon terhadap individu-individu lain dalam rangka penyesuaian terhadap sifat-sifat individu-individu lain ini.

Maka dengan ini individu tersebut telah mengambil sifat-sifat individu-individu lain sebagai refleksi penyesuaian bagi dirinya sendiri dalam memberikan respon serta proses sosialisasi. Perkembangan ini kemudiannya boleh difahami sebagai perkembangan serta evolusi minda dan kepintaran.

https://www.facebook.com/1245616488/posts/10226677190976348/

Wednesday, 18 August 2021

‘Over Time’ (オーバータイム).

 

Japanese Drama Series : Over Time

2021年8月18日 - Bagi menenangkan kepala otak dari kemelut politik Malaysia yang tak habis-habis ditambah pula masih lagi pening-pening lalat memahamkan falsafah ‘Creativity in Action Theory’ oleh Joas dan kerja-kerja George Herbert Mead, saya berehat kejap mendengar lagu-lagu Yuko Yamaguchi (由子山口) menerusi single ‘Believe’ yang popular menerusi drama ‘Over Time’ (オーバータイム).

Overtime opening


Waktu relax dan makan malam sekarang ni menonton drama tersebut secara online bersama Aliyyah Nuha Faiqah sambil-sambil menerangkan serba sedikit aspek Bahasa Jepun yang sedang dipelajarinya setiap minggu di apartment ini.

Lagu Yuko Yamaguchi ini antara yang mengimbau kenangan menonton program petang drama-drama Jepun di kaca televisyen di Malaysia sekitar penghujung 90an. Imej-imej tentang hubungan cinta dan kasih sayang menerpa saya yang masih mentah dan hingusan waktu itu menerusi gandingan lakonan Esumi Makiko (江角マキコ) sebagai Natsuki dan Takashi Sorimachi (反町隆史) sebagai Soichiro.

Kenaifan adalah jendela kepada kedewasaan. Ia sebuah ruang pembuka bagi jalan-jalan mencari permaknaan dan nilai bagi seorang manusia. Jika Joas betul, maka sahlah saya ini mangsa kepada konsumerisme budaya pop media TV waktu itu yang menayangkan program-program TV sedemikian.

Menonton sebuah drama tentang heartbreak dan melalui heartbreak bukanlah hal yang sama. Ia seperti belajar tentang perang dalam bilik darjah markas tentera dengan turun medan pertempuran malah hilang kaki dan tangan. 


Gambar : Yuko Yamaguchi - believe

Dan manusia pula adalah makhluk yang mempunyai kapasiti memori yang agak besar. Maka mendengar Yuko Yamaguchi membisikkan ‘寂しくて言葉も出ない’ ke corong telinga membuatkan kepala otak saya melayang ke waktu menonton drama ini di kaca TV serta terkesan dengan nasib Natsuki dan Soichiro dalam kisah persahabatan-percintaan. Maka perasaan sayu itulah mewakili moment kecil itu yang masih saya ingat dalam kepala menonton drama ini.


Apakah ertinya semua ini?

Entah lah, beb. 

Mungkin elok juga lah waktu anak-anak semua membesar, bagi saja lah mereka menonton Didi & Friends, Ejen Ali, Upin & Ipin atau apa-apa sahaja kartun yang sesuai. Jangan dibiar mereka menonton drama-drama opera sabun (soap opera) seperti ini.

Atau terima lah kesannya membesar dengan imej-imej ini dan berasa sayu setiap kali lagu-lagu ini berulang dalam kepala.

Tak guna punya drama.


Natsuki/Soichiro/Nasuna~Believe By Yamaguchi Yuko

https://youtu.be/U0DhBj7loNM

I Believe

When I'm feeling small
When it's cold outside
I don't know who I should believe
And when I needed someone special
Just by my side
Who was there?

When I'm feeling old
When it's rain outside
I don't know who is holding me
And now I need a little kind and tender moment
Who's with me?

I believe someday I will love
Someone who's by my side
Oh someday
My special one will come alone
I keep on praying

When I'm lost inside
When I'm down and out
I don't know who I should recall
And when I needed someone precious
Just by my side
No one there no one was there

I believe someday I will love
Someone who's by my side
Oh someday
My special one will come alone
I'll pray everyday

Someday I will love
Oh someday oh someday
I keep on praying everyday

Believe by Yamaguchi Yuko lyrics with English translation

Saturday, 27 February 2021

...Socks dah tak ada dah...

Arkib : 08 Februari 2021 - 2021年2月8日 -

BAGAIMANA SEEKOR KUCING MENGAJAR SAYA TENTANG KEMATIAN - SEBUAH EULOGI BUAT SOCKS

Minggu ini saya dan isteri Nuha dikejutkan oleh penjaga kucing-kucing kami, Hairil dan Farha tentang kesihatan Socks yang semakin membimbangkan. Libang-libu kami di rumah International House berlokasi di Higashihiroshima. 

Tak senang duduk. 

Tapi lama dulu sebelum isteri saya ke sini, kami cuba berlapang dada. Dua-dua kucing kami memang sudah lanjut usianya, berbelas tahun. Jadi kalau mereka meninggal sewaktu berada di Jepun, memang hal yang tak boleh dielakkan. Ia adalah proses alam yang tak dapat dihentikan. Socks adalah seekor kucing yang baik. Selalunya kami akan benarkan dia masuk ke bilik tidur dan bersama dengan kami sampai ke pagi, itupun kalau dia tak bangun awal pagi sebab nak terberak atau terkencing. Pun begitu dia akan kejutkan kami dengan berlari-lari di kaki atau melompat-lompat di atas katil sampai kami terjaga. Kalau tak bangun juga alamatnya memang mendapatlah bau tahinya yang boleh kasi bilik berpekung seharian.

Socks suka bangun awal pagi dan berkejaran ke dapur kalau saya bangun tidur selepas solat subuh. Dia tahu saya ke sana untuk meletakkan makanan ke dalam pinggan plastik bercorak bunga. Kalau saya cuma bagi biskut Royal Canin, pasti dia buat muka dan memandang saya dengan sayu, macam cakap,

“Tak cukup la...”

Lalu saya pun membuka tin sheba berkandungan tuna dengan sos pekat buatan syarikat Jepun. Socks tak suka makan ayam, jadi sheba berkandungan ayam tidak saya beli, bimbang rugi tak dimakannya nanti.

Saya juga harus pastikan Sophie juga makan waktu tu. Sebab Socks suka makan, dan mukanya yang lebar tu akan menghimpit pinggan Sophie kalau makanannya habis lebih awal. Pasti Sophie pun menyampah dan mengetuk kepalanya kadang-kadang. Nak gigit tapi orang tua, malaslah dia. Jadi dia mengalah saja. Untuk berlaku adil, saya pastikan Sophie dan Socks makan serentak.

Saya lebih rajin bagi Sheba kepada Socks dan Sophie. Isteri saya cuma geleng kepala saja bila saya bagi Socks makan lebih dua kali sehari. Tak apa, kata saya. Sebab Socks jarang makan biskut Royal Canin dengan banyak. Mungkin gigi taringnya yang dah tinggal sebatang menyebabkan dia susah nak gigit biskut keras.

Biasalah. Orang tua.

Jadi suka makanan lembut saja. Bila fikirkan balik, bagus juga kalau saya sediakan makanan Socks sendiri. Masak untuk dia juga seperti saya masakkan makanan untuk keluarga. Sebab Socks adalah sebahagian dari keluarga kami.

Waktu Hairil dan Farha membawanya pulang dari klinik, dia cuma terbaring lemah dalam kereta. Bimbang takut-takut tak sempat berbual dengannya untuk kali terakhir, mereka bikin Video Call melalui aplikasi WhatsApp dan benarkan kami bercakap dengan Socks. Lama kami cuba memanggilnya. Kepalanya memandang ke arah bertentangan. Dia terlalu lemah waktu itu untuk menoleh. Doktor cakap hatinya dah tak mengeluarkan darah, sebab tu badan Socks sejuk kerana kurang darah. Oleh kerana faktor umur, doktor cuma cakap standby saja. Memang tak boleh buat apa.

“Cokicok cokicok!”

Saya panggil dia dari seberang talian. Isteri saya, temannya sejak 12 tahun lepas juga memanggil dia dari jauh. Selepas PKP tahun 2020 kami tak pernah berjumpa lagi dengan dia oleh sebab faktor jarak dan penguatkuasaan PKP tak membenarkan rentas negeri. Kami cuma harap dia tak rasa diabaikan, ditinggalkan. Hati orang tua begitulah, mudah tersinggung. Tapi dengan penjagaan teliti oleh Hairil dan Farha saya yakin mereka menjaganya dengan sangat baik. Malah lebih baik dari kami berdua.

Sewaktu di hujung video call, kami perhatikan dia perlahan-lahan mengangkat kepala. Farha kemudian menganduh kepalanya takut terkehel otot. Socks menoleh dan memandang kami tepat ke dalam kamera.

Socks seolah faham dan masih lagi kenal suara kami. Cuma badannya terlalu lemah, dia cuma mengiau dengan kuat dan kembali baring. Saya dan isteri telah lama berderai sayu, menangisi sahabat baik kami dalam keadaan tenat.

Keesokannya keadaan Socks masih kekal lemah. Tapi dia masih mahu makan seperti selalu. Cuma bukan lagi makanan yang berat-berat macam Royal Canin selalu tu. Cuma susu dan ubat untuk menampung kesihatannya yang merosot. Tiba waktu malam dia sudah sangat lemah. Hairil dan Farha membuat video call sekali lagi. Tak ada apa yang boleh dilakukan cuma melihat perlahan-lahan wajah cerahnya hilang seperti cahaya terkatup oleh gelapnya gua. 

“Meowwww.”

Socks memberikan satu ngiau terakhir. Kami mengucapkan terima kasih dan mohon maaf jika beliau tersinggung. Entahlah kenapa kami berkata begitu. Bukannya dia faham bahasa manusia. Tapi jauh di sudut hati, sifat manusia dalam dada yang berempati dan meng-antromofi-kan komunikasi, kami buat begitu, dengan harapan beliau faham.

“Ok, Sefa dan Nuha... Socks dah tak ada dah...”

Kata Hairil. 

Kami berpelukan menahan kesedihan. Tapi kami sedikit lega kerana dapat bersama Socks sampai saat terakhir. Ngiauan terakhirnya seperti mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir. Socks yang berumur 16 tahun dikebumikan malam itu juga oleh Hairil. 

Kematian Socks mengajar saya banyak hal dan buat saya memandang kematian dengan perspektif berbeza. 

Manusia menerusi jalur tradisi dan budaya membayangkan dunia kematian seperti satu perpisahan yang panjang, tanpa diketahui bilakah perjumpaan seterusnya. Maka dengan itu konstruk budaya membina imej-imej alam barzakh dengan pelbagai cara untuk membayangkan kehidupan selepas kematian. Sebab kita tak boleh nak bayangkannya selain menggunakan imej dan objek yang dilihat sewaktu hidup.

Saya fikir, jika sebelum lahir saya tak ingat apa-apa, barangkali selepas mati juga begitu, saya tak rasa apa-apa, atau tahu apa-apa.

Kesedaran cuma sebuah konstruk sosial dan imejan melalui rangsangan deria biologi. Manusia tak dapat membayangkan sebuah hal ‘hampa’; tak ada apa-apa. Mesti ada sesuatu selepas kematian. Sebuah ruang hampa, kosong, tak ada rasa apa-apa sebelum kita lahir adalah ‘nil’ dalam kepala kita. Tak boleh nak dibayangkan.

Tapi apakah sebenarnya ia memang akhirnya begitu? Balik kepada ‘tiada’. Tak ada kesedaran. Tak ada imej. Cuma ‘tiada’. Seperti sebelum kita lahir.

Mungkin kepercayaan yang dibina selama ini adalah untuk kita tidak berputus harap dan terus berkerja demi masyarakat. Semuanya tidak habis lagi. Hidup yang ada harus digunakan baik untuk kelangsungan masyarakat dunia.

Apa-apa yang kita percayakan pun, Socks mengajar saya untuk terus berjuang sampai habis melalui ngiauan terakhirnya. Barangkali budaya kita cuba menganjak fokus kepada momen sekarang, waktu ini. Untuk tidak terlalu gusar tentang kematian, namun mengerah bakti waktu hidup, supaya bila kematian datang, kita telah melakukan sedayanya untuk kemakmuran orang. Sebelum kembali kepada ketiadaan dan ruang hampa itu.

  • Maka jika anda memikirkan mahu melakukan kebaikan, waktunya sekarang.
  • Jika anda mencari kemaafan orang, waktunya sekarang.
  • Jika anda mahu berkerja dan malas bermalasan, waktunya sekarang.
  • Jika anda mahu menghentikan tabiat buruk, masanya sekarang.
  • Jika anda mahu mengucapkan cinta pada mak ayah, waktunya sekarang.

Sebab waktu kematian datang dan kembali kepadaan ketiadaan, adalah seperti masa senggang antara sedar dan jaga waktu bangun tidur. Tiada personaliti, tiada kesedaran, tiada rasa. Tapi mungkin tanggapan ini tersilap, dan mungkin kerana itu kepercayaan meletakkan ‘percaya’ dalam perkataannya.

Apa pun, kita semua tahu. Walaupun badan bercerai ke dalam tanah, kita akan kembali ke lingkungan biologi. Kembali menjadi zarah karbon yang bergabung dengan zarah lain; kembali ke semesta.

Begitulah Socks mengajar saya tentang kematian.

https://www.facebook.com/1245616488/posts/10225234327905673/

Pautan artikel lain yang berkaitan :-


MISI SEEKOR KUCING🌹

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/03/misi-seekor-kucing.html

Wednesday, 2 December 2020

Sustaining Mak Yong - Main Puteri in Raman: A Discussion of Its Existance in Cultural Evolutionary Thread

 

2020年12月1日 - PENERBITAN ILMIAH PERTAMA

Tajuk artikel: Sustaining Mak Yong - Main Puteri in Raman: A Discussion of Its Existance in Cultural Evolutionary Thread.

Jurnal: Jurai Sembah (UPSI)



Alhamdulillah, semalam penerbit UPSI memberi makluman yang artikel saya telah diterbitkan dalam terbitan edisi kedua Jurnal Jurai Sembah bagi tahun 2020 (klik pautan DOI untuk memuat turun atau membaca dalam talian). Perjalanan dalam bidang kajian ini sebenarnya masih jauh dan ini adalah langkah pertama saya untuk belajar buat penambahbaikan. Sudah tentu ia tidak dapat disiapkan tanpa bantuan Prof Bond Fair  yang banyak memberi input menerusi pengalaman beliau bersama komuniti Mak Yong dan memperpanjangkan hasrat saya untuk ke Selatan Thailand menerusi perkenalan dengan Abang Saman Dosormi di Raman.

Saya cuba menyantuni setiap cerita yang dikongsikan oleh pemain-pemain senior Mak Yong ini yang punya pengalaman luas dan menyikapi realiti mereka sebagai pemain-pemain sebuah kesenian yang berdepan dengan rintangan masa dalam wilayah yang bergolak dengan bermacam-macam isu. Saya sangat menghormati kekuatan setiap mereka yang terus bermain dan berkongsi budaya Mak Yong kepada sesiapa pun, termasuklah lelaki Melayu - Jawa yang sesat di tanah asing ini. Tentu sekali kekuatan Abang Saman mengemudi usaha pembudayaan masyarakat sekeliling tentang kesenian melayu adalah hal yang sangat menginspirasikan kepada saya sampai bila-bila.

Mudah-mudahan jika berpeluang, saya mahu ke Raman lagi menyerap jiwa dan budaya mereka untuk menambah inspirasi dalam memperkayakan pengalaman menimba cerita artis-artis budaya ini.

For all my dearest friends and peers, feel free to read my first published write up on Mak Yong and please share to your friends and colleagues who might be interested to join the discourse. Your comments and thoughts are greatly appreciated. Thank you. Stay safe and healthy. Hopefully when the pandemic is over/controlled we may once again enjoy the beauty of this traditional performing arts as usual. 

Muhammad Fazli Taib Saearani Pauline Fan Danial Lee Jack Malik Norzizi Zulkifli Lenny Erwan Netusha Naidu Fasyali Fadzly Ed Hashim اظاهام حميدون Omar Husain Kis Omar Siti Munirah Kasim

Friday, 4 September 2020

04 September 2019

Arkib : 16 Jun 2019. Selamat Hari Bapa Untuk Abah

Sempena Hari Bapa yang diraikan hari ini rasanya lebih baik saya bercakap hal yang baik-baik tentang abah kepada yang membaca dari semata-mata wish, sebab ucapan boleh dihantarkan terus menerusi mesej atau berjumpa, kurang relevan untuk dibaca oleh segenap pelusok friend list yang entahkan kenal atau tidak abah saya.

Abah seorang yang membesar dengan penat jerih atas nama seorang pendatang. Dia adalah generasi ketiga pendatang dari Kepulauan Jawa, Indonesia sekitar awal kurun ke 20. Tak banyak yang saya tahu tentang nenek moyangnya sebab adik beradik atau keluarga di Jawa pun tak ada yang kami benar-benar rapat sampai sekarang.

Membesar di Bagan Datoh ada baik dan buruknya. Awal pertengahan abad 20 menyaksikan pertumbuhan pekan kecil Teluk Intan menuju ke arah pembentukan Malaysia merdeka yang menjurus ke arah perladangan.

Dalam banyak adik-beradik, abah yang terawal nekad untuk sambung belajar sebab dia tahu hanya dengan pendidikan pada waktu itu dapat membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan yang menyangkut ramai saudara-mara jalur pendatang. Hal itu bukan mudah katanya. Nak ke sekolah menengah pada waktu itu perlu meredah jalan kampung dan jarak sekolah dari rumah pula sekitar 20 km. Bayangkanlah kalau naik basikal waktu itu, aku anggarkan mahu juga dua tiga jam.

Abah cakap kalau dia nak ke sekolah selalunya sebelum subuh dan masih gelap lagi. Pernah sekali dia terjatuh dalam parit gelap-gelap sekali dengan kad pengenalan, teraba-rabalah dia cari kad sampai jumpa. Nak mengadu dah tentu kena maki balik dengan ayahnya yang garang (kami panggil Embah Lanang), silap-silap mau kena pukul. Tapi dia usaha juga sampailah dia ambil SPM dan seterusnya STPM. Pernah juga dia sambung belajar ke Alam Shah (aliran melayu pertama waktu itu), tapi gagal pula periksa, dia transfer balik ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz. Nak jadi cerita, dia berjaya juga sambung jadi cikgu walaupun tak ada STPM waktu itu. Tapi dia fikir kena juga dapatkan sebab itu the only way untuk progress dan keluar dari kemiskinan. Jadi sambil mengajar, dia ambil juga STPM banyak kali sampai berjaya. Total cubaan 7 kali katanya. Tapi dia nekad.

Lepas habis STPM, masa ada anak dua orang, dia sambung belajar ke peringkat sarjana muda pulak, di USM. Waktu jambatan Pulau Pinang pun belum ada lagi. Terpaksalah berjauhan dengan anak bini. Gaji pun kena potong separuh, waktu itu dalam tiga ratus ringgit lebih kalau kerja cikgu. Tolak duit rumah, bla, bla, bla, entah berapalah dia dapat makan untuk tiap bulan.

Pun dia tak mengalah.

Katanya nak survive, makan lah nasi dengan lauk ikan. Ikan itu boleh makan dua kali, sebelah pagi, sebelah malam (no pun intended, setan). Tapi nasib dia agak baik juga dan dia sangat grateful ada abang-abang yang masih hulur duit walaupun dah berkeluarga. Kadang dia kata tebal sahajalah telinga dengar kena bebel, at least ada duit nak survive.

But he keeps all the money he receives on a note. Lepas habis belajar, dia bayar balik duit-duit itu kat abang-abang dia. How thoughtful.

"Diorang pun bukan orang kaya," kata abah.

Habis belajar degree, abah mengajar. Sambil-sambil itu banyak juga saudara-mara yang dia bawa dari kampung untuk tinggal sekali, hanya sebab dia nak bagi mereka peluang dan hak untuk pendidikan. Mak kadang pening kepala sebab isi rumah dah bertambah, tapi layankan lah sebab mereka adalah family. Aku tahu kalau duduk pada tempat abah, entah larat atau tidak nak tanggung isi rumah banyak macam itu.

Tapi tak pernah juga lah abah merungut-rungut dah bantu orang macam-macam tak dapat pulangan apa benda. Selalunya abah biarkan saja kalau orang buat palat kat dia. Kadang aku yang naik angin. Tapi abah bukan jenis suka bereaksi tak tentu pasal.

"Banyak benda yang kita kena fikir." Kata abah.

Memang abah banyak berfikir sebelum apa-apa benda yang dia buat. Mudah-mudahan Allah sajalah yang beri balasan untuk segala pertolongan yang dia bagi.

Sampai sekarang sebenarnya abah suka memberi. Sampai sekarang masih lagi mengajar tuisyen percuma, terutama bab Matematik. Untuk sesiapa saja termasuklah orang-orang di kampung dia di Bagan Datoh. Tak pernah sekali pun lupa. Matematik Tambahan yang dia tak pernah mengajar masa jadi cikgu pun dia belajar lepas pencen. Hari-hari dia tak berkebun atau potong rumput, dia akan duduk berteleku mengadap buku latihan matematik. Sampai kami buat umrah tahun 2005 dulu pun dia bawa juga buku-buku matematik itu.

Geleng kepala dia belajar matematik tambahan. Dia gagahkan juga.

Dan walaupun dia dah naik pangkat PK HEM dengan DG41 sebelum pencen, pun, dia tak pernah nak berlagak bukan-bukan dengan gaji yang dah mantap. Masih jugalah dia bawa motor cabuk ke sekolah sampai pencen tahun 2003. Ruang parking untuk PK HEM kat sekolah pun dia bayar juga macam biasa, cuma sesekali dia akan bawa kereta, selalunya kalau dia memasak untuk jamuan sekolah. Ini kau tanya Aloy Paradoks lah, aku kurang memori tentang hal itu, tau-tau je nampak dia angkut pinggan mangkuk masuk dalam boot kereta. 

Abah adalah contoh orang yang 'bebas' dalam erti kata sebenarnya. Dia sedar ilmu bukan saja untuk bebaskan diri dari belenggu ekonomi masyarakat dan kelas mereka tapi untuk develop minda jauh dari kebebalan dalam sikap dan tindakan.

"Kita kena sedorlah diri."

Itu pesan abah kalau aku pulang ke kampung dan minum-minum pagi. Dia suka betul borak lepas minum pagi, tambah kalau lepas buat roti canai.

Apa yang buat aku grounded walaupun dah ke sana ke mari adalah mengenangkan, sejauh mana pun aku pergi, ada sosok lelaki yang akan buat yang terbaik, mengenakan baju lusuh yang bertampal (sebab dia benci buang benda boleh pakai, bukan tak pernah belikan dia baju baru). Sejauh mana pun idea yang aku utarakan, tak akan pernah terwujud kalau tak ada pengorbanan dari abah, yang entahkan mampu aku at least capai dalam usia kebapaan satu hari nanti. 

Beliau juga datang dengan tagline famous,

"Kalau kamu tak ada pemadam dan pensel, tapi saya nampak kamu makan KFC kat pekan Teluk Intan, masa itu jugak saya tendang kamu."

Kool abah.

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10219671339914450&id=1245616488

P/S : Sedikit perkongsian tentang Matematik apabila aku cuba nak kaitkan diri abah dengan matapelajaran Matematik ini. Boleh gunakan gambar-gambar ini sebagai rujukan.


Gambar 1 : Formula Bulatan


Gambar 2 : Contoh soalan sudut


Gambar 3 : Strategi untuk menjawab soalan ini


Gambar 4 : Teknik Bola Snuker


Gambar 5 : Bentuk graf kuadratik, positif (+) dan negatif (-)


Gambar 6 : Soalan matematik berbentuk Persamaan Trigonometri


Gambar 7 : Persamaan Linear (Algebra dan Nombor Integer)


Gambar 8 : Penyelesaian Algebra


Gambar 9 : Penyelesaian Algebra


Gambar 10 : Ungkapan Algebra

Usaha seorang guru untuk memastikan pelajarnya pandai dalam matapelajaran matematik & matematik tambahan. Sumber facebook Kipas Hikmat

Sebagai penutup kepada tulisan ini, di sini saya kongsikan pautan laman sesawang yang berkaitan untuk rujukan semua.

1. Koleksi Video Kelas Matematik Cikgu Alfan https://www.youtube.com/playlist?list=PL0ILjhjKBgMCK7IRDzkkXx81JhFtdR5qQ 2. Koleksi Video-video Arkib dan terkini hanya di Saluran YouTube Channel ini. • Koleksi Filem • Koleksi Sketsa • Koleksi Video Muzik ...dan pelbagai lagi 😁 Please LIKE, SUBSCRIBE and SHARE. Thank You ! 🇲🇾 Sumber dari - https://www.youtube.com/user/normanhafizi82

---------------------------------------------------------------------

04 September 2019 : Kisah Hari Ini




Gambar : Cikgu Alfan (abah) dan Dr. Ridhuan Tee

04 September 2019 : Kisah Hari Ini.

Alhamdulillah aamiin. Sempat juga ayah saya bergambar dengan Dr. Ridhuan Tee di Bank Islam Teluk Intan. Ayah saya dahulu pernah mengajar dia masa kelas Tingkatan 6.

Dr. Ridhuan Tee satu-satunya anak murid dia yang (non Muslim) pada masa itu dan dia minat belajar sastera Melayu. Pelik bukan?

Apabila kita menuntut ilmu, latarbelakang kita pun tidak jadi sempadan antara cikgu dengan anak murid. Saya memang tabik habis dengan Dr. Ridhuan Tee ini dari dia sebelum Muslim sampai dia dah jadi Muslim, dia tetap hormat ayah saya sehingga kini.

Sekarang ilmu yang dia ada dan pernah belajar dengan ayah saya itu digunakan oleh dia untuk sedarkan masyarakat Islam di Malaysia. Dari sini, kecil rasanya jasa saya berbanding dengan ayah saya kerana saya bukanlah seorang guru, tapi sebenarnya anak kepada seorang guru. Masyarakat tetap akan fikir, apabila ayah ataupun ibu seseorang anak itu adalah seorang guru, sudah tentu anak dia juga tetap ikut jejak langkah ibu bapa mereka hebat dalam kehidupan mereka masing-masing.

P/S : Sekarang ini, orang tengah memandang diri saya sejak dahulu hingga sekarang kerana bapa saya berjaya lahirkan anak muridnya menjadi insan terhebat Malaysia. Soalan sekarang ini, adakah aku tetap hebat sebagai anaknya?  Dan adakah aku boleh jadi lebih hebat daripada bapa aku? Huhuhu...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215801856894977&id=1101123111

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Please LIKE, SUBSCRIBE and SHARE all these videos. Thank You !

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat. Alhamdulillah aamiin. Sejak Jun 2020 yang lepas, saya telah pun memulakan penerbitan video saya sendiri di dalam Saluran YouTube ini. Hasil perbincangan dengan seorang bekas guru yang berpengalaman mengajar di sekolah, saya telah pun menggunakan perkhidmatan daripada Haji Alfan Bin Mimbar (gambar) untuk menghasilkan sebuah video penerbitan bagi subjek Matematik. Menyedari kepentingan bahawa anak bangsa kita sendiri agak lemah dalam subjek Matematik, maka telah menimbulkan satu idea baharu kepada saya. Idea tersebut ialah untuk menghasilkan penerbitan video untuk mengajar serta mengukuhkan kefahaman para pelajar di sekolah serta di peringkat pengajian tinggi telah menjadi keutamaan kepada saya dalam menghasilkan video-video tersebut ketika ini. Perkhidmatan yang diberikan serta komitmen yang jitu dan berterusan oleh Haji Alfan dalam penghasilan kesemua video tersebut menimbulkan perasaan yang begitu gembira dan teruja dalam diri saya sendiri. Bukan mudah ye untuk menjemput seorang guru yang telah pun bersara, akan tetapi masih berminat untuk mencurahkan ilmu serta pengalaman beliau demi kepentingan anak bangsa sendiri khususnya di dalam bidang Matematik ini. Di sini, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Haji Alfan di atas kesudian beliau untuk berkongsi pengalaman sepanjang beliau pernah berkhidmat sebagai guru di sekolah suatu ketika dahulu. Saya, selaku bagi pihak penerbit, mendoakan agar Haji Alfan diberikan kesihatan yang baik agar usaha-usaha beliau ini akan dapat memberikan manfaat kepada seluruh pelajar di Malaysia. Semoga perkongsian tersebut diberikan ganjaran yang baik dan setimpal daripada Allah s.w.t. kepada beliau. Aamiin Ya Robbal'alamiin 🤲. Akhir kata, semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh semua subscriber saya di dalam Saluran YouTube saya ini. Tak lupa juga di sini, saya mengucapkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua subscriber yang masih terus berikan sokongan kepada saya untuk saya teruskan penerbitan video di Saluran YouTube ini. In Shaa Allah aamiin, selepas ini dan hari-hari yang seterusnya adalah perkongsian video-video yang saya hasilkan sendiri bagi mengekalkan keaslian penghasilan semua video tersebut. Segala yang baik itu datang daripada Allah, dan segala yang kurang dan lemah itu adalah daripada diri saya sendiri. Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda semua kepada penerbitan video di dalam Saluran YouTube ini. Sekian, terima kasih.

Koleksi Video Matematik Cikgu Alfan : Senarai Main (playlist) : Mathematics


Petikan dari sumber :-
https://www.youtube.com/channel/UC2ZwSX9D0BLZ5HA2-Og75vg/community

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...