Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 6 September 2021

Mind, Self and Society - From The Standpoint of a Social Behaviorist

HUBUNGAN ANTARA MINDA, RESPON DAN PERSEKITARAN  

(Di ambil dari 'Mind, Self and Society - From The Standpoint of a Social Behaviorist oleh George Herbert Mead - 1934)

George Herbert Mead adalah pemikir dan juga ahli psikologi tabiat manusia yang melihat psikologi serta hubungannya dengan persekitaran termasuk antara manusia dalam kelompok komuniti mereka.

Dalam pentakrifan dan hujah mengenai makna, Mead lebih selesa melihat makna sebagai respon individu melalui sifat dan kecenderungan 'tersusun' manusia (organized attitude) dan hubungannya dengan elemen waktu.

Tabiat respon dalam individu ini lantas menciptakan sifat umum (universality/universals). Walaupun rangsangan boleh jadi berbeza, sifat umum ini memberi kesan pada tabiat dalam persoalan identiti pemberi respon.

Mead melihat respon sebagai satu hal yang umum manakala rangsangan adalah hal yang spesifik dalam hubungan rangsangan - respon.

Hubungan ini membuka ruang pemahaman baru terhadap ciri-ciri bahan (substance) dan sifat (attributes). Beliau memberi contoh bahan yang kita kenali sebagai rumah. Konsep rumah difahami secara umum oleh manusia dari segi maknanya. Ia dapat dibezakan dengan elemen asas lain yang membina konsep bahan tersebut seperti batu kerikil, simen, bata, kayu atau apa-apa sahaja bahan binaan sebuah rumah. Ini membezakan kita dengan haiwan kerana kita dapat membezakan konsep bahan (substance) yang kita gelar sebagai rumah, walhal haiwan cuma melihat objek sebagai elemen yang penting untuk kemandirian mereka dalam hidup. Dan perkaitan bahan ini pula dapat dikaitkan dengan sifatnya yang lain seperti warna dan ini merangsang kita untuk memberikan respon setelak elemen-elemen ini dapat kita bezakan satu persatu melalui sistem saraf.

Maka dalam memikirkan respon, terdapat pelbagai pilihan untuk kita fikirkan dan ia tergantung antara satu sama yang lain. Maka Mead tidak berminat untuk menyelesaikan masalah makna dan permaknaan dalam konteks metafizikal (abstrak) namun lebih pragmatik untuk beliau fikirkan makna sebagai konteks untuk mengawal dalam memahami perlakuan si pelaku menurut kacamata seorang ahli psikologi.

Dunia sekeliling kita terbuka hijabnya satu persatu apabila kita belajar untuk memberikan satu respon kemudian respon yang lainnya, sebelum ia membentuk peribadi kita melalui pengalaman ini. Mead melihat makna dan permaknaan objek di dalam dunia ini sebagai hubungan reaksi antara organisme dan alam sekeliling mereka. Keduanya saling terkait dan tidak terlepas dari kesan yang mereka bawa antara satu sama lain.

Makna dan permaknaan dalam konteks alam sosial pula tergantung pada aktiviti sosial oleh komuniti sosial yang memberikan makna tersebut. Maka proses sosial dan alamnya bagi Mead adalah analogi kepada organisme serta hubungannya dengan alam fisio-biologi mereka.

Apa yang membezakan manusia dengan binatang adalah kebolehan kita untuk mengaitkan objek sebagai satu hal fikiran dan minda. Ini membolehkan kita memikirkan beberapa pilihan respon terhadap hal-hal minda mengenai objek tersebut untuk membezakaan makna yang berlainan seperti konsep rumah dan perbezaan dengan bahan buatan rumah seperti pasir, batu kerikil, dan sebagainya.

Maka minda terwujud apabila organisme tersebut mampu menerangkan makna pada dirinya atau organisme yang lain. Manusia pula mempunyai kebolehan untuk membina satu mekanisme bagai mengawal hubungan antaara dirinya dengan alam persekitaran.

Di sinilah komunikasi memainkan peranan penting yang akhirnya membuahkan satu kebolehan lain iaitu bahasa. Bahasa bagi Mead adalah simbol kepada wujudnya minda dan kepintaran. Minda bagi Mead adalah fenomena sosial dan bukannya fenomena yang terhasil secara individu.

Sifat refleksif manusia pula adalah ciri yang penting dalaam proses perkembangan minda ini kerana setelah wujudnya kesedaran perihal minda dalam individu, organisme individu ini kemudiannya memberikan respon terhadap individu-individu lain dalam rangka penyesuaian terhadap sifat-sifat individu-individu lain ini.

Maka dengan ini individu tersebut telah mengambil sifat-sifat individu-individu lain sebagai refleksi penyesuaian bagi dirinya sendiri dalam memberikan respon serta proses sosialisasi. Perkembangan ini kemudiannya boleh difahami sebagai perkembangan serta evolusi minda dan kepintaran.

https://www.facebook.com/1245616488/posts/10226677190976348/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...