Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label pengajaran. Show all posts
Showing posts with label pengajaran. Show all posts

Thursday, 12 February 2026

SYED SHAH IQMAL SYED MOHD SHAIFUL


Gambar dan Kisah Da'i Syed

BIODATA RINGKAS SUMBER GEMINI AI

Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful (lahir 1995), atau lebih dikenali sebagai Da'i Syed, ialah seorang penceramah bebas, pengacara, dan pelakon Malaysia yang dicungkil menerusi program realiti Da'i Pendakwah Nusantara (musim ke-4). Pada Januari 2026, beliau diperintah menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas sabitan kes rogol.
Ringkasan Kes dan Biodata:
  • Nama Popular: Da'i Syed
  • Tarikh Lahir: 21 Oktober 1995
  • Sabitan Kes: Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan kerana merogol seorang wanita pada tahun 2019.
  • Status Terkini: Dihantar ke penjara serta-merta pada 23 Januari 2026 selepas rayuan ditolak.
  • Keluarga: Berkahwin dengan Nurul Hanafi Ismail (2022) dan dikurniakan anak.
Sebelum ini, Mahkamah Sesyen telah melepaskan beliau pada April 2023, namun diperintah membela diri semula selepas rayuan pihak pendakwaan, dan akhirnya didapati bersalah. Beliau sebelum ini pernah dibebaskan sementara pada September 2024 sebelum sabitan dikekalkan pada awal 2026.

π™‡π™€π˜½π˜Όπ™„ π˜Ώπ˜Όπ™π™„ π™‰π™€π™π˜Όπ™†π˜Ό

Baru tadi baca semua dokumen 77 muka surat berkenaan kes rogol Da'ie Syed. Sebelum ni, aku ada juga rasa kasihan padanya. Pada pendapat aku secara peribadi, aku rasa mungkin hujah pembelaan dia valid iaitu wanita itu yang menggoda dan mempenegaruhi Syed untuk lakukan hubungan seks.

Sebab banyak kes yang berlaku suka sama suka dan akhirnya dikatakan rogol. Kelebihan banyak kepada wanita dalam kes mahkamah. Tapi lepas baca habis dokumen berkenaan, aku rasa Hakim buat keputusan tepat.

Kronologi kes

Kes ini bermula secara senyap, tanpa liputan besar media. Seorang wanita tampil membuat laporan polis, mendakwa dirinya telah dirogol oleh seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai Da’i Syed. Pada ketika itu, nama tersebut dikenali masyarakat sebagai figura agama, sering muncul di pentas dakwah dan media.

Dakwaan tersebut membuka satu siasatan jenayah. Polis menjalankan siasatan, rakaman keterangan diambil, dan kes akhirnya dibawa ke mahkamah. Da’i Syed kemudiannya didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan berlangsung dalam tempoh yang panjang. Mahkamah mendengar keterangan pengadu, hujah pihak pendakwaan, serta pembelaan tertuduh. Setiap butiran, percanggahan dan fakta dinilai secara terperinci oleh hakim perbicaraan.

Selepas meneliti keseluruhan kes, Mahkamah Sesyen mendapati tertuduh bersalah. Mahkamah seterusnya menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan. Sabitan ini mengejutkan masyarakat dan mencetuskan perdebatan besar antara soal keadilan untuk mangsa, dan kejutan terhadap imej seseorang yang dikenali sebagai pendakwah.

Namun, kes ini tidak tamat di situ.

Pihak pembelaan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi, dengan alasan wujud kesilapan dalam penilaian keterangan dan keputusan Mahkamah Sesyen. Rayuan ini menjadi tumpuan ramai kerana ia bakal menentukan sama ada sabitan tersebut kekal atau diketepikan.

Pada hari ini, Mahkamah Tinggi setelah meneliti keseluruhan rekod rayuan, menolak rayuan tertuduh. Mahkamah memutuskan bahawa sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen adalah selamat dan berasas, serta tidak wujud keraguan munasabah yang boleh membatalkan keputusan asal.

Dengan keputusan itu, hukuman penjara dan sebatan dikekalkan, dan tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara serta-merta.
Keputusan ini sekali lagi menggemparkan masyarakat. Ada yang melihatnya sebagai kemenangan sistem keadilan, ada yang terkesan secara emosi, dan ada juga yang mengambilnya sebagai peringatan besar bahawa imej agama, populariti, atau pengaruh tidak meletakkan sesiapa di atas undang-undang.

Kes ini meninggalkan beberapa pengajaran besar :
  1. Keadilan di mahkamah bergantung pada bukti dan keterangan, bukan persepsi awam.
  2. Mangsa jenayah seksual berdepan laluan yang panjang dan berat untuk mendapatkan keadilan.
  3. Gelaran, imej dan dakwah tidak boleh dijadikan perisai daripada pertanggungjawaban undang-undang.
  4. Dan proses perbicaraan wujud untuk memastikan keputusan dibuat melalui saluran yang sah, bukan emosi atau tekanan masyarakat.
Kes Dai Syed kini tercatat sebagai antara kes berprofil tinggi yang menjadi rujukan tentang amanah, kuasa, keadilan, dan tanggungjawab moral, khususnya apabila seseorang tampil membawa imej agama di ruang awam.

Undang-undang telah berjalan. Mahkamah telah membuat keputusan. Dan sejarah kes ini akan terus menjadi peringatan kepada semua.

Nak baca dokumen penuh boleh dibuka dalam Google Drive di sini ⬇️untuk maklumat lanjut  

Sumber rujukan bacaa asal di sini https://www.facebook.com/share/p/1ATnPW7vhm/

Posting sebelum ini yang berkaitan : https://normanhafizi.blogspot.com/2026/01/isi-neraka.html

Friday, 28 January 2022

KEWUJUDAN NEGARA MODEN SINGAPURA & KONFLIK POLITIK DI TIMUR TENGAH

Arkib : 02 Februari 2021

Sir Thomas Stamford Bingley Raffles

https://en.wikipedia.org/wiki/Stamford_Raffles

30 Januari 1819 – Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles telah dilantik menjadi gabenor di salah sebuah pelabuhan British iaitu di Bengkulu, Sumatera. Stamford Raffles percaya bahawa British perlu mencari jalan untuk menjadi kuasa dominan di rantau ini. Salah satu jalan ialah dengan membina sebuah pelabuhan baru di Selat Melaka. Pelabuhan British sedia ada seperti Pulau Pinang adalah terlalu jauh di utara Selat Melaka manakala Bengkulu pula menghadap Selat Sunda.

Pada tahun 1818, setelah berjaya menyakinkan Syarikat Hindia Timur British (EIC) untuk mencari pelabuhan baru di rantau ini. Stamford Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Dia menjumpai sebuah perkampungan Melayu kecil di muara Sungai Singapura yang diketuai oleh Temenggung Johor iaitu Temenggung Abdul Rahman.

Pulau itu ditadbir oleh Kesultanan Johor tetapi keadaan politiknya tidak stabil. Waris Sultan Johor, Tengku Abdul Rahman dikuasai oleh Belanda dan Bugis. Stamford Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Abdul Rahman menjadi sultan hanya kerana abang sulungnya, Tengku Hussein tidak ada semasa ayahnya meninggal dunia. Mengikut adat Melayu, bakal sultan perlu berada disisi sultan sekiranya ingin dilantik menjadi sultan.

Sedar bahawa dia boleh memanipulasikan keadaan ini, Stamford Raffles telah menyokong Tengku Hussein untuk menjadi Sultan sekiranya Tengku Hussein sanggup membenarkan British membuka pelabuhan di Singapura dan sebagai balasan British akan membayar wang tahunan kepada Tengku Hussein.

#hariinidalamsejarah

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02K3YiT5YoxU7oPHHTPh9PpQrVbqAiJxJFpCbJi8Pk7jnxhSTwmWh5Ujtbehe4ZKo2l/?mibextid=Nif5oz

---------------------------------------------------------------

29 Januari 1819 - Founding Of Modern Singapore


Stamford Raffles

200 tahun yang lepas (29 Januari 1819), Stamford Raffles berjaya mendarat di Singapura, dalam misinya mencari sebuah pelabuhan baharu bagi Britain untuk memecah monopoli perdagangan Belanda di Asia.

Pendaratan Raffles membawa kepada 4 buah perjanjian yang mengilhakan Singapura dari Empayar Johor-Riau - peristiwa yang disambut oleh warga Singapura sebagai "founding of modern Singapore".

Walaupun kebanyakan warga Singapura melihat ulang tahun "founding" tersebut yang ke-200 sebagai sesuatu historic moment yang patut dibanggakan, namun hakikatnya ia adalah lebih kepada sebuah tragedi.

Mula-mula, Raffles berjumpa dengan Temenggong Abdul Rahman untuk mendapat izin membuka pelabuhan Britain di Singapura. Itu membawa kepada perjanjian antara Raffles dan Temenggong pada 30 Januari 1819.

Tapi "tuan" sebenar Singapura ialah Sultan Johor-Riau. Sultan ketika itu ialah Sultan Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga. Namun pertabalan Sultan Abdul Rahman ada kontroversi sikit sebab baginda menjadi sultan kerana abangnya, Tengku Hussain tidak berada di samping ayahanda mereka, Sultan Mahmud Syah III ketika mangkat. By right, Tengku Hussain lebih berhak mewarisi takhta selaku putera sulung.

Tengku Hussain dan Sultan Abdul Rahman masing-masing disokong oleh Temenggong dan Yam Tuan Muda. Yam Tuan Muda di bawah pengaruh Belanda dan Belanda memain peranan aktif dalam pertabalan Sultan Abdul Rahman. Jadi Temenggong dan Tengku Hussain melihat kehadiran Britain sebagai peluang.

Justeru, Raffles menandatangani perjanjian dengan Tengku Hussain pada 6 Februari 1819 dengan janji memberi sokongan kepada baginda sebagai Sultan. Raffles juga bersetuju untuk membayar elaun tahunan sebanyak 5,000 Dolar Sepanyol kepada Sultan dan 3,000 kepada Temenggong sebagai "sewa" Singapura.

Tapi itu bukan bermaksud Sultan dan Temenggong terus "menjual" Singapura. Sultan dan Temenggong menganggap kerjasama tersebut bertujuan mengimbangi Belanda semata-mata. Malah selepas menyewa Singapura kepada Britain, Sultan Hussain dan Temenggong masih in contact dengan Belanda untuk balancing antara Britain dan Belanda. 

Takut Singapura terlepas dari tangan Britain, maka Raffles memaksa Sultan dan Temenggong untuk menandatangani Perjanjian 7 Jun 1823 yang melucut kuasa Sultan dan Temenggong terhadap tanah Singapura. Untuk cover, dia offer elaun bulanan 1,500 dan 800 kepada Sultan dan Temenggong masing-masing dan mengekalkan kuasa Sultan dan Temenggong terhadap jajahan mereka.

Selepas Britain dan Belanda mencapai kata sepakat pada 17 Mac 1824 mengenai zon pengaruh masing-masing di Nusantara melalui Anglo-Dutch Treaty, maka Britain bolehlah sembelih Sultan dan Temenggong tanpa segan silu. Belanda tak mahu kacau Britain lagi, Britain tak mahu kacau Belanda lagi. Maka Sultan dan Temenggong tidak lagi mempunyai Belanda sebagai "bargaining chip" atau "leverage" dalam diplomasinya dengan Britain.

John Crawfurd yang menggantikan Raffles (pencen dan balik kampung selepas mencapai KPI) memuktamadkan dominasi Britain ke atas Singapura melalui Perjanjian Persahabatan dan Perikatan (Treaty of Friendship and Alliance) pada 2 Ogos 1824. Nama perjanjian punyalah suci tapi isi kandungannya jahat nak mati. 

Crawfurd offer untuk membeli seluruh Singapura dengan membayar lump sum 33,200 tambah elaun bulanan 1,300 kepada Sultan, dan lump sum 26,800 tambah elaun bulanan 700 kepada Temenggong. Siap offer kalau Sultan dan Temenggong meninggalkan Singapura, mereka masing-masing boleh dapat extra 20,000 dan 15,000 serta pembatalan hutang.

Sultan dan Temenggong enggan, maka Crawfurd menghentikan bayaran elaun yang dijanjikan oleh Raffles. Lepas 3 bulan, akhirnya Sultan dan Temenggong akur dan menandatangani perjanjian tersebut. Temenggong ialah pembesar, di bawah beliau ada ratusan kalau tidak ribuan pengikut, kalau tak ada elaun macam mana nak sara hidup mereka. Trump pun surrender lepas 35 hari. Trump ok lagi ada duit poket sikit, ini Britain langsung memonopoli hasil Singapura dengan melarang Sultan dan Temenggong mengutip cukai dan hadiah dari para pedagang.  

Akhirnya, pada 1826, Singapura dimasukkan ke dalam Negeri-Negeri Selat, menjadi jajahan Britain sehingga tahun 1963. 

Mark Twain pesan, sejarah tidak sentiasa berulang, tetapi rentaknya sama (history does not repeat itself, but it does rhyme). 100 tahun kemudian, episod yang lebih kurang sama berlaku di sebelah Tanah Arab pula.

LAWRENCE OF ARABIA

Pada 16 Oktober 1916, Thomas Edward Lawrence, atau lebih dikenali sebagai "Lawrence of Arabia" tiba di Jeddah untuk berbincang dengan Syarif Hussain, Raja Hijjaz yang memerintah Mekah dan Madinah mengenai kerjasama menentang Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Keluarga Syarif Hussain memerintah Hijjaz sejak tahun 1201 dan berbaiah kepada Khalifah Uthmaniyyah sejak 1517, tapi sekarang beliau rasa nak memberontak, sebab beliau rasa khalifah kat Istanbul tu dah tak ada keabsahan. Syarif Hussain pula nak try jadi khalifah, lagi-lagi dengan keturunan beliau sebagai Ahlul Bait yang dianggap mampu rally semua umat Arab di bawah satu panji.

Britain tahu pasal ni, jadi Lawrence diutuskan untuk membincangkan hal pemberontakan tersebut. Britain memberi "jaminan" mereka akan membantu Syarif Hussain mencapai cita-cita khalifah tersebut jika Syarif memberi kerjasama untuk menyerang Uthmaniyyah secara bersama. 

Tapi akhirnya, bukan saja Britain mungkir janji, malah Palestin juga tergadai. Tanah Arab yang diimpikan oleh Syarif Hussain ("dari Laut Mediterranean hingga ke Teluk Parsi") sebagai jajahan khilafah baharu di bawah beliau dipecahkan kepada 4 negara (Syria, Lubnan, Jordan, Iraq). 

Skripnya sama kerana penulis skripnya sama. Britain, master dalam "divide and conquer" telah berjaya memanipulasi tension dalaman sesebuah empayar dan merampas hak mereka step by step. 

Malah dalam kedua-dua kes, Britain guna orang macam Raffles dan Lawrence untuk mendapatkan kepercayaan pemerintah tempatan. Raffles bukan saja fasih berbahasa Melayu, mahir tulisan Jawi malah dikatakan memiliki "budi" yang mampu mencairkan para pemerintah Melayu.

Lawrence pula bukan saja fasih berbahasa Arab, pandai seni pedang Arab, malah siap berjubah lengkap ikut gaya Arab. Syarif tengok, masha Allah, macam mana tak yakin dengan "keikhlasan" Britain.

Pengalaman Sultan Hussain dan Syarif Hussain membuktikan bahawa formula bekerjasama dengan orang luar untuk menyelesaikan masalah dalaman tidak pernah memberi solusi, malah hanya membuka Pandora Box perpecahan bangsa dan negara. 

Real politik yang berasaskan logik "musuh kepada musuh saya ialah kawan" tanpa mengambil kira maslahat ada risikonya. Apatah lagi berdepan dengan musuh yang licik seperti Britain.

Sejarah menyediakan banyak lesson (ibrah) percuma untuk kita, cuma kita terlalu ego untuk belajar darinya. Sultan Hussain dan Syarif Hussain (nama pun sama, scary) learnt their lesson hard. 

29 Januari 2019. Sementara jiran di seberang laut menyambut ia sebagai titik permulaan naratif negara, kita wajar mengenang sejarah pengambilalihan Singapura sebagai pengajaran kita untuk 100 tahun yang akan datang.

Sunday, 31 January 2021

Begitulah ! Apa yang Allah kehendaki...

Mungkin sebelum ini kita berlebihan dalam meraikan sesuatu untuk dunia. 

Buat kenduri kahwin habis berpuluh ribu ringgit. Hingga membawa pada perbandingan.Pembaziran. Harga sebuah pelamin boleh mencecah 50K untuk duduk tak sampai berapa jam. Belum masuk persalinan pakaian dan sebagainya. Hinggakan hilang keberkatan majlis. 

Akhirnya, tahun ini Allah kembalikan fitrah majlis perkahwinan yang sebenar. Ringkas, dipermudahkan. Cukup sekadar membuat majlis kenduri doa selamat, raikan tetamu dengan bungkusan. Tidak mengapa. Ia sudah memadai untuk memaklumkan dua hati telah disatukan. Malaikat mendoakan pasangan mempelai dengan mudah. Tiada hiruk pikuk bunyi muzik dan sebagainya. Bukankah perkahwinan itu mencari rahmat? 

~ si covid yang kecil itu asbab. 

Jika sebelum ini akhir tahun warna-warna hari terakhir persekolahan dibanjiri dengan majlis gilang gemilang walaupun hanya tamat sekolah rendah. Baru tamat pra sekolah. Baru tamat tadika. Tapi kita meraikan seperti telah berjaya menakluk segalanya. Bukan tidak boleh meraikan tetapi adakalanya ia seperti perlumbaan, pertandingan, hingga ada anak-anak yang tidak mampu tidak mahu ke sekolah. Atau ibu bapa terpaksa menyediakan sejumlah kewangan yang besar untuk meraikan kejayaan yang baru bermula. 

Tahun ini, Allah hantar si covid untuk kita berfikir dan kembali kepada fitrah. Apabila laluan sebelum ini terlalu berlebihan. Walaupun ada yang mengatakan untuk kenangan apalah salahnya. 

Apabila kita buat kerana acuan manusia, maka kita sentiasa ada jawapan. Kita tidak mahu kalah. Tapi kita tidak mahu dengar apa yang Allah minta sebenarnya. 

Tahun ini tiada lagi majlis gilang gemilang graduasi, yang ada dibuat menyampaikan secara pandu lalu, atau berkumpul dengan kumpulan kecil. 

Jika tahun sebelum ini, wall penuh dengan gambar percutian keluar negara dan dalam negeri. Namun tahun ini Allah minta kita tenang-tenang sahaja. 

Mungkin dulu ada yang terluka kerana menyebabkan rasa iri apabila melihat rakan-rakan bercuti dengan penuh mewah, ke sana ke sini. Tahun ini kita lihat gambar Throwback sahaja. 

Begitulah! Apa yang Allah kehendaki..

Allah membetulkan semula cara yang kita rasa betul tapi rupanya Allah tidak suka. Kita kata sekali sekala tapi Allah kata, usah berlebih-lebihan.

Tak perlu digegarkan dunia dengan memecah lautan. Cukuplah Allah hantar covid untuk tarbiyah diri. Mungkin ini cara Allah mahu mengkhabarkan bahawa sudah tiba masanya kalian bersedia dengan tanda-tanda melenyapkan kita umat akhir zaman.  

Adakah kita belajar sesuatu dengan ujian ini. Atau kita tetap yang dulu? 

Kerana kasihnya Allah kepada Nabi Muhammad Allah masih memberi secara perlahan ujian ini, Allah boleh sahaja nak rentap dan binasakan seperti mana Allah buat kepada umat terdahulu.

Covid telah setahun bersama kita, kita akan hidup bersama-sama dengannya. Tiada yang sia-sia dari Allah. Hanya kita, terdidik atau tidak dengan ujian ini

Muhasabah buat diri..πŸ™‚

#dakwahitucinta #islamituindah #81665¥@ti€❤

Saturday, 15 August 2020

...orang yang putus tali silaturrahim

#MuhasabahBersama🌹: Kisah mengenai orang yang memutuskan tali silaturrahim

Ada seorang yang kaya raya berangkat haji. Sebelum berangkat, ia menyimpan wangnya sebesar 10,000 Dinar kepada seseorang yang sudah terbiasa dipercaya untuk menyimpankan barang atau wang.

Setelah selesai melaksanakan hajinya, orang kaya itu mendatangi rumah orang yang diberi amanah menyimpan wangnya tersebut.  Sesampainya di rumah orang itu, ternyata orang tersebut telah wafat.

Orang kaya itupun bertanya kepada ahli warisnya. Namun tidak satupun diantara ahli warisnya mengetahui perihal wang simpanan tersebut. Orang kaya itupun kebingungan dan bertanya-tanya dalam hatinya, di manakah wang yang disimpan oleh orang yang diberi amanat tersebut?

Orang kaya itupun mendatangi seorang alim di kota Mekkah, lalu menceritakan tentang wangnya tersebut.

Orang alim itu berkata : "Di sepertiga malam akhir nanti, pergilah kamu ke Perigi Zam-Zam, panggillah nama temanmu yang kau simpankan wang itu, ditepi perigi. Jika temanmu adalah orang yang baik , dan termasuk seorang ahli Syurga, maka dia pasti akan menjawab panggilanmu, lalu tanyakanlah kepadanya, dimanakah ia menyimpan wangmu".

Pada akhir malam, orang kaya itupun pergi mendatangi Perigi Zam-Zam. Di bibir perigi ia memanggil nama temannya yang menyimpan wang, hingga 3 kali ia panggil, namun tidak ada jawaban sama sekali.

Orang kaya itu pun kembali mendatangi orang Alim tersebut, lalu menceritakannya. Orang Alim itu terperanjat dan berkata : 

"Innaa Lillahi Wa Inna ilaihi Rooji'uun", jika memang temanmu tidak menjawab, aku takut dia termasuk golongan Ahli Neraka. Jika memang demikian pergilah kamu ke Yaman, disana ada sebuah Perigi yang bernama "Barhut", dikatakan bahwa Perigi itu adalah bibir dari Neraka Jahannam...Datangilah di sepertiga malam akhir, dan panggillah nama temanmu itu".

Orang kaya itu pun pergi ke Yaman, lalu mendatangi Perigi Barhut di sepertiga malam akhir. Ia pun memanggil nama temannya yg ia simpan wang: "Yaa Fulan !" Baru sekali panggilan, tiba-tiba terdengar jawaban dari dalam Perigi.

Orang kaya itu pun merasa prihatin dengan keadaan temannya tersebut, lalu bertanya : "Di manakah engkau menyimpan wangku?".

Dari dalam Perigi terdengar jawaban : "Aku menyimpan wangmu di sini dan di sini, di dalam rumahku, pergilah dan katakan kepada anak-anakku. Kamu akan mendapati wangmu kembali".

Orang kaya itupun bertanya : "Bagaimana  engkau tergolong sebagai orang yang ahli Neraka? Bukankah kau adalah orang yang baik dan memiliki sifat amanah?".

Orang itupun bercerita : 

"Sesungguhnya aku mempunyai seorang saudara perempuan yang faqir, lama kami tidak saling tegur sapa, sampai aku meninggal. Inilah yang menyebabkan aku tergolong sebagai ahli Neraka. Jika kau mau menolongku, datangilah saudaraku tersebut, dan mintakan maafku kepadanya, dan ceritakan padanya, bagaimana keadaanku sekarang ini yang merasakan siksaan, kerana putus tali silaturrahim dengannya".

Orang kaya itupun segera pergi ke rumah ahli waris temannya itu, lalu menceritakan di mana ayahnya meletakkan harta titipannya. Dan ternyata memang benar, wang tersebut masih ada. Setelah itu, ia bertanya kepada anak-anak temannya itu, dimanakah rumah mak saudara mereka? 

Setelah tahu alamatnya, iapun segera pergi ke rumah saudara perempuan temannya tersebut. Setelah bertemu, ia pun menceritakan apa yang di alami saudaranya di Alam Kubur.

Mendengar cerita orang kaya itu, perempuan itupun menangis dan memaafkan saudaranya, lalu ia memohon ampun dan mulai menyambung tali silaturrahim dengan anak-anak saudaranya".

Catatan :

Rosulullah Saw bersabda : "Tidak akan masuk Surga orang yang putus tali silaturrahim".

Di riwayat yang lain : "Orang yang putus tali silaturrahim akan mendapat laknat dari Allah, walaupun dia mati di depan Ka'abah".

Rasulullah Saw bersabda : "Tidak akan turun Rahmat Allah, kepada satu kaum, jika di dalam kaum tersebut terdapat satu saja orang yang putus tali silaturrahim".

Orang yang putus tali silaturrahim, bererti telah putus hubungan dengan Allah s.w.t... Bererti solatnya bukan untuk Allah, puasanya bukan untuk Allah, zikirnya, dan ibadah-ibadah lainnya bukan untuk Allah s.w.t.

Allahumma Solli'ala Muhammad 🌹

Semoga dengan selalu menjaga silaturrahim kita semua boleh mendatangkan ilmu yang bermanfaat, saudara/teman yang bertambah juga rezeki yg halal dan berlimpah bagi kita semua...

 Aamiin Yaa Robbal'alamiin🌹

Wednesday, 12 August 2020

Sir Frederick Stanley Maude

Sir Frederick Stanley Maude : Lt. Gen. British (1917)

Lt. Gen. British, Sir Frederick Stanley Maude, telah ditugaskan menakluk Baghdad pada tahun 1917.

Setibanya di Iraq bersama angkatan tenteranya, di dalam perjalanan menuju ke Baghdad, beliau bertemu seorang pengembala kambing.

Lt. Gen. Frederick mengarahkan pembantunya menghadiahkan sekeping wang syiling kepada pengembala tersebut dengan syarat pengembala itu sanggup menyembelih seekor anjing yang ada bersama dengannya.

Anjing adalah binatang yang sangat penting untuk seorang pengembala kambing. Ia membantu menjaga ternakan daripada musuh seperti serigala atau pencuri. Tetapi, nilai sekeping syiling waktu itu, mampu membeli seekor kambing.

Si Pengembala pun bersetuju dan menyembelih anjingnya di hadapan Lt. Gen. Frederick.

Kemudian, Lt. Gen. Frederick berkata kepada si Pengembala, "Saya akan memberikan kamu sekeping syiling lagi jika kamu sanggup melapah anjing itu."

Si Pengembala pun menerima tawaran itu lalu melapah anjing yang telah disembelihnya tadi.

Kemudian Lt. Gen. itu menawarkan pula syiling ketiga jika si Pengembala sanggup memotong anjing itu kepada empat bahagian.

Dengan pantas si Pengembala menyambut tawarannya, bahkan pengembala itu meminta, jika Lt. Gen. Frederick sudi menambah sekeping syiling lagi, dia sanggup memakan anjing itu.

Lt. Gen. Frederick sebaliknya berkata, "Saya sebenarnya ingin tahu tentang sikap, perangai dan budaya anda dan masyarakat anda di negara ini. Sekarang saya telah memahaminya, bahawa dengan hanya 3 keping syiling, anda sanggup membunuh anjing yang merupakan rakan karib, pembantu setia yang telah banyak berjasa kepada anda. Bahkan, anda sanggup memakannya dengan tambahan satu syiling lagi. Terima kasih, itu sahaja yang perlu saya tahu dan pastikan."

Kemudian Lt. Gen. British, Sir Frederick Stanley Maude, berpaling kepada tenteranya seraya berkata, "Selagi mana sikap, cara berfikir dan perangai masyarakat di sini sama seperti si Pengembala ini, maka selagi itu mudahlah kita menjajah dan menguasai mereka. Kita tidak perlu malu atau takut kepada sesiapa kerana dengan syiling yang kita ada, kita boleh membeli sesiapa sahaja!"

P/S : Moral of the story...

Sesebuah negara tidak akan merasa aman apabila para pemimpin, pegawai-pegawai dan rakyatnya, sanggup menjual prinsip, agama, maruah, amanah, ahli keluarga dan rakan-rakan. Bahkan segala apa sahaja yang boleh ditukarkan dengan kemewahan yang lain. Sebagai contoh seperti menerima sebuah kereta mewah Toyota Vellfire, rumah agam yang besar dan indah, serta mampu untuk memenuhi akaun bank simpanan masing-masing...

Semoga secebis kisah yang ringkas ini dapat menjadi pengajaran buat kita semua yang mampu untuk berfikir dengan rasional dan baik demi untuk mendapat keredhaan Allah sewaktu kita hidup di dunia ini. In Shaa Allah, aamiin.

Saturday, 27 June 2020

Pengalaman ngeri pesakit

Arkib : 01 April 2020

WAJIB BACA:

Pengalaman ngeri pesakit CoVid-19 - Haji Rosman (bukan nama sebenar) dari Simpang Renggam di Hospital Permai JB:

1. Siksanya nauzubillah. Kepala pening, perut sakit, demam, tulang-temulang semua sakit.

2. 10 hari ditahan tiada selera makan. Bau nasi pun nak muntah.

3. Di hospital tak boleh pasang kipas dan aircond. Berasa panas tak terkata.

4. Kedengaran para pesakit menangis siang malam pagi petang.

5. Sebelah katil (orang Parit Raja), isterinya meninggal pun tak boleh ditengok. Kubur isterinya di mana turut tidak dimaklumkan.

6. Sesiapa pun tidak dibenarkan untuk datang melawat. Menghantar makanan atau barangan pun tidak dibenarkan.

7. Haji menangis berdoa setiap jam supaya dijauhkan orang lain dari penyakit ini.

8. Terlalu sakit dan terlalu pedih. Setiap hari ada makluman pesakit yang meninggal.

9. Anak beliau berusia setahun dipisahkan dari ibunya (turut positif CoVid).

10. Doktor dan nurse juga tersiksa. Pakaian dari atas ke bawah dibasahi peluh sebab kepanasan.

11. Kipas dan aircon tak boleh dipasang di hospital sebab tak mahu virus selesa dan lebih cepat membiak.

12. Haji pernah operation buah pinggang dan 2 tahun berulang alik ke hospital pakar. Tetapi menderita akibat Covid pada beliau jauh lebih dahsyat.

13. Pengalaman 14 hari ditahan seperti 14 tahun lamanya.

14. Semua pesakit dan perawat perlu pakai penutup mulut 24jam.

15. Haji selalu menjadi imam solat di hospital. Jemaah yang solat biasa, duduk atau baring sentiasa menangis ketika berdoa.

16. Semua pesakit tidak kira bangsa, asyik menangis kesakitan.

17. Layanan dari doktor dan nurse dari pelbagai bangsa semuanya sangat baik. Banyak kali Haji ulang cerita perihal ini.

18. Ramai pesakit tidak mampu bangun dan perlu bantuan untuk dimandikan.

19. Prosedur pengambilan sampel untuk pengesahan positif atau negatif Covid sangat menyeksakan. Bahagian tekak dikorek, hidung dimasukkan alat panjang ke dalam dan dikorek.

20. Ketika pengambilan sampel semua pesakit pasti menjerit terpekik-pekik sebab terlalu sakit.

21. Untuk discharge, pesakit perlu diambil sampel dan negatif sekurangnya 3 kali berturut.

22. Pesakit Covid batuk lama, 10-15 minit tanpa henti. Sakitnya digambarkan seperti ingin terkeluar isi perut.

23. Kawan beliau Haji Ramli (bukan nama sebenar) badannya lemah, ingin suap roti ke mulut pun tidak berdaya kerana tangan menggigil lemah. Kini di ICU.

24. Beberapa jiran kampung Haji Rosman sudah meninggal dunia akibat Covid. Ada juga masih kritikal di ICU.

* Tulisan diambil dari rakaman perbualan telefon Haji Rosman dan saudaranya. Beliau sudah diuji negatif dari virus CoVid-19 dan dibenarkan pulang ke rumah

Sunday, 24 May 2020

Pengalaman semasa hadir ke...

Arkib : 09 Mei 2020

Pengalaman Semasa Hadir Ke Pengkebumian Dato' Ustaz Ismail Kamus

MasyaAllah..
Catatan Ustad Halim Din : 

Belum terlambat rasanya untuk menceritakan sedikit pengalaman semasa hadir ke pengkebumian Murabbi Ummah.. Almarhum Dato’ Ustaz Ismail Kamus pagi tadi.

Selama ini saya hanya membaca dan mendengar cerita tentang Arwah Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haron Din. Tapi hari ini, bersaksi mata kepala sendiri. Suasana redup dari awal pagi sehinggalah solat jenazah yang hanya dibenarkan ahli keluarga untuk solatkan jenazah Almarhum Ustaz Ismail Kamus.

Semasa di Tanah Perkuburan pula, matahari mula memancarkan teriknya.. Sehinggalah Van Jenazah tiba.. Kelihatan satu ketulan awan yang menutupi panas matahari mengiringi jenazah Almarhum...

Awan tersebut terus melindungi cahaya matahari sehinggalah jenazah diturunkan ke liang lahad dan kedengaran tukang gali kubur meminta untuk dihulurkan papan untuk menutupi liang lahad, kemudian barulah awan tersebut beredar membiarkan terik matahari memancar ke bumi.

Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk melihat kebesaranNya bagi balasan kepada hamba-hamba yang sentiasa patuh dan mulut yang sentiasa menitipkan nama kebesaranNya, berjuang di atas jalanNya, dan berdakwah menyebarkan agama yang suci.. Subhanallah.. tak henti-henti mulut ini bertasbih memuji kebesaran Sang Pencipta.. Hampir juga menitis air mata mengenang bagaimana pula jika waktu kita tiba kelak.. Allaahu akhbar!!

Ustaz Halim Din

Saturday, 23 May 2020

Insan Yang Terpilih Di Sisi Allah s.w.t.

Adakah kita insan yang terpilih di sisi Allah s.w.t. ?


Insan Terpilih (2019)| Telefilem

Sinopsis : 

Hidup Firdaus tidak terurus seperti orang lain. Setiap hari dia akan mengeliling kampung mengutip sampah dan mencuci surau malah akan mengutip najis cicak yang berselerak di dalam surau dengan menggunakan tangannya. Katanya, jika dia mengguna penyapu, pahala akan menjadi sedikit. Ustaz Zaki sangat kagum dengan Firdaus walaupun dia begitu tetapi dia rajin mencari pahala dan tidak mengambil kesempatan atas orang lain. Dalam keadaannya sedemikian, ada segelintir anak-anak kampung menggelarnya “Firdaus Gila”. Malah Firdaus juga sering diganggu oleh Leman, pemuda kampung yang nakal dan menggelarkan Firdaus “busuk”. Suatu hari, Ustaz Zaki dan orang kampung tertanya-tanya mana kelibat Firdaus kerana sudah seharian tidak datang ke surau. Berita yang diterima kemudiannya membuatkan semua orang tersentak dan moga kehadiran insan istimewa seperti Firdaus menjadi satu pedoman untuk semua.

Tonton episod penuh di :


Malam tadi (07 September 2019) TV3 menyiarkan telemovie berjudul 'Insan Terpilih'.

Tetapi tahukah anda telemovie ini sebenarnya diinspirasikan dari kisah benar.

KISAH HIDUP SI HUSSEIN GILA YANG PENUH PENGAJARAN DAN IKTIBAR

Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Husien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.

Patutlah dah lama tak nampak Hussein, rupanya dia dah pergi meniggalkan dunia yg fana ini. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.

Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak bleh nak kata apa-apa.

Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.

Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.

Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. Subhanallah!

Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.

Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Hussein marilah solat sama?’ Dia tempik nya jemaah tu. ‘Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la! SubhanALLAH.

Siapa Husein ni sebenarnya? yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.

Paling terkejut skali Husein bebel2. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dh nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.

Subhanallah saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘Pandai kau Azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.

Saat jenazah Husien smpai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.

ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nmpak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.

Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macamtu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahtraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila.

Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.

Semoga menjadi iktibar buat kita smua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.

ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.

Muhasabah diri sendri dan utk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.

Kredit : Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan Klang Selangor/Hasnah Binti Shamsuddin


Kisah Sebenar Disebalik Drama 'Insan Terpilih' Diterbitkan pada 11 Sep 2019

“Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, 
ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang 
buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. 
Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. ”



Drama Insan Terpilih Berdasarkan Kisah Benar Diterbitkan pada 11 Sep 2019

Ramai yang tumpah air mata bila tengok drama Insan Terpilih di TV3 hujung minggu lalu. Kalau korang nak tahu, drama tu merupakan kisah benar!

P/S : Alhamdulillah, aamin. Cerita ini saya dah tonton dari mula sehingga penamatnya. Ceritanya memang menarik, penuh pengajaran dan hikmah. Pada saya bab yang paling menyedihkan dalam babak telefilem ini dalam dua keadaan. 
  1. Firdaus menangis keseorangan bila dia tatap gambar kaabah di dinding surau setiap kali dia selesai semua kerja-kerja di sana sama ada kutip najis cicak ataupun selepas dia cuci tandas. Dia ada buat sebegitu setiap kali sebelum dia pulang dari surau kembali ke rumah.
  2. Setiap kali sebelum dia tidur, dia akan solat sebentar (dengan cara dia). Paling menyedihkan sekali, setelah selesai dia menunaikan solat, dia telah pergi meninggalkan dunia dalam keseorangan. 
Pada saya, kedua-dua bab itu paling sedih dan menyayat hati. Pada ketika itu memang dia benar-benar bertahajjud, berdoa dan memohon keampunan kepada Yang Maha Esa.

Sekian.

Tuesday, 5 May 2020

Di Ambang Kasih

Koleksi Arkib Sinopsis Filem : Di Ambang Kasih (1984)


Poster Filem Di Ambang Kasih terbitan Sabah Filem Production

Sebuah filem yang menarik iaitu sebuah filem Cinta Tiga Segi di antara seorang kakak (Haryati), seorang adik (Hidayu) dan juga seorang suami (Dato' Rosdi), kepada isteri yang pertama (kakak) dan juga isteri yang kedua (adik). Hilang ingatan selama 15 tahun akibat terjadinya satu kemalangan di jalan raya. Dato' Rosdi (suami) tidak dapat melupakan sepanjang ingatannya kepada Haryati (isteri pertama) yang hilang tanpa dikesan selepas kemalangan (Sebenarnya selepas kemalangan, Haryati telah ditemui oleh sepasang suami isteri yang sudah berusia di kawasan kemalangan).

Ayah mertua kepada Dato' Rosdi telah nampak akan perubahan sikap menantunya itu lalu mengambil keputusan bersetuju untuk menjodohkan anak keduanya (Hidayu) dengan Dato' Rosdi. Pengorbanan seorang adik yang sanggup menjaga anak saudaranya (Murad) telah juga membuka hati Dato' Rosdi untuk terima Hidayu sebagai pengganti isteri pertama yang telah dipercayai meninggal dunia selepas kemalangan. 

Selepas 15 tahun berlalu, Dato' Rosdi telah mengecapi kebahagiaan selepas mendirikan rumah tangga dengan Hidayu (isterinya kini). Namun, sebelum keadaan berubah buat seketika, Dato' Rosdi tiba-tiba mengimbau kembali kenangan manis bersama isteri pertamanya Haryati. Tidak lama selepas itu, Dato' Rosdi telah mendapat panggilan telefon dari hospital dan membawakan berita gembira kepadanya. Dato' Rosdi terus bergegas ke hospital untuk menemui isteri yang amat dicintainya iaitu Haryati. Keadaan Haryati yang sudah jauh berubah selepas lama tinggal berjauhan dengan suami dan anaknya sedikit sebanyak memberikan kesan kepada Dato' Rosdi. Dia masih lagi menerima rawatan hospital sehinggalah Haryati dibenarkan pulang atas nasihat doktor. Akan tetapi, doktor telah memberikan nasihat untuk menjaga hati dan perasaan Haryati apabila dia kembali semula ke rumah.

Selepas menerima rawatan daripada doktor, ingatan Haryati telah kembali pulih seperti biasa. Akan tetapi pada keadaan yang tertentu (seperti dia dalam perjalanan berkereta untuk pulang ke rumah, bayangan kemalangan terimbau seketika akibat trauma dengan pengalaman buruk sehingga dia hilang ingatan begitu lama). Haryati keluar dengan tergesa-gesa dari hospital tanpa nasihat doktor. Tetapi perkara ini tidak mengejutkan kerana doktor yang merawat sakitnya di hospital telah terlebih dahulu tiba di rumah Dato' Rosdi sebelum ketibaan Haryati.

Atas nasihat doktor, Hidayu merahsiakan perkahwinan dia sepanjang 15 tahun yang lepas bersama dengan Dato' Rosdi. Di sinilah konflik rumahtangga antara mereka dan cinta tiga segi di antara Dato' Rosdi, Haryati dan Hidayu. Semuanya dirahsiakan akan tetapi Haryati tetap mengesyaki sesuatu perkara yang telah berlaku sepanjang ketiadaan lamanya di rumah. Perkara yang menjadi kemusykilan utama timbul apabila Haryati telah melihat gambar anak kedua Dato Rosdi iaitu Jojoe (anaknya dengan Hidayu yang masih bersekolah lagi). 

Pada awalnya, Jojoe telah disembunyikan di rumah Jasmin, tunang kepada Murad (anak Haryati) iaitu sejurus selepas Haryati tiba di rumah. Akan tetapi, sebagai seorang anak yang kecil dan rindukan belaian kasih sayang seorang ibunya, Jojoe itu telah nekad untuk lari dari rumah Jasmin dengan berjalan kaki untuk pulang semula ke rumah ayahnya Dato' Rosdi. Hasratnya Jojoe telah tercapai, namun rahsia terbesar yang berlaku di dalam rumahtangga telah diketahui sendiri oleh Haryati. Tambah menyakitkan keadaan, Jojoe telah menyatakan bahawa Haryati (ibu tiri Jojoe) telah disebut dari mulut ayahnya sendiri sebagai seorang perempuan yang gila dan Jojoe mengaku bahawa Hidayu adalah ibu kandungnya yang sebenar.

Pada penghujung cerita, Dato' Rosdi yang tertinggal beg pejabatnya di rumah telah selamat kembali di rumah. Akan tetapi keadaan berubah menjadi babak yang menyayat hati apabila Haryati telah mengetahui perkara yang sebenar-benarnya. Ayah mertua Dato' Rosdi telah menyedari dan mengakui kesilapan dalam membuat keputusan dengan membenarkan Hidayu untuk berkahwin. Dia berfikiran seperti itu hanya untuk melihat kebahagiaan menantunya, cucunya dan juga kebahagiaan kepada anak keduanya Hidayu.

Haryati memberontak. Marah. Menjerit. Memekik dalam keadaan tertekan. Hidayu sendiri tidak dapat menenangkan keadaan kakaknya yang seakan-akan hilang ingatan dan kesedaran untuk berfikiran normal. Haryati telah diberikan ubat penenang oleh doktor. Namun selepas bangun daripada tidur, keadaannya masih tidak berubah. Sebagai satu usaha jalan yang terakhir, Jasmin telah memohon keizinan daripada Dato' Rosdi dan juga Hidayu untuk menenangkan keadaan Haryati. 

Usaha Jasmin telah pun berhasil akan tetapi nasi telah pun jadi bubur. Tidak mungkin berlaku perkahwinan poligami di antara adik beradik seperti yang dinyatakan oleh ayah mertua Dato' Rosdi. Salah seorang daripada mereka harus dicerai dan ditalakkan untuk berpisah. Rahsia telah disimpan dengan sulit dan rapi oleh Jasmin atas permintaan Haryati sendiri. Ini adalah kerana selepas diselidiki, Jasmin telah mengetahui bahawa Haryati tidaklah gila dan masih lagi siuman. Haryati mengakui di hadapan Jasmin bahawa, kasih sayangnya yang begitu tinggi terhadap adik kandungnya, Hidayu telah mengubahkan wataknya kembali semula seperti orang kurang siuman. Haryati berbuat demikian demi untuk melihatkan kebahagiaan rumah tangga antara adiknya dengan suami yang pernah dikahwininya dahulu.

Akhirnya, ambulans pun sampai ke rumah Dato' Rosdi dan keadaan Haryati telah kembali seperti dahulu (seperti hilang ingatan, akan tetapi dia berpura-pura di hadapan mereka yang dikasihinya). Babak terakhir dalam filem ini ialah apabila Hidayu mengejar ambulans yang sedang membawa Haryati kembali ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

P/S : Filem ini adalah antara filem yang terbaik digarap pada tahun era 1980an. Penulisan skrip yang baik, jalan cerita yang menusuk kalbu serta pengarahan yang berkesan. Para pelakon dalam filem ini telah berjaya membawa watak mereka masing-masing dengan baik. Pada saat babak mereka cuba sembunyikan perkara sebenar daripada pengetahuan Haryati itu, adalah antara babak-babak yang menarik dan mencuit hati. Pada bahagian babak ini dapat melupakan seketika tema kesedihan dalam filem ini. 

Selain itu, filem ini membawa mesej yang berat tentang kesihatan mental yang perlu dijaga dengan rapi. Walaupun kita sebagai manusia yang normal dan masih siuman, berkata sesuatu kepada insan lain dengan perkataan 'anda gila' tidak sepatutnya berlaku. Akan tetapi, apabila berlakunya sesuatu perkara itu disembunyikan daripada perkara yang sebenar, maka sudah tentulah akan mendatangkan tekanan perasaan yang mendalam kepada para penyimpan rahsia sebenar dan juga kepada watak-watak lain yang terlibat dalam situasi tersebut. Sekian.


Di Ambang Kasih (1984)

Nota : [Video asal filem ini telah dipadamkan oleh pihak YouTube atas sebab Hakmilik dan Hakcipta Terpelihara]

Di Ambang Kasih (1984) - Noreen Noor


Rujukan pautan bahan bacaan tambahan di sini : https://ms.wikipedia.org/wiki/Di_Ambang_Kasih
Pautan laman sesawang yang berkaitan : https://www.imdb.com/title/tt9193324/

Sunday, 26 April 2020

Ceritaku Ceritamu (1979)



Tagline terbaik filem ini : "Antara Kesucian Desa Dan Keindahan Kota"

Sinopsis Filem :

Cerita yang digarap dengan baik dan rapi. Pengorbanan seorang anak iaitu Hasnah terhadap ibubapanya di kampung. Selain itu, pengorbanan seorang anak, Suriati yang tinggal bersama-sama ibubapanya di bandar berhasrat untuk melihat kebahagiaan kedua ibubapanya untuk tidak berpisah mahupun ibunya dimadukan (subplot). Selepas itu, pengorbanan seorang adik (Hasnah) untuk melihat kebahagiaan abangnya, Harun untuk dia terus bersama ibu dan adik di kampung. Hasnah juga sanggup melupakan cita-citanya untuk meneruskan kehidupan di bandar bagi membina kerjaya dan masa depan yang cerah. Ini adalah kerana Hasnah masih lagi mendapat kebahagiaan apabila bersama-sama dengan adik beradik serta ibunya yang uzur di kampung halaman.

Akhir sekali, untuk watak antagonis iaitu, Malik. Dia telah menerima balasan yang setimpal akibat perbuatan yang tidak baik kepada penduduk kampung. Watak ini telah pun menyesal dan berjanji untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. Selain itu, Hasnah juga telah menemui kekasihnya, Yusuf di kampung sejurus tiba di sana. Cinta mereka bertaut kembali walaupun tidak dikisahkan dengan jelas sama ada Yusuf itu telah pun melangsungkan perkahwinan dengan Hasnah.


-----------------------------------------------------------------------------------------

CERITAKU CERITAMU (1979)

Pengarah: Seniwati Sa'adiah "Dengan Allah memanglah aku takut ! Tapi dengan kau, apa yang nak aku takutkan ??" Mendapat jolokan pengarah filem wanita pertama, seniwati Sa'adiah mengorak langkah berani untuk meletakkan namanya sebaris dengan nama pengarah-pengarah lain ketika itu. Pun begitu, Ceritaku Ceritamu bukanlah benar-benar buah tangannya yang pertama. Sebaliknya, beliau telahpun mengasah bakat pengarahannya melauli drama-drama televisyen Singapura seawal tahun 1968 lagi. Ceritaku Ceritamu bagi saya (secara peribadi) tidaklah begitu sukar untuk dihadam. Cerita asalnya digarap oleh Achmed Abdullah manakala lakonlayarnya ditulis oleh seniwati Sa'adiah sendiri. Ia memaparkan sebuah dilema yang sering dihadapi oleh anak gadis Melayu - mencari kehidupan yang lebih baik. Mencari kehidupan yang lebih baik ini adalah sesuatu yang sangat besar kerana biasanya ia melibatkan penghijrahan. Dan penghijrahan seorang anak gadis ke sebuah tempat antah-berantah bukanlah sesuatu yang mudah. Ogy (Fauziah Ahmad Daud) sebagai Hasnah tersepit di antara cita-cita murni dan pengabdian hidup kepada ibu dan ayah tercinta. Pernah kecewa kerana abangnya lari meninggalkan kampung lantaran tidak sanggup hidup susah, Hasnah cuba sedaya-upaya untuk membulatkan tekad untuk tidak meneruskan usaha bagi mencapai cita-citanya. Namun, siapa sangka bahawa takdir akan menongkah arus hidupnya. Ayahnya meninggal dunia dalam keadaan telahpun berwasiat agar Hasnah pergi ke Kuala Lumpur untuk meraih cita-citanya. Hal ini kerana ayahnya telah mengetahui bahawa anaknya itu bukan sahaja mempunyai bakat terpendam, malahan telah disokong pula oleh bekas majikannya yang hendak menutup perniagaan lantaran mahu berkahwin. Ayahnya tidak mahu anaknya gagal dalam kehidupan hanya kerana memikirkan keadaan ibu dan ayahnya sahaja.
Hasnah membulatkan tekad untuk berhijrah dan mula bertatih dalam dunia fesyen dengan bernaung di bawah sebuah perusahaan fesyen yang dimiliki oleh rakan baik majikannya dahulu. Tahun demi tahun, Hasnah mendaki perlahan-lahan ke puncak cita-citanya.
Nampak seperti Hasnah akan berjaya dengan mudah, bukan ? Di sinilah konflik diselitkan oleh Sa'adiah. Hasnah telah menangkap pandangan seorang kaya yang mula jatuh hati kepadanya. Hasnah sedaya-upaya cuba untuk mewaraskan perkara itu dengan beberapa kali menolak kemesraan yang ditonjolkan oleh orang kaya tersebut. Namun, kebaikan demi kebaikan yag dipupuk oleh orang kaya tersebut (lakonan Allahyarham Zainurdin Ismail) akhirnya membuatkan Hasnah turut mengasihinya. Dan di sinilah menjadi punca kepada pergolakan rumahtangga si kaya yang mula mengabaikan rumahtangganya. Malahan, dia mengambil keputusan untuk menikahi Hasnah. Konflik memuncak apabila anak gadis si kaya berkonfrontasi dengan Hasnah dan meluahkan kekecewaannya kerana Hasnah cuba merosakkan rumahtangga ayah dan ibunya. Hasnah ketika ini mulai sedar akan perbuatannya yang dilihat tidak semenggah, ditambah pula dengan imbasan-imbasan silam dirinya menuntut ilmu agama yang pernah ditekuninya di kampung dahulu dan kewarasannya benar-benar total apabila anak si kaya itu telah terlibat dengan kemalangan jalanraya. Hasnah akhirnya memilih untuk memutuskan sahaja hubungannya dengan si kaya kerana tidak mahu menjadi perosak rumahtangga orang dan akhirnya pulang semula ke kampung halamannya bersama-sama dengan ilmu yang dituntutnya di Kuala Lumpur.
Filem yang tidak terlalu kompleks untuk dihadam. Kepakaran sinematografi dari Jepun menyaksikan terdapat beberapa syot yang menarik dan kreatif. Cuma, saya andaikan rakaman suara di dalam filem ini menggunakan teknik rakaman semula atau 'dubbing'. Kerana itu, suara sangat jelas dan seakan-akan tidak 'blend-in' dengan suara latar. Saya kira seniwati sangat berani untuk menghasilkan filem ini kerana latarnya sangat banyak dan memerlukan penataan cahaya yang teliti untuk tidak merosakkan mood satu-satu babak. Babak Meor Hashim Manap dipukul oleh kuncu-kuncu Zakaria Yusuf membuktikan betapa penataan cahaya sangat penting.

Begitu juga babak di mana bapa kepada Hasnah sedang nazak. Cahaya yang tertumpu kepada susuk tubuh ayahnya itu menggambarkan bahawa keluarga Hasnah sekarang benar-benar tersepit dan terhimpit, dan hujan yang menimpa Hasnah dan adiknya seakan-akan perlambangan kepada peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga. Hidup susah, kemudian kematian ayah pula. Di sinilah Sa'adiah mendamaikan hati kita sedikit dengan pertemuan Hasnah dan abangnya di KL. Meskipun abangnya terlibat dengan jenayah merompak, namun dia tidak ditangkap. Bahkan, hutang yang sedang ditanggungnya dapat pula dilunaskan dengan bantuan Hasnah. Abangnya tidak tunggu lama di kota dan kembali pulang ke kampung halamannya, sebelum Hasnah menyusul dan menemui bahagia hakiki bersama keluarganya. Oh ya, perhatikan babak pertemuan semula Ogy dan Zakaria Yusuf yang telahpun bertongkat. Mereka bertemu dan betul-betul berada di pertengahan jalan yang lurus. Ia seakan-akan metafora buat mereka berdua di mana masing-masing menemui hakikat kehidupan yang sebenar. Hidup kaya tidak semestinya berguna, manakala hidup miskin bukanlah tidak boleh bahagia, dan Hasnah telahpun menemuinya... Ceritaku Ceritamu adalah sebuah filem kekeluargaan yang menarik untuk ditonton. Kalaulah seniwati Sa'adiah diberi lebih banyak peluang untuk mengarah filem, pasti banyak karyanya yang boleh kita saksikan peningkatan kualitinya. Tapi, Tuhan telah mengatur segala-galanya... Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh para pelakon yang telah pergi meninggalkan kita. P/s: Aduhai... siapa dia yang tidak terpesona dengan senyuman Ogy ketika ini... https://www.facebook.com/groups/785267792063800/permalink/1017999435457300/

Saturday, 18 April 2020

RIBUT BARAT

Arkib : 19 April 2020 Filem - Ribut Barat (1981)


Ribut Barat (1981) | MUBI

Pengajaran yang boleh diambil daripada filem ini :

Cerita ini mempunyai kekuatan dan konflik yang berat di penghujung cerita. Masalah keluarga, adik beradik, jodoh dan juga kerjaya padat di situ. Lakonan dan watak yang dipegang oleh Datuk Yusuf Haslam adalah setakat ini yang terbaik di sini. Menjadi seorang suami dan juga menjadi seorang anak lelaki yang telah berumah tangga dengan seorang isteri harus tidak meminggirkan perasaan ibu bapa yang telah melahir dan membesarkan kita sehingga dewasa. Cerita ini tidak mempunyai penamat dan ia tergantung, malah jika kita dalam kedudukan watak si Adnan, perlu mempunyai tempoh dan masa yang panjang untuk berfikir dalam menentukan hidup masa depan yang kita sendiri tentukan...


Ribut Barat (1981) | MYTV Apps

Ribut Barat (1981) Full Movie Melayu

Nota : [Video asal filem ini telah dipadamkan oleh pihak YouTube atas sebab Hakmilik dan Hakcipta Terpelihara]


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Di Ambang Kasih


Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...