Adakah kita insan yang terpilih di sisi Allah s.w.t. ?
Insan Terpilih (2019)| Telefilem
Sinopsis :
Hidup Firdaus tidak terurus seperti orang lain. Setiap hari dia akan mengeliling kampung mengutip sampah dan mencuci surau malah akan mengutip najis cicak yang berselerak di dalam surau dengan menggunakan tangannya. Katanya, jika dia mengguna penyapu, pahala akan menjadi sedikit. Ustaz Zaki sangat kagum dengan Firdaus walaupun dia begitu tetapi dia rajin mencari pahala dan tidak mengambil kesempatan atas orang lain. Dalam keadaannya sedemikian, ada segelintir anak-anak kampung menggelarnya “Firdaus Gila”. Malah Firdaus juga sering diganggu oleh Leman, pemuda kampung yang nakal dan menggelarkan Firdaus “busuk”. Suatu hari, Ustaz Zaki dan orang kampung tertanya-tanya mana kelibat Firdaus kerana sudah seharian tidak datang ke surau. Berita yang diterima kemudiannya membuatkan semua orang tersentak dan moga kehadiran insan istimewa seperti Firdaus menjadi satu pedoman untuk semua.
Tonton episod penuh di :
Malam tadi (07 September 2019) TV3 menyiarkan telemovie berjudul 'Insan Terpilih'.
Tetapi tahukah anda telemovie ini sebenarnya diinspirasikan dari kisah benar.
KISAH HIDUP SI HUSSEIN GILA YANG PENUH PENGAJARAN DAN IKTIBAR
Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Husien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.
Patutlah dah lama tak nampak Hussein, rupanya dia dah pergi meniggalkan dunia yg fana ini. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.
Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak bleh nak kata apa-apa.
Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.
Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.
Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. Subhanallah!
Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.
Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Hussein marilah solat sama?’ Dia tempik nya jemaah tu. ‘Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la! SubhanALLAH.
Siapa Husein ni sebenarnya? yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.
Paling terkejut skali Husein bebel2. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dh nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.
Subhanallah saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘Pandai kau Azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.
Saat jenazah Husien smpai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.
ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nmpak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.
Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macamtu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahtraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila.
Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.
Semoga menjadi iktibar buat kita smua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.
ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.
Muhasabah diri sendri dan utk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.
Kredit : Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan Klang Selangor/Hasnah Binti Shamsuddin
Kisah Sebenar Disebalik Drama 'Insan Terpilih' Diterbitkan pada 11 Sep 2019
“Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan,
ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang
buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit.
Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. ”
ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang
buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit.
Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. ”
Drama Insan Terpilih Berdasarkan Kisah Benar Diterbitkan pada 11 Sep 2019
Ramai yang tumpah air mata bila tengok drama Insan Terpilih di TV3 hujung minggu lalu. Kalau korang nak tahu, drama tu merupakan kisah benar!
P/S : Alhamdulillah, aamin. Cerita ini saya dah tonton dari mula sehingga penamatnya. Ceritanya memang menarik, penuh pengajaran dan hikmah. Pada saya bab yang paling menyedihkan dalam babak telefilem ini dalam dua keadaan.
- Firdaus menangis keseorangan bila dia tatap gambar kaabah di dinding surau setiap kali dia selesai semua kerja-kerja di sana sama ada kutip najis cicak ataupun selepas dia cuci tandas. Dia ada buat sebegitu setiap kali sebelum dia pulang dari surau kembali ke rumah.
- Setiap kali sebelum dia tidur, dia akan solat sebentar (dengan cara dia). Paling menyedihkan sekali, setelah selesai dia menunaikan solat, dia telah pergi meninggalkan dunia dalam keseorangan.
Pada saya, kedua-dua bab itu paling sedih dan menyayat hati. Pada ketika itu memang dia benar-benar bertahajjud, berdoa dan memohon keampunan kepada Yang Maha Esa.
Sekian.
No comments:
Post a Comment