Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 23 May 2020

ELAK UCAP TAHNIAH...

Arkib : 23 Mei 2020

ELAK UCAP TAHNIAH / SELAMAT DI AIDILFITRI SEBELUM TIBA WAKTUNYA

Di antara Sunnah² di Aidilfitri ialah :-

Mengucapkan Tahniah atau Selamat Hari Raya atau lebih tepat dengan ucapan (Seperti di dalam gambar - rujukan kepada sumber di Facebook).

Bererti Ucapan ini adalah Sunnah dan apabila dilafazkan akan dikurniakan pahala dari sisi Allah Azza wal Jalla. Tetapi ia diucapankan apabila masuk 1 Syawal.

Malah apabila menjawabnya juga mendapat pahala Sunnah.

Adalah terkeluar daripada Sunnah apabila kita mengucapkan Selamat Aidilfitri atau ucapan kegembiraan di Aidilfitri sebelum Matahari Ramadhan terbenam iaitu Ramadhan masih lagi ada.

Malah apabila ucapan tersebut diucapkan kita seolah-olah tidak menghargai detik-detik akhir barakah Ramadhan.

Dan diibaratkan oleh para Guru seperti :
"A bertandang di rumah B, namun B tersebut acuh x acuh dengan A dan malah sibuk mengalu-alu teman C yang belum lagi tiba." maka apakah A dengan B tersebut..?!

Selamat beramal.
Hargai detik terakhir Ramadhan.
Moga Ramadhan kali ini paling bererti dan dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang.

RAMADHAN KAREEM.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...