Some write for money. Some write to share.
I write to share for your knowledge. Religions, Politics and Conspiracy Theories, these are my fields of interests.
I am not a perfect person. Please correct me if you saw my mistakes so that I will learn from it…
Silat Lincah adalah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia dengan nama PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA. Sesuai sebagai pertubuhan silat yang bukan sahaja mengutamakan gerak langkah dan semangat tempur Hang Jebat, ahli-ahli juga disisipkan amalan-amalan diri sebagai menguatkan pendirian ahlinya. Pertubuhan yang dipimpin oleh Allahyarham TAN SRI DATUK WIRA HAJI OMARDIN BIN MAUJU ini yang bergerak aktif sejak dari tahun 1963 dengan 5 anak murid (didaftarkan pada tahun 1969), bukan sahaja dikenali di Malaysia sebaliknya berjaya mengembangkan sayap ke beberapa negara luar termasuk :-
England,
Belgium,
New Zealand,
Holland,
Perancis,
Madagascar dan yang terbaru di
Korea Selatan, sehingga kini mencapai 30,000 keahlian di luar negara.
Dengan keunggulan kepimpinan Mahaguru Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin, kini PSSLM sudah pun mempunyai keanggotaannya seramai lebih kurang dari 1,000,000 orang ahli di seluruh dunia dan tercatat dalam buku Malaysia Book Of Record terbitan tahun 1998 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohammad (kini Tun) pada Disember 1998, sebagai sebuah pertubuhan ilmu mempertahankan diri yang mempunyai Keanggotaan Terbanyak dan Terunggul.
Silat Lincah terus mencipta sejarah. Sejak tahun 1963, dengan lima orang anak muridnya yang asal, Omardin membuka beberapa gelanggang di sekitar Kampung Puah, Selangor dan sekitar Wilayah Persekutuan dan dari masa ke semasa, Silat Lincah terus berkembang di seluruh pelusuk tanah air sehinggalah pada tahun 1969, perguruan Silat Lincah yang sebelumnya di kenali dengan nama Silat Tarah didaftarkan di Negeri Selangor dengan menjadi sebuah pertubuhan ilmu mempertahankan diri yang sah atas nama Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia.
Mahaguru Haji Omardin juga mengadakan beberapa siri persembahan Silat Lincah di luar negara termasuk di :-
Indonesia,
Singapura,
Thailand,
Filipina,
Brunei,
Hong Kong,
Jepun,
Korea Selatan,
Pakistan,
India dan
Mekah.
Walaupun Silat Lincah telah mencipta nama, jiwanya tidak pernah merasa puas. Agenda perjuangannya tidak pernah ada penghujungnya, apatah lagi melihat ratusan perguruan silat yang bertaburan di seluruh pelusuk tanah air hidup segan mati tak mahu, terbiar seperti melukut di tepi gantang, tidak boleh ditoleh dan tidak disilau tanpa pembelaan.
Atas kesedaran ini, pada 1hb Mac 1975, dengan usaha dan perbelanjaan sendiri, satu pertemuan dengan semua guru di seluruh pelusuk tanah air telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur serta disaksikan oleh beberapa perwakilan dari :-
Indonesia,
Thailand,
Singapura,
Filipina dan
Brunei.
Dalam pertemuan ini telah tercipta satu lagi sejarah gemilang perjuangan Omardin di mana badan-badan silat perlu berada dalam sebuah badan gabungan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Malah dengan idea dan susah payahnya juga, akhirnya terbinalah Majlis Silat Negara yang kini dikenali sebagai persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), yang mana menjadi tunjang kepada semua pergerakan seni silat di Malaysia.
Di sebalik kejayaannya itu, Omardin melalui idea dan pandangannya berjaya menarik beberapa buah badan gabungan silat untuk bergabung di Peringkat Rantau ASEAN. Tidak cukup dengan itu, usaha beliau untuk menubuhkan gabungan silat di peringkat antarabangsa juga turut menjadi kenyataan dengan tertubuhnya Federasi Silat Antarabangsa yang kini dikenali Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT), bertanggungjawab bukan sahaja terhadap badan-badan silat di Negara Asean malah badan-badan silat di seluruh dunia.
Usaha Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bukan setakat itu sahaja malah dengan menggunakan perbelanjaan sendiri yang begitu banyak, kemuncak kejayaan beliau adalah menghimpunkan Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri dari seluruh dunia melalui Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri Peringkat Dunia Pertama yang diadakan pada 04hb Disember 1976 bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur, dirasmikan oleh DYMM Sultan Haji Ahmad Shah, Timbalan Yang DiPertuan Agong pada ketika itu, telah disertai oleh 42 pesilat dari negara-negara Asean, Timur Jauh dan Timur Tengah.
Silat Lincah terus menggegarkan dunia pesilatan melayu ketika itu dengan sekali lagi mencipta nama apabila Mahaguru Haji Omardin dan ratusan anak muridnya terbabit menjayakan, Filem Dokumentari ONE STEP TO THE BEYOND atau SELANGKAH KE ALAM BATIN yang bukan sahaja ditayangkan mengenai Dunia Silat Melayu, malah kegemilangan Silat Lincah akhirnya mengangkat Omardin sebagai Pejuang Silat Melayu.
Amalan yang diijazahkan kepada ahli-ahli Lincah di sempurnakan sendiri oleh Mahaguru Haji Omardin berdasarkan keistimewaan dan kesanggupan dari segi persilatan dan perjuangan setiap ahli. Amalan ini diperakui tidak akan membawa sebarang penyelewengan dari apa-apa aspek.
Pertubuhan ini juga mewajibkan setiap ahlinya mempunyai disiplin yang tinggi di semua peringkat sama ada ahli biasa, jurulatih atau pegawai-pegawainya. Antara saling menghormati satu sama lain, Mahaguru dan guru-gurunya dan tidak penderhaka kepada kedua ibu bapa.
Soal keagamaan juga di titik beratkan dalam PSSLM. Ahli-ahli sentiasa dinasihatkan mengingati Allah dengan mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah. Justeru itu, ahli-ahli dilatih bersopan santun kerana itu adalah amalan Silat Lincah yang paling utama.
Berdasarkan semua kepercayaan ini, Silat Lincah akan terus menjadi pertubuhan silat yang dihormati di semua peringkat dan dalam masa yang sama ia dapat memainkan pelbagai peranan menjayakan aktiviti persilatan di negara ini mahupun di peringkat antarabangsa.
PSSLM berjaya mengadakan perhimpunan terbesar pada perhimpunan di Pulau Pinang 1975, ia telah menarik seramai 100,000 penonton menyaksikan perhimpunan dan demonstrasi kebatinan yang amat mendebarkan.
Bagi merealisasikan peranan yang boleh dimainkan oleh ahli-ahli seni beladiri di dalam mempastikan kedaulatan dan kemakmuran negara dipertahankan maka satu pertemuan yang amat bersejarah telah diadakan pada 10hb Mac 2001 bersama Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada ketika itu di Seri Perdana, Putrajaya, sewaktu negara didesas-desuskan mengalami krisis di antara kaum. Pertemuan yang diusahakan dan diketuai oleh Tan Sri Datuk Wira Haji Omardin bersama-sama dengan 53 orang guru-guru Seni Beladiri Malaysia telah menyatakan ikrar taat setia bersama kepimpinan negara seperti yang terkandung di dalam Memorandum yang telah dipersetujui bersama dan seterusnya diserahkan kepada YAB. Perdana Menteri. Ia bertujuan menunjukkan kesetiaan dan mahu mengekalkan perpaduan antara kaum yang terjalin sekian lama serta mahu menghapuskan anasir-anasir yang tidak baik dari terus menghantui masyarakat ketika itu. Ternyata usaha Omardin itu sesuatu yang dinantikan oleh pemimpin kerajaan dan memang begitu diharapkan untuk mencapai matlamat negara yang aman dan makmur.
Warisan Pahlawan Melayu, akan berkongsi bersama anda semua berkaitan sejarah pahlawan Melayu Nusantara, sejarah silat-Melayu, dan lain-lain inshaAllah, sekadar masa yang kami mampu usahakan.. sila subscribe you tube Channel kami ya, Terima Kasih
Pada hari ini dalam tahun 1963, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, berkenan berangkat bagi merasmikan Pelabuhan Selat Kelang Utara di Pelabuhan Kelang. Kerja-kerja pembinaan pelabuhan berharga $40 juta ini, diuruskan oleh Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu dengan kerjasama sebuah syarikat dari Denmark manakala peruntukan dibiayai dengan pinjaman dari kerajaan Amerika.
Menjelang perasmian, pengendalian pelabuhan ini diambil alih oleh Pihak Berkuasa Pelabuhan. Pembinaan pelabuhan ini bertujuan untuk menampung pertambahan kerja-kerja memunggah barang di pelabuhan lama. Pelabuhan ini mempunyai lapan buah dermaga yang membolehkan 17 buah kapal berlabuh dalam satu masa. Pelabuhan ini turut mengandungi antaranya gudang transit, pusat pemeriksaan kastam dan depoh balak. Pelabuhan ini bertambah maju dari semasa ke semasa sesuai dengan peranannya sebagai nadi utama dalam pembangunan ekonomi negara.
Pada hari ini dalam tahun 2010, Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail, Bekas Panglima Angkatan Tentera Diraja Malaysia menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur. Allahyarham yang berusia 88 tahun meninggal dunia kerana komplikasi sakit tua di sisi isteri tersayang, YBhg. Toh Puan Zakiah binti Ahmad pada pukul 4.40 pagi.
Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Villa Sang Suria, Kuala Lumpur sebelum di bawa ke Masjid Negara untuk penghormatan terakhir dan dikebumikan di Makam Pahlawan. DYMMAl-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan mencemar duli berangkat bagi menziarahi jenazah Allahyarham. Anak kelahiran Johor Bharu ini pada asalnya adalah Pegawai Kadet dalam pasukan Askar Timbalan Setia Johor sebelum menyertai pasukan tentera persekutan sebelum dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang ketiga.
Allahyarham juga pernah berkhidmat di dalam pasukan Force 136 sekitar 1940-an bagi menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
21 Disember 2003 – Pada tahun 2003, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengisytiharkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Bapa Pemodenan Malaysia di Pusat Konvensyen Putrajaya, Kuala Lumpur. Majlis itu diadakan bersempena majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri keempat pada 31 Oktober dalam tahun yang sama selepas mengetuai tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.
Turut hadir di majlis tersebut ialah DYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali.
Sambutan Kemerdekaan
Dalam majlis tersebut, DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah menghadiahkan persalinan kepada Dr. Mahathir dan isteri, Dr. Siti Hasmah.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri menyatakan Dr. Mahathir dilihat sebagai pemimpin yang berfikiran lima hingga sepuluh tahun jauh ke hadapan berbanding dengan rakyat Malaysia yang lain. Ciri itu juga membolehkan beliau memacu Malaysia kepada kejayaan serta asas untuk kegemilangan. Tun Dr. Mahathir juga merupakan negarawan terulung yang mengabadikan diri beliau bagi kemajuan bangsa, agama dan negara.
Sejak meneraju kerajaan dalam tahun 1981, Dr. Mahathir telah berjaya mengubah Malaysia daripada negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia.
Pada hari ini dalam tahun 2010, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1432 Peringkat Kebangsaan sekali gus muncul wanita pertama menerima anugerah tersebut sejak di perkenalkan 24 tahun lalu. Penyampaian anugerah ini disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, pada majlis sambutan Maal Hijrah 1432, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Dr. Zeti pernah diberikan jolokan wanita paling berkuasa dalam kewangan dan berjaya mengangkat negara menjadi sebuah pusat kewangan dan perbankan Islam unggul yang mempunyai langskap kewangan komprehensif hingga menjadi rujukan dunia. Dr. Zeti juga turut memberi ilham kepada penubuhan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (MIFC) yang memberi makna kepada sejarah kewangan Islam negara dan antarabangsa. Pemilihan Dr. Zeti memecah tradisi sejarah pemberian anugerah yang mengiktiraf sumbangan cemerlang seseorang dalam perkembangan syiar Islam dan pembangunan ummah yang sebelum ini didominasi kaum lelaki.
Pemegang Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat ini, berharap agar lebih ramai wanita akan memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi sama ada sektor kerajaan mahupun swasta.
Pada hari ini dalam tahun 1958, Presiden India, Dr. Rajendra Prasad membuat lawatan rasmi ke Tanah Melayu. Beliau merupakan Ketua Negara Asing yang pertama melawat negara ini setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Ketibaan Presiden India untuk lawatan selama tiga hari itu diberi sambutan meriah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, DYMM Sultan Selangor, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan lain-lain pembesar negara.
Dr. Rajendra Prasad, merupakan seorang ahli politik, pendidik dan pembentuk masyarakat India sebelum beliau dilantik menjadi Presiden negara itu. Sebagai pencinta keamanan, beliau datang dengan huluran tangan persaudaraan, kasih sayang dan persahabatan ikhlas, untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin antara kedua-dua negara. Lawatan Presiden India ini juga merupakan satu penghormatan kepada Tanah Melayu dan memperakukan kedudukan negara ini sebagai negara yang merdeka dan berdaulat.
05 Disember 1966 – Jambori Pertama Pengakap Malaysia telah diadakan di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Jambori ini telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1966.
Lebih dua ribu pengakap dari sebelas buah negara menyertai Jambori ini. Mereka ialah dari Malaysia, Republik Rakyat China, India, Korea Selatan, Nepal, Singapura, Filipina, Thailand, Laos, New Zealand, Australia, Ireland dan United Kingdom.
Menteri Pengangkutan, Tan Sri Sardon bin Haji Jubir yang juga Pengakap Agung Kebangsaan, dalam ucapan alu-aluannya di hari pembukaan berkata tujuan utama Jambori ini ialah untuk membolehkan anggota-anggota pengakap dari berbilang bangsa, agama, adat resam dan kebudayaan menyesuaikan diri dalam sebuah keluarga yang besar.
Jambori yang berlangsung selama enam hari ini memberi kesempatan kepada mereka mengamalkan undang-undang pengakap yang keempat iaitu menggalakkan pengakap berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan.
Pada hari ini dalam tahun 1995, Sambutan Jubli Emas di bawah pemerintahan DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail telah diadakan di Perlis. Dalam titah perutusannya, Baginda menasihatkan rakyat supaya terus memelihara perpaduan dan keharmonian kaum bagi menjamin Negara terus aman, maju dan makmur menuju tahun 2020 dan dekad yang akan menjelang khususnya untuk generasi yang bakal menerajui kepimpinan negara di masa hadapan.
DYMM Tunku Syed Putra diputerakan pada 25 November 1920 di Arau, Perlis. Baginda menaiki takhta kerajaan Perlis pada 4 Disember 1945. Baginda merupakan raja yang paling lama bertakhta di negeri Perlis. Sesungguhnya, sambutan ini amat besar ertinya kepada rakyat Perlis bukan hanya kerana kemakmuran negeri ini tetapi sebagai mengenang jasa-jasa Baginda sebagai seorang raja yang berdaulat dan dihormati serta dicintai oleh seluruh rakyat. Pada 16 April 2000 Raja Perlis Tuanku Syed Putra Jamalullail, 79, mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak 21 Mac..
Pada hari ini dalam tahun 2009, DYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah berkenan berangkat bagi menyempurnakan Istiadat Pentauliahan Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dan Penamaan KD Sultan Badlishah di Langkawi, Kedah. Dalam titahnya, Baginda menegaskan pembinaan pangkalan TLDM di Langkawi merupakan satu keputusan strategik di mana selain berperanan memantau Selat Melaka, pangkalan ini juga menyumbang kepada pembangunan kemajuan sosio ekonomi serta kemakmuran Negeri Kedah amnya.
Baginda turut mezahirkan kesyukuran kerana TLDM dan ATM memilih nama ayahanda Baginda, Almarhum Sultan Badlishah Abdul Hamid Halim Shah untuk menamakan unit ini. Titah Baginda, pemilihan nama ini amat bertepatan di atas jasa bakti Almarhum Baginda kepada negara yang bersemangat patriotik dalam menentang penjajahan Inggeris. Dengan adanya pangkalan ini, Kementerian Pertahanan dapat memantau kemasukan kapal-kapal di Selat Melaka selain dapat menjaga keutuhan serta keselamatan perairan barat Semenanjung Malaysia.
Pada 1 Disember 2011, bangunan baru Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di Jalan Hartamas telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Baginda turut meluangkan masa melawat ke ruang galeri bangunan badan kehakiman syariah tersebut. Mahkamah baru yang siap pada 31 Mei 2011 ini, mulai dibina pada 10 April 2006 dengan kos pembinaan bernilai RM96 juta. Badan kehakiman itu telah berpindah beberapa kali sebelum ini.
Memulakan operasinya di Dewan Tuanku Abdul Rahman di Ampang dan kemudiannya berpindah ke Bangunan Jabatan Kerja Raya di Jalan Tun Abdul Razak. Pada tahun 1983, badan ini berpindah ke Bangunan Baitulmal di Jalan Ipoh dan seterusnya beroperasi di Bangunan Sulaiman di Jalan Damansara sebelum berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Hartamas.
Pada awal penubuhannya, badan kehakiman ini hanya mempunyai beberapa pegawai termasuk Hakim Syarie. Kini kakitanganya bertambah kepada 130 orang termasuk Ketua Hakim Syarie, Tiga Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan enam Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
Pada hari ini dalam tahun 1993, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Seni Negara (ASN) kepada kepada penggiat, karyawan dan seniman yang telah memperlihatkan ketokohan dan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanah air. Majlis pengurniaan anugerah yang berlangsung di Dewan Banquet, Parlimen, mencatat sejarah apabila seorang dalang wayang kulit, dipilih sebagai penerima pertama anugerah ini.
Hamzah Awang Amat atau lebih dikenali sebagai Tok Dalang Hamzah, dipilih untuk menerima anugerah ini berdasarkan kecemerlangannya mengharumkan nama negara dalam genre wayang kulit hingga ke peringkat antarabangsa di samping kewibawaannya menghasilkan karya yang kreatif dan bermutu. Anugerah Seni Negara mampu mendorong serta menyedarkan masyarakat tentang peri penting warisan seni bangsa negara untuk terus dipelihara.
Pada hari ini dalam tahun 2006, Masjid Selat Melaka telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Masjid ini dibina di atas permukaan laut di dalam kawasan pulau buatan yang diberi nama Pulau Melaka. Senibina masjid yang turut dikenali sebagai Masjid Terapung ini berkonsepkan Islam Moden yang menggabungkan elemen senibina Melayu dan Timur Tengah.
Pembinaannya bermula pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Dihiasi empat kubah di setiap penjuru masjid yang menjadi pelengkap kepada sebuah kubah besar. Terdapat juga sebuah menara setinggi 30 meter dan cahaya yang dipancarkan melalui menara ini menjadi panduan kepada kapal yang melalui Selat Melaka dan pesawat di ruang udara. Selain memperlihatkan kesungguhan kerajaan negeri dalam meningkatkan syiar Islam, masjid yang dibina di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan di Banda Hilir ini menjadi salah satu mercu tanda yang mampu menarik kedatangan pelancong ke negeri bersejarah itu.
24 November 2022 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini.
Pada sesi Perbincangan Khas yang berlangsung bermula pada 11.00 pagi itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu proses pelantikan Perdana Menteri baharu susulan daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022 lepas.
Perbincangan Khas itu adalah juga bertujuan bagi Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu untuk membolehkan Baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.
(Sila rujuk kenyataan media Istana Negara untuk maklumat lanjut.)
ALLAH beri kekuasaan kepada sesiapa yang ALLAH kehendaki, dan ALLAH cabut kekuasaan dari sesiapa yang ALLAH kehendaki. Kalah pilihanraya pun ALLAH takdirkan BN jadi kerajaan.
24 November 2022 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia YAB Perdana Menteri ke-10, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim di Istana Negara, hari ini.
Istiadat yang berlangsung pada jam 5.00 petang di Singgahsana Kecil Istana Negara disaksikan Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Bin Ali.
Hadir sama pada istiadat itu, Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Azhar Azizan Harun dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Bin Harun.
Turut hadir pemimpin parti komponen Pakatan Harapan iaitu Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau.
Turut hadir, Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan serta keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
"Seri Paduka Baginda mengingatkan kepada semua pihak bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.
Justeru, bagaikan biduk lalu, kiambang bertaut, hulurkan tangan antara satu dengan yang lain bagi merapatkan semula saf antara semua ahli-ahli Dewan Rakyat demi masa depan negara tercinta."
Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong berkenan untuk mengambil foto rasmi bersama Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri dan keluarga usai Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada Khamis.
"Hakikatnya, rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut yang tiada kesudahan tatkala negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil bagi merancakkan lanskap ekonomi dan pembangunan negara.
Ahli-ahli Dewan Rakyat diingatkan supaya mempamerkan solidariti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat."
Petikan daripada kenyataan media KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, bertarikh 24 November 2022
29 November 2022 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Istana Negara, pada petang hari ini.
Sesi menghadap yang bermula pada jam 5.00 petang itu merupakan yang kali pertama buat YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sejak beliau menerima surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia Perdana Menteri ke-10 di istiadat pada 24 November lepas di Istana Negara.
29 November 2022 : Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri
Pagi ini bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan penjawat awam di Putrajaya. Kami berkumpul untuk perhimpunan bulanan, dan ini merupakan pertemuan sulong saya bersama mereka.
Saya diapit Peguam Negara Tan Sri Idris Harun dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali.
Saya singkap pencapaian yang pernah kita capai di masa lalu, dan ia tidak mungkin tercapai tanpa dukungan penuh penjawat awam yang menjadi tunggak penting.
Saya turut menegaskan bahawa budaya lama pemerintah yang meluluskan projek tanpa tender serta kebocoran dan ketirisan yang berleluasa mesti dihentikan.
Rakyat sedang menunggu perubahan yang ingin dibawa, dan saya ingin mengajak penjawat awam yang saya anggap sebagai wahana ke arah perubahan untuk bersama saya dalam satu pasukan yang kuat dan jitu demi pertiwi.
Perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan manusia
BN mendukung Perlembagaan Negara dan Menjunjung Titah Yang Di-Pertuan Agong
1. Alhamdulillah kemelut pelantikan Perdana Menteri telah diselesaikan secara arif lagi bijaksana oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan telus dan berwibawa.
2. Pertimbangan ini berlunaskan perlembagaan negara berdasarkan peruntukan mengikut Perkara 43(2)(a) menetapkan dua syarat lantikan Perdana Menteri.
"Pertama, seseorang itu hendaklah ahli Dewan Rakyat, maksudnya seseorang itu memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU).
"Kedua, seseorang itu hendaklah pada hemat Yang di-Pertuan Agong mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Maka, baginda perlu berkeyakinan dalam keputusan bahawa seseorang itu mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
3. Terdapat pelbagai proses dilakukan secara ketat bagi memenuhi kriteria tersebut termasuk memanggil mengadap ketua-ketua blok parti.
4. BN mula-mula membuat keputusan untuk menjadi pembangkang, kemudian berkecuali dan akhirnya menyerahkan 30 kerusi untuk pertimbangan kebijaksanaan Yang Dipertuan Agong untuk menentukannya. Begitu juga GPS dan GRS.
5. Hal ini berlaku selepas Yang Dipertuan Agong menitahkan semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.
Maka BN menjunjung titah tersebut dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan individu dan parti.
BN tidak mahu berpolitik sepanjang masa dan ingin memfokuskan masalah ekonomi rakyat yang perlu ditangani bersama.
6. Sebelum itu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bersetuju untuk menyertai Kerajaan Perpaduan atau apa-apa bentuk kerajaan lain yang dimasyhurkan Yang di-Pertuan Agong.
7. Apabila BN bersetuju menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, maka proses-proses berkaitan dilaksanakan oleh pihak Istana Negara.
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara berkaitan pembentukan Kerajaan Persekutuan dan pelantikan Perdana Menteri ke-10 turut diadakan bagi memastikan ketelusan berlangsung sebelum memuktamadkan keputusan.
8. Apabila pelantikan Perdana Menteri ke-10 sudah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, maka semua pihak perlu menghormati keputusan dan kebijaksanaan tersebut.
9. Tidak perlu lagi pihak mempertikaikan keputusan pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Istana Negara. Janganlah umpama rumah siap, pahat berbunyi.
10. Marilah kita sama-sama menjunjung titah dan menghormati perkenan pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan perlembagaan negara.
11. Kita perlu bergerak ke depan dan bersama-sama membina negara ke arah kemakmuran dan kestabilan.
12. Berdasarkan prinsip menjunjung titah menghormati pelantikan Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-pertuan Agong, Insya Allah BN akan menyokong usul undi percaya kepada Perdana Menteri agar keabsahan Perdana Menteri dimuktamadkan dan pihak yang cuba mempertikai akan senyap.
13. Walaupun ada pihak mengatakan ini langkah berisiko Perdana Menteri baharu, namun inilah proses demokrasi yang perlu dilalui dan BN akan terus menyokong penuh sebagai tanda menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagj menyokong pembentukan kerajaan baharu ini.
Kerajaan Perpaduan bukanlah kerajaan PH. Kerajaan Perpaduan juga bukan kerajaan BN.
Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan yang dibentuk hasil TITAH DYMM SPB YDPA dan disahut oleh pelbagai pimpinan parti politik yang cintakan kestabilan & kemakmuran rakyat dan negara.
Kerajaan Perpaduan tidak disertai oleh para pemimpin parti-parti politik yang angkuh, sombong, takabbur dan engkar terhadap TITAH Tuanku.
TIADA mana-mana pihak atau parti politik boleh mendakwa memenangi PRU15 dan menganggap kerajaan ini adalah hasil kemenangan mereka dalam PRU15.
UMNO dan Barisan Nasional merupakan pemain utama yang membentuk kerajaan perpaduan, akur terhadap TITAH Tuanku serta 'King Maker' kepada Kestabilan & Kemakmuran rakyat dan negara, pasca PRU15.
SEKIRANYA UMNO & Barisan Nasional tidak memainkan peranan utama, Kerajaan Perpaduan tidak akan dapat dibentuk, krisis ekonomi & politik negara akan berpanjangan serta kehidupan rakyat tidak akan makmur.
Peranan utama UMNO & Barisan Nasional dalam perkara ini melahirkan Kestabilan & Kemakmuran pada rakyat & negara.
Kestabilan & Kemakmuran merupakan slogan & motto Barisan Nasional sepanjang kempen PRU15.
Slogan Kestabilan dan Kemakmuran kini menjadi realiti di bawah Kerajaan Perpaduan, meskipun Barisan Nasional tidak memperolehi majoriti mudah membentuk kerajaan.
Syabas dan tahniah kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO & Barisan Nasional yang telah menzahirkan Kestabilan dan Kemakmuran kepada rakyat & negara pasca PRU15.
Syabas dan tahniah kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO & BARISAN NASIONAL kerana telah menjadi TERAS KEPADA KERAJAAN PERPADUAN.
Saya baru mendarat di KLIA dari Kuching dan dalam perjalanan ke Istana Negara untuk Majlis Mengangkat Sumpah Y.A.B. Perdana Menteri.
D4P mengarahkan semua peringkat pimpinan parti dan ahli-ahli akar umbi kami supaya TIDAK menganjurkan sebarang bentuk sambutan mahupun acara konvoi kenderaan.
Kami menyeru semua pihak bertenang dan menghormati keputusan oleh Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.
Kerajaan yang bakal ditubuhkan adalah sebuah Kerajaan Perpaduan (Unity Government) yang merangkumi pelbagai gabungan parti politik.
Kita perlu bekerjasama dan bersatu padu dalam membantu Perdana Menteri mengemudi negara keluar daripada kemelut yang dihadapi.
Pada 22 November 2008, Yang Di Pertuan Agong Ke 13, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan menerima watikah pengisytiharan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia. Berdasarkan sejarah, kedua-dua Bandaraya ini pernah menjadi laluan strategik aktiviti perdagangan antara timur dan barat sejak beratus-ratus tahun dahulu
Pada hari ini dalam tahun 2008, Yang di-Pertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan menerima watikah pengisytiharan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia. Upacara penyerahan watikah ini berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur mengikut adat istiadat raja-raja Melayu Kesultanan Melaka. Watikah dipersembahkan kepada DYMM Tuanku Mizan oleh Presiden Suruhanjaya Kebangsaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Berdasarkan sejarah, kedua-dua Bandaraya ini pernah menjadi laluan strategik aktiviti perdagangan antara timur dan barat sejak beratus-ratus tahun dahulu. Pemilihan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia sangat bersesuaian serta menjadikan kedua-dua Bandaraya ini setanding dengan tapak warisan dunia yang lain antaranya Venice di Itali dan Lyons di Perancis