Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 8 December 2022

04 DISEMBER 1995 MEMORANDUM PERSEFAHAMAN MALAYSIA & GHANA

Pada hari ini dalam tahun 1995, Malaysia dan Ghana menandatangani dua persetujuan dan satu memorandum persefahaman bagi meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang. Majlis menandatangani perjanjian ini berlangsung di Langkawi, Kedah. Menteri Luar, YB Datuk Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan Timbalan Menteri Luar Ghana, Mohammed Ibn Chambas, menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dalam bidang ekonomi, saintifik, teknikal dan kebudayaan. 

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Kerk Choo Ting dan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Ghana, Dan Abodapki, menandatangani persetujuan bekerjasama dalam bidang perdagangan. Menteri Penerangan, YB Datuk Sulaiman Mohamed dan Timbalan Menteri Luar Ghana, Mohammed Ibn Chambas, menandatangani perjanjian persefahaman dalam bidang penerangan. Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani ini membuka ruang kerjasama yang lebih luas serta dapat meningkat dan mengeratkan lagi hubungan diplomatik Malaysia-Ghana.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

28 NOVEMBER 1966 PERJANJIAN KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA DENGAN BELGIUM


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...