Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 2 December 2022

28 NOVEMBER 1966 PERJANJIAN KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA DENGAN BELGIUM


Pada hari ini dalam tahun 1966, satu perundingan mengenai Perjanjian Kerjasama Teknikal antara Malaysia dengan Belgium telah diadakan di Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Perundingan yang berlangsung selama lima hari ini telah membincangkan  mengenai bantuan-bantuan teknikal dan kewangan yang bakal diberikan oleh kerajaan Belgium kepada Malaysia melalui projek-projek Rancangan Malaysia Pertama. Dalam perundingan ini, Malaysia telah diwakili oleh Pengarah Unit Perancangan Ekonomi, YBrs. Encik Thong Yaw Hong manakala kerajaan Belgium diwakili oleh Dutanya ke Malaysia Encik Frans Taelemans. 

Antara perkara penting yang dibincangkan pada hari pertama perundingan itu ialah mengenai bantuan enam orang pakar dari Belgium yang akan membantu program pembangunan di Malaysia pada tahun 1967. Di samping itu, perkara yang turut dibincangkan ialah bantuan Belgium dalam bidang pertanian, perhutanan, perubatan tropika, perikanan, biasiswa dan latihan kakitangan awam. Susulan itu, Perjanjian Kerjasama Teknikal antara Malaysia dengan Belgium telah ditandatangani pada 2 Disember 1966 bertempat di Bilik Gerakan Negara. 

Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bagi pihak kerajaan Malaysia dan Menteri Luar Urusan Dagangan Belgium, Encik A de Winter menandatangani bagi pihak kerajaan Belgium. 

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel yang berkaitan :-

26 NOVEMBER 1982 PERJANJIAN KERJASAMA DI ANTARA MALAYSIA DAN ROMANIA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...