Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 2 December 2022

28 NOVEMBER 1986 TUN DATUK PATINGGI TUANKU HAJI BUANG MENINGGAL DUNIA

 

Pada hari ini dalam 1986, rakyat Sarawak kehilangan seorang pemimpin yang berkaliber dan dihormati, Yang di-Pertua Sarawak yang kedua. Allahyarham Tun Datuk Patinggi Tuanku Hj. Bujang bin Tuanku Othman telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya Sri Embawang di Petra Jaya, Sarawak. Allahyarham dilahirkan di Sibu, Sarawak dan telah memulakan perkhidmatan kepada kerajaan dengan menyertai pasukan polis pada tahun 1927 hingga 1934. Allahyarham bertukar kepada Perkhidmatan Awam Sarawak dan kekal di dalam perkhidmatan tersebut selama 26 tahun. 

Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Leftenan Muda dalam Renjer Sarawak selama sebulan dalam tahun 1941. Beliau pernah dilantik sebagai majistret kelas keempat pada tahun 1934 dan kemudian sebagai pegawai pentadbir division satu pada 1965. Apabila Sarawak menyertai Malaysia, pada 1963 Allahyarham telah dilantik sebagai Senator Dewan Negara. Allahyarham telah menerima beberapa pingat dan penghargaan sepanjang hayatnya menjalankan tugas kepada negara. Antaranya Allahyarham dianugerahkan Member of The British Empire (MBE) pada 1967 dan Official of The British Empire (OBE) pada 1962, pada 1970 dianugerahkan pula Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) oleh Yang Dipertuan Agong. 

Pemergian Allahyarham Tun Datuk Patinggi Tuanku Hj. Bujang pada hari ini begitu dirasai oleh semua. Allahyarham telah mencurahkan khidmat baktinya dalam memajukan negeri Sarawak di samping sumbangan-sumbangan lain kepada Malaysia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


22 NOVEMBER 1946 DATU PATINGGI ABANG HAJI ABDILLAH MENINGGAL DUNIA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...