Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 2 December 2022

27 NOVEMBER 1973 PUSAT KONTENA PELABUHAN KLANG

Pada hari ini dalam tahun 1973, Pusat Kontena Pelabuhan Klang telah dibuka dengan rasminya oleh YAB Tun Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri. Pembinaan Pusat Kontena ini telah dirancang oleh Lembaga Pelabuhan Klang semenjak tahun 1967 selaras dengan kemajuan dunia perkapalan yang menggunakan sistem kontena. Lembaga Pelabuhan Klang telah merancang keperluan kemudahan untuk menerima kapal-kapal kontena dan membaiki lagi perkhidmatan pergerakan trafik. YAB Tun Abdul Razak menyatakan bahawa pembukaan Pusat Kontena di bawah Rancangan Malaysia Kedua telah menempatkan Malaysia antara negara-negara maju di dunia ini dalam teknologi pengangkutan moden. Projek ini dibuat secara berperingkat-peringkat. Peringkat pertama ialah menambak 25.1 hektar tanah paya. 

Peringkat kedua rancangan ini bermula pada tahun 1970 dengan pembinaan dermaga-dermaga baharu sepanjang 853.6 meter.  Rancangan yang menelan belanja sebanyak $86.6 juta itu termasuk penyediaan alat pengendalian kontena seperti kren kontena dan jentera 'straddle carrier', serta kemudahan-kemudahan lain. Pusat Kontena di Pelabuhan Kelang boleh membuat jenis kapal kontena yang besar berukuran sehingga 289.6 meter panjang dan seberat 61,200 metrik tan padu.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

22 NOVEMBER 1969 PELANCARAN SECARA RASMI BANK PERTANIAN


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...