Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 26 November 2022

22 NOVEMBER 1969 PELANCARAN SECARA RASMI BANK PERTANIAN

Pada hari ini dalam tahun 1969, Bank Pertanian yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1969 dilancarkan secara rasmi oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein di Bilik Gerakan Negara, Kuala Lumpur. Antara tujuan utama penubuhan bank ini adalah untuk menyelaras dan menyelia bantuan kredit dan kumpulan wang awam bagi maksud pertanian, mengadakan kemudahan-kemudahan pinjaman, pendahuluan, kredit untuk kemajuan pertanian termasuklah penghasilan dan pemasaran dan menyelenggara wang simpanan khususnya dalam bidang pertanian.

Bank Pertanian menumpukan kegiatan di kawasan yang kurang maju dan melaksanakan skim pinjaman kemudahan kredit. Skim ini buat pertama kali diperkenalkan di kawasan Rancangan Perairan Muda di Kedah. Dengan pelancaran Bank Pertanian ini, diharap dapat membantu para petani mendapatkan dana bagi melaksanakan projek-projek pertanian dengan lebih meluas dalam usaha meningkatkan ekonomi keluarga dan negara.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

28 SEPTEMBER 1954 PENUBUHAN BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...