Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 26 November 2022

22 NOVEMBER 1946 DATU PATINGGI ABANG HAJI ABDILLAH MENINGGAL DUNIA

Pada hari ini dalam tahun 1946, Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah meninggal dunia di London. Datu Patinggi Abang Haji Abdillah lahir pada tahun 1862 merupakan tokoh nasionalis tempatan yang telah memperjuangkan kemerdekaan Sarawak dari kerajaan Inggeris hingga ke akhir hayatnya. Beliau adalah intelek Melayu Sarawak berpendidikan Melayu dan Inggeris yang berwibawa dan disegani pegawai-pegawai Inggeris di bawah pentadbiran Brooke dan juga masyarakat tempatan.

Datu Patinggi Abang Haji Abdillah adalah anak Melayu pertama yang berjaya melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris St. Thomas setelah menamatkan pelajaran Melayu dan Arab. Beliau menjadi seorang pendidik di sekolah bapanya, Datu Bandar Abang Mohd. Kassim di Kampung Jawa dan bertugas di Pejabat Tanah sebagai Pegawai Ukur. Kemudian menjadi Penyelia Kuari di Jabatan Kerja Raya sebelum berkhidmat di Jabatan Polis. Pada tahun 1921, ketika berusia 62 tahun beliau dilantik menjadi Datuk Shahbandar. Di dalam kariernya beliau adalah seorang pegawai yang cekap yang mengamalkan sikap rasional dan toleran. Pada tahun 1937 beliau dianugerahkan gelaran Datuk Patinggi.

Datu Patinggi Abang Haji Abdillah juga sangat aktif dalam kegiatan politik dan bertanggungjawab memimpin persatuan Melayu Sarawak. Beliau telah menentang tindakan Raja Sir Vyner Brooke yang telah menyerahkan negeri Sarawak kepada Pejabat Tanah Jajahan Kerajaan Inggeris pada 1 Julai 1946. Beliau telah berkempen memberi penerangan kepada masyarakat terhadap kedudukan Sarawak yang tidak lagi merdeka dan menyeru supaya bersatu padu menentang penyerahan Sarawak. Ketika Gabenor baru dari Pejabat Jajahan Inggeris Sir Charles Arden Clarke tiba, beliau telah mengetuai penduduk tempatan memulaukan upacara sambutan rasmi. Beliau menganggap penyerahan Sarawak tidak sah kerana Raja Sir Vyner Brooke tidak mengadakan perundingan dengan Majlis Negeri Sarawak.

Datu Patinggi juga telah memimpin Angkatan Pemuda Persatuan Melayu Sarawak menentang penjajahan Inggeris di Kuching dan kemudiannya beliau berangkat ke London mengetuai rombongan Persatuan Melayu Sarawak memajukan bantahan kepada Raja Inggeris. Ketika berada di London beliau telah jatuh sakit dan meninggal dunia di sana.


Pautan artikel lain :-

29 OKTOBER 1983 PERJANJIAN SEMPADAN SABAH & SARAWAK


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...