Peristiwa Hari Ini Dalam Sejarah
Pada 22 November 2008, Yang Di Pertuan Agong Ke 13, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan menerima watikah pengisytiharan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia. Berdasarkan sejarah, kedua-dua Bandaraya ini pernah menjadi laluan strategik aktiviti perdagangan antara timur dan barat sejak beratus-ratus tahun dahulu
Pada hari ini dalam tahun 2008, Yang di-Pertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan menerima watikah pengisytiharan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia. Upacara penyerahan watikah ini berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur mengikut adat istiadat raja-raja Melayu Kesultanan Melaka. Watikah dipersembahkan kepada DYMM Tuanku Mizan oleh Presiden Suruhanjaya Kebangsaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Berdasarkan sejarah, kedua-dua Bandaraya ini pernah menjadi laluan strategik aktiviti perdagangan antara timur dan barat sejak beratus-ratus tahun dahulu. Pemilihan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia sangat bersesuaian serta menjadikan kedua-dua Bandaraya ini setanding dengan tapak warisan dunia yang lain antaranya Venice di Itali dan Lyons di Perancis
Pautan artikel lain yang berkaitan :-
18 NOVEMBER 2011 PERASMIAN JAMBORI MALAYSIA KE 12
No comments:
Post a Comment