Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 25 November 2022

18 NOVEMBER 2011 PERASMIAN JAMBORI MALAYSIA KE 12

Pada hari ini dalam tahun 2011, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat bagi menyempurnakan perasmian Jambori Malaysia Ke-12 dan Jambori Antarabangsa Negeri Terengganu 2011 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail. Ketibaan Baginda disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Mohd Salleh. Dalam majlis ini juga, Baginda berkenan menandatangani plak pengisytiharan penubuhan Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail yang sebelum ini dikenali sebagai Kem Pengakap Telaga Batin. 

Selain itu, Syiling Peringatan Pengakap 100 Tahun di Malaysia turut dilancarkan. Jambori yang berlangsung selama 8 hari ini telah disertai seramai 10,800 Pengakap dari seluruh Malaysia dan juga 800 Pengakap dari 15 negara luar. Bertemakan ‘Menjelajah Warisan’, Jambori kali ini mengadakan pelbagai aktiviti antaranya kembara bandar, aktiviti lasak dan aktiviti air bertujuan mengeratkan lagi kerjasama dalam kalangan anggota Pengakap dari seluruh dunia.



Pautan artikel lain :-

02 NOVEMBER 1959 PERASMIAN PEMBUKAAN PUSAT ELEKTRIK-HIDRO DI CAMERON HIGHLAND


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...