Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 25 November 2022

18 NOVEMBER 1874 NEGERI SELANGOR DI BAWAH NAUNGAN INGGERIS

 

Pada hari ini dalam tahaun 1874, Kerajaan Inggeris di Negeri-negeri Selat telah mengumumkan Negeri Selangor diletakkan di bawah naungan Inggeris. Peluang British untuk campur tangan di Selangor ini bermula dengan peristiwa penyerangan ke atas rumah api di Tanjung Tuan yang telah didirikan oleh Kerajaan Inggeris. Gabenor Andrew Clarke mengambil kesempatan ini sebagai jalan untuk menghidupkan pengaruh British di Selangor. Lord Kimberley, Setiausaha Negeri bagi Tanah Jajahan British telah menulis surat kepada Andrew Clarke menyatakan Tengku Kudin pernah meminta bantuan Kerajaan Inggeris untuk menyelesaikan pergaduhan-pergaduhan di dalam negeri Selangor.

Jika Inggeris tidak dapat memberi pertolongan beliau akan meminta bantuan daripada kuasa-kuasa Eropah yang lain. Ini juga dianggap sebagai satu peluang bagi Clarke untuk campur tangan di Selangor. Dalam pada itu satu lagi serangan telah berlaku di Kuala Labu, dalam daerah Langat. Clarke rnengambil kesempatan menghantar Frank Swettenham sebagai penasihat kepada Sultan Abdul Samad untuk mengamankan Selangor. Dalam bulan Oktober 1874, di atas desakan Frank Swettenham akhirnya Sultan Abdul Samad terpaksa mengutus surat kepada Andrew Clarke supaya Selangor dimasukkan ke bawah naungan Inggeris. Setelah menerima kuasa daripada Setiausaha Negeri bagi Tanah Jajahan British maka pada hari ini dalam tahun 1874, pengisytiharan itu telah dibuat dan bermulalah penguasaan Inggeris di Selangor.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

05 NOVEMBER 1873 PERLANTIKAN ANDREW CLARKE SEBAGAI GABENOR NEGERI-NEGERI SELAT


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...