Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Sunday, 8 June 2025

1 IMAM 2 MAKMUM

 
Poster Filem 1 IMAM 2 MAKMUM


Official Trailer 1 IMAM 2 MAKMUM

https://youtu.be/Pnj-Mv-PvV8?si=Zpq_XLqukcBlvfaB

Kisah Seorang Isteri Kedua Dalam Kehidupan Seorang Suami

Kisah rumah tangga bukanlah kisah yang seindah seperti kisah percintaan antara sepasang kekasih antara seorang lelaki dengan seorang wanita. Akan tetapi, kisah rumah tangga bagi pasangan suami isteri adalah penuh dengan ranjau dan duri sepanjang tempoh masa perkahwinan sekiranya ikatan perkahwinan tersebut tidak dibubarkan sama ada bercerai hidup ataupun berpisah kerana berlakunya kematian.

Bagi seorang suami yang baharu sahaja kematian isteri yang tercinta sudah semestinya mengambil latar masa ataupun waktu yang begitu panjang untuk meredakan kesedihan yang tertanam dalam jiwa dan raga kepada isteri tercinta. Tidak mustahil juga, perkara yang sama berlaku kepada seorang isteri yang telah kematian suami. Kebanyakannya, isteri yang kematian suami, lebih tabah untuk membesarkan anak-anak tanpa kehadiran suami di sisi. Akan tetapi, jarang-jarang sekali berlaku, sekiranya suami yang telah kematian isteri mudah untuk terima kekosongan hati dengan menerima pasangan isteri yang baru dinikahi.

Rezeki, jodoh dan kematian itu adalah semuanya dalam rahsia dan pengetahuan daripada Yang Maha Esa. Namun begitu, sekiranya telah sampai jodoh untuk berumahtangga sekali lagi itu adalah pilihan yang dipilih oleh mereka yang meneruskan kehidupan tanpa kehadiran pasangan di sisi. 

Hubungan kekeluargaan yang erat dibina di dalam sebuah keluarga yang aman dan harmoni akan menjadi landasan yang kuat bagi mereka yang berusaha untuk teruskan kehidupan. Namun begitu, sekiranya seseorang individu itu sedang mengalami trauma kehidupan yang berat tanggungannya ketika itu, maka ujian daripada Yang Maha Esa itu akan dirasakan berat. 

Keredhaan ilahi terletak kepada keredhaan daripada restu ibu dan bapa. Sudah tentunya, seorang ibu yang memahami kondisi keadaan anak yang kesunyian hidup tanpa pasangan disebabkan telah meninggal dunia akan sentiasa mahu memastikan anak-anaknya hidup di dalam sebuah kebahagiaan selepas perkahwinan.

Selain itu, zuriat yang dilahirkan oleh seorang isteri adalah sebagai penguat ikatan perkahwinan antara suami dan isteri. Akan tetapi, bagi seorang suami yang telah pun mengikrarkan janji kepada dirinya sendiri untuk tetap setia kepada isteri pertama yang dinikahi itu akan menjadi beban sekiranya berlaku cinta yang berputik semula dengan isteri yang baharu, sama ada ini adalah perkahwinan monogami ataupun poligami.

Isteri yang solehah akan sentiasa mendoakan kebahagiaan suami yang soleh. Begitu juga seorang suami yang soleh akan mendoakan kebahagiaan isteri yang solehah. Oleh itu, jiwa seorang wanita yang sentiasa dibelenggu dengan perasaannya sendiri akan mudah menimbulkan cabaran bagi sesebuah perkahwinan sekiranya suami yang mengahwininya itu adalah seorang bapa tunggal. Bagi pihak suami pula, kehadiran isteri yang baharu seakan-akan memadamkan memori dan juga kenangan yang indah di antara dia dan isteri yang terdahulu.

Kesabaran seorang isteri yang melayari bahtera perkahwinan bersama suaminya akan menentukan kebahagiaan sehingga ke syurga. Golongan isteri yang solehah yang taat dan patuh kepada perintah suami akan dapat menerima ganjaran yang besar di sisi Allah Taala. Bagi seorang suami, jangan sama sekali membandingkan isteri yang baharu dengan yang lama. Ini adalah kerana, fitrah seorang wanita yang begitu halus jiwanya akan mudah terhakis sekiranya isteri tersebut merasa kekurangan dirinya sendiri apabila suaminya membandingkan dengan yang terdahulu. Cabaran mendirikan perkahwinan poligami juga adalah merangkumi cabaran yang telah dinyatakan seperti tadi.

Oleh itu, hanya kepada Allah Taala sahaja, jiwa dan raga kita sebagai manusia biasa haruslah diserahkan sepenuhnya kepada Yang Maha Esa. Aktiviti melakukan solat secara berjemaah sebenarnya mampu untuk mengeratkan hubungan antara suami, isteri dan anak-anak. Ini adalah contoh aktiviti terapi spiritual bagi Umat Islam yang dapat menguatkan semangat dan jiwa kita untuk menerima keadaan daripada ketentuan Qada dan Qadar seperti yang terkandung di dalam Rukun Iman yang keenam.

[DISCLAIMER]

Saya tak beberapa minat untuk ulas lebih lanjut lagi tentang aspek-aspek kekurangan dalam filem ini (sekiranya ada) kerana rata-rata penonton yang sudah menonton filem ini sudah mahir tentang isu tersebut. Saya menulis di sini sebab tertarik dengan faktor-faktor seperti :-

  1. Ini adalah penerbitan produksi filem daripada Negara Republik Indonesia
  2. Filem ini terdiri daripada nama-nama watak seperti Arman, Leila, Anika dan Yasmin juga watak kakak Arman dan juga Ibu Arman.
  3. Kisah filem ini mengangkat tema seorang bapa tunggal yang menghadapi dilema untuk menerima isteri baharu sebagai pengisi kesunyian hidupnya selepas 2 tahun kematian isteri pertama. Ini adalah filem dengan tema Drama Romantik.
  4. Pada awal babak filem ini, Arman telah diberitahu oleh ibunya untuk segera pulang ke rumah dan ada perkara penting untuk dibincangkan bersama. Setibanya di rumah, Arman telah disambut oleh anak perempuannya yang bernama Yasmin dan juga bakal isterinya yang bernama Anika.
  5. Anika adalah merupakan seorang penjaga dan juga pengasuh kepada Yasmin. Yasmin telah ditatang bagai minyak yang penuh oleh Anika selepas kematian ibunya yang bernama Leila dalam tempoh 2 tahun yang lepas. 
  6. Ketika sedang menjamu selera, kakak Arman seperti mengusik Arman sambil ingin menunjukkan video daripada rakaman terakhir daripada Leila. Arman lalu menolak. Selepas itu, ibunya telah menyatakan hasrat untuk melihat Arman untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan bakal isterinya yang bernama Anika.
  7. Arman keberatan untuk menerima cadangan daripada ibunya. Namun, dia tidak menolak untuk menikah isteri baharu sekiranya ia dapat membahagiakan ibu dan juga anaknya, Yasmin.
  8. Pada suatu hari, ibu Arman jatuh sakit akibat penyakit stroke buat kali kedua. Kali ini, sakitnya bertambah melarat sehingga mengakibatkan ibunya meninggal dunia.
  9. Arman sempat memberikan kata-kata terakhir kepada ibunya dan juga bersetuju untuk menikahi Anika.
  10. Arman melangsungkan perkahwinan dengan Anika pada hari yang sama dengan majlis pengkebumian ibunya.
  11. Selepas itu, Arman terus membawa Anika pulang ke rumah bersama anaknya Yasmin.
  12. Pernikahan Arman dengan Anika dirahsiakan daripada pengetahuan rakan-rakan pejabat. Namun, apabila Yasmin perkenalkan ibu baharunya kepada majikan Arman, perkara ini tidak menjadi rahsia lagi.
  13. Babak awal yang sedih berlaku apabila Anika telah meminta untuk Arman menjadi imam dalam solat berjemaah bersama-sama Yasmin. Namun, Arman telah menolak ajakan tersebut dengan baik kerana masih belum bersedia. Selain itu, Anika telah ditempatkan di sebuah bilik tidur yang berasingan. Perkara ini membuatkan Anika mula memendam perasaan sedih yang mendalam kepada suaminya.
  14. Perkara ini tidak berhenti setakat itu, kerana Arman juga masih belum bersedia untuk perkenalkan Anika kepada rakan-rakan pejabat. Akan tetapi, pada babak akhir filem ini, Arman setuju untuk menjemput rakan-rakan pejabat untuk datang ke rumah. Kunci utama yang buatkan mereka minat untuk datang ke rumah Arman selepas mereka telah rasa air tangan iaitu masakan daripada Anika.
  15. Perkara kedua yang timbul kesulitan kepada Arman, ialah apabila Anika telah mengemaskan kawasan pokok bunga yang telah lama dibiarkan berselerak. Lalu, Anika bertanya kepada Arman, apakah perkara lain yang dia tak boleh lakukan di rumah selain ini? Arman tidak menjawab lalu terus pergi tinggalkan Anika. Namun, di sebalik tirai, Arman melihat Anika sedang sedih mengenangkan kejadian pada ketika itu.
  16. Pada babak yang lain, Arman telah hadir ke sekolah untuk melihat kepada pencapaian Yasmin dalam pelajaran. Guru di sekolah telah menegur Arman supaya tidak membiarkan Yasmin leka bermain gajet. Perkara ini telah mendapat persetujuan daripada Anika untuk memantau perkembangan Yasmin tanpa sibuk dengan aktiviti main gajet. Ketika ini, Arman dalam diam mengkagumi peribadi Anika dalam mendidik Yasmin.
  17. Selain itu, Anika juga telah menemani Yasmin untuk menziarahi kubur isteri pertama Arman, Leila. Selepas Yasmin tinggalkan kubur ibunya bersama dengan pemandu peribadi Arman, kelihatan, Anika seperti berbual-bual di hadapan kubur Leila. Selepas berdoa, Anika seperti meminta izin kepada Leila dan juga berjanji untuk menjaga Yasmin serta menjadi isteri yang terbaik buat Arman selepas ini.
  18. Dalam babak yang lain, Arman telah pun memperkenalkan isterinya Anika kepada rakan-rakan pejabat. Arman mendapat respons yang positif daripada rakan-rakan pejabat terutamanya isteri-isteri mereka yang selesa bergaul dengan Anika.
  19. Setelah mendapat kebenaran untuk bercuti daripada majikan, Arman berbulan madu bersama Anika dan Yasmin. Detik saat yang mencemaskan Arman, apabila Anika telah pengsan selepas menyelamatkan Yasmin daripada sengatan lebah. Anda boleh hayati babak ini yang telah menunjukkan permulaan Arman menerima kehadiran Anika dalam hidupnya kini.
  20. Saat paling sedih bagi Anika apabila dia mendapat tahu bahawa Arman masih lagi menyintai Leila pada babak akhir filem ini (boleh tonton sendiri untuk rasai babak dramatik). Apabila Anika mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumah ibu Arman, ketika ini juga Arman telah merasai kehadiran Anika di sisinya yang tidak disedarinya selama ini. 
  21. Kakak Arman telah menunjukkan sebuah video rakaman kepada Anika sebagai tujuan untuk memulihkan hubungan yang keruh antara dia dengan suaminya, Arman. Sila rujuk semula point yang keenam. Di dalam video ini, telah ditunjukkan bahawa sebelum Leila meninggal, dia telah mendoakan di hadapan kakak dan ibunya bahawa, suaminya akan mendapat pengganti dirinya seperti bidadari. Anika dapat rasakan dia seperti mendapat kekuatan kerana telah diizinkan tuhan untuk menggantikan posisi tempat Leila sebagai isteri terkini buat Arman.
  22. Akhirnya mereka kembali menemui kebahagiaan hidup sebagai sebuah keluarga. TAMAT

Secara keseluruhannya konsep penceritaan yang terbaik daripada negara seberang dari Indonesia. Penulisan skrip yang terbaik serta lakonan yang menyakinkan khas kepada penonton yang menyukai elemen drama romantik seperti ini.

Sebagai penutup, sekiranya filem ini mempunyai sekuelnya, saya tetap berminat untuk menonton filem ini bersama keluarga saya.

P/S : Terima kasih sudi baca tulisan saya ini. Saya berikan rating penuh sebanyak 5/5 ⭐


Official Music Video Meiska - Lintasan Yang Sama 

Friday, 30 December 2022

26 DISEMBER 2004 TRAGEDI TSUNAMI DI PERAIRAN SUMATERA

Pada hari ini dalam tahun 2004, ombak besar “tsunami” akibat gempa bumi di perairan Sumatera melanda pantai Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis dan Selangor. Ia adalah kesan daripada gegaran gempa bumi ketiga dan keempat yang masing-masing berukuran 5.2 dan 5.8 pada skala Richter. Bencana ombak besar “tsunami” juga melanda negara-negara Asia lain seperti Indonesia (Acheh), Sri Lanka, India, Maldives dan Thailand. Tragedi ini berpunca daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter di barat Sumatera dan disifatkan paling dahsyat di dunia dalam tempoh 40 tahun. 

Gempa bumi yang berlaku di bawah dasar laut itu telah menyebabkan ombak besar berlaku pada paras kelajuan 700 kilometer sejam. Angka mangsa yang terkorban dan hilang dalam tragedi ombak “tsunami” di Indonesia, Sri Lanka, India, Maldives, Somalia, Myanmar, Tanzania, Bangladesh, Seychelles, Kenya dan Thailand ini dilaporkan berjumlah 216,858 orang termasuk 68 orang di Malaysia.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Gambar penuh di sini :-


Peristiwa Tragedi Tsunami Di Aceh Telah Mengubah Hidup Saya


Thursday, 29 December 2022

Peristiwa Tragedi Tsunami Di Aceh Telah Mengubah Hidup Saya

Arkib : 16 Mac 2020. 


Saya telah melihat malaikat. Tsunami telah mengubah hidup saya.

(Cerita asal oleh Claudia Aziza dalam bahasa Inggeris)

Ini adalah kisah Muhammad Cheng. Dia menganut Islam pada tahun 2005 selepas peristiwa dahsyat Tsunami yang melanda di bandar kelahirannya Aceh, Indonesia.

Saya adalah seorang berbangsa Cina tulin. Keluarga saya telah tinggal di Aceh selama tiga generasi. Kami ada pedagang. Datuk nenek saya datang ke negara yang mengamalkan Islam ini untuk berniaga. Mereka tinggal di sini kerana mereka dapati persekitarannya sesuai. Pentadbirnya adil, rakyatnya mudah berkawan dan tidak menggangu kehidupan keluarga kami.

Keluarga saya masih mengamalkan budaya asal Cina yang menyembah nenek moyang. Saya juga membuat perkara yang sama. Sebelum saya membuka kedai, saya biasanya membuat penyembahan di kotak ibadat untuk nenek moyang. Dalam sehari saya berulang kali membakar colok untuk mereka.

Kedai saya sangat hampir dengan Masjid Agung, Aceh. Saya boleh mendengar laungan memanggil sembahyang setiap hari tapi tidak pernah timbul dalam ingatan saya untuk memeluk Islam. Tidak pernah, sehinggalah pada pagi hari yang teruk itu.

Saya baru sahaja mula membuka kedai saya pada tanggal 26 Disember 2004. Ia ada sebagaimana pagi yang biasa pada saya. Cuaca yang baik dan tiada yang luar biasa. Sekurang-kurangnya ia kelihatan begitu.

Tapi ada sesuatu yang ganjil. Burung-burung tidak berkicau dan tidak ada kucing yang biasanya menanti di hadapan pintu kedai saya untuk mendapat sisa makanan semalam. Namun saya tidak memberi perhatian sangat kepada keganjilan ini.

Bagaimana pun tiba-tiba terasa gegaran yang kuat dan bunyi yang nyaring. Saya berlari keluar kedai. "Ini sudah pasti gempa bumi".. saya bercakap sendirian. Orang lain juga keluar dari kedai mereka tapi selepas beberapa minit kami semua masuk semula ke dalam kedai masing-masing.

Namun begitu tidak lama kemudian ramai orang berlari-lari sambil menjerit-jerit, "Air, air laut telah datanggg.. air!" Saya kebingungan. Walau pun saya faham perkataan mereka, saya tidak dapat menangkap maksudnya. Saya meluru keluar kedai. Keadaan orang ramai seperti kena histeria berlari menuju ke Masjid Agung. Mereka menjerit dan melolong.

Kemudian saya melihat air mula mengalir ke kawasan itu. Saya berlari untuk membakar colok untuk mendapat pertolongan dari nenek moyang saya. Banyak air telah melimpahi jalan raya dan menerjah ke arah masjid.

Saya menjadi cemas dan takut. Saya berlari ke tingkat atas kedai. Saya melihat limpahan tsunami dari anjung kecil kedai saya. Air telah melimpah dengan banyak. Ianya sangat sukar untuk dipercayai.

Kemudian saya melihat sesuatu yang sangat anih. Kelihatan beberapa orang yang perawakan tinggi berpakaian serba putih. Mereka membuat pergerakan seperti seorang polis mengawal lalu lintas. Mereka berdiri di beberapa tempat di hadapan Masjid Agung. Air mengalir laju tetapi mengikut arah tunjuk mereka. Aliran air menjadi berpecah beberapa meter di hadapan Masjid Agung ke arah kiri dan kanan masjid.

Bagaimana pun air telah melimpah dengan banyak. Tekanan yang hebat dari arah laut menolak air memasuki bandar dan menuju ke arah masjid. Orang-orang yang berpakaian serba putih itu tidak berganjak sebagaimana orang ramai yang lari untuk menyelamatkan diri. Beratus-ratus orang meluru ke arah masjid untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Beberapa orang telah jatuh dan air yang deras itu menghanyutkan mereka. Saya melihat ini dari anjung atas kedai saya. Air menderas dengan banyak tetapi tidak nemasuki dalam masjid. Orang yang telah berada dalam masjid telah terselamat.

Kemudian tiba-tiba sahaja lebih ramai orang berpakian putih wujud dan mereka telah mengangkat masjid. Ya! Mereka mengangkat masjid, keseluruhan masjid terangkat beberapa kaki dari tanah. Air mengalir laju di bawahnya. Saya sangat terperanjat dan kaku. Apakah itu?

Jika seseorang telah memberitahu saya seperti apa yang saya telah lihat, saya tidak akan mempercayainya. Tidak mungkin! Tapi, saya melihatnya dengan mata saya sendiri. Saya melihat dalam keadaan sangat sedar. "Tuhan telah melindungi masjid", saya berkali-kali berkata kepada diri saya sendiri.

Beberapa minggu selepas bencana dahsyat Tsunami, saya menguatkan diri saya untuk bercerita kepada jiran kedai saya yang beragama Islam. Dia menasihati saya untuk berjumpa dengan imam Masjid Agung. Saya dengan perasan ragu-ragu berjalan ke arah masjid.

Itu adalah kali pertama dalam hidup saya memasukki laman masjid walau pun saya telah tinggal berhampirannya sepanjang hayat saya. Dari jauh Imam masjid telah mengenali saya dan telah keluar menyambut saya. "Selamat pagi, apa yang boleh saya tolong, pakcik", dia menegur saya dengan santun

Saya perlu berbicara dengan awak", saya balas.

Kami duduk dan saya memberi tahu dia keseluruhan cerita. Dia duduk diam seketika, air mata mengalir perlahan dari matanya. Selepas saya selesai, kami berpelukan. Pelukan yang biasa ketika seseorang mengalami peristiwa sedih bersama-sama.

Imam itu berkata,

Pakcik, apa yang pakcik lihat adalah malaikat-malaikat Tuhan yang melaksanakan arahanNya. Tuhan mahukan masjid Dia tidak musnah akibat kejadian Tsunami. Pakcik, mungkin Tuhan mahu tunjukkan sesuatu kepada pakcik untuk membawa pakcik hampir kepada Dia. Sebab Dia menyayangi pakcik. Sebab Dia melihat pakcik seorang yang baik hati. Dia ingin memberi kebahagian di dunia ini dan syurga di akhirat kelak. Tidakkah pakcik ingin memeluk agama Islam?”

Saya terperanjat dengan pertanyaan imam itu. Ia mengelirukan saya. Bagaimana saya seorang Cina memeluk Islam. Sebagai orang Cina kami mempunyai tradisi sendiri, ritual dan kepercayaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada imam dan beredar meninggalkan masjid.

Kemudian saya pulang semula ke kedai saya. Saya tidak membuka pintu kedai pada hari itu dan duduk diam-diam di suatu sudut. Saya berkali-kali terbayang di depan mata peristiwa pada hari tersebut semasa tsunami melanda. Orang-orang yang berpakaian putih. Mengarah tuju air yang deras. Mengangkat masjid. Malaikat Tuhan nenjalankan kerjanya. Dan saya telah diberi izin untuk menyaksikannya. Saya tidak membuka kedai selama dua hari. Saya hanya duduk di situ dan memikirkan kejadian tersebut.

Pada hari ketiga seseorang telah mengetuk pintu kedai. Dia ialah imam masjid yang mahu menziarahi saya. Dia bimbang sebab dia lihat kedai saya tutup sudah tiga hari dan tidak pernah terjadi sebelum ini. "Saya telah memikirkannya imam," saya bagi tahu imam. "Saya fikir kata-kata awak benar. Tuhan telah bagi saya alamat. Alamat yang cukup besar. Sekarang saya tidak seharusnya menjadi seorang yang bodoh dan melupakan saja alamat itu. Boleh tak imam bagi tahu saya bagaimana saya boleh menjadi seorang Islam."

Pakcik, mudah saja”, kata Imam. “Pakcik hanya perlu mengungkapkan perkataan-perkataan ini”. Dan dia tunjukkan saya sehelai kertas. Saya menyebut perkataan-perkataan tersebut dan seolah-olah cahaya yang terang memenuhi ruang kedai saya.

Sejak hari itu, imam selalu datang setiap hari mengajar saya tentang Islam. Dia tunjukkan saya bagaimana sembahyang dan bagaimana membaca al Quran. Sejak saya sudah pandai sembahyang saya selalu berjemaah di Masjid Agung. Ini adalah salah satu yang sungguh cantik dalam hidup saya. Alhamdulilah.

Source:

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

"Saya menyaksikan tsunami dari balkoni kecil saya. Tiba-tiba saya melihat sesuatu yang sangat aneh........"

Saksikan penceritaan video ini tentang kekuasaan Allah Taala. Jika Allah izinkan hijab makhluknya dibuka, tiada siapa dapat menghalang ...

Allahuakbar ! Allahumma Solli'ala Muhammad

Tonton video penuhnya di sini. Bahasa Indonesia :-

Sunday, 25 December 2022

21 DISEMBER 1971 PERJANJIAN SEMPADAN PERAIRAN SELAT MELAKA

21 Disember 1971 – Pada tahun 1971, satu perjanjian mengenai sempadan perairan Selat Melaka telah ditandatangani di antara kerajaan Malaysia, Indonesia dan Thailand di Kuala Lumpur. Malaysia telah diwakili oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Kadir Yusof, sementara Indonesia diwakili oleh Menteri Galiannya Professor Dr. Sumatri Brodjonegoro dan Thailand pula oleh Setiausaha Rendah Negeri bagi Pembangunan Negara di Kementerian Pembangunan Negara Thailand, Encik Vijaya Sethapat.

Perjanjian ini menetapkan garis batas laut di perairan Selat Melaka untuk ketiga-ketiga buah negara. Ianya terhasil daripada rundingan yang diadakan di Bangkok bermula pada bulan Oktober.

Berikutan daripada termeterainya perjanjian ini, usaha untuk meneroka sumber kekayaan di kawasan yang melampaui sempadan negara masing-masing bagi faedah bersama dapat dilaksanakan. Justeru itu sebarang pertikaian mengenai dasar laut dan lapisan bumi di bawahnya yang mengandungi sumber kekayaan yang belum lagi diterokai dapat dihapuskan.

Sesungguhnya, perjanjian ini merupakan sumbangan positif ke arah keamanan dan kestabilan rantau ini. Secara tidak langsung, ia merupakan langkah tegas ke arah merapatkan kerjasama dalam usaha mencari kekayaan dasar laut untuk kemakmuran bersama ketiga-tiga buah negara.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

24 OKTOBER 1979 PERJANJIAN PEMBATASAN WILAYAH LAUT MALAYSIA & THAILAND



02 NOVEMBER 1968 PERJANJIAN SEMPADAN MALAYSIA INDONESIA


Saturday, 24 December 2022

20 DISEMBER 1982 PERSIDANGAN KERJASAMA POLIS MALAYSIA & INDONESIA

 

Pada hari ini dalam tahun 1982, satu persidangan mengenai kerjasama Polis Malaysia dan Indonesia telah diadakan selama 2 hari di Kuala Lumpur. Pegawai Kanan Polis Indonesia, Mejar Jenaral Drs. Soeradi Permana mengetuai perwakilan Indonesia seramai 7 orang manakala perwakilan 10 orang Pegawai Kanan Polis Malaysia telah diketuai oleh Datuk Abdul Rahman Ismail, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah. Persidangan ini diadakan bertujuan untuk mengkaji kemungkinan meningkatkan lagi program pertukaran pegawai-pegawai polis kedua buah negara dalam usaha untuk mengeratkan perhubungan dan kerjasama dua hala dalam bidang kepolisian Malaysia – Indonesia.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam persidangan itu ialah cara-cara memperbaiki siasatan yang dijalankan bersama dalam kes-kes yang melibatkan kedua-dua buah negara seperti penyeludupan dadah, pengawalan sempadan bersama dan juga pertukaran maklumat antara pasukan polis kedua-dua negara itu. Dengan berlangsungnya persidangan ini adalah diharapkan kerjasama antara Polis Malaysia dan Indonesia akan dapat dipertingkatkan lagi dalam usaha membenteras jenayah dan lain-lain berkaitan yang melibatkan kedua-dua negara itu.

#hariinidalamsejarah

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02NZJpf9WDvHpQH89tZ6bwsniwspAd3XtFjUjCYGgPCpjmN6SRwqMJYwZuH54rbcvhl/?mibextid=Nif5oz

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

19 DISEMBER 1979 PELANCARAN UNIT UDARA POLIS DIRAJA MALAYSIA

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/12/19-disember-1979-pelancaran-unit-udara.html

Tuesday, 15 November 2022

14 NOVEMBER 1963 PEMBUKAAN SECARA RASMI TAMAN HAIWAN NEGARA


TAMAN HAIWAN NEGARA INI TELAH DIBUKA OLEH Y.T.M. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ 
PERDANA MENTERI PADA HARI KHAMIS 14 NOVEMBER 1963

Pada hari ini dalam tahun 1963,  Zoo Negara Kuala Lumpur, dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Dalam ucapan perasmiannya, Tunku Abdul Rahman menyatakan pembinaan zoo di peringkat negeri perlu dijalankan untuk memelihara dan mengekalkan kehidupan binatang-binatang tempatan. Zoo Negara yang ditadbirkan oleh Persatuan Zoologi Malaysia akan melaksanakan projeknya meliputi kawasan seluas 17.01 hektar. 

Projek peringkat pertama ditumpukan kepada pembinaan bangunan pentadbiran dan hospital haiwan serta tempat pemeliharaan binatang yang disesuaikan mengikut keadaan alam semulajadi. Pelbagai jenis binatang terdapat di zoo ini termasuk yang didatangkan dari India, Indonesia dan Sri Lanka. Perasmian Zoo Negara ini diharap dapat mengekalkan dan memelihara kehidupan binatang serta menjadi salah satu daya tarikan pelancongan ke negara ini.


Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merasmikan pembukaan Zoo Negara di Ulu Kelang, Kuala Lumpur. Zoo Negara ditadbir leh Persatuan Zoologi Malaysia dan di peringkat awal projek ini meliputi kawasan seluas 17.01 hektar.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

29 SEPTEMBER 1968 PERASMIAN AKUARIUM TUNKU ABDUL RAHMAN DI PULAU PINANG


Friday, 4 November 2022

04 NOVEMBER 1986 PERJANJIAN PERKAPALAN MALAYSIA INDONESIA

 

Pada hari ini dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk R.V. Navaratnam sementara Indonesia diwakili oleh Direktor Jeneral Perhubungan Laut, Department Perhubungan Indonesia, Encik J.E. Habibie. Perjanjian ini memperuntukan beberapa perkara, antaranya kedua-kedua negara akan bekerjasama untuk saling membantu jika berlaku kemalangan maritim dalam perairan negara masing-masing.

Di samping juga, persetujuan ini dicapai bagi menjamin keselamatan pelayaran di laut terutama di Selat Melaka dan Singapura sekaligus kedua-dua buah negara bersetuju mengenai penubuhan Jawatankuasa Maritim Bersama bagi membincangkan perlaksanaan perjanjian ini. Perjanjian Perkapalan Malaysia-Indonesia yang dimeterai ini bukan sahaja akan membawa perkembangan yang sihat dalam bidang ekonomi kedua-kedua negara tetapi juga dapat mengeratkan lagi perhubungan dua hala kedua-kedua negara yang sedia terjalin sejak sekian lama.

#hariinidalmasejarah


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

02 NOVEMBER 1968 PERJANJIAN SEMPADAN MALAYSIA INDONESIA


02 NOVEMBER 1968 PERJANJIAN SEMPADAN MALAYSIA INDONESIA

 

Pada hari ini dalam tahun 1968, Malaysia dan Indonesia menandatangani perjanjian sempadan antara kedua-kedua negara di Kuala Lumpur selepas mengadakan rundingan selama dua hari. Malaysia diwakili oleh YBrs. Encik Ibrahim bin Ali, Pengawal Imigresen Negara dan Indonesia diwakili oleh Left. Kol. Benny Moerdani, Konsul Indonesia di Kuala Lumpur.

Dalam perjanjian itu, kedua-kedua pihak bersetuju memansuhkan peraturan-peraturan keluar masuk yang lama dan digantikan dengan yang baru. Antara kandungan persetujuan itu ialah :
  1. Rakyat dari kedua-kedua negara yang hendak menyeberangi sempadan perlu mendapatkan pas khusus untuk tujuan tersebut. Pas tersebut boleh digunakan dalam tempoh setahun dan boleh dipakai pada bila-bila masa asalkan tempoh tiap-tiap lawatan tidak melebihi 30 hari.
  2. Pas menyemberangi sempadan tidak boleh digunakan untuk mencari kerja. Pas-pas dikeluarkan oleh pegawai-pegawai Imigresen Malaysia. Manakala bagi rakyat Indonesia ia boleh didapati dari Otorita daerah perbatasan mereka.
Bagi memudahkan perlaksanaan peraturan ini, kedua-kedua negara bersetuju menubuhkan pusat-pusat kawalan khas. Dengan perjanjian ini dapat memudahkan perjalanan bagi rakyat kedua-kedua negara terutama yang tinggal di kawasan sempadan.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Pautan artikel lain yang berkaitan :-


11 OGOS 1966 PERJANJIAN PERDAMAIAN MALAYSIA INDONESIA

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/08/11-ogos-1966.html?m=1

Wednesday, 12 October 2022

12 OKTOBER 1963 SIDANG PERTAMA MAJLIS PERTAHANAN MALAYSIA

 

Pada hari ini dalam tahun 1963, sidang pertama Majlis Pertahanan Malaysia telah diadakan di Kuala Lumpur. Sidang Majlis Pertahanan ini telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman. Di antara yang hadir di persidangan ini ialah Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan; Tun Dr. Ismail, Menteri Keselamatan Dalam Negeri; dan General Sir Rodney Moore, Ketua Turus Angkatan Bersenjata Malaysia.

Tujuan diadakan sidang Majlis Pertahanan ini adalah untuk membincangkan rancangan negara untuk “bersiap sedia” berikutan dengan terputusnya hubungan diplomatik di antara Malaysia dengan Indonesia dan Filipina. Ini merupakan sidang pertama Majlis Pertahanan Malaysia semenjak Majlis ini ditubuhkan pada 18 September 1963. Majlis ini dibentuk sebagai langkah untuk menghadapi kemungkinan pencerobohan oleh kuasa asing. Berikutannya tentera simpanan, seperti Tentera Wataniah telah dikerah bagi memperkuatkan lagi angkatan bersenjata.

Manakala pasukan Polis Khas atau Special Constable telah dibentuk semula untuk memperkuatkan angkatan polis negara ini. Selain itu, pertubuhan-pertubuhan awam juga telah dikerah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

18 SEPTEMBER 1963 PEMBENTUKAN MAJLIS PERTAHANAN MALAYSIA


Thursday, 6 October 2022

07 JUN 1974 UCAPAN HAMKA DALAM MAJLIS KONVOKESYEN UKM KALI KEDUA

PIDATO HAJI ABDUL MALIK KARIM AMRULLAH (HAMKA) SEWAKTU MENERIMA IJAZAH KEHORMAT DOKTOR UNDANG-UNDANG SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) KE-2 BERTARIKH 7 JUN 1974

Yang Amat Berhormat Canselor
Yang Berhormat Pro-Canselor - Pro-Canselor,
Tuan-Tuan Yang Terutama, Dif-Dif Terhormat dan saudara-saudari sekalian,

Assalamualaikum warahatullahi wabarakatuh!

Tidak ada kata lain yang dapat saya ucapkan hanyalah setinggi-tinggi terima kasih atas anugerah yang saya terima dari Universiti Kebangsaan, hasil usaha perjuangan dari negara Malaysia, tetangga karib, serumpun seasal, seadat sekebudayaan dengan negara tempat saya dilahirkan, Republik Indonesia.

Sebenarnya sejak usia 17 tahun, sekitar tahun 1925, saya telah mulai berlatih mengarang dan mula memberanikan diri meningkatkan tangga mimbar untuk berkhutbah Jumaat atau pidato tabligh. Hidup, perjuangan dan ajaran ayah saya telah beransur-ansur tumbuh dalam diri saya. Pokok ajaran itu ialah jiwa yang bebas merdeka, kerana tidak ada tempat takut melainkan Allah dan jangan diambil orang kafir jadi pimpinan. Kemerdekaan jiwa itu tersimpul di dalam kalimah La ilaha illAllah, tidak ada Tuhan yang patut disembah dan yang patut ditakuti melainkan Allah. Dengan itu kita hidup, dengan itu kita mati. Dengan itu juga kita akan berbangkit kelak di kemudian hari. Itulah dia tauhid dan itulah dia Islam. Dan itulah dia kebenaran. Kita wajib berjuang atau berjihad menegakkannya selama hayat di kandung badan. Segala kesanggupan yang ada pada kita, gunakanlah untuk perjuangan itu, baik dengan lisan berpidato, atau dengan tulis mengarang.

Menurut beliau, penjajahan adalah punca dari segala bahaya yang dapat memadamkan roh tauhid itu. Kebodohan dan kejahilan umat adalah tempat bertapak penjajahan. Dan apa yang telah dipahatkan itu, tidak dapat dihapuskan lagi. Sejarah dari batu itu sendiri telah bertahun terinjak-injak dan dilupakan orang, kemudian yang ditemukan kembali adalah qias tentang nasib kita memeluk Islam. Kemudian berturut-turutlah ulama dan ahli-ahli fikir Islam memakai bahasa Melayu untuk memperkukuh agama Allah di bumi yang subur ini. Karangan mereka dijadikan pegangan bagi seluruh negara kita, semasa hubungan ke Makkah dan Mesir belum selancar sekarang. Itulah beliau al-Sheikh Aminuddin Abdul Rauf orang Singkil, Hamzah orang Fansur, Nuruddin al-Raniri, Shamsuddin Sumatrani, Abdul Samad al-Palembangi, Arsyad al-Banjari, Ahmad Khatib al-Minangkabawi, Daud Fatani, Abdullah bin Abdul Kadir Munshi Melaka, Raja Ali Haji Riau Pulau Penyengat. Semuanya selari dengan memperkaya, bahkan memberi bahasa Melayu jiwa yang hidup, jiwa taat yang kepada Tuhan dengan tidak melupakan pengaruh pada zamannya. Bukan lagi menyembah dewa dan keinderaan.

Di awal abad ke-20 ini, datanglah semangat baharu dalam Islam. Menjalar dan azali dari Mesir ke tanah air kita. Maka bangkitlah di Malaysia ini, Tuan Guru al-Sheikh Tahir Jalaluddin diiringi oleh muridnya Syed Sheikh al-Hadi. Bangkit di Sumatera pula adalah al-Sheikh Muhammad Jamil Jambek, Sheikh Abdullah Ahmad dan ayah saya Sheikh Abdul Karim Amrullah, dan yang bangkit di tanah Jawa adalah al-Sheikh Ahmad Dahlan. Semuanya memakai bahasa Melayu!

Inilah suri teladan yang saya turuti. Saya mengarang dalam bahasa Melayu. Berpidato dalam bahasa Melayu. Apabila pena saya tercoret ke atas kertas, yang tergambar dalam ingatan saya ialah seluruh nusantara ini. Seluruh bangsa saya dan umat seagama yang memakai bahasa ini. Melayu; tetapi lebih luas apa yang dinamai Malaysia sekarang.

Tanah Jawi - lebih luas daripada Pulau Jawa, Indonesia dan Malaysia sekarang. Di tanah itulah tempat saya mengabdikan semuanya, tempat saya berkhidmat.

Seperti yang telah saya katakan tadi, khidmat ini telah bermula sejak usia 17 tahun. Kedua-dua negeri ini telah mencapai keerdekaan sewaktu dijajah. Disebabkan itulah jiawa umat dan ilmu agama yang sejati dengan bahasa, dapat mereka fahamkan. Akhirnya kaum penjajah telah mengetahui bahawa ayah saya berbahaya buat mereka. Oleh itu, beliau pun dibuang dan diasingkan. Akhirnya, beliau meninggal di Tanah Jawa.

Didikan beliau itulah yang telah mendorong saya untuk mempelajari agama dengan lebih mendalam. Kata orang, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Saya dalami bahasa Melayu ini dengan penuh cinta dan saya khususkan perhatian saya kepada sejarah Islam di tanah air ini. Rupanya bahasa Melayu telah berkembang baik kerana agama Islam. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa persatuan sebelum pemuda-pemuda Indonesia bersumpah pada tahun 1928. Pulau-pulau yang sekarang bersatu menjadi Republik Indonesia, dahulunya bernama "Gugusan Pulau-Pulau Melayu". Walaupun terdapat berpuluh bahasa suku di sana - umpama bahasa Jawa, Sunda, Acheh, Batak, Bugis dan lain-lain - namun sejak beratus tahun yang lalu, bilamana mereka hendak berhubung atau menulis surat, mereka akan menggunakan bahasa Melayu. Demikian juga di semenanjung ini, didiami oleh pelbagai kaum, baik sebelum penjajahan orang putih atau sesudahnya, bahasa perhubungannya tetap bahasa Melayu. Islam mengambil bahagian yang amat mustahak dalam perkembangan bahasa, hasil usaha pengarang dan alim ulama Islam.

Dia telah terhunjam dan terpahat di hati kita, serta tetap hidup. Jika orang Hindu telah memahat Candi Prambanan untuk menunjukkan mereka pernah berpengaruh di sini, dan agama Buddha memahat Candi Borobodur dan Muara Takus, maka nenek moyang orang Islam telah memahatkan peraturan agama Islam dengan bahasa Melayu di atas Batu Bersurat Terengganu! Tidak mati tetapi tetap hidup.

Tetapi bagi saya, seni bukanlah sekadar seni. Bagi saya, seni adalah berpadu menjadi satu antara jamal (keindahan), jalal (kemuliaan) serta kamal (maha sempurna). Itulah sifat Allah. Bilamana telah bertemu sifat Allah, maka hilanglah ghairullah.

Saya mengakui, saya telah mengarang dalam pelbagai bidang. Di waktu muda saya pun telah mengarang beberapa buku roman. Saya mengakui, memang ada juga orang yang memasukkan saya dalam barisan seniman. Sampai sekarang saya masih belum lupa tujuan hidup saya dengan mengarang dan berpidato. Menegakkan agama Islam sampai tercapai kebesaran! Selama yang telah memang menjadi haknya, sesudah dijajah beratus tahun. 

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah memberikan penghargaan atas amal usaha yang tiada santirannya. Sesungguhnya penghargaan ini amat menyentuh hati saya, sebagaimana pengkajian ini adalah tentang diri saya, kuat atau lemahnya tentu dapat dirasai oleh orang Melayu sendiri. 

Semoga penghargaan dan anugerah ini tidak akan menghentikan langkah saya selepas ini, kerana Nabi S.A.W. telah bersabda :

المؤمن لا ينتهى عن الخير حتى يكون منتهاه الجنة

"Orang yang beriman tidaklah akan berhenti berbuat baik sampai di tempat perhentian yang terakhir iaitu syurga".

Saya sedar bahawa saya telah mulai tua. Saya juga telah melihat bagaimana usaha-usaha pihak luar selain Islam hendak menguasai bahasa ini, yang dinamai oleh Jalal ketika seorang pengarah Islam dari Mesir, al-Gharu al-Fikr, menyebarkan ideologi!. Penjajahan dari sudut alam fikiran. Umpama fahaman komunis, ateis, existentialist (kewujudan) dan lain-lain. Yang masuk racunnya ke dalam bahasa kebangsaan. Namun saya percaya, asal semangat bebas merdeka dari La ilaha illaAllah masih bernyala dalam jiwa angkatan muda Islam di Malaysia dan Indonesia, semuanya dapat diatasi. Gayung disambut, kata dijawab!

Saya tidak menyesal jadi tua atau datang ajal sekalipun, kerana angkatan muda yang akan menggantikan saya bagi kejayaan agama dan kemuliaan bahasa telah pun tumbuh.



Teks ucapan tulisan tangan Buya Hamka dalam Jawi

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

6 JUN 1901 ULANG TAHUN KELAHIRAN SOEKARNO


Saturday, 1 October 2022

PEMIMPIN PARA WANITA PENDUDUK SYURGA

 

Gambar sekadar hiasan

Kisah Fatimah, wanita baik hati yang tak pernah dapat haid. 

Reporter : Adriana Megawati

Siti Fatimah binti Muhammad lahir pada 20 Jumadil Akhirah lima tahun sebelum Rasulullah S.A.W diangkat menjadi Rasul. Dia merupakan putri keempat Nabi Muhammad dan ibunya Khadijah binti Khuwalid.

Kelahirannya disambut sangat gembira oleh Rasulullah karena dia lahir pada saat tahun ke lima sebelum diangkat menjadi Rasul.

Fatimah mendapat julukan Az-Zahra karena dia tidak pernah haid dan pada saat melahirkan nifasnya hanya sebentar. Dia juga dijuluki sebagai pemimpin para wanita-wanita penduduk surga.

Dalam kitab fataawa adz-Dzahiriyyah di kalangan Hanafiyyah disebutkan bahwa

"Sesungguhnya Fatimah tidak pernah mengalami haid sama sekali, saat beliau melahirkan pun langsung suci dari nifasnya setelah sesaat agar tiada terlewatkan salat baginya, karenanya beliau diberi julukan Az-Zahra".

Aisyah berkata bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda: "Ketika aku dalam perjalanan ke langit, aku dimasukkan ke surga, lalu berhenti di sebuah pohon dari pohon-pohon surga. Aku melihat yang lebih indah dari pohon yang satu itu, daunnya paling putih, buahnya paling harum. Kemudian, aku mendapatkan buahnya, lalu aku makan. buah itu menjadi nuthfah di sulbi-ku. Setelah aku sampai di bumi, aku berhubungan dengan Khadijah, kemudian ia mengandung Fatimah. Setelah itu, setiap aku rindu aroma surga, aku menciumi Fatimah". (Tafsir Ad-Durrul Mantsur tentang surat Al-Isra’: 1; Mustadrak Ash-Shahihayn 3: 156).

Pada usia 5 tahun, Fatimah ditinggal ibundanya Khadijah. Mau tidak mau secara langsung dia menggantikan tempat ibundanya untuk melayani, membantu dan membela ayahandanya.

Dalam usia kanak-kanak Fatimah mendapatkan berbagai cobaan, salah satunya adalah menyaksikan perlakuan keji kaum kafir Quraish kepada ayahnya. Sering kali dia meneteskan air mata di pipinya, ketika melihat penderitaan yang dialami Nabi Muhammad.

Saat Fatimah beranjak dewasa, banyak sahabat-sahabat dari ayahnya yang hendak melamarnya, antara lain Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Namun, Rasulullah menolak pinangan sahabat-sahabatnya tersebut.

"Saya menunggu keputusan wahyu dalam urusannya (Fatimah)".

Kemudian malaikat Jibril datang untuk mengabarkan Rasulullah bahwa Allah telah menikahkan Fatimah dengan Ali bin Abi Thalib. Tak lama akan kehadiran malaikat Jibril, Ali bin Abi Thalib datang menghadap Rasulullah untuk meminang Fatimah. Dengan tangan terbuka Nabi Muhammad menerima Ali bin Abi Thalib sebagai menantunya.

Acara pernikahan putrinya berlangsung dengan kesederhanaan, karena pada saat itu Ali tidak memiliki sesuatu yang bisa dijadikan mahar. Ali meminang Fatimah dengan mas kawin sebesar 400 dihram.

Sebelumnya dia menggadaikan baju besinya kepada Utsman bin Affan. Rasulullah menyimpan perasaan kasih sayang sangat mendalam terhadap Ali bin Abi Thalib. Beliau pernah bersabda kepada Ali bin Abi Thalib.

"Fatimah lebih kucintai dari pada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia dari pada dia". (HR Abu Hurairah).

Setelah menikah, pada suatu hari datanglah seorang suku Bani Salim yang terkenal akan praktek sihir dan melontarkan kata-kata makian kepada Nabi Muhammad S.A.W. Namun, Nabi Muhammad menjawab dengan lemah lembut.

Ahli sihir tersebut terpesona hingga akhirnya dia memeluk agama Islam. Nabi meminta kepada Salman untuk membawa ahli sihir tersebut ke tempat seseorang saudara seagama Islam yang dapat memberinya makan, dikarenakan ahli sihir tersebut dalam keadaan lapar.

Salman mengajaknya mengunjungi beberapa rumah. Namun tidak ada seorang pun yang dapat memberinya makan, karena pada saat itu memang bukanlah waktu orang makan.

Akhirnya ahli sihir tersebut diajak oleh Salman untuk mengunjungi rumah Fatimah. Usai Salman memberi tahu maksud kunjungannya, dengan air mata berlinang Fatimah mengatakan bahwa di rumahnya tidak ada makanan sejak tiga hari yang lalu.

Namun putri Nabi Muhammad tersebut enggan menolak seorang tamu "Saya tidak dapat menolak seorang tamu yang lapar tanpa memberinya makan sampai kenyang".

Kemudian Fatimah melepas kain kerudungnya dan memberikannya kepada Salman untuk menukarnya dengan jagung kepada Shamoon orang Yahudi. Salman dan ahli sihir tersebut sangat terharu melihat kemurahan hati Fatimah.

Salman membawa jagung permintaan Fatimah. Dengan tangannya sendiri, Fatimah menggiling jagung tersebut dan membakarnya menjadi roti.

Salman menyarankan agar Fatimah menyisihkan beberapa roti untuk anak-anaknya yang kelaparan. Hal tersebut dijawab oleh Fatimah, bahwa dirinya tidak berhak untuk berbuat demikian, karena dia telah memberikan kain kerudungya itu untuk kepentingan Allah.

Sumber artikel : merdeka

#PeristiwaNSejarah #PNS #kisahislam #teladan #wanita


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

Kenali Putera dan Puteri Rasulullah s.a.w.


Monday, 19 September 2022

18 SEPTEMBER 1963 PEMBENTUKAN MAJLIS PERTAHANAN MALAYSIA

Pada hari ini dalam tahun 1963, Majlis Pertahanan Malaysia telah dibentuk oleh kerajaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang timbul berikutan dengan langkah memutuskan perhubungan diplomatik dengan Indonesia dan Filipina. Majlis Pertahanan Malaysia ini telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Pembentukan Majlis ini merupakan satu langkah pertahanan bagi persediaan menghadapi segala kemungkinan ancaman luar negeri.

Sebagai langkah permulaan, tentera simpanan terutama Tentera Wataniah, telah dikerah bagi memperkuatkan Angkatan Bersenjata. Angkatan Polis pula telah diperkuatkan dengan cara menghidupkan semula Pasukan Polis Khas (Special Constable). Pertubuhan-pertubuhan awam juga telah dikerah supaya bersiap sedia. Pembentukan Majlis Pertahanan Malaysia ini merupakan salah satu usaha yang diambil untuk mengawasi keselamatan negara dan bersiap sedia menghadapi sebarang ancaman daripada musuh-musuh negara.

#hariinidalamsejarah #akribnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

11 OGOS 1966 PERJANJIAN PERDAMAIAN MALAYSIA INDONESIA

Saturday, 17 September 2022

16 SEPTEMBER 1963 PENGISYTIHARAN PENUBUHAN MALAYSIA

 

16 September 1963 – Pengisytiharan Penubuhan Malaysia telah diadakan oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tahun 1963. Gagasan penubuhan Malaysia telah dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman semasa berucap kepada Persatuan Wartawan Asing dalam persidangan Foreign Correspondent Association of Southeast Asia di Singapura pada 27 Mei 1961.

Penubuhan Malaysia dijadualkan pada 31 Ogos 1963 setelah perjanjian di antara wakil daripada Sarawak, Sabah, Singapura dan Malaya ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Namun begitu, tarikh ini terpaksa ditunda setelah mendapat tentangan daripada Filipina dan Indonesia.

Pada 31 Julai 1963, persetujuan dicapai oleh Persekutuan Tanah Melayu, Filipina dan Indonesia bahawa Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, U-Thant atau wakil perlu meninjau sokongan daripada rakyat di negeri-negeri Borneo. Wakil Bangsa-Bangsa Bersatu selesai menjalankan tugas mereka pada 14 September 1963. Oleh itu, perisytiharan Malaysia tidak dapat dilaksanakan pada 31 Ogos 1963, sebaliknya diisytiharkan pada 16 September 1963 dan DYMM Yang di-Pertuan Agong telah menandatangani perisytiharan tersebut pada 29 Ogos 1963.

Pengisytiharan Penubuhan Malaysia pada hari ini dalam tahun 1963 bukan sahaja telah memerdekakan Singapura, Sabah dan Sarawak daripada British tetapi juga menunjukkan kelahiran sebuah negara baru di dunia.

Sumber : Arkib Negara Malaysia dan video yang berkaitan : https://fb.watch/fAHLvgp8XP/

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

14 OGOS 1963 PERJANJIAN MALAYSIA


Friday, 16 September 2022

15 SEPTEMBER 2022 TUN S. SAMY VELLU DALAM KENANGAN

Takziah diucapkan kepada YB. Senator Datuk Seri Vellpari dan keluarga di atas pemergian ayahanda beliau YABhg. Tun Samy Vellu yang meninggal dunia pagi ini. 

Mendiang Tun Samy Vellu merupakan bekas Presiden MIC, bekas Menteri Kerjaraya dan bekas Ahli Parlimen Sungai Siput. 

Jasa Mendiang akan dikenang sepanjang zaman.

-------------------------------------------


Bekas Presiden MIC Tun S Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya kira-kira jam 8 pagi di Jalan Ipoh, di sini.

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan ketika dihubungi Astro AWANI di sini pagi tadi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

------------------------------------------------------

Peristiwa Pada 17 September 1963 (Sebuah Kisah Versi Formal)


Gambar Arkib : Tun S. Samy Vellu (kiri) dan Dato Mohd Khalid Yunus (kanan)

INSIDEN 1963: Datuk Seri Samy Vellu & Datuk Khalid Yunus pernah memanjat & mengibarkan Jalur Gemilang di Kedutaan Indonesia pada 17 September 1963 ketika Presiden Soekarno melancarkan Konfrontasi terhadap Malaysia pada waktu itu.

Peristiwa penawanan Konsul Malaysia di Medan telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

Maka pada 17 September 1963 sekumpulan anak muda Malaysia telah pergi membuat tunjuk perasaan di Kedutaan Indonesia di KL sebagai tindakan membalas dendam.

Antara anak muda Malaysia yang turut serta dalam tunjuk perasaan tersebut adalah Presiden MIC sekarang iaitu Datuk Seri Samy Vellu dan Dato' Mohd Khalid Yunus (bekas timbalan menteri dan ahli parlimen).

Dato' Mohd Khalid pada masa itu adalah seorang pemberita Utusan Melayu yang ditugaskan untuk membuat liputan tentang tunjuk perasaan tersebut.

Tetapi mungkin kerana bersemangat, beliau telah bertukar dari pemberita menjadi penunjuk perasaan ketika itu.

Beliau bersama Dato' Samy Vellu adalah orang yang menurunkan simbol pancasila dari anjung bangunan kedutaan dan menggantikannya dengan bendera Malaysia 🇲🇾


-------------------------------------------------------------------------------------------------
(Sebuah Kisah Versi Kedua)

Masa konflik antara Malaysia-Indonesia waku konfrantasi dulu, kita semua tahu yang Khalid Yunus dan Samy Vellu yang masing-masing berumur 20 dan 27 tahun siap panjat kedutaan turunkan bendera Indonesia, lalu menaikkan bendera Malaysia. Tapi ada kisah menarik.

Maka jadilah gambar ikonik seperti di atas, KY + Samy Vellu adalah geng yang menurunkan simbol pancasila dari anjung bangunan kedutaan dan ganti dengan bendera Malaysia. Kau tau diaorang buat apa lepas tu? Depa heret bendera tu naik skuter dari Jalan Ampang smp rumah Tunku kat Jalan Dato' Onn.

Bila sampai rumah Tunku depa suruh Tunku keluar, mula mula Tunku tak nak, diaorang paksa usung dan suruh Tunku pijak bendera pancasila tu. Tapi Tunku being Tunku, dia tak nak pijak. Bila Tunku tak nak pijak, kau tau apa depa buat? Depa dukung Tunku letak terus atas bendera tu.

KY kata time tu Tunku sebut,"awatlah hampa buat aku macam ni" sambil air matanya bergenang keluar. Dia kata dia nampak air mata Tunku tergenang tetapi tak tahu sebabnya sama ada kerana terpaksa melakukan sesuatu yang bertentangan dengan jiwanya atau kerana terharu dengan dorang.

Lepas tu, memang kecohlah keluar paper semua Tunku pijak Pancasila. Soekarno apa lagi tunjuk mengamuk dan kutuk perbuatan Tunku yang konon dah pijak lambang negara Indonesia dan guna peluang ni dengan lancarkan gerakan Ganyang Malaysia.

Dan Indonesia menjual kisah ini konon kerana Pancasila kena pijak, maka serangan dilakukan. Padahal, ia adalah peristiwa yang berlaku akibat orang Indonesia sendiri yang membakar kedutaan Malaysia di Medan dan Jakarta.

Takziah kepada keluarga mendiang Sami Vellu atas pemergian tokoh yang telah banyak berjasa kepada pembangunan negara kita. 

Oleh: Khairul Azri 

---

[Iklan] Jom sokong perjuangan The Patriots memberikan ilmu percuma dengan singgah ke Shopee kami, dan borong sebanyak mungkin buku kami. Boleh ke pautan: https://shopee.com.my/thepatriotsasia


---------------------------------------------------------------
(Sebuah Kisah Versi Penulisan Asal)

Kalau sebut Sammy Vellu..

Barangkali generasi Z, generasi Tiktok dan mungkin juga generasi Twitter tak kenal siapa sosok ni.

Dan kalau tanya generasi boomers dan millenial facebook pula..

Yang mungkin lekat di kepala adalah sekadar sosok meme dengan audio,

"Ini semua kerja gila, banyak orang sudah gila masuk hospital Tanjung Rambutan atau Tampoi.."

Tapi dalam lipatan sejarah, beliau adalah dari kalangan kaum MUDA pasca merdeka yang prominen di zaman Tunku Abdul Rahman.

Setting nya, tahun 1963, 

Malaya isytihar nak bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak dan dipanggil Malaysia.

Bila?

31 Ogos 1963.

Bila announce je, kecoh Asia Tenggara.

Indonesia dan Filipina buat teruk mengadu dekat PBB bahawa penubuhan Malaysia tak selari dengan prinsip "national self-determination". 

Kononnya new colonization, tangan illuminati British. Depa tuduh tinjauan Suruhanjaya Cobbold tipu.  Fake news kata mereka. 

Maka delay lah penubuhan Malaysia, tak jadi 31 Ogos 1963. Kalau tak tak bergaduhlah kita tiap tiap tahun kenapa Sabah Sarawak nak sambut merdeka 31 Ogos...

Masuk bulan September 1963, 14 haribulan
Setiausaha Agung PBB, U Thant (tulah asal nama Jalan U Thant) kata penubuhan Malaysia fulfilled prinsip self-determination..

Maka Malaya dapat greenlight tubuh 16 September 1963 gabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak jadi Malaysia.

Dengar je camtu..

Apalagi Indonesia dan Filipina masih merentan, mengamoklah rakyat Indonesia bakar Kedutaan Malaya di Medan.

Bila dengar kedutaan kita kena bakar, rakyat kita react pergi pulak Kedutaan Indonesia di Malaya. Mana boleh depa ja nak tunjuk garang.

Dan dalam ramai-ramai anak muda masa tu, yang menarik perhatian adalah Khalid Yunus dan Samy Vellu.

Khalid Yunus dengan Samy Vellu masa tu baru umur 20 dan 27 tahun..depa panjat kedutaan turunkan bendera Indonesia, naikkan bendera Malaysia.

Dan paling legend, hari itu adalah bila Khalid Yunus yang awalnya datang sebagai pemberita Utusan Melayu untuk buat liputan tentang tunjuk perasaan tersebut. Tapi dengan dia sekali pun naik sheikh..  dari reporter join jadi penunjuk perasaan terus.😂

Maka jadilah gambar ikonik seperti di atas, Khalid Yunus dan Samy Vellu caught in photo menurunkan simbol Pancasila dari anjung bangunan kedutaan dan ganti bendera Malaysia, kibar kibar.

Kau tau apa depa buat apa lepas tu?

Depa heret bendera tu naik skuter dari Jalan Ampang sampai rumah Tunku Abdul Rahman kat Jln Dato' Onn.

Bila sampai rumah Tunku depa suruh Tunku keluar, mula mula Tunku tak nak, diorang paksa usung dan suruh Tunku pijak bendera Pancasila tu...

Tapi Tunku being Tunku, dia tak nak pijak Pancasila.

Bila Tunku tak nak pijak, kau tau apa depa buat? depa dukung Tunku letak terus atas bendera tu..Hahaha.

Khalid Yunus kata time itu Tunku sebut,

"Awatlah hampa buat aku macam ni" sambil air matanya bergenang keluar.

Dia kata dia nampak air mata Tunku tergenang tetapi dia tak tahu sebabnya sama ada kerana terpaksa melakukan sesuatu yang bertentangan dengan jiwanya atau kerana terharu dengan semangat anak muda macam dorang.

Lepas tu, memang kecohlah

Keluar paper semua Tunku pijak (duduk) atas PancaSila.

Soekarno apa lagi tunjuk mengamuk dan kutuk perbuatan Tunku yang konon dah pijak lambang negara Indonesia dan guna peluang ni dengan lancarkan gerakan Ganyang Malaysia

The rest is history lah. korang pun tau apa jadi.

Dan harini 15/9/2022, 

Genap 59 selepas gambar ikonik di atas dan sehari sebelum Hari Malaysia esok..

Samy Vellu yang dah dapat gelaran Tun Samy Vellu pun dah pergi meninggalkan kita.

Dari geng anak muda tukang panjat cabut bendera naik ke puncak kuasa, suka duka perjuangan yang penuh 'cerita'. 

Menunjukkan bahawa sosok tua dalam politik pun bermula juga sebagai anak MUDA dalam lipatan sejarah, jadi jangan ditinggalkan, di pandang rendah impak mereka.

Apapun Salam Takziah kepada keluarga mendiang. 

Selamat Hari Malaysia.


Pautan artikel lain yang menarik :-

Khalid Yunus sahkan foto tular turunkan simbol PANCASILA bersama Samy Vellu


-----------------------------------------------------------------

10 FUNNIEST QUOTES BY SAMY VELLU


The quotes you are about to read below are all based on source and they are mainly for entertainment purposes. If you are easily offended or confused, it’s best if you close the window.
  1. Samy Vellu on Pos Laju Malaysia – “Besok Kirim, Hari ini sampai
  2. Samy Vellu was commenting on his modesty – “Ini perkara banyak memalukan saya. Sebenarnya, Kemaluan saya sangat sangat BESAR
  3. Samy Vellu commenting on drugs – “Orang orang mude sekarang banyak suka hisap dade
  4. Samy gave a speech on a ceramah – “Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampung di sini. One of the villagers asked; Tapi Datuk, sini tak ade sungai, buat apa bina jambatan? Samy gloriously replied, Kalau tak ade sungai, kita bina sungai
  5. Samy’s favorite quote on national television – “Toll naik sikit, marah sama saya. You ingat ini semua toll saya punya bapak punya kah?!
  6. During the water shortage crisis – “Semua orang diminta jangan membuang aiyeer
  7. During the blood donation campaign in Sungai Siput – “Marilah kita semua menderma dara
  8. During the opening speech of various functions – “Selamat datang saudara-mara semua” It’s suppose to be saudara-saudari
  9. At an opening ceremony – “Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik ke pentas untuk membuka kain
  10. The funniest among all – “Bagi saya, ini adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi ke MATAHARI! Barulah USA dan Russia respect sama kita! The journalist then replied – “Tapi Datuk Seri, matahari kan panas, macam mana mahu pergi?”. Samy Vellu then replied – “Itu pasal you takda jadi menteri, saya sudah 30 tahun jadi menteri, mesti ada penyelesaian. Kita jangan pergi siang, banyak panas. Kita pergi malam baru ada sejuk! (end).
Pautan artikel lain yang menarik dan berkaitan :-

14 OGOS 1963 PERJANJIAN MALAYSIA


Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...