Unit Udara Polis Di Raja Malaysia telah dilancarkan pada 19 Disember 1997 oleh YDH Tan Sri Hj. Mohd Haniff bin Omar, Ketua Polis Negara. Pelancaran tersebut telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dua buah pesawat jenis Cessna 206 berharga kira-kira RM300,000 telah diterima daripada Pengarah Urusan Heli Orient (PTE) Ltd. Upacara penyampaian sayap kepada 4 orang Inspektor Polis yang telah tamat menjalani kurus juruterbang dilakukan oleh Ketua Polis Negara. Dengan itu, bermulalah era baru di dalam sejarah Pasukan Polis Diraja Malaysia. Unit Udara Diraja Malaysia bertanggunggjawab sepenuhnya di dalam membanteras kesesakan lalulintas, mengawasi kekacauan terhadap ketenteraman awam serta mengesan, mencari dan membantu cawangan jenayah memberkas penjenayah.
Tujuan penubuhan Unit Udara Polis Diraja Malaysia ialah kerana perlunya PDRM mempunyai satu lagi unit pembantu untuk menjalankan tugas harian. Sejak tahun 1972 lagi beberapa rancangan telah dibuat untuk mewujudkan unit ini, tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan rancangan ini terpendam seketika sehinggalah pada tahun 1977 Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali mengarahkan supaya kajian tersebut pada 9 Februari 1978, kabinet telah mempersetujui Unit Udara dtubuhkan dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia. Pembelian 4 buah pesawat udara diuluskan, begitu juga usaha-usaha pengambilan anggota mula dijalankan.
Fungsi utama penubuhan Unit Udara Polis Diraja Malaysia ialah :
- Membuat pengawasan dari udara di kawasan-kawasan pantai dan pedalaman terhadap kegiatan-kegiatan lanun, penyeludupan dan lain-lain.
- Memberi bantuan rondaan kepada Cawangan Polis Marin
- Memberi bantuan apabila berlaku kekacauan awam.
- Memberi bantuan kepada jabatan-jabatan kerajaan yang lain (jika perlu)
- Memberi bantuan pengangkutan kepada pegawai-pegawai kanan polis dan juga orang-orang kenamaan ke kawasan pedalaman.
- Membantu mengawal lalulintas di bandar-bandar yang sibuk
- Memberi bantuan pengangkutan kepada bantuan-bantuan sensitif
- Membantu penyiasat untuk menyiasat kes-kes jenayah dan perisikan.
- Memberikan bantuan penerbangan kecemasan (mercy flight)
Juruterbang dan anggota di dalam unit ini adalah di kalangan yang terlatih. Malah ke semua mereka telah menunjukkan kebolehan dan kematangan mempelajari selok-belok tugas yang dijalankan selaras dengan perkembangan pasukan.
Sejak mula dilancarkan lagi, unit ini telah membuktikan kebolehannya untuk menjalankan tugas. Usaha-usaha untuk memperkembangkan unit ini sedang dilakukan selaras dengan perkembangan polis di negara-negara maju lain di dunia.
----------------------------------------------------
Ringkasan Mengenai Pelancaran Unit Udara Polis Di Raja Malaysia
Pada hari ini 19 Disember dalam tahun 1979, Mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Haniff bin Omar telah melancarkan Unit Udara Polis Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Perkhidmatan unit itu, adalah ditugaskan untuk mengawasi kawasan perairan. Di samping itu unit juga bertanggungjawab dalam usaha :-
- Membanteras penyeludupan dan rompakan di laut,
- Memberi bantuan menyelesaikan kesesakan lalulintas,
- Mengawas serta mengesan kekacauan terhadap ketenteraman awam dan
- Mencari dan membantu Cawangan Jenayah, memberkas penjenayah.
Sempena upacara pelancarannya, Tun Haniff telah menerima 2 buah buah pesawat jenis Cessna 206 yang berharga RM300,000 bagi kegunaan unit tersebut.
Oleh itu penyerahan kunci kedua-dua pesawat tersebut telah dilakukan oleh Pengarah Urusan Heli Orient, Mr. Brian Woodford.
Di upacara itu juga, Tun Haniff telah menyampaikan sayap kepada empat orang Inspektor Polis yang telah tamat mengikuti kursus penerbangan mereka di Kelab Penerbangan Diraja Selangor.
Unit yang dijangka akan memulakan perkhidmatannya pada awal tahun 1980 ini mempunyai 6 orang Pegawai Polis yang sedang menjalani latihan penerbangan (dua orang di negara ini dan 4 orang di Filipina).
Sesungguhnya pelancaran Unit Udara Pasukan Polis pada hari ini dalam tahun 1979, membuktikan Pasukan Polis telah maju setapak lagi dengan cara yang moden dalam usaha membanteras kegiatan jenayah demi menjaga keamanan rakyat di negara ini.
Sumber : Arkib Negara Malaysia
No comments:
Post a Comment