Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Saturday, 24 December 2022

20 DISEMBER 1424 UTUSAN SULTAN MELAKA MENGADAP MAHARAJA CHINA

 

20 Disember 1424 – Dalam tahun 1424, utusan sultan Melaka telah mengadap Maharaja negeri China iaitu Maharaja Hung Hsi di Istana baginda di Peking. Utusan Melaka ke China itu telah dihantar oleh baginda Sri Maharaja atau Sultan Muhammad Shah iaitu Sultan Negeri Melaka yang ketiga.

Dalam masa pemerintahan Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming, negeri China sering menghantar perutusan menerusi angkatan lautnya ke luar negeri khasnya ke negara-negara Asia dengan tujuan menunjukkan kebesaran serta keunggulan negeri China.

Apabila perutusan dari negeri China yang diketuai oleh Yin Ching tiba di negeri Melaka pada tahun 1403, Parameswara iaitu pemerintah Melaka yang pertama merasakan amat perlu untuk menjalin hubungan politik dengan Maharaja negara China untuk melindungi negeri Melaka dari ancaman Siam.

Ekoran dari itu pada tahun 1405 bermulalah sejarah hubungan Melaka dan China apabila Parameswara menghantar wakil perutusannya dengan mengikut rombongan Yin Ching kembali ke negeri China. Sehubungan itu, Maharaja Yung Lo telah mengiktiraf secara rasmi Parameswara sebagai pemerintah negeri Melaka. Utusan Melaka ke China yang pertama kali itu kembali ke Melaka dengan mengikuti rombongan perutusan negeri China yang diketuai oleh Cheng Ho.

Sejak itu negeri Melaka sering menghantar perutusan ke negeri China. Terdapat sebanyak 20 kali utusan Melaka ke China diadakan antara tahun 1405 hingga tahun 1435. 

Terdapat empat perutusan di mana Raja Melaka turut serta melawat negeri China iaitu :-
  1. Parameswara pada tahun 1411, 
  2. Megat Iskandar Shah pada tahun 1414 dan 1419, 
  3. Sri Maharaja atau Sultan Muhammad Shah pada April 1424 dan 1434.
Sesungguhnya perhubungan Melaka dengan negeri China mempunyai faedah bagi kedua-dua belah pihak. Negeri Melaka memerlukan hubungan baik dengan negara China untuk mendapat perlindungan terhadap ancaman Siam di samping menggalakkan perdagangan dengan negeri China. Manakala negeri China pula memerlukan Melaka sebagai satu pengkalan persinggahan bagi angkatan lautnya ke Lautan Hindi.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

28 OKTOBER 1403 UTUSAN MAHARAJA CHINA MENEMUI RAJA MELAKA


Saturday, 10 December 2022

05 DISEMBER 1966 JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA PERTAMA DI PULAU PINANG

 

05 Disember 1966 – Jambori Pertama Pengakap Malaysia telah diadakan di Teluk Bahang, Pulau Pinang. Jambori ini telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1966.

Lebih dua ribu pengakap dari sebelas buah negara menyertai Jambori ini. Mereka ialah dari Malaysia, Republik Rakyat China, India, Korea Selatan, Nepal, Singapura, Filipina, Thailand, Laos, New Zealand, Australia, Ireland dan United Kingdom.

Menteri Pengangkutan, Tan Sri Sardon bin Haji Jubir yang juga Pengakap Agung Kebangsaan, dalam ucapan alu-aluannya di hari pembukaan berkata tujuan utama Jambori ini ialah untuk membolehkan anggota-anggota pengakap dari berbilang bangsa, agama, adat resam dan kebudayaan menyesuaikan diri dalam sebuah keluarga yang besar.

Jambori yang berlangsung selama enam hari ini memberi kesempatan kepada mereka mengamalkan undang-undang pengakap yang keempat iaitu menggalakkan pengakap berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan.


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

18 NOVEMBER 2011 PERASMIAN JAMBORI MALAYSIA KE 12


Saturday, 29 October 2022

28 OKTOBER 1403 UTUSAN MAHARAJA CHINA MENEMUI RAJA MELAKA

 

28 Oktober 1403 – Pada tahun 1403, Maharaja Yung Lo, China telah mengarahkan Laksamana Yi Ch ‘ing mengetuai satu utusan menemui Raja Melaka, Parameswara. Hasil dari pertemuan itu maka bermulalah perhubungan perdagangan dan politik antara China dan Melaka.

Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming yang memerintah dari tahun 1402-1424 merupakan pemerintah yang bijak dan terkenal. Baginda telah menubuhkan sebuah Angkatan Tentera Laut dan melalui beberapa siri ekspedisi angkatan itu, China telah berjaya membawa beberapa negara tunduk di bawah naungannya dan ini menjadikan China sebagai sebuah negara yang berkuasa di Asia. Di antara bulan Oktober 1402 hingga awal Oktober 1403, Maharaja Yung Lo telah mengadakan hubungan dengan negeri-negeri di Asia Tenggara seperti Annam, Champa, Siam, Jawa, Majapahit, Acheh dan India Selatan.

Sejak itu utusan-utusan China sentiasa berulang-alik dan mengadakan lawatan ke negeri-negeri di Asia Tenggara. Hasil dari laporan lawatan tersebut, Maharaja Yung Lo mengetahui akan wujudnya Kerajaan Melayu Melaka. Berikutan itu, pada hari ini dalam tahun 1403, Yin Ch’ing pun dihantar untuk menemui Parameswara dengan membawa hadiah-hadiah yang mahal seperti emas, payung dan kain sutera. Parameswara menyambut baik kedatangan utusan China itu dan meminta supaya Melaka menjadi naungan China. Dengan hubungan persahabatan antara China dan Melaka ini, terselamatlah Melaka dari serangan Siam.

Maharaja Yung Lo mengakui Parameswara sebagai pemerintah Melaka dan Kerajaan Siam diberi amaran supaya jangan mengganggu dan menyerang Melaka. Melaka telah mendapat banyak faedah hasil dari hubungannya dengan China. Pada tahun 1409, China telah mengiktiraf Kesultanan Melaka. Pelabuhan Melaka menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang Islam dari Selatan India di dalam perjalanan mereka ke Siam dan Acheh.

Setelah menerima perlindungan politik dari Negeri China, peranan Melaka sebagai ‘entrepot’ menjadi bertambah pesat, disebabkan kehadiran lebih ramai pedagang asing. Melaka menjadi pusat perdagangan yang utama di Asia Tenggara. Hubungan antara China dan Melaka telah diteruskan oleh Sultan-sultan selepas Parameswara.

Apabila Melaka bertambah kuat dan menjadi sebuah Empayar, hubungan antara China dan Melaka bertukar menjadi hubungan diplomatik. Di zaman Sultan Mansor Shah, Maharaja China pada masa itu telah menghantar puterinya, Puteri Hang Li Po ke Melaka, untuk berkahwin dengan baginda. Melaka dan China teguh menjadi sahabat setia, sehinggalah kedatangan kuasa Barat yang mengubah segalanya.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

08 OGOS 1511 CONQUISTA DE MALACA


https://normanhafizi.blogspot.com/2022/08/08-ogos-1511-conquista-de-malaca.html


21 SEPTEMBER 1818 PERISTIWA INGGERIS MENYERAHKAN MELAKA KEPADA BELANDA


Wednesday, 7 September 2022

06 SEPTEMBER 1418 ROMBONGAN UTUSAN RAJA MELAKA TIBA DI CHINA

 

Pada hari ini dalam tahun 1418, utusan Raja Melaka yang kedua Sultan Megat Iskandar Shah telah tiba di Peking. Rombongan Diraja ini adalah merupakan utusan yang ke-10 sejak negeri Melaka dibuka oleh Parameswara pada awal abad ke-15. Sepertimana utusan sebelumnya, utusan ini juga mempunyai tujuan yang sama iaitu bagi mengerat dan mengukuhkan lagi perhubungan antara Melaka dengan negeri China. Perhubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah mula terjalin sejak tahun 1405 lagi iaitu selepas kedatangan utusan China ke Melaka yang diketuai oleh Laksamana Yin Ching.

Maharaja Yung Lo juga memberikan pengiktirafan kepada Kesultanan Melayu Melaka sebagai pemerintah yang sah serta mengiktiraf Melaka sebagai sebuah kerajaan. Di samping itu, perhubungan ini menjadikan Melaka sebagai negeri naungan China dan menggelakkan ancaman Siam terhadap Melaka. Sejak terjalinnya hubungan diplomatik tersebut, Melaka bukan sahaja terselamat dari ancaman musuh, malah membantu Melaka memantapkan lagi sistem pentadbiran dan memperluaskan lagi aktiviti perniagaan di rantau ini.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

05 SEPTEMBER 1465 HUBUNGAN PERDAGANGAN DI ANTARA RYUKYU DAN MELAKA


Sunday, 12 December 2021

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Arkib : 23 November 2021

Benua Sunda : The Sundaland

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Asal-usul Bahasa Melayu dan Konsep Melayu

Definisi Melayu :-
  • AWAL
  • ETIMOLOGI
  • BANGSA
Konsep Melayu
  • AWAL
Dikaitkan dengan istilah kawasan/kerajaan dan antara bukti sejarah :

a) M. Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam Geographike Sintaxis sekitar (100-150M). Gerini mengatakan Melayu berasal daripada kata Sanskrit, iaitu malayakolam/malaikurrum yang merujuk Tanjung Kuantan di utara Tanah Melayu.
b) Kitab Hindu Purba. Purana : istilah Malaya Dripa merujuk Pulau Sumatera.
c) Catatan pengembara Cina antara 644-645M Zaman Dinasti T'sang mengandungi istilah Mo-lo-yu/Mo-lo-yoe
d) Catatan rahib Buddha 675M : I-Tsing menggunakan kata Mo-lo-yu tentang kerajaan Melayu di Sungai Batang dan kerajaan Sriwijaya di Palembang.
e) Catatan Kesusasteraan China : penduduk pada Zaman Sriwijaya menuturkan bahasa Kw'un-lun (bahasa Melayu kuno)
  • ETIMOLOGI
Berdasarkan kajian asal usul dan makna perkataan

a) Slametmuljana : Melayu berasal daripada perkataan Sanskrit.
b) Van Der Tuuk : Mlayu bermaksud menyeberang
c) Batu Bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera Barat : Terdapat kata Malayapura yang bermaksud Kota Melayu / Kerajaan Melayu
d) Bahasa Jawa kuno : Perkataan Mlayu bermaksud mengembara bersesuaian dengan penghijrahan manusia dari Yunan menyeberangi Selat Melaka dan mendarat di Pulau Sumatera
  • BANGSA
a) Kajian awal bangsa Melayu : Nenek-moyang orang Melayu yang berasal dari Asia Tengah sebagai Melayu-Deutro (1500M) dan Melayu Proto (2000M)
b) UNESCO 1972 : Melayu merujuk kepada suku bangsa Melayu di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina  dan Madagaskar.
c) Colin : suku bangsa serumpun di Nusantara yang mempunyai kesamaan warna kulit, bentuk badan, pakaian, adat resam dan upacara.
d) Perlembagaan Persekutuan-Perkara 153 ; Orang Melayu menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, beragama Islam dan mengamalkan ada istiadat Melayu.

SEJARAH BAHASA MELAYU
 
Asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Bagaimanapun, istilah "Melayu" adalah sangat baru dan timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu, letaknya kerajaan Mo-lo-yeu : di Jambi Sumatera.  Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya empat buah batu bersurat :
  1. DI Kedukan Bukit, Palembang, Indonesia, pada 683 Masihi
  2. DI Talang Tuwo, Palembang, Indonesia, pada 684 Masihi
  3. DI Kota Kapur, Pulau Bangka, Indonesia, pada 686 Masihi
  4. DI Karang Brahi, Kabupaten Merangin Indonesia, di daerah hulu Jambi pada 686 Masihi.
Ada yang berpendapat bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah, ada juga yang berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.

BAHASA MELAYU BERASAL DARI ASIA TENGAH?? 🤔🤔🤔🤔

Menurut beberapa teori, penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang sejak 2500 SM dari daerah Yunan dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara.  Golongan pertama ini dipanggil Melayu Proto. Kemudian, pada kira-kira tahun 1500 SM, datangnya golongan kedua pula yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara yang dipanggil Melayu Deutro. 


Konsep Kewujudan Melayu Deutro

  1. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Loga kira-kira 1,500 Sebelum Masihi
  2. Keturunannya Orang Melayu di Malaysia
  3. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Orang ini, kumpulan pertama dan kedua dikenali sebagai Austronesia.
  4. Bijak dalam bidang Astronomi, Pelayaran dan Bercucuk Tanam.
Bahasa Austronesia tergolong dalam keluarga bahasa Austris. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu :
  1. Bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara)
  2. Bahasa-bahasa Polinesia, umpamanya bahasa-bahasa Hawaii, Tonga, dan Maori
  3. Bahasa-bahasa Melanesia, umpamanya bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Irian
  4. Bahasa-bahasa Mikronesia, umpamanya bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. 
Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara yang mempunyai paling banyak bahasa, iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Oleh itu, bahasa-bahasa Nusantara dibahagikan lagi kepada 16 golongan tertentu, antaranya :
  1. Golongan Filipina: umpamanya bahasa-bahasa Tagalog, Iloko, Bikol, dan Sulu
  2. Golongan Sumatera: umpamanya bahasa-bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan Orang Laut
  3. Golongan Jawa: umpamanya bahasa-bahasa Sunda, Jawa, dan Madura
  4. Golongan Kalimantan: umpamanya bahasa-bahasa Iban, Kenya Kayan, dan Melanau
  5. Golongan Bali-Sasak: umpamanya bahasa-bahasa Bali, Sasak, dan Sumbawa
  6. Golongan Sulawesi Selatan: umpamanya bahasa-bahasa Makasar, Bugis, dan Seko
  7. Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya: umpamanya bahasa-bahasa Halmahera Selatan, Nufur dan Kowiai.
Menurut ahli-ahli bahasa dan sejarah ini, Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Ini bermakna bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain. Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.

BAHASA MELAYU BERASAL DARI KEPULAUAN MELAYU

Penemuan orang Jawa yang berusia ribuan tahun menunjukkan Kepulauan Melayu sudah dihuni manusia, dan bukannya berasal dari Asia Tengah seperti pendapat sesetengah ahli sejarah.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 

Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam.

Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutamanya Inggeris. Bahasa Melayu boleh dikategorikan kepada 3 bahagian, iaitu :-
  1. Bahasa Melayu Kuno
  2. Bahasa Melayu Klasik
  3. Bahasa Melayu Moden
PERUBAHAN AKSARA PENULISAN BAHASA MELAYU SEHINGGA KINI

Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. Tulisan yang mula dipakai ialah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut :
  • Tulisan Rencong.
  • Tulisan Pallava.
  • Tulisan Kawi.
  • Tulisan Jawi
  • Tulisan Rumi
Untuk mengetahui kaedah penggunaan abjad, penulisan huruf, penulisan kata, penulisan unsur serapan dan tanda baca umum yang dipraktikkan dalam bahasa Melayu.





Sedikit perkongsian pembuka minda buat semua pembaca :-

Panggilan " China" yang digunakan sekarang oleh dunia rupa-rupanya berasal daripada panggilan orang Melayu...


(Tamat)

-----------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Bangsa Austronesia



Maksud Perkataan “Melayu”



JATIDIRI BANGSA MELAYU YANG HEBAT & SEJARAH MELAYU YANG GEMILANG


Monday, 6 December 2021

PERTAHANAN & MENYERANG

 SENI KUNGFU WINGCHUN : (Seni Beladiri China)

Yip Man (kiri) dan Bruce Lee (kanan)

https://www.facebook.com/184049470633/posts/10165812736945634/?substory_index=0

~~~~~~~~~~~~~~~ edit #HayamArirang

Yim Wing Chun adalah Guru Perempuan Dalam Sejarah Seni Beladiri Kungfu dari tanah besar China.

Penulis memilih seni beladiri ini kerana terdapat beberapa persamaan di dalam bentuk persilatan "PERTAHANAN MENYERANG" yang menjadi intisari bentuk seni bela diri tersebut yang mirip dengan bentuk Seni Silat dan Seni Tempur Melayu; juga tiada sombong dan tiada angkuh seperti seni beladiri Tae Kwon Do atau Karate Do.

...

[1] WING CHUN :

Mandarin : 詠春; pinyin: yǒng chūn;

Secara harfiah berarti "nyanyian musim semi (semai padi)".

Mandarin : 永春; secara harfiah berarti "musim semi abadi", juga dieja sebagai "Ving Tsun" atau "Wing Tsun" adalah seni beladiri China dan bentuk bela diri yang mengkombinasikan penyerangan dan pergelutan dengan pengkhususan pertarungan jarak dekat.

...

TOKOH BERSEJARAH :

  • The Five Elders (五祖) ; 
  • Yim Wingchun/Yan Yongchun (嚴詠春);
  • Hung Heigun/Hong Xiguan (洪熙官) ;
  • Fong Saiyuk (方世玉) ;
  • Dong Haichuan (董海川) ;
  • Yang Luchan (楊露禪) ;
  • Wu Quanyou (吳全佑) ;
  • Ten Tigers of Canton (廣東十虎) ;
  • Chen Fake (陈发科) ;
  • Chan Heung/Chen Xiang (陳享) ;
  • Wong Fei-Hung (黃飛鴻) ;
  • Sun Lutang (孫祿堂) ;
  • Huo Yuanjian Hua (霍元甲) ;
  • Ip Man/Ye Wen (葉問) ;
  • Bruce Lee/Li Xiaolong (李小龍) ;

...

[2] SEJARAH WINGCHUN :

Sejarah Wing Chun lebih banyak diceritakan turun temurun dari guru ke murid, tidak ada catatan rasmi atau prasasti mengenai siapa dan bila ia diciptakan.

Menurut versi Ip Man, Wingchun dicipta oleh Pendeta Wanita "Ng Mui" pada masa pemerintahan Maharaja Yung Cheng I, yang berkuasa (1723 M-1736 M), Dinasti Qing.

NOTA Penulis :

[Zamannya Siti Zubaidah beserta 3 Srikandi Puteri menyerang China untuk membela dan membebaskan suaminya Sultan Zainal Abidin dari 7 Puteri Kungfu China adalah tahun 1360 M - 1390 M, iaitu lebih awal dari sejarah Wingchun.

Mungkinkah Neneknda Puan Siti Zubaidah sempat menurunkan Seni Silat Melayu ketika menawan 7 Puteri Kungfu Tanah Besar China?

Kerana Adab & Adat seni persilatan zaman dahulu, yang kalah lazimnya akan berguru kepada yang menang...]

Setelah terjadi peristiwa dibakar dan dihancurkan "Biara Shaolin" di Fujian oleh pasukan tentera Dinasti Qing, ramailah pengikut Shao Lin yang mati terbakar. Beberapa "disciple" berhasil melepaskan diri dari peristiwa ini, antaranya adalah Pendeta Ng Mui (Sifu perempuan) dan juga beberapa orang murid, yang paling terkenal seperti,

  • Hung Hay Kwun (Hung Si Kuan);
  • Fong Sai Yuk (Fang Se Yu);
  • Luk Ah Choy;

~ dan satu lainnya, tidak dikenali. 

Kelima-lima "Sifu" ini adalah lima guru yang mewakili lima gaya Kungfu Shao Lin, berhasil melarikan diri dan di antaranya Ng Mui (Sifu perempuan) yang lari berlindung ke Gunung Daliang (大涼山) di perbatasan antara Yunnan dan Si Chuan.

Suatu hari, dia melihat pertarungan antara ular dan burung bangau, kemudian Ng Mui mengambil pelajaran dari mengamati pertarungan antara kedua haiwan itu dan merekacipta kombinasi pertarungan tersebut dengan kungfu Shaolin kemudian menciptakan kungfu dengan gaya baru.

Ng Mui sering membeli tauhu dari seorang tukang tauhu bernama Yim Yee (嚴二). Yim Yee mempunyai seorang anak perempuan bernama "Yim Wing Chun" (嚴詠春) yang dipaksa menikah dengan General Militari setempat yang bernama "General Wong". Ng Mui telah mengajar Yim Wing Chun ilmu kungfu gayabaru yang diciptanya untuk menyingkirkan General Wong itu untuk selamanya dan akhirnya berhasil.

Yim Wing Chun akhirnya menikah dengan tunangannya "Leung Bok Chao". Ia berhasil menurunkan teknik yang dipelajarinya dari Ng Mui ini kepada suaminya. Leung Bok Chao sendiri pernah mempelajari seni bela diri dan rajin berlatih di waktu senggangnya. Setelah pernikahan mereka, Yim Wing Chun sering berdiskusi dengan suaminya tentang teknik-teknik pertarungan.

Awalnya Bok Chao meremehkan Yim Wing Chun, karena menganggap Yim Wing Chun adalah seorang wanita yang biasa dan lemah, tetapi Yim Wing Chun berhasil memperoleh kesempatan untuk berlatih dengan suaminya dan berhasil mengalahkannya setiap kali mereka berlatih.

Leung Bok Chao pun akhirnya sedar bahawa Wing Chun bukanlah seorang wanita lemah, tetapi seorang ahli seni bela diri. Sejak saat itu ia mengagumi teknik isterinya dan sering berlatih berdua. Ia menyebut teknik ini dengan nama "Wing Chun Kuen" untuk menghormati isterinya. Dari namanya ini lah maka seni beladiri ini dikenali dengan nama KungFu "Wing Chun".

Ada juga beberapa kalangan dalam seni silat Melayu yang mendakwa bahawa Yim Wing Chun adalah seorang Mukmin yang berilmu dan warak.

Wallahu alam.

...

[3] BENTUK SENI WINGCHUN :

Wing Chun adalah sebuah bentuk seni beladiri yang sangat unik, khusus kepada pertarungan jarak dekat, memakai pukulan cepat dan tendangan dengan pertahanan yang ketat serta ketangkasan gerak kaki untuk mempercepat gerak maju.

Wing Chun yang efektif dapat dicapai dengan kordinasi antara serangan dan pertahanan yang serentak dengan serangan balas. Yakni serangan balas dilakukan serentak ketika diserang, mirip dengan bentuk pertahanan Seni Silat Melayu, iaitu "Pertahanan Menyerang" atau "Offensive Defense".

Pelatih Wing Chun harus belajar untuk melontarkan jumlah tenaga yang tepat dengan keadaan santai dan lembut. Guru Wing Chun yang baik akan mengajarkan muridnya untuk mengatasi serangan dengan mengatur posisi dan struktur tubuh mengiring daripada menghadapi langsung bersetentang.

...

Rujukan :

1] Wikipedia: Wingchun;

2] Chu, Robert; Ritchie, Rene; & Wu,

    Y. (1998). "Complete Wing Chun:

    Definitive Guide to Wing Chun's

    History and Traditions".

    Boston : Tuttle Publishing.

    ISBN 0-8048-3141-6.

3] 永春 in usage: "Leung Ting, Roots

    and Branches of Wing Tsun;

4] Robert Chu, Rene Ritchie, Y. Wu,

   "Complete Wing Chun : Definitive

    Guide to Wing Chun's History and

    Traditions";

5] "Deklarasi berdirinya Asosiasi

     Bela Diri WingChun Indonesia"

6] Kang Sin Sin Homepage;

   "Preserving the Wing Chun KungFu

    of Ip Man".

7] Samuel Kwok Homepage;

   "Preserving the Wing Chun KungFu

    of Ip Man".

...

"Bangau dan Ular, dua haiwan yang sering dijadikan lambang perguruan Wing Chun, merepresentasikan dua haiwan Shaolin yang dominan dalam teknik Wing Chun".

... https://www.facebook.com/groups/944196589713691/permalink/1038920783574604/ 

P/S : Antara pendapat menarik daripada netizen :- 

1. "Di Tanah Melayu, ada seni yang seakan-akan 'Wing Chun' dikenali dengan nama, "Lian Padukan". Mungkin admin boleh kaji asal usul silat lain padukan ni nanti insha Allah. Kita mohon "Disciple" atau Guru Seni Silat Lian Padukan kongsikan. Kita belajar silat kampongan jer ..." 

Mohd Hilme Ibrahim

2. "Mungkinkah Neneknda Siti Zubaidah sempat menurunkan Seni Silat Melayu ketika menawan 7 Puteri Kungfu Tanah Besar China?" 

Razli Ramli

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Ketahuilah Siapa Dia Ini...

https://normanhafizi.blogspot.com/2015/06/ketahui-lah-siapa-dia-nitumbukan-silat.html

Wednesday, 28 April 2021

Bitcoin: Dua warga China ditahan

  • Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM
  • 19 April 2021, 3:34 pm

PETALING JAYA: Seorang lelaki dan wanita warga China yang bekerja sebagai penjaga premis bitcoin ditahan dalam serbuan di tiga premis itu di Atmosphere 5, Pusat Perdagangan Bandar Putra Permai dekat sini pada 8 April lalu. 

Serbuan itu dijalankan hasil risikan Ibu pejabat Polis Daerah Serdang bersama pasukan Seal Team Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Mohd. Rosdi Daud berkata, serbuan mendapati premis tersebut menjalankan aktiviti melombong bitcoin menggunakan arus elektrik secara haram.

Katanya, dalam serbuan itu, pihak polis turut menahan dua pekerja warga China masing- masing berusia 32 dan 38 tahun.

“Semakan mendapati mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah. Suspek direman sehingga 28 April ini bagi membantu siasatan. 

“Tiga lagi premis di Jalan Damai 2, Taman Damai Utama, Sabtu lalu turut diperiksa dipercayai menjalankan aktiviti melombong bitcoin menggunakan arus elektrik secara haram,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini hari ini. 

Tambah Mohd. Rosdi, bagaimanapun tiada tangkapan dalam serbuan tersebut.

Katanya, sebanyak 297 mesin mining dan sembilan blower dengan nilai anggaran rampasan RM100,000 dirampas polis.

“Hasil risikan premis terbabit sudah beroperasi selama sebulan dengan memilih rumah kedai atau kawasan pejabat yang sunyi atau kurang dilalui orang awam.

“Sindiket turut menggunakan beberapa lapis penghadang dinding dan pintu tebal bagi mengelak bunyi kuat keluar dari premis,” katanya. 

Menurut Mohd. Rosdi, akibat itu, TNB mengalami kerugian RM130,000 sebulan.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan dan 37 (1) Akta Bekalan Elektrik 1990 atas kesalahan cuai mencuri arus elektrik dan melakukan khianat terhadap harta TNB. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasional/2021/04/bitcoin-dua-warga-china-ditahan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bitcoin-dua-warga-china-ditahan

Tuesday, 30 March 2021

Peristiwa 29 Mac 1974

Arkib : 23 Disember 2020


Gambar 1 : Peristiwa 29 Mac 1974

Hari ini 47 tahun yang lalu, Tentera Terracotta ditemukan di daerah Lintong, Xi’an, China.

Ia ditemukan secara tidak sengaja oleh sekumpulan petani yang menggali perigi kira-kira 1.5 km dari lokasi makam Maharaja China yang pertama, Qin Shi Huang (259-210SM) di Gunung Li.

Yang Xifang, salah seorang petani itu adalah yang pertama menemukan sebiji kepala diperbuat daripada tanah liat, tetapi dia menyangkakan bahawa itu adalah sebuah bikar.

28 hari kemudian, seorang ahli arkeologi, Zhao Kangmin, menerima panggilan telefon tentang penemuan tersebut lalu bergegas ke situ, mengutip segala yang ada dan mula mencantumkan cebisan-cebisan penemuannya.

Dia berjaya membentuk figura tentera bersaiz sebenar, bagaimanapun tidak melaporkannya kepada pihak kerajaan memandangkan Revolusi Budaya belum berakhir dan khuatir ia akan dimusnahkan sebagai salah satu daripada ‘Empat Barang Lama’.

Beberapa bulan kemudian, seorang wartawan datang selepas mendengar tentangnya daripada saudaranya yang tinggal di Lintong. Zhao meminta supaya dia tidak melaporkan penemuan itu, namun tidak diendahkan lalu diterbitkan laporannya sekembalinya ke Beijing.

Berita itu sampai ke pegawai tertinggi kerajaan, yang kemudian mengarahkan kerja-kerja ekskavasi formal dimulakan di kawasan tersebut di mana lebih 500 figura tentera ditemukan dalam masa beberapa bulan.

Berita itu menjadi gempar di seluruh dunia, dan dianggap sebagai penemuan arkeologi terpenting dunia dalam abad ke-20 dan seluruh kompleks makam itu diwarta sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1987.

Setakat kerja ekskavasi terakhir pada 2007, kompleks tersebut menempatkan lebih 8,000 tentera, 130 pedati dengan 520 kuda, dan 150 kuda perang yang ditanam sekitar Makan Maharaja Qin, yang dicipta sebagai pelindung maharaja itu di alam matinya.

Sumber: Britannica, Wikipedia

#PeristiwaHariIni



Gambar 2 : Alam misteri - Misteri Tentera Terracotta 

Kredit Winda A

Tentara Terracotta dianggap sebagai penemuan terbesar abad ke-20, dan terkenal di seluruh dunia. Tetapi adakah anda tahu siapa yang membinanya dan berapa lama ia perlu selesai? Sejak penemuan Tentera Terracotta, lebih daripada 8,000 askar, 130 kereta, dan 670 orang kuda telah ditemui.

Fakta 8 Paling Hebat tentang Tentera Terracotta

1. Ia adalah salah satu penemuan arkeologi terulung pada abad ke-20.

Tentera Terracotta adalah sebahagian daripada kompleks makam kekaisaran kuno terbesar di dunia, makam Qin Shi Huang. Sekitar 8,000 patung-patung bersaiz yang berbeza telah ditemui. Ia adalah penemuan terbesar seumpamanya.

Patung-patung itu tingginya 175-190 cm. Setiap orang berbeza dengan gerak isyarat dan ekspresi muka, ada juga yang menunjukkan warna. Ia mendedahkan banyak teknologi, tentera, kesenian, kebudayaan, dan ketenteraan Qin Empire.

2. Ia digambarkan sebagai "Kedelapan Dunia Keajaiban".

Pada bulan September 1987, Tentera Terracotta dipuji sebagai Wonder of the World oleh bekas Presiden Perancis Jacques Chirac.

Beliau berkata: "Terdapat Tujuh Keajaiban di dunia, dan penemuan Tentara Terracotta, mungkin kita katakan, adalah keajaiban kelapan dunia. Tiada siapa yang tidak melihat piramid itu & boleh mendakwa telah melawat Mesir, dan sekarang saya akan mengatakan bahawa tiada seorang pun yang tidak melihat tentera-tentera terracotta ini boleh mendakwa telah melawat China."

3. Ia dibina lebih dari 2,200 tahun lalu.

Tentara Terracotta diciptakan oleh maharaja pertama China, Qin Shi Huang, yang memulakan pembinaan tentera pada 246 SM

Ia adalah tentera akhirat untuk Maharaja Qin. Adalah dipercayai bahawa objek seperti patung dapat dihidupkan di akhirat.

Beribu-ribu tahun kemudian, tentera masih berdiri dan mempamerkan tahap ketukangan dan kesenian yang luar biasa dari 2,200 tahun yang lalu.

4. Muzium Tentera Terracotta terdiri daripada tiga peti besi.

Pada masa ini, muzium ini terdiri daripada tiga lubang dan dewan pameran: Vault One, Vault Two, Vault Three, dan Dewan Pameran Kereta Api Gangsa.

Vault 1: Ia adalah yang terbesar dan paling menarik (kira-kira 230 x 60 m) - saiz hangar pesawat. Terdapat lebih daripada 6,000 tokoh terracotta askar dan kuda, tetapi kurang daripada 2,000 dipamerkan.

Vault 2: Ia adalah kemuncak peti besi (kira-kira 96 ​​x 84 m) dan mengungkap misteri pelbagai tentera purba. Ia mempunyai unit paling tentera dengan pemanah, kereta kuda, pasukan campuran, dan pasukan berkuda

Vault 3: Ia adalah yang paling kecil, tetapi sangat penting (21 x 17 m). Terdapat hanya 68 tokoh terracotta, dan semuanya adalah pegawai. Ia mewakili pos arahan.

Dewan Pameran Kereta Api Gangsa: Ia mengandungi artifak tembaga kuno yang terbesar dan paling rumit di dunia. Setiap pengangkutan mempunyai kira-kira 3,400 bahagian dan 1,234 kg. Terdapat 1,720 buah perhiasan emas dan perak, berat 7 kg, pada setiap kereta.

5. Ia bukan hanya askar.

Sejak penemuan Tentera Terracotta, lebih daripada 8,000 askar, 130 kereta, dan 670 orang kuda telah ditemui.

Pemuzik Terracotta, akrobat, dan gundik juga didapati di lubang-lubang baru-baru ini dan juga beberapa burung, seperti unggas air, kren, dan itik. Adalah dipercayai bahawa Maharaja Qin mahukan perkhidmatan dan rawatan besar yang sama untuk kehidupan akhiratnya.

6. Lebih 700,000 pekerja mengambil masa 40 tahun untuk menyelesaikan patung-patung itu.

Pembinaan Terracotta Warriors bermula pada 246 SM, ketika Qin Shi Huang menguasai tahta Qin Negeri, dan berakhir pada tahun 206 SM, 4 tahun setelah kematian Qin, ketika Dinasti Han dimulai.

Lebih 700,000 buruh bekerja sepanjang masa selama kira-kira 40 tahun untuk menyelesaikan tentera terakota dan kompleks makam.

7. Ia ditemui oleh petani tempatan.

Tentara Terracotta masih tidak tersentuh di bawah tanah selama lebih dari 2,200 tahun dan dijumpai secara kebetulan oleh petani tempatan sambil menggali sumur pada tahun 1974 di Xi'an.

Penemuan ini mendorong ahli arkeologi Cina untuk menyiasat, mendedahkan tapak arkeologi terbesar di China.

8. Hebatnya, tidak ada dua angka yang sama.

Jika bilangan besar pahlawan teracotta tidak mengejutkan anda, anda harus melihat dengan teliti mereka. Anda akan kagum pada ketukangan yang halus dan terkejut mendapati tiada dua angka yang sama.

Setiap pahlawan mempunyai ciri-ciri wajah yang unik. Infanteri, pemanah, jeneral, dan pasukan berkuda adalah berbeza dalam ekspresi, pakaian, dan gaya rambut mereka.

Maklumat tambahan mengenai Tentera Darat Terracotta

Tentera Terracotta (dalam bahasa Cina, secara harfiah: "patung-patung pengebumian-askar-askar") adalah koleksi patung terakota yang menggambarkan tentera Qin Shi Huang, Kaisar pertama China. Ia adalah bentuk seni pengebumian yang dikebumikan dengan maharaja pada 210-209 SM dan tujuannya adalah untuk melindungi maharaja di akhiratnya.

Angka-angka itu, yang berasal dari kira-kira akhir abad ketiga BCE, ditemui pada tahun 1974 oleh petani tempatan di Daerah Lintong, Xi'an, wilayah Shaanxi. Angka-angka berbeza dalam ketinggian mengikut peranan mereka, dengan yang tertinggi sebagai jeneral. Angka itu termasuk pahlawan, kereta kuda dan kuda. Anggaran dari tahun 2007 ialah tiga lubang yang mengandungi Tentera Terracotta yang memegang lebih daripada 8,000 askar, 130 kereta dengan 520 kuda dan 150 kuda berkuda, sebahagian besarnya yang terkubur di lubang berhampiran makam Qin Shi Huang. Tokoh bukan tentera terakota lain ditemui di lubang lain, termasuk pegawai, akrobat, ahli kuat dan pemuzik.

Pembinaan makam itu digambarkan oleh sejarawan Sima Qian (145-90 SM) dalam karya paling terkenalnya Shiji, ditulis satu abad setelah selesai makam. Bekerja di makam bermula pada 246 BCE tidak lama selepas Maharaja Qin (berusia 13 tahun) naik takhta, dan projek itu akhirnya melibatkan 700,000 pekerja. Geographer Li Daoyuan, menulis enam abad selepas kematian Kaisar Pertama, yang direkodkan di Shui Jing Zhu bahawa Gunung Li adalah lokasi yang disukai kerana geologi yang mengagumkan, "terkenal dengan lombong jednya, bahagian utaranya kaya dengan emas, dan bahagian selatannya kaya dengan jed cantik; Maharaja Pertama, kaya dengan reputasi baiknya, oleh itu memilih untuk dikuburkan di sana". Sima Qian menulis bahawa Maharaja Pertama dikebumikan dengan istana, menara, pegawai, artifak berharga dan objek yang menakjubkan. Mengikut akaun ini, 100 aliran sungai disimulasikan menggunakan merkuri, dan di atasnya siling dihiasi dengan badan-badan surgawi di bawah yang merupakan ciri-ciri tanah itu. Beberapa terjemahan ayat ini merujuk kepada "model" atau "tiruan" bagaimanapun, kata-kata itu tidak digunakan dalam teks asal, yang tidak menyebutkan tentera terracotta.

Saturday, 14 November 2020

MAHARAJA PERTAMA CHINA

Arkib : 11 November 2019


Gambar : Terracotta Army Patung Tanah Liat

MAKAM PALING MEWAH DALAM SEJARAH - MAHARAJA PERTAMA CHINA

Makam Maharaja Qinshihuang yang terletak di bahagian barat China merupakan salah satu daripada makam maharaja yang paling besar, strukturnya paling ajaib dan barangan yang dikuburkan paling banyak di dunia.

Manakala Terra Cotta atau patung tanah liat berupa perwira dan kuda sebagai sebahagian daripada makam itu digelar sebagai keajaiban ke-8 di dunia dan amat terkenal sama seperti piramid di Mesir.

Maharaja Qinshihuang merupakan maharaja pertama masyarakat feudal China. Baginda merupakan tokoh yang dipuji di satu pihak dan juga dikritik di lain pihak. Maharaja Qinshihuang buat kali pertama menyatukan China, baginda mengambil banyak tindakan untuk mendorong pembangunan ekonomi dan kebudayaan seperti menyatukan mata wang, huruf dan sistem ukuran.

Baginda membina tembok besar untuk menahan serangan musuh. Tindakan-tindakan tersebut menyebabkan baginda menjadi negarawan terkenal dalam sejarah China. Di lain pihak, baginda dianggap sangat kejam dan mewah. Baginda membakar buku dan mengebumikan secara hidup-hidup pujangga yang pendapatnya berbeza dengan pendapat baginda di seluruh negara China.

Tidak lama selepas menyatukan China, Maharaja Qinshihuang telah memulakan pembinaan makamnya. Seramai 700 ribu orang membina makam baginda selama 40 tahun. Apabila baginda mangkat, makamnya masih belum selesai dibina. Makam Maharaja Qinshihuang terletak di Lishan, kawasan di luar Bandar Xian, ibu kota Provinsi Shanxi. Kawasan makam itu seluas lebih 56 kilometer persegi.

Makam itu berbentuk piramid. Dasar makam itu sepanjang 350 meter, selebar 345 meter dan setinggi 76 meter. Di sekitar makam itu, terdapat lebih 500 buah makam iringan.

Di makam-makam iringan tersebut dikebumikan orang-orang yang membina Makam Maharaja Qinshihuang, tiruan kuda dan pedati yang digunakan oleh Maharaja Qinshihuang, tiruan tempat pemeliharaan kuda di istana diraja dan patung tanah liat berupa pahlawan dan kuda yang melambangkan tentera Dinasti Qin.

Penemuan Makam Maharaja Qinshihuang adalah kebetulan. Pada tahun 1974, ketika petani menggali perigi, mereka telah menggali sejumlah besar serpihan tembikar.

Para petani tidak mementingkan hal ini, dan bersedia membuang serpihan tembikar tersebut. Seorang pegawai perlindung artifak budaya yang berada di tempat itu menyedari bahawa ini adalah penemuan yang penting dan segera melaporkan keadaan ini kepada Biro Artifak Budaya Kaunti. 

Dengan demikian, Patung Tanah Liat Berupa pahlawan dan Kuda yang menggemparkan dunia telah ditemui. Sekarang sebanyak 500 buah patung tanah liat berupa perwira, 18 buah pedati perang yang diperbuat daripada kayu dan lebih 100 ekor kuda tembikar telah digali keluar.

Patung panglima perang tersebut bentuk badannya purata setinggi 1.8 meter, ruiak mukanya berbeza-beza dan mirip dengan manusia sebenar, memperlihatkan seni pahatan yang tinggi tarafnya pada zaman Dinasti Qin pada lebih 2000 tahun yang lalu. Patung Tanah Liat Berupa pahlawan dan askar serta Kuda di Xi'an terkenal di dunia. 

Bukan sahaja pelancong dari pelbagai negara yang melawat China menyenaraikannya sebagai destinasi pelancongan yang akan dilawati di China, tetapi juga banyak negarawan yang melawat China juga mencadangkan supaya mereka dibawa menyaksikan keajaiban binaan manusia tersebut.

Demi memelihara dengan lebih baik Makam Maharaja Qinshihuang, kerajaan China sekarang masih belum meneroka makam itu disebabkan teknologi kaji purba China sekarang masih kurang maju.

Pada masa yang lalu, China telah menggali keluar lebih 50 ribu buah artifak budaya yang penting di makam-makam iringan di sekitar Makam Maharaja Qinshihuang, termasuk Pedati dan Kuda Tembaga yang ditemui pada tahun 1980 yang merupakan artifak budaya yang mempunyai nilai tinggi dalam bidang kaji purba yang jarang terdapat di dunia. Pada tahun 1987,

Makam Maharaja Qinshihuang dan Patung Tanah Liat yang Berupa Perwira dan Kuda disenaraikan sebagai Warisan Budaya Dunia oleh UNESCO.

Kredit : CRI Online 

-HE-

Sumber Asal : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=302385719955460&id=181500092044024

Sunday, 27 September 2020

25 September 2020 : ...16,000 masjid di Xinjiang


Kerajaan China didakwa memusnahkan masjid di wilayah Xinjiang. - Foto AFP

[Berita Dunia yang dipetik daripada sebuah akhbar tempatan di Malaysia]

Friday, September 25, 2020

China roboh sekitar 16,000 masjid di Xinjiang

BEIJING: Pihak berkuasa China sudah merobohkan ribuan masjid di Xinjiang, kata pasukan pemikir Australia hari ini, dalam laporan terkini mengenai pencabulan hak asasi manusia di rantau terbabit.

Menurut Institut Dasar Strategik Australia (ASPI), lebih sejuta minoriti Islam Uighur dan komuniti berbahasa Turkic di barat daya China ditahan di ratusan kem, serta dipaksa meninggalkan segala pegangan keagamaan atau kebudayaan.

Laporan ASPI yang berpandukan kepada imej rakaman satelit, mendapati sekurang-kurangnya 16,000 masjid dimusnahkan atau dirosakkan pihak berkuasa China.

Sebahagian besar pemusnahan itu berlaku tiga tahun lalu dengan anggaran 8,500 masjid musnah sepenuhnya dan menurut laporan itu lagi, kerosakan paling besar berlaku di kawasan bandar, seperti Urumqi dan Kashgar.

Banyak masjid lain yang terlepas daripada tindakan itu dipaksa merobohkan binaan kubah atau menara masing-masing dan akibatnya, kini hanya terdapat kurang daripada 15,500 masjid di sekitar Xinjiang.

Jika benar, ia adalah jumlah rumah ibadat Islam yang terendah pernah dicatatkan di rantau berkenaan sejak Revolusi Kebudayaan pada 1960an.

Bagaimanapun, tindakan seumpamanya tidak diambil terhadap gereja atau kuil Buddha yang turut terdapat di serata Xinjiang.

Menurut ASPI, hampir satu pertiga tapak suci Islam di Xinjiang seperti makam, laluan jemaah dan tanah perkuburan turut menjadi mangsa.

Malah, tinjauan AFP pada tahun lalu melaporkan penemuan puluhan tanah perkuburan dimusnahkan, dengan cebisan mayat serta batu nisan berselerakan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa China menegaskan penduduk Xinjiang diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengikuti amalan agama masing-masing.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin, mendakwa terdapat kira-kira 24,000 masjid di sekitar Xinjiang iaitu jauh lebih banyak berbanding sesetengah negara Islam. - AFP

Tuesday, 18 August 2020

Ada Apa Dengan...

Arkib : 19 Ogos 2018

📈📉💹 Ada Apa Dengan Harga Bitcoin???

Sampai ke hari ini, masih ramai lagi yang masih lagi yang tahu Bitcoin hanya sebagai alat untuk menjadi kaya-raya tanpa betul-betul tahu bagaimana. Bahaya betul kalau anda mempunyai ilmu yang sangat cetek tentang Bitcoin. Ini adalah kerana terlalu banyak 'scammer' yang mencari mangsa-mangsa yang pernah dengar tentang Bitcoin tetapi tidak mempunyai ilmu tentangnya.

Biasanya orang membeli Bitcoin sebagai pelaburan. Tetapi tidak seperti melabur dalam Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) atau Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), pelaburan Bitcoin mempunyai risiko yang tinggi berbanding komoditi lain. Bitcoin yang anda beli pada harga hari ini mungkin akan bernilai dua kali ganda minggu hadapan dan mungkin juga jatuh lebih 50 peratus pada bulan seterusnya.

Hakikatnya, harga Bitcoin dan juga matawang kripto lain sangat 'volatile', atau tidak stabil. Mengapa? Untuk memahami lebih mendalam tentang harga naik turun Bitcoin, kita perlu melihat sejarah harga Bitcoin terlebih dahulu.

Permulaan Bitcoin
Tiada siapa sangka bahawa harga Bitcoin akan setinggi pada hari ini ketika Bitcoin pertama dikeluarkan pada tahun 2009. Pada waktu itu, harga Bitcoin adalah amat rendah sekali, hanya USD 0.001. Tahun-tahun berikutnya juga tidak menampakkan perubahan signifikan kepada harga Bitcoin, dan ianya naik secara perlahan-perlahan.

Pada tahun 2013, Bitcoin mula mendapat tarikan semasa krisis perbankan di Cyprus. Rakyat negara itu telah berkejar untuk mengeluarkan simpanan mereka daripada bank dan melabur dalam Bitcoin supaya kerajaan mereka tidak boleh menguasai wang mereka. Disebabkan krisis di Cyprus, harga Bitcoin naik secara mendadak ke USD 200, namun turun kembali ke $ 60 setelah keadaan di negara itu stabil.

Tidak lama selepas itu, rakyat di China mula membeli Bitcoin dengan begitu banyak sekali. Ini adalah kerana keadaan politik negara mereka menyebabkan rakyat negara itu sukar untuk membuat pelaburan luar negara. Permintaan yang sangat tinggi di negara China telah membuatkan harga Bitcoin naik sebanyak 1000 peratus!

Keadaan ini tidak kekal lama. Pada Februari 2014, satu serangan DDoS ke atas servis pertukaran terbesar Bitcoin ketika itu, Mt. Gox, telah menyebabkan kerugian sebanyak lebih USD460 juta. Harga Bitcoin merudum jatuh sebanyak 40 peratus sebelum kembali stabil antara USD600-700. Sepanjang tahun itu, harga Bitcoin jatuh secara perlahan-perlahan sehinggalah awal tahun 2015.

Tahun 2015-16 merupakan tahun dimana Bitcoin mula kembali sebagai pilihan matawang alternatif pengguna. Kepercayaan terhadap teknologi blockchain dan sistem Bitcoin mula menampakkan kenaikan signifikan pada harga Bitcoin.

Pada awal tahun 2017, harga Bitcoin mencapai rekod tertinggi sejak krisis Cyprus dan harganya di pasaran mencecah lebih USD 1000. Kini, sejak Jun 2018 yang lalu, harga Bitcoin adalah harga tertinggi dalam sejarah Bitcoin iaitu lebih USD 2500 dan harganya kekal naik turun dalam julat itu.

Faktor harga Bitcoin
Sejarah Bitcoin sangat berwarna-warni, betul tak? Dalam setiap harga naik turun Bitcoin, mesti ada cerita di sebaliknya. Memanglah ada masa harga Bitcoin jatuh atau naik tanpa sebab yang munasabah, tetapi dalam dunia matawang kripto setiap perubahan harga mesti ada sebabnya. Di bawah ini adalah antara faktor-faktor utama yang mempengaruhi harga Bitcoin:

1. Jumlah Bitcoin dan pemegang Bitcoin

Jumlah Bitcoin terhad pada 21 juta, dan ia tidak dikeluarkan sekaligus. Sekarang sudah ada sebanyak 16 juta Bitcoin yang dikeluarkan dan lebih 14 juta orang memiliki BTC dalam wallet mereka. Oleh kerana pengeluaran Bitcoin sudah ditetapkan, orang ramai yang berkejar-kejar ingin mendapatkannya menyebabkan harga Bitcoin naik.

2. Permintaan dan bekalan (Demand And Supply)

Tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah faktor utama harga Bitcoin naik dan turun. Menurut teori ekonomi ini, apabila terdapat inelastic supply atau bekalan yang tidak berubah, perubahan permintaan mempengaruhi harga.

Senang cerita, semakin dekat jumlah Bitcoin dalam peredaran dengan hadnya iaitu 21 juta, kemungkinan besar masa itulah kita akan melihat harga Bitcoin naik berlipat kali ganda.

3. Keadaan politik dan ekonomi seluruh dunia

Baru-baru ini berita tentang penerimaan Bitcoin sebagai matawang alternatif oleh Jepun sedikit sebanyak memberi impak positif di seluruh dunia. Negara-negara lain juga banyak yang telah mula membuat penyelidikan tentang Bitcoin dan teknologi blockchain.

Seperti yang kita tahu, harga Bitcoin menurun apabila larangan jual beli Bitcoin dan pergantungan aktiviti platform pertukaran dibuat oleh kerajaan. Contohnya, negara China, Korea Selatan, India dan sebagainya. Begitu juga sebaliknya. Harga matawang kripto naik apabila kerajaan Malta, Gibraltar dan Singapura dilihat menyokong pembangunan teknologi Blockchain.

Boleh dikatakan buat masa ini, reaksi daripada kerajaan memainkan peranan yang sangat besar dalam pasaran matawang kripto.

4. Berita dan reaksi pembaca

Berita-berita berkaitan Bitcoin tidak kira positif atau negatif merupakan sumber utama bagi pengguna dalam urusan jual beli Bitcoin. Contohnya, berita tentang Mt Gox atau penangkapan Ross Ulbricht telah menyebabkan harga Bitcoin jatuh kerana permintaan yang jatuh. Lihat sahaja kenaikan harga Bitcoin yang mencecah hampir $20,000 ketika berita tentang perdagangan Bitcoin futures contract disebarkan di media sosial.

5. Isu teknikal

Memandangkan Bitcoin dicipta berasaskan open source code, sesiapa sahaja boleh melihat kod Bitcoin. Kemaskini terbaru ini untuk menyelesaikan isu-isu dalam kod tersebut juga mempengaruhi permintaan terhadap Bitcoin. Tambahan pula, serangan-serangan siber yang berjaya ke atas sistem tersebut juga boleh menjatuhkan harga Bitcoin. Contohnya pada Ogos 2016, hackers yang menemui kelemahan sekuriti di Bitfinex telah menyebabkan harga Bitcoin jatuh.

Kesimpulan
Seperti yang dijangkakan sebelum ini, ramalan jangka panjang Bitcoin kelihatan amat positif. Tetapi agak sukar untuk menjangka turun naik harga Bitcoin dalam jangka masa pendek kerana faktor-faktor yang telah diceritakan di atas.

Sekian.

Monday, 22 June 2020

MAKSUD...

Arkib : 15 Mac 2020

MAKSUD LOCKDOWN.....

Terbaca dalam page #KKM betapa ramainya rakyat kita yang mendesak agar 'lockdown' dilakukan di negara ini.

Mari kita lihat apa maksud "lockdown' terlebih dahulu.

'Lockdown' membawa maksud satu sekatan pergerakan yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi menghalang orang ramai untuk masuk atau meninggalkan sesuatu bangunan atau kawasan disebabkan oleh sesuatu kecemasan. 

Kita sudah melihat bagaimana teruknya situasi bila berlaku lockdown di negara luar terutamanya di negara China dan Itali.

Pejabat, universiti, sekolah dan perniagaan ditutup dan ini sudah tentunya akan memberi satu impak yang besar terhadap ekonomi.

Mari kita fikirkan sejenak apa yang akan terjadi kepada mereka yang berada dalam golongan asnaf, fakir miskin, berpendapatan rendah dan golongan kais pagi makan pagi sekiranya berlaku lockdown.

Sudah pastinya mereka ini tidak mampu untuk menyediakan stok makanan bagi satu jangkamasa tertentu. Tidakkah ini akan lebih menjejaskan kehidupan mereka bila tidak dapat keluar mencari rezeki?

Bukan mudah sebenarnya untuk sesuatu lockdown itu dilakukan. Pelbagai faktor perlu diambil kira.

Berhentilah dari mendesak mahupun mengecam #KKM. Berilah kata-kata semangat agar mereka yang berada di barisan hadapan ini lebih bermotivasi untuk melaksanakan tugasan mereka. Kita doakan agar mereka mampu mengatasi segala kemungkinan.

Terima kasih para petugas di KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Teruskan usaha murni kalian. Kami amat menghargainya.

#Copypaste

Said Azlan
Shah Alam

KENAPA SAMPAI OKTOBER???

Arkib : 30 Mac 2020

INILAH MENTALITI RAKYAT MALAYSIA ..

KITA KENA FAHAM KENAPA PERDANA MENTERI (PM) KITA BAGI IMBUHAN TIME COVID KENAPA TIDAK BERI WAKTU SEBELUM VIRUS INI

INI JAWAPANYA...

PENGARAH KESIHATAN DAH KATA GELOMBANG KETIGA MUNGKIN AKAN BERLAKU DAN KEADAANYA AKAN LEBIH TERUK..
TUJUAN PM MEMBERI IMBUHAN AGAR ANDA SEMUA TIDAK PANIK DAN SIMPANAN KEWANGAN ANDA AKAN ADA SEHINGGA BULAN OKTOBER

KENAPA SAMPAI OKTOBER???

KERANA BERKEMUNGKINAN JIKA GELOMBANG KETIGA BERLAKU, NEGARA KITA AKAN MENJADI SEPERTI NEGARA CHINA YANG BERJUANG MENENTANG COVID INI SELAMA 4 BULAN, BARULAH CHINA MENGISTIHARKAN MENANG ! 

KAWAN KAWAN NEGARA KITA BARU 2 MINGGU KAWAN KAWAN
CHINA 4 BULAN
SO IMBUHAN YANG PM BAGI BUKAN SUKA SUKA
PM BAGI BUKAN NAK RAIH UNDI
TAPI PM PERIHATIN AGAR RAKYAT TIDAK PUTUS BEKALAN
BERJIMAT KAWAN KAWAN
TAHUN NI TAK ADA BAZAR RAMADHAN
TAHUN NI TAK ADA SAMBUTAN AIDILFITRI

ALLAH UJI KITA... ALLAH TIUP SIKIT UJIAN PENYAKIT PADA KITA KAWAN KAWAN
ALLAH UJI JUGA KITA DALAM VIRUS...ALLAH GANTI DENGAN REZEKI (IMBUHAN)
ALLAH NAK TENGOK KITA,
ADAKAH KITA BERSYUKUR ATAU KITA AKAN HILANG PERTIMBANGAN DAN KEWARASAN DI SAAT DUNIA SEDANG DALAM KESAKITAN

KAWAN KAWAN SETIAP HARI KEMATIAN DISEBABKAN COVID NI MENCECAH RIBUAN ORANG
STAY HOME KAWAN KAWAN JIKA MAHU HIDUP LAMA
STAY HOME KAWAN KAWAN KALAU SAYANG IBU BAPA ISTERI DAN ANAK KAWAN KAWAN
TIADA GUNA KERAJAAN BAGI DUIT TAPI DIGUNAKAN UNTUK PERSEDIAAN TAHLIL..

KAWAN KAWAN BARISAN HADAPAN KITA JUGA MANUSIA KAWAN KAWAN, MEREKA BUKAN ROBOT ATAU MESIN.
MEREKA JUGA PENAT.
MEREKA JUGA TERDEDAH UNTUK SAKIT
JANGAN KERANA KITA YANG PENTINGKAN DIRI MEREKA MATI

KAWAN KAWAN ITALI DAN SEPANYOL SEMAKIN TENAT KAWAN KAWAN ...
KALAU SUKA SANGAT TERIMA IMBUHAN ..
BERSORAKLAH DI JALANAN
SEKIRANYA MENSYUKURI IMBUHAN YANG DITERIMA..SUJUDLAH ATAS SEJADAH MOHON TAUFIQ HIDAYAH YANG ESA
KITA SAMA SAMA DIUJI

KAWAN KAWAN BARU 10 HARI KAWAN KAWAN KITA DIKURUNG...
CHINA NAK PULIH AMBIL MASA 4 BULAN
ITALI HANCUR DALAM MASA 2 BULAN

ALLAHUAKBAR...

BANGUN KAWAN KAWAN
JANGAN SUKA SANGAT DENGAN KISAH MAKCIK KIAH
KISAHKAN TENTANG DIRI TUAN TUAN
ADAKAH ADA ESOK UNTUK TUAN TUAN

SAYA MOHON TUAN TUAN SEDAR
PILIHAN DITANGAN TUAN TUAN

MAHU DUDUK RUMAH ATAU HOSPITAL
MAHU TIDUR ATAS KATIL ATAU KATIL HOSPITAL
MAHU REHAT DALAM RUMAH ATAU DALAM KUBUR

RENUNG RENUNGKAN

Why…?

Arkib : 04 April 2020

Corona: Something is wrong ...!

  • Wuhan to Shanghai = 629 km
  • Wuhan to Beijing = 1052 km
  • Wuhan to Milan = 8700 km
  • Wuhan to New York = 12000 km
  • Wuhan to Etli = 8670 km
  • Wuhan to London = 8880 km
  • Wuhan to Paris = 8900 km
  • Wuhan to Spain = 9830 km
  • Wuhan to India = 3575 km
  • Wuhan to Iran = 6560 km

🔹 Something is wrong…!

🎈 Corona virus has originated from the city of Wuhan in China and now it has reached every corner of the world, but this virus has not reached the capital of China: Beijing and the economic-capital: Shanghai near Wuhan, why ...?

🎈 Beijing is the city where all the leaders of China live, military-leaders live here, those who run the power of China live here, there is no lock-down in Beijing!  It is open!  Corona has no effect here, why ...?

🎈 Shanghai is the city that runs China's economy, it is the economic capital of China, here all the rich people of China live!  Those who keep the industry running, there is no lock-down here, corona here has no effect…!  Why ...?

🎈 Is corona a pandemic virus, which has been told that you have to create panic all over the world, but you will not come to Beijing and Shanghai, it is very important to ask China the question that when the biggest developed countries of the world  Could not stop Corona!  Corona created terror in big cities of the world, so why did not this conflict reach Beijing…?  ;  Why not reach Shanghai ...? Why ...?

🎈 Beijing and Shanghai are the areas adjacent to Wuhan!  The virus from Wuhan reached every corner of the world, but this virus did not reach Beijing and Shanghai…! Why ...?

🎈 Today, the whole of India and 130 crore Indians may be locked-down!  Our economy is coming to a standstill, but all major cities of China are open and now and from April 8, China is also opening Wuhan!  The whole world is stricken with terror!  Now new cases are not coming in China and China is open…!  Why ...?

🎈 Another big thing is that the stock market around the world has fallen by almost half!  Nifty has gone from 12 thousand to 7 thousand in India too!  But China's share - market was at 3 thousand which is only at 2700!  There is no effect of this virus on the Chinese market as well…! Why ...?

Whatever these things are, they only point to one thing that the corona is a bio-chemical weapon of China, which China has left for destruction in the world!  After getting some people killed, China has now controlled this virus!  Perhaps he also has medicine, which he is not sharing with the world!

Why…?

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...