Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 22 September 2022

21 SEPTEMBER 1818 PERISTIWA INGGERIS MENYERAHKAN MELAKA KEPADA BELANDA

 

Pada hari ini 21.09.1818 Inggeris menyerahkan kembali Melaka kepada Belanda. Upacara penyerahan telah dilakukan oleh Colonel Farquhar, Residen British di Melaka kepada Pesuruhjaya Belanda, Laksamana Muda, Walterback dan Timmermann Thyssen di Bukit St. Paul. Pengisytiharan penyerahan telah dibaca oleh Residen British dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan Cina. Pada masa yang sama tembakan meriam dilepaskan dan bendera lnggeris diturunkan perlahan-lahan diiringi oleh lagu kebangsaan Inggeris 'God Save the King'.

Setelah pengisytiharan oleh pihak Inggeris dibaca, Pesuruhjaya Belanda membaca pengisytiharannya pula. Ini diikuti dengan menaikkan bendera Belanda dan diiringi oleh tembakan meriam kedua-dua pasukan. Selepas upacara penyerahan tersebut, pengambilan alih tugas dan tempat telah dilakukan. Pendudukan Inggeris di Melaka semenjak tahun 1795, adalah berikutan dengan Perjanjian Kew yang ditandatangani oleh Raja Belanda, William V dengan kerajaan Inggeris yang mana Belanda telah membenarkan Inggeris memasuki tanah jajahan Belanda. Raja William V pada masa itu berada di England dan menubuhkan kerajaan buangan kerana Belanda ditawan oleh Perancis. Oleh kerana itu Inggeris telah diamanahkan supaya menguasai dan menjaga kepentingan tanah jajahan Belanda di seberang laut. Setelah perang tamat, tanah jajahan tersebut telah diserahkan kembali kepada Belanda sebagaimana yang telah dipersetujui.

Adapun Perjanjian Kew itu dibuat sebagai satu usaha Belanda untuk menghalang tanah jajahannya jatuh ke tangan Perancis. Pendudukan Inggeris di Melaka sepatutnya selama masa peperangan yang berlaku di Eropah sahaja tetapi ianya berterusan selama 23 tahun. Ini mengakibatkan pengaruh Belanda semakin merosot. Akhirnya pada tahun 1824, Melaka diserahkan semula kepada Inggeris


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

17 MAC 1824 MEMPERINGATI PERPECAHAN KEPULAUAN MELAYU

 17 MAC 1824 - PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...