Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 22 September 2022

21 SEPTEMBER 1998 MAJLIS PENUTUPAN SUKAN KOMANWEL XVI DI KUALA LUMPUR

 

Pada hari ini dalam tahun 1998, telah berlangsung upacara Majlis Penutupan Sukan Komanwel XVI bertempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ratu Elizabeth II telah berangkat untuk menyempurnakan upacara yang telah bermula pada 11 September 1998. Temasya yang telah berlangsung selama 10 hari ini telah disempurnakan pembukaan rasminya secara gilang-gemilang oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kuala Lumpur 98 - Sukan Komanwel XVI adalah merupakan temasya sukan terbesar yang pernah diadakan di Malaysia dan julung kalinya bagi rantau Asia. 

Temasya ini telah berjaya menarik penyertaan peserta dan pegawai seramai lebih daripada 6,000 orang dari 70 buah negara anggota Komanwel. Dalam temasya ini juga, Malaysia telah mencatat kejayaan yang cemerlang dan bersejarah dengan merangkul tempat keempat daripada 70 buah negara peserta dengan pungutan sebanyak 10 pingat emas, 14 pingat perak dan 12 pingat gangsa. Sesungguhnya kebolehan Malaysia menjayakan Sukan Komanwel XVI telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara

Gambar penuh di sini :-


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

09th SEPTEMBER 2022 END OF AN ERA OF GREAT BRITAIN & THE EMPIRE


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...