Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label ceramah. Show all posts
Showing posts with label ceramah. Show all posts

Tuesday, 12 January 2021

Manuskrip Melayu Lama...

 Manuskrip Melayu Lama Di Serata Dunia?


Gambar 1 : Salah satu contoh Manuskrip Melayu Lama yang telah ditemui di luar Kepulauan Melayu dan menjadi kajian para sarjana dari Barat.

Banyak manuskrip melayu lama nusantara tidak ada pada kita. Adakah ianya benar atau kita sendiri tidak mengetahuinya?

19 Mac, Jam 6 Petang, saya di jemput menghadiri satu seminar di bilik Nusantara. Ada dua pembentang yang akan membentang pada petang ini. Pertama, Preseden Lembaga Ilmiah Sosial Nusantara, Dr Vilen Sikonsky dan kedua, saya.

Gambar 2 : Preseden Lembaga Ilmiah Sosial Nusantara, Dr Vilen Sikonsky 

Dr Sikonsky memulakan pembentangannya mengenai kajiannya terhadap budaya dan sastera Melayu Nusantara. Pembentangannya ada di dalam bahasa Rusia dan ada di dalam bahasa Melayu.


Gambar 3 : Antara para Sarjana dan Doktor yang hadir di dalam seminar ini

Seminar ini dihadiri oleh para Sarjana dan Doktor yang mengkaji mengenai Melayu dan Nusantara. Kesemua mereka boleh bertutur di dalam bahasa Melayu sama ada Melayu Malaysia mahu pun Melayu Indonesia.

Gambar 4 : Malay And Indonesian Studies

Dr. Sikonsky baru menerbitkan sebuah terbitan yang membincangkan mengenai Petronas, A.Samad Said, kajian terhadap buku pelajaran bahasa Melayu dan sebagainya.

Menurut beliau, pusat kajian Melayu yang hebat bukan lagi di Belanda, tetapi sekarang di Australia. Beliau juga membawa buku-buku sastera Rusia yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.

Beliau menemukan satu manskrip dari tahun 1948 yang menyatakan hubungan langsung antara Indonesia dengan Rusia.


Gambar 5 : Realisme Sosialis dan Sastra Indonesia, penulisan Pramoedya Ananta Toer

Pada zaman penjajahan Belanda, orang Melayu Indonesia selalu merasa rendah diri, tidak yakin dan kurang jatidiri. Jadi, pada masa itu, mereka mulai menterjemah buku-buku jati diri dari Rusia untuk memberi semangat kepada bangsa. Padanya, buku-buku romantik hanyalah akan melemahkan semangat.

Sebelum ini, buku-buku Rusia, kebanyakkannya diterjemahkan dari bahasa Belanda. Ini kerana, banyak buku Rusia di Belanda.

Ia juga menyelar seorang penulis bernama Khairil Anbar yang menyadur buku Eropah kemudian mendakwa bahawa karya itu adalah karyanya.

Terjemahan langsung buku Rusia ke dalam bahasa Indonesia bermula pada tahun 1940an apabila seseorang telah menterjemahkan buku bertajuk “Kereta Api Baja”, selepas itu buku “Baju Mantel dan juga “Perang Dan Damai”. Sebuah karangan yang terkenal juga iaitu “Anna Karenina” karangan Tolstoy.

Waktu soal jawab, saya berkenalan dengan seorang yang duduk di sebelah saya iaitu Dr. Goriaeva Lioubov.

Beliau telah menemui dan telah menterjemahkan sebuah buku manuskrip hikayat Melayu terakhir bertajuk “Hikayat Maharaja Marakaramah”


Gambar 6 : Hikayat Maharaja Marakaramah, yang bertulisan Jawi dan juga telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Russia

Manuskrip ini ditulis pada tahun 1844 dan merupakan hikayat Melayu terakhir setakat ini yang ditemui. Ini kerana, hikayat-hikayat yang lain bertarikh sebelum dari tarikh ini.

Dr. Lioubov menemukan manuskrip ini di Muzium Asiatik St. Peterburg. Ia dibawa oleh seorang dari Eropah ke sini bernama Dr. Franck 100 tahun dahulu.

Manuskrip ini tidak ditemui di mana-mana tempat sama ada di Malaysia, Indonesia, Belanda, Prancis dan lain-lain lagi. Ia telah diterjemahkan di dalam bahasa Rusia.

Saya terfikir, bagaimana khazanah Melayu ada di merata-rata tempat. Bagaimana orang luar mengambil dan menyimpannya. Sebenarnya, banyak lagi tulisan mengenai bangsa Melayu ada di luar dan di dalam simpanan orang-orang barat.

Di dalam bilik Nusantara, saya sempat membelek sebuah buku yang mencatatkan sejarah Raja-Raja Barus, tempat kelahiran Hamzah Fansuri. Ia tersimpan di dalam koleksi Perpustakaan Universiti Leiden dan juga di Tropen Institute, Amsterdam.

Tercatat sejarah-sejarah yang kita tidak tahu seperti perang Sultan Ibrahim dari Barus melawan Acheh, kekalahan dan pemenggalan kepalanya.

Saya terfikir kembali, patutlah, para pelajar Nusantara begitu hebat mempelajari mengenai orang Melayu. Rupanya, guru-guru mereka juga seorang yang hebat di dalam kajian. Ada perkara-perkara yang mereka temui yang kita sendiri tidak tahu.

Banyak manuskrip Melayu yang ada di tangan mereka yang kita sendiri tidak ada menyimpannya. Hari ini, kebetulan saya ada di sini dan dapat menyaksikan perbincangan mereka, banyak lagi seminar-seminar yang mereka bentangkan mengenai orang Melayu yang kita tidak tahu. Mereka bentangkan hasil kajian dan temuan mereka di serata dunia mengenai orang Melayu.

Saya teringat satu sejarah, ketika Portugis berjaya menawan Melaka, ada dua buah kapal yang membawa segala khazanah Melayu balik ke sana. Mereka mendakwa, kapal Flor de La Mar ini, kemudiannya tenggelam di pertengahan jalan. Ramai yang yakin sebenarnya kapal ini tidak tenggelam. Ke mana sebenarnya segala khazanah orang Melayu kita dibawa?.

Sebab itu, banyak yang kita sendiri tidak tahu mengenai bangsa kita Melayu. Mereka mengatakan kita mendapat Islam lambat iaitu hanya pada kurun ke 14. Tetapi, satu demi satu teori ini dapat di ketepikan apabila penemuan demi penemuan terhadap kedatangan Islam ke Nusantara ditemui. Bermula dengan penemuan batu bersurat di Terengganu, batu bersurat di Acheh dan sebagainya.

Terbaru, penemuan sebuah makam di Barus Indonesia, Makam ini mencatatkan wafatnya pada tahun 48 hijrah. Jika benar makam ini wafatnya pada 48 hijrah, maka, orang ini, kalau bukan sahabat, pasti Tabi’in.

Perkara ini tidak mustahil kerana, pada zaman Saidina Uthman r.a lagi, operasi dakwah ke Timur Jauh telah dimulakan. Sebuah makam sahabat di Guang Zhou China membukitkan para sahabat telah mula berdakwah ke Timur Jauh sejak kurun pertama Hijrah lagi.

Jika makam ini telah disahkan oleh ahli sejarah, maka ia bermakna, operasi mengIslamkan Nusantara, jauh lebih awal dari apa yang di dakwa oleh Orientalis.

Sesungguhnya, orang Minangkabau tanpa Islam, tinggal Kabaunya sahaja, orang Jawa tanpa Islam, tinggal Aw.., Bugis tanpa Islam tinggal Buu…, orang Boyan tanpa Islam, tinggal Boo…dan orang Melayu keseluruhannya tanpa Islam, tinggal Layu sahaja.

Mengetahui Islam dan Melayu, akan memahamkan kita bahawa, Islam tidak boleh dipisahkan dari jati diri Melayu. Dengan Islam, jati diri Melayu akan lebih hebat dan kuat.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”

Al-Fakir ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Moscow State University

20 Mac 2019

Sumber : https://aminchannel.com/manuskrip-melayu-lama-di-serata-dunia/

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2769266626660894&id=1413499895570914


Ustaz Mohamed Abdullah Al Amin ᴴᴰl Siapa Yang Tulis Sejarah Manuskrip Melayu

https://youtu.be/ZUnKiD7mHf8

#Onlinemajlis​ ilmu #Silashare​ ▬▬▬▬ ● VENUE & DATE ● ▬▬▬▬ Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Persiaran Masjid, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor https://goo.gl/maps/zVx4oDwGQZtLhdGk8​ ▬▬▬▬▬▬▬ ● MY GEAR ● ▬▬▬▬▬▬▬ ▼ Software/Apps/Instrument Used ▼ ● Edit Videos = Cyberlink Powerdirector 16, vMIX Livestreaming Software / Audacity / WavePad Sound Editor ● Adds-on Tools = Dell Inspiron i7 6770 HQ CPU @2.60Ghz / 16 GB RAM / 4 GB NVIDIA GEFORCE GTX Grafik Card ● Video Recorded with = Sony a7s X 2 ● Lens attached at camera = Sony 85mm f1.8 & Tamron 28 70mm f2.8 ● Other Recording Video = I-phone 6 Plus, Sony HDR PJ 760VE, Sony @7s & Sony @6300 ● Other Lens = Sigma 30mm f1.4, Tamron 28 75mm f2.8, Sony 50mm f1.8, Kamlan 50mm f1.1, Sigma 150mm f2.8 & Sony 70 200mm f4 ● Audio = Zoom H1N1, Rode G0, Sony UWP D11 & Sennhiser G3 ● Capture Card Magewell USB3 Donggle ● EverMedia Extreme Cap UVC Usb 3 ●Tripod ; Manfrotto MT055CXPRO4 Carbon Fibre 4 Section ●GEFEN Wireless Extender for HDMI ●i-Robot Romote Control Camera Car ● Zhiyun Crane V2 ▬▬▬▬▬▬▬📞CONTACT ME 📞▬▬▬▬▬▬▬ ● Email: dinsboom@gmail.com ● https://twitter.com/Kamaruddin_Isah?l...​ 📞📞 Phone ; 012 200 1019 ▬▬▬▬ ● MEDIA SOSIAL ● ▬▬▬▬▬▬ ● Join Group Telegram OMI untuk Info pantas https://t.me/joinchat/AAAAAFAEmtRuG0-...​ ▬▬▬▬▬▬▬ ● DONATE ● ▬▬▬▬▬▬▬ https://www.paypal.me/onlinemajlisilmu​ Bagi mereka ingin membantu usaha Admin dlm penyebaran ilmu agama di media sosial bagi meringankan kos pengurusan bulanan. ● Maintenance Peralatan ● Upgrade Peralatan ● Bill Utility Bulanan ● Transport, Tol & Minyak ● Sara Hidup KAMARUDDIN ISAH CIMB BANK 7601574602 MAYBANK 162367014305 BANK ISLAM 12065020389804 TERIMA KASIH, SEMOGA AMAL SOLEH KITA ALLAH PANDANG SEBAGAI AMAL JARIAH YG BERPANJANGAN, AMEEN

Friday, 23 October 2020

...Antara 2020-2025

Khilafah Akan Tegak Antara 2020-2025


Rapat Besar Intelejen Dunia ❗❗ Khilafah Akan Tegak Antara 2020-2025 ~ Ustadz Zulkifli MA ~

CATATAN :

✍🏿 Gambar hanyalah ilustrasi yang bertujuan untuk memudahkan pemahaman isi kajian

✍🏿 Watch in HD 720P 60fps for better quality and smoothness, Nonton dengan HD (HIGH DEFINITION) Biar gambar lebih jelas dan bagus pastinya

Video Lainnya :

Kami hadir untuk Anda yang akan haus akan ilmu dan kajian Islam tentang akhir zaman
Mohon dukung terus channel dakwah ini dengan cara klik tombol subscribe dan Klik tombol lonceng nya untuk mendapatkan notifikasi video terbaru.
Dan jangan lupa Klik tombol like dan share jika video ini bermanfaat , serta tinggalkan komentar di kolom comment untuk forum diskusi dan pertanyaan
Barakallahu fik Ustadz Zulkifli Muhammad Ali DISCLAIMER : Some contents are used for educational purpose under fair use. COPYRIGHT DISCLAIMER :
Under Section 107 of the Copyright Act 1976, allowance is made for "fair use" for purposes such as criticism, comment, news reporting, teaching, scholarship, and research. Fair use is a use permitted by copyright statute that might otherwise be infringing. Non-profit, educational or personal use tips the balance in favor of fair use.
For copyright matters please contact us at : almanhaj73@gmail.com

Friday, 28 August 2020

...SUDAH DI AMBANG PINTU




BERSIAPLAH PERANG DUNIA KE 3 SUDAH DI AMBANG PINTU #Kajian #PencariIlmu --------------------------------------------------------------------------------------------------------- Klik Subscribe https://www.youtube.com/c/PencariIlmu... Like N Share Supaya Tidak Ketinggalan Video Update Terbaru --------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jangan lupa aktifkan notifikasinya (Tanda Lonceng) agar tidak ketinggalan ceramah atau ilmu terbaru disetiap harinya. Kajian Ustadz Rahmat Baequni https://www.youtube.com/playlist?list... Kajian Ustadz Ihsan Tanjung, Lc https://www.youtube.com/playlist?list... Kumpulan Ceramah Pendek https://www.youtube.com/playlist?list... Murottal dan Dzikir https://www.youtube.com/playlist?list... Ust Hanan Attaki, Lc https://www.youtube.com/playlist?list... Kajian Ustadz Salim A Fillah https://www.youtube.com/playlist?list... Kajian Ust Oemar Mita https://www.youtube.com/playlist?list... ________________________________________________________________ Credit: https://www.youtube.com/user/dinsboom1

Friday, 21 August 2020

Seminar....

Seminar Akhir Zaman || Ust. Zulkifli Muhammad Ali, Lc

https://www.youtube.com/watch?v=yxloSTTMgrg

AL-HUJJAH Channel Islam

Bismillah..
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakahtuh Muhsinin Tercinta...
Dalam Pelaksanaan Dakwah ini dan Penyebaran nya, Al-Hujjah memerlukan biaya yang tidak kecil..
Untuk itu Al-Hujjah membutuhkan uluran tangan Donatur untuk membantu Keberlangsungan dan Perkembangan Dakwah Al-Hujjah..
Bantu Yuukk Operasional Dakwah Al-Hujjah.. Siapa yang mau Mendapat kan lebih baik daripada Onta Merah?...
“Maka demi Allah, sekiranya Allah memberi hidayah kepada seorang saja (karena dakwah) melalui diri mu, (itu) adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu memiliki unta-unta merah.” (HR. Bukhari)
Ikut yuukk berperan serta dalam Dakwah untuk Perjuangan Agama Islam agar semakin banyak yang mengenal islam dan yang mengerti islam, sehingga semakin banyak yang menjalankan Perintah dan Larangan Allah, agar Islam semakin Besar dan Jaya..
Jadikan juga ini Amalan Sholeh yang Istiqamah karena Allah mencintai Amalan Yang Istiqamah, yaitu Amalan Yang di lakukan secara konsisten walapun sedikit, dengan menjadi Donatur Tetap Al-Hujjah untuk membantu Dakwah..
Berikan Pinjaman nya kepada Allah, Perniagaan dengan Allah tidak akan sia-sia... Salurkan Jihad Harta Fi Sabilillah melalui : Bank Central Asia (BCA) norek : 2766015554 a/n. Dedy Harfeni Insya Allah ini akan menjadi Syafaat nya kelak di Akherat dengan menyebar nya ilmu yang bermanfaat..
Petogogan, Kebayoran Baru, JakSel
Syukron wa jazakumullahu khoir Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakayuh.. Majelis Taklim Al-Hujjah wa : +62818 9600 13 fb : Al-Hujjah YouTube : AL-HUJJAH Channel Islam Rumah Dakwah Al-Hujjah :
Jl. Wijaya Timur Raya no. 105 A,

Friday, 7 August 2020

AMALAN Menghadapi Fitnah Akhir Zaman


AMALAN Menghadapai Fitnah Akhir Zaman - Ust. Zulkifli Muhammad Ali, Lc, MA




AL-HUJJAH Channel Islam
Bismillah...
Jadilah Bagian Dalam Dakwah Islam..
Dengan Membantu Dakwah Al-Hujjah..
Jadikan ini Amalan Istiqamah Yang Dicintai Allah dengan Menjadi Donatur Tetap nya Al-Hujjah...
Ayoo Salurkan ZAKAT, INFAQ & SHODAQAH untuk Membantu Operasional & Terselenggara nya Dakwah Al-Hujjah, melalui :
Majelis Taklim Al-Hujjah
Bank Central Asia (BCA) 2766015554 Dedy Harfeni Semoga menjadi Amal Sholeh Jariyah yang memberi Syafaat kelak di Akherat. wa : +62818 9600 13 fb : Al-Hujjah
Petogogan, Kebayoran Baru, JakSel.
YouTube : AL-HUJJAH Channel Islam Rumah Dakwah Al-Hujjah : Jl. Wijaya Timur Raya no. 105 A,
p/s : Teks ini dikekalkan daripada bahasa asal iaitu Bahasa Indonesia.

Thursday, 9 July 2020

TAZKIRAH DHUHA PULAU PENYENGAT...

BANGSA MELAYU DAN PERANAN DI AKHIR ZAMAN


KEMBARA 3PULAU3NEGARA - TAZKIRAH DHUHA PULAU PENYENGAT (BANGSA MELAYU DAN PERANAN DI AKHIR ZAMAN)


Kembara 3 Pulau 3 Negara Pulau Besar - Kepulauan Riau - Temasek Malaysia - Indonesia - Singapura Bersama YBhg TG Ustaz Dr Shamsul Mohd Nor 19 - 23 December 2019 Pulau Penyengat, Kepulauan Riau, Indonesia Tazkirah Dhuha Bangsa Melayu dan apa peranan kita di akhir zaman. Bangkitlah bangsaku.

Peristiwa Penting Akhir Zaman...


YAHUDI ISYTIHAR IMAM MAHDI

Wednesday, 27 May 2020

Hukum Sambutan...

Hukum Sambutan Hari Ibu


Ust Azhar Idrus - Hari Ibu 'Mother's Day

Ustaz, apakah hukum menyambut hari ibu?

-Ustaz Azhar Idrus (Original):

Hari ibu ialah hari mother church atau ibu gereja kristian.. siapa yang nak sambut silakan... siapa yang rasa takut rosak akidahnya, sebab raikan hari besar kristian ini... jangan sambut!

Betul ke hari ibu haram di sambut?

-Ustaz Azhar Idrus (Original):

begitulah kata setengah ulamak.. Nabi s.a.w ajar kita mengingati ibu sepanjang masa..

-Ustaz Azhar Idrus (Original): sebaiknya ikut cara islam iaitu sepanjang hari ingat kepada ibu yang banyak jasanya kepada kita, bukan setahun sekali..

-Ustaz Azhar Idrus (Original): hari ibu dan hari bapa ialah hari perayaan bukan Islam..kenapa kita mesti nak sambut juga? kenapa orang barat tak sambut Awal Muharram atau Maulidur Rasul?

-Ustaz Azhar Idrus (Original):

Maksud sabda Nabi s.a.w:

"Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga."

Para sahabat nabi bertanya:

"Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang Yahudi dan Nasrani?"
Jawab baginda Rasulullah: "Kalau bukan mereka, siapa lagi?"

(Hadis riwayat Abu Said al Khudri )



Hukum Sambutan Hari Ibu (Mother's Day) Hari Bapa (Father's Day) - UAI

Friday, 8 May 2020

SOSOK BERJASA DALAM BIDANG DAKWAH


Persiapan Untuk Mati : Ustaz Ismail Kamus

Innalillahiwainalillahirojiuun ..

BELASUNGKAWA ALMARHUM USTAZ ISMAIL KAMUS : SOSOK  BERJASA DALAM BIDANG DAKWAH

Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor

Figura ini seangkatan dengan Almarhum Dr Haron Din, Almarhum Pak Yazid Jaafar, Almarhum Kiai Zainuddin MZ dan sesepuh Dakwah Fenomenal lain dalam dekad 1980an dan 1990an. Saat itu zaman tali kaset seterusnya CD yang dijual di pasar-pasar malam dan juga tapak ceramah. Zaman itu Aura Ustaz Ismail Kamus dengan lawak khasnya menjadikan kuliah-kuliah Agama Tumpuan Masyarakat. Tokoh ini dengan Adunan Bakat yang pelbagai sangat Popular di Negara ASEAN, juga reputasi beliau dalam perubatan Islam dan juga penglibatan dalam perjuangan Islam.

Ustaz Dato' Ismail Kamus dilahirkan pada 2 Disember 1948 di kampung Batang Rening, Ulu Selangor, dalam keluarga yang kuat berpegang dengan Ajaran Islam. Malah seorang adik kandungnya, Ustaz Jais Kamus juga seorang Tokoh Agama yang dikenali di Selangor. Ustaz Ismail Kamus telah mendapat pendidikan awal Formal, bermula di Sekolah Arab Batang Kali selama Enam Tahun.

Beliau juga mendapat Pendidikan Menengah  Agama di Ma’ahad Hisyamuddin, Klang. Di Klang Anak Remaja ini mendapat suntikan semangat untuk mendalami Ilmu-Ilmu Agama secara bertalaqi, antara Gurunya ialah seorang Ulama' tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori. Ustaz Ismail Kamus seterusnya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang, sebuah Institusi Pendidikan yang telah melahirkan ramai tokoh pelbagai bidang di negara ini.

Figura dakwah ini mendapat pendidikan tinggi di UKM Bangi di Fakulti Pengajian Islam. Beliau menamatkan Pengajian dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Tahun 1976. Semangat dan cita-cita untuk menambah Ilmu sentiasa membara dijiwa Tokoh Dakwah ini. Beliau juga pernah bermukim Ilmu di Beaver College Pennsylvenia, Amerika Syarikat.

Selain dikenali sebagai Panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang Fenomena, Ustaz Ismail juga adalah Pengasas dan Penasihat Pusat Perubatan Darussalam yang berpusat di Gombak. Beliau melatih ratusan perawat-perawat Islam serta menyalurkan kepakarannya untuk berkhidmat kepada Masyarakat, termasuk di Brunei dan juga Singapura.

Ustaz Ismail selain dikenali sebagai Usahawan Muslim yang Sukses, juga pernah berkhidmat sebagai Guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai dakwah selain pernah bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), INTAN dan Pusat Islam. Kekayaan pengalaman inilah yang berjaya dituang dalam pengisian Ilmu Agama kepada Masyarakat sehingga nama Beliau meniti Bibir ke Bibir Masyarakat.

Pendakwah tersohor ini pernah digam oleh RTM kerana kelantangannya menyuarakan Aspirasi Islam, Beliau bersama dalam arus kebangkitan Rakyat pasca reformasi 1998 sehingga dipilih untuk bertanding di DUN Gombak Setia. Ustaz Ismail menjadi ADUN PAS di Gombak Setia apabila memenangi dalam Pilihan Raya di kawasan tersebut pada tahun 1999. PAS memenangi Empat Kerusi di Selangor iaitu Kajang, Sungai Burung, Gombak setia dan Sungai Besar dalam lantunan Gelombang Reformasi. Beliau juga pernah bertanding untuk Kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam Pilihanraya Umum 2004 namun tewas kepada calon BN. Beliau pernah menjadi AJK Dewan Ulama PAS Pusat, AJK PAS Pusat, TPJ PAS Negeri Selangor, AJK PAS Selangor dan pelbagai Jawatan dalam Parti.

Reputasinya sebagai seorang Pendakwah Fenomenal dengan memberi Ceramah Agama di pelbagai Negara seperti di Asia Barat, Eropah, Brunei, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan lain-lain. Undangan ini termasuk daripada kalangan ekspatriat dan pelajar-pelajar Malaysia di luar Negara.

Jasa dan sumbangan Ustaz Ismail Kamus begitu besar kepada kita semua dan keharuman Bakti ini menebar kepada seluruh lapisan Masyarakat tanpa mengira latarbelakang Politik, Harkat Sosial dan latarbelakang sosio Ekonomi. Dalam bidang kebajikan, bantuan kemanusiaan dan membantu insan lain, beliau adalah Penasihat kepada NGO, Muslim Care Malaysia sehinggalah nafasnya yang terakhir. Sikap cakna dan peduli ummah serta karektor Almarhum yang sentiasa menderma bukan lagi Rahsia. Sentiasa bertukar maklumat dan memberikan dokongan kepada Muslim Care Malaysia melalui Presidennya, Haji Zulkifli Wahijan. Dalam keuzurannya, Beliau tidak menolak untuk memberikan pengisian kerohanian dan memberikan ilmu tanpa sepicing pun rasa lelah dan bosan.

Ramadhan kali ini dalam suasana PKP yang suram, Rakyat Negara ini menerima berita sedih akan keuzuran Almarhum. Dalam beberapa tahun ini, Ustaz Ismail menjalani dialisis akibat penyakit buah pinggang, namun dalam jerih kesakitan pun beliau tetap tersenyum di meja-meja kuliah mencerahkan ummah. Sehari dua ini bergentayangan di medsos akan berita Beliau kembali Kerahmatullah, ini adalah manifestasi cintanya Rakyat kepada Almarhum Sang Murabbi. Malam Jumaat Ramadhan yang Barokah ini, Sang Daie ini mengadap Penciptanya dengan Jutaan Doa daripada Umat Islam.

Allah memuliakan Pendakwah ini yang menunjukkan kepada kita bagaimana detik-detik Umur Wajib dituangkan seluruhnya di Medan Dakwah dan khidmat bakti. Kita akan merindui candaan dalam Kuliah Almarhum yang menjentik tangkai hati kita semua untuk menjunjung nilai dan cara hidup Islam. Pesan-pesan berharga Almarhum lewat melalui Kaset, Rakaman CD, Media Sosial akan menjadi hasil tuaian Pahala berpanjangan kepada Almarhum Ustaz Dato' Ismail Kamus. Selamat berehat Wahai Sang Murabbi dan kami juga akan menyusul kelak. Alfatihah !!!

( Penulis Ialah Aktivis Kemanusiaan Tanpa Sempadan, Pengerusi LESTARI )

Doa Buat Allahyarham Ustaz Dato' Ismail Kamus :

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُا وَارْحَمْهُا وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْهُا وَأَكْرِمْ نُزُلَهُا وَوَسِعْ مَدْخَلَهُا وَاغْسِلْهُا بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْت الثوب الابيض من الدنس

Moga Allah ampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ*

Mudah-mudahan Allah SWT ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...

Aamiin Allahumma Aamiin

Al-Fatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Copy paste dari grup WhatsApp Kenali Ulama, oleh Ust Tengku Yusuff hafizohullah.
----------

Tuan Guru Dato' Haji Ismail Kamus (1948 - 2020)

Tuan Guru Dato' Haji Ismail Bin Kamus dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening, Rasa, Ulu Selangor.

Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan kemudian menyambung pengajian di Sekolah Arab Batang Kali selama 6 tahun. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Maahad Hisyamuddin, Klang di samping menuntut ilmu daripada Syeikh Mahmud Arif al-Bukhari. Selepas itu, Tuan Guru Haji Ismail Kamus melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang pada tahun 1966 hingga 1972 sebelum menjejakkan kaki ke UKM sehingga lulus Ijazah Sarjana Muda Syariah pada tahun 1976. Pada tahun 2016, beliau berkesempatan mendalami ilmu hadis dengan mengikuti pengajian berkitab 8 Hadith (Sunah Sittah) oleh Tuan Guru Baba Haji Karim.

Setelah selesai menuntut ilmu, beliau menjadi guru agama di sekolah rendah dan menengah, pengawai penyelidik dan juga pegawai dakwah. Selain bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pusat Islam, Kuala Lumpur, Tuan Guru juga pernah mengajar bahasa Arab di INTAN selama 6 tahun sebelum memilih untuk bersara. Disamping itu, beliau turut menjadi pakar rujuk di BAHEIS, Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Tuan Guru Dato' Haji Ismail Kamus kemudiannya menjadi pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh negara di samping beberapa buah negara lain seperti United Kingdom, Brunei, Amerika Syarikat dan Singapura.

Beliau turut mengasaskan Perubatan Islam Darus Salam dan berguru dengan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din.

Diantara buku karangan beliau ialah :
  1. Wahai Tuhan, Engkaulah Penyembuh
  2. Indahnya Hidup Bersyariat
  3. Indahnya Amalan Doa
  4. Jin - Hakikat dan Pengubatan

Atas jasanya, kerajaan Selangor telah menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor pada 1433 Hijrah.

Tuan Guru Dato' Haji Ismail Kamus meninggal dunia pada 15 Ramadhan 1441H bersamaan 8 Mei 2020 pada pukul 12.30 malam di kediamannya di Ampang.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

Disusun oleh : Tengku Yusuff

#KenaliUlamak


Antara tokoh-tokoh ulamak yang bergelar Tuan Guru Malaysia yang meninggal pada Hari Jumaat (gambar) :
  1. Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat pada malam Jumaat 12 Februari 2015. (gambar atas)
  2. Almarhum Tuan Guru Dato Dr. Haron Din pada Jumaat 16 September 2016.(gambar pertengahan)
  3. Almarhum Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus pada hari ini, Jumaat 08 Mei 2020 (gambar bawah terkini)
Pautan bahan bacaan yang lain yang berkaitan :-

Ini antara 34 mutiara kata...

https://normanhafizi.blogspot.com/2020/05/ini-antara-34-mutiara-kata.html

Friday, 1 May 2020

Ceramah : Hari Pekerja 1 Mei

Ceramah : Hari Pekerja 1 Mei 


Hari Pekerja 1 Mei | Ustaz Au'ni Mohamed


Ustaz Auni Mohamad - Rahsia disebalik 1 Mei - Hari Pekerja

Antara maklumat-maklumat yang penting : -
  1. Konspirasi Perang di Iraq tahun 2003 : Pertukaran Babylon Lama kepada Babylon Baharu di Amerika.
  2. MDCCLXXVI : 1776 (Penubuhan Negara Amerika Syarikat tahun 1776)
  3. Sistem Kod 660 Seksagacimal (kod Babylon lama) kepada Sistem Kod Berasaskan 10 (kod Babylon Baharu).
  4. Penubuhan Illuminati pada 1 Mei 1776 oleh Adam Weishaupt.
  5. Cuti pada Hari Buruh setiap tahun pada 1 Mei sejak dahulu sehinggalah sekarang.
  6. Ritual Beltane : Bayi dipersembahkan kepada Moloch oleh orang-orang Druids di England
  7. Bohemian Grove
  8. Ritual Kabbalah
  9. Konsep Trinity Mesir Purba : [Osiris + Horus + Isis]
  10. Hathor : Dewi Lembu (Jelmaan dari sisi feminin Dewa Ra) - Kepercayaan Mesir Purba
  11. Kitab Zohar, Siddur dan Machzor oleh pengikut Kabbalah
  12. Isu pembakaran Nabi Ibrahim a.s. pada zaman pemerintahan Namrud
  13. Penyaliban Nabi Isa a.s. oleh penentangan ajaran monotheism (menyembah Tuhan Yang Maha Esa : Allah s.w.t)
  14. Pope Francis (gambar)
  15. Lucifer
  16. Sun Disk [bentuk-bentuk yang wujud pada karaktor yang di dalam gereja dan juga pada Imam 12 (Syiah)]
  17. Gambar Gereja St. Peter
  18. Kisah Nabi Sulaiman a.s. yang menangkap ahli-ahli sihir serta menghapuskan kitab-kitab ilmu hitam
  19. Pembinaan Haikal Sulaiman (The Solomon Temple)
  20. Kedatangan Dajjal Laknatullah
  21. Books of Kings, Kings 7:13-14 dan Book of Chronicles, Chronicles 2:13-14
  22. King Hiram Of Tyre
  23. Adoniram : Menurut lagenda Freemason, Adoniram @ Hiram Abiff adalah arkitek yang membina Kuil Sulaiman. Ahli-ahli peringkat tertinggi Freemason masih menjalankan ritual bagi memperingati Hiram Abiff.

Saturday, 28 March 2020

Rock 4 : Rockers Never Dai


Intro for Rock 4 : Rockers Never Die

Walaupun ramai tak setuju dengan jalan cerita filem baharu ini, namun aku tetap sokong hasil buah tangan terbaharu daripada pengarah filem, Mamat Khalid.

Sinopsis Filem

Filem Rock 4 : Rockers Never Dai adalah sebuah filem baharu bereksprimentasi mengenai watak-watak baharu yang bukan watak ikon dan nostalgik (Zack, Amy Mat Piah, Jijoe, Zul Kapan, Black dan Slash). Watak-watak lama pelakon asal yang dikekalkan di dalam filem ini daripada ahli kumpulan asal Rimba Bara hanyalah muncul sebagai cameo seperti watak Jijoe (Khir Rahman Hassan), Che Man (Kamarool Hj Yusoff) dan Slash (Pekin Ibrahim). Watak Jijoe dan Che Man hanya muncul sebagai cameo seperti dalam mimpi (sewaktu Dio sedang koma) manakala watak Slash secara sepintas lalu di pasar malam (sebab kes dadah antara Dio dengan Slash yang menyebabkan watak Slash jadi panas baran di akhir babak filem Rock 3 : Rock Bro).

Tidak dinafikan bahawa, persada kumpulan Rock tanahair dari kategori otai cuma tinggal nama (dalam filem ini). Namun begitu, fokus filem ini adalah untuk menunjukkan bahawa bagaimana pemuzik zaman era dekad awal millenium (tahun 2000 hingga 2019) meneruskan perjuangan muzik mereka tanpa identiti dan jati muzik latarbelakang yang kukuh dan mantap untuk terus bersaing di persada seni Tanahair.


Rimba Bara II : Dari kiri - Rayyan, Seri, Omar dan Acap

Di awal pembabitan mereka, The Royal Slackers (Acap, Seri, Omar dan Rayyan) juga menghadapi masalah seperti kumpulan asal Rimba Bara yang perlukan pengalaman dari segi persembahan di hadapan khalayak ramai serta pemilihan lagu yang sesuai dengan majlis yang mereka sertai.  Mereka juga menghadapi masalah disiplin di dalam anggota kumpulan mereka sendiri iaitu Omar (juga mengalami ketagihan dadah) sehingga mengganggu persembahan pentas mereka.

Akan tetapi, seiring dengan perkembangan perjalanan semasa, muzik mereka ini semakin lama, semakin mantap kukuh. Ini adalah kerana apabila mereka telah diberikan panduan dan galakan serta bimbingan oleh pengurus mereka iaitu Dio Mat Lahab (watak utama filem ini). Akhirnya mereka telah menemui elemen muzik rock yang sesuai dengan perwatakan ataupun karektor muzik asal seperti daripada Rimba Bara.

Sedikit kredit juga telah diberikan oleh otai lama, Penyanyi Rock kental, iaitu Dato Awie (yang popular dengan band rocknya iaitu Wings) dengan mengilhamkan nama asal bagi menukar nama daripada The Royal Slackers kepada Rimba Bara II. Muzik rock lama tidak akan hilang kekentalannya apabila muzik tersebut sentiasa menjadi rujukan dan pilihan lagu 'cover' dalam setiap persembahan. Begitulah juga dengan corak muzik yang baharu ini yang dibawakan oleh 4 orang pemuzik anak muda ini dengan nama kumpulan baharu mereka itu Rimba Bara II.

Maka, pada akhirnya, mereka (Rimba Bara II) telah pun diberikan peluang dan tempat untuk mengadakan persembahan berskala besar seperti Jom Heboh bagi menggantikan kumpulan juara yang memenangi pertandingan Battle Of The Band iaitu Kasawari, yang tidak dapat hadir pada malam tersebut. Di dalam Battle Of The Band, mereka telah memperolehi tempat Naib Johan pertandingan. Maka di sinilah kemuncaknya kegemilangan muzik rock The Royal Slackers (kini Rimba Bara II) apabila mereka dapat membuat persembahan secara besar-besaran dan dirakam secara langsung di televisyen.

P/S : Filem ini tak sesuai ditonton oleh peminat watak-watak asal Rimba Bara dan sesuai bagi mereka yang ingin kelainan daripada filem Rock 4 versi baharu ini. Kepada pengarah Filem, Mamat Khalid, kalau ada sambung lagi filem ini yang kelima, elok guna nama baharu terus, Rimba Bara II. Nanti guna nama rock lagi, peminat asyik fikir watak lama Dan mereka takkan 'move on the next chapter in their own life'. Selain itu, harap perbaiki lagi mutu lakonan watak-watak baharu ini untuk filem seterusnya. Akhir kata, saya terhibur dengar lagu "Mad World" versi slow rock. (Sedangkan versi asal adalah genre pop 80an daripada Kumpulan kegemaran saya iaitu Tears For Fears. Tonton di sini https://youtu.be/lZ3_HlGrGIs). Tahniah dan syabas Mamat Khalid dengan kutipan filem yang kental pada zaman yang penuh mencabar ini. Tahniah sekali lagi diucapkan !


Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Rock_4:_Rockers_Never_Dai

Anda masih ingat lagi dengan dialog Rayyan dalam filem ini? Dia berhajat untuk buat persembahan bersama-sama dengan pemain gitar kumpulan Wings iaitu Joe. Semasa dalam babak filem itu, Rayyan bersama-sama dengan rakan-rakannya bersama dengan Dio berjumpa dan bertemu di rumah Dato Awie. Gelagat Awie ketika itu agak sedikit 'tercengang' bila Rayyan sebut tentang Joe Wings di hadapannya. Rupanya, Adam John sendiri telah pun merakamkan babak tersebut 4 tahun sebelum dia berlakon di dalam filem ini. Anda boleh saksikan video persembahan mereka tersebut di bawah ini. Sama-samalah kita saksikan !


Joe Wings dan pengantin baru Adam John 'jamming' lagu Awang Trasher dimajlis perkahwinan Adam.

Seperti yang pernah digambarkan dalam filem-filem terdahulu arahan Pengarah Mamat Khalid iaitu daripada filem diskografi Rimba Bara (sebuah watak kumpulan fiksyen filem ini) dari filem Rock (pertama), Rock Oo! (kedua) dan Rock Bro (ketiga).


Anugerah Juara Lagu 4 pada tahun 1989 

Kumpulan Rock, Search telah memenangi pertandingan ini dan menjadi juara pada tahun 1989. Di sinilah kemuncaknya era kegemilangan kumpulan-kumpulan Rock di persada seni tanah air, Malaysia. Search bukan sahaja telah menempa nama mereka di Malaysia, malah telah melebarkan perjalanan seni mereka sehingga di luar negara seperti di Singapura, Indonesia dan Brunei. Malah, nama mereka juga meniti di bibir para peminat rock dari negara matahari terbit iaitu Jepun. Lagu yang menjadi hits kumpulan ini sepanjang zaman ialah lagu Isabella. Malah, nama lagu ini juga telah diabadikan di dalam filem juga bertajuk 'Isabella'a dan telah ditayangkan di Malaysia pada tahun 1990 iaitu setahun selepas kemenangan yang mereka kecapi pada Juara Lagu 1989. Filem Isabella ini diterbitkan antara usahasama pengusaha filem antara kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Anda boleh tonton filem itu melalui pautan website itu di dalam blog ini, di sini > https://normanhafizi.blogspot.com/2020/03/filem-isabella-1990.html 


Search - Isabella (Live In Juara Lagu 89) HD


Search - Isabella (klip video)


Muzikal Search - Isabella 1989

Sebagai penutup, anda boleh tonton sebuah dokumentari berkenaan dengan perjalanan Search sebagai sebuah kumpulan pelopor muzik Rock di Malaysia suatu ketika dahulu. Al-fatihah juga diucapkan kepada pengasas Search iaitu, saudara Yazid yang telah pun meninggal dunia kerana disebabkan penderitaan dan kesakitannya akibat kegagalan buah pinggang yang berfungsi seperti biasa. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. dan ditempatkan beliau bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Al-fatihah.


Rock Kapak Episod 13 - menjejaki perjalanan muzik Kumpulan Search


"KEJATUHAN MUZIK ROCK KAPAK" 

- SEARCH DAN WINGS 'HALAL' SELEPAS DIPOTONG


P/S : Sebagai maklumat tambahan, sedikit info disampaikan sendiri oleh Ustaz Auni Mohamed berkenaan dengan info Muzik-muzik 89.


MUZIK MUZIK 89 | Ustaz Auni Mohamed

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...