Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Kesultanan Melayu Melaka. Show all posts
Showing posts with label Kesultanan Melayu Melaka. Show all posts

Saturday, 24 December 2022

20 DISEMBER 1424 UTUSAN SULTAN MELAKA MENGADAP MAHARAJA CHINA

 

20 Disember 1424 – Dalam tahun 1424, utusan sultan Melaka telah mengadap Maharaja negeri China iaitu Maharaja Hung Hsi di Istana baginda di Peking. Utusan Melaka ke China itu telah dihantar oleh baginda Sri Maharaja atau Sultan Muhammad Shah iaitu Sultan Negeri Melaka yang ketiga.

Dalam masa pemerintahan Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming, negeri China sering menghantar perutusan menerusi angkatan lautnya ke luar negeri khasnya ke negara-negara Asia dengan tujuan menunjukkan kebesaran serta keunggulan negeri China.

Apabila perutusan dari negeri China yang diketuai oleh Yin Ching tiba di negeri Melaka pada tahun 1403, Parameswara iaitu pemerintah Melaka yang pertama merasakan amat perlu untuk menjalin hubungan politik dengan Maharaja negara China untuk melindungi negeri Melaka dari ancaman Siam.

Ekoran dari itu pada tahun 1405 bermulalah sejarah hubungan Melaka dan China apabila Parameswara menghantar wakil perutusannya dengan mengikut rombongan Yin Ching kembali ke negeri China. Sehubungan itu, Maharaja Yung Lo telah mengiktiraf secara rasmi Parameswara sebagai pemerintah negeri Melaka. Utusan Melaka ke China yang pertama kali itu kembali ke Melaka dengan mengikuti rombongan perutusan negeri China yang diketuai oleh Cheng Ho.

Sejak itu negeri Melaka sering menghantar perutusan ke negeri China. Terdapat sebanyak 20 kali utusan Melaka ke China diadakan antara tahun 1405 hingga tahun 1435. 

Terdapat empat perutusan di mana Raja Melaka turut serta melawat negeri China iaitu :-
  1. Parameswara pada tahun 1411, 
  2. Megat Iskandar Shah pada tahun 1414 dan 1419, 
  3. Sri Maharaja atau Sultan Muhammad Shah pada April 1424 dan 1434.
Sesungguhnya perhubungan Melaka dengan negeri China mempunyai faedah bagi kedua-dua belah pihak. Negeri Melaka memerlukan hubungan baik dengan negara China untuk mendapat perlindungan terhadap ancaman Siam di samping menggalakkan perdagangan dengan negeri China. Manakala negeri China pula memerlukan Melaka sebagai satu pengkalan persinggahan bagi angkatan lautnya ke Lautan Hindi.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

28 OKTOBER 1403 UTUSAN MAHARAJA CHINA MENEMUI RAJA MELAKA


Tuesday, 13 December 2022

PENGINTIP KESULTANAN MELAKA YANG SYAHID DI TANGAN PORTUGIS

Salah seorang pengintip atau mata-mata dalam Kesultanan Melaka ialah Sang Naya. Ketika Portugis sudah menguasai Kota Melaka dan Sultan Mahmud Syah terpaksa berundur ke Johor, Sultan Melaka itu tidak menyerah kalah semata-mata. Baginda sentiasa berusaha untuk merebut kembali Kota Melaka. Ketika di Johor, melalui arahan Sultan Mahmud Syah, Laksamana Melaka iaitu Hang Nadim telah memerintahkan Sang Naya untuk menyusup ke Kota Melaka dan mengintip keadaan dalam Kota Melaka.

Sang Naya juga ditugaskan untuk menjalankan propaganda dan menghasut orang-orang yang ada di Kota Melaka untuk memberontak menentang Portugis. Sang Naya pun menjalankan tugasnya dengan penuh berani dan cemerlang. Beliau telah menghasut orang-orang di Melaka untuk memberontak bagi mewujudkan ancaman ke atas Portugis dari dalam Kota Melaka.

Namun, Sang Naya akhirnya tertangkap dan beliau telah dibunuh kejam oleh Portugis. Sang Naya telah diikat dan dibawa ke puncak benteng A Farmosa. Beliau kemudiannya dilemparkan dari atas benteng ke bawah. Dengan itu, beliau pun terkorban. Punca pihak Portugis berjaya menghidu aktiviti rahsia Sang Naya berkemungkinan besar disebabkan berlakunya pengkhianatan ke atas dirinya oleh orang-orang tempatan sendiri. Tidak diketahui di manakah Sang Naya dimakamkan. Barangkali di sekitar Benteng A Farmosa.

Sang Naya adalah tokoh yang tidak dikenali dan terpinggir. Namun peranannya dalam usaha membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah sangatlah besar.

Sumber : https://www.thepatriots.asia/pengintip-kesultanan-melaka-yang-syahid-ditangan-portugis/

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02y2q6LVzTgY3fzPeRo5pRmrVKKdCMycZMULgNMaUTZZEyJjefxigAJEH7S3h8n7Fml/?mibextid=Nif5oz

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

11 SEPTEMBER 1509 KETIBAAN ROMBONGAN LOPEZ DE SEQUIRA DI PELABUHAN MELAKA

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/09/11-september-1509-ketibaan-rombongan.html

Saturday, 29 October 2022

28 OKTOBER 1403 UTUSAN MAHARAJA CHINA MENEMUI RAJA MELAKA

 

28 Oktober 1403 – Pada tahun 1403, Maharaja Yung Lo, China telah mengarahkan Laksamana Yi Ch ‘ing mengetuai satu utusan menemui Raja Melaka, Parameswara. Hasil dari pertemuan itu maka bermulalah perhubungan perdagangan dan politik antara China dan Melaka.

Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming yang memerintah dari tahun 1402-1424 merupakan pemerintah yang bijak dan terkenal. Baginda telah menubuhkan sebuah Angkatan Tentera Laut dan melalui beberapa siri ekspedisi angkatan itu, China telah berjaya membawa beberapa negara tunduk di bawah naungannya dan ini menjadikan China sebagai sebuah negara yang berkuasa di Asia. Di antara bulan Oktober 1402 hingga awal Oktober 1403, Maharaja Yung Lo telah mengadakan hubungan dengan negeri-negeri di Asia Tenggara seperti Annam, Champa, Siam, Jawa, Majapahit, Acheh dan India Selatan.

Sejak itu utusan-utusan China sentiasa berulang-alik dan mengadakan lawatan ke negeri-negeri di Asia Tenggara. Hasil dari laporan lawatan tersebut, Maharaja Yung Lo mengetahui akan wujudnya Kerajaan Melayu Melaka. Berikutan itu, pada hari ini dalam tahun 1403, Yin Ch’ing pun dihantar untuk menemui Parameswara dengan membawa hadiah-hadiah yang mahal seperti emas, payung dan kain sutera. Parameswara menyambut baik kedatangan utusan China itu dan meminta supaya Melaka menjadi naungan China. Dengan hubungan persahabatan antara China dan Melaka ini, terselamatlah Melaka dari serangan Siam.

Maharaja Yung Lo mengakui Parameswara sebagai pemerintah Melaka dan Kerajaan Siam diberi amaran supaya jangan mengganggu dan menyerang Melaka. Melaka telah mendapat banyak faedah hasil dari hubungannya dengan China. Pada tahun 1409, China telah mengiktiraf Kesultanan Melaka. Pelabuhan Melaka menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang Islam dari Selatan India di dalam perjalanan mereka ke Siam dan Acheh.

Setelah menerima perlindungan politik dari Negeri China, peranan Melaka sebagai ‘entrepot’ menjadi bertambah pesat, disebabkan kehadiran lebih ramai pedagang asing. Melaka menjadi pusat perdagangan yang utama di Asia Tenggara. Hubungan antara China dan Melaka telah diteruskan oleh Sultan-sultan selepas Parameswara.

Apabila Melaka bertambah kuat dan menjadi sebuah Empayar, hubungan antara China dan Melaka bertukar menjadi hubungan diplomatik. Di zaman Sultan Mansor Shah, Maharaja China pada masa itu telah menghantar puterinya, Puteri Hang Li Po ke Melaka, untuk berkahwin dengan baginda. Melaka dan China teguh menjadi sahabat setia, sehinggalah kedatangan kuasa Barat yang mengubah segalanya.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

08 OGOS 1511 CONQUISTA DE MALACA


https://normanhafizi.blogspot.com/2022/08/08-ogos-1511-conquista-de-malaca.html


21 SEPTEMBER 1818 PERISTIWA INGGERIS MENYERAHKAN MELAKA KEPADA BELANDA


Tuesday, 11 October 2022

TANJUNG TUAN JAJAHAN SUNGEI UJONG


YTM Dato Klana Syed Abdul Rahman

Port Dickson Jajahan Sungei Ujong

Daerah Port Dickson atau dahulu dikenali Tanjung atau Arang adalah di bawah penguasaan Luak Sungei Ujong sejak abad ke-12. Port Dickson sebagai sebahagian Sungei Ujong boleh dijejaki menerusi pelbagai rekod-rekod bertulis sejak abad ke-13.

Selain Nagarakartagama, Sejarah Melayu ada menyebut Sungei Ujong pernah ditadbir oleh Bendahara Melaka Tun Perak dan Seri Nara Diraja Tun Ali.

Petikan Sejarah Melayu: "Adapun Sening Ujung itu dahulukala berbahagi dua dengan Bendahara; ada penghulunya."

Ketika itu, keluasan wilayah Sungei Ujong dipercayai meliputi Klang, Morib sehingga ke Tanjung Tuan (Port Dickson) lantaran kedudukan Bendahara Tun Perak yang menjadi penghulu Klang sebelumnya.

Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad pada 1880 pernah merujuk Sang Hyang Hujung (Sungei Ujong) sebagai kawasan yang menganjur dari Sepang sehingga Linggi, selari dengan kawasan Tanjung Tuan kini, atau ketika zaman British dinamakan sebagai Cape Rachado.

Ketuanan Luak Sungei Ujong ke atas Port Dickson diperkukuhkan menerusi pengiktirafan Lukut dan Sungai Raya sebagai kawasan pemerintahan YTM Dato' Klana Petra, Undang Luak Sungei Ujong menerusi Perjanjian Sempadan Sungei Ujong-Selangor pada 1880.

Sebelum itu, kedudukan daerah Port Dickson terbabit dengan pertikaian antara Sultan Abdul Samad dengan YTM Dato' Klana Petra Sendeng. Kedudukan Sungai Sepang pada asalnya adalah dalam Luak Sungei Ujong tetapi diduduki orang Bugis hingga ke Sungai Linggi. 


Makam YTM Dato Klana Sendeng

Sungai Linggi merupakan kawasan pemerintahan YTM Dato’ Kelana Petra Sendeng. Beliau bertanggungjawab terhadap kutipan hasil cukai bijih di kawasan itu. Dalam 1862, Dato’ Kelana Petra Sendeng menyampaikan bantahannya kepada Sultan Abdul Samad kerana Selangor menduduki Sungai Linggi dan Tanjung Tuan (Port Dickson) secara tidak sah. 

Ekoran itu, pada 1863 Raja Abdullah sebagai wakil Selangor berunding dengan Dato’ Kelana Petra Sendeng menyelesaikan pertelingkahan sempadan tersebut. Dalam rundingan itu, Raja Abdullah mengakui secara lisan bahawa Lukut dan Sungai Linggi adalah milik Luak Sungei Ujong.

Pada 30 Julai 1880 di Singapura, kedaulatan Lukut dalam Luak Sungei Ujong dipersetujui antara Sultan Abdul Samad, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman bin Syed Ahmad al-Qadri, Raja Bot bin Raja Jumaat (Raja Lukut) dan Raja Daud bin Raja Hussin (Penghulu Sungai Raya).

Dalam perjanjian sama juga, dipersetujui wilayah Lukut dan Sungai Raya ditukarkan dengan jajahan Sungei Ujong iaitu Kajang, Reko, Semenyih, Beranang, Broga dan Labu (Sepang).

Justeru, sememangnya seluruh daerah Port Dickson adalah di bawah pemerintahan YTM Dato' Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong sejak dahulu kala.

Sebagai tanda ketuanannya, YTM Dato' Undang Luak Sungei Ujong mendirikan balai hinggapnya di Teluk Kemang, tidak jauh dari Tanjung Tuan. Balai hinggap ini menjadi tempat persinggahan Dato' Klana Petra Maamor semasa Tanah Melayu di bawah pendudukan Jepun pada 1942 hingga 1945. 

Hal ini jelas menunjukkan keseluruhan daerah Port Dickson mempunyai rajanya iaitu YTM Dato' Klana Petra. Ketika ini, daerah Port Dickson dipertanggungjawabkan kepada Orang Besar bergelar dan berpangkat :
  • YM Dato' Johan Lembaga Waris Klana di-Hulu (menjaga Port Dickson dan Lukut)
  • YM Dato Maharaja Lela Lembaga Waris Klana di-Hilir (menjaga Port Dickson)
  • YM Orang Kaya Besar Dato' Muda Linggi (dato' bergajah tunggal yang menjaga Linggi)
Bagi kariah masjid-masjid di seluruh daerah Port Dickson kecuali mukim Linggi, ia diletakkan secara terus ke bawah kaus YTM Dato' Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong.
  • Nota 1: Akibat penjajahan Portugis sejak 1511, sebahagian kecil Tanjung Tuan (rumah api dan kawasan hutan simpan) kini menjadi sebahagian negeri Melaka sebagai wilayah asingan. Namun kawasan sekeliling Tanjung Tuan adalah kekal di dalam kekuasaan Luak Sungei Ujong.
  • Nota 2: Lukut termasuk kawasan Makam Diraja Selangor adalah di bawah jagaan YM Dato' Johan Lembaga Waris Klana di-Hulu
  • Nota 3. Kawasan Labu (Sepang) kini lebih dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIA. Tidak jauh darinya dalam sempadan Negeri Sembilan wujud Masjid Dato' Penghulu Menteri (dahulu Masjid KLIA) yang menjadi masjid adat Luak Sungei Ujong.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber :
  1. Sejarah Melayu
  2. D.F.A Hervey, Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society page 189-194.
  3. Balai YTM Dato' Undang Luak Sungei Ujong
  4. Portal Majlis Perbandaran Port Dickson
  5. Negara Kartagama: Masa Keemasan Majapahit oleh Ketut Riana, 2009
  6. Twitter @AshrafMhd oleh Ashraf Muhamad, 14 Disember 2018
  7. Perjanjian Sempadan Negeri Selangor dan Sungai Ujung 1880, wangsamahkota.wordpress.com, 2010
Allahumasolli Ala Saidina Muhammad..

Al-Fatihah 3X Buat YTM Dato Klana Sendeng & YTM Dato Klana Syed Abdul Rahman..

Lembaga Muzium Negeri Sembilan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Jabatan Muzium Malaysia Muzium Negara RASMI Muzium Negara RASMI Muzium Negeri Sembilan #kerajaannegerisembilan


Balai Hinggap YTM Dato Klana Maa'mor

Bahan-bahan bacaan tambahan yang perlu disemak kesahihannya bagi isu Sejarah Sungei Ujong sewaktu penjajahan Inggeris

10 Oktober 1874 – Pada tahun 1874, Datuk Kelana Sungai Ujung, Datuk Kelana Putera Syed Abdul Rahman Alkadri menaikkan bendera Inggeris dengan diiringi oleh tembakan meriam sebanyak 21 das. Upacara ringkas tetapi besar ertinya kepada penjajah Inggeris ini telah disaksikan oleh wakil Leftenan Gabenor Melaka, W.A. Pickering yang diiringi oleh sepasukan polis sepoi Melayu.

Upacara menaikkan bendera Inggeris yang menandakan bermulanya campur tangan Inggeris di Sungai Ujung secara aktif. Ini adalah ekoran dari permusuhan di antara pembesar-pembesar Sungai Ujung terutamanya Datuk Kelana dan Datuk Bandar Shahbandar Tunggal mengenai hasil mahsul negeri dan jawatan Undang.

Perjanjian Menerima Perlindungan Inggeris

Pada 21 April 1874, Datuk Kelana telah menandatangani satu perjanjian menerima perlindungan Inggeris ke atas Sungai Ujung di Singapura. Perjanjian ini telah menguatkan kedudukan Datuk Kelana. Bagaimanapun, apabila Raja Mahadi dan Raja Mahmud dari Selangor menawarkan bantuan kepada Datuk Bandar, Datuk Kelana merasakan kedudukannya tergugat.

Pada 24 September 1974, Datuk Kelana telah mengutus surat kepada Leftenan Gabenor Melaka Kapten Shaw untuk meminta bantuan.Sebaik saja menerima surat itu Kapten Shaw menghantar W.A. Pickering dengan sepasukan polis sepoi untuk membantu Datuk Kelana. Kehadiran Pickering membolehkan Datuk Kelana menaikkan bendera Inggeris pada hari ini dalam tahun 1874. Berikutan itu Kapten W.l. Tatham telah dilantik menjadi Penolong Residen dan Datuk Kelana terpaksa tunduk kepada nasihat dan arahan Inggeris.

#hariinidalamsejarah


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

PERISTIWA PADA 15 JUN 1832 : PERANG NANING BERAKHIR



06 OKTOBER 1894 UPACARA PERLETAKAN BATU ASAS BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD


Monday, 12 September 2022

11 SEPTEMBER 1509 KETIBAAN ROMBONGAN LOPEZ DE SEQUIRA DI PELABUHAN MELAKA


Gambaran pelukis apabila Lopez De Sequira tiba di Pelabuhan Melaka

Pada hari ini 11.09.1509 Diego Lopez De Sequira telah tiba di pelabuhan Melaka dengan rombongan kapalnya. Ini merupakan pertama kali dalam seiarah Melaka orang bangsa Eropah tiba di kota itu. Dan dengan ini juga bermulalah kedatangan Portugis ke Melaka yang kemudiannya menawan dan memusnahkan pusat perkembangan Islam dan perdagangan di rantau Melayu ini. Rombongan angkatan laut itu disertai oleh lima buah kapal armada Portugis. Ketibaan rombongan Lopez De Sequira telah disambut baik oleh pedagang-pedagang Cina yang ada di situ. Setelah berlabuh di pelabuahan Melaka lalu Lopez De Sequira telah menghantar jurubahasanya untuk ke darat untuk menyatakan maksud kedatangan mereka.

Jurubahasa itu telah disambut dengan meriahnya, dan Bendahara telah bersetuju untuk bertemu dengan Lopez De Sequira. Rombongannya diarak dengan gajah kerajaan dan segala kebesarannya ke Balai Penghadapan. Setelah mengadakan berbagai-bagai sambutan dan bertukar-tukar persembahan kedua-dua belah pihak telah bersetuju mengadakan perjanjian persahabatan dan perdamaian. Dalam perjanjian itu kedua-dua pihak bersetuju bahawa Sultan Melaka membenarkan dibina rumah-rumah untuk Raja Portugal di Melaka, membina gudang dan memberi jaminan keselamatan ke atas barang-barang. Semua kapal-kapal Portugis hendaklah dimuatkan barang-barang dagangan terlebih dahulu kemudiannya barulah dimuatkan ke atas kapal-kapal lain dan semua rempah-ratus serta candu yang diperdagang hendaklah dijual berdasarkan kepada harga tempatan. Bagaimanapun ketibaan rombongan Portugis yang diketuai oleh Lopez De Sequira ini amat dicurigai oleh pedagang-pedagang Islam Arab dan India.

Mereka telah berpengalaman dengan sikap orang-orang Portugis ini di Timur Jauh dan di India yang sentiasa mengancam perdagangan mereka. Oleh itu mereka menasihatkan Bendahara supaya bertindak ke atas orang-orang Portugis ini.

#sejarahhariini


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

08 OGOS 1511 CONQUISTA DE MALACA


Wednesday, 7 September 2022

06 SEPTEMBER 1418 ROMBONGAN UTUSAN RAJA MELAKA TIBA DI CHINA

 

Pada hari ini dalam tahun 1418, utusan Raja Melaka yang kedua Sultan Megat Iskandar Shah telah tiba di Peking. Rombongan Diraja ini adalah merupakan utusan yang ke-10 sejak negeri Melaka dibuka oleh Parameswara pada awal abad ke-15. Sepertimana utusan sebelumnya, utusan ini juga mempunyai tujuan yang sama iaitu bagi mengerat dan mengukuhkan lagi perhubungan antara Melaka dengan negeri China. Perhubungan diplomatik antara kedua-dua negara telah mula terjalin sejak tahun 1405 lagi iaitu selepas kedatangan utusan China ke Melaka yang diketuai oleh Laksamana Yin Ching.

Maharaja Yung Lo juga memberikan pengiktirafan kepada Kesultanan Melayu Melaka sebagai pemerintah yang sah serta mengiktiraf Melaka sebagai sebuah kerajaan. Di samping itu, perhubungan ini menjadikan Melaka sebagai negeri naungan China dan menggelakkan ancaman Siam terhadap Melaka. Sejak terjalinnya hubungan diplomatik tersebut, Melaka bukan sahaja terselamat dari ancaman musuh, malah membantu Melaka memantapkan lagi sistem pentadbiran dan memperluaskan lagi aktiviti perniagaan di rantau ini.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

05 SEPTEMBER 1465 HUBUNGAN PERDAGANGAN DI ANTARA RYUKYU DAN MELAKA


Tuesday, 6 September 2022

05 SEPTEMBER 1465 HUBUNGAN PERDAGANGAN DI ANTARA RYUKYU DAN MELAKA

 

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1465,  Maharaja  Ryukyu  yang  bergelar  Sho  Tako  telah  mengirimkan  utusan  dan  hadiah  kepada  Sultan  Mansur  Shah  di  Melaka. Utusan seramai empat orang ini telah diketuai oleh Ufuzatu.  Pengiriman hadiah  tersebut berupa  2,000  buah  mangkuk,  5  buah  kipas,  20  buah  tembikar,  5  bilah  pedang  dan  25  kodi  kain  sutera.  Maharaja  Sho  Tako  mengirimkan  hadiah-hadiah  ini  untuk  membalas  kiriman  hadiah  baginda  Sultan  Melaka.  

Ia  bertujuan  untuk  mengekalkan  hubungan  persahabatan  dan  perdagangan  di antara  Ryukyu dan Melaka.  Kali pertama Maharaja  Ryukyu menghantar  hadiah  serupa  ialah  pada  16  September  1463  dan  yang  kedua  pada  10  September  1464.  Hubungan  persahabatan  kedua-dua  kerajaan  ini  telah bermula  sejak   1462  lagi.  Setiap    utusan  yang  tiba  mengandungi  seorang  ketua  dan  penterjemah  bagi  memudahkan  segala  urusan  perniagaan  dan  perundingan.   

Hubungan  baik  kedua-dua  kerajaan  ini  telah terputus  apabila  Melaka  dijajah  oleh  Portugis.  Peristiwa  ini  memaksa  Ryukyu  mengalih  minatnya  dengan  mengadakan  hubungan  perdagangan  dengan  Pattani  yang  ketika  itu  menjadi   pusat  perdagangan  untuk  hasil  daripada  Siam,  China  dan  Jawa.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid0bVQo6AHbk79fTfPvUV8m4RFcdD8E46Et6PdRP96SWrjaD45rfPWGcK8d58KBsCy2l/

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

03 SEPTEMBER 1699 BERAKHIRNYA KESULTANAN MELAYU MELAKA DI JOHOR

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/09/03-september-1699-berakhirnya.html

Saturday, 3 September 2022

03 SEPTEMBER 1699 BERAKHIRNYA KESULTANAN MELAYU MELAKA DI JOHOR

SIMBOL JATA KESULTANAN JOHOR

03 September 1699 – Pada tahun 1699, Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil telah dilantik menjadi Sultan Johor yang ke sebelas dan bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Pelantikan baginda sebagai Sultan adalah bagi menggantikan Sultan Mahmud Shah II (Sultan Mahmud mangkat dijulang) yang telah dibunuh oleh seorang pahlawannya. Dengan pelantikan Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Johor, maka berakhirlah keturunan Kesultanan Melayu Melaka di Johor.

Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil adalah bendahara kepada Sultan Mahmud Shah II dan anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid. Beliau telah dilantik menjadi bendahara pada tahun 1697 setelah ayahandanya mangkat. Oleh kerana sikap Sultan Mahmud Shah II yang bengis dan ganjil, maka pembesar-pembesar istana sentiasa sahaja merujuk kepada Bendahara Tun Abdul Jalil dalam semua segi pentadbiran negeri.

Akhirnya, apabila Sultan Mahmud Shah membunuh isteri salah seorang pahlawan istana (Megat Seri Rama) yang sedang mengandung. Megat Seri Rama telah menyatakan sikapnya untuk membela kematian isterinya kepada pembesar-pembesar istana. Pembesar-pembesar istana yang bencikan sikap Sultan Mahmud Shah II menyatakan sokongan mereka dan akhirnya baginda dibunuh oleh Megat Seri Rama, pembesar-pembesar istana terus melantik Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Johor yang kesebelas.

Sultan Abdul Jalil telah memerintah negeri Johor selama 19 tahun, antara tahun 1699 hingga 1718. Semasa pemerintahan baginda beberapa pergolakan telah berlaku. Pada 1717, Raja Kecil Siak yang mengaku dirinya adalah waris Sultan Mahmud Shah telah datang menyerang negeri Johor. Raja Kecil Siak yang telah dibantu oleh orang laut Singapura dan Johor telah menyerang Panchor pada tahun 1718. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV telah mengaku kalah dan diampunkan oleh Raja Kecil. Baginda kemudian dilantik semula sebagai Bendahara setelah Johor jatuh ke tangan Raja Kecil Siak pada 21 Mac 1718.

#hariinidalamsejarah #arkibnegara

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid02MBrEQEnGabeyfHazSZyT68zrYwz2jY3PbsfYbZ43pK34gxJ9LE3z3Ny6BZji2vYgl/ 

Peta Empayar Johor Abad ke-16

Hak cipta oleh Lembaga Editorial Sin Chew Book Stores Private Limited, 187, South Bridge Road. Dicetak di Taiwan, Republik China, tahun 1977.

Sumber: National Archives of Singapore.

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid07boSs89LixXyhiQUf2tS3hbxHe9b7PZp1VgePz63ohz2rGZBK32mMsTDBykEmMfEl/

----------------------------------------------------------

Pautan artikel menarik yang berkaitan di sini :-

SULTAN MAHMUD MANGKAT DI JULANG

KISAH LAKSAMANA BENTAN DAN SULTAN MAHMUD SHAH II

https://normanhafizi.blogspot.com/2020/08/kisah.html

19th AUGUST 1818 COMMERCIAL ALLIANCE

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/08/19th-august-1818-commercial-alliance.html

Monday, 8 August 2022

08 OGOS 1511 CONQUISTA DE MALACA

 

Conquista De Malaca

08 Ogos 1511 – Pada tahun 1511, angkatan perang Portugis yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque berjaya menawan jambatan Bandar Melaka yang menghubung kedua-dua bahagian bandar Melaka itu.

Melaka pada masa ini diperintah oleh Sultan Mahmud merupakan sebuah empayar yang agung dan pusat perdagangan yang berjaya. Penduduknya dianggarkan seramai 200,000 orang dengan jumlah askar 20,000 orang.

Sebelum jambatan penting ini ditawan, de Albuquerque yang datang dengan 18 buah kapal perang dan 1500 orang askar lengkap dengan senjata moden meminta Sultan Mahmud membebaskan beberapa orang Portugis yang ditawan oleh Melaka sebelum ini, walau bagaimanapun permintaan itu ditolak.

Tentera Portugis dengan bantuan saudagar Cina telah berusaha untuk menawan bandar Melaka dan untuk tujuan itu jambatan yang membahagikan Melaka perlu dikuasai terlebih dahulu. Serangan hebat oleh tentera Portugis terhadap Melaka telah berjaya menawan jambatan Bandar Melaka tersebut, dan Melaka kini jatuh ke tangan penjajahan Portugis.

Sultan Mahmud melarikan diri ke Pahang dan anakandanya Sultan Ahmad melarikan diri ke Muar. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada hari ini dalam tahun 1511 menandakan berakhirnya zaman Kesultanan Melayu Melaka, serta merupakan titik bermulanya penjajahan barat di Melaka.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

The Old Fort Gateway Malacca

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid0Ech6DMmbaMqSBd5aRws4sZgM3oQxrAKP1uNtYXTQoqDP2tfWumaGAi19HjUCMu16l/

---------------------------------------------------------------

Alfonso de Albuquerque "The Great Conqueror"

“Dan aku yakin bahawa, jika kita rampas perdagangan Melaka dari mereka, Kaherah (Mesir) dan Mekah akan kalah sepenuhnya.”

Alfonso terkenal sebagai ‘The Great Conqueror’ dan dia sangat membenci Kaum Muslimin dan melakukan segala cara yang ada untuk memusnahkan negeri negeri Islam terutama di Asia, di antaranya India dan Kepulauan Melayu.

Setelah kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia pada tahun 1492 oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella, kesemua peradaban ilmu telah dikaut habis oleh mereka termasuklah ilmu navigasi, ilmu pembinaan kapal, astronomi dan geografi

Disebabkan itu juga para pelaut Eropah menjadi kaya raya dengan menjadi kerajaan atas keberhasilan menjajah Afrika, Amerika dan Asia. Termasuklah Alfonso, dia berangkat dengan kapal kapalnya dengan 3 tujuan misinya iaitu :-

  • Gold (harta), 
  • Gospel (agama), 
  • Glory (penaklukan).

Di antara cara cara untuk menjatuhkan negeri negeri Islam yang dilakukan Alfonso adalah dengan bekerjasama dengan pengkhianat untuk mengadu domba Umat Islam, kemudian membuat raja raja mereka untuk meminta bantuan dari Alfonso supaya melindungi kepentingan penguasa setempat.

Pada tahun 1507, Alfonso telah bekerjasama dengan Kerajaan Syiah Shafawiyah di Iran untuk melemahkan pertahanan Turki Uthmaniyyah di timur. Alfonso ketika ini berhasil menguasai Teluk Parsi-Laut Merah dan mengancam untuk menyerang Makkah dan Madinah lalu mencuri jasad Rasulullah.

Begitulah dendam mereka terhadap kerajaan Islam yang didominasi oleh Turki Uthmaniyah yang telah kuat di bahagian Eropah Timur dan Laut Mediteranian

Dalam Kitab Tarikh Al Khalij (Sejarah Teluk Arab), Dr Muhammad Mahmud Khalil mengatakan, “Alasan kukuh Portugis menjajah negeri teluk Arab adalah untuk memudahkan jalan menuju Mekah dan Madinah dari timur. Mereka ingin nama Muhammad hilang dari Jazirah Arab selama-lamanya.”

Oleh : Helmi Effendy --The Patriot--

https://www.facebook.com/701547676576843/posts/pfbid0kwcuED35woyjfd4pbctCHBqW1dsscw4Z51Foac6Ccg5io7eKzXUkf66jKgetXLo2l/?mibextid=Nif5oz

-----------------------------------------------------------------------

1957-2022 = 65 tahun Merdeka!

  • Kerajaan Islam Melaka dijajah Portugis 1511- 1641 = 130 tahun
  • Melaka dikuasai Belanda 1641-1824 = 180 tahun
  • British kuasai Tanah Melayu 1826 - 1957 = 131 tahun

Jangan lagi negara ini dijajah fizikal dan pemikiran oleh musuh!

Nukilan daripada 

- Muhammad Rajaie

https://www.facebook.com/225685927482720/posts/pfbid029LoJAXB1hEqwfGMiH99uvZ3CELeKE5EkVvfcxaAkZM7WYthVsUe7J4nwfxmpH4c1l/

-----------------------------------------------------------------------

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

11 SEPTEMBER 1509 KETIBAAN ROMBONGAN LOPEZ DE SEQUIRA DI PELABUHAN MELAKA

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/09/11-september-1509-ketibaan-rombongan.html

15 JUN 1832 PERANG NANING BERAKHIR

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/07/15-jun-1832.html

MENJEJAK SEJARAH MELAKA

https://normanhafizi.blogspot.com/2021/06/menjejak-sejarah-melaka.html

Saturday, 5 March 2022

02 Mac 2022

Bukan lagi Bukit St. Paul, kembali nama asal Bukit Melaka

Bukit St Paul di sini kini dikenali dengan nama asalnya Bukit Melaka. Gambar fail.

BANDAR HILIR 2 Mac – Bukit St Paul di sini kini dikenali dengan nama asalnya Bukit Melaka.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Mohd Nasruddin Rahman berkata, pihaknya sudah pun memasang papan tanda pengenalan atau papan arah yang menamakan ianya sebagai Bukit Melaka (Bukit St Paul).

Menurutnya, ia bagi mengelak kekeliruan yang timbul khususnya dalam kalangan pelancong yang datang bersiar-siar di sekitar kawasan itu.

“Memang nama asalnya ialah Bukit Melaka yang dinamakan sewaktu kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

“Namun apabila zaman penjajah, nama tersebut telah ditukar memandangkan ia terletak berdekatan gereja St Paul,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).


PELANCONG berkunjung ke Bukit Melaka.

Pelbagai pihak sebelum ini mengemukakan cadangan kepada Perzim agar menukar nama asal Bukit St Paul ke Bukit Melaka yang digunakan sewaktu Kesultanan Melayu Melaka dahulu.

Ujar Mohd Nasruddin, ia kemudiannya dibantah oleh kumpulan lain yang beranggapan penukaran nama itu akan menjejaskan lokasi atau kedudukan gereja St Paul di situ.

“Mereka ingat kita ubah nama Bukit St Paul akan tukar sekali nama gereja di situ, ia tiada kene mengena.

“Kini tiada apa-apa isu yang timbul dan kita sudah kembalikan nama asal Bukit St Paul kepada Bukit Melaka,” katanya.

Menurutnya, Perzim telah melengkapkan kertas kerja bagi menukar kepada nama asal Bukit Melaka dan tindakan kelulusan kerajaan negeri nanti.

“Cadangan menukar nama Bukit Melaka ini sudah dibawa ke pengetahuan kerajaan negeri cuma tinggal untuk mewartakan nama asalnya sahaja,” katanya.

https://www.melakahariini.my/bukan-lagi-bukit-st-paul-kembali-nama-asal-bukit-melaka/

-------------------------------------------------------------------------


Untuk pengetahuan YB Allex, sejarah yang lebih awal daripada St. Paul ialah Sejarah Kesultanan Melayu Melaka, yang menjadi pengasas kepada Melaka, malahan menjadi pengasas kepada pembentukan identiti kaum Melayu hari ini, sekurang-kurangnya di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera Timur.

Ia ialah sejarah yang perlu dibangkitkan, bukan sejarah dijajah oleh penjajah luar. Jika sejarah penjajahan yang dinaikkan, maka sepanjang masa lah kita kena kenang kejatuhan dan kelemahan kita.

Justeru itu, kerajaan Negeri Melaka perlu lebih kreatif dalam mengenang kembali kegemilangan keagungan ketamadunan Kesultanan Melayu Melaka yang menjadi kerajaan pemula kepada banyak kesultanan yang ada di alam Melayu ini, beridentitikan Melayu beragama Islam.

Kerajaan perlu memperbanyakkan kenangan berkenaan dengan bagaimana Pelabuhan Melaka menjadi pelabuhan entreport di zaman kesultanan Melayu Melaka dengan kebanjiran pedagang seantero dunia di Melaka. 

Pelabuhan yang dicatatkan menerima kunjungan lebih kurang 2,000 Jong dan perahu dagang dan terdapat lebih 84 bahasa dipertuturkan di pasar Melaka. Selain itu, bahasa Melayu juga menjadi bahasa pengantar atau lingua Franca di pelabuhan Melaka dan semua wilayah pelabuhan di alam Melayu ini.

Memang dah patutlah kita tukar nama-nama penjajah ni kepada nama asalnya. Bukit St. John kita tukar ke Bukit Senjuang (sejarahnya Bukit Pipi), Hereen Street tukar kepada Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jonker Walk sepatutnya ditukar kepada Jalan Upih.

Dari padang nyiru ke Upih, ada banyak lorong  seperti Jalan Tukang Emas, Jalan Tukang Kunci, Jalan Hang Jebat dan sebagainya. Sudah-sudahlah jadi anglophile dan penjilat kolonial, beraksilah selayaknya kita sebagai bangsa merdeka! 

#NornizamJamal #PendapatTP

https://www.facebook.com/108017138012139/posts/326105239536660/

Pendapat daripada para netizen di media sosial seperti di Facebook.


16,388 tandatangan sokong Bukit Melaka



Alhamdulillah, desakan rakyat, akhirnya. Alhamdulillah, identiti dan bahasa perlu dipelihara

https://www.facebook.com/119783238701436/posts/915666659113086/

Perkongsian daripada Ustaz Nazri menerusi Channel Explorasi Misteri Mistik (EMM) telah pun mengesahkan kembali nama Bukit di Melaka kepada nama asal. Ucapan tersebut dilampirkan di sini :-

🔊 Pengumuman. 

"Alhamdulillah ke hadrat Allah dimana pada harini pihak Muzium Melaka (PERZIM) telah menetapkan kembali nama asal Bukit St Paul kepada Bukit Melaka".

"Tahniah pihak PERZIM". 👍🏻

"Alhamdulillah segala usaha kita bersama untuk mengembalikan nama asalnya telah mendapat perhatian dan diizinkan Allah".

"Ini bukan usaha saya, Pn. Ita atau team EMM sahaja tetapi berkat doa dan usaha kita semua bersama atas dasar sayangkan sejarah bangsa".

"Pertahankan nama Bukit Melaka ini sampai bila-bila jika ada sesetengah pihak tak berpuas hati". Sekian.

Tuesday, 28 September 2021

Guru P. Ramlee


Sheikh Abdullah B. Haji Ibrahim @ Syeikh Abdullah Fahim
Dilahirkan di Mekah Al-Mukarramah
Pada tahun 1286 H / 1869 M dan Wafat pada
12 Zulkaedah 1280 H / 27 April 1961 M

Berguru dengan 
Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani
Dilahirkan di Kampun Sena Janjar
Pada 10 April 1856 M dan 
Wafat pada 11 Zulhijjah 1325 H / 14 Jan 1908

Khusus dalam bidang
Sastera Arab, Falak dan Siasah

Bersahabat dengan Tok Kenali Al-Kelantani

Syeikh Abdullah Fahim - Langkah Ilmu Falak 

Tuan Guru Abdullah Fahim adalah ahli ilmu falak, mahir meneliti sesuatu tarikh atau masa yang baik untuk seseorang melangkah yakni melakukan sesuatu tindakan .

Tanggal 31 Ogos 1957 adalah tarikh MERDEKA pilihan Tuan Guru, ternyata berkah Alhamdulillah, MA-63 berjaya dibentuk hanya 6 tahun setelah itu, segala proses berjalan lancar melalui suruhanjaya Cobbolt, semua negeri Koloni Inggeris (kecuali Brunei) satu-persatu tumbang ke tangan pribumi Melayu Islam Beraja yang berpusat di Kuala Lumpur, Selangor Darul Ehsan . 

Genap 40 tahun setelah tanggal 31 ogos 1957, terbinanya pula sebuah kota tamadun islam yang baharu iaitu PUTRAJAYA sisi rukun Hajarulaswad, Putrajaya dibina dengan hasrat mengembalikan kegemilangan era Kesultanan Melayu Melaka, kerana ia tidak sempat direalisasi oleh empayar Johor-Riau. Putrajaya satu-satunya kota pentadbiran Islam bagi Melayu Raya yang tidak membenarkan sebarang aktiviti pusat hiburan larut malam dan aktiviti perjudian, bahkan terbinanya pusat percetakan mushaf Al-Quran bertaraf dunia, begitulah berkahnya langkah permulaan kemerdekaan bagi Melayu Raya yang ditentukan tarikhnya oleh Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim . 

Adapun dahulunya, P.Ramlee juga adalah murid kepada Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim, usai berguru P.Ramlee mohon untuk ke Singapura menjadi anak seni, mula merantau ke Singapura pada pagi 1 Syawal selepas solat raya Aidil Fitri.  

Agak pelik langkah yang diambil P.Ramlee, mustahil seorang anak mahu tinggalkan 'Orang Tua' pada pagi 1 syawal jika tiada keperluan mendesak, sedangkan jiwa orang Melayu khasnya remaja bujang mengikat diri pada 1 Syawal bersama keluarga, mungkin tarikh itu dinasihatkan oleh Tok Guru Abdullah Fahim terhadap P.Ramlee untuk memulakan langkah perjalanan ke Singapura? atau mungkin juga Shaw Studio hantar Telegram untuk lekas ke Jalan Ampas? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui, yang pasti P.Ramlee telah berjaya menyumbang sesuatu buat perjuangan anak bangsa melalui dunia seni khasnya dalam usaha membentuk MALAYSIA-1963. 

Semoga Allah S.W.T menempatkan roh para pejuang kita dikalangan para solihin. Aamiin.

#BERSATU #KeluargaMalaysia #PrinsipNasional #TanahAirku


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Mengikut Rasul Dan Yakin Kepada Allah


Thursday, 29 July 2021

MENGERJAKAN IBADAH HAJI

BILAKAH ORANG MELAYU KALI PERTAMA MENGERJAKAN HAJI?

Gambar ilustrasi sekadar hiasan

Dakwah Islam telah sampai ke Alam Melayu pada abad ke-7 Masihi lagi seperti mana yang dinukilkan oleh Syed Naqib al-Attas, Sayyid Alwi bin Tahir Al Haddad, Hamka dan ramai lagi.

Kerajaan Islam pertama pula dicatatkan tertubuh pada abad ke-9 Masihi iaitu Kesultanan Perlak. Pada abad ke-12, Raja Kedah mula memeluk Islam. Pada abad ke-14 Masihi, Ibnu Battutah telah mencatatkan betapa kuatnya pegangan agama Islam oleh Kerajaan Samudera Pasai.

Dalam tempoh tersebut (abad ke-7 hingga 14), sudah pasti bangsa Melayu sudah pun menunaikan ibadah Haji di Mekah memandangkan ibadah Haji merupakan satu ibadah yang penting kerana termasuk dalam rukun Islam. 

Tambahan pula aktiviti pelayaran merupakan salah satu kepakaran bangsa Melayu suatu ketika dahulu sehinggakan pengkaji seperti Kevin Reilly dan Lynda Shaffer menulis bahawa pelayar-pelayar Melayu telah belayar ke Afrika sebelum Masihi. Malah Lynda Shaffer mendakwa selewat-lewatnya pada abad pertama sebelum Masihi, pelayar-pelayar Melayu telah menetap di persisir Laut Merah.

Namun begitu, tiada catatan sejarah tentang kedatangan jemaah Haji dari Alam Melayu dari abad ke-7 hingga 14 Masihi. Catatan terawal tentang kedatangan jemaah Haji dari Alam Melayu ke Mekah dicatatkan oleh Ludovico di Varthema, pelayar Itali yang hidup sezaman dengan Kesultanan Melaka.

Ludovico di Varthema yang tiba di pelabuhan Jeddah pada tahun 1503 telah mencatatkan bahawa beliau telah melihat rombongan jemaah Haji dari Alam Melayu (Nusantara) di Jeddah. Seterusnya pada tahun 1506, Ludovico di Varthema tiba pula di pelabuhan Kota Melaka. Beliau mencatatkan bahawa sebahagian orang Melaka berpakaian seperti orang Arab.

Tome Pires, penulis Portugis yang juga hidup sezaman dengan Kesultanan Melaka juga mencatatkan bahawa dua orang Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah dan Sultan Ala'uddin Riayat Syah meninggal dunia dalam persiapan untuk belayar ke Mekah bagi menunaikan Haji. Jika sultan yang sibuk dengan urusan pentadbiran negara pun pergi menunaikan Haji, apatah lagi para pedagang yang biasa belayar hingga ke Laut Merah.

Selain itu, seorang ahli akademik Harvard yang bernama Dr Barry Fell mendakwa dalam bukunya bertajuk Saga America bahawa terdapat penemuan satu perkataan yang ditulis dengan huruf Arab (Jawi) ditemui  terukir di sebuah gua di daerah Corinto, El Salvador iaitu perkataan “Katib Malaka Haji Mi Malayu”. 

Berdasarkan penemuan tersebut, Dr Barry Fell merumuskan bahawa seorang pelayar dari Alam Melayu telah sampai ke benua Amerika sebelum Columbus. Jika dakwaan ini benar, nama Katib Malaka Haji Mi Malayu (?) itu jelas sekali membawa maksud seorang penulis Melaka yang telah mengerjakan Haji.

Hasanuddin Yusof 

Maktab Penyelidikan 

Tamadun Alam Melayu dan Islam

https://www.facebook.com/410784619741191/posts/981595012660146/

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

PEGAWAI HAJI PERTAMA TANAH MELAYU

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/07/pegawai-haji-pertama-tanah-melayu.html?m=1

Tuesday, 13 July 2021

Hikayat Hang Jebat (هڠ جيبت)

Hang Jebat ialah Datok Bentara Kanan (Sahabat Akrab Hang Tuah)


Gambaran pelukis ilustrasi Potret Wajah Hang Jebat seperti yang dipamerkan di Muzium Istana Sultan Melaka


Gambaran ilustrasi pelukis dalam suatu pertarungan epik antara dua orang sahabat iaitu Hang Jebat (posisi menyerang) menghadap Hang Tuah (posisi bertahan)

Hang Jebat terkenal dengan ungkapannya, 

"Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah!"

Sasterawan Ali Aziz telah menghasilkan sebuah karya cereka Novel bertajuk, Hang Jebat Pelaku Terajidi. Kisah daripada novel ini telah pun diangkat dan dijadikan sebuah filem yang diterbitkan oleh Cathay-Keris dan diarahkan oleh Hussain Haniff pada tahun 1961.


Gambar : Allahyarham Seniman M. Amin (kiri) dan Nordin Ahmad (kanan)

NORDIN AHMAD DAN M.AMIN BERTARUNG 17 HARI KERANA HANG JEBAT

Setelah dilantik menjadi pengarah, Hussain Haniff memilih untuk mengarah cerita dari karya novel Sasterawan Ali Aziz yang bertajuk Hang Jebat Pelaku Terajidi. Hussain Haniff sememangnya terkenal dengan pendirian memberontaknya memulakan kajian terhadap naskah Ali Aziz ini dengan begitu teliti.

Hussain Haniff seorang yang sangat cerewet dalam berkarya, beliau suka memperlihatkan kesempurnaan dalam mempersembahkan hasil kerjanya. Para pelakon seperti Nordin Ahmad, M.Amin, Latifah Omar, Siput Sarawak dan Mahmud Jun dipilih untuk melakonkan watak-watak utama dalam filem ini. 

Penggambaran filem Hang Jebat dimulakan pada pertengahan tahun 1961. Selain penggambaran dalam studio, Hussain Haniff juga ada melakukan penggambaran di luar studio. Antara lokasi yang dipilih untuk menjalankan penggambaran filem ini termasuk di kawasan kampung Bedok Laut dan di sekitar pantai Tanjong Katong.

Semasa melakukan penggambaran babak akhir untuk aksi pertarungan antara Nordin Ahmad dengan M.Amin dalam filem ini, Hussain Haniff dengan seluruh tenaga kerja dan krew yang terlibat dikatakan telah berkampung selama tujuh belas hari di studio Cathay-Keris. Hussain Haniff juga telah mengarahkan dua pelakon utama yang terlibat turut berkampung di studio bagi menyatakan komitmen. Mahmud Jun yang bertindak sebagai koreografer silat turut bersama-sama berkampung di studio Cathay-Keris.

Menurut Mahmud Jun, beliau terpaksa bekerja keras untuk mencipta aksi pertarungan di antara Nordin Ahmad dengan M.Amin dalam babak akhir berkenaan. Nordin Ahmad mudah dibentuk oleh kerana beliau mempunyai asas dan kemahiran dalam persilatan. Berbeza dengan M.Amin yang tidak mempunyai apa-apa asas persilatan. Tetapi Hussain Haniff tetap mahukan M.Amin melakukan seperti apa yang Mahmud Jun lakukan walaupun M.Amin kelihatan agak sedikit kaku. 

Ternyata apabila menonton filem ini banyak aksi persilatan dan buah pukul yang sangat realistik dipersembahkan oleh kedua-dua pelakon berkenan. Sehinggakan menurut Mahmud Jun beliau mengalami bengkak di kaki kerana terlalu banyak bersilat ketika menjalankan latihan untuk mewujudkan satu aksi pertarungan yang ikonik dalam filem Hang Jebat. Begitu juga dengan Nordin Ahmad yang jatuh sakit akibat keletihan semasa menjalankan babak pertarungan dalam filem ini.

Apabila filem ini ditayangkan di pawagam, Hang Jebat telah mengejutkan seluruh peminat dan pengkritik filem Melayu pada ketika itu. Ramai yang beranggapan Hang Jebat merupakan karya paling terbaik dari Hussain Haniff dan di antara filem Melayu terbaik yang pernah dihasilkan oleh Cathay-Keris. Nama Hussain Haniff sebagai pengarah melonjak naik ketika itu sehingga mampu diangkat dan bersaing dengan filem-filem arahan P.Ramlee dari MFP. Kewibawaan Nordin Ahmad sebagai hero nombor satu Cathay-Keris juga sudah tidak boleh dinafikan lagi dengan lakonan yang agresif dan penuh jiwa yang ditonjolkan melalui filem Hang Jebat. 

Sehingga hari ini wajah Nordin Ahmad akan tergambar jika ada yang memperkatakan tentang sejarah yang dikaitkan dengan Hang Jebat.

Teks : HAR

Sumber :
  • Layar Perak Dan Sejarahnya - M.Amin & Wahba
  • Dari Keris Film ke Studio Merdeka - Hamzah Hussin
  • Berita Filem
  • Temubual bersama Dato' Mahmud Jun, Finas, 2001


TRIVIA ~ PERBEZAAN FILEM HANG TUAH & HANG JEBAT


Trivia - Perbezaan filem Hang Tuah & Hang Jebat. Memperkatakan nuansa dua buah filem yang naskah ceritanya mempunyai persamaan. Fakta dan perbezaan mahupun kelainan akan merujuk kepada dua buah filem ini. Kedua dua filem ini mengangkat cerita sejarah pahlawan Melayu dan kemudiannya diadaptasi ke dalam filem. Filem tersebut adalah filem Hang Tuah dan filem Hang Jebat.

Sumber lain : Hang Jebat versi Nordin Ahmad


Hang Jebat | 1961 (Color Version) - Full Movie



BENARKAH HANG JEBAT PEMBELA RAKYAT?

OLEH : Saufy Jauhary

Hang Jebat menjemput rakyat jelata masuk ke istana dan menjamu mereka semuanya makan. Hang Jebat juga mengarahkan pegawai menyembelih dua ekor lembu, sepuluh ekor kambing dan seratus ekor ayam untuk dijamu pada rakyat jelata. Tidak cukup dengan itu, Hang Jebat memecahkan bilik Perbendaharaan Negara dan mengambil semua harta-harta seperti intan, berlian dan emas yang tersimpan di dalam bilik tersebut untuk diberikan pada rakyat. Kata Hang Jebat, “Ini hak rakyat, aku akan kembalikan kepada rakyat!” Maka diberikannya harta-harta tersebut kepada rakyat yang hadir di istana tersebut, “Haa..ambil ini semua, ini semua hak kamu, ambil semua..ambil!!” laung Hang Jebat sambil mencampakkan permata kepada mereka semua. Kemudian ketika rakyat jelata memberi sembah kepadanya sebagai ucapan terima kasih, segera Hang Jebat menolak seraya berkata: “Jangan, jangan sembah aku! Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat…rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk memberi jasa kepada rakyat. Dan aku rela mati untuk rakyat. Kerana aku mahukan keadilan, keadilan, keadilan…!”

Begitulah dialog Hang Jebat yang dilakonkan oleh seniman Nordin Ahmad di dalam filem Hang Jebat tahun 1961. Dialog yang sungguh mempersonakan setiap orang yang mendengarnya. Lagak Hang Jebat bagaikan seorang wakil rakyat yang sedang memberikan khidmatnya kepada rakyatnya. Siapakah yang bergelar rakyat yang tidak akan terpesona dengan dialog tersebut? Tidak mungkin ada melainkan individu itu bukan seorang rakyat. Maka hasil daripada kejayaan filem ini ramailah di antara kita yang hingga kini menanggapi Hang Jebat sebagai wira rakyat lebih daripada Hang Tuah, kerana Hang Jebat membela rakyat sedangkan Hang Tuah hanya membela rajanya. Namun adakah watak Hang Jebat yang dilakonkan di dalam filem tersebut menggambarkan peribadi Hang Jebat yang sebenarnya di dalam sejarah?

Untuk mengetahui hal tersebut hendaklah diselidiki daripada dua sumber utama karya sastera agung bangsa Melayu iaitu Sulalatus Salatin/Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Mengapa dua karya ini perlu diambil kira? Kerana dua karya inilah sumber utama asal usul kisah keperwiraan Hang Tuah lima bersaudara. Jika nama Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya tidak ditulis di dalam dua buah karya ini maka pada hari ini masyarakat pasti tidak mengenal siapakah gerangannya yang menjadi laksamana dan panglima-panglima di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Sebenarnya di dalam karya-karya tersebut tidak ada petunjuk bahawa Hang Jebat membela rakyat. Bahkan Hang Jebat dilihat melakukan kezaliman kepada rakyat dengan melakukan pembunuhan sesuka hatinya. Tujuan Hang Jebat melakukan penderhakaan adalah semata-mata untuk membela kematian Hang Tuah yang telah dihukum bunuh oleh Sultan Melaka. Hal tersebut berdasarkan ucapan Hang Jebat di dalam Hikayat Hang Tuah: “Hai Orang Kaya Laksamana, keranamulah (Hang Tuah) maka aku berbuat pekerjaan ini. Pada bicaraku, engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup, demi Allah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan yang demikian ini.” Di dalam Sulalatus Salatin pula Hang Jebat berkata: “Hei Tuah! Adakah lagi engkau? Adalah sangka aku engkau sudah mati, maka aku mahu membuat pekerjaan terlanjur demikian ini.” 

Kezaliman Hang Jebat terhadap rakyat jelata dirakamkan di dalam Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah. Di dalam Sulalatus Salatin, dinyatakan bahawa Hang Jebat telah membunuh gundik raja dengan cara yang mengaibkan: “Maka dipandang oleh Hang Tuah gundik raja yang dibunuh dan dihiris Hang Jebat dari muka lalu ke farajnya dan ditelanjanginya; maka oleh Hang Tuah sambil bertikam itu dikuiskannya kain perempuan itu dengan kakinya, seperti diselimuti, tertutup semua tubuhnya.”

Manakala di dalam Hikayat Hang Tuah pula, setelah Hang Jebat ditikam oleh Hang Tuah, dengan nyawa yang masih bersisa Hang Jebat telah mengamuk dan membunuh segala rakyat jelata yang dijumpainya tanpa belas kasihan: “Maka Hang Jebat pun lalu keluar mengamuk di tengah pasar itu. Maka orang Melaka pun beribu-ribu mati dan luka daripada laki-laki dan perempuan. Maka negeri Melaka pun huru-haralah. Maka Hang Jebat pun masuk mengamuk daripada suatu kampung kepada suatu kampung, daripada satu lorong kepada suatu lorong, daripada suatu tempat kepada suatu tempat itu; banyak mati dan luka; keluar masuk membunuh seperti orang gila. Maka bangkai pun bertimbun-timbun, pada segenap lorong dan segenap kampung dan pintu dan jambatan penuh dengan bangkai. Maka hari pun hampir malam. Maka Hang Jebat pun keluar dari dalam negeri. Ia membunuh orang luar negeri seperti sewah menyambar ke sana ke mari. Maka rakyat isi negeri itu pun keluar dari negeri membawa anak bininya; setengah mendapatkan raja. Setelah baginda melihat demikian itu, maka baginda pun terlalu dukacita melihat rakyatnya demikian itu, seperti alah oleh musuh lakunya, masing-masing membawa dirinya ke sana ke mari. Arkian setelah genap tiga malam Laksamana khalwat itu, maka Laksamana pun hendak ke sungai. Maka dilihat oleh Laksamana Si Jebat mengusir orang di pasar itu, seperti helang menyambar ke sana ke mari. Maka Laksamana pun berseru-seru sambil berdiri melihatkan kelakuan Hang Jebat membunuh. Maka Laksamana pun berseru-seru dengan nyaring suaranya, katanya, “Hai Jebat, padalah engkau membunuh orang beribu-ribu ini, kerana engkau pun akan mati juga; sudahlah. Sekarang segala nyawa orang berpuluh-puluh ribu tiadakah tertanggung atas kepalamu?!” Arkian maka suara Laksamana itu pun terdengarlah kepada Hang Jebat; Hang Jebat pun segera datang mendapatkan Laksamana. Maka dilihatnya Laksamana ada terdiri. Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat, padalah engkau membunuh orang yang berpuluh ribu ini, kerana engkau pun akan mati juga!” Setelah Hang Jebat menengar kata Laksamana demikian itu, maka Hang Jebat pun segeralah menyembah kaki Laksamana, serta katanya, “Hai orang kaya, segeralah buangkan diperhamba. Daripada orang lain membunuh hamba, baiklah orang kaya mendapatkan tangan kepada diperhamba.””

Tindakan Hang Jebat membunuh ribuan rakyat jelata itu membuktikan bahawa Hang Jebat bukanlah pembela rakyat. Masakan orang yang membela rakyat tergamak membunuh rakyat jelata demi melampiaskan dendam semata-mata. Malah dialog Nordin Ahmad seperti di dalam filem Hang Jebat itu tidak ditemui di dalam kedua-dua hikayat. Dialog tersebut adalah rekaan pengarah filem tersebut iaitu Hussain Haniff. Menurut Hidir Ali Razali, pengarah Hussain Haniff telah terpengaruh dengan pemikiran seorang sasterawan bernama Ali Aziz. Ali Aziz telah mencipta teorinya di dalam penulisan bertajuk “Hang Jebat Pelaku Trajidi” (1960). Penulisan Ali Aziz ini telah memaparkan Hang Jebat daripada watak protagonis kepada seorang yang berwatak antagonis yang bersih dari kejahatan serta sahabat yang setia. Ali Aziz telah mengolah watak Hang Jebat dengan menarik hingga keberkesanan olahan dari Ali Aziz itu telah menarik minat seorang pengarah muda yang mempunyai sifat memberontak bernama Hussain Haniff untuk menterjemahkan penulisan tersebut ke layar perak. 

Filem sulong arahan Hussain Haniff ini telah mencetuskan satu fenomena baru dalam kalangan masyarakat Melayu pada ketika itu. Sebelum itu masyarakat Melayu seringkali didendangkan dengan kepahlawanan Hang Tuah dan penderhakaan Hang Jebat. Setelah Hang Jebat ditayangkan di pawagam dengan sekelip mata persepsi masyarakat ketika itu telah berubah. Menurut Ali Aziz kebanyakan yang tertulis di dalam buku-buku berkaitan sejarah Hang Tuah sebelum ini menyatakan kisah Hang Jebat menderhaka seringkali dilihat dari sisi tidak bersih, dan dari situlah tercetus ilham untuk beliau menulis kisah ini. Hal ini disebabkan Ali Aziz sangat terdedah dengan karya penulis tragedi seperti William Shakespeare antaranya Julius Caeser, Macbeth, King Lear, Hamlet dan Othelo.

Timbul persoalan, bolehkah kita menjadikan Hang Jebat sebagai simbol orang Melayu untuk tidak sentiasa hanya tunduk kepada Sultan dan pemerintah? Maka jawapannya tidak boleh. Pertama telah dibuktikan bahawa cerita Hang Jebat seorang pembela rakyat adalah tidak tepat, yang benarnya Hang Jebat adalah seorang penderhaka yang menderhaka kepada Sultan untuk menuntut bela di atas kematian sahabatnya. Tidak sepatutnya untuk menjadikan seorang penderhaka sebagai idola. Yang sepatutnya diangkat sebagai idola pastilah seorang tokoh yang mempunyai imej yang bersih, baik budi dan bukan orang yang berimej jahat.

Kedua, di dalam hukum syariat Islam, menjadi penderhaka kepada pemerintah adalah haram. Seorang pemerintah Islam itu wajib ditaati segala perintahnya selagi perintah tersebut makruf bukan perkara maksiat,bukan perkara yang merosakkan akidah dan akhlak. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam al-Quran:

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ 

“Hai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul-(Nya) dan ulil amri (pemerintah) di antara kalian.” [An-Nisaa: 59]

Juga sabda Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam:

 عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ، إِلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ، فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ، فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ

“Wajib atas seorang Muslim untuk mendengar dan taat (kepada penguasa) pada apa-apa yang dia cintai atau dia benci kecuali jika dia disuruh untuk berbuat kemaksiatan. Jika dia disuruh untuk berbuat kemaksiatan, maka tidak boleh mendengar dan tidak boleh taat.”

 [HR. Al-Bukhari (no. 2955, 7144), Muslim (no. 1839), at-Tirmidzi (no. 1707), Ibnu Majah (no. 2864), an-Nasa-i (VII/160), Ahmad (II/17, 142) dari Sahabat Ibnu ‘Umar. Lafaz ini adalah lafaz Muslim]

Daripada Abi Bakrah r.anhu, bahawa aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

السُّلْطَانُ ظِلُّ اللهِ فِي الْأَرْضِ، فَمَنْ أَكْرَمَهُ أَكْرَمَهُ اللهُ، وَمَنْ أَهَانَهُ أَهَانَهُ اللهُ

“Sultan (pemerintah) merupakan bayangan Allah di bumi. Barangsiapa yang memuliakannya maka Allah memuliakannya dan barangsiapa yang menghinanya maka Allah akan menghinanya.” [Riwayat al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman (6988)]

 [Hadith ini dinilai sahih oleh Imam al-Suyuthi di dalam al-Jami’ al-Saghir, 496/1]

Daripada Abu Hurairah r.anhu, bahawa Nabi s.a.w bersabda:

السُّلْطَانُ ظِلُّ اللهِ فِي الْأَرْضِ، يَأْوِيْ إِلَيْهِ الضَّعيفُ، وَبِهِ ينتَصِرُ المظلومُ، وَمَنْ أَكْرَمَ سُلْطَانَ فِي الدُّنْيَا أَكْرَمَهُ اللهُ يَوْم َالقِيَامَةِ

“Sultan (pemerintah) merupakan bayangan Allah di bumi yang mana orang yang lemah akan pergi kepadanya. Dengannya akan dibantu orang yang dizalimi dan barangsiapa yang memuliakan Sultan di dunia ini maka Allah akan memuliakannya di hari Kiamat.”

 [Lihat: al-Jami’ al-Saghir (4817)] [Imam al-Suyuthi menilai hadith ini sebagai hasan]

Kesimpulannya, tidaklah tepat tindakan sesetengah orang Melayu menjadikan Hang Jebat sebagai idola mereka. Tindakan Hang Jebat menderhaka kepada Sultan jelaslah bukanlah sifat yang mulia malah tidak menepati syarak. Hang Jebat bukan wira rakyat, Hang Jebat tidak pernah mengagihkan harta-harta negara kepada rakyat sebagaimana dalam filem Hang Jebat. Filem itu adalah sekadar filem dan telah diubah dan diolah dari fakta sejarah yang sebenar. Hendaklah rakyat khususnya orang Melayu Islam dan secara amnya rakyat Malaysia berbilang bangsa menumpahkan taat setia kepada kerajaan yang dipimpin oleh Yang Di-pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

SUMBER :-

1) Filem Hang Jebat (1961)

2) Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, A. Samad Ahmad (Penyelenggara), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

3) Hikayat Hang Tuah, Kassim Ahmad (Penyelenggara), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

4) Hidir Ali Razali: Hang Jebat Pelaku Terajidi. Siapa Ali Aziz? rencana Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik.


[Legasi Pemikir - LEKIR]



Hang Jebat Mausoleum in Malacca

Hang Jebat (Jawi: هڠ جيبت) was the closest companion of the legendary Malaccan hero Hang Tuah. Regarded in Malaysia as one of the greatest silat exponents in history, he is well known for his vengeful rebellion against the Malacca Sultan whom he served. He can also be regarded as an early Malay anarchist following his rebellion against the ruler.

Story

After Hang Tuah was sentenced to death, Hang Jebat was conferred the coveted Taming Sari kris, a weapon formerly used by Hang Tuah. Believing that Hang Tuah was unjustly murdered by the sultan he served, Hang Jebat turned against the ruler to avenge his friend's death. No one knew that the bendahara (chief minister) went against the royal decree and hid Hang Tuah in a remote area.

With the kris in his possession, Hang Jebat was undefeatable and there was not one person in the palace who was capable of killing him. Hang Jebat's revenge allegedly became a palace killing spree or furious rebellion against the sultan (sources differ as to what actually occurred). It remains consistent, however, that Hang Jebat wreaked havoc onto the royal court, and the sultan was unable to stop him, as none of the warriors dared to challenge the more ferocious and skilled Hang Jebat.

After learning from the bendahara that Hang Tuah was still alive, the sultan had him recall the warrior and gave him full amnesty. The sultan then ordered Hang Tuah to kill Hang Jebat. Being unquestionably loyal to the ruler, Hang Tuah obeyed the sultan's bidding and went on to challenge Hang Jebat. After fighting in a battle that lasted for seven days, Hang Tuah eventually managed to reclaim the Taming Sari by tricking Hang Jebat. Although stabbed by Tuah, Hang Jebat bandaged his wounds and ran amok in the city square for three days, killing thousands of people before retreating to Tuah's house and dying in his friend's arms.

Hang Jebat's famous quote during the fight was "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah" meaning "A fair king is a king saluted, a tyrant king is a king disputed." This went against Tuah's philosophy of loyalty without question.

After the fight, the sultan ordered his men to tear down, burn and throw the ashes of the house into the sea. Two months later, when a lady of the bendahara's retinue, Dang Wangi gave birth to Jebat's son, the sultan ordered Hang Tuah to throw the baby into the sea as well. Instead, the laksamana entrusted the child, Hang Nadim, to the bendahara. The child was then taken to Singapore where he was raised.

Source : https://en.wikipedia.org/wiki/Hang_Jebat


🔴 MERUNGKAI KEBENARAN HIKAYAT HANG JEBAT | MELAKA


Deskripsi daripada Studions Production : 

Menurut Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang telah dibunuh oleh Hang Tuah kerana derhaka dalam pertarungan yang memakan masa tiga hari tiga malam. Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang Tuah telah berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat. Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali ke rumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain Cindai dan kemudiannya memasuki kampung-kampung untuk mengamuk, membunuh sesiapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah.
Hang Jebat dikatakan telah membuat perhubungan sulit dengan seorang dayang istana bernama Dang Wangi. Ada kisah yang menyebut bahawa sebenarnya Hang Jebat telah bernikah dengan Dang Wangi dan semasa Hang Jebat terbunuh, Dang Wangi sedang hamil anak Hang Jebat. Hang Tuah kemudiannya menghantar Dang Wangi tinggal di Singapura untuk melahirkan dan membela anak Hang Jebat yang dikatakan bernama Hang Nadim. Dalam kisah Singapura Dilanggar Todak, budak bijak yang memberi pendapat supaya berkubukan batang pisang dari serangan todak dikatakan adalah Hang Nadim anak kepada Hang Jebat. Keberanian dan ketegasan Hang Jebat untuk mencari keadilan sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan menjadikan dia disanjung oleh sesetengah golongan sehingga ke zaman ini.
✅ Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi sejarah ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita.

Ungkapan katanya "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah!" menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman raja yang memerintah. ___________________________ ✅ Biografi: Nazri Salleh dan Puan Ita (akak) adalah perawat Islam yg telah menjalani proses pembersihan hati melalui zikir dan amalan surah-surah selama 40 hari pada waktu tahajud. Jadi bila berjaya melalui proses beberapa peringkat tersebut baru disanadkan jadi perawat Islam. Jadi dari situ Allah kurniakan sedikit kelebihan yang dipinjamkan untuk manfaat manusia tak kisah dalam apa jua perkara seperti merasa, melihat, dan mengetahui sedikit rahsia Allah yang Allah izinkan. ____________________________ Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan. _________________________
🔴Adakah anda ingin menyumbang dana kepada program explorasi ini? Sila klik link berikut:


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...