Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 19 August 2022

19th AUGUST 1818 COMMERCIAL ALLIANCE

 


SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS

Pada hari ini dalam tahun 1818, Perjanjian Ikatan Perdagangan (Commercial Alliance) telah dimetrai di antara Sultan Johor dan Syarikat Inggeris Hindia Timur. Perjanjian ini ditandatangani oleh Major William Farquhar bagi pihak Syarikat Hindia Timur dan Raja Muda Riau bagi pihak Sultan Johor. Antara lain perjanjian tersebut bertujuan untuk :

1. Mengukuhkan hubungan yang sedia wujud di antara Syarikat Inggeris Hindia Timur dan Paduka Sri Sultan Johor dan Pahang.
2. Memberi perlindungan kepada kapal-kapal dan barang dagangan Syarikat Hindia Timur yang memasuki pelabuhan Johor, Pahang, Linggi dan Riau.
3. Memberikan perlindungan yang sama kepada kapal-kapal dan barang dagangan Paduka Sri Sultan Johor di Pelabuhan Fort Cornwallis dan lain-lain pelabuhan yang dikuasai oleh Kerajaan Inggeris.
4. Menghadkan kuasa Sultan daripada menandatangani perjanjian dengan lain-lain negara, badan-badan awam dan orang perseorangan.
5. Menghalang Paduka Sri Sultan memberikan jaminan perdagangan kepada mana-mana pihak, samada orang perseorangan, kumpulan, orang-orang Eropah, Amerika atau orang-orang tempatan.
6. Mewujudkan keamanan dan persahabatan bagi keselamatan urusan pelayaran dan perdagangan kedua belah pihak.

Dengan termetrinya perjanjian ini hari ini dalam tahun 1818, wujudlah hubungan di antara Syarikat Inggeris Hindia Timur dan Kerajaan Johor.

#hariinidalamsejarah #Johor


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

17 JUN 1862 : PERJANJIAN PAHANG DAN JOHOR


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...