Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday 4 August 2022

17 JUN 1862 : PERJANJIAN PAHANG DAN JOHOR

 

17 Jun 1862 – Pada tahun 1862 satu perjanjian di antara Pahang dan Johor telah ditandatangani. Dalam perjanjian ini Bendahara Pahang iaitu Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir telah diwakili oleh Wan Koris (Bendahara Muda), manakala Temenggong Abu Bakar Seri Maharaja Johor, menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak Kerajaan Johor.

Di antara syarat-syarat perjanjian ini ialah :
  1. Johor dan Pahang mengaku bersahabat dan bantu-membantu jika diserang oleh musuh; Temenggong Abu Bakar hendaklah membantu Wan Koris (Tun Koris) dan pengganti-penggantinya apabila dikehendaki;
  2. Jika berlaku perselisihan di antara kedua belah pihak, hendaklah diserahkan kepada Kerajaan Inggeris untuk menyelesaikannya;
  3. Pulau Tioman (yang dahulunya di bawah pemerintah Pahang) dan pulau-pulau yang di Selatan daripada Pulau Tioman itu diserahkan kepada Kerajaan Johor, dan
  4. Di darat pula kawasan tanah bagi negeri Johor diperluaskan lagi ke utara hingga ke Sungai Endau dan Sungai Endaulah menjadi sempadan di darat antara negeri Johor dengan negeri Pahang
Dengan perjanjian ini Temenggong Abu Bakar terikat untuk membantu pihak Tun Mutahir dalam peperangan dengan adiknya, Wan Ahmad (Peperangan Saudara Pahang – 1857-63) untuk merebut takhta Kerajaan.

Bagaimanapun, peperangan ini akhirnya dimenangi oleh Wan Ahmad, dan pada 10hb Jun, 1863 orang-orang besar Pahang mengangkat beliau menjadi Bendahara pemerintah Pahang bergelar Bendahara Seri Wak Raja.

#hariinidalamsejarah


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Maharaja Abu Bakar Sebagai Bapa Johor Moden


4 JUN 1895 : Maharaja Abu Bakar



Kisah Maharaja Abu Bakar Johor Diminta Memujuk Maharajalela Menyerah Diri

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...