Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Imam Al-Ghazali. Show all posts
Showing posts with label Imam Al-Ghazali. Show all posts

Tuesday, 6 April 2021

"WALAU SEHEBAT MANA"

Arkib : 1 Februari 2021

Gambar : Sekadar hiasan

 "WALAU SEHEBAT MANA"🌹

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan.

Di sisi mereka terletak sebotol arak. Kemudian Hasan berbisik dalam hati,

"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".

Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam.

Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi terus terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas.

Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.

Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,

"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".

Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. 

Maka lelaki itu berkata padanya,

"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak".

Hasan al-Basri terpegun lalu berkata,

"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan"

Lelaki itu menjawab,

"Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan"

Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.

Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.

Jika Allah membukakan pintu puasa sunat,

janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.

Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita.

Ilmu Allah sangat amatlah luas.

Jangan pernah taksub dan sombong pada amalanmu.

Walau sehebat mana diri kita jangan pernah berkata, "Aku lebih baik daripada kalian"

YANG..

Yang singkat itu - "waktu"

Yang menipu itu - "dunia"

Yang dekat itu - "kematian"

Yang besar itu - "hawa nafsu"

Yang berat itu - "amanah"

Yang sulit itu - "ikhlas"

Yang mudah itu - "berbuat dosa"

Yang susah itu - "sabar"

Yang lupa itu - "bersyukur"

Yang membakar amal itu - "mengumpat"

Yang ke neraka itu - "lidah"

Yang berharga itu - "iman"

Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati"

Yang ditunggu Allah SWT itu -"taubat"

- Imam Al Ghazali -

https://www.facebook.com/100001961725237/posts/4870973682977974/

Semoga Bermanfaat 

Kita Bukan Sesiapa Tanpa ALLAH S.W.T. Alhamdulillah

Saturday, 31 March 2012

Subhanallah ! Lelaki Mengaji Dalam Keadaan Koma (video_


Subhanallah, Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan.

Apa juga kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah s.w.t. akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar.

Saksikan video Lelaki Mengaji Dalam Keadaan Koma bawah ini...


Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan

"apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti"

Betapa malunya kita di hadapan Allah s.w.t. apabila kita berkelakukan tidak senonoh di hadapan Allah s.w.t. di Akhirat nanti.

Semoga Allah s.w.t. memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik di hadapan Allah s.w.t. nanti, Aamiin Ya Rabbal Alamin.



Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...