Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Sunday, 25 December 2022

CARA KIRA DIVIDEN ASB

ASB FINANCING

CARA KIRA DIVIDEN ASB 2022


=======================
  • 4.60% + 0.50% (30K pertama)
  • Jika anda ada RM30K ke atas, dividen anda 4.60% + RM150
  • Jika anda ada RM30K ke bawah, dividen anda 5.10%
Contoh : 
  • Siapa ada ASBF RM10,000 yang bermula dari bulan Januari 2022, dividen anda ialah 5.10% x RM10,000 = RM510✅
  • Siapa ada ASBF RM30,000 yang bermula dari bulan Januari 2022, dividen anda ialah 5.10% x RM30,000 = RM1,530✅
  • Siapa ada ASBF RM100,000 yang bermula dari bulan Januari 2022, dividen anda ialah (4.60% x RM100,000) + RM150 = RM4,750✅
  • Siapa ada ASBF RM200,000 yang bermula dari bulan Januari 2022, dividen anda ialah (4.60% x RM200,000) + RM150 = RM9,350✅
Nota kaki : 
  1. Dividen penuh akan diberikan kepada mereka yang dah cukup setahun atau 12 bulan.
  2. Jika anda bermula dari bulan 3, anda hanya layak dapat dividen 10 bulan sahaja.
  3. Jika anda bermula dari bulan 7, anda hanya layak dapat dividen 6 bulan sahaja.
  4. Ini kerana dividen ASB dikira berdasarkan jumlah baki terendah setiap bulan dalam setahun.
  5. Buat kiraan sendiri. Contohnya ada RM30,000 bermula 01/05/2022. Dapat dividen 8 bulan sahaja. 5.10% x 30,000 x 8/12 = RM1,020✅
  6. Walaupun kita bersedih sedikit kerana dividen agak rendah tetapi masih berbaloi dengan risiko yang kecil serta masih memberikan pulangan yang baik kepada para pelabur. 
  7. Bagi yang buat ASB biasa, ketahuilah bahawa anda tiada kerugian langsung.
  8. Bagi yang buat ASBF ASB LOAN, selagi dividen masih di atas kadar keuntungan atau bank rate, anda masih dalam mode untung. Jika sebaliknya, anda kena buat gameplan baru.
  9. Jom pandang ke hadapan. Simpanan dan pelaburan kita bukanlah hanya untuk tahun ini sahaja.
  10. Bagi yang ada mengambil ASBF ASB LOAN, anda bertuah kerana mungkin dapat dividen yang lebih besar berbanding mereka yang menyimpan di ASB biasa jika kita bandingkan dengan simpanan yang sama setiap bulan dalam tempoh setahun. 
  11. Ini kerana saya yakin mereka yang simpan secara biasa majoritinya mungkin ada terlepas simpanan mereka dalam beberapa bulan berbanding anda yang konsisten membayar ansuran ASBF ASB LOAN. Inilah beza sebenar ASB biasa dan ASBF ASB LOAN. Karakter anda konsisten telah dibentuk dan hasil akhir simpanan pasti lebih besar jika dibandingkan dengan mereka yang menabung secara biasa di ASB. 
  12. Jika mereka yang masih bertanyakan di manakah beza ASBF ASB LOAN dan ASB biasa, di situlah perbezaannya. Bab kira-kira akan menyusul. Stay tuned 😉
Dah faham? Mohon sharekan.🤗 Tahniah buat semua yang dapat dividen ASB tahun ni. Terbaekk.😍👏🏻

P/S : Tips ASB, ASBF, ASB LOAN saya banyak kongsikan disini. Boleh follow rapat-rapat ya.🤗 


#AfzaShalqimie #NotaKewanganAfza



ASB 10-year dividend history source from The Edge

=======================


Agihan pendapatan ASB sebanyak 4.60 sen sunit dengan bonus 0.50 seunit bagi 30,000 unit pertama.

Terdapat 3 jenis individu yang menyimpan di ASB
  1. Terus simpan dividen dan pokok
  2. Keluar dividen, simpan pokok
  3. Keluar keseluruhan
Anda yang mana?

P/S : Admin individu 1. Masuk ASB tak keluar dah. Biarkan dia membiak. Korang?


=======================


Ini nasihat kewangan untuk orang muda :
  1. Kalau belum buka akaun tabung haji, pergi buka akaun TH. Takkan kau tak nak pergi haji kan. Buka RM1,300.
  2. Buka akaun ASB, simpan duit dalam tu. Nak advance sikit pergi buka ASBF. Sijil 50K baru RM275 sebulan (terpulang kepada komitmen masing-masing)
  3. Cari pendapatan sampingan. Sekarang ni banyak part time boleh buat, ada Grab Food, Food Panda dan macam-macam.
  4. Ambil satu medical plan, tak payah yang juta-juta pun takpe, kalau tak mampu. Perempuan coverage RM150K tiap tahun, baru RM75.
  5. Baca buku kewangan. Tambah ilmu pengetahuan. Tapi kalau takde feel baca buku, pergi seminar kewangan. Sekarang ni dah banyak.
  6. Buku tak nak, seminar tak nak, kau baca je dekat facebook dan blog-blog usahawan. Banyak ilmu free.
  7. Kalau kau ada kawan yang bijak kewangan. Pergi menuntut ilmu dengan dia. Belanje kopi secawan. Kalau aku, belanja mamak jadilah.
  8. Sedekah sekurang-kurang nya hari Jumaat. Jangan rasa takut untuk memberi, sebab Allah Penjamin Rezeki.
  9. Bagitau awek/pakwe belanja makan, wayang asing asing. Jangan gelabah nak gentle bagai. Kalau gentle, kahwin terus.
  10. Pergi mohon PRS. Ada ramai ejen dekat luar sana yang boleh bantu.
  11. Buat unit amanah, buat mana yang mampu. Cash pun boleh. Market best untuk sauk sekarang.
  12. Kurang kan bakar duit sendiri, yakni MEROKOK. Terjaga kesihatan sama. Duit pun save.
  13. Jangan gelabah nak hype sana sini. Hidup di bawah kemampuan. Takyah terpengaruh dengan trend instafamous.
  14. Kalau rasa motor elok lagi dan rasa diri lelaki. Pakai je motor dulu, minyak pun jimat.
  15. Dapatkan perlindungan gaji atau takaful nyawa sebagai perlindungan. Ada je RM38 sebulan, boleh cover RM50K.
  16. Buat jadual menyimpan. Sekarang macam-macam apps dekat telefon pintar untuk pantau simpanan.
  17. Rajin rajin memasak dekat rumah. Masak nasi berlauk. Bawak bekal pergi kerja. Jangan kedarah Maggie je, kesian perut.
  18. Usahakan bayar PTPTN tu. Nama pun hutang, orang lain nak guna jugak, takkan kau je sedap.
  19. Bab niaga, jangan malu. Tak buka mulut, kita tak tau. Takyah nak kutuk member niaga. Support dorang.
  20. Bezakan kehendak dan keperluan serta kemahuan yakni nafsu.
*DISCLAIMER*: Nama pon nasihat, rasa bermanfaat & sesuai, boleh la ambil. Gambar sekadar hiasan.

cdt: el faris hanafi

############
Jom join channel telegram kami untuk info menarik hibah, wasiat, pengurusan harta dll. Klik link di bawah


PEM AG ID130238


=======================


ASB adalah antara kaedah bagi menambahkan kekayaan Bumiputera - terutamanya mereka dalam golongan B40 dan M40.

Namun trend kadar dividen asas ASB yang rendah selepas PRU14 masih berterusan.

Pembayaran dividen asas dibuat daripada pendapatan bersih ASB dimiliki pemegang-pemegang unit manakala bonus dan bonus tambahan dibayar daripada dana proprietari milik PNB sendiri atas budi bicara syarikat. 

Jika kita terlebih bergantung pada bonus bagi menaikkan jumlah dividen tahunan setiap kali dividen asas rendah maka rizab PNB akan terhakis sehingga ianya tidak mampu lagi untuk membayar bonus pada masa hadapan.

Harap kerajaan baharu dapat memulihkan ekonomi dan merangka semula dasar pelaburan PNB agar dapat menaikkan semula kadar dividen asas ASB.


=======================


Video Penerangan Ringkas Mengenai Cara Kira Dividen ASB

=======================

Pautan artikel tambahan berkaitan yang lain :-

MUDAH DAN RINGKAS, INI CARANYA MENGIRA DIVIDEN DAN BONUS ASB 2022



Berniaga dengan melabur /menyimpan di ASB adalah 2 perkara berbeza dan bukan perbandingan yang adil.

Pemikiran macam itu yang membuatkan orang mudah terjebak dengan skim cepat kaya.



17 OKTOBER 2001 PELANCARAN AMANAH SAHAM NASIONAL 3


Friday, 16 December 2022

TIPS BUAT DUIT POKET DARI TANAM SAYUR KELILING RUMAH

Tip Macamana Isteri Buat Duit Poket Dari Tanam Sayur Keliling Rumah

Saya ada satu cerita.

Saya tinggal di kampung di Muar, Jobor. 178km dari bandaraya Kuala Lumpur. Isteri saya berasal dari Klang. Dibesarkan di bandar. 

Tetapi dia ni berjiwa kampung. Satu masa dulu masa baru kahwin saya pernah lihat dia duduk sendiri di satu sudut. Rupanya dia sedang asik tengok semut dan siput babi berjalan. Di kampung perkara itu biasa. Tapi bagi dia satu perkara yang luar biasa. 

Hari ini setelah lebih 20 tahun kami bersama. Cintanya pada kampung makin mendalam. Sebenarnya dia seorang guru, baru kerja setahun ikut saya ke UK. Balik dari UK dia jaga arwah mak saya yang perlu pemerhatian kesihatannya. Itu sebab dia tak kerja. Lagipun anak kami sembilan orang. 14 kali satu hari berulang alik hantar anak pergi balik sekolah. 

Sebenarnya orang perempuan ni lebih cekap dari lelaki. Saya bukakan dia bisnes catering. Boleh tahan juga banyak job kerja kahwin bila cuti. Tapi semua dah pekerja buat sebab dah 7 tahun kami buka. Bukanlah besar tapi cukuplah pusing gaji pekerja. Setiap minggu masakan 2K-3K untuk 3 event. Kami memang tak ambil banyak-banyak. 

Hari ni bukan saya cerita nak puji. Tapi saya fikir saya harus berkongsi. Ketika ramai yang bermasalah dengan ekonomi yang makin mencabar. Saya kongsikan tip bagi wanita di luar sana yang boleh buat duit dari tanam sayur tepi rumah. Lebih lagi kalau duduk kampung. Boleh juga bantu suami untuk keperluan keluarga. 

Tip buat duit dari tanam sayur.
  1. Pertamanya perlu ada kehendak dan kemahuan. Sistem fertigasi tak sesusah mana.  ianya boleh dijalankan oleh seorang wanita. Tak ada perkara yang berat-berat. Sambil ambil anak dari sekolah dan memasak boleh ada projek fertigasi sendiri. Mulanya isteri buat dari suka-suka sekarang sudah menjadi hobi. 
  2. Pada mulanya isteri saya menanam sayur hanyalah untuk riadah. Rasa relax bila melihat sayur menghijau. Niatnya bila ada sayur boleh sedekah kat jiran-jiran dan guna sendiri sebab sayur kami tak ada bahan kimia. Sihat untuk dimakan anak-anak. 
  3. Jadi aktiviti kami anak beranak. Pagi-pagi pergi kebun dapatkan peluh. Anak-anak tolong bersihkan kebun bila hari cuti sekolah. 
  4. Kini isteri saya menanam lebih 10 jenis sayuran di kebun kecilnya. Ada timun, timun jepun, petola, cili besar, cili padi, terung, cemur, tomato, sawi, kangkung, bendi dan lain-lain yang diselang selikan. 
  5. Hampir 3 tahun kami menanam. Pembekal berebut nak ambil sayur kami kerana segar dan kurang menggunakan racun kimia dan banyak menggunakan racun organik. Itu tanggungjawab kita supaya yang membelinya lebih sihat. 
  6. Buat wanita di luar sana. Jika serious mungkin setengah ekar je tanah anda boleh menjana sama dengan gaji cikgu gred 48 hanya berkebun part time. Boleh cari duit jajan. Sayur boleh petik petang atau pun pagi. 
Apa tidaknya sekali hantar sayur dapat RM300. Sebulan dah berapa. Dah ada duit sikit boleh panggil kawan-kawan kampung tak ada kerja upah petik cili dan lain-lain kerja. Kalau dah OK, suami pun boleh bersara awal fokus berkebun.

Saya bukanlah sifu dalam pertanian. Tapi bolehlah berkongsi macam mana pasang sistem fertigasi. 1000 polybeg kalau buat sendiri modal cuma 3-4K je. Masalahnya macam mana nak buat sendiri. Sebenarnya senang. Asal tahu konsep boleh je minta tolong abang, adik, jiran buatkan. 

Jangan suka lagi

Jangan kata semua tu tak ada modal. Tentu ada modalnya, tapi terpulang masing-masing macam mana nak pusing-pusing. Jangan buat banyak dulu. Buat 500 polybeg je dah cukup. Dah pandai jaga pokok boleh buat besar lagi. 

Sebenarnya baik kalau boleh jumpa dan ajar macam mana nak buat sistem fertigasi juga tanam sayur. Tapi saya faham masalahnya masa dan jarak ke Muar jauh. Lebih lagi masa ni  Saya percaya ramai yang minat bertani walaupun kecil-kecilan kat belakang rumah. Dari semak baik diusahakan. 

Dari hobi sebenarnya boleh jadikan pendapatan.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

KENAPA SAYA BERKEBUN ?


https://normanhafizi.blogspot.com/2022/12/kenapa-saya-berkebun.html

Saturday, 10 December 2022

KENAPA SAYA BERKEBUN ?

Arkib : 18 Oktober 2022

 

KENAPA SAYA BERKEBUN ?

  1. Umur saya sudah meningkat tua. Masuk dah pintu 40 dah mula sakit-sakit kaki. Kandungan gula tinggi. Apa sahaja option yang saya ada. Saya perlu menjaga kesihatan. Saya perlu berpeluh. Nak harap saya berjoging memang tak lah. Seminggu berhentilah tu sebab tak ada motivasi. Jadi jalan lain saya perlu berkebun. Alhamdulillah amalan sihat selain tak makan nasi, tak minum air manis dan berkebun kadar gula turun.
  2. Saya rasa relax dari stress. Ada masalah pun rasa tenang je bila tengok daun-daun hijau. Saya mesti ambil kesempatan beriadah dengan berkebun dan menghasilkan sayur. 
  3. Pada mulanya saya menanam sayur sekadar suka-suka. Boleh buat lauk sendiri. Paling kurang boleh sedekah kat jiran-jiran. Lepas tu bawa sebakul timun dan terung kat masjid. Lepas tu ada orang datang rumah nak beli. Jual sikit-sikit. Lelama dapat juga duit jajan budak pergi sekolah dan mendatangkan pendapatan.
  4. Aktiviti berkebun dapat mengeratkan hubungan keluarga. Saya jadikan aktiviti keluarga bila semua anak-anak cuti sekolah. Mereka ramai-ramai turun dan membantu. Sekurang-kurangnya mereka tahu bekerja. 
  5. Sambil petik terung ke, kemaskan rumput ke dapat idea tentang bisnes. 
  6. Kita dapat belajar yang rezeki Allah ini sangat luas. Kalau kita nak, kita berusaha Allah pasti makbulkan.

#CoachBahar #JomSihat 

https://www.facebook.com/1549534296/posts/pfbid0hS2J6SiLNrdyBQfLZATgU1Z7JZXQzazcVmrUX5VUVPhkeT7EgqpCx4p6TM9641Qzl/?mibextid=Nif5oz

----------------------------------------------------

ARKIB : 2 TEMPAT BERLANGSUNG SERENTAK 

SEMINAR FERTIGASI SECARA BERSEMUKA

Tarikh/hari :  29 OKTOBER 2022 (sabtu)
Tempat : Dimpian Agro Farm,MUAR JOHOR
Yuran : RM250 (TEORI & PRAKTIKAL)
Link pendaftran : https://coachbaha.onpay.my/order/form/109

Tarikh/hari :  29 OKTOBER 2022 (sabtu) 
Tempat : SEKSYEN 8 , BANDAR SHAH ALAM
Yuran : RM 180 (TEORI SAHAJA)

Kini kembali lagi untuk seminar fertigasi. Setiap slot kali ni kami hanya buka untuk 50 SLOT SAHAJA.

Best nya seminar ni kami bukan ajar secara teori sahaja malahan secara fizikal. Kami akan ajar dari cara nak semai anak benih hingga lah sampai nak tuai hasil tanaman.

Jadilah petani yang luar biasa. So apa tunggu lagi jom daftar sekarang. Ingat slot adalah TERHAD.

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp staff sy lyza (TEORI DAN PRAKTIKAL)


Sebarang pertanyaan boleh whatsapp staff sy lyna (TEORI sahaja di Shah Alam)



Pautan artikel lain yang berkaitan :-

GAME DAGING


Thursday, 29 September 2022

RAHSIA PETANI KAYA VS. PETANI MISKIN

Arkib : 26 Mei 2022

 

Kebun Pisang

Rahsia Petani kaya vs petani miskin

"Aku tanam pisang tapi aku tak jual pisang. Aku jual kerepek pisang. Baru boleh beli kebun berekar-ekar" Itu yang wak tu cerita dengan saya.

Saya tinggal di kampung 178 km dari bandar kota Kuala Lumpur. Kampung saya di Muar. Datang Muar pagi-pagi boleh makan satey dan mee rebus. Tengah hari boleh cuba asam pedas parit jawa atau belangkas masak lemak. Malam korang cari ikan bakar tepi sungai Muar.

Hari ni saya nak cerita sikit. Saya terinspirasi cerita seorang sahabat saya panggil Wak Reng. Masa mudanya dia kerja di Kuala Lumpur sebagai tukang rumah. Pada umur 40an dia balik ke kampung semula. Dia mulakan berkebun kecil-kecilan. Dia pajak dulu tanah orang tumpang tanam pisang dan setelah 5 tahun diserahkan balik pada tuannya bila anak sawit dah besar. 

Banyak saya belajar dengan wak. Walaupun orang kampung tapi ilmunya tinggi. Dia boleh beli kebun berekar-ekar kerana pisang tanduk sahaja.

"Tanam pisang lebih baik dari melabur ASB"

Itu Wak Reng yang cakap. Jangan marah dulu baca apa yang saya nak tulis. 

Formula tanam pisang tanduk :-

  • Satu ekar 43500 kakipersegi.
  • Pisang tanduk ditanam dengan jarak 7 kaki x 7 kaki
  • Satu ekar dapat 850 pokok. 
  • Pisang tanduk berbuah antara 9-12 bulan. Senang cerita setahunlah.

Satu tandan pisang bergantung pada penjagaan. Dapat antara 10kg-15kg. Kalau kurang penjagaannya dapat 5 kg je. Jangan amalkan 7T (Tanam, Tak Tengok-Tengok, Tinggal...Tunggu Tuai). Panjagaan kena serious. 

OK jom kita kira

  • 850 pokok x purata berat 10kg sepokok
  • 8.5 ton dijual secara borong kepada pembekal RM5 sekilo
  • Semusim RM42,500 / ekar

Kalau dibuat kerepek bagaimana kiranya ?

  • 1 kg kerepek pisang tanduk perlukan 3kg pisang.
  • 8500kg/3 = 2800kg kerepek
  • 1kg kerepek dijual borang dengan harga RM30 = RM84,990

Jadinya kalau tanam 5 ekar berapa 

RM424,950 !

Banyak sangat tu, tipulah.  Kalau dapat RM200K pun dah banyak kan.  

"Cukup ke tanam 5 ekar untuk order tiap-tiap hari? "

wak jawab "Aku sekarang ada 30 ekar. itu pun tak cukup. aku perlukan 5 ton seminggu. Itu pun akak ko je yang buat. kalau ada pekerja memang pisang tak cukup"

Kesimpulan

  1. Saya nasihatkan jangan tengok sangat kiraan kat atas kertas. Tapi perlu ada asas. Jika tidak bagaimana wak ni boleh beli kebun berekar-ekar. Relax je mengeteh tiap hari.
  2. Semua perkara ada masalahnya sendiri, ada risiko. Takut monyet, takut orang curi, takut penyakit pisang. Kita tawakal dan usaha sungguh-sungguh. 
  3. Nak jadi petani kaya kena maksimumkan pendapatan. Buat jadi produk. Belajar buat marketing. Selagi Malaysia ni ada manusia tak pindah plenet lain. Sumber makan pertanian ni mesti laku. 
  4. Percaya boleh tak percaya pun boleh. Ini semua cerita atas kertas. Belum kira banjir, ribut, orang curi, pokok mati layu atau sekarang nak goreng kerepek beli minyak pun tak dapat. Saya cuma ceritakan je. Duduk diam je pun masalah. 
  5. Saya juga penjual kerepek. Kalau ke Muar berhentilah beli kerepek saya di Dimpian Agro Farm.

Coach Bahar

#PetaniKampung #BertindakBeranganTakBawaAndaKemanaSila


Buah Pisang yang telah siap dipetik daripada kebun


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

Kekayaan Yang Harus Ditinggalkan

Tuesday, 5 July 2022

Bitcoin Hit $300k

Arkib : 20 Jun 2022

Bitcoin hit $300k lepas halving 2024, betul ke? 

Jom kita lihat kat mana kedudukan Bitcoin sekarang dan berapakah harga Bitcoin selepas Halving 2024 nanti.

Saya kongsikan perjalanan saya dalam dunia kripto sejak 2013/2015 sehingga sekarang.

Saya tahu pasal Bitcoin tahun 2013 masa harga RM54 tapi saya tak beli, masa tu saya cakap kat diri saya, saya nak baca dulu biar faham, last last tak faham jugak😬 sebab saya tak beli Bitcoin (saya bagi contoh sama macam kita baca pasal kereta la, kita asyik baca jer psl kereta itu tapi kita tak miliki pn kereta itu, jadi macam mana kita tak faham dan nak feel pasal kereta itu kan?

Akhirnya tahun 2015 baru la saya beli #bitcoin pada harga RM1,040 masa itu harga ini dah kira mahal dah.

Melihat kepada peluang yang besar dalam dunia Fintech & Blockchain ini, saya mula berkongsi dengan masyarakat tentang kepentingan dan kelebihan kita menyimpan Bitcoin berbanding dengan instrument lain.

2016 saya mula mengajar & buat seminar berkenaan Bitcoin & Fintech sehingga lah ke hari ini saya masih lagi mengajar, saya mengajar bukan sebab saya pandai, saya mengajar sebab ingin berkongsi pengalaman saya, apa yang saya tahu dan juga sebab saya takut saya lupa apa yang saya dah belajar. 

Nak tahu peluang pulangan pelaburannya?
Jom tonton video penerangan saya ini.
Prediction ini base kepada Bitcoin Rainbow chart

Tapi ini bukan nasihat kewangan ya!

1st time buat video kt tiktok https://vt.tiktok.com/ZSdWcA3Sh/?k=1
Maaf atas kekurangan 🙏🏻

Nak video tutorial Kripto? Anda boleh ke beranikripto.com

#DukKampungTakpeJanjiAdaCrypto #MyCryptoversity #beranikripto #kelaskripto #belajarkripto 
#Bitcoinmalaysia #wagmi


Pautan artikel lain yang berkaitan :-

BELI BITCOIN


Saturday, 25 June 2022

Kekayaan Yang Harus Ditinggalkan

Arkib : 30 April 2022

Penemuan kekayaan baru yang kini harus ditinggalkan 

  1. Tahun 70an, Malaysia yang ketika itu baru menerima kemerdekaan telah menemui kekayaan baru. Kekayaan baru yang saya maksudkan adalah penemuan minyak yang memberi hasil utama kepada negara.
  2. Bukan sahaja di Malaysia tetapi terjadi di banyak negara termasuk di Afrika, yang menemui emas. Mereka ketawa terbahak-bahak. 
  3. Kerajaan tidak perlu bersusah payah dan negara menjadi negara yang banyak duit dari hasil penemuan kekayaan baru itu. Apa tidaknya tak perlu buat apa-apa cuma sedut je minyak dari tanah, diproses dan dijual semula. Ketika itu kita bangga dengan kekayaan baru tersebut.
  4. Pertanian dan penternakan yang satu ketika dulu menjadi asas kepada negara disepikan sedikit demi sedikit. Negara tidak lagi fokus mengeluarkan hasil pertanian dan penternakan kerana alpa dengan kekayaan-kekayaan baru. 
  5. Nikmat yang Allah beri di bumi Malaysia ini selama ini tidak dihargai sepenuhnya. Kekayaan negara tidak difokuskan dengan membangunkan asas makanan rakyat. Duit menjadi murah. Pemimpin berfikir, sayur, buah dan daging boleh beli dengan murah dari luar. Tak perlu dibangunkan. Lebih baik memikirkan dan menumpukan kepada negara industri. Buat kereta, buat kapal selam, nak jadi angkasawan pergi ke bulan. Kaji itu dan ini sedangkan apa yang depan mata tidak diuruskan dengan baik. 
  6. Industri petanian menjadi industri yang terkebelakang dan tidak selari dengan kemajuan negara yang nak buka kilang kereta terbang. 90% sumber makanan di import dari luar negara. Anak-anak muda di kampung lari ke bandar malu berkebun di belakang rumah, kotor, kolot dan dipandang kelas rendah.
  7. Setiap kali raya korban, lembu tak cukup ambil dari Thailand. Sayur datang dari negara jiran. Sampai kita tak mampu nak bela kambing sendiri. Kambing akikah pun kita import dari Australia berkontena sampai sekarang. 
  8. Bila dah senang, idea-idea cepat kaya timbul. Baik tanah di kampung ditanamkan sawit. Sekarang mereka tebang sawit dan tanam Musang King. Lepas ni tak tahu mereka tanam apa lagi cepat kaya, ganja kot boleh (wallahualam).
  9. Kajian demi kajian dari universiti dan agensi jadi kajian atas kertas yang tidak turun ke masyarakat. Jadi rahsia mereka dan berbangga dengan kertas kerja dan thesis setebal batu bata tetapi langsung tidak boleh digunakan dibawah. 
  10. Yang lepas jangan dikenang. Jangan disalahkan sesiapa lagi. Kini kita sudah di zaman 'kebiasaan yang baru'. Kita perlu banyak bekerja dari banyak bercakap. 
  11. Hasil pertanian dan penternakan negara penting. #WabakCovid19 memberi kita pengertian sebenar yang kini kita perlu menjaga diri kita. #KitaJagaKita. Kita perlu keluarkan hasil penternakan dan pertanian yang maksimum untuk negara kita dan rakyatnya. Kita perlu merancang dan melaksanakan sebaik mungkin. Kita perlu gunakan kajian yang tersimpan berpuluh tahun dalam peti besi. Dibongkar dan digunakan. 
  12. Turun ke bawah, ajarkan petani kita bagaimana menghasilkan hasil pertanian yang tinggi. Tingkatkan mereka dengan ilmu. Beri mereka dron untuk pantau dan membaja. Hentikan peruntukan buat reban, beri baka lembu, beri anak pokok, beri baja sabsidi. Itu cara 100 tahun dulu. 
  13. Galakan orang kampung buat pertanian berkelompok. Buat satu kampung satu pertanian atau satu penternakan. Aturkan orang ni buat makanan lembu, orang ni jaga anak lembu, orang ni gemukan lembu. Buat rantaian industri pertanian. Baru boleh jadi. Beri orang kampung teknologi dan dalam masa yang sama kawal harga kebun, harga pemborong. Jangan ada orang tengah yang jadi penyangak. Beli cili sekilo RM6 dari pekebun jual RM20 sekilo dipasar.
  14. Tamatkan penyelewengan. Ini bukan nasihat. Ini cuma luahan dari seorang anak kampung. Bukanlah pandai sangat tapi kerajaan perlu mengambil berat dengan masa depan. jadilah dan hiduplah dalam realiti. Jika kekayaan-kekayaan itu satu harinya nanti habis seperti bijih timah, bijih besi yang dulu menjadi hasil bumi utama kita. Tidak mustahil minyak yang kita gali ini lama-lamanya juga habis.
  15. Rakyat di suruh susah, kerajaan juga perlu berfikir 'kita di zaman susah'. Hentikan pembaziran yang mengarut. Nak import ini dan itu. Apa yang depan mata kita pun kita belum habis buat secara maksimum. 

Pautan artikel lain yang berkaitan :-

Matmatik Kebun


Sunday, 15 May 2022

LUNA Oh ! LUNA


'Life savings' evaporate as major cryptocurrency collapses 98%

KISAH LUNA YANG TAK BERMAYA

Antara punca saya tak beli kripto adalah kerana saya tak faham the value of the asset. Mungkin kerana saya memang kurang pandai. Asset yang saya beli hanya hartanah, jam dan saham. 

Saya faham macam mana pasaran hartanah bergerak. Saya faham sikit bagaimana nak value syarikat dan saham mereka. Saya faham harga jam berapa yang saya nak kena beli supaya tak rugi bila jual balik. Tapi saya langsung tak faham bagaimana orang berikan value kepada kripto. 

Benda yang saya faham, saya beli. Benda yang saya tak faham, saya tak beli. Sebab tu bila ada sifu kewangan suruh jual semua hartanah untuk beli emas pada tahun 2010, saya tak ikut sebab saya tak setuju dengan pendapat beliau. Nasib baik saya tak ikut pendapat beliau, sebab kalau saya ikut saya takkan dapat buat RM5 juta dari property bullrun tahun 2011-2015. 

Ini pandangan saya :
  1. Sifu dan ikon juga boleh salah dan buat silap. Jangan follow membabi buta. Duit kita bukan duit dia. Dia mungkin okay je rugi RM50,000 beli kripto seperti Luna atau saham Serba Dinamik tapi kita tak mampu rugi begitu. Jangan ikut sebarangan.
  2. Jangan follow hype dan buy tips dari WhatsApp. Jangan beli benda yang kita tak faham cerita penuh.
  3. Faham asas dulu baru beli dan baru invest. Saya ambil masa 10 tahun nak betul-betul faham pasaran hartanah dan saham.
  4. Fahami perbezaan stable dan speculative aset. Jangan letak lebih dari 10% dari aset /simpanan cair ( liquid aset / savings) dalam speculative aset macam kripto atau saham goreng. 
  5. Stable aset ni boring tapi selamat. So far belum pernah beli hartanah yang jatuh harga more than 10%, naik lagi ada la. Dan beli tanpa modal. 
  6. Dari melabur kat benda yang kita tak faham, saya cadangkan anda pergi melancong sahaja. Boleh buat memory bersama keluarga. Lagi bagus kalau dapat melancong free guna OPM. 
Bak kata pelatah melayu moden, tak hensem takpe, janji jangan jadi lembu 😅

P/s : Kalau mahu juga Luna. Beli sahaja pensel kaler Luna, dan lepas tu lukis gambar Luna Maya. 

#UnfairAdvantage #KisahLuna #SayaSukaLunaMaya 
#OrangTamakDanTakFahamMemangAkanKenaSembelih

Rujukan sepenuhnya di sini :-


--------------------------------------------------------------------

ON LUNA
°°°°°°°°°°°

Sebelum Crash (kiri) vs. Selepas Crash (kanan)

Dua hari lepas Abe bereksperimentasi dengan pelaburan crypto. Awas, Panjang ❗️

Sebelum tu Abe reverse kembali sebulan nan lalu. 

Bulan lepas, Abe pergi jumpa client unit amanah Abe. Dia ni kira tinggi juga ilmu pelaburan shariah dia.

Abe pun tanyalah dia, Ustaz, boleh ke kita invest dalam kripto ni?

Dia pun terangkanlah kat Abe, digital asset lah, check dulu kat website sama ada halal lah, dan sebagainya.

Abe pun kata baiklah, Abe faham. Takde ragu-ragu sangat dah dalam hati ni.

#DuaHariLepas

Dua hari lepas Abe berkumpul satu family sebab nenda Abe meninggal.

Pada malam tu, selepas jenazah dikebumikan, ada satu adik Abe ni dia memang dah lama melabur kripto. 

Katanya geng Petronas banyak yang melabur kripto. Biasalah geng Petronas power-power belaka! (Jekk sikit 🤣).

Pastu dia pun ceritalah pasal satu coin ni namanya Luna. Bukan Luna Maya okay?

Katanya sebulan dua lepas, harga Luna ni 120 USD. Pada masa kami berbincang tu, harganya sekitar 2.5 USD.

Abe pun katalah, apa kata kita guna duit yang kita kumpul setiap bulan untuk manage hartanah family kita dan kita labur dalam Luna ni?

Adik Abe dan dua orang adik Abe lain pun kata kita cubalah. Berapa nak labur?

#LessThan2000Rial

Abe pun kata kita labur amount we are willing to lose je. Kita kan ada puluh-puluh ribu?

So Abe kata 2000 maksima. Pecah pada empat bahagian.
  • RM 500 kita beli Luna ni at USD 2.0
  • RM 500 kita beli Luna ni at USD 1.5
  • 500 lagi antara 70 cents dan 80 cents. Dapatlah harga 0.778
  • Dan finally 500 lagi kat harga 5 cents.
So kami pasanglah order. 3 order atas masuklah entry nya. Yang last tu adik Abe suggest NFA. No further action.

So now kami labur 1500 ringgit sahaja. Small money for us. 

As of now, kalau ikut harga kat broker kami beli, harganya dalam 3.4 cents usd. Average cost kami dalam 1.426 usd. 

Maknanya pelaburan kami tinggal dalam 35 ringgit sahaja. Dari RM 1500 jadi RM 35 je sekarang.

Jadi kami nak biar jelah duit ni. Lagi pun kami nak melabur long term. Paling teruk Luna ni bungkus jadi telur rebus je.

#ApaAbeBelajar01

Well, nama pun eksperimen kan? Tak kenal maka takleh nak cerita kat orang.

Pertamanya, jangan sesekali korang melabur dalam instrumen yang super volatile ini dengan duit yang anda tak sanggup hilang.

Setakat semalam 8 orang dah bunuh diri sebab ada yang hangus 450,000 pound sterling.

Habis duit dia sampai dia kena jadi gelandangan je.

Mana tak stress boss.

So jangan letak duit yang tu je anda ada. Jangan guna duit rizab yang sikit je anda ada untuk melabur.

#ApaAbeBelajar02

Dulu Abe main forex online trading. Abe dah insaf dan tinggalkan.

Tapi zaman main forex dulu, bila Abe tengok antara different brokers, harga pair matawang tu lebih kurang sama.

Tapi bila Abe labur Luna ni, Abe tengok harga Luna berbeza dari satu broker ke satu broker ni.

Abe ingatkan ni glitch je tapi tidak. Sampai ke pagi ni harga dia berbeza. Kat Binance contohnya harganya 1 cents tapi kat Huobi harganya 4 cents.

Macam mana boleh banyak sangat beza ni? Bimbang juga takut broker ni kasi harga wayang je.

Abe pun tak faham, mungkin pakar boleh explain.

#ApaAbeBelajar03

Kepatuhan shariah. 

Masa Abe tanya adik Abe, Luna ni patuh shariah ke tak? Adik Abe bagi website ni katanya patuh.

Kemudian bila Abe share post semalam, ada client unit amanah Abe ni cakap Luna ni tak patuh shariah. Dia pun kasilah link kat bahagian komen.

Abe pun jadi jemm sebentar. Mana satu yang betul ni?

So Abe ingat, Abe nak biar jelah Luna tu tergantung gitu kalau tak tutup kedai.

Kalau dia naik balik kat harga average cost, Abe akan decide masa tu benda tu camne. Then maybe just exit jelah jangan ambil untung kalau terbukti tak patuh shariah.

Abe bab ni Abe sensitif sikit. Maybe kawan-kawan boleh bantu Abe dalam ruang komen Luna ni halal ke haram.

#ApaAbeBelajar04

Crypto is super duper volatile. Even more volatile dari forex online.

Dia punya pergerakan tu tak ingat punyalah. Maybe sebab takde benda nak support kat belakang dia kot? Digital aje.

Memang tak sesuai untuk most of people yang ada low risk appetite dan tak cukup ilmu.

Sebab tulah never use semua duit simpanan anda kat kripto ni.

Abe pun tak faham kenapa si Robert Kiyosaki duduk canang crypto ni lagi baik dari duit Fiat dan saham.

Kalau ikut Warren Buffett, kalau orang bagi semua duit Bitcoin kat dia pada harga 25 dollars pun dia takkan ambil. Nonsense instrumen kata dia. Shitty coin katanya.

Entahlah, maybe Buffett tu betul, maybe dia salah. Tapi what happened to Luna this weeks menguatkan hujah Buffett. It can be really messy and shitty.

#MoralOfTheStory

Itulah eksperimen Abe. Adakah Abe menyesal?

Tidak. Sebab Abe cuma invest RM 1500. Tu macam 150 ringgit je bagi Abe. Mujur Abe tak guna leverage. Leverage ni haram.

Kalau ambil leverage (pinjam duit broker), kalau salah direction, hangus terus kena panggilan marjinah (margin call). Dengan kripto ni lagi banyak orang hangus duit.

Tu banyak yang bunuh diri tu. Ooo ilooo.

Abe anggapkan ni sebagai satu yuran pembelajaran. Ingatlah, the best investment is the investment in your self.

Jangan sesekali anda laburkan duit life savings kat tempat camni. Anda bisa jadi kaya atau anda bisa jadi kayap terus.

Bila dah merasa roller coaster ride to the moon Luna ni, Abe rasa takde mendelah turun dan naik pelaburan unit amanah ni.

Pelaburan unit amanah pun tengah jatuh sekarang tapi takdelah level kripto. Sebab tu melabur unit amanah ni tenang-tenang je.

Sebab bagi Abe dana unit amanah ni terdiri dari pelbagai saham, sukuk, dan money market.  So payah dana unit amanah nak jadi zero macam ni.

That is the beauty of unit amanah. Maybe anda tengah rugi -30% ke sekarang, tapi anda cuma harus bersabar dan bagi masa setahun dua dari sekarang.

Ingatlah dalam dana ekuiti ada syarikat. Syarikat ni biasanya besar dan ada ramai orang di dalamnya. Mereka bekerja setiap hari dan menjadi aset syarikat itu.

Sebab tu dana ekuiti unit amanah ni perlukan masa yang panjang. At least 3 tahun. Kalau nak selamat, kasi 8 tahun. Sebab dana ekuiti bukan for short term.

Tapi betullah kata pujangga, low risk low return, mid risk, mid return, high risk high return. Orang yang melabur kripto ialah seorang high risk taker.

Sebab itulah anda kena diversify investment anda. Do not pull all money in one basket.

Semoga post ini bermanfaat. Until Then, Happy Diversifying Your Investment!

Abe Nazz Zain

- Dah labur dalam 14 hartanah, Unit Amanah, IPO, Kripto (noobs), ASBF (dah tinggalkan), Forex (dah taubat) dan lain-lain. Melabur is in my blood.


P/S : Ini adalah sedikit perkongsian daripada saya untuk info tambahan anda semua. Tepuk dada, tanya selera. Pada saya kalau tak nak rugi dalam krypto ini, beli sahaja jenis krypto yang dah sedia ada dalam pasaran Coin Market Cap seperti, Bitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash dan lain-lain. Untuk jenis Altcoins yang jarang-jarang kita dengar itu, hentikan beli. Supaya kita tidak menanggung risiko kerugian kelak. Oklah semua. All The Best ! Assalamualaikum w.b.t.

Friday, 13 May 2022

Hargailah Mekanik Anda

 Arkib :  20 April 2022. Hargailah Mekanik Anda

Hargailah pomen/mekanik anda. 

==========

Kini kita sudah di separuh bulan Ramadhan. Dan dengan semakin hampir ke hari lebaran, hari raya ni, biasanya kita mula hantar kereta ke workshop untuk persediaan pulang ke kampung halaman. 

Dengan itu, saya nak ambil kesempatan untuk pesan kepada anda untuk hargailah jasa pomen/mekanik anda. 

Ini kerana, ada kerosakan yang nak baikinya hanya tukar alat ganti; selesai. 

Tapi ada juga kerosakan yang akan buat pomen tu terpaksa bongkar sana-sini, termenung dan bercakap sorang² untuk cuba mencari di manakah kerosakan sebenar. 

Ini memerlukan kemahiran diagnosis dan 'troubleshooting' (penyelesaian masalah) yang tak ramai pomen ada. 

Tambahan pula, manusia yang hari² bermain dengan besi ni sangat 'rare' lah kalau nak jumpa mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

Bersyukurlah jika anda jumpa pomen yang berkemahiran, sabar dan sanggup layan kerenah anda dan kereta anda. Banyak hal² rumit yang diselesaikan, tapi kadang² itu pomen letakkan upah persahabatan lebih daripada wang ringgit. 

Jadi saya nak cadangkan, kalau ada singgah² workshop itu bawa buah tangan ke, kurma ke, kuih-muih ke untuk berbuka; sebagai tanda menghargai jasa mereka. 

Nak kasi kuih, tips atau duit raya lagi cantik. Semoga hubungannya berkekalan. 

------

Bawah ni (rujukan kepada pautan link di bawah) gambar saya cuba mencari & baiki kereta saya sendiri. Bila dipandu jauh, akan mula bau diesel masuk ke kabin. 

Workshop kat sini (UK) tak nak buat/baiki sebab mereta tak pasti apa rosaknya. Diorang tak nak 'buang masa' pada hal diagnose yang tiada 'error' bila kereta dicucuk/scan OBD (on-board diagnostics). Jadi saya buat sendirilah. 

Alhamdulillah jumpa juga punca akhirnya. Fuel return hose punya o-ring dah tak bagus. Tengok gambar ke 2 itu, kawasan injector nombor 1 itu basah berbanding injector nombor 2. 

Nampak senang kan? Tapi proses kerjanya banyak buka-pasang. 

  1. Awal² buka nak cari masalah. Selongkar sana sini mencari. 
  2. Bila dah jumpa beberapa kemungkinan masalah, nak kene selidik yang mana satu betul. 
  3. Barulah cuba tukar alat ganti dengan yang elok. 
  4. Kemudian hos² & sensor² yang dibongkar pada awalnya (Langkah 1) dipasang semula untuk uji keberkesanan. 
  5. Bila semuanya baik, hos² & sensor² dibuka semula untuk pasang pelapik & penutup/cover ikut konfigurasi asal. 
  6. Dah siap pasang semua, uji lagi untuk kepastian.

Rumitkan???!?

Harap anda dapat mesej yang saya nak sampaikan & jagalah hubung baik dengan pomen² anda. 

Dr Aid Fawzal

Middlesbrough UK

*Kepada pomen²/mekanik² di luar sana, hargailah pelanggan anda dengan bersifat jujur. Rezeki datang daripada Allah, melalui tangan² manusia yang kita berhubung. 

**Semoga kita semua dapat kejar keberkatan bukan kebendaan. Amin.

Gambar penuh di sini :-

https://www.facebook.com/100063452952235/posts/408352134623215/

Pautan artikel sebelum ini :-

Senarai Nombor-nombor Telefon Penting

https://normanhafizi.blogspot.com/2022/05/01-mei-2022-senarai-nombor-nombor.html

Wednesday, 13 April 2022

Matmatik Kebun


Coach Bahar bersama ternakan kambing-kambingnya

Matmatik Kebun 

Ramai juga yang nak balik kampung jadi petani. Saya ucapkan tahniah. Tapi saya nasihatkan untuk kira-kira dulu. Jangan terjun labu je. 

Dalam satu group wasap pertanian ada yang menghentam saya terang - terang kononnya saya menulis cerita dogeng dan hanya untuk lakukan ebook, video dan seminar - seminar saya. Mereka kata mereka sudah berpuluh tahun menjadi penternak dan pekebun. Tak kaya juga. Saya diamkan sahaja. Saya juga tak mahu membuktikan apa-apa. 

Saya bermula kerjaya saya sebagai seorang  pensyarah. Selepas itu saya jadi reseacher dan masuk dunia korperat dan pernah duduk di meja pengurusan semasa berkerja gomen dulu. Saya tak pernah belajar bidang pertanian tetapi saya minat. 

Semasa saya kecil dulu, saya ikut ayah menoreh getah, tebang hutan buka tanah, tanam sayur, ke sawah, tanam keladi, keledek, bela lembu, kambing. Kehidupan kampung memang macam tu. Tidaklah pelik sangat. Sebab itu minat dengan pertanian sangat mendalam. 

Ingat lagi, satu hari duduk dengan arwah abah di kebun. Arwah abah bercerita dengan saya "Esok bila awak dah besar, belajarlah pandai-pandai sampai masuk universiti. Belajar pandai jangan kerja dengan orang. Cipta kerja sendiri. Balik kampung dan usahakan tanah yang ada. Sekarang tanah kita kat kampung semua dijual. Anak - anak kampung tak mahu ke kebun. Mereka semua lari ke Singapura dan bandar kuala lumpur cari kerja. Awak balik jadi orang jutawan dan buktikan jadi petani bukan orang miskin". 

Kalau nak gagal bukan bidang agro je gagal. Nak berniaga, rugi dah pasti untung je belum tahu. Jadinya kenapa marah sangat bila saya menulis jadi petani boleh kaya?. Mereka kata jangan saya memberi harapan palsu kepada anak muda. Nanti rugi sahaja berkebun. Baik berkerja dibandar dapat duit dan bergaji lumaian. 

Jadinya macam ni. Saya cuma menulis dari pengalaman saya sahaja. Saya fikir kita kalau nak masuk bidang pertanian jangan semata-mata tunggu hasil dari sayur atau pokok yang kita tanam sahaja. Kena ada multi-income. 

Kebun kita pastikan ada hasil harian, hasil mingguan, hasil bulanan dan hasil tahunan. Macam mana strategi kita nak buat itu terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing. 

Korang jangan tanam sayur lepas tu berharap pemborong beli. Kena usaha macam mana naikan pendapatan dari hasil yang kita tanam. Macam mana kita tanam cili tapi jual sambal. Macam mana kita tanam pisang jualnya kerepek. Macam mana kita bela kambing tapi ada restoran nasi arab kambing. Mungkin bukan sekarang tapi kita ada target. 

Saya cuba mendalami hati petani. Saya cuba jadi petani dengan berpanas dan berhujan. Saya asalnya tak ada tanah. Saya bangun sendiri. Hingga 4 tahun tak pernah ada pinjaman atau dapat bantuan agensi kerajaan. Memang saya tak mintak. 

Pertanian adalah kekayaan yang ditinggalkan. 

Banyak formula pertanian tidak dihurai secara jelas. Rakyat tak tahu, petani tak nampak. Thesis PhD yang tebal-tebal di rak-rak Universiti lebih syok sendiri merungkai bagaimana manusia boleh terbang ke bulan. Bukan menyesaikan masalah asas.

Peliknya. Jambatan kita boleh buat. Lebuh raya boleh kita buat. KLCC boleh kita buat. Banyak cerdik pandai. Tapi sampai sekarang dedak perkara paling asas pun belum boleh kita selesaikan.

Majukan pertanian setempat 

Berhentikan salahkan sesiapa. 20 tahun lagi anak-anak kita yang akan menyalahkan kita yang tidak bertindak untuk mereka. Tak perlu teori panjang lebar. Uruskan kestabilan daerah.

Ayam kampung

Galakan semula ternakan ayam kampung. Dari 50 ekor induk selepas 3 tahun punya 5000 ekor induk. Bayangkan kalau banyak rumah-rumah ada sistem ayam kampung yang betul. Anak ayam tak payah beli, dedak kurang dan tak kecoh kurang ayam. 

Input Ruminan

Pelepah sawit, jerami padi itu asasnya yang kita nampak tidak diurus dengan baik. Buat research dan lakukan sekarang. Bangunkan makanan ternakan setempat. Murahkan makanan ruminan. Penternak jangan pula tamak. Beri daging dengan harga rakyat.

Malas nak tulis panjang lagi. Bukan ada yang baca. Banyak menulis banyak yang mengata. Kita ni bukan sesiapa. Duduk kampung, kalau jadi ahli politik lain lah. Jadi pembangkang lagi best.. cakap formula sana sini macam pandai tapi bukan buat pun... kosong kosong kosong..

Saturday, 17 April 2021

Have a healthy and meaningful puasa

Archive : 05th May 2019

Healthy Eating Basic 

Bismillah, lets have a more healthier for Ramadhan ❤️

We fast for various reasons namely for health purposes or as a religious practice. For Muslims, fasting during the holy month of Ramadhan each year is a duty that must be fulfilled.

Research by scientists have shown that fasting or reducing one's intake of food not only helps one lose weight but can also provide health benefits and promote longevity. Yet we often hear of occurrences whereby one feels tired, lethargic, experience head aches, weight gain and easily fall ill when fasting. Why do these symptoms arise? They could be due to an inadequate diet during the fasting period.

What measures can we take to correct this?

We must first understand our overall nutritional needs:

1. When breaking fast, hunger experienced throughout the day will drive us to eat excessively.

2. The foods we eat are largely made up of carbohydrates like rice, noodles, kuih or cakes and sugared drinks. These lack nutritional value, are fattening and could later lead to health problems.

These foods are packed with calories only and do not give us the nutrients our bodies require like protein, fatty acids, vitamins, minerals, trace elements, phytofactors, fibre and antioxidants.

We should not only eat to fill our empty stomachs but to provide ourselves with nutrients that are vital especially when fasting. It is recommended to break fast by eating fruits. Kuih or traditional cakes that are steamed or oven-baked are also healthier than those that are fried.

Likewise, you are encouraged to eat fruits and vegetables during "sahur." Taking vitamins and supplements will also help our bodies replenish optimal nutrient levels. There are many Nutrilite products available to help us achieve this.

Here are some nutritional guidelines to ensure a healthy puasa month :

  • Limit your intake of processed foods.
  • Reduce your intake of oily or fried foods. Replace them with foods that are steamed or boiled.
  • Eat more fruits and fresh vegetables.
  • Choose white meat like chicken breast or fish instead of red meat like beef and mutton.
  • Reduce consumption of coffee, carbonated drinks and cordials.
  • Drink adequate amounts of water filtered by the AMWAY Water Treatment System.
  • Supplement your diet with Nutrilite products.

The following is a simple list of recipes incorporating Nutrilite products that you can adopt to break fast, after your "terawih" prayers and for "sahur."

Recipe for Breaking Fast (for 1 person)

Eat at least 3 types of fruits like mangoes, apples, pears, guavas, papayas, pineapples, watermelons and so forth. This provides solids and fibre to satiate your empty stomach. To obtain amino acids, vitamins and other nutrients, a liquid-based diet is recommended.

After "Terawih" Prayers

If you find that you're still hungry after "terawih" prayers, eat rice with dishes, kuih or capati with fish / chicken that is not oily or fried. Vegetable oil has been shown to have negative effects especially when used for frying. Consider also taking 3 Nutrilite Fruit and Vegetable Fibre supplements as a substitute for rice. This fills you up and provides you with fibre needed to prevent constipation and other health problems.

Don't forget to eat lots of fruits and vegetables.

The carbohydrate content of foods we eat these days, like rice, beehoon, koay teow, roti canai and bread, are high. What more if they are fried with vegetable oil that contains "trans fatty acids and free radicals." All these can cause harmful effects to our health.

With the good nutritional practices advocated here, we hope you will maintain a healthy mind and body throughout this puasa season.

Have a healthy and meaningful puasa.

By Dr Abdul Aziz Kechil

Salam Ramadhan, With Love From Diyana, Fakhrul & Rinn ❤️❤️❤️

#info #tips #kesihatan #ramadan

Thursday, 11 June 2020

Zhong Nanshan

Arkib : 19 Mac 2020

Zhong Nanshan (Seorang Pakar Respiratori China, yang terselamat semasa wabak SARS Coronovirus tahun 2003). Mencadangkan satu kaedah mudah untuk mengelakkan Wuhan Coronovirus Pneumonia :
.
Caranya ialah dengan membilas bahagian dalam tekak dengan air garam. Sebelum pergi ke hospital atau ke tempat awam. Buat perkara yang sama selepas balik ke rumah.

Kaedahnya ialah :

1. Sediakan segelas air garam dengan mengacau sesudu garam masakan ke dalam segelas air.

2. Masukkan air garam tadi ke dalam mulut. Kemam dan jangan ditelan.

3. Langgukkan kepala ke atas, biarkan air garam tadi berada di kerongkong seketika.

4. Buka mulut ke atas dan keluarkan udara melalui mulut perlahan-lahan. Dengan membuat bunyi "HAA...". Biarkan gelembung udara melalui kerongkong dan melalui air garam tadi.

5. Ludah dan keluarkan semua air garam tadi selepas beberapa ketika.

6. Ulang kaedah 2-5 sebanyak 3 hingga 5 kali.
.
Biasanya virus atau bakteria yang masuk ke saluran pernafasan akan melekat pada saluran Pharynx dahulu sebelum memasuki paru-paru. Melalukan air garam pada saluran tersebut boleh membunuh dan menyah aktifkan virus tersebut. Seterusnya boleh menghalang jangkitan.

Semasa wabak SARS dahulu, saya menggalakkan dan menyuruh pelajar perubatan di bawah seliaan saya melakukan perkara yang sama. Apa yang berlaku, tiada seorang pun dari mereka yang dijangkiti SARS. Malah batuk, selsema dan demam pun tidak.
.
Kaedah ini sangat mudah, efektif dan boleh dilakukan oleh semua orang. Bila disertakan dengan sedikit kesungguhan.

Zhong Nanshan
January 21, 2020

Bermanfaat, terus #share
Insyaa-Allah

Saturday, 23 May 2020

KHUTBAH RAYA RENGKAS

KHUTBAH RAYA RENGKAS

KHUTBAH PERTAMA

Assalamualikum warohmatullah hiwabaraktoh

Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar.
Walilaa hilhamdd

Alhamdullilah, Alhamdullilah hirrobbil'alaminn.

Ashaduallaa ilala haillaulahh Wa ashhadu ann namuhammadar Rasulullahh.

Allahummassolli 'almuhammadd Wa 'alaa aalihi wasohbihii ajmaainn.
Amma baqdhu faya 'ebaa daullahh ittahqullahh fakhaq fazal muttaqhunn

Ahli keluarga yang KU sayangi sekelian/Isteri ku yang ku sayangi..
Marilah kita sama sama bersyukur ke Hadrat Allah Subha nahu wata'ala dengan izin dan limpah serta kurnianya kita masih berada pada hari ini dan kita diberi peluang berhari raya walaupun di rumah Dan tidak seperti di tahun-tahun yang lepas. Kita juga diberi peluang dan kesempatan oleh Allah S.W.T. untuk menjalani ibadah di dalam bulan Ramadhan. Mudah-mudahan ibadah kita terutamanya puasa kita diterima dan diberkati oleh Allah Subhanahu wataalla.

Aa 'uzubillah himinash shoithaa nirrajimm.
Bismillah hirohmaa nirrohhimm

Wal 'asr innal insaa nalafi khurs. illal lazii na aa manuu wa'amilus shaa lihat watawaa sau bil haq watawaa sau bis sabr

Sadaqhaullahhulazimm

"Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan pesan dengan kebenaran dan yang berpesan pesan dengan kesabaran".

Ahli keluarga yang dirahmati Allah/ Isteriku yang dirahmati Allah. Allah menyatakan bahawa kebanyakan kita adalah orang yang rugi kerana masih banyak perintah Allah yang belum dapat kita tunaikan, maka Allah menyuruh kita sentiasa berada di jalan yang benar dan juga Allah menyuruh kita  supaya sentiasa bersabar.

Barakaullah huli walakumbil qurann nil 'azim fas taqh firuh innahu huwal khafur rulrahimm

KHUTBAH KEDUA

Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar
Walillahhilhamdd

Alhamdullilah hirobbil 'alamin
Ashaduallaa ila haillaulah Waashhadu ann namuhammadar Rasulluah.
Allahhumm massalli'alaa syidina Muhammadd wa 'alaa ali hi wasohbii ajmainn
Amm ma bagh du fa ya 'ebaa daullah it taqhullah
wa qhulu ma 'asso diqhinn

Aaa 'uzubillah himinash shoithoo nirrojim

Innaullah hawa malaa ikatahu yussaluu na 'alannabii, yaa aiyuhal lazi na'a manuu salluallah 'alai hiwasslimul taslimaa
Allahhum magh firlil muslimin nawal muslimat, wal mukminin nawal mukminat, al ahyaa imin hum wal ammwat biroh matikaya arhamarrohimin

Ya Allah kurniakanlah taufik dan hidayah Mu kepada kami semua. Hindarkanlah kami dari segala penyakit termasuklah wabak penyakit COVID-19 ini. Selamatkanlah kami dan keluarga kami dan juga jauhkanlah negara kami ini dari mara bahaya dan bala bencana.

Rabbana aa tina fiddunya hassanah wafil aaqitatihasanah wa qhina'azaa bannar
Allhuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar

Tonton video penuh contoh khutbah ringkas itu di sini :-

1. CONTOH KHUTBAH HARI RAYA 3 MINIT YANG RINGKAS (Edisi PKPB di rumah)

Bagi yang kurang mahir dan kurang keyakinan.
semoga bermanfaat 💕

Perkongsian dari Imam 1 Surau Mukhlisin, Prof Dr Badri Abu Bakar

##Teks khutbah yang lengkap boleh download dari website Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing atau boleh rujuk seperti di dalam laman sesawang ini


2. Edisi 13 Mei 2021


13 Mei 2021 - Khutbah Ringkas Aidilfitri


Pautan lain yang berkaitan boleh dibaca di sini :-

Panduan asas solat Aidilfitri dan khutbah hari raya

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...