Tip Macamana Isteri Buat Duit Poket Dari Tanam Sayur Keliling Rumah
Saya ada satu cerita.
Saya tinggal di kampung di Muar, Jobor. 178km dari bandaraya Kuala Lumpur. Isteri saya berasal dari Klang. Dibesarkan di bandar.
Tetapi dia ni berjiwa kampung. Satu masa dulu masa baru kahwin saya pernah lihat dia duduk sendiri di satu sudut. Rupanya dia sedang asik tengok semut dan siput babi berjalan. Di kampung perkara itu biasa. Tapi bagi dia satu perkara yang luar biasa.
Hari ini setelah lebih 20 tahun kami bersama. Cintanya pada kampung makin mendalam. Sebenarnya dia seorang guru, baru kerja setahun ikut saya ke UK. Balik dari UK dia jaga arwah mak saya yang perlu pemerhatian kesihatannya. Itu sebab dia tak kerja. Lagipun anak kami sembilan orang. 14 kali satu hari berulang alik hantar anak pergi balik sekolah.
Sebenarnya orang perempuan ni lebih cekap dari lelaki. Saya bukakan dia bisnes catering. Boleh tahan juga banyak job kerja kahwin bila cuti. Tapi semua dah pekerja buat sebab dah 7 tahun kami buka. Bukanlah besar tapi cukuplah pusing gaji pekerja. Setiap minggu masakan 2K-3K untuk 3 event. Kami memang tak ambil banyak-banyak.
Hari ni bukan saya cerita nak puji. Tapi saya fikir saya harus berkongsi. Ketika ramai yang bermasalah dengan ekonomi yang makin mencabar. Saya kongsikan tip bagi wanita di luar sana yang boleh buat duit dari tanam sayur tepi rumah. Lebih lagi kalau duduk kampung. Boleh juga bantu suami untuk keperluan keluarga.
Tip buat duit dari tanam sayur.
- Pertamanya perlu ada kehendak dan kemahuan. Sistem fertigasi tak sesusah mana. ianya boleh dijalankan oleh seorang wanita. Tak ada perkara yang berat-berat. Sambil ambil anak dari sekolah dan memasak boleh ada projek fertigasi sendiri. Mulanya isteri buat dari suka-suka sekarang sudah menjadi hobi.
- Pada mulanya isteri saya menanam sayur hanyalah untuk riadah. Rasa relax bila melihat sayur menghijau. Niatnya bila ada sayur boleh sedekah kat jiran-jiran dan guna sendiri sebab sayur kami tak ada bahan kimia. Sihat untuk dimakan anak-anak.
- Jadi aktiviti kami anak beranak. Pagi-pagi pergi kebun dapatkan peluh. Anak-anak tolong bersihkan kebun bila hari cuti sekolah.
- Kini isteri saya menanam lebih 10 jenis sayuran di kebun kecilnya. Ada timun, timun jepun, petola, cili besar, cili padi, terung, cemur, tomato, sawi, kangkung, bendi dan lain-lain yang diselang selikan.
- Hampir 3 tahun kami menanam. Pembekal berebut nak ambil sayur kami kerana segar dan kurang menggunakan racun kimia dan banyak menggunakan racun organik. Itu tanggungjawab kita supaya yang membelinya lebih sihat.
- Buat wanita di luar sana. Jika serious mungkin setengah ekar je tanah anda boleh menjana sama dengan gaji cikgu gred 48 hanya berkebun part time. Boleh cari duit jajan. Sayur boleh petik petang atau pun pagi.
Apa tidaknya sekali hantar sayur dapat RM300. Sebulan dah berapa. Dah ada duit sikit boleh panggil kawan-kawan kampung tak ada kerja upah petik cili dan lain-lain kerja. Kalau dah OK, suami pun boleh bersara awal fokus berkebun.
Saya bukanlah sifu dalam pertanian. Tapi bolehlah berkongsi macam mana pasang sistem fertigasi. 1000 polybeg kalau buat sendiri modal cuma 3-4K je. Masalahnya macam mana nak buat sendiri. Sebenarnya senang. Asal tahu konsep boleh je minta tolong abang, adik, jiran buatkan.
Jangan suka lagi
Jangan kata semua tu tak ada modal. Tentu ada modalnya, tapi terpulang masing-masing macam mana nak pusing-pusing. Jangan buat banyak dulu. Buat 500 polybeg je dah cukup. Dah pandai jaga pokok boleh buat besar lagi.
Sebenarnya baik kalau boleh jumpa dan ajar macam mana nak buat sistem fertigasi juga tanam sayur. Tapi saya faham masalahnya masa dan jarak ke Muar jauh. Lebih lagi masa ni Saya percaya ramai yang minat bertani walaupun kecil-kecilan kat belakang rumah. Dari semak baik diusahakan.
Dari hobi sebenarnya boleh jadikan pendapatan.
Gambar penuh di sini : https://www.facebook.com/731768123500946/posts/5396442403700138/
Pautan artikel menarik yang berkaitan :-
KENAPA SAYA BERKEBUN ?
https://normanhafizi.blogspot.com/2022/12/kenapa-saya-berkebun.html
No comments:
Post a Comment