Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Showing posts with label Buya Hamka. Show all posts
Showing posts with label Buya Hamka. Show all posts

Thursday, 6 October 2022

07 JUN 1974 UCAPAN HAMKA DALAM MAJLIS KONVOKESYEN UKM KALI KEDUA

PIDATO HAJI ABDUL MALIK KARIM AMRULLAH (HAMKA) SEWAKTU MENERIMA IJAZAH KEHORMAT DOKTOR UNDANG-UNDANG SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) KE-2 BERTARIKH 7 JUN 1974

Yang Amat Berhormat Canselor
Yang Berhormat Pro-Canselor - Pro-Canselor,
Tuan-Tuan Yang Terutama, Dif-Dif Terhormat dan saudara-saudari sekalian,

Assalamualaikum warahatullahi wabarakatuh!

Tidak ada kata lain yang dapat saya ucapkan hanyalah setinggi-tinggi terima kasih atas anugerah yang saya terima dari Universiti Kebangsaan, hasil usaha perjuangan dari negara Malaysia, tetangga karib, serumpun seasal, seadat sekebudayaan dengan negara tempat saya dilahirkan, Republik Indonesia.

Sebenarnya sejak usia 17 tahun, sekitar tahun 1925, saya telah mulai berlatih mengarang dan mula memberanikan diri meningkatkan tangga mimbar untuk berkhutbah Jumaat atau pidato tabligh. Hidup, perjuangan dan ajaran ayah saya telah beransur-ansur tumbuh dalam diri saya. Pokok ajaran itu ialah jiwa yang bebas merdeka, kerana tidak ada tempat takut melainkan Allah dan jangan diambil orang kafir jadi pimpinan. Kemerdekaan jiwa itu tersimpul di dalam kalimah La ilaha illAllah, tidak ada Tuhan yang patut disembah dan yang patut ditakuti melainkan Allah. Dengan itu kita hidup, dengan itu kita mati. Dengan itu juga kita akan berbangkit kelak di kemudian hari. Itulah dia tauhid dan itulah dia Islam. Dan itulah dia kebenaran. Kita wajib berjuang atau berjihad menegakkannya selama hayat di kandung badan. Segala kesanggupan yang ada pada kita, gunakanlah untuk perjuangan itu, baik dengan lisan berpidato, atau dengan tulis mengarang.

Menurut beliau, penjajahan adalah punca dari segala bahaya yang dapat memadamkan roh tauhid itu. Kebodohan dan kejahilan umat adalah tempat bertapak penjajahan. Dan apa yang telah dipahatkan itu, tidak dapat dihapuskan lagi. Sejarah dari batu itu sendiri telah bertahun terinjak-injak dan dilupakan orang, kemudian yang ditemukan kembali adalah qias tentang nasib kita memeluk Islam. Kemudian berturut-turutlah ulama dan ahli-ahli fikir Islam memakai bahasa Melayu untuk memperkukuh agama Allah di bumi yang subur ini. Karangan mereka dijadikan pegangan bagi seluruh negara kita, semasa hubungan ke Makkah dan Mesir belum selancar sekarang. Itulah beliau al-Sheikh Aminuddin Abdul Rauf orang Singkil, Hamzah orang Fansur, Nuruddin al-Raniri, Shamsuddin Sumatrani, Abdul Samad al-Palembangi, Arsyad al-Banjari, Ahmad Khatib al-Minangkabawi, Daud Fatani, Abdullah bin Abdul Kadir Munshi Melaka, Raja Ali Haji Riau Pulau Penyengat. Semuanya selari dengan memperkaya, bahkan memberi bahasa Melayu jiwa yang hidup, jiwa taat yang kepada Tuhan dengan tidak melupakan pengaruh pada zamannya. Bukan lagi menyembah dewa dan keinderaan.

Di awal abad ke-20 ini, datanglah semangat baharu dalam Islam. Menjalar dan azali dari Mesir ke tanah air kita. Maka bangkitlah di Malaysia ini, Tuan Guru al-Sheikh Tahir Jalaluddin diiringi oleh muridnya Syed Sheikh al-Hadi. Bangkit di Sumatera pula adalah al-Sheikh Muhammad Jamil Jambek, Sheikh Abdullah Ahmad dan ayah saya Sheikh Abdul Karim Amrullah, dan yang bangkit di tanah Jawa adalah al-Sheikh Ahmad Dahlan. Semuanya memakai bahasa Melayu!

Inilah suri teladan yang saya turuti. Saya mengarang dalam bahasa Melayu. Berpidato dalam bahasa Melayu. Apabila pena saya tercoret ke atas kertas, yang tergambar dalam ingatan saya ialah seluruh nusantara ini. Seluruh bangsa saya dan umat seagama yang memakai bahasa ini. Melayu; tetapi lebih luas apa yang dinamai Malaysia sekarang.

Tanah Jawi - lebih luas daripada Pulau Jawa, Indonesia dan Malaysia sekarang. Di tanah itulah tempat saya mengabdikan semuanya, tempat saya berkhidmat.

Seperti yang telah saya katakan tadi, khidmat ini telah bermula sejak usia 17 tahun. Kedua-dua negeri ini telah mencapai keerdekaan sewaktu dijajah. Disebabkan itulah jiawa umat dan ilmu agama yang sejati dengan bahasa, dapat mereka fahamkan. Akhirnya kaum penjajah telah mengetahui bahawa ayah saya berbahaya buat mereka. Oleh itu, beliau pun dibuang dan diasingkan. Akhirnya, beliau meninggal di Tanah Jawa.

Didikan beliau itulah yang telah mendorong saya untuk mempelajari agama dengan lebih mendalam. Kata orang, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Saya dalami bahasa Melayu ini dengan penuh cinta dan saya khususkan perhatian saya kepada sejarah Islam di tanah air ini. Rupanya bahasa Melayu telah berkembang baik kerana agama Islam. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa persatuan sebelum pemuda-pemuda Indonesia bersumpah pada tahun 1928. Pulau-pulau yang sekarang bersatu menjadi Republik Indonesia, dahulunya bernama "Gugusan Pulau-Pulau Melayu". Walaupun terdapat berpuluh bahasa suku di sana - umpama bahasa Jawa, Sunda, Acheh, Batak, Bugis dan lain-lain - namun sejak beratus tahun yang lalu, bilamana mereka hendak berhubung atau menulis surat, mereka akan menggunakan bahasa Melayu. Demikian juga di semenanjung ini, didiami oleh pelbagai kaum, baik sebelum penjajahan orang putih atau sesudahnya, bahasa perhubungannya tetap bahasa Melayu. Islam mengambil bahagian yang amat mustahak dalam perkembangan bahasa, hasil usaha pengarang dan alim ulama Islam.

Dia telah terhunjam dan terpahat di hati kita, serta tetap hidup. Jika orang Hindu telah memahat Candi Prambanan untuk menunjukkan mereka pernah berpengaruh di sini, dan agama Buddha memahat Candi Borobodur dan Muara Takus, maka nenek moyang orang Islam telah memahatkan peraturan agama Islam dengan bahasa Melayu di atas Batu Bersurat Terengganu! Tidak mati tetapi tetap hidup.

Tetapi bagi saya, seni bukanlah sekadar seni. Bagi saya, seni adalah berpadu menjadi satu antara jamal (keindahan), jalal (kemuliaan) serta kamal (maha sempurna). Itulah sifat Allah. Bilamana telah bertemu sifat Allah, maka hilanglah ghairullah.

Saya mengakui, saya telah mengarang dalam pelbagai bidang. Di waktu muda saya pun telah mengarang beberapa buku roman. Saya mengakui, memang ada juga orang yang memasukkan saya dalam barisan seniman. Sampai sekarang saya masih belum lupa tujuan hidup saya dengan mengarang dan berpidato. Menegakkan agama Islam sampai tercapai kebesaran! Selama yang telah memang menjadi haknya, sesudah dijajah beratus tahun. 

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah memberikan penghargaan atas amal usaha yang tiada santirannya. Sesungguhnya penghargaan ini amat menyentuh hati saya, sebagaimana pengkajian ini adalah tentang diri saya, kuat atau lemahnya tentu dapat dirasai oleh orang Melayu sendiri. 

Semoga penghargaan dan anugerah ini tidak akan menghentikan langkah saya selepas ini, kerana Nabi S.A.W. telah bersabda :

المؤمن لا ينتهى عن الخير حتى يكون منتهاه الجنة

"Orang yang beriman tidaklah akan berhenti berbuat baik sampai di tempat perhentian yang terakhir iaitu syurga".

Saya sedar bahawa saya telah mulai tua. Saya juga telah melihat bagaimana usaha-usaha pihak luar selain Islam hendak menguasai bahasa ini, yang dinamai oleh Jalal ketika seorang pengarah Islam dari Mesir, al-Gharu al-Fikr, menyebarkan ideologi!. Penjajahan dari sudut alam fikiran. Umpama fahaman komunis, ateis, existentialist (kewujudan) dan lain-lain. Yang masuk racunnya ke dalam bahasa kebangsaan. Namun saya percaya, asal semangat bebas merdeka dari La ilaha illaAllah masih bernyala dalam jiwa angkatan muda Islam di Malaysia dan Indonesia, semuanya dapat diatasi. Gayung disambut, kata dijawab!

Saya tidak menyesal jadi tua atau datang ajal sekalipun, kerana angkatan muda yang akan menggantikan saya bagi kejayaan agama dan kemuliaan bahasa telah pun tumbuh.



Teks ucapan tulisan tangan Buya Hamka dalam Jawi

Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

6 JUN 1901 ULANG TAHUN KELAHIRAN SOEKARNO


Monday, 21 June 2021

6 JUN 1901

6 JUN 1901 : ULANG TAHUN KELAHIRAN SOEKARNO


Soekarno (1901 - 1970)

Selain meraikan ulang tahun kelahiran Alexander Pushkin, hari ini juga (6 Jun) merupakan tarikh lahir Sang Proklamator Agung dan Presiden Indonesia yang pertama, Soekarno (1901-1970).

Lahir dalam keluarga priyayi (bangsawan), Soekarno amat dikenali di seluruh Nusantara kerana kelantangannya menentang penjajahan Belanda. Beliau merupakan penggerak utama gerakan nasionalis Indonesia semasa zaman penjajahan Belanda, dan menghabiskan lebih dari satu dekad di bawah penahanan Belanda.

Selepas Jepun menyerah kalah, Soekarno dan sahabatnya, Dr. Mohammad Hatta mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945, dan Soekarno dilantik sebagai presiden pertama Republik Indonesia. Beliau mengetuai Indonesia dalam menentang penjajahan semula Belanda melalui jalan diplomatik dan ketenteraan sehinggalah Belanda memperakui kemerdekaan Indonesia pada 27 Disember 1949.

Pada awal tahun 60-an, beliau membawa Indonesia ke kiri dengan memberikan sokongan kepada Parti Komunis Indonesia (PKI) melalui gagasan NASAKOM (Nasionalis, Agama & Komunis) serta memperkenalkan Manifesto Politik (Manipol-USDEK) Beliau juga memulakan beberapa dasar luar yang agresif di bawah slogan anti-imperialisme & anti-neokolonialisme, dengan bantuan dari Kesatuan Soviet dan China, seperti Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1963-1965).

Selepas meletusnya peristiwa Gerakan 30 September (G30S), sokongan rakyat terhadap pemerintahannya makin berkurangan. Pada 11 Mac 1966, beliau terpaksa menyerahkan kekuasaannya kepada Leftenan Jeneral Soeharto, Panglima TNI-Angkatan Darat, sebelum beliau dilucutkan jawatannya sebagai presiden oleh Majlis Permusyawaratan Rakyat Sementara (MPRS) setahun selepas itu. 

Beliau kemudian menjalani hukuman tahanan rumah, sebelum meninggal dunia pada 27 Jun 1970 akibat komplikasi buah pinggang. Beliau telah dimakamkan di kampung halamannya di Blitar, Jawa Barat.

Kini, keturunan Bung Karno masih lagi menguasai arena politik Indonesia. Antaranya ialah Megawati Soekarnoputri, Presiden Indonesia ke-5 & Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P). Cucu Soekarno, Puan Maharani kini merupakan speaker DPR-RI.

Adieka's Shelf Life

https://www.facebook.com/410784619741191/posts/952245902261724/

Bagaimana Indonesia Menghalau Penjajah Untuk Kemerdekaan

https://www.youtube.com/watch?v=-SMoY8kwi5k

Deskripsi Dari APHD Channel :

Sejarah kemerdekaan Indonesia tidak boleh dipisahkan dengan kisah hebat, Kebangkitan Revolusi Kebangsaan Indonesia ‘The Indonesian National Revolution/ Indonesian War of Independence’ iaitu konflik bersenjata dan pergelutan diplomatik yang berlaku antara rakyat Indonesia, dan penjajahan Belanda sekitar tahun 1945-1949. Ketegangan berlaku selepas pengisytiharan kemerdekaan Indonesia oleh Sukarno setelah pihak Jepun berundur dan berakhir, apabila pihak Belanda mengakui negara bawah jajahannya ini diberi kedaulatan dan bebas merdeka. Kemerdekaan Indonesia ini melahirkan sebuah negara Islam terbesar, dengan jumlah penduduk ke 4 teramai di dunia. Perjuangan sengit untuk kemerdekaan sebenar berlaku selama 4 tahun, dimana melibatkan pertumpahan darah, kebangkitan politik oleh rakyat, dan campur tangan rundingan antarabangsa bagi rundingan diplomatik. Pihak Belanda pada akhirnya tidak mampu menangkis semangant kuat yang ditunjukkan penduduk Indonesia, untuk mencapai kebebasan dari penjajah. Jadi, video kali ini, kita akan melihat bagaimana indonesia mendapat kemerdekaan. Teruskan menonton ----------------------------------------------------------------------- Bantu Kami Dengan Menjadi Ahli "Membership" APHD Channel https://www.youtube.com/channel/UChpj...

-----------------------------------------------------------------------------------------

Kisah Buya Hamka dan Presiden Soekarno

Ketika orang ramai mempersoalkan tindakan Hamka yang memimpin solat ke atas jenazah Presiden Soekarno yang pernah memenjarakan beliau, jawabnya:

“Dendam itu termasuk dosa. Selama dua tahun empat bulan saya ditahan, saya merasa semua itu merupakan anugerah yang tiada terhingga dari Allah kepada saya, sehingga dapat menyelesaikan Kitab Tafsir Alquran 30 Juz.”

Lanjutnya lagi:

“Bila bukan dalam tahanan, tidak mungkin ada waktu saya untuk mengerjakan dan menyelesaikan pekerjaan itu”.

Tiada dendam walaupun pernah dipenjarakan, malah beliau menyanjung P. Soekarno.

Kisah sebenar Hamka & Presiden Soekarno 👇


Ulama Sejati : Kisah Buya Hamka dan Presiden Soekarno

Disediakan oleh: Ubaidah TV

https://www.facebook.com/groups/3484764741560478/permalink/4168967209806891/

Sumber pautan video yang lain berkenaan dengan kisah Buya Hamka di sini :-


DIFITNAH, DIPENJARA HINGGA DISIKSA | Kisah Pilu Buya Hamka

https://www.youtube.com/watch?v=eIGAvrh2Cq0


Buya Hamka Ulama Asal Minangkabau Tanpa Dendam Walau Pernah Disakiti #PJalanan

https://www.youtube.com/watch?v=1NqYF3CtjrQ

Deskripsi daripada Pegawai Jalanan :-

Prof. DR. H. Abdul Malik Karim Amrullah gelar Datuk Indomo, populer dengan nama penanya Hamka (bahasa Arab: عبد الملك كريم أمر الله‎; lahir di Nagari Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatra Barat, 17 Februari 1908 – meninggal di Jakarta, 24 Juli 1981 pada umur 73 tahun) adalah seorang ulama dan sastrawan Indonesia. Ia berkiprah sebagai wartawan, penulis, dan pengajar. Ia terjun dalam politik melalui Masyumi sampai partai tersebut dibubarkan, menjabat Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) pertama, dan aktif dalam Muhammadiyah hingga akhir hayatnya. Universitas al-Azhar dan Universitas Nasional Malaysia menganugerahkannya gelar doktor kehormatan, sementara Universitas Moestopo, Jakarta mengukuhkan Hamka sebagai guru besar. Namanya disematkan untuk Universitas Hamka milik Muhammadiyah dan masuk dalam daftar Pahlawan Nasional Indonesia.
Sumber Narasi Asli : https://tirto.id/buya-hamka-politikus...
Semua BACKSOUND dalam video ini kami ambil dari Channel Myuu seorang Dark Music Composer ( All BACKSOUND IN THIS CONTENT FROM MYUU CHANNEL) Subscriber Here :
=====================================================
PEGAWAI JALANAN adalah channel youtube yang berisikan informasi berupa pengetahuan umum, kritik sosial, kesehatan, sejarah, mitos, fakta, peristiwa, daftar film dan kumpulan kejadian serta berita unik, viral, aneh, sedikit politik dalam dan luar negeri. JANGAN TELAN MENTAH-MENTAH INFORMASI DARI KAMI!!! CROSS CHECK DULU. Jika tidak suka channel ini silahkan abaikan saja, jangan menjadi hakim dengan jarimu.
Video baru akan selalu kami update 1x atau 2x dalam satu minggu. Silahkan SUBSCRIBE Channel ini, GRATIS DAN TIDAK AKAN MENAMBAH HUTANG NEGARA. Untuk yang sudah subscribe kami doakan semoga diberikan kelancaran rejeki, umur panjang, kesehatan, yang jomblo cepat menikah, mendapatkan tempat terbaik di dunia dan di akherat. Amin.
might otherwise be infringing. Non-profit,
Mulai aktif membuat konten dan resmi lahir sebagai PEGAWAI JALANAN pada tanggal 17 Desember 2017. Thanks buat para subscriber. :) Copy Right Disclaimer : Copyright Disclaimer Under Section 107 of the Copyright Act 1976, allowance is made for "fair use" for purposes such as criticism, comment, news reporting, teaching, scholarship, and research. Fair use is a use permitted by copyright statute that educational or personal use tips the balance in favour of fair use. Subscribe Channel Youtube PEGAWAI JALANAN :

SUBSCRIBE CHANNEL PEGAWAI MUSLIM : https://www.youtube.com/c/pegawaimusl...
Beberapa Akun Media Sosial Kami :
For CopyRight Contact Us At : email : pegawaijalanan@gmail.com

Monday, 10 May 2021

Kisah Raja Iskandar Zulkarnain dan pasukannya...

Arkib : 22 Mei 2019. Teks asal daripada petikan Bahasa Indonesia

PADA suatu masa, Raja Iskandar Zulkarnain beserta pasukannya hendak berangkat menaklukkan suatu daerah. Pagi hari sebelum berangkat, Iskandar Zulkarnain berpesan kepada pasukannya:

"Dalam perjalanan, nanti malam kita akan melintasi sungai. Ambillah apa pun yang terpijak yang ada di sungai itu."

Ketika malam gelap tiba dan pasukan Iskandar Zulkarnain melintasi sungai...

ADA 3 golongan perajurit...

  • Golongan  yang PERTAMA tidak mengambil apa pun yang terpijak di sungai karena yakin itu hanya batu. 
  • Golongan yang KEDUA mengambil ala kadarnya yang terpijak di sungai, sekedar mengikuti perintah raja.
  • Yang KETIGA mengambil sebanyak-banyaknya yang terpijak di sungai sehingga tasnya penuh dan kepayahan meneruskan perjalanan kerana penuhnya bawaan.

Setelah melanjutkan perjalanan dan tiba pagi hari, Iskandar Zulkarnain bertanya kepada pasukannya, "Apa yang kalian dapatkan semalam?"

Golongan KETIGA : Ketika para perajurit memeriksa tasnya, ternyata isinya intan berlian. 

Golongan PERTAMA : Perajurit yang tidak mengambil apa-apa sangat menyesalinya dan,

Golongan KEDUA : Perajurit yang mengambil ala kadarnya ada perasaan senang bercampur penyesalan. 

Perajurit yang sungguh-sungguh mengambil merasa sangat bahagia, iaitu golongang ketiga tadi.

Cerita tersebut dikutip dari buku Tasawuf Modern karya Buya Hamka.

Kita akan melewati Ramadhan.

Di dalamnya banyak sekali keberkahan dan kita memiliki 3 pilihan. 

  1. Melewati Ramadhan tanpa mengambil keberkahannya sedikit pun. Atau...
  2. Melewati Ramadhan dengan mengambil keberkahan ala kadar saja. Atau...
  3. Melewati Ramadhan dengan bersungguh-sungguh mengambil keberkahannya, iaitu dengan cara memperbanyak ibadah dan amal kebaikan lainnya.

APABILA TAMU AGUNG TELAH DATANG, jangan sampai menyesal ketika dia telah pergi.

Ramadhan Kariim!

Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi kita.

Allahumma Aamiin Yaa Robbal 'alamiin.

Barakallahu fiikum.

#info #tazkirah #ramadan

Thursday, 24 December 2020

TIADA LAGI ULAMA SEBERANI...

Why Muslims DON'T celebrate Christmas? Ahmed Deedat Explains!


Should Muslims don't and MUSTN'T celebrate Christmas? What does the Quran and Bible say about Christmas - the birthdate of Jesus Christ? Find a quick answer to this age old question!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TIADA LAGI ULAMA SEBERANI HAMKA

NORMAN RADZUAN

Bukan saya racist tapi maaf agama ku melarangnya 

UCAPAN KRISMAS & PERKAHWINAN MURTAD

Sejak sekian lama dalam penulisan saya sangat kritis melawan sikap perkauman yang dimainkan oleh parti-parti politik. Sejak dari alam persekolahan sehingga sekarang, saya sudah terbiasa dengan kehidupan kepelbagaian kaum di mana agama saya mengajar menghormati agama-agama yang lain.

Apatah lagi apabila berhijrah ke Sabah. Keluarga sebelah isteri ada yang beragama Kristian dan Budhist. Kami boleh hidup bersama dalam suasana saling hormat menghormati. Namun dalam keterbukaan beragama saya ada batasannya. Diharap saudara mara ku yang bukan Muslim memahaminya.

Seperti hari Krismas menjelang tiba bukan saya tidak mahu meraikan atau mengucapkannya. Ikuti kisah ini mengapa saya tidak dapat meraikan bersama hari Krismas bersama kalian.

Berhubung perayaan hari Krismas atau Tahun Baru Masehi yang hampir tiba. Inilah yang dimaksud, TOLERANSI BERAGAMA. Indahnya saling ingat dan mengingatkan.Menjelang Perayaan Krismas..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daripada Ibn Umar, Nabi s.a.w. bersabda : "Sesiapa yang menyerupai satu kaum, maka dia termasuk dari kalangan mereka" (Riwayat Abu Daud : 4031)

https://www.facebook.com/155056204544957/posts/3815488811834993/

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Muslim: Bagaimana sambutan Hari Krismas mu?

David: Baik, tapi kau tidak mengucapkan selamat Hari Krismas padaku.?

Muslim: Tidak, agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu. Tapi urusan ini, agama saya melarangnya.!

David: Tapi kenapa..? Bukankah hanya sekadar kata-kata...?

Muslim: Benar....Saya menjadi muslim pun kerana hanya sekadar kata-kata iaitu mengucapkan dua kalimat syahadat. Saya halal menggauli isteri saya pun kerana hanya sekadar kata-kata iaitu akad nikah dan Isteri saya yang ketika ini sedang halal saya gauli pun boleh kembali menjadi haram atau zina jika saya mengucapkan kata talak atau cerai padahal hanya sekadar kata-kata.

David: Tapi teman-teman muslimku yang lain mengucapkannya padaku..?

Muslim: Ooh... mungkin mereka belum faham dan mengerti. Oh ya, bolehkah kau mengucapkan dua kalimat syahadat David?

David: Oh tidak, saya tidak boleh... Itu akan mengganggu keimananku..!

Muslim: Kenapa? Bukankah hanya kata-kata toleransi saja? Sila ucapkanlah..!!

David: Ok ok.. sekarang saya paham dan mengerti..

Inilah yang menyebabkan Buya Hamka memilih untuk meletak jawatan daripada Jabatan Dunia, sebagai Ketua MUI iaitu Majlis Ugama Indonesia ketika didesak oleh pemerintah untuk ucapan Selamat Hari Krismas.

Meskipun anggapan, hanya berupa kata-kata keakraban atau sekadar toleransi. Namun di sisi Allah, nilainya menunjukkan kerendahan Akidah. 'Lakum diinukum, waliyadiin'...Untukmu Agamamu dan Untukku Agamaku.

Buya Hamka namanya cukup besar di rantau Asia Tenggara ini. Adakah kerana beliau terlalu hebat ilmunya? Ya pastinya ilmunya hebat kerana itu beliau diangkat menjadi Ulama tetapi dalam masa sama tentulah ramai juga yang sehebat ilmu Hamka.

Hebatnya Hamka dari kacamata saya hasil pembacaan buku dan fikirannya, beliau tidak menjual ilmunya untuk kesenangan dunia. Beliau sanggup terpenjara kerana menjaga akidah dan prinsipnya sepertimana dilakukan oleh Ulama-ulama dan Imam-imam sebelum ini.

Beliau sanggup meletak jawatan dan menolak jawatan yang hebat demi prinsip menjaga kehormatan agamanya.... beliau berilmu dan bijak menghuraikan ilmunya dengan adil. Bukan sahaja ilmu untuk akhirat tetapi ilmu duniawi dan perlu diakui beliau adalah intelektual agama sepertimana dapat kita lihat pada tubuh Sheikh Dr Yusuf Qardawi.

Yang lebih penting dari itu Hamka tidak pernah menjual agamanya untuk menduduki jawatan dunia. Apa dikata dikotakan dan bukan untuk tujuan politik atau kepentingan peribadi.

Ketegasan Hamka akhirnya merendahkan kegoan Presiden Sokoerno apabila mengirimkan surat kepadanya untuk disolatkan jenazahnya jika dia meninggal dunia. Sokoerno tahu Hamka itu seorang yang benar walaupun dia penjarakan Hamka.

Itulah membezakan Hamka dgn Ulama-ulama yang lain. Ada Ulama gayanya seperti Sufi tetapi tidak berani menegur pemerintah apatah lagi bila diberi jawatan sebagai Menteri. Ada Mufti yang berilmu tetapi tidak berlaku adil dalam beberapa hujahan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Is Wishing Merry Christmas or taking part in the Celebration of Christmas Permissible? – Dr Zakir



What People don't realize that when you are wishing MERRY CHRISTMAS, You are AGREEING that Jesus Christ was born on the 25th of December and you area areeing that he is the begotten son of God.... Na'uzubillah which is SHIRK

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Meraikan & Mengucapkan Perayaan Non-Muslim?

Ada orang tanya saya di DM :

Assalamualaikum ustaz, kalau agama Kristian sambut Christmas sebab mereka anggap hari kelahiran Jesus (sebagai tuhan) but kalau sambut as our prophet?

Ini jawapan saya:

Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

Masalahnya Nabi Isa tak lahir 25 December. Nabi Isa lahir musim panas, bukan musim sejuk, ini menurut Bible. Jadi 25 December ni meraikan apa? Ini lebih tepat meraikan hari kelahiran tuhan Pagan. 

Oleh itu, menyambut Krismas ini isu aqidah. Peliharalah aqidah dan ikutlah sunnah dengan gigitan gigi geraham.

Barakallahufeekum.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Santa Klaus Sebenar Di Dalam Bible


Sheik Abdullah Hakim Quick menerangkan tentang siapakah sebenarnya Santa Klaus dari penulisan purba negara-negara Kutub Utara dan dari Bible sendiri.
Jangan lupa untuk ‘Subscribe’ channel dan ‘Like’ video ini.
Support Fakir Ilmu di Facebook: https://www.facebook.com/fakirilmuIslam
Support Fakir Ilmu di Youtube: https://www.youtube.com/c/FakirIlmu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PESANAN IMAM SYAFE'I

Nanti di Akhir zaman akan banyak ulama yang membingungkan, sukar dikenal yang mana ulama Warisatul Anbiya' dan mana ulama yang menyesatkan :

MAKA IMAM SYAFE'I, BERPESAN :

"Carilah ulama yang paling dibenci oleh orang kafir dan munafik, dan jadikanlah ia sebagai ulama yang diikuti dan jauhilah ulama yang bersekongkol dengan orang kafir dan munafik"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Para Ulama Salaf terdahulu, mereka lari menjauh dari pintu penguasa, sedang penguasa itulah yang kerap mendatangi mereka.

Adapun hari ini, banyak ualam yang ramai-ramai mendatangi pintu penguasa, sedangkan penguasanya justru lari menghindar dari mereka".

(Ibnu Abdil Bar, Jami'ul bayanil ilmi wa fadhlihi, no 597)

Sunday, 20 December 2020

GERAKAN PARANG PANJANG DAN...

Arkib : 23 November 2020

Gambar : Prof. HAMKA & Prof. Zulkifli Muhammad

PROF. ZULKIFLI MUHAMMAD : 

GERAKAN PARANG PANJANG DAN KEKEJAMAN KOMUNIS

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Negeri Perak, negeri kelahiran saya, melahirkan ramai Ulama pejuang kemerdekaan. Antaranya yang masyhur ialah Dr. Burhanuddin al-Helmy, Ustaz Abu Bakar al- Baqir dan Prof. Zulkifli Muhammad.

Prof. Zulkifli Muhammad, ulama kelahiran Kota Lama Kiri tahun 1927 dan berkelulusan dari Universiti Al-Azhar bukanlah tokoh yang calang-calang. Beliau dikenali sebagai seorang ulama yang pintar, berkaliber dan progresif. Rupanya tampan, akhlaknya baik dan senyumannya menarik hati.

Namun beliau terkenal sebagai seorang yang sangat tegas dan bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah airnya. Pada tahun 1960 ketika beliau menjadi Ahli Parlimen, beliau merupakan tokoh yang sangat lantang menempelak kekejaman Israel di Parlimen Persekutuan Tanah Melayu.

Ketika negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, beliau menjawat jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS yang mana Yang Dipertua PAS pada ketika itu ialah Dr. Burhanuddin al-Helmy. 

Tanpa menafikan jasa-jasa bapa Kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman, pada pendapat peribadi saya, gandingan kedua-dua tokoh ulama ini (Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Prof. Zulkifli) paling unggul untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selepas kemerdekaan.

Di kampung beliau, semasa usia mudanya, Prof. Zulkifli Muhammad pernah menyertai Gerakan Parang Panjang Melayu. Gerakan ini dipimpin oleh beberapa orang yang digelar sebagai Syeikh Parang Panjang (saya percaya mereka adalah golongan ulama berdasarkan gelaran syeikh yang diberikan).

Gerakan Parang Panjang yang diketuai oleh Syeikh-Syeikh Parang Panjang ditubuhkan apabila orang-orang Melayu di sekitar Perak Tengah dan Kuala Kangsar tidak tahan lagi dengan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Komunis.

Sebagai contoh, beratus-ratus orang termasuklah kanak-kanak penduduk Kg. Bekor, Kuala Kangsar telah dibunuh secara kejam oleh pengganas Komunis. Maka setelah tertubuhnya Gerakan Parang Panjang itu, ramai pengganas Komunis berjaya dibunuh dan orang-orang kampung berasa sangat terbela.

Sepanjang penyertaannya dalam Gerakan Parang Panjang, Prof. Zulkifli Muhammad pernah dilantik menjadi Badal (Pengganti) Syeikh Parang Panjang yang mana beliau turut mengajarkan Ilmu Persilatan dan Ilmu Tempur kepada anggota Gerakan Parang Panjang ini.

Saya masih lagi meneruskan kajian tentang sejarah gerakan ulama Tanah Melayu melawan pengganas Komunis. Mohon doakan agar berhasil.

Sempena Hari Kemerdekaan ini, jasa-jasa mereka sangat wajar kita ingati. Semoga kisah-kisah seumpama ini tercatat dalam buku teks suatu hari nanti.

Sumber : Mokhtar Petah

Hasanuddin Yusof ; Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara.

Monday, 14 December 2020

Kenangan-Kenanganku di Malaya

Siri Bangsa Misteri Dari Timur : Kenangan-Kenanganku di Malaya


Gambar : Peta Alam Melayu di Nusantara. Satu Bangsa Yang Misteri Dari Timur

Bingkisan dari insan yang mencintai Alam melayu.

Bahawasanya Indonesia dan Malaya adalah dua nama baru daripada satu negeri yang dahulunya hanya satu, tidaklah ada orang yang akan dapat memungkiri lagi. Dilihat ke dalam sejarah lama, belumlah lama perpecahan ini. Baru setahun saja setelah Kota Melaka diduduki Portugis, Adipati Muhammad Yunus dari kerajaan Demak di Jawa telah mencuba menyusun sebuah angkatan laut hendak merampas Melaka kembali dari tangan musuh bersama itu. Dan sesudah itu, berkali-kali pula raja-raja Aceh di antaranya Iskandar Muda Mahkota Alam berusaha hendak mengusir Portugis dari bandar Melaka sehingga akhirnya Portugis dapat juga dinyahkan setelah Aceh dan Johor bersekutu dengan Belanda.

            Anak Raja Perak pernah dirajakan di Aceh dan anak Raja Kedah pernah dijadikan menantu oleh sultan-sultan Aceh. Raja Melaka yang paling akhir, Sultan Mahmud Syah mangkat di Kampar, Sumatera Tengah. Kerajaan Melayu yang besar di dalam kurun ketujuh belas meliputi Riau, Johor, Pahang, Terengganu dan pulau-pulau Lingga. Pahlawan Melayu yang besar Almarhum as-Syahid fi Sabilillah Raja Haji, Yang Dipertuan Muda Riau, yang tewas di Teluk Ketapang kerana hendak merampas Melaka dari tangan Belanda. Sepatutnya pahlawan besar ini diperingati sebagai seorang gagah perkasa di Indonesia dan Malaya seluruhnya. Beliau berdarah Bugis dan Melayu. Beliau pahlawan kepunyaan Sulawesi, kepunyaan Riau dan kepunyaan Tanah Melayu juga. Perjuangannya meliputi kedua bahagian dari tanah air kita.

          Di Malaya sekarang orang tidak berpengetahuan dalam tentang sejarah Mataram dan Demak, tentang Banten dan Sulawesi dan tentang sejarah Perang Bonjol. Dan di Indonesia sekarang sangat picik (sempit) pengetahuan orang tentang Melaka, tentang kerajaan Langkasuka, tentang Dato’ Dol Said di Naning dan lain-lain sebagainya. Sebabnya ialah kerana tarikh tanah air kita yang hakikatnya satu itu, sudah lama tidak kita yang menyusunnya lagi tetapi telah disusun oleh orang lain.

            “Sejarah Melayu” menyebut asal-usul keturunan raja-raja Melayu ialah dari Bukit Siguntang Mahameru di Palembang, Sang Sapurba nama rajanya, bercabang ke Bintan dan Minangkabau naik ke Singapura dan akhirnya ke Melaka.  Sebab itu maka nama Melayu itu mulai timbulnya ialah di Pulau Sumatera. Penyelidikan tawarikh membuktikan kebesaran Srivijaya yang di zaman jayanya pernah menaklukkan negeri Siam, Burma dan Kemboja. Kebesaran Srivijaya itu diwarisi oleh Majapahit berpusat di Pulau Jawa.

            Jika ditilik kepada sejarah raja-raja Melayu yang ada sekarang, baik kesultanan tua seperti raja-raja Perak dan Kedah atau kesultanan yang agak baru seperti Johor dan Negeri Sembilan, bertemu jualah pertalian dengan tanah asal pulau-pulau itu. Kesultanan Perak dari keturunan Sultan Muzaffar Syah ibni Almarhum Sultan Mahmud Syah (Marhum Kampar); Kesultanan Terengganu, Pahang dan Kelantan bertali dengan Riau. Kesultanan Johor dan Selangor bertali dengan Luwu (Bugis), Kedah dengan Aceh dan Negeri Sembilan dari Minangkabau.

            Setelah menilik asal-usul Raja-Raja, mari kita tilik pula asal-usul penduduk Semenanjung Tanah Melayu itu. Peribumi yang sebenar asli tidak ada, hanyalah orang Sakai atau orang Jakun. Adapun yang selebihnya, baik yang berlama-lama atau yang berbaru-baru, adalah datang dari pulau-pulau Melayu (Indonesia) juga. Sudah ada sejak zaman Srivijaya, zaman Majapahit dan zaman Melaka. Di tiap-tiap negeri ada perkampungan Jawa, orang Banjar, orang Mandahiling, orang Rawa, orang Bonjol, orang Aceh, orang Bugis, orang Bawean (Boyan) dan lain-lain. Orang pindah dari Pulau Sumatera terutama Minangkabau amat banyak ke Malaya sesudah Perang Padri (1836) dan kemudian setelah Belanda memaksa memajukan pungutan cukai belasting (1908). Dan lama sebelum itu suku Minangkabau telah mendirikan Negeri Sembilan dengan memakai adat Perpatih Nan Sebatang. Rajanya dari Minangkabau yang pertama ialah Raja Melewar. Dua pemimpin Angkatan Muda di Malaya adalah keturunan daripada bondongan baharu sejak kurun kedua puluh ini, yakni Dr. Burhanuddin dan Boestamam. Ayah Dr. Burhanuddin adalah orang Sungai Jambu Batu Sangkar. Ayah bonda Boestamam berpindah dari Salido, Pesisir Selatan (Painan) Pasir Selatan. Panglima Salleh yang melawan Cina sesudah Jepun kalah, adalah berasal dari Banjar. Adapun pendeta bahasa yang masyhur Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) adalah orang Negeri Sembilan. Ibunya turunan Minangkabau, sebab itu dia adalah orang Minangkabau sukunya Somolenggang dan menurut pepatah, “kecil bernama gadang (besar) bergelar” waktu mudanya bergelar ‘Lebai Kari’. Ayahnya keturunan Bugis sebab itu dia orang Bugis.

            Seorang ulama’ besar yang masyhur di Malaya iaitu Sheikh Tahir Jalaluddin pernah menjadi mufti di negeri Johor dan di negeri Perak. Beliau adalah orang Empat Angkat Bukit Tinggi. Di luar negeri seumpama di Mesir, di Iraq dan di Mekah pergaulan anak Melayu dengan anak Indonesia amatlah rapatnya. Tidaklah kurang di antara mereka itu yang turut bekerja keras membantu anak-anak Indonesia di dalam perjuangan kemerdekaan. Orang luar negeri memandang tidak ada perbezaan anak Melayu dengan anak Indonesia kerana memang tidak berbeza kecuali di dalam nasib politik.

              Oleh sebab itu tidaklah hairan jika orang yang berdarah Melayu apabila sampai di Malaya merasa sebagai di negerinya sendiri. Dan tidaklah melebih-lebih jika seorang yang dizahirkan di Indonesia merasa juga bahawa Malaya itu adalah tanah airnya. Ikatan kain seseorang, lilitan serban pak lebai, letak songkok di kepala sama belaka tidak ada perbezaan sedikit pun. Itulah sebab apabila sebahagian dari tanah air mereka mencapai kemerdekaan iaitu pulau-pulau Indonesia, seluruh bahagian Malaya dan Sarawak dan Brunei bergembira dan merasa dirinya pulalah yang merdeka. Sebaliknya yang berdiam di Indonesia pun demikian pula, mereka merasa sedih sebab kaum bangsanya di Malaya masih terjajah dan turut gembira mendengarkan bahawa kerajaan British telah sudi memberikan pemerintahan merdeka sendiri bagi Malaya.

            Seketika hebatnya revolusi bertumpah darah dan bertebus nyawa di Indonesia maka hangat sengangarnya dirasakan juga di Malaya. Di tahun 1945, terjadilah pertempuran yang amat dahsyat di antara orang Melayu yang amat dihinakan oleh orang Cina. Di Siam Selatan, timbul perlawanan yang hebat dari Haji Sulong. Di tahun 1950, timbullah huru-hara di Singapura yang terkenal dengan “huru hara Natrah”. Semuanya itu ada gejala dan sengangar daripada Revolusi Indonesia.

          Menilik kepada semuanya itu, tidaklah boleh orang hairan jika saya pun mencintai Malaya sebagaimana saya mencintai pulau Sumatera dan negara Indonesia juga. Sebagai seorang Indonesia saya menuntut kembali Irian Barat ke dalam pangkuan ibu pertiwi Indonesia, tetapi jiwa raga saya lebih dekat ke Malaya atau Semenanjung Tanah Melayu.

               Sebagai seorang pengarang, karangan-karangan saya mendapat perhatian yang penuh di Malaya, sebagaimana di daerah-daerah Indonesia yang bahasa Melayu bukan bahasanya yang kedua. Sebabnya ialah kerana kegiatan saya mengarang mulai timbul di Medan dari tahun 1936 sampai masuknya Jepun. Pengiriman buku-buku saya lebih cepat dari Medan ke Malaya daripada ke Jawa sendiri dan bahasa yang saya pakai masih banyak bentuk Melayunya, kerana bahasa Minangkabau bukanlah bahasa yang berdiri sendiri melainkan bahasa Melayu juga dengan pelat daerah. Bahasa Melayu yang dipakai di Medan lebih dekat juga ke Malaya. Sehinggakan Almarhum Doktor Mansur pernah berkata: “Kalau semacam bahasa yang dipakai saudara Hamka itu yang bahasa Indonesia, redhalah saya memakai bahasa Indonesia”.

            Adapun dalam pemakaian huruf Melayu yang di Malaya sendiri dinamai orang huruf Jawi, alhamdulillah saya menulisnya sama cepat dengan menulis huruf rumi (lain) kerana sejak saya pandai menulis, huruf Melayu inilah yang banyak terpakai. Karangan-karangan ayah saya seluruhnya ditulis dengan huruf Melayu (Jawi). Itulah yang saya baca. Karangan saya yang mula-mula (1925) bernama ‘Khatibul Ummah” saya tulis dengan huruf Melayu. Karangan saya yang kedua (1928) bernama “Si Sabariah” saya tulis juga dengan huruf Melayu.

Petikan daripada buku ‘Kenangan-Kenanganku di Malaya‘ (ms 6 – 12 ) karya Buya Hamka terbitan Jejak Tarbiah. ‘Kenangan-Kenanganku di Malaya’ diterbitkan pertama kali pada tahun 1957 di Singapura dalam tulisan Jawi.

https://www.facebook.com/groups/1319713298062221/permalink/4001640096536181/

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...